Iklan Berbayar

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Friday, September 3, 2010

Adakah PAS sudah "kafir"..???



Selama bertahun-tahun PAS melaung-laungkan tentang hudud dan perlaksanaannya di negara kita ini. Selama itu jugalah PAS mengajar ahli-ahlinya untuk menuduh UMNO sebagai kafir. Selama itu juga PAS membohongi rakyat dengan retorik politiknya itu. Dan selama itulah juga PAS terus menghukum Kerajaan Malaysia dan UMNO sebagai melaksanakan undang-undang kafir dan menolak undang-undang Allah. Sedangkan hudud ada termaktub di dalam perundangan Syari'ah, walaupun tidak menyeluruh kerana tidak cukup ilmu dan ijtihad terkini, sekurang-kurangnya usaha dan implimentasi seperti itu tetap dilaksanakan.

Namun, PAS kini semakin mengecewakan ramai pengikut-pengikutnya. Baru-baru ini PAS telah mengubah pendirian yang dilaungkan selama ini. PAS telah berubah sama sekali apabila menetapkan bahawa "Hudud tidak semestinya dilaksanakan jika PAS atau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia". Mengejutkan, tapi itulah kenyataannya. PAS nampaknya sudah hilang arah tuju dan prinsip pegangannya selama ini.

Bukan mudah untuk meruntuhkan tembok kedegilan PAS selama ini. Namun, demi mengikut kemahuan, menjaga hati dan menurut kehendak DAP dan PKR, PAS bagaikan lembu dicucuk hidungnya sanggup melacurkan Islam dan pegangan yang dipegang sejak bertahun dahulu. Menyedihkan bagi seluruh umat Islam, namun kenyataan pahit ini terpaksa diterima. Tentunya pengikut-pengikut PAS yang selama ini berjuang untuk melihat hudud terlaksana di Malaysia sangat kecewa dengan pendirian terbaru PAS ini.

Nik Amar Nik Abdullah, pastinya dengan kebenaran dari Tok Guru selaku Mursyidul Am PAS telah mengisytiharkan bahawa tidak semestinya hudud dilaksanakan sekirannya PAS memerintah Malaysia. Saya hanya menyerahkan segala dosa pertuduhan PAS mengkafirkan UMNO dan kerajaan selama ini kepada Allah S.W.T.

Sesungguhnya perjuangan PAS sudah bukan untuk Islam lagi. Perjuangan PAS sudah terpesong jauh. Perjuangan PAS hanyalah mahu menewaskan BN dan melangkah riak menuju Putrajaya. Justeru itu, saya mendesak PAS agar menggugurkan perkataan Islam yang ada pada nama parti itu dengan serta merta. Tiada guna lagi membohongi umat Islam dengan mempermaikan nama agama suci kita itu!

3 comments:

airman_1 said...

pas memang bukan parti islam so apa yg pelik sangat dia adalah sama macam dap yagn penting menghapuskas pengaruh islam dan melayu dimalaysia

amnitpg said...

Ya sesunggoh nya PAS juga adalah parti kafir sejak bersekongkol dengan DAP kerana jika mereka meletakkan fatwa UMNO dan ahli UMNO suatu masa dulu adalah kafir , maka sekarang UMNO berhak membalas ayat dan fatwa yang sama , PAS dan ahlinya dalah kafir.
Tetapi UMNO dirasakan lebih mulia kerana sehingga saat ini belum ada mana-mana pemimpin UMNO menghukum PAS dan ahlinya adalah lebih kafir.

Untuk semua ahli PAS yang fanatik dengan ajaran tok tok guru mereka bertaubat dan berbaik sangka dengan UMNO yang memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu walaupun kita ketahui ada juga kalangan ahli UMNO tidak suka dengan pemimpin mereka kerana perbagai sebab dan alasan.

Jadikan iktibar agar Melayu tidaka berpecah dan tanya sebab-sebab kenapa 756 orang ahli PAS dari Negeri Perak telah KELUAR dari parti PAS yang mereka payungi sejak 32 tahun dulu.

Wan Solehah al-Halbani said...

SALAM,

A. ALLAH ADALAH TUHAN BAGI MANUSIA :


1. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;


2. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk membuat undang-undang untuk manusia;


3. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala undang-undang-Nya ke atas manusia yang mewujudkan system pengabdian manusia kepada Allah;


4. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah disembah oleh manusia kerana manusia mentaati dan mematuhi segala undang-undang Allah.




B. KERAJAAN DEMOKRASI MALAYSIA KITA INI ADALAH KERAJAAN YANG SYIRIK DAN KUFUR KERANA :


1. Demokrasi menyerahkan kuasa untuk memerintah kepada manusia dan mereka berkuasa untuk membuat undang-undang untuk manusia;


2. Demokrasi menyerahkan kuasa untuk menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia kepada manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada manusia,;


3. Demokrasi mewujudkan sistem manusia menyembah manusia kerana undang-undang demokrasi ini ditaati dan dipatuhi manusia;


4. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;


5. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat undang manusia;


6. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia;


7. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia apabila segala undang-undang demokrasi ditaati dan dipatuhi oleh manusia;


8. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para hamba yang menghamba abdikan diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia kerana manusia berada di bawah kuat kuasaan undang-undang manusia;


9. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi segala undang-undang demokrasi ciptaan manusia.




C. UMNO DAN PAS YANG MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI ADALAH KAFIR, ZALIM DAN FASIK KERANA :


1. Para pemimpin UMNO dan PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :


a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;


b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat undang-undang;


c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan undang-undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;


d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.




2. Para pengikut UMNO dan PAS yang MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI, yang mentaati segala undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhainya, adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana :


a) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;


b) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala undang-undang untuk manusia;


c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;


d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia;


e) Mereka beriman dengan agama demokrasi dan Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyetujui dan meredhai sistem politik demokrasi.


Sekian, terima kasih.


Wan Solehah Al-Halbani