Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, May 19, 2010

Judi World Cup: Beza antara "HALAL" & "LULUS".


Ramai yang tak puas hati. Ramai yang menyumpah-nyumpah. Ramai yang bengang, marah, kecewa dan bantah. Hanya kerana pihak Kerajaan berura-ura untuk memluluskan lesen judi untuk FIFA World Cup 2010. Judi pertaruhan perlawanan 4 tahu sekali ini di Malaysia dilihat segelintir pihak sebagai satu perkara yang sangat "berdosa" dan menyalahi moral. Tambah-tambah pula pihak Pakatan Rakyat mengambil kesempatan ke atas isu ini, maka bertambah panaslah pula jadinya.

Baru-baru ini, khabarnya satu persatuan bekas-bekas pemimpin UMNO telah mencapai kata sepakat untuk membantah cadangan dari Kementerian Kewangan ini. Bertambah seronoklah pihak Pakatan Rakyat mem"politik"kan isu ini. Sindiran sinis dan tajam bertubi-tubi dituju kepada pihak Kerajaan.

Pada pendirian saya secara peribadi, saya sendiri tidak setuju dengan cadangan memberikan lesen judi berkenaan Kejuaraan Bolasepak Dunia ini. Alasan saya yang pertama adalah kerana perbuatan "judi" adalah haram sama sekali bagi saya yang beragama Islam. Keduanya, ianya bertentangan dengan moral dan sifat terpuji yang digariskan dalam setiap kehidupan manusia. Berjudi lebih banyak buruknya dari baiknya. Ketiga, cadangan ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai kesukanan. Bolasepak adalah sukan yang paling popular di dunia dan adalah amat salah jika semangat kesukanan itu dicampur adukkan dengan perkara yang haram.

Itu pendapat saya. Mungkin juga pendapat saya ini dipersetujui oleh ramai umat Islam dan bangsa Melayu. Namun, mungkin juga ada yang tidak sependapat dengan saya. Contohnya, Muniandi dan Ah Keong yang sememangnya suka berjudi pastinya menolak pendapat saya ini. Mereka yang gemar berjudi akan bertaruh sesama sendiri tentang keputusan perlawanan World Cup. Itu tidak jadi "dosa" atau "pahala" bagi mereka. Yang pentingnya, "habuan" akan menjadi milik salah seorang dari mereka sekiranya menang pertaruhan.

Sebagaimana yang kita ketahui, pertandingan bolasepak yang berprestij seperti World Cup dan EPL sering dikaitkan dengan pertaruhan atau judi. Malah pertaruhan seperti ini terang-terang dilakukan di negara-negara Eropah. Website-website juga dibangunkan khas untuk perjudian seumpama ini. Ini termasuklah perjudian "lumba kuda" yang menjadi kegemaran Zaid Ibrahim sebelum ini.

Dalam konteks ini, "judi" dilihat sebagai perkara biasa bagi mereka yang bukan Islam. Walaupun "judi" itu juga dilihat sebagai salah satu "kesalahan" moral, namun ianya bukanlah satu "dosa" bagi non-muslim. Itulah yang terjadi secara "gelap" di seluruh dunia selama ini, termasuklah di Malaysia. Oleh itu, untuk mengelak terlalu banyak aliran wang keluar masuk dari negara, maka beberapa negara telah meluluskan lesen untuk tujuan perjudian ini. Mungkin inilah yang cuba dipraktikkan di Malaysia, selain untuk mendapat keuntungan cukai kerajaan yang hukumnya "harus" untuk digunapakai untuk tujuan-tujuan tertentu. Ianya samalah dengan cukai jualan arak di zaman kegemilangan Islam dahulu. Walau bagaimanapun, para ulama' muktabar berkhilaf tentang perkara ini.

Pada saya, usahlah kita cepat melatah dengan cadangan seperti ini. Sepatutnya, kita jelas bahawa "JUDI ADALAH HARAM SAMA SEKALI DI SISI ISLAM". Maka umat Islam janganlah berjudi. Jika nak berjudi juga, silakanlah jika berani berdepan dengan hukum Allah. Kerajaan Malaysia juga telah mengharamkan amalan judi untuk umat Islam di Malaysia. Lihat saja berapa ramai umat Islam yang telah di"cekup" pihak Jabatan Agama Islam Negeri di kedai-kedai ekor seluruh negara. Tak kira penyokong UMNO, PKR atau DAP, ramai telah ditahan. Hatta penyokong PAS pun ada!

Jadi, usahlah cepat melatah. Kita sarankan kepada pihak Kerajaan agar membatalkan hasrat yang lebih banyak memberi keburukan dan kebaikan itu. Kita bantah dengan saluran yang betul selain berdoa dan bertawakkal agar perkara ini tidak diteruskan.

Namun apa yang pasti, pihak Pakatan Rakyatlah yang paling negatif. Umpama "menangguk di air yang keruh", mereka "SPIN" isu ini. Kerajaan atau pihak UMNO tidak sama sekali meng"HALAL"kan judi. Pihak kerajaan hanya bercadang untuk memBERIkan LESEN untuk "legalize"kan pertaruhan judi FIFA World Cup kali ini. Perkataan "HALAL" itu cuba di"highlight"kan untuk memutar belitkan minda rakyat, sedangkan itu bukanlah perkataan yang tepat tentang perkara ini. Ianya sama juga dengan pihak kerajaan yang meluluskan lesen Sport TOTO dan Magnum 4D yang berselerak merata Kedah Sejahtera!

Oleh itu, janganlah mudah IQ atau EQ anda diperbodoh-bodohkan oleh Pakatan Rakyat. Memang kerja Pakatan Rakyat memperbodoh-bodohkan minda rakyat, memutar belit fakta dan suka tipu sana tipu sini. Bukankah ketua mereka adalah seorang "sesumpah" (pokka kata orang Kedah!). Mungkin Muniandi dan Ah Keong agak terkilan dengan saranan saya ini. Namun jika hendak sangat berjudi, pergilah sebulan dua ke negara luar yang membenarkan judi World Cup ini. Habis World Cup, pulanglah semula ke Malaysia. Apalah sangat nak ke "oversea" tu. Bukan ke Muniandi & Ah Keong banyak duit?

7 comments:

Anonymous said...

DOU : Judi pertaruhan perlawanan 4 tahu sekali ini di Malaysia dilihat segelintir pihak sebagai satu perkara yang sangat "berdosa" dan menyalahi moral.
ME : JUDI SEMESTINYA HARAM DISISI AGAMA ISLAM.TAK KIRA LA PERLAWANAN 4 TAHUN SEKALI KE,10 TAHUN SEKALI KE,POKOK PANGKAL NYA JUDI ADALAH HARAM.DAN BILA HARAM DAH SEMESTINYA BERDOSA KERANA JUDI ADALAH DALAM KATEGORI DOSA BESAR.RUJUK AYAT-AYAT DALAM AL-QURAN YANG MENERANGKAN PASAL HARAMNYA JUDI INI.


DOU : Tambah-tambah pula pihak Pakatan Rakyat mengambil kesempatan ke atas isu ini, maka bertambah panaslah pula jadinya.
ME : PAKATAN RAKYAT BUKAN AMBIL KESEMPATAN CUMA BAGI INGATAN SUPAYA TIDAK BERSEKONGKOL DENGAN PARTI YANG KONONNYA PERJUANGKAN ISLAM DAN MELAYU TAPI TAK IKUT APA YANG ISLAM YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW.

DOU : Baru-baru ini, khabarnya satu persatuan bekas-bekas pemimpin UMNO telah mencapai kata sepakat untuk membantah cadangan dari Kementerian Kewangan ini.
ME : BARU KHABAR SAHAJA, BELUM JELAS LAGI YANG UMNO BETUL2 MEMBANTAH.

DOU : Pada pendirian saya secara peribadi, saya sendiri tidak setuju dengan cadangan memberikan lesen judi berkenaan Kejuaraan Bolasepak Dunia ini.
ME : SEPATUTNYA PANDANGAN ANDA MESTI BERLANDASKAN ISLAM YANG SEBENAR.

DOU : Alasan saya yang pertama adalah kerana perbuatan "judi" adalah haram sama sekali bagi saya yang beragama Islam.
ME : ALHAMDULILLAH, YANG NI BETUL IKUT ISLAM YANG SEBENAR.

DOU : Keduanya, ianya bertentangan dengan moral dan sifat terpuji yang digariskan dalam setiap kehidupan manusia. Berjudi lebih banyak buruknya dari baiknya.
ME : BERJUDI MANA ADA BAIKNYA.SEMUA BURUK WALAUPUN MENANG BERTARUH.

DOU : Ketiga, cadangan ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai kesukanan. Bolasepak adalah sukan yang paling popular di dunia dan adalah amat salah jika semangat kesukanan itu dicampur adukkan dengan perkara yang haram.
ME : ADAKAH MAKSUD SEDARA,ADALAH TIDAK SALAH JIKA JUDI DIADUKKAN SELAIN DARI SUKAN??

DOU : Itu pendapat saya. Mungkin juga pendapat saya ini dipersetujui oleh ramai umat Islam dan bangsa Melayu.
ME : SAYA HANYA BERSETUJU PADA ALASAN PERTAMA SAHAJA KERANA IANYA TAK MENYALAHI ISLAM.YANG LAIN SEMUA TAK BOLEH DIGUNAPAKAI KERANA PENDAPAT PERIBADI SEDARA HANYA BERLANDASKAN LOGIK AKAL BUKANNYA ISLAM

Anonymous said...

DOU : Namun, mungkin juga ada yang tidak sependapat dengan saya. Contohnya, Muniandi dan Ah Keong yang sememangnya suka berjudi pastinya menolak pendapat saya ini. Mereka yang gemar berjudi akan bertaruh sesama sendiri tentang keputusan perlawanan World Cup. Itu tidak jadi "dosa" atau "pahala" bagi mereka. Yang pentingnya, "habuan" akan menjadi milik salah seorang dari mereka sekiranya menang pertaruhan.
ME : SEPATUTNYA SEDARA KENA TAMBAH SATU LAGI NAMA DALAM CONTOH SEDARA.MUNIANDI,AH KEONG DAN SAIFUL BAHARI KERANA ORANG MELAYU PUN RAMAI YANG SUKA BERJUDI DAN TAK FIKIR HALAL HARAM DAN DOSA PAHALA.

DOU : Sebagaimana yang kita ketahui, pertandingan bolasepak yang berprestij seperti World Cup dan EPL sering dikaitkan dengan pertaruhan atau judi. Malah pertaruhan seperti ini terang-terang dilakukan di negara-negara Eropah. Website-website juga dibangunkan khas untuk perjudian seumpama ini. Ini termasuklah perjudian "lumba kuda" yang menjadi kegemaran Zaid Ibrahim sebelum ini.
ME : BUKAN SETAKAT LIGA2 EROPAH AJE YANG ADA PERTARUHAN,LIGA MALAYSIA PUN ADA.ZAID IBRAHIM BN DENGAN ZAID IBRAHIM PR JAUH BEZANYA.ZAID IBRAHIM BN,ISTERI TAK PAKAI TUDUNG TAPI ZAID IBRAHIM PR,ISTERI PAKAI TUDUNG.ADALAH JUGAK PERUBAHAN POSITIF PADA PEMIMPIN2 BN YANG DAH BERHIJRAH KE PR.

DOU : Oleh itu, untuk mengelak terlalu banyak aliran wang keluar masuk dari negara, maka beberapa negara telah meluluskan lesen untuk tujuan perjudian ini. Mungkin inilah yang cuba dipraktikkan di Malaysia, selain untuk mendapat keuntungan cukai kerajaan yang hukumnya "harus" untuk digunapakai untuk tujuan-tujuan tertentu. Ianya samalah dengan cukai jualan arak di zaman kegemilangan Islam dahulu. Walau bagaimanapun, para ulama' muktabar berkhilaf tentang perkara ini.
ME : MALAYSIA MEMANG SUKA MEMPRAKTIKKAN APA YANG BARAT BUAT.SEBAGAI CONTOH YANG KETARA ADALAH MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG SEKULAR DAN MENOLAK UNDANG-UNDANG YANG ALLAH TURUNKAN MELALUI KITAB SUCI AL-QURAN.KENAPA BILA TIBA BAB ARAK DAN JUDI,SEDARA BOLEH MENGAITKAN DENGAN ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DAHULU SEDANGKAN PADA ZAMAN ITU JUGA HUKUM ATAU UNDANG2 YANG DIAMALKAN ADALAH UNDANG-UNDANG ISLAM

Anonymous said...

DOU : Pada saya, usahlah kita cepat melatah dengan cadangan seperti ini. Sepatutnya, kita jelas bahawa "JUDI ADALAH HARAM SAMA SEKALI DI SISI ISLAM". Maka umat Islam janganlah berjudi. Jika nak berjudi juga, silakanlah jika berani berdepan dengan hukum Allah. Kerajaan Malaysia juga telah mengharamkan amalan judi untuk umat Islam di Malaysia. Lihat saja berapa ramai umat Islam yang telah di"cekup" pihak Jabatan Agama Islam Negeri di kedai-kedai ekor seluruh negara. Tak kira penyokong UMNO, PKR atau DAP, ramai telah ditahan. Hatta penyokong PAS pun ada!
ME : HUKUM JUDI ADALAH HARAM MEMANG JELAS TETAPI ORANG ISLAM YANG MELULUSKAN LESEN JUDI KERANA NIAT NAK JAGA ALIRAN KELUAR MASUK DUIT JUGA ADALAH HARAM KERANA KITA SEBAGAI UMAT ISLAM ADALAH WAJIB YAKIN DENGAN REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN.BANYAK LAGI CARA LAIN UNTUK MENGAWAL ALIRAN DUIT KELUAR MASUK DAN BUKANNYA DENGAN MELULUSKAN LESEN JUDI UNTUK TUJUAN ITU SEBAB KEDAI JUDI NI DAH TERLAMPAU BANYAK DI MALAYSIA.SIAPA YANG LULUSKAN?ATAS TUJUAN APA KERAJAAN LULUSKAN TERLALU BANYAK LESEN JUDI?BUKAN UNTUK KEPERLUAN KAUM LAIN TETAPI DAH DIKIRA UNTUK KAUM MELAYU YANG ISLAM ITU SENDIRI.KERANA APA?KERANA PENDAPATAN HASIL CUKAI UNTUK KERAJAAN ADALAH SANGAT LUMAYAN.KALAU SETAKAT JAIS,JAIP,JA ITU,JA INI YANG KERAJAAN HARAPKAN NAK CONTROL ORANG ISLAM YANG BELI NOMBOR EKOR,MEMANG TAK BERKESAN PASAL
1.FUNGSI JABATAN AGAMA ISLAM BUKAN SETAKAT NAK CONTROL ORANG ISLAM MAIN JUDI AJE,YANG MINUM ARAK,BERZINA,BER ITU,BER INI....TERLAMPAU BNYAK SEDANGKAN DALAM JABATAN AGAMA NEGERI MASING-MASING TAK RAMAI MANPOWER YANG NAK CONTROL SEMUA PERKARA NI.CONTOH...KEDAI JUDI DI KL ADA 60 BUAH CAWANGAN TERMASUK MAGNUM DAN SPORTS TOTO.KEDAI ARAK BERSEPAH-SEPAH KAT KL NI.HOTEL MURAHAN DAN LORONG-LORONG BERCAMBAH-CAMBAH KAT KL NI TAPI YANG JALAM JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN CUMA ADA 40 ORANG AJE.YANG KENA2 CEKUP PUN,MASUK MAHKAMAH,JATUH HUKUM BAYAR DENDA AJE RM100.KELAKARKAN....SAMPAI MATI PUN PERKARA MACAM NI TAKKAN SELESAI KALAU SETAKAT KONSEP TANGKAP DAN DENDA.BERZINA BOLEH BAYAR DENDA RM1000.HUHUHU...YANG NI LAGI KELAKAR.
2.DALAM JABATAN AGAMA ISLAM KITA NI PUN RAMAI YANG CUMA SEKADAR NAK DAPATKAN GAJI UNTUK SARA KEHIDUPAN.BUKAN NIAT NAK BASMI BETUL-BETUL PUN.
YANG BERJUDI PUN RAMAI JUGAK DIKALANGAN AHLI PAS TAPI RAMAI LAGI MEREKA YANG BERJUDI ADALAH DIKALANGAN UMNO.MACAM SAYA SENDIRI,SAYA AKUI YANG PERANGAI SAYA TAKDE LA BAIK SGT TAPI SAYA MENYOKONG PAS DAN PR ADALAH UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK SAYA.SAYA MENYOKONG PAS KERANA SAYA INGIN MELIHAT SATU HARI NANTI ISLAM SEBENAR BERAJA DIBUMI MALAYSIA SUPAYA ANAK2 SAYA NANTI MEMBESAR DENGAN SUASANA ISLAM YANG SEBENARNYA DAN DENGAN HARAPAN ANAK2 SAYA AKAN MENJADI ANAK2 YANG SOLEH/SOLEHAH HASIL DARI PEMIMPIN YANG MEMERINTAH CARA ISLAM DAN IKUT HUKUM-HUKUM ISLAM.SAYA MENYOKONG PR PULA KERANA SAYA INGIN SANGAT MELIHAT PARTI YANG KONON-KONONYA MEMPERJUANGKAN ISLAM,KONON-KONON MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU,YANG KONON-KONON MEMBERIKAN KEHARMONIAN KAUM AKAN TUMBANG SEAWAL-AWALNYA PADA PRU 13 NANTI ATAU SELEWAT-LEWATNYA PRU 14 NANTI INSYAALLAH.

Anonymous said...

DOU : Jadi, usahlah cepat melatah. Kita sarankan kepada pihak Kerajaan agar membatalkan hasrat yang lebih banyak memberi keburukan dan kebaikan itu. Kita bantah dengan saluran yang betul selain berdoa dan bertawakkal agar perkara ini tidak diteruskan.
ME : KAT MANA NAK BUAT BANTAHAN DENGAN SALURAN YANG BETUL???TV3,RTM?BUAT HIMPUNAN AMAN??UTUSAN MALAYSIA?

DOU : Namun apa yang pasti, pihak Pakatan Rakyatlah yang paling negatif. Umpama "menangguk di air yang keruh", mereka "SPIN" isu ini. Kerajaan atau pihak UMNO tidak sama sekali meng"HALAL"kan judi. Pihak kerajaan hanya bercadang untuk memBERIkan LESEN untuk "legalize"kan pertaruhan judi FIFA World Cup kali ini. Perkataan "HALAL" itu cuba di"highlight"kan untuk memutar belitkan minda rakyat, sedangkan itu bukanlah perkataan yang tepat tentang perkara ini. Ianya sama juga dengan pihak kerajaan yang meluluskan lesen Sport TOTO dan Magnum 4D yang berselerak merata Kedah Sejahtera!
ME : PERKARA YANG HARAM DAN BERDOSA TAK PAYAH LA DIBUAT CADANGAN.PERKARA YANG WAJIB DAN MENDATANGKAN MANFAAT PADA SEMUA RAKYAT DAN GOLONGAN YANG KERAJAAN PERLU CADANGKAN.BIASANYA PERKARA YANG MENGUNTUNGKAN KERAJAAN AKAN DICADANGKAN DAHULU,KEMUDIAN DIKAJI DAN KEMUDIAN DIBUAT TAPI BILA UNTUK KEUNTUNGAN RAKYAT KERAJAAN AKAN JAWAB KITA AKAN KAJI,KITA AKAN SELIDIK,KITA AKAN KAJI,KITA AKAN SELIDIK,KITA AKAN KAJI,KITA AKAN SELIDIK.


DOU : Oleh itu, janganlah mudah IQ atau EQ anda diperbodoh-bodohkan oleh Pakatan Rakyat. Memang kerja Pakatan Rakyat memperbodoh-bodohkan minda rakyat, memutar belit fakta dan suka tipu sana tipu sini. Bukankah ketua mereka adalah seorang "sesumpah" (pokka kata orang Kedah!).
ME : BIAR ORANG BODOH TAPI BOLEH DIAJAR JANGAN ORANG BODOH TAPI TAK BOLEH DIAJAR PASTU BERLAGAK PANDAI.KEDAH BANYAK KEDAI NOMBOR PASAL DULU RAMAI BN.SEKARANG INSYAALLAH AKAN BERANSUR-ANSUR KURANG.

DOU : Mungkin Muniandi dan Ah Keong agak terkilan dengan saranan saya ini. Namun jika hendak sangat berjudi, pergilah sebulan dua ke negara luar yang membenarkan judi World Cup ini. Habis World Cup, pulanglah semula ke Malaysia. Apalah sangat nak ke "oversea" tu. Bukan ke Muniandi & Ah Keong banyak duit?
ME : JANGAN LUPA BAWA SAIFUL BAHARI SEKALI.BUKAN KE DIA PUN BANYAK DUIT JUGAK???

DukeOfUMNO said...

Terima kasih kepada Anon yang bersungguh-sungguh menjawab persoalan ini. Namun, saya nasihatkan agar kurangkan emosi anda bila berhujah..hehehe...

1. Tuan anon menjawab dari perspektif sebagai seorang ISLAM. Tidak satu pun hujah tuan yang mengambil kira dari perspektif bukan Islam. Itu tidak adil dan tidak rasional. Tidak adil pada mereka2 yang tidak sependapat dgn tuan anon. Tidak rasional bila berhadapan dengan masyarakat berbilang kaum. Jika non muslim rujuk pada ayat Al-Quran pun, adakah mereka beriman dan taat padaNya?

2. Pakatan Rakyat memang ambil kesempatan pun. Tak perlu nafikan pun, semua rakyat boleh nampak.

3. Sebelum mempersoalkan perjuangan parti UMNO yang memperjuangkan Islam dan Melayu, sila rujuk kembali parti dan diri tuan anon. Apakah PR memperjuangkan negara Islam? mengapa PAS buang agenda negara Islam? Mengapa arak yg dirampas, dikembalikan semula selepas ditengking Ronnie Liu? Apakah itu semua Sunnah dan perjuangan yang Islamic? Di mana maruah parti yang kononnya "paling Islam" apabila terpaksa tunduk dengan "tengking" Si Ronnie?

3. Ramai penyokong UMNO yang bantah. Tak baca paper ke? Atau sekadar membaca Harakah? Kami membantah secara rasional, bukan macam PR yang berkepentingan dgn mileage politik.

4. Sebab tu saya kata secara peribadi saya bantah cadangan ini. Sebab saya berlandaskan Islamlah. Bukan soal politik.

5. Saluran yang betul? Bukan dgn cara berdemo atau sebagainya. Siapa Ketua Agama Islam dalam Negara? Hantarlah memorandum kepada DYMM Agong. Mintalah campur tangan DYMM Agong kerana isu ini bersangkutan dengan agama Islam. Kalau berdemo, apa yg dapat? Satu lagi..lepas berusaha tu..susulkanlah dengan doa dan solat hajat...Allah yang menentukan semuanya, bukan kerajaan atau PM..jika Allah buka pintu hati PM, maka insyaAllah...tawakkal sajalah..tak percaya pada Allah ke?

DukeOfUMNO said...

6. Mungkin bagi tuan anon, judi tiada kebaikan. Namun, saya pasti ramai lagi yang tidak setuju dengan pandangan tuan. Masih ramai lagi yang melihat judi itu mampu membawa sedikit kebaikan utk mereka. Contohnya pemilik kedai judi. Jadi, adalah lebih tepat utk mengatakan bahawa judi itu hanya sedikit kelebihannya berbanding keburukan.

7. Saya memfokuskan tentang judi dan sukan dalam entri kali ini. Jadi saya cakap pasal judi dan sukanlah. Takkan nak sangkut semua dengan perihal IT, perniagaan, hobi dan benda-benda lain. Tak relevan lahhh...

8. Memanglah pendapat peribadi saya berlandaskan Islam. Yang lainnya saya mengira tentang logik akal secara menyeluruh sebagai seorang manusia yang tidak semestinya seorang Islam. Berlaku adillah bila mengeluarkan pendapat. Rakyat Malaysia ni bukan hanya beragama Islam saja tuan anon. Ramai lagi yg bukan Islam.

9. Kenapa kena tambah nama Saiful Bahari? Kenapa tidak Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Nik Aziz atau nama sebenar tuan anon sendiri? Kenapa harus diprovokasi dengan emosi ke atas nama Saiful Bahari? Ini adalah salah satu contoh bahawa tuan anon berhujah dengan emosi yang kurang elok.

10. Sejak bila Zaid dah jadi "Ostat" ni? hehehe...hanya jauhari yang mengenal manikam...yg ada pada Zaid sekarang hanyalah plastik...bukan realistik...

DukeOfUMNO said...

11. Siapa kata Malaysia tolak undang2 Islam? Undang2 Syariah tu kan ada...itu adalah lebih baik ada dari tak ada. Cuma perlu ada penambahbaikan dari segi perlaksanaan. Jika tuan bijak, kenapa tidak sarankan kepada Ketua Agama Islam untuk bertindak mengkaji semula enakmen mahkamah syariah di Malaysia? Err...tumpang tanya...Hudud PAS tu pi mana? tertinggal tepi parit ke? hehehe..

12. Tuan Anon, toksah cakap pasai lulus lesen la..buat malu parti tuan saja nanti. Kalau benarlah salah kerajaan persekutuan meluluskan lesen judi, MENGAPA KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT TIDAK MEMBATALKAN LESEN "PREMIS" JUDI DI NEGERI MEREKA??? Sedangkan kerajaan pimpinan parti tuan anon mempunyai kuasa berbuat demikian. Itu belum kira kedai mesin judi slot, PUB dan sebagainya lagi. Aik? Takkan double standard kot? UMNO je yg haram..PAS buat tak haram ke?

13. Tuan anon menempelak Jabatan Agama Islam Negeri, namun tahukah tuan anon bahawa Jabatan Agama Islam Negeri adalah dibawah naungan DYMM Sultan-Sultan yang memerintah? Tahukah tuan anon bahawa dibawah jabatan itu punya ramai cendikiawan, mufti dan sebagainya yang lebih arif ilmu agamanya. Ilmu agama mereka diabadikan khusus utk agama Islam yang tidak dibayangi oleh kepentingan politik peribadi. Lagipun, sekurang2nya wujud juga Jabatan Agama Islam..cuba kelak PR memerintah M'sia, nampaknya lemahlah Islam & Melayu di Malaysia seperti di Singapura yang diganyang PAP adik beradik DAP tu...

14. Mana anda tahu lebih ramai ahli UMNO berjudi berbanding PAS? Tuan anon dah buat survey ke? Ishhh...atau ini salah satu fitnah diakhir zaman? Tuan anon tahu bahaya fitnah?

15. Tuan anon sokong PAS kerana mahu lihat hukum Islam sebenar dilaksana di Malaysia? Mimpi ke atau masih tak "celik"? Bukankah PAS dah buang Hudud dari perjuangan mereka? Nizar sendiri mengugut akan saman sapa yang kata PAS nak buat hudud. Tuan anon ingat DAP tuan kepada PAS tu nak sokong ke impian tuan tu? Hehehe.."over thier dead body" lah..tak ingat? Itu pun nak sokong lagi ke? Saya pun berniat yang sama juga apabila menyokong UMNO. Cuma saya lebih suka melaksanakannya dengan cara positif dan membina. Bukan dengan negatif, menghentam, mengkafirkan orang, membuat fatwa sesuka hati, mengkritik tapi tapi tak membina. Islam tak suruh lagu tu...tak tau la Islam PAS lagu mana pulak...?

16. Saya sendiri kesal dengan cadangan itu. tambahan pula datangnya dari seorang pemimpin Islam yang kurang cerdik. Alangkah baiknya jika ianya datang dari pemimpin MCA, MIC, DAP, Gerakan, PKR yang bukan beragama Islam. Cuma, mungkin kita membantah, namun mungkin juga ramai rakyat Malaysia lain yang sokong...we are not the only Malaysian on earth, rite?

17. Pada saya, lebih baik orang bodoh yang tidak boleh diajar kerana pastinya mereka itu berfikir tentang ilmu yg mereka pelajari, mempersoalkan ilmu, mengkaji dan mentelaah...sehinggalah mereka puas hati dengan jawapan kepada setiap persoalan dengan satu titik persetujuan di atas satu persamaan. Berbanding orang bodoh yang boleh diajar, kerana orang bodoh itu ternyata hanya berilmukan ilmu taqlid, mengangguk faham dan mempraktikkan kejumudan dalam kefahaman masing-masing. Orang ajar kata Allah mencarut, maka dia pun faham dan kata Allah mencarut. Maka dia pun faham dia pun boleh dan halal mencarut! Itulah beza di antara manusia yang hanya berotak + berakal dan manusia yang berotak + tidak berakal! Err...faham ke maksud saya ni? errr...sila gunakan akal yang Allah beri tu...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!