Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, May 18, 2010

Harun Din kata TAK BOLEH, Nik Aziz kata BOLEH!


Nampaknya kemelut fatwa semakin meruncing di antara dua orang ulama' PAS. Terbaru, Mursyidul Am PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS, masing-masing bercanggah "fatwa" mengenai isu penggunaan nama "Allah" oleh pemimpin DAP ketika berkempen pilihanraya. "Perang dingin" kedua individu yang menjadi tonggak "fatwa PAS" tidak dapat disembunyikan lagi. Mungkinkah PAS akan mengadakan AGM dalam masa terdekat untuk menentukan siapakah yang paling layak menjawat jawatan Mursyidul Am PAS?

Ketika mana Dr. Harun Din Al-Hafiz dalam "fatwa"nya membantah pemimpin DAP atau non-muslim menggunakan kalimah "Allah" di dalam kempen mereka, Nik Aziz Nik Mat menempelak prinsip Dr. Harun Din itu. Siapa yang benar di dalam hal ini?

Kita imbas kembali tentang isu hak penggunaan kalimah "Allah" yang pernah menjadi konstroversi sehingga dibahaskan di Parlimen. Ketika itu beberapa pemimpin Dewan Ulama' PAS telah membantah keras penggunaan kalimah "Allah" oleh pemimpin politik bukan Islam. Mereka yang membantah termasuklah Harun Taib, Taib Azamuddin dan Harun Din sendiri.

Namun tanpa ragu-ragu, Nik Aziz menggunakan kuasa "veto"nya sebagai Mursyidul Am PAS telah bertindak "membisukan" suara-suara ulama PAS tersebut. Ulama'-ulama' tersebut dipaksa mendiamkan diri demi kepentingan politik PAS. Ini adalah untuk menjaga hati dan menunjukkan bahawa PAS "senada" dengan fatwa PKR dan DAP ketika itu. Pemimpin DAP dan PKR ketika itu berleluasa menggunakan nama "Allah" dan kalamullah dalam kempen politik mereka.

Begitulah Nik Aziz dan PAS. Menghalalkan sesuatu yang haram adalah perkara biasa bagi mereka. Sesuatu perkara itu adalah "halal" bagi mereka jika perkara itu mempunyai kepentingan politik bagi mereka. Dan jika perkara itu adalah segalanya "haram" jika ada sangkut paut dengan UMNO/BN. Mungkin itulah konsep "halal & haram" di dalam "agama" PAS. Ikut suka tafsiran sendiri...

Perkara inilah yang ditentang dan dibantah oleh Dr. Harun Din dan beberapa ulama' PAS. Mereka menyatakan pendirian mereka walaupun bercanggah dengan "fatwa" Nik Aziz Nik Mat, seorang bekas guru agama Islam sekolah menengah. Bagi mereka, isu hukum dan agama Islam tidak boleh sama sekali dipergunakan walaupun dalam soal politik. Ini menunjukkan Harun Din dan rakan-rakannya membedakan di antara Islam dan politik, yang mana konsep ini juga digunapakai oleh UMNO/BN selama ini.

Namun sayangnya, dengan kewujudan "bekas ustaz sekolah menengah" ini telah menafikan prinsip dan kefahaman Islam ulama'-ulama' PAS yang lebih berpendidikan tinggi ini. Jika diukur latar belakang pendidikan di antara Nik Aziz dan Harun Din, bagai "langit dengan bumi". Harun Din lebih "establish" profil pendidikan, pengalaman dan pengajiannya berbanding Nik Aziz. Tapi, demi "POLITIK", PAS lebih menyebelahi "fatwa" oleh "cikgu sekolah menengah" ini?

Nampaknya, PAS semakin terpesong setelah melantik "orang yang bukan ahli"nya menjadi Mursyidul Amnya. Orang yang kurang berilmu lebih "didengari" berbanding orang yang berilmu tinggi dan diiktiraf. Demi politik, PAS sanggup menggadai hukum dan agamanya. Asalkan menang pilihanraya, kepentingan Islam tidak lagi menjadi tunjang perjuangan PAS. PAS semakin terpesong jauh dipimpin Nik Aziz...

6 comments:

life is not a fairy tale dude said...

Nik Aziz manusia biasa. Manusia biasa ada salah dan silapnya kerana dia bukan nabi.

I support I.S.A.

Mohd said...

1. Kaum Cina melalui DAP yg asalnya adalah PAP Singapura mahu memerintah Malaysia spt Cina memerintah Singapura sepenuhnya.
Sekarang inilah masa yg paling sesuai utk kaum Cina memulakan niat jahat mereka. Sebab DAP boleh memperkudakan PAS utk meraih undi orang Melayu. Bila kaum Cina sudah berkuasa mereka akan buang PAS daripada Kerajaan Pakatan spt yg telah berlaku di Singapura di suatu masa dahulu. Silalah rujuk sejarah Singapura utk kepastian!
2. Jika orang Melayu tidak sedar akan hasrat kaum Cina ini, tunggulah apa yg akan berlaku di PRU13 nanti!
3. DAP juga memperalatkan Anwar supaya menjadi PM boneka mereka di Puterajaya. Anwar memang akan menjual negara ini. Dia tak kisah. Asal dapat jadi PM dia dah puas.Lihatlah apa yg dibuatnya utk membela kaum Melayu di Penang. Tak ada apa kan? Lepas itu dia akan dibuang. Setelah perlembagaan negara dipinda oleh kaum Cina, orang Melayu akan mengemis di tanah air sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura. Orang Melayu tak usah haraplah nak jadi pembangkang! Spt di Singapura sekarang mana ada pembangkang? Jika ada akan dibawa ke mahkamah dgn tuduhan yg remeh-temeh dan dikenakan denda sehingga tak terbayar dan jadi muflis. Ini sebab mahkamah di Singapura menyebelahi Kerajaan. Kalau tidak hakim akan hilang pekerjaannya! Bila dah muflis nak berpolitik pun tak boleh.
4. Contoh di Selangor, kita dah nampak bagaimana ketua pembangkang Khir Toyo dah disingkirkan buat sementara dari Dewan Undangan Negeri. Bagaimanapun ADUN2 DAP yg dah jelas menyelewengkan peruntukan wang rakyat kpd kroni2nya boleh terlepas dari tindakan mahkamah kerana tak cukup bukti. Pada hal kita semua telah melihat voucher2 dan dokumen2 yg telah keluar dlm blog2.
5. Perhatikanlah walaupun DAP tahu Anwar memang bersalah, tetapi utk memperalatkannya, kes liwatnya akan dilengah2kan sehingga tetangguh sampai ke PRU13, dimana Anwar akan menjadi PM utk sementara waktu.
6. Lepas itu bolehlah Malaysia yg ada petroleum dibawa masuk ke Singapore dan menjadi boneka Amerika Syarikat. Ingat tak hari itu ada bekas PM Singapura, Lee Kuan Yew datang berjumpa dgn TGNA? Buat apa ya?
7. Saya tak mahu cadangkan apa2 yg boleh dilakukan oleh kaum Melayu. Sememangnya kaum Melayu ni bodoh sombong. Pandai tak boleh diajar. Fikirkanlah sendiri. Janganlah menang sorak tetapi kampung tergadai.
Allah hu Akbar.

Anonymous said...

di mana ulama umno dlm isu meluluskan lesen judi???
xde komen pun...
yg ada hnya persatuan bks2 wkl rkyt umno kta xstuju..
sayap2 pemuda,wanita,putera,puteri xde kata papepn smpai skrg walaupun da agk lama isu ni..
even pimpinan atas umno pun diam je...
sokong ke??
yg peliknya, yg cdg tu melayu islam dr umno..

life is not a fairy tale dude said...

Who is more honourable and trust worthy? Certainly for me, not Nik Aziz.

Porn star at work

Anonymous said...

WOI BUDAK BODOH... ape kena mengena ulama umno dan lesen judi. apsal ko tak tanye khalid gereja samad camne bleh sokong penjualan beer kat kawasan majoriti islam... apasal harussani dikenakan tindakan disiplin semata2 nak halang jual beer. khalid says 'beers were meant for non-muslim'. There you go. Judi Bola also were meant for non-muslim. Do i need to mention here that judi & beers were HARAM in ISLAM... If you're muslim, you should know what you can & can't do! Learn to listen before you posting such a non-sense.

Azwar said...

Nik aziz memang manusia biasa sebab tu dia KENA SEDAR dia banyak kelemahan. Banyakkan mendengar nasihat... bukannya dari orang lain pun dari orang parti PAS sendiri jugak. Kalau ikutkan sejarah semua empayar islam, ni adalah tanda2 awal kejatuhan umat islam. (perpecahan kalangan ulamak)

Bila Kak Su Bersuara... Heh!