Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, March 27, 2010

Nik Aziz nak pencen? PAS berani teruskan UG?

DS Najib : Semoga mu cepak sembuhhh...
Nik Ajis : Semoga mu pecoh perukkkk...
-teka dialoq...heheh..-


Bahawa terdengarlah arakian tentang perihal "Memanda Menteri Besar" di sebuah negeri yang menerima jolokan "serambi mekah". Sekian lamanya Memanda itu memegang tampok pentadbiran negeri Cik Siti Wan Kembang, maka terdengarlah sepoi-sepoi bahasa akan pengunduran Nik Aziz Nik Mat, seorang "bekas ustaz sekolah menengah" yang kesekian kalinya bertukar "profile" sebagai "politician".

Sementelah itu, perkhabarannya mengisahkan tuan ampunya diri akan mengundurkan diri dari terus berkuasa sebagai "mursyidul am" PAS. "Mursyidul Am" PAS ini dikatakan semakin hari semakin uzur dalam memberikan tunjuk ajar kepada para penganut agama PAS. Dengan fatwa-fatwa mazhab Al-Pok Nik Al-Azizi, tunjuk ajarnya dikatakan semakin menyimpang dari jalan yang lurus dan terhoyong hayang menuju ke longkang...

Mungkin dengan alasan kesihatan yang kurang elok, maka Nik Aziz berniat mengundur diri? Atau mungkin Nik Aziz sudah kehilangan pengaruhnya di kalangan juak-juak PAS? Dan pastinya, di dalam sketsa awal pengunduran seorang "bekas guru agama" ini, ada sesetengah pihak yang tersenyum!

Pada perkiraan saya, mereka yang akan tersenyum ialah Hj. Hadi, Nasaruddin Mat Isa, Ust. Harun Din, Taib Azamuddin dan Harun Taib. Tambahan pula sebilangan dari tokoh-tokoh PAS ini pernah diherdik "Tok Guru" agama PAS tersebut. Pihak inilah yang menyokong kuat "kerajaan perpaduan" di antara PAS dan BN.

Nasaruddin misalnya, pernah dikutuk Nik Aziz dengan pelbagai tohmahan secara terbuka. Namun, atas dasar parti, Nasaruddin kelihatan lebih selesa berdiam diri dari membalas kutukan "musyidul am" PAS itu.

Ust. Harun Din juga misalnya, pernah diherdik dan kertas kerjanya dilempar bagai sampah oleh Nik Aziz. Tahu "kertas kerja" apa? Dikhabarkan bahawa kertas kerja itu adalah hasil kerja Majlis Syura PAS yang mencadangkan penyatuan umat Islam di dalam satu gabungan parti politik di Malaysia. Lebih kurang macam UG lah maknanya. Begitu "sombong"nya Nik Aziz! Majlis Syura PAS yang dianggotai oleh barisan ulama PAS pun di"tong sampah"kan.

Nampaknya seorang manusia yang digelar "Tok Guru" oleh penyokong fanatiknya ini telah menolak satu kertas kerja murni dari barisan ulama PAS sendiri. Mungkin dalam agama Nik Aziz, "syura" tidak wujud. Mungkin sifat ego & "arrogant"nya sebagai mursyidul am PAS telah "mengharamkan" dirinya untuk tunduk kepada sebarang cadangan demi perpaduan ummah Islam Melayu di Malaysia. Begitu sekali "benci"nya Nik Aziz pada UMNO dan BN. Apakah ini akhlak yang diajar oleh Baginda Rasulullah S.A.W? Rasanya Nik Aziz sudah melampaui batas.

Namun, di atas menghormati satu organisasi siasah, golongan ulama ini terpaksa mendiamkan diri menghadapi Nik Aziz yang telah bertukar menjadi "anak didik" Anwar Ibrahim. Namun, saya tidak ragu bahawa para ulama PAS ini selalu berdoa agar usul kertas kerja mereka itu dimaqbulkan Allah S.W.T. Kalau dilawannya Nik Aziz, makin teruk pula Nik Aziz "meroyan". Kalau dibantahnya Nik Aziz, kelak akan dituduh "agen UMNO", "balaci UMNO" dan sebagainya. Mungkin para ulama ini telah memilih untuk mendiamkan diri dari terus melayan cercaan Nik Aziz dan konco-konconya.

Dan pada pandangan saya, ada juga yang mencebik dan "cemas" sekiranya Nik Aziz benar-benar berundur seperti Husam, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad dan tokoh-tokoh PKR seperti Anwar Ibrahim dan sebagainya.

Pastinya mereka mencebik dan cemas! Maklumlah selama ini, hanya Nik Azizlah yang menjadi sandaran puak-puak PKR ini. Ketika mana hari pertama perbicaraan liwat "Dewa" Anwar Ibrahim, Nik Aziz sanggup hadir meskipun dalam keadaan kurang sihat. Nik Aziz lebih "rela" mengadap Anwar dari Tuanku Sultan Kelantan yang sedang gering di Singapura walaupun pernah dipanggil oleh pihak Istana. Dan kini, Nik Aziz bakal hilang. Tunggul tempat berpaut sudah reput dan bakal rebah menyembah bumi. Bumi yang pernah bernama Tanah Melayu ini!

Erdogan pastinya cemas. Nampak gayanya, kepimpinan ulama semakin mendominasi PAS berbanding kumpulan erdogan seperti Husam. Jika PAS dipimpin golongan ini, erdogan pastinya risau jika "kertas kerja" yang pernah di"tong sampah"kan itu akan muncul semula. Mungkinkah PAS bakal keluar dari Pakatan Rakyat setelah di"buli" hebat oleh PKR dan DAP di beberapa negeri seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang?

Imej PAS begitu buruk di mata rakyat akibat teruk di"keronyok" oleh "firaun-firaun kecil" dari PKR dan DAP. Bukan se"ekor" dua "firaun-firaun" ini, malah dikhabarkan ramai sekali dan bergerak secara halus seperti "syaitan yang menyusup masuk ke pembuluh darah umat Muhammad S.A.W". Hinggakan ramai ahli-ahli PAS yang marah dan "fed-up" dengan kerjasama PAS, PKR dan DAP ini. Hubungan haram (tidak berdaftar) ini lebih di"aula"kan berbanding dasar perjuangan Islam PAS. Hudud di"buang", "negara Islam" dinafikan, malah arak yang sudah dirampas pun dikembalikan! "Itu sudah melampau!" kata mereka.

Jika benarlah "bunga-bunga" perpaduan umat Islam Melayu di Malaysia ini sudah berputik, apakah PAS bersedia keluar dari Pakatan "menipu" Rakyat ini? Dan apakah PAS sedia berunding secara ikhlas dengan UMNO dan BN untuk bersatu di dalam agenda "kerajaan perpaduan"? Pastinya "kerajaan perpaduan" menjadi "hadiah istimewa" bagi seluruh umat Islam Melayu di Malaysia kerana ianya merupakan "tautan kembali" sebuah ikatan persaudaraan yang amat dituntut oleh agama Islam. "Dosa" 50 tahun yang lampau akan "bersih" semula. Namun, mampukah PAS menyahut salam ukhuwah itu? Semoga "carik-carik bulu ayam, akhirnya PAS dan UMNO bertaut kembali...

1 comment:

mFa@anon said...

pada aku baik husam musa jd presiden pas.anwar jd penasihat pas,pkr.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!