Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, March 4, 2010

Kemelut PKR: Biar rakyat yang tentukan...


Sana sini berbicara tentang PKR yang semakin kelam kabut tenggelam punca akibat ramai ahli dan pemimpinnya yang keluar parti. MyKMU.net telah mendedahkan bahawa sudah 3 orang Ahli Parlimen yang sudah keluar parti sejak 1 February 2010. Malah, myKMU.net juga menjangkakan bahawa 7 orang lagi Ahli Parlimen PKR yang akan menyusul keluar parti selepas ini. Saya sendiri tidak berani "meramal" masa depan. Namun pada fikiran saya, tidak mustahil perkara ini akan berlaku. Semuanya "rencana" dari Allah dan Allah lah yang Maha Mengetahui segalanya.

Kejadian keluar parti ini telah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada senario politik negara. Dikala Anwar Ibrahim sedang menghadapi perbicaraan mahkamah berkenaan kes liwat kali keduanya, PKR terus bergolak. Mengapa ini berlaku? Bagi sesetengah penyokong Pakatan Rakyat, perkara ini adalah "ujian" Allah. Sesetengahnya pula menganggapnya sebagai "rahmat" kerana keluarnya "duri dalam daging" dari parti mereka. Sesetengahnya pula masih lagi "kebingungan" dengan kejadian ini. Malah, ada pula yang menyatakan bahawa semua ini adalah "kerja Najib & Rosmah"! Dikala "dewa" mereka sedang bergelut untuk mengelak "jalan menuju ke Sungai Buloh", macam-macam pula "petaka" yang berlaku. Biar apa pun reaksi dari penyokong Pakatan Rakyat, kehilangan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PKR mereka ini harus diterima dengan hati yang terbuka. Yang keluar, sudah pun keluar...

Bagi saya, saya sedikit pun tidak hairan mahupun peduli tentang perkara ini. Ini adalah kerana saya yakin bahawa UMNO tidak ada kena mengena dengan "petaka" yang melanda PKR. Saya tidak hairan kerana sejak penubuhan PKR lagi, saya melihat bahawa perjuangan PKR penuh dengan kepalsuan memperjuangkan Anwar Ibrahim yang kononnya di"konspirasi"kan Tun Dr. Mahathir. Perjuangan PKR adalah perjuangan peribadi Anwar sendiri dan Anwar menagih simpati dari rakyat dan rakan-rakannya yang berpengaruh untuk membela "dosa" yang pernah dilakukannya. Tidak lebih dari itu. Segala yang diucapkannya dalam ceramah dan pidato retoriknya di pentas-pentas politik selama ini, hanyalah "mainan kata orang politik" yang kecewa. Oleh itu, tidak ada sebab untuk saya menyokong PKR.

Bagi orang politik, PKR kononnya bagaikan jambatan di antara PAS dan DAP. Namun, "jambatan" itu hampir runtuh kini. Hampir runtuh akibat "perjuangan"nya yang rapuh dan tidak ikhlas untuk rakyat. DAP bermaharajalela "membunuh" perjuangan PAS dan PAS pula terpaksa "membisu" dek kerana campur tangan Anwar. Akibatnya, penyokong PAS "malu" dan memberontak dalam diam. Maka wujudlah kem Nik Aziz dan kem Hadi, walaupun mereka bermatian "menafikan"nya. Pandai juga "pak-pak lebai" PAS ini "menipu" ye? DAP pula makin "naik kepala". Kelakuan "ala-ala komunis" DAP yang menjelikkan ini juga telah membangkitkan kemarahan ramai melayu muslimin dan muslimat di dalam PKR. Maka lahirkan suara Zulkifli Noordin, Zahrain, Mohsin, dan ramai lagi. Maka habislah "suara-suara" ini dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin PKR. Tapi, ada juga yang tak sempat masuk "kandang" tertuduh, dan "lompat" jadi Bebas. Cuma Zulkifli saja yang masih "sabar". Mungkin "sabar" Zulkifli Noordin itu mampu berkompromi apabila Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu dihina dan dipersendakan oleh DAP dan pemimpin-pemimpin kanan PKR. Apa boleh buat...? Lantak dia lah dengan pendiriannya...

Musykilnya, di mana peranan UMNO atau Najib & Rosmah sebagaimana yang di dakwa Syed Husin? Syed Husin kononnya "tahu" tentang "habuan" puluhan juta RM yang disediakan Najib & Rosmah! Dahsyat! Macam "nujum" pula layaknya. Apa buktinya? Atau sekadar satu lagi fitnah dari ribuan fitnah yang ditabur oleh pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Najib dan Rosmah? Jika benar, sila buat laporan polis. Tak nak buat "suruhanjaya siasatan" lagi ke? Yang jahat semuanya UMNO, yang baik semuanya Pakatan Rakyat? Siapa yang ajar macam tu? Siapa Syed Husin untuk menghakimi jahat baik seseorang? Bagaimana pula Anwar di mata Syed Husin? Baik sangatkah "Pak Syeikh" tu?

"Ni Syed Husin ni..nak habaq kat hang...takdak masa la UMNO nak ambik tau pasai problem PKR...itu hangpa punya pasai la..buang karan la kami nak masuk "jarum"..kami tak macam Anwar yang dok beli "katak" suruh lompat masuk PKR...hang tak ingat "pancing" 16 September? Hang ni nama saja orang lama...otak tak buleh pakai...kira nak pakai tuduh hentam kromo saja...ingat la pasai dosa pahala sikit Syed Husin oiii...politik tu politik jugak...esok mati menjawab la kita dalam kuboq tu..." mungkin kata-kata sebeginilah yang layak untuk Syed Husin!

Apa pun, UMNO usahlah leka. Mungkin ini ketentuan Allah untuk memperlihatkan "keutuhan jambatan" yang bernama PKR. Masalah yang melanda PKR, biarlah PKR yang tanggung. Siapa yang nak keluar PKR, silakanlah. Kami bersyukur kepada Allah yang telah membuka pintu hati mereka untuk melihat dengan "mata akal dan hati" betapa teruknya dasar Pakatan Rakyat yang jelas menghina Islam, Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Hancur Malaysia kalau jatuh ke tangan mereka. UMNO harus mengorak langkah lebih jauh ke depan untuk menjamin masa depan negara dan rakyat Malaysia. Kita perkukuhkan Barisan Nasional. Biarlah rakyat menganggap kita "jahat", asalkan mereka tahu dan sedar suatu hari nanti bahawa UMNO dan Barisan Nasional sahajalah yang sentiasa memikirkan dan bertindak demi masa depan Malaysia dan rakyatnya. Allah lebih mengetahui tentang hakikat ini. InsyaAllah!

1 comment:

Anonymous said...

Sebenrnya itu semua kehendak oramg PAS dulu sembahyang hajat 1 stadium kes liwat yang pertama Nuar.Ramai yang 50-50 samada ia benar berlaku atau tidak.
Doa dah makbul dah bila kes kedua berlaku dah nampak kesan dan Allah sedang tunjukan pada orang yang nak berfikir.
Yang peliknya orang yang jadi imam
( To Nik)dah dapat rasa tempias dari sembahyang hajat yang dio buat dulu.Malangnya dio langsung tak tergolong dari berfikir aakan kesan yang dilalui sebab ego dia sangat tebal dan tak tergolong dikalangan orang yang sentiasa berfikir

Bila Kak Su Bersuara... Heh!