Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, January 23, 2010

Puteri UMNO Malaysia: Latest Hot Stories?


Apa cerita Puteri UMNO Malaysia? Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh seseorang, menceritakan berita "panas" di dalam Puteri UMNO Malaysia. Bukan nak buka aib seseorang atau memburukkan keadaan. Namun, kalau tak cerita pun, "tak kena" juga. Kalau tak cerita, nanti dikatakan pula cuba menidakkan perkara yang "benar". Jadi, pada pendapat saya, "berkata benarlah walaupun sepahit hempedu"!

Dikhabarkan juga semalam, sebuah kursus kemantapan kepimpinan telah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Insan di Langkawi yang turut disertai oleh 3 Puteri UMNO Bahagian dari 3 buah negeri yang diadakan di Langkawi. Dikhabarkan bahawa program itu turut melibatkan slot untuk Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri MITI) dan Pn. Shahanim (Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia). Tiba-tiba, dikhabarkan Pn. Rosnah Shirlin (Ketua Puteri UMNO Malaysia) telah menghubungi pihak penganjur untuk membatalkan kursus tersebut sekiranya Pn. Shahanim turut serta diberikan slot program! Apa cerita ni Kak Rosnah? Pelik!

Apa dah jadi ni? Kenapa Rosnah buat macam tu kepada Shahanim? Kenapa Shahanim disekat untuk memberikan ceramah motivasi? Salahkah memberikan ceramah untuk kebaikan Puteri UMNO? Namun, mujurlah dikhabarkan bahawa slot ceramah motivasi Shahanim itu diteruskan juga di atas arahan "Second Boss UMNO". Nasib baik Tan Sri Muhyiddin berlaku "adil" dan "bijak menilai". Dikhabarkan juga, ada pihak dari kem "Boss Besar UMNO" yang menghubungi Kah Rosnah "menegur"nya di atas "taktik politik kurang sihat" ini. Jika tidak, pastinya Rosnah akan terus percaya bahawa taktik "sekatan politik"nya terhadap Shahanim telah berjaya! Namun, kejadian ini telah menguatkan lagi khabar-khabar yang disampaikan ke telinga saya...Pelik!

Saya diberitahu tengahari tadi melalui seorang rakan bahawa Kak Rosnah telah mengadakan mesyuarat Puteri UMNO Malaysia baru-baru ini. Dikhabarkan juga bahawa semua Ketua-Ketua Puteri UMNO Negeri, Setiausaha, SUK, Bendahari dan Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia telah dijemput KECUALI Shahanim selaku Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dan Exco Antarabangsa Puteri UMNO Malaysia! Kenapa Kak Rosnah tak jemput Shahanim? Sudahlah mesyuarat Puteri UMNO Malaysia itu diadakan di rumah Kak Rosnah, Kak Rosnah sendiri sedang dalam "pantang" melahirkan "baby". Kenapa tak dijemput pula "second boss Puteri UMNO"nya itu? Pelik!

"Kekanda" Rosnah tak suka "kekanda" Shahanim ke? Kak Shahanim ada buat salah pada Kak Rosnah ke? Kalau ada, kenapa tak bersemuka dan selesaikan secara baik? Atau Kak Rosnah memang "bimbang" dengan kedudukan Kak Rosnah sebagai "Ketua Puteri UMNO Malaysia" agak goyah dan "tak perform"? Kak Rosnah "takut pada bayang-bayang sendiri" ke? Kenapa perlu Kak Rosnah "sekat" aktiviti Shahanim berbakti kepada UMNO dan rakyat? Atau Kak Rosnah sudah termakan "fitnah" pembangkang terhadap Kak Hanim? Apakah tahap "mentaliti" Kak Rosnah sudah setaraf dengan "mentaliti" kelas ketiga pembangkang? Atau Kak Rosnah termakan hasutan "fitnah" cemburu dari segelintir pihak dari dalam UMNO yang sebenarnya tidak pernah "berjumpa", "berbicara" dan tidak pernah "mengenali" Kak Shahanim? Come on, don't tell me that Kak Rosnah got such "low mentality"! Takkan Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri mempunyai cara pemikiran sebegini??? Pelik!

Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa Kak Shahanim telah diberikan "portfolio" sebagai Exco Antarabangsa Puteri UMNO Malaysia oleh Kak Rosnah. Namun, yang menghairankan dikhabarkan bahawa Kak Rosnah telah mengeluarkan hal ehwal Kelab UMNO Luar Negara dari tugasan Exco Antarabangsa Puteri UMNO dan di"agih-agih"kan kepada "kawan-kawan karib"nya yang telah dilantik di dalam jawatankuasa Puteri UMNO. Ehhh??? Bukankah sayap-sayap UMNO lain meletakkan tugasan hal ehwal Kelab UMNO Luar Negara kepada Exco Antarabangsa? Kenapa pula Kak Rosnah sekat pula Exco Antarabangsanya berhubung dengan Kelab UMNO di luar negara? Apa yang nak di"risau"kan? Takut hilang sokongan politik ke? "Cas Keting" ke? Pelik!

Hairan. Saya hairan. Saya pernah mendengar ucapan Kak Rosnah ketika di Kedah. Kak Rosnah memberikan jaminan bahawa Puteri UMNO akan bersatu padu dibawah kepimpinan Kak Rosnah dan semua Puteri-Puteri UMNO Bahagian di Kedah diminta berbaik-baik sesama sendiri. Namun kini, mengapa pula Kak Rosnah sendiri yang "menganjurkan" pepecahan dikalangan Puteri UMNO? Di peringkat pusat pulak tu? Itukah yang dinamakan 1Puteri versi Kak Rosnah? "Musnahkan pencabar jawatan terdekat yang mampu mengganggu gugat kedudukan jawatan", itukah maksud "perpaduan" yang Kak Rosnah maksudkan? Pelik!

"Wake up" la Kak Rosnah! Hari tu Kak Rosnah "marah-marah" seorang "Prof" yang mengatakan bahawa UMNO masih "lemah". Seakan-akan Kak Rosnah tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO sedang "sakit". Masih dalam "denial sindrom"! Saya secara terus terang mengatakan bahawa UMNO "masih sakit", namun sedang "beransur sembuh". UMNO "belum sembuh" seperti sediakala seandainya masih ada lagi pemimpin UMNO yang masih "bersikap seperti yang di atas". Bukan saya "membenci" atau "menyebelahi sesiapa", namun saya tidak suka "sikap" sebegitu. "Sikap" dan bukan "individu". Berubahlah Kak Rosnah! Dato' Seri Najib dah selalu "balun" suruh pemimpin UMNO berubah, takkan Kak Rosnah tak nak berubah juga? Peliklah kalau begitu...

27 comments:

Anonymous said...

Inilah salah satu contoh yang kerap berlaku , kalau nampak ada orang yang lebih sikit,mulalah cah keting.

Akhirnya takde golongan pelapis yang hebat-hebat, tinggallah yang komeng-komeng aje.......

Anonymous said...

Saya memang tau crita pasai hal ni coq masa meting di house Rosnah, saya ada sama. Hal ini berkeluar bila ada laporan dari Ketua Puteri Negeri. Negeri mana xpayah disebutkan. Walaupun saya dilantik oleh Rosnah tapi ada setengah2 hal, saya xberapa setuju dgn Rosnah termasuklah kes ini. Terkejut sungguh saya bila Rosnah buat mcm ini. Namun saya mampu berdoa agar Rosnah berubah. Kepada Shahanim sabar banyak2. Semua orang tahu yang Shahanim berada di pihak yang benar. Teruskan usahamu agar ahli-ahli Puteri UMNO terus menyokong UMNO dan BN walaupun UMNO sekarang ini lemah.

Anonymous said...

Pentadbiran Puteri UMNO Msia dan Negeri semuanya kena rombak balik demi UMNO/BN. Cuba tgk semua yg YB Rosnah lantik di peringkat Msia mahupun Negeri kebanyakannya tak perform. Dia banyak melantik dikalangan korni-korninya sahaja walaupun tahu korni-korninya tidak mempunyai aura leadership tetapi yg penting bagi YB Rosnah kepuasan hatinya didahulukan tanpa memikir kesannya terhadap kepentingan parti terutama sekali Pergerakan Puteri

Anonymous said...

Saya cadangkan cara melantik Ketua Puteri Negeri ditentukan oleh Ketua Puteri Bahagian di negeri masing kerana ketua puteri bhg lebih tau sapa yang layak mengetuai puteri di peringkat negeri. Sapa yang banyak sokongan atau lebih majoriti, dia lah yang menjadi Ketua. Baru la adil. Takkan ada kroni Rosnah ataupun kroni Shahanim.

Detguaq said...

Aku nampak politiking dlm pu3 semakin parahlah macam ni....

maizatulmiza said...

maaflah nak cakap sikit... kalau sesapa yang nak komen2 ni, apa salahnya kalau letakkan nama sendiri untuk dikenali... kenapa perlu letak nama "anonymous"?? berani berjuang beerti berani jugak untuk memberikan pendapat dan komen diatas nama sendiri.. untuk apa berselindung andai niat dihati nak membantu UMNO tercinta?? jangan hanya tau nak baling batu sembunyi tangan tu...

Anonymous said...

Apa hal lu ni si maizatul..nak bodek rosnah ka sebab calon lu sebagai Bendahari Puteri Negeri..awat lu tak komen ms rosnah buat statement UMNO Kuat..lu sendiri mengaku UMNO sedang parah..awat tak protes statement rosnah tu..takut ke..lu sendiri ckp tak serupa bikin. I mau tanya lu, sejak lu jd bendahari puteri negeri dah 2 tahun dah masuk tahun ni, brapa banyak duit dah lu dah cari dan brapa banyak duit dah lu dah tolong ketua2 puteri bhg? Rasa2nya lu tak pernah membantu pun. Harap berlagak ja pegang jawatan, kerja haram tak buat pun. Lu tak payah la nak menegak benang basah. Semua puteri2 di kedah tahu, Puteri Negeri tak perform..bukan di Kedah ja tp semua negeri. Lu tak rasa malu ka, pegang jawatan tp tak blh membantu, kalu I la di tempat lu, tak tau mana nak letak muka, malu222222. Yang lu tau, kalu tak blh menyelesaikan mslh, lu menangis minta simpati..tu ja la jln penyelesaian lu. Boss I pun pernah complain pasai pentadbiran Puteri Negeri walaupun dia 1 of your groups. Dia pun merungut sebagai kawan yang sama2 p lobi rosnah pas brapa hari rosnah menang ,lu all apa tak pernah membantu dia pun. Rasa2nya ini la masa yang terbaik utk menukar semua Ketua Puteri Negeri seperti yang disarankan oleh anonymous 11:45pm dan 8:13am. Tinggal setahun saja lagi utk bergerak, 2 tahun yang lepas hanya satu pembaziran yang dpt dilihat amat ketara. Puteri kena berani bersuara dan kena berani berubah seperti yang disarankan dan dilakukan oleh Dato Mukhriz. Kepada semua Puteri2, jadikan Dato Mukhriz sebagai idola anda semua utk dlm memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Kita kena ikut still Dato Mukhriz yang berani. Janganlah kita menjadi pak turut dan kaki bodek utk kepentingan diri sendiri sahaja. 1 pesan buat maizatul, lu tak matang langsung dlm politik. Orang dapat menilai lu melalui semua statement lu dan dari situ orang blh menilai, lu terlalu mentah dan mempunyai pemikiran yang cetek...Salam Hormat

Sarina Binti Saari
Kampung Sematang Pinang
06600 Kuala Kedah
Kedah

No. Ahli

Puteri said...

Dear Duke Sire,
Dah lama aku tak jengok blog ni..termasuk ngan blog aku sendiri..tup meletop citer kommg world Duke! So apa lagi Puteri....nak kerenyis sampai telinga lagi....kita pakat2 la buat kerja dengan aman....sapa yg ada vision kita pakat2 support...jgn dok cantaih. Mo kalu kata Ketua tak brapa perfom...naib ketua tolong back up......tapi biaqla dengan cara yang betul.
Yang penting..hat ranting2 yg pakat dok tupang glam..tu...sudah2lah kerja cucuk mencucuk ni....kalau dah ranting, tetap ranting....nak tunggu jadi perdu pokok...mak aih..makan bertaun...
Sendiri mau hengat...

muahsss

princess jiji said...

cek daripada dulu tak pernah nampak leadership value in her..nak kata bijak berpidato pun tak jugak..perspektif adalah perkara yang paling penting dalam politik!orang tak peduli dia pandai buat kerja ka apa kalau perspektif tak bagus!tengok sajalah hasil PRU yang lepas,rakyat undi jugak calon-calon PR yang tak "berclass" sebab perspektif depa terhadap BN lagi teruk daripada ciri-ciri calon PR tu!

Kamal Sanusi said...

Duke, mmg pahit utk ditelan tetapi hakikatnya yg benar tetap benar.

Sedih mendengar citer sebegini tak kala Umno masih terkial-kial untuk mengukuhkan kedudukan di hati rakyat.

Namun, kalau takut dicantaih, Shahanim jgn masuk politik. Cantaih atau cah keting is the name of the game.

Kesannya, Umno kalah bukan kerana parti tu tak kukuh tetapi kerana budaya sebegini yg susah diatasi termasuklah penyakit denial syndrome.

Daripada cantaih, baik guna racun rumpai ajer, kan kan kan?

Kah kah kah!!!...

DukeOfUMNO said...

Sabaq...sabaqq...bukan nak bagi bergaduh...buang hat yg kerohhh...amik yang jerenihhh...hehhehe...

Aku bukan apa...hangat jugak hati aku bila org tak mau ngaku silap ni...lagi satu "denial sindrom"! Memang hampehhh...Last2 telungkup jugakkk...

Aku cuma nak Ketua Puteri be fair to everybody especially kat Naib Ketua Puterinya...Depa berdua tu sepatutnya saling memerlukan utk memperkukuhkan Puteri..bukan memperkukuhkan kepentingan diri sendiri...awat? depa nak jadi Ketua Puteri UMNO yang pertama jadi "PEMBANGKANG" kaaa???

Tu yg aku hangin tu...jangan sampai Puteri UMNO dicop sebagai liabiliti sudahhhhh...

P/s: Pemuda dah kena dahhhh..!

Anonymous said...

biar nmpk keras tapi hati lembut dan baik...jgn nmpk lembut tapi hati hitammmm...
Fikir2 kan lah..

Gen-X said...

dh banyak bahagian pun yang label puteri sebagai liabiliti dan duk cari kekayaan dan jawatan saja..bila dah jadi exco,depa asyik p KL saja..busy sungguh..bila menteri turun negeri atau bhgn depa,depalah yang nak p duk dekat bisik2..ini adalah kenyataan yang keluar sendiri daripada ketua bahagian yang kata penat dia nak layan kerenah puteri..tu belum lagi yg mtg atas kertas..betui tak Aton?

maizatulmiza said...

assalamualaikum...
dah ada komen baru rupanya.... semalam tak nampak ayaq qeneh lagi masa wa buka... tapi qeni dah ada dah... that's good... publisiti murahan yang telah sampai ke kemuncaknya... dan2 jadi top tequih... ahaks....

buat saudari sarina saari, kg sematang pinang kuala kedah... kesiannya kat sarina saari ni kan?? tak pasai2 nama dia timboi tang sini.... tah ka mati tah ka hidup, tah ka wujud, tah ka tak wujud insan yang bernama sarina ni, wa pon tak tau... tak dapat wa nak komen bab ni... oklah, straight to the point, wa sebenarnya tak bodek sesapa, even rosnah or shahanim... 4 me, no point to "BODEK" both of that person... dan kalau taktau cara perlantikan bendahari, lu jangan nak memandai dok buat statement no... kot lu mau tau, 3pegawai selepas naib dilantik ataih tangan ketua puteri negeri... yang tu pon taktau ka?? tu pon nak kata diri lu tu pandai sangat... hehheheh... malunya wa dengan ini olang yang talak tau, tapi mau cakap macam2.. hehehhe... (tutup muka)... dah tu, nak mengira pon tak pandai... bila yang wa jadi bendahari sampai 2tahun?? ish... ish... sian no, masa tak pandai mengira, cuba bagi duit tengok, mesti sambaq n hebat dalam pengiraan kan?? malunye... duit puteri bahagian2, dah ada kan?? takkan tak cukup... tak nampak program pun, tapi duit koi kesot2 takdak.... lagi pelik kan?? agaknya ringgit dalam malaysia ni berhantu... eee... takutnya wa... dalam keadaan sekarang ni, kesian kan... duit masih menjadi aspek pertama untuk kerja jalan... sedih wa tengok statement yang mementingkan duit ni... maknanya, masing2 dok nampak duit ja la ni... heheh, duit... duit.. duit... malunye... malunya, jadi mata duitan... ahaks.. tentang lu kata wa x matang , mentah n cetek dalam politik ni, wa terima ngan tangan terbuka... dalam apa2 bab pon, nak jadi pandai kena belajaq pelan2.. jangan dok merak buih dok tuding jari sana ni, tapi ingat 1 ja, kalau telunjuk kita ni tuding kat orang, nu 4 jari lagi dok tunjuk belah kita baik punya... mana banyak antara 1 dan 4?? pikiaq2kan laaa naaa...

Buat Puteri, betoi la kata Puteri tu... x payah cantaih mencantaih ni... jangan jadi jarum dok cucuk2 ni... payah cerita n memudaratkan keadaan ja nanti...

Buat Kamal Sanusi, apa yang bro cakap tu pon wa etuju amat... memang bukan kerana UMNO @ BN tu lemah yang menyebabkan kita jatuh, tapi kerana budaya yang dibawa n telah terterap dalam diri orang2 kita hari ni dalam membangunkan organisasi kita ni yang banyak memudaratkan kita... dan payah jugak untuk diatasi.. bukan racun rumpai, clorox pun dah cukup... lagi senang, semua umah ada clorox...

Buat Duke yang bukan hanya dikenali dalam blog ni, tak payah nak bagi keadaan lebih caca merba... Jangan mencari publisiti murahan yang akan menutup periuk nasi orang lain... Kepoi periuk nasi kita tu sudah...

oklah, salam hormat kepada semua...

saya/aku/i/wa,
Maizatul Miza binti Mohd Disa
Taman Wira Mergong
Alor Setar, Kedah Darul Aman..
(nak tau umah, tanya Duke)

DiehardQueen said...

Hola the hola bloggers,
Wah..panas siut bila baca comment lam ni. Sindrom Penafian bak kata duke memang jerlas lagi tersuluh. Kengkadang nak kata salah..tak kata rasa macam budus. Alih2 tengokjer lah yg mampu dilakukan. Tapi alangkah bagusnya kalau masalah ini dapat kita atasi dengan saksama. Contohnya...pendapat peribadi saya: Ketua Puteri Kedah agak kurang auranya dalam memimpin. Justeru itu pada mereka yang rapat dengan beliau, bantulah dalam cara apapun agar beliau tampak lebih yakin dan berkaliber.
Soal..ketidakfahaman di antara ketua dan naib akan wujud dalam mana2 institusi, so the best is....kita pakat jaga batasan agar imeh parti tak terjejas.

Tak timbul soal bodek atau kipas..but be truth to urself...yang tak elok...kita tegur..yang baik....kita sokong..baru ada kesinambungan. betul tak?

sayangs,
Diehardqueen

maizatulmiza said...

Anonymous January 26, 2010 9:04am.... memang i sokong apa yang u katakan tu.. biaq lembut lagu mana pun, tapi hati hitam, rebuih ngan clorox pun memang takkan tukaq kaler putih dah... tak upaya nak buat gena dah aih....

Gen-X... haaa.... memang betoi seperti apa yang dikatakan tu... kena kat orang mata depa masing2 nampak sangat, tapi mai kena kat batang hidung sendiri depa tak qeling nak tengok... kelepiaq merata... bro, exco kita dok tau dah... yang tak jadi exco pun sat2 p mai p mai KL ni, tak ka hebat... hebat ooooo..... memang hebat.... Mau kata, kita ni qeja apa, depa dok buat bebeh mulut pasai kami ni qeja bodo2 ja... orang kedah kata koman... tapi yang hebatnya depa takdak satu qeja apa depa tak kelebek tengok...

Agaknya kan Gen-X, depa dok busy cari projek sana sini.... takpalah, rezeki tang mana2 kan, janji ianya halal untuk dibawak balik ke umah... Yang tak tahan tu, cari projek untuk diri sendiri saja... kot kata nak transfer ke akaun puteri sikit ka... pakai tak nampak jalan.... dapat projek masing2 buat sengap ja... memang patut la ada ketua bahagian yang merungut....

Apapun, lain kali kalau nak kata kat orang kenalah belek diri sendiri dulu... suluh muka tu ada parut tang mana... jangan dok nampak parut tang muka orang ja... biaq pakai bedak murah, dari beli bedak mahai yang belum tentu sesuai dengan muka kita ni..

Baik aku jadi lagu aku ni yang dikatakan terlalu mentah dan mempunyai pemikiran yang cetek ni.... biaq bodo taktau apa, tapi aku tak kacau orang kalau orang tak mula kacau aku... ahahhahah... ahaks...

Buat bro Duke, saya harap tak dak apa yang tersimpan dihati... kot marah saya cakap terLEBIH, terpulang.... terima kasih sbb publishkan komen saya tu n komen ni jugak...


saya/aku/i/wa,
Maizatul Miza binti Mohd Disa
Taman Wira Mergong
Alor Setar, Kedah Darul Aman..

mFa@anon said...

ish...saya takleh kata apa dah bila baca komen2 disini.kdg2 bila kita yg tau perkara sebenar&tidak memihak, cuba menerangkan sesebuah situasi,amat sukar krn mgkin mengeruhkan lagi keadaan.alangkah baiknya isu ini dijelaskan oleh kedua-dua pihak yg terlibat sahaja.
atau mungkin pihak yg terasa di'perlakukan' begitu,tampil memberi penjelasan konkrit.

salam perpaduan.

Anonymous said...

Tak sangka sungguh mcm ni kah mateliti Maizatul. Sungguh tak profesional dan tak bijak utk menjawap dan menakis soalan2. Mcm ni kah standard Ketua Puteri Bhg dan mewakili Puteri Negeri? Mcmana Ketua Puteri Bhg nak menarik minat golongan profesioanl menyertai UMNO jika tahap pemikiran standard darjah 6 sahaja. Sepatutnya Ketua Puteri Bhg diwakili oleh golongan profesional yang matelitinya lebih tinggi. Mungkinkah semua Ketua Puteri Bhg di Kedah mahupun semua negeri mempunyai tahap memikiran seperti Maizatul? Sebenarnya saya saja menguji maizatul utk memberitahu semua setakat manakah tahap pemikirannya dan betapa dia sungguh tak matang serta perangai masih keanakan-anakan...kerana mcm ni la keadaan dirinya dari dlu sehingga la kini menjawat jwtan Ketua Puteri Bhg dan Bendhari Puteri Negeri. Cubalah Duke tanya semua Ketua Putri Bhg, apakah peranan Bendahri Puteri mahupun diperingkat bhg ataupun negeri? Kalau hanya mengharapkan duit dari UMNO Pusat, baik tak payah wujudkan jawtan Bendhari. Dan tak ada usaha langsung utk meningkatkan taraf kewangan puteri..yang dia tau menaikan taraf badan dia sahaja..hahaaaaaaaa



Sarina Saari
Alamat seperti di atas

Anonymous said...

Tak sangka sungguh mcm ni kah mateliti Maizatul. Sungguh tak profesional dan tak bijak utk menjawap dan menakis soalan2. Mcm ni kah standard Ketua Puteri Bhg dan mewakili Puteri Negeri? Mcmana Ketua Puteri Bhg nak menarik minat golongan profesioanl menyertai UMNO jika tahap pemikiran standard darjah 6 sahaja. Sepatutnya Ketua Puteri Bhg diwakili oleh golongan profesional yang matelitinya lebih tinggi. Mungkinkah semua Ketua Puteri Bhg di Kedah mahupun semua negeri mempunyai tahap memikiran seperti Maizatul? Sebenarnya saya saja menguji maizatul utk memberitahu semua setakat manakah tahap pemikirannya dan betapa dia sungguh tak matang serta perangai masih keanakan-anakan...kerana mcm ni la keadaan dirinya dari dlu sehingga la kini menjawat jwtan Ketua Puteri Bhg dan Bendhari Puteri Negeri. Cubalah Duke tanya semua Ketua Putri Bhg, apakah peranan Bendahri Puteri mahupun diperingkat bhg ataupun negeri? Kalau hanya mengharapkan duit dari UMNO Pusat, baik tak payah wujudkan jawtan Bendhari. Dan tak ada usaha langsung utk meningkatkan taraf kewangan puteri..yang dia tau menaikan taraf badan dia sahaja..hahaaaaaaaa



Sarina Saari
Alamat seperti di atas

Anonymous said...

Lahir rasa GELIHATI dan KECEWA membaca lenggok bahasa dan bait2 kata dari yg memberi dan menjawab komen..sungguh seperti dikata..Bahasa mencerminkan bangsa..Kusangkakan dengan bertambahnya ilmu dan pengalaman dijiwa puteri, maka lebih tinggilah jati diri dan budi bicara..tapi nampaknya sama sahaja..sama ada dari yang MEMIMPIN mahupun yang DIPIMPIN..

semoga Puteri UMNO tidak lenyap ditelan masa gara2 perbuatan dan kelakuan kita sendiri..

maizatulmiza said...

buat DiehardQueen, isu yang terlalu panas... heheheh.... jangan kita panas sama sudah... ahaks... seperti mana yang u cakap tu memang betul2 afdal... masalah boleh diatasi dengan saksama andai ego masing2 diletakkan d tepi demi sebuah perjuangan dan semangat setia kawan.... soal bodek membodek juga takkan timbul kalau yang elok kita sokong n yang tak elok kita sama2 bagi pendapat untuk memperelokkan... kesinambungan tetap terpelihara n kekal selamanya....

buat MFA, memang itu yang sepatutnya mfa... ada pelbagai cara kalau kita nak membantu dan mengkritik... bukan dengan cara macam ni...

buat saudari Anonymous Jan 28, 2010 8:55AM... Rileks beb, jangan menyinga sangat... pusing p pusing mai pun akan terkena kat batang hidung kita sendiri jugak... terpulang kepada orang yang menilai... saya tak kisah pada pendapat orang seperti u... sikit pun i tak heran... langsung tak bersisa pada diri saya...

buat apa nak cakap mentaliti i ni macam ini macam itu, sedangkan mentaliti diri u n semua orang pun perlu diukur juga... bukan nak jadikan blog ni sebagai medan perang sesama kita... pusing p pusing mai semuanya sesama kita jugak...

so, i pun xperlu nak menjawab panjang lebar.... kalau rasa diri u tu mampu berada d tempat i sekarang ni, datanglah... jangan nak bawak mulut yang bukan2... saya tak rugi, tapi parti yang akan rugi.... saya sayangkan parti ni... sbb tu malas nak layan orang macam u...

tentang i nak naikkan taraf badan i ni, itu perkara biasa... ini trademark i... so u tak payah la nak amik pot sangat... tak cakap pon orang tau badan i... janji i tak mangganggu orang... oklah... adios... ahakkksss....

saya/aku/i/wa,
Maizatul Miza binti Mohd Disa
Taman Wira Mergong
Alor Setar, Kedah Darul Aman..

Anonymous said...

Salam 1 Msia..

Kpd CIK/PUAN SARINA yang pandai berkata2.. saya sungguh kecewa dgn komen saudari yg terlalu emosi... dari segi kefahaman i tau sapa u.. don't b lying us.. klu tak tau crita jgn dok wt komen tak menjatuhkan maruah org.. tlg la jaga maruah sendiri... puteri kedah boleh terima klu dpt membantu tetapi klu komen menghentam memang kita marah la.. u berjuang kerana apa... R U UNDERSTAND with PUTERI UMNO. keja sukarela bkn bergaji.. U must b profesional... klu berpelajaran tinggi tp tak reti pakai otak nk fikiaq memanglah bangang...

Maaf jika komen ini agak keras tapi sesama umat islam hendaklah kita membantu bknlah memberi komen yang memburukkan nama seseorg... di dunia leh lepas tapi di akhirat masyaallah... di mana kerjasama Ketua2 Puteri UMNO Bahagian yang membantu Ketua Pu3 Negeri.. Respect pun dah tak dak.. Jgn terlalu ego.. kita kena tau asal usul dtg dari latar belakang yg berbeza.. jgn menguriskan perasaan org lain.. suatu hari akan diterima balasan.. klu komen saya appear. I ucapkan terima kasih pada duke..

Z

Gen-X said...

byk cara sayangkan parti..jgn kata kalau kita x dak parti rugi sebab ada diluar sana yang lebih hebat..jika otg mempersoalkan mentaliti kita dan kita jugak menyoal mentaliti org itu kembali,both of u are the same..ikhlas saya tulis yang jawapan yang diberikan oleh cik aton lebih kepada jawapan yang beremosi tanpa mampu menunjukkan apa sebenarnya yang dirancang oleh pu3 umno kedah untuk ahli dan wanita muda yang lain kat Kedah ni..kalau anda jugak berdansa senada dengan kami yang tidak menjadi ketua pu3 bhgn,maka tiada istimewanya anda berada di post sekarang..sebab tu lah profesional wanita muda lari!

Semangat Hidup Anak Melayu said...

POLITIK ORANG MELAYU – KELUARLAH DARI KOTAK FIKIRAN LAMA........

Bangsa Melayu bersatu dengan teguh sekali pada awal zaman kemerdekaan. Setelah beratus tahun dipecah dan perintah oleh penjajah barat. Berikut kemudiannya tertubuhlah parti-parti melayu yang memperjuangkan kemerdekaan; Pekembar dan akhirnya UMNO satu-satunya yang kita lihat memperjuangkan melayu ketika itu.

Taksub kepada UMNO adalah wajar kerana UMNO lah satu-satunya parti yang mewakili dan mendapat tempat dihati kaum melayu. Namun keadaan telah berubah selepas 50 tahun kemerdekaan. PAS dan PKR wujud dari sebahagian pecahan UMNO. (Walaupun PKR bukanlah parti melayu namun ianya mempunyai keahlian melayu yang besar)

Disinilah titik mulanya melayu berpecah. Soalnya kenapakah melayu berpecah?
Memang ada penjelasan secara lebih mendalam dan ilmiah namun disini hanya ingin menyingkap permasalah ini secara kasar dan luaran. Secara dimana keseluruhan mayarakat boleh membincang dan berfikir mengenainya.

Dua Perpecahan besar yang akhirnya telah menwujudkan dua kelompok yang berpengaruh besar dengan membentuk dua parti besar iaitu PAS dan PKR.
Persoalannya di sini:-
Kenapakah melayu berpecah?
Apakah perbezaan pendapat yang tersangat besar yang telah memisahkannya?
Apakah perbezaan dari segi agama?
Apakah perbezaan Islam UMNO dengan Islam PAS yang memisahkan bangsa melayu?
Perpecahan dengan PKR, apakah hanya kerana isu menuntut keadilan bagi seorang pemimpin?

Siapa yang mahu dan berhak memberikan jawapan kepada soalan berkenaan? Biarkan umum mendapatkan jawapannya atau jawapan-jawapannya.

Persoalan Utama, apakah keuntungan yang bangsa melayu dapat dari perpecahan ini?

Dengan perbezaan penduduk Negara yang bukan terlalu banyak diantara Bangsa Melayu dan Bangsa Asing maka perpecahan ini dilihat hanya akan melemahkan Bangsa Melayu itu sendiri. Apakah ertinya jika hanya parti yang kita dukung memenangi pilihanraya tetapi secara keseluruhannya wakil-wakil Bangsa Melayu bukan lagi majoriti dikalangan pemerintah dan mengusai Dewan Rakyat,Dewan Negeri dan Dewan Negara.

Melayu harus sedar bahawa dalam keadaan kita taksub kepada parti bahawa kita telah lupa yang kita telah ketepikan kepentingan bangsa. Disini letaknya perbezaan diantara politik Bangsa Melayu dengan Bangsa “lain” kerana Bangsa “lain” dalam diam mengutamakan lebih bangsa dari parti.

Semangat Hidup Anak Melayu
Pemerhati Politik

Kamal Sanusi said...

Semakin ko org bertelagah di sini, semakin banyak kita dapat lihat skeleton in the almari.

Teruskan berkomen, makin lama makin ku kenali apa itu puteri umno.

Kah kah kah!!!...

Anonymous said...

SETUJU SANGAT DENGAN GEN-X...

APA YG GEN-X KATA AMATLAH TEPAT...MUNGKIN PUTERI PATUT BUAT MCM APA YG PEMUDA BUAT SEKARANG...

JAWARRIORS said...

Memang mudah untuk berbicara dan memperkata akan keburukan orang lain tanpa mahu menyelidiki apakah realiti sebenar yang sedang atau telah berlaku dalam senario Politik Melayu masa kini...... janganlah begitu emosi apabila berbicara.. jangan pula membuat tuduhan tanpa bukti yg nyata. fitnah jadinya.. di ruangan komen ini pemerhati politik sekadar memberi pandangan..Sekiranya UMNO mahu menang dalam pilihan raya yang ke 13 akan datang. Ianya perlu bermula dari negeri negeri bagi memenangi peringkat Parlimen dan di peringkat Pusat. UMNO perlu bersatu dan jika mahu menang buat cara mahu menang dan jangan ada berpuak puak dalam UMNO. Nanah yang menjadi barah dalam UMNO kini... wujud ketika pertandingan UMNO dahulu dan ianya terus berlanjutan sehingga sekarang. Sekiranya di lihat pada apa yang berlaku sekarang didalam politik UMNO itu sendiri....luka Pemilihan UMNO yang lalu dan kekecewaan dalam pelantikan UMNO masih berdarah lagi. Dalam UMNO masih berpuak puak lagi. "Kiambang berlalu namun akar masih belum bertaut". Agak pahit untuk berterus terang dalam perkara ini , ramai yang tidak mahu bercakap mengenai isu ini dan jika ini tidak di bendung , ianya sama seperti membiarkan anai anai memakan lantai rumah.... namun perlu diluahkan juga kerana adakala yang pahit adalah penawar dan yang manis sebenarnya racun. Yang menang dan yang dilantik tidak dapat diterima lagi oleh penyokong masing -masing kerana masih ada tali barut yang cuba menghapus kan sebilangan puak yang mereka rasakan seharusnya meninggal kan UMNO dan yang sepatutnya mati tidak mati dan sepatutnya hidup mati bertikam dalam pemilihan yang lalu. Ada yang terlalu yakin akan kemenangan pemimpin yang disokong tiba-tiba kalah.Terus terang berani Pemerhati Politik nyatakan di sini , ada lagi pemimpin yang mahukan penyokong mereka terus membunuh lawan mereka dalam pertandingan UMNO yang lalu kerana kekecewaan yang mereka alami setelah bekerja kuat tetapi tewas dalam pertandingan berkenaan. Sehingga ini ada penyokong yang menganggap pemimpin yang mereka sokong sebagai musuh dan mahu membunuh pemimpin ini bagaikan pemimpin ini adalah seorang musuh UMNO. Sememangnya pemilihan UMNO yang lalu begitu kuat tamparan nya sehingga kan UMNO sekarang berpuak puak. Walaupun di luaran nya nampak baik dan ada yang nampak baik hanya kerana segan dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tetapi dihati mereka masih menyimpan perasaan dendam. Hakikat ini lah yang menjadi kerungsingan kepada Pemerhati Politik.Terus terang Pemerhati Politik nyatakan bukan sahaja penyokong bawahan yang menghidapi sindrom ini ,malahan ada pemimpin kanan juga yang merupakan Ikon kepada ahli UMNO masih tidak berpuas hati dan jelas membayangkan bahawa pemimpin Ikon ini mahukan ada pemimpin yang berada dalam kabinet dan yang menjadi pemimpin UMNO disingkir secara peribadi kerana perasaan benci masih meluap-luap dalam hati pemimpin ini. Setiap ahli UMNO perlu membersih kan diri mereka dahulu sekiranya mahu melihat UMNO terus menjadi parti yang unggul dan menjadi sebuah parti yang tertua memerintah di dunia ini. Sebenar nya fasa saringan dalam UMNO sudah berlalu. UMNO perlu kembali bersatu menguatkan setiap ruang yang ada...perlu membuang perasaan wasangka sesama sendiri. Terus terang Pemerhati Politik berani menyatakan di sini bahawa UMNO belum teguh dan ampuh atau kental perjuangan membela bangsa Melayu. Seharusnya dalam UMNO tidak perlu ada orang Najib , orang Muhyiddin, Orang KJ , Orang Mukhriz , Orang Rosnah , Orang Shahanim mahupun orang orang yang punyai tuan. Banyak kerja yang perlu dilakukan , banyak perkara yang perlu pemimpin UMNO lakukan .
Fikirkan lah....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!