Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, January 18, 2010

Cas Keting: Marilah kalau berani! - Azizan Razak.


Menjawab kepada "raungan" Nik Aziz yang mendakwa di"cas keting", Azizan Razak yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, menafikan "dakwaan" Mursyidul Am PAS itu turut "berlaku" di Kedah. Malah dengan angkuhnya Azizan Razak berkata "Nak buat? Marilah kalau berani...". Nampaknya kenyataan MB Kedah ini begitu keras kepada "musuh-musuh" politik dalaman PAS Kedah yang cuba mengatur strategi men"cas keting"kan dirinya. Garang sungguh Azizan Razak. Maklumlah. Baru setahun dua dia menjadi MB, takkanlah nak beri laluan kepada orang lain pula? Jalan di Sungai Limau baru saja di"tar"kan dan di naik taraf. Baru nak rasa "senang" sikit...

Setahu Azizan, tiada budaya "cas keting" di Kedah. Menurutnya, "kalau ada pun, itu adalah di luar pengetahuan"nya. Janganlah nak salahkan Azizan pula. Selama menjadi MB Kedah, apa sangat yang dia tahu? Orang curi balak di Kedah, dia tak tahu. Orang PAS berebut projek kecil untuk diri sendiri, dia tak tahu. Pemimpin PAS "dok mengutuk belakang" pun, dia tak tahu. Apa yang dia tahu? Naikkan "signboard" yang ada "muka" dia besar-besar, itu dia tahu. Rasmi projek pembangunan BN, dia tahulah!

Nampaknya, Azizan Razak begitu yakin "tiada yang berani" menyanggah "kerusi MB"nya di Kedah. Yakin sekali! Baguslah begitu. Bukan apa, saya terkenang kenyataan Azizan yang pernah berkata, "jadi pembangkang lebih mudah menjadi kerajaan, kira nak bangkang saja. Payah jadi kerajaan ni...". Pada pendapat saya, mengapa jika Azizan tahu "susah menjadi Kerajaan", maka dia nak teruskan jadi MB Kedah? Kenapa tak beri laluan pada Phahrulradzi saja? Taulan Rasul pun ada. Bagilah peluang "depa pening kepala" pula. Lagipun, kesihatan Azizan Razak pun bukannya elok sangat. Takkan nak tunggu muntah darah macam Nik Aziz kot?

Yang pastinya, mungkin ada beberapa pemimpin PAS Kedah yang "kecut perut" dengan "ancaman" dan "ugutan" boss besar PAS Kedah ini. Sudahlah sebelum ini mereka sering di"kondem" di dalam mesyuarat, sekarang Azizan "bantai depa" lagi! Kalau macam tu, pastinya "suara depa" takkan ber"bunyi" langsung dalam mesyuarat. Kalau nak ber"suara" pun, mereka akan pakai "body language" atau "memek muka". Kalau "tak puas hati" sangat pun, "depa" akan ber"bunyi" di"belakang"! Setakat itu sajalah. Maka jadilah "depa tu" bagaikan "burung kakak tua", "burung belatuk" atau "Mr. Yes Man"! Heheheh...KALAU BERANI, CUBA LAH!

3 comments:

Sarang Semut said...

Hahaha....patutnya dia kata camni:

'Kalau berani, cubalah...motherfuckers!'

Baru gedebe.

Haha

Anonymous said...

Azizan Razak Biasalah apa yang dia tau...memang dia tak tau pa..pa.!! Yang dia tau minta bukti ! Ada bukti dia pun buat tak tau pa juga .Inilah dasar MB bukan cak Keting..tapi MB Cak lempong !!

Nak bagi laluan pada sapa Bro Duke of UMNO? Phahrolrazi ?? Ni EXCO yang bijak pembohong dan putaq belit di kedah !! Nak jadi MB kena cermin muka dulu..Lidah kena kerat tingai satu jgn bagi jadi dua macam lidah BEWAK!!

Mana boleh Jadi MB kalau lidah bertaraf bewak!!

Maaf no Duke-of UMNO kalau saya bangun menentang Lidah bewak sekor ni!! Inilah bangkai yang ada dalam PAS kedah.Perut cukup busuk mengalahkan bangkai babi!!

Allahuakbar!!

DukeOfUMNO said...

Dato' Aku, Pasbuih Dan Siamang...

Saja ja pi letak nama Phahrolrazi...sat gi pi letak nama Ir Amiriddin..sia melompat sakan pulakkkk...hehehehe...

Dasar MB Kedah..."Azizan Tai Chi"! hehehe...trademark yang akan kekal bersama Azizan Razak..hehehe..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!