Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 27, 2010

Bukti fahaman Anwar bercanggah dengan Islam..!!!


Kalau aku kata, mungkin hangpa tak percaya. Tapi kali ni, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dengan jelas membuktikan bahawa Anwar Ibrahim ini membawa fahaman yang bercanggah dengan Islam! Sila klik di sini untuk lebih jelas.

Wednesday, December 15, 2010

Pendedahan Panas Membara..!!! Musti baca...!!!


Panas membara! Itulah yang boleh Duke gambarkan kelahiran blog Kak Ummi Hafilda Ali, adik bongsu kepada adik beradik Azmin Ali. Kak Ummi, walaupun hentam kromo saja dalam penulisannya yang berbaur penuh emosi dan semangat juang, beliau ada mendedahkan beberapa perkara panas yang melambangkan keperibadian Azmin sebagai seorang abang dan anak. Ikutilah edisi bongkar dari Ummi Hafilda Ali...


Azmin derhaka pada ibunya...
"...bahkan ketika azmin nak ke mekah tahun lepas apa pesanan ibu saya kepada dia AZMIN BERTAUBATLAH yg menyebabkan azmin naik angin dia kata kenapa perlu dia bertaubat dia tak berdosa punya angkuhnya pada ibu sendiri pun dia nak kencingkan".

Memang tak guna punya anak! Sanggup dia melukakan dan mengguris hati ibunya sendiri??? Ibu tu ikhlas beri nasihat, tapi dia pulak hangin tak tentu pasal. "Tak berdosa" alasannya? Kepala hotak dia tak berdosa! Maksumkah Azmin? Dah setaraf Nabi dah ke???

Adik beradik Azmin semua mintak Azmin bertaubat!
"Kakak saya yg kedua pun baru balik mekah nama intan dia kata dia menangis dan berdoa di depan kaabah supaya azmin diberi hidayah insaf di atas segala dosa dosanya.Kak Long saya pun baru 3 hari lepas sebelum berlepas ke India ada kata dia tak keberatan kalau ada wartawan nak tanya pendapat dia, cuma satu pinta dia sebagai kak long azmin bertaubatlah,pasal politik dia tak pandai nak bercakap kerana dia suri rumah.Abang ipar saya jamal saya anggap abang kandung dunia ahirat sering memberi kata kata semangat dan dorongan yg buat saya terus ingin kedepan menegakkan kebenaran.Dia pun turut berdoa depan kaabah baru baru ni bahkan ketika wukuf dia ada sms dengan saya dia kata dia baru je berdoa pasal azmin dan shamsidar, berlinangan air mata saya bila baca sms tu , abang ipar lebih mulia dari abang kandung sendiri. Itulah ujian tuhan".

Duke ingat Ibu Azmin & Ummi Hafilda je yang rayu supaya Azmin bertaubat! Rupanya adik beradik dia semua mintak & rayu Azmin dan Shamsidar supaya bertaubat! Kenapa adik beradik Azmin mintak sangat-sangat supaya Azmin diberikan hidayah dan bertaubat? Nampaknya mungkin Azmin dan Shamsidar ada melakukan dosa yang besar dan nyata sehingga adik beradik mereka begitu sepakat meminta mereka bertaubat segera....


Azmin berak dalam seluar kat sekolah!
"...tu kakak kakak dia yg basuh berak kencing dia masa kecik sampai darjah satu pun masih berak dalam seluar tanyalah kak long dia selalu cikgu panggil suruh cuci bontot azmin dah terberak dalam seluar dan kenapa selama berbelas tahun dia tak bertegur sapa dgn kakak-kakak dia jadi YB hangguk adik beradik sendiri pun dibuang nak pimpin masyarakat dan negara pi lah mabuk bini sendiri pun di gadai apatah lagi bangsa melayu nanti dilelong kat mana nanti nauzubilah.."

Ini yang paling kelakar! Ternyata Azmin ni memang pengotor dari kecik. Masa kecik lagi dia dah bergelumang dengan taik! Bila dan besar, dah berbini dan beranak pinak, Azmin masih lagi bergelumang dengan "taik" Anwar! Pengotor sampai ke tua la nampaknya....

Hangpa semua bacalah sendiri kat sini...panas membara!!!

Duke pilih Mukhriz untuk UMNO Kedah!


Duke rasa terpanggil untuk memberikan sedikit komen tentang desas desus rombakan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Ramai rakan-rakan yang menghubungi Duke meminta agar Duke menzahirkan pendapat tentang rombakan yang dikatakan bakal mengubah lanskap dan hala tuju Badan Perhubungan UMNO Kedah. Namun Duke sedar, siapalah Duke untuk berlebih-lebih dalam hal ini. Semuanya bergantung kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO Malaysia dan penilaian beliau yang akan dizahirkan pada rombakan UMNO Kedah tidak lama lagi.

Duke pernah menyenaraikan 15 orang Ketua Bahagian UMNO di Kedah dan mengadakan undian di blog kampungan ini, bagi mencari seorang Ketua yang layak untuk menjadi MB Kedah sekiranya UMNO/BN berjaya merampas kembali Kedah dari terus dijajah pakatan PKR, DAP dan PAS. Namun, seperti yang Duke jangkakan, undian tersebut mendapat bantahan ramai berikutan nama Mukhriz dan beberapa tokoh UMNO Kedah tidak tersenarai. Sebenarnya, Duke sengaja berbuat demikian untuk menyampaikan sebuah "mesej" secara sinikal. Pada yang faham, tentunya mengerti apa yang terkandung di sebalik "pole" tersebut.

Nah! Sekarang masanya untuk merayu kepada Dato' Seri Najib. Siapakah yang dirasakan paling layak untuk mengepalai Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah?

Mengikut tinjauan Duke, ramai rakan-rakan blogger yang mahu Dato' Hj. Mukhriz Mahathir diberikan peluang untuk mengetuai UMNO Kedah sekaligus menggantikan Dato' Seri Shafie' Afhdal yang bagaikan "tak menang tangan nak handle" UMNO Kedah ini. Itu satu pandangan yang mendapat sambutan ramai akar umbi.

Namun, ada juga pendapat yang memberikan sokongan kepada Mahadzir Khalid yang juga bekas Menteri Besar Kedah. Menurut pendapat ini, adalah tidak adil untuk menyalahkan Tok Det Khalid di atas kekalahan Kedah memandangkan bahawa punca sebenar gelombang Tsunami pada PRU12 dulu berpunca dari kepimpinan Pak Lah dan menantunya di peringkat pusat.

Ada juga pendapat yang mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Seri Jamil Khir mengambil alih mengetuai UMNO Kedah. Pendapat ini diberikan berdasarkan Jamil Khir merupakan "pemimpin pilihan Presiden" yang secara "automatik" diangkat naik secara mendadak.

Ada juga segelintir pendapat kecil yang mahu memberikan mandat besar ini kepada Dato' Paduka Ahmad Bashah yang kini berjawatan "Boss No.2" UMNO Kedah. Pendapat ini pula diberikan berdasarkan Tok Bashah adalah "orang lama", "berpengalaman" dan "beri muka". Namun, alasan yang diberikan terlalu rapuh untuk diterima pakai.

Sesunggguhnya rombakan kepimpinan UMNO Kedah ini bukan satu tugasan mudah untuk Dato' Seri Najib. Sebelum ini, Duke diberitahu bahawa Dato' Seri Najib sering menerima "report yang sedap di dengar", sebagaimana "report" yang pernah Pak Lah terima dahulu. "Report" tentang UMNO Kedah itu begitu "sedap" dibaca, bagaikan UMNO Kedah boleh memang pilihanraya "anytime"!

Mujurlah ada sumber yang memberitahu Duke bahawa Dato' Seri Najib tidaklah menerima bulat-bulat "report sedap di dengar" itu. Beliau ada "back up report" katanya...

Pada pendapat Duke yang tak berapa bijak ini pula, tokoh pilihan Duke untuk mengepalai Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah adalah tidak lain tidak bukan, DATO' HJ. MUKHRIZ MAHATHIR. Duke tidak bermaksud untuk meniru atau "ikut kata kawan-kawan" yang ramai meminta Dato' Mukhriz pulang berjasa di kampung halamannya. Duke ada alasan yang tersendiri...

Duke masih ingat. Duke, AloQSeTaQ dan Bapak3 pernah berkesempatan bertemu Dato' Mukhriz di Pondok Mahaziran suatu ketika dahulu. Ketika itu Dato' Mukhriz baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI. Kami berempat bertentang mata. Kami merayu dan memohon pertimbangan dari Dato' Mukhriz untuk menyatakan kesediaannya untuk mengepalai UMNO Kedah. Namun agak hampa apabila Dato' Mukhriz "menolak" rayuan bersungguh kami bertiga. Namun kami tidak terkilan kerana Dato' Mukhriz memberikan alasan yang cukup waras, rasional dan bernas untuk diterima oleh akal kami.

Namun baru-baru ini, kenyataan Dato' Mukhriz menyatakan kesediaannya untuk mengepalai UMNO Kedah sekiranya dipilih oleh Presiden UMNO adalah cukup mengembirakan hati Duke dan rakan-rakan. Semangat kami bagaikan kembali membara untuk berjuang bermati-matian untuk memastikan UMNO Kedah gagah kembali! Semangat kami bagai dibakar untuk terus berjuang berketuakan seorang pemimpin yang sangat layak untuk dijadikan "ikon" UMNO Kedah. Seorang tokoh muda UMNO yang dihormati kawan dan lawan! Beliaulah sandaran transformasi UMNO Kedah demi merealisasikan harapan, dan nafas baru rakyat Kedah yang semakin lemas dibawah kebobrokan Kerajaan PAS Kedah!

Mukhrizlah pilhan Duke untuk dinobatkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah! Biarpun begitu, janganlah rakyat dan semua ahli UMNO meletakkan harapan yang tinggi menggunung terhadap anak muda yang bernama Mukhriz Mahathir ini. Bro Mukhriz bakal berhadapan tugas yang sangat getir untuk dilalui. Usahlah mengharapkan Mukhriz mampu menawan Kedah dalam sekelip mata. Banyak lagi "kerosakan" dan "kelemehan" UMNO Kedah yang perlu diperbaiki oleh anak mantan Perdana Menteri ini. Beliau perlu diberi peluang dan perlu diberi kerjasama sepenuhnya oleh semua pihak.

Jika Bro Mukhriz dipilih, maka perlu diingat bahawa rintangan paling getir yang perlu dilalui oleh beliau ialah "warlord-warlord" UMNO Kedah terlebih dahulu. Jangan diambil ringan pengaruh "warlord-warlord" UMNO Kedah ini. Mereka sudah lama bertapak dan meluaskan pengaruh politik mereka. Mereka begitu "jaguh" di mata ahli UMNO Bahagian masing-masing. Mereka mungkin "jaguh" di mata ahli UMNO Bahagian mereka, namun itu tidak bermaksud mereka juga "jaguh" di mata rakyat di DUN atau Parlimen masing-masing!

Apakah "warlord-warlord" ini akan begitu ikhlas dari lubuk hati untuk berketuakan seorang anak muda "berkepala botak ditengah" yang datang dari Kuala Lumpur (Mukhriz tidak membesar dan menetap di Kedah) untuk menjadi Ketua mereka? Mereka punya "ego" dan "seniority" yang menjadi penghalang "keikhlasan" hati untuk menerima Bro Mukhriz sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Kedah. Perkara ini sedar atau tidak, Bro Mukhriz perlu hadapi dengan bijak...

Apa yang Duke tahu, kini Mukhriz sedang di"himpit" oleh golongan "opportunist" yang ke hulu ke hilir bersama beliau. Pantang Bro Mukhriz pulang ke Kedah, pastinya mereka-mereka ini akan mencari jalan bertemu dengannya. Nak Mukhriz "tolak", tak manis pula..risau dikatakan sombong. Bila dilayan, menjadi-jadi pula! Hati-hati Bro Mukhriz. Semoga Bro Mukhriz dapat mengenal pasti "siapa kawan dalam perjuangan" dan "siapa lawan dalam kawan". "Lawan dalam kawan" lebih memeritkan untuk dihadapi!

Apapun, Duke mengharapkan yang terbaik untuk Dato' Mukhriz. Sama ada Mukhriz terpilih sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah atau tidak, Duke tetap memilih Bro Mukhriz sebagai tokoh UMNO terbaik untuk mengemudi kapal UMNO Kedah yang kini ternyata "mandom"n "hambar" dan "serba tak kena". Duke mengharapkan transformasi yang dilaungkan oleh Dato' Seri Najib akan berjaya direalisasikan oleh Bro Mukhriz di Kedah. Itu harapan peribadi Duke...

Pada Dato' Seri Jamil Khir, Tok Det Khalid, Tok Bashah dan semua tokoh UMNO Kedah pula, bukanlah Duke menafikan kepimpinan kalian. Namun, berikanlah kerjasama sepenuhnya kepada Dato' Mukhriz Mahathir ini kerana beliau lebih "relevan" dan "reliable" dari kaca mata akar umbi UMNO dan yang paling penting, dari kaca mata rakyat Kedah sendiri! Pergilah tanya orang ramai di market borong, pasar malam, shopping complex, sawah bendang dan "nat-nat" kampung, "survey" dan "rating" pastinya memihak kepada nama "Dato' Mukhriz Tun Mahathir"! Jangan kecil hati. Terimalah hakikat. Dato'-Dato' sayangkan UMNO, kan? Mahu UMNO Kedah kembali gagah, bukan? Jadi berilah kerjasama terbaik. Alahhh..itu pun kalau Dato' Mukhriz terpilih...kan?

Jika benarlah perkhabaran desas desus yang kuat berdengung ditelinga Duke, maka Duke ucapkan "alhamdulillah", syukur ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rahmat. "Sirih bakal pulang ke gagang" akan menjadi kenyataan? Sama-samalah kita berusaha gigih untuk memastikan perkara ini berlaku. Kemudian sama-samalah kita ketepikan segala sengketa lama dan perbezaan pendapat yang tidak menguntungkan UMNO Kedah. Selepas itu sama-samalah kita mengembeling tenaga, masa, wang ringgit dan apa yang kita ada untuk merampas kembali Kedah Jelapang Padi ini dari terus diliwat pakatan "penipu" rakyat. Dan kemudian kita perlu sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah S.W.T agar memberikan kemenangan kepada Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu yang ikhlas dibawa untuk rakyat Kedah. Dari UMNO/BN kepada rakyatlah kami berkhidmat hingga ke akhirnya....

Wallahua'alam.

Tuesday, December 14, 2010

Bongkar..!!! "Pakatan Rakyat" sebenarnya tidak wujud!


“Kenapa perlu dibawa isu yang kita tidak ada kesefahaman bersama?” – Anwar Ibrahim.

Ayat di atas ini adalah bukti kukuh menunjukkan bahawa PKR, DAP dan PAS tidak sepakat sebenarnya, sekaligus membuktikan bahawa “Pakatan Rakyat” yang kononnya dibentuk oleh PKR, DAP dan PAS tidak wujud sama sekali. Anwar ditanya pihak wartawan mengenai isu-isu yang akan dibawa ke Konvensyen Pakatan Rakyat pada Ahad akan datang ini. Anwar, Kit Siang dan Hj. Hadi sebulat suara menjawab bahawa Konvensyen “Pakar Kencing Rakyat” itu hanya akan “membincangkan isu-isu yang dipersetujui sahaja”.

Apakah isu-isu yang dipersetujui bersama oleh gabungan jahat PKR, DAP dan PAS ini? Masing-masing mempunyai dasar perjuangan yang sangat berbeza. PAS kononnya memperjuangkan Islam, manakala DAP pula menolak Islam secara total. PKR pula bercita-cita mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, padahal kerusi parlimen DAP adalah yang paling majoriti di kalangan pembangkang. Mahukah “dinasti Lim” dan “dinasti Singh is King” DAP ini melepaskan peluang menjadi orang No.1 negara ini?

Hanya satu isu sahaja yang penulis jangka akan diperbincangkan oleh gabungan syaitan di antara PKR, DAP dan PAS di dalam konvensyen mereka Ahad ini, iaitu “menjatuhkan dan menewaskan Barisan Nasional”. Hanya itu saja persamaan yang ada pada PKR, DAP dan PAS. Dan seperti biasa, Barisan Nasional pasti dikutuk hebat tanpa fakta, difitnah dan dimaki hamun oleh perosak-perosak negara ini.

Pengkhianat negara No.1, Anwar Ibrahim pastinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk memberi ucapan memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia. Bukankah itu hobi utama Anwar yang terkini. Kit Siang juga dijangka akan meneruskan ucapan ter”gagap-gagap” dengan bahasa Melayu “pelat Cina bukit baru 2 bulan masuk Malaysia” mengutuk kerajaan yang bermurah hati memberikan kewarganegaraan percuma kepadanya. Begitu juga dengan Karpal yang dijangka akan berucap di dalam bahasa Inggeris kerana Karpal tidak fasih berbahasa Melayu meskipun dilahirkan ketika Malaysia ini masih menggunakan nama Persekutuan Tanah Melayu lagi!

Itulah yang dijangka akan berlaku pada Konvensyen Pembangkang Malaysia. Ternyata barisan pembangkang Malaysia tidak memiliki “standard” pembangkang yang sihat dan berkualiti. Pakatan PKR, DAP dan PAS yang mendakwa mereka “sangat sepakat” sebelum ini ternyata bermain “wayang” pada rakyat Malaysia. Mereka tidak sepakat pun sebenarnya! Itu kenyataan sebenar kedudukan PKR, DAP dan PAS.

Sebab itulah gabungan PKR, DAP dan PAS ini tidak pernah mendaftarkan gabungan jahat mereka ini sebagaimana Barisan Nasional. Mereka hanya mencipta logo gabungan PKR, DAP dan PAS ini semata-mata untuk mengabui pandangan rakyat yang kononnya mereka sepakat dan bersatu. Padahal pakatan itu tidak wujud pun sebenarnya! Tiada “Pakatan Rakyat” kerana pakatan itu sendiri hanyalah “mimpi” dan tidak realistik. Untuk apa kita semua percaya pada perkara yang tidak realistik?

Ternyata PKR, DAP dan PAS hanya ber”main wayang” selama ini. Sesuai sekali dengan sifat semula jadi mereka iaitu “sifat suka menipu rakyat”. Ramai yang sudah tertipu sebelum ini, dan ramai juga yang telah tersedar dan cepat-cepat keluar dari pakatan palsu PKR, DAP dan PAS ini. Sampai bilakah rakyat Malaysia akan terus tertipu dengan pakatan palsu ini? Sama-samalah kita nantikan saat kematian gabungan “wayang-wayang” politik pembangkang ini…



Ehsan dari myKMU.net

Anwar's and Wikileaksphobia...



Anwar at MCKK...
"Where it begins...they did it to me...
Well..I did it back in return..."






Anwar as UM's student...
"I did it...
But nobody knows it..rite?"






Anwar as Deputy Prime Minister...
"I still can't help it..such an addicting passionate...
I did it..but I was not charged..fuhhh..!!! What a relief..."







Anwar's Sodom Trial returns 2008...
"Ouchhh...I did "kantoi" again...
But I still can delay with it..."







Anwar on Wikileaks 2010...
"Waaaaa..!!!...Who the hell is this Assange???
Is he
UMNO's Oversea Club member???"

Thursday, December 9, 2010

Woi Anwar! Annapolis Summit & APPC tu menatang apa..!!!


Semenjak BN kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, suasana parlimen semakin memalukan. Qualiti yang dipamerkan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang jelas mencemar imej Dewan Rakyat yang mulia itu. Baru-baru ini, hanya kerana tidak berpuas hati kerana usul APCO ditolak oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat. Disebabkan berperangai seperti “monyet tak cukup akal”, maka 6 orang Ahli Parlimen pembangkang telah diarah keluar dewan oleh Tuan Speaker Dewan. Dan seperti biasa, “geng-geng Ahli Parlimen pembangkang yang lain” turut membontoti 6 orang “malaun” yang diarah keluar Dewan tersebut.

Pastinya media pembangkang akan sebok mengutuk Speaker Dewan Rakyat dan Kerajaan BN mengenai perkara ini. Pastinya imej Speaker Dewan akan dicemari dengan kata nista yang menuduhnya sebagai “tidak adil” dan “zalim” terhadap 6 orang Ahli Parlimen mereka. Pastinya mereka akan cuba menuduh bahawa pihak Kerajaan enggan berdebat mengenai isu APCO dan cuba menutup “sesuatu”…

Padahal, 6 orang Ahli Parlimen pembangkang itulah pencetus kekecohan sebenarnya. “6 Jahanam” itulah yang berperangai macam “monyet”, terjerit terlolong mendesak sesuatu yang sudah dijelaskan berkali-kali. Penjelasan sudah diberikan mengenai isu APCO sama ada di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tak faham bahasa Melayu, kah? Tak faham bahasa Inggeris, kah? Apa dulu tak ada pergi sekolah? Padanlah perangai 6 orang Ahli Parlimen pembangkang itu diarah keluar, perangai pun kurang bertamadun. Lepas tu nak salahkan Speaker Dewan pula? Matanglah sikit…

Mereka menuduh pihak Kerajaan BN bekerjasama dengan APCO yang kononnya sebuah agensi perniagaan milik penuh Yahudi. Padahal, sejak awal kes ini dimainkan oleh Anwar lagi, APCO sudah menjelaskan bahawa syarikat konsultan APCO ini BUKAN MILIK YAHUDI. Jika ada pun, mungkin ada di kalangan Lembaga Pengarahnya yang ada darah keturunan Yahudi. Itupun kalau ada. Kalau tiada, bagaimana?

APCO dituduh sebagai syarikat atau agen Yahudi yang diupah oleh pihak Kerajaan Malaysia. Itu dakwaan Anwar dan konco-konconya. Padahal, APCO berpengkalan di Amerika Syarikat. Memang APCO pernah memberi khidmat konsultansi kepada Kerajaan Israel, namun ianya tidak lebih dari urusan perniagaan. Jangan pula kita menghukum APCO sebagai “agen Yahudi” hanya kerana syarikat itu pernah berurus niaga dengan Kerajaan Israel.

Banyak lagi syarikat gergasi antarabangsa yang berurus niaga dengan Kerajaan Israel, contohnya seperti Microsoft. Apakah kita akan menuduh Microsoft sebagai “agen Yahudi” juga? Itu belum lagi penulis senaraikan syarikat-syarikat gergasi lain yang juga berurusan dengan Kerajaan Israel. Salahkah syarikat-syarikat ini berniaga di negara Israel dan Malaysia?

APCO tidaklah rapat dengan Yahudi sebagaimana Anwar Ibrahim. APCO hanya berurus niaga dengan Kerajaan Israel sebagai konsultan tidak lama dulu. Lainlah Anwar yang sememangnya terkenal rapat di kalangan pelobi-pelobi rejim Zionis itu. Malah boleh dikatakan bahawa Anwar itu sendiri penyokong Zionis Israel!

Tahukah Ahli Parlimen pembangkang bahawa Anwar Ibrahim pernah menandatangani Annapolis Summit sebagai sokongannya terhadap Israel. Annapolis Summit adalah sebuah perjanjian damai berat sebelah yang ditaja oleh US, yang mana jelas perjanjian damai itu merugikan Palestin dan menguntungkan rejim Zionis Israel. Mengapa Anwar sokong Yahudi Zionis itu jika dia mahu membela rakyat dan negara Palestin? Jelas sekali Anwar “taat” kepada “tuan”nya…

Dato’ Murad pernah membuat kenyataan bersumpah pada tahun 1998, bahawa dia pernah menguruskan sumbangan dana berjumlah RM38 juta kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) di atas ARAHAN ANWAR IBRAHIM. Apakah peranan APPC itu? APPC adalah sebuah pertubuhan upahan US untuk memperluaskan pengaruh US dan Yahudi di rantau negara Asia Pasifik. Jelas sekali ketika Anwar “lari” ke US, dia tidak ubah bagaikan “boneka” yang digunakan Yahudi untuk memperluaskan pengaruh Yahudi di serata dunia. Hina benar Anwar! Jika APCO hanya berurus niaga dengan Israel di atas dasar keuntungan perniagaan yang memihak kepada syarikat mereka, Anwar lebih hina kerana hanya menjadi “boneka” yang diperalatkan oleh Yahudi!

Tidak perlu Kerajaan Malaysia atau Parlimen membahaskan tentang isu APCO lagi kerana segala isu tentang syarikat itu sudah pun terjawab dengan bernas dan adil. Apa yang perlu dibahaskan oleh benak-benak fikiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang ialah “mengapa Anwar menandatangani Annapolis Summit sebagai sokongannya terhadap rejim Zionis yang menzalimi rakyat dan negara Palestin?” dan “apakah agenda hubungan rapat Anwar dengan APPC yang ternyata membawa kepentingan pengaruh Yahudi di seluruh dunia?”. Itu yang perlu Anwar jelaskan!

Tentunya Anwar sudah sedia dengan jawapan “putar alam”nya. Seperti biasa, mungkin Anwar akan “menyalahkan” UMNO dan BN di atas keakrabannya dengan Yahudi rejim Zionis itu. “UMNO yang suruh!”, mungkin itu jawapannya. Anwar memang bijak bermain kata dan memutar lidahnya. Jika US dan Tun Dr. Mahathir sendiri pernah ditipunya, apatah lagi kita rakyat biasa. Penulis hanya mampu berdoa “Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah aku dari fitnah dajjal ini”. Banyak-banyakkanlah membaca surah Al-Kahfi, insyaAllah kita akan terhindar dari fitnah Dajjal laknatullah. Tambah-tambahan pula “dajjal mata lebam” bernama Anwar Ibrahim ini!


Ihsan dari myKMU.net

Tuesday, December 7, 2010

Mahukah PAS, PKR dan DAP ber"HIJRAH" sama?


Salam Tahun Baru Hijrah...

Alhamdulillah Duke masih lagi dibenarkan untuk bertemu tahun baru Islam Hijriyyah, 1 Muharram, kali ini. Sempat juga Duke membaca surah Yaa Sin selepas solat maghrib sebagaimana selalu. Tiada sambutan berbunga api pada tahun baru Islam Hijriyyah sebagaimana sambutan tahun baru Masihi.

Alhamdulillah, Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai keinginan untuk menyambut tahun baru Islam ini dengan satu kelainan. Kali ini, Kerajaan Barisan Nasional menghadiahkan sebuah stesen TV baru yang bernama TV Al-Hijrah yang berkonsepkan ISLAM dan akan dirasmikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak pada malam 1 Muharram. TV Al-Hijrah merupakan sebuah stesen TV dibiayai Kerajaan yang sudah pun ke udara di sekitar Lembah Klang, namun masih lagi tempoh percubaan baru-baru ini. InsyaAllah esok TV Al-Hijrah akan secara rasminya berada sebaris dengan rangkaian TV yang lain. Syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan Malaysia!

Hijrah membawa "berpindah". Ianya juga membawa maksud "berubah". Ianya juga membawa maksud "transformasi". Pelbagai tafsiran diberikan kepada perkataan "hijrah" ini, namun maksud dan pengertiannya adalah hampir sama dan satu tujuan iaitu "perubahan".

Duke juga akan berubah. InsyaAllah, Duke berazam untuk berubah menjadi lebih baik pada tahun sebelumnya. Doakanlah agar Duke berjaya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Perubahan ke arah kebaikkan ini juga boleh ditafsirkan sebagai ibadah jihad yang dituntut dalam Islam. InsyaAllah, sama-samalah kita ber"hijrah" ke arah kebaikan.

Duke juga rasa terpanggil untuk mengajak seluruh umat Islam agar berhijrah ke arah yang lebih baik pada tahun baru Islam ini. Letakkan politik ke tepi demi kerana Islam yang jauh lebih tinggi nilainya. Marilah kita sama-sama mendaulatkan Islam lebih dari politik.

Oleh itu, mana-mana fahaman yang "lebih politik" dari Islamnya, maka tinggal-tinggalkanlah. Perkara buruk seperti seperti "mengkafirkan umat Islam lain", "menyifatkan Allah dengan sifat-sifat mazmumah", "lebih sanggup bersahabat dengan syaitan dari bersahabat sesama Islam", "memeluk kafir, tapi meludah saudara seIslam" dan banyak lagi perkara berkaitan, haruslah difikir-fikirkan dan ditinggalkan serta merta.

Duke sedar, PAS, PKR dan mahupun DAP dianggotai oleh umat Islam. Mereka-mereka ini tetap saudara seagama dengan Duke walaupun mereka benci dan tidak bahu bersaudara dengan Duke. Ini hanya kerana Duke adalah seorang "UMNO". Inilah yang dikatakan sebagai "meletakkan politik lebih atas dari Islam". Duke maafkan, tapi berubahlah demi Islam. Demi tahun baru Hijrah ini, berubahlah...

InsyaAllah...

Saturday, December 4, 2010

Anwar dan "Ketuanan Melayu"nya...


Anwar sudah menunjukkan dirinya yang sebenar. Menolak konsep “Ketuanan Melayu” membawa erti Anwar dan pakatan “syaitan”nya menyangkal sama sekali konsep “kontrak sosial” yang wujud sejak awal kemerdekaan Tanah Melayu ini. Sememangnya Anwar sudah berulangkali mencabar titah institusi Raja-Raja Melayu yang menegur pada segelintir pihak yang cuba mempertikaikan kandungan “kontrak sosial” dan perlembagaan Malaysia, khususnya artikel 152 & 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan keistimewaan bangsa Melayu di Tanah Melayu bertuah ini.

Anwar dilaporkan menolak konsep ”Ketuanan Melayu” pada kongress PKR yang berlangsung baru-baru ini. Si pengkhianat negara ini cuba memburuk-burukkan perjuangan UMNO selama ini dan memperlekeh-lekehkan konsep “asas pembentukan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu”. Menurut Anwar, konsep “Ketuanan Melayu” sudah lapok dek zaman dan Anwar bercita-cita untuk menghapuskan sama sekali konsep yang menjadi sebahagian dari kandungan kontrak sosial yang menjadi sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Berhakkah Anwar bercakap mengenai sama ada konsep “Ketuanan Melayu” ini perlu wujud atau tidak? Apakah Anwar terlibat di dalam proses menuntut kemerdekaan? Apakah Anwar terlibat secara langsung ketika perlembagaan dan proses pembentukan negara ini dilaksanakan? Apakah ketika draf perlembagaan dan kontrak sosial ini terbina, Anwar berada di sisi Tunku Abdul Rahman? Apa hak Anwar untuk menentukan ketidakwajaran konsep “Ketuanan Melayu”?

Sememangnya Anwar mempunyai “keistimewaan” yang tersendiri. “Lidah bercabang” seperti biawak, itulah “keistimewaan” Anwar. Ketika suatu masa dahulu di mana Anwar sedang mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Anwarlah juara “Ketuanan Melayu”. Konsep ini dicanang ke seluruh negara menggambarkan betapa tegas dan vokalnya kumpulan Pemuda UMNO memperjuangkan hak dan keistimewaan bangsa Melayu. Awas kepada sesiapa yang cuba mempertikaikan konsep “keramat” bangsa ini, pastinya akan teruk di”belasah” Anwar dengan ketajaman “lidah bercabang”nya itu.

Apatah lagi ketika melobi diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. “Pink form” bertebaran di segenap pelosok negara, mempergunakan kuasanya sebagai Menteri untuk merayu undi dari para perwakilan UMNO. Bila ditegur atas tindakan melobinya yang melampau itu, Anwar dengan yakin memberikan alasan bahawa tindakan itu adalah sejajar dengan semangat “Ketuanan Melayu” dan memperjuangkan hak dan keistimewaan bangsa Melayu untuk terus maju. “Ketuanan Melayu” jugalah alasannya?

Dan kini setelah Anwar bertukar kulit menjadi pembangkang kepada UMNO, maka sekali lagi “lidah bercabang”nya memainkan peranan penting. Kali ini, Anwar tidak lagi menyokong padu konsep “Ketuanan Melayu”. Malah kali ini Anwar bertindak berlawanan dengan kontrak sosial dan perlembagaan negara. Kali ini Anwar berazam mahu menghapuskan konsep “Ketuanan Melayu” ini jika berjaya menjadi Perdana Menteri. Benar-benar kurang ajar “biawak hidup” ini! Semakin terserlah “lidahnya yang bercabang”.

Dulu lain, sekarang lain? Setelah dipecat dari barisan kerajaan dan dibongkarkan segala khianat perlakuan buruknya? Mengapa sekarang? Mengapa Anwar tidak menafikan konsep ini ketika berada di dalam UMNO dahulu? Mengapa pula Anwar dahulu begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep “Ketuanan Melayu” ini dan menafikannya sekarang? Ternyata dia tidak ikhlas! Jika dia ikhlas dan benar-benar mahu konsep “Ketuanan Melayu” ini dihapuskan, tentunya sudah disuarakan di dalam Perhimpunan Agung UMNO ketika menyampaikan ucapan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ternyata Anwar memainkan isu ini dengan agenda tersembunyi yang jahat!

Sebetulnya, penulis lebih bersetuju bahawa Anwar sengaja mengalihkan “isu panas” yang kini melanda PKR dengan memainkan isu “Ketuanan Melayu”. Anwar cuba mencari jalan supaya isu dan kemelut PKR tidak terus diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Anwar fikir dia bijak dalam mengatur strategi propaganda? Padahal strategi negatif dan kotornya ini dari awal lagi sudah dapat dibaca oleh masyarakat. Strateginya ini sudah lapok dan ramai yang sudah mampu mem”baca” taktik kotor “sesumpah” bertaraf dunia ini!

Sudahlah Anwar! Perbetulkan dulu barisan PKR yang sedang dilanda amukan perubahan. Perbetulkan dahulu langkah PKR yang sedang songsang bagai “Yahudi mabuk todi” itu. Ahli-ahli PKR sedang mula bertempiaran lari dari terus mendengar “sketsa mimpi” dan “putar alam” De Factonya. Ahli-ahli PKR sedang memekup telinga masing-masing mendengar suara “mak lampir” Zuraida yang mengilai dan menengking “tak ketahuan punca”! Ahli-ahli PKR sudah hilang keyakinan apabila Presiden PKR yang juga isteri kepada “sesumpah lidah bercabang” hanya mampu membaca teks yang disediakan tanpa mengerti isi kandungan teks yang dibaca!

Puluhan demi puluhan pemimpin akar umbi PKR meninggalkan PKR yang tidak punya hala tuju perjuangan yang waras. Ratusan demi ratusan akar umbi PKR sedang bersesak-sesak berebut-rebut meninggalkan terminal PKR yang busuk! Usah bicara tentang “Ketuanan Melayu” jika erti “perjuangan bangsa Melayu” sendiri Anwar tidak kenal! Anwar masih lagi diiktiraf sebagai “Melayu”. Namun Anwar lebih terkenal lagi dengan gelaran “PENGKHIANAT MELAYU”..!!!


Ihsan dari myKMU.net

Sunday, November 28, 2010

Ucapan Dasar Wan Azizah VS. Apa Kata Duke...


Akhirnya ucapan yang ditunggu-tunggu muncul jua hari ini. Ucapan Wan Azizah sememangnya dinantikan ramai bagi menjawab segala kemelut dan keributan yang berlaku pada pemilihan PKR baru-baru ini. Ramai yang mengharap agar Presiden ini akan menjelaskan segala aduan, bantahan dan ketidakpuasan hati ramai ahli akar umbi PKR, terutama yang berdemo setiap hari diluar kawasan dewan kongres parti tersebut. Mereka majoritinya menuntut penjelasan Presiden PKR walaupun terpaksa menerima risiko dihalau dari majlis kongres tersebut.

Namun sayang sekali apabila Wan Azizah lebih memilih untuk memuja muji suaminya dan mendakwa suaminya itu sebagai “anugerah dari Tuhan” untuk memimpin rakyat. Wan Azizah hari ini membuktikan bahawa dia adalah seorang Presiden parti No.1 yang paling lemah di kalangan semua parti politik di negara ini dengan membuat ucapan dasar Presiden yang “kosong”! Tiada satu pun isi ucapannya yang menggariskan hala tuju PKR yang diketuainya itu melainkan menyerahkan segala perjalanan parti itu kepada Ketua Umum, satu jawatan yang sememangnya tidak wujud di dalam parti.

Jawatan itu “Ketua Umum” yang disandang oleh Anwar itu menjadi isu perbahasan apabila makcik Zuraida yang terkenal dengan “mulut celupar”nya mencadangkan agar jawatan itu diwujudkan secara rasmi dan digubal dalam perlembagaan parti. Malah Zuraida juga bersungguh-bersungguh membodek Anwar dengan menyatakan bahawa jawatan Ketua Umum itu hanya milik Anwar seorang dan tidak untuk orang lain. “Makcik” Zuraida, bagaikan nenek kebayan juga bercadang agar jawatan itu tidak boleh dipertandingkan dan hendaklah dijawat oleh Anwar sehingga ke akhir hayat? Gila ke apa? Demokrasikah begitu? Bagaimana jika Anwar “hilang kewarasan” dan menjadi gila, apakah PKR sanggup ber”ketua umum”kan seorang yang tidak siuman???

Mujurlah selepas itu Wan Azizah menyatakan bahawa jawatan Ketua Umum itu tidak perlu diwujudkan secara rasmi untuk Anwar sahaja. Mungkin Kak Wan “meluat” dan “menyampah” dengan bodek terlampau dari Zuraida tak sedar diri itu. Lebih-lebih pulak si Zuraida ni! Poyo..!!!

Penulis menyangkal sama sekali segala cara Wan Azizah menyifatkan suaminya. Kak Wan menyifatkan bahawa suaminya itu sebagai “insan hebat”, “amanah”, “tegas”, “berani” dan “berwibawa”. Malah Kak Wan menggariskan bahawa “ditahan di bawah ISA dan dipenjara” menjadikan Anwar sebagai seorang yang dilahirkan sebagai pemimpin rakyat. Pelik benar cara Wan Azizah membuat “judgement”!

“Insan hebat”? Hebatkah Anwar? Hebatkah Anwar apabila dipecat oleh Tun Dr. Mahathir di atas kesalahan salahguna kuasa dan seks luar tabi’i? Hebatkah seorang individu yang menyalahgunakan kuasa demi menyelamatkan diri dari dibongkarkan kegiatan salah laku moralnya dibongkarkan? Hebatkah Anwar apabila mengelilingi dunia semata-mata untuk memburuk-buruk dan memfitnah negaranya sendiri? Hebatkah Anwar apabila cuba men”jual” negara kepada IMF dahulu? Hebatkah Anwar apabila menyara hidup dengan wang bantuan Yahudi? Hebatkah Anwar yang men”dua” dan men”tiga”kan dirinya dengan individu lain? Sama jantina pulak tu! Hebat benarkah Anwar apabila dinobatkan sebagai “si Kitul no.1 negara”?

“Amanah”??? Astaghfirullahil’azim. Amanahkah seorang yang dibuktikan menyalahgunakan kuasa tanpa sebarang keraguan oleh mahkamah? Amanahkah Anwar apabila mengedarkan “pink form” secara besar-besaran ketika proses pemilihan UMNO untuk mengalahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba? Amanahkah Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan memberikan banyak kontrak dan projek kepada kroni-kroninya? Itukah erti “amanah” di mata Kak Wan?

“Tegas”? Tegaskah Anwar ketika mana membelot pada kawan-kawannya di ABIM suatu masa dahulu? Anwar yang dahulu begitu mengutuk UMNO, terutamanya Tun Dr. Mahathir, tiba-tiba menyertai UMNO dengan alasan yang tidak konkrit? Apakah “tegas” seorang yang sanggup bermati-matian menganjurkan demo raksasa menyelar kerajaan Malaysia dan kemudian berkeputusan menyertai Kerajaan Barisan Nasional? “Tegas”kah suami Kak Wan bila berhadapan dengan “kuasa” dan “jawatan” yang ditawarkan? Kak Wan, perjuangan Anwar terbukti boleh di”beli” oleh Tun Dr. Mahathir, apakah itu sifat “tegas” yang Kak Wan maksudkan?

Berani??? Ini satu sifat yang sangat berlawanan dengan Anwar. Kenyataan Kak Wan ini benar-benar menjijikkan! “Berani”kah Anwar apabila “sesumpah” ini lari masuk ke dalam Kedutaan Turki???!!! Bolehkah tindakan Anwar ini diterjemahkan sebagai “berani”? Kak Wan, ini ialah bacul namanya! Penakut! Bersifat “pondan” dan “darai”! “Coward” dalam bahasa orang putihnya! “Berani”kah Anwar bermubahalah menafikan segala dakwaan Saiful Bukhari? Bermubahalah adalah salah satu cara Islam untuk menegakkan keadilan, apakah Anwar terlalu “berani” bagi Kak Wan untuk menyahut cabaran budak hingusan seperti Saiful??? Sudah beratus-ratus cabaran yang sudah diberikan pada Anwar, mengapa Anwar tidak berani menyahut cabaran-cabaran yang dikemukakan? Dayus betullah suami Kak Wan tu…!!!

Wibawa? Sifat wibawa apakah yang ada pada Anwar apabila dia sendiri dipandang rendah oleh ahli-ahli partinya? Wibawa bagaimanakah yang Kak Wan maksudkan yang ada pada suami Kak Wan itu? Apakah seseorang itu berwibawa apabila digelar “chameleon” atau ”sesumpah” oleh kuasa besar yang pernah memelihara Anwar bagai anak emas mereka? Kak Wan tahu apa ini “chameleon”? Dalam bahasa Melayunya ialah “sesumpah”, dan dalam bahasa utaranya kami panggil “pokka”! Sifat ini adalah sifat “talam dua muka”, tidak boleh dipercayai, tidak ikhlas dan menipu saja kerjanya! Berwibawakah ”insan anugerah Tuhan” yang Kak Wan maksudkan ini?

Penulis hairan cara Kak Wan meng”KPI”kan suaminya ini. Apakah dengan sejarah “pernah ditahan di bawah ISA dan dipenjara” maka individu tersebut boleh dianggap “kental”? Apakah mereka-mereka yang pernah ditahan ISA dan dipenjara juga boleh dikatakan “kental” dan layak untuk menjadi pemimpin rakyat? Kak Wan, tolonglah berfikiran logik sikit! Apakah Kak Wan fikir seorang yang mempunyai ”track record” sebagai penjenayah boleh dianggap “kental” dan layak memimpin negara? Bagaimana dengan salah laku moralnya? Kak Wan, saya takut bekas banduan yang juga suami Kak Wan ini akan melakukan jenayah yang lebih besar apabila dia menjadi Perdana Menteri. Saya tidak rela meletakkan masa depan Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini ditangan seorang bekas banduan dan penjenayah seperti Anwar!!!

Kak Wan menyatakan bahawa “Buat masa ini perjalanan parti berjalan baik (dengan kedudukan Anwar sebagai ‘de facto’), beliau melaksanakan tugasnya dan kita tidak perlu menukarnya (sistem PKR),”! Kenyataan kategori jenis apakah ini Kak Wan, melainkan ini hanyalah kenyataan “bini takutkan laki”! Kak Wan “buta”kah??? Gilakah??? Tak nampakkah Kak Wan pada demontrasi yang dilakukan oleh ratusan orang diluar dewan kongres PKR ini? Kak Wan “tuli”kah dengan segala kemelut pemilihan yang dihiasi dengan maki hamun, wang “terbang”, tumbuk terajang, kerusi melayang dan repot polis berkajang-kajang? Apakah semua yang berlaku ini menunjukkan “parti berjalan baik” di bawah Anwar? Apa yang Anwar buat untuk menjelaskan ketidak puasan hati dan aduan akar umbinya? Sempurnakah “sistem PKR” sehingga ramai yang keluar parti kerana penyelewengan sistem PKR ini? Tak logiklah kenyataan Kak Wan…

Seperkara lagi, Kak Wan menyalahkan konsep “ketuanan Melayu”. Kak Wan silap sama sekali. Untuk pengetahuan Kak Wan, konsep “Ketuanan Melayu” ini sangat relevan berikutan sejarah Malaysia yang asalnya bernama “Tanah Melayu” dan diketuai oleh institusi DiRaja dan DYMM Sultan-Sultan yang berdaulat. Tahukah Kak Wan mengapa asalnya negara ini bernama “Tanah Melayu”, dan bukan “Tanah Cina” atau “Tanah India” atau “Tanah Malaysia”??? Jangan hanya dengan kesalahan segelintir Melayu yang bersifat “khianat” seperti suami Kak Wan itu maka Kak Wan ingin menyalahkah konsep yang sejajar dengan semangat perlembagaan negara itu. Kerana individu Melayu tak sedar diri seperti suami Kak Wanlah maka konsep “Ketuanan Melayu” disalah ertikan oleh rakan-rakan bangsa kita yang lain. Sesungguhnya Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa Melayu! Itu hakikat yang perlu Kak Wan sedar!!!

Penulis menyarankan agar Kak Wan dengan kuasa yang ada agar membubarkan saja PKR dari terus merosakkan Islam, Bangsa dan Negara. Perjuangan PKR tidak lain tidak bukan hanyalah untuk Anwar dan bukan untuk rakyat! Itu fakta sebenar politik Anwar. Lenggok bahasa penglipur lara Anwar diguna sepenuhnya untuk memanipulasi rakyat dengan temberang dan fitnah jahat. Walaupun penulis tahu Kak Wan tidak akan berani menyahut saranan penulis ini kerana “taatkan suami”, setidak-tidaknya penulis cuba menyedarkan tanggungjawab Kak Wan terhadap Allah dan Islam yang disampaikan melalui Rasul-Nya. Penulis berdoa agar Kak Wan sedar dan kembalilah kepada kebenaran mutlak dan tidak lagi berselindung disebalik kepalsuan seorang insan “dajjal” yang bernama Anwar Ibrahim!

Wallahu’alam…

Ehsan dari...myKMU.net

Tuesday, November 23, 2010

Guan Eng sudah bersedia untuk ditampar lagi..!!!


Menyedari hakikat pakatan DAP, PKR dan PAS yang semakin dibenci rakyat, gabungan “penjahat-penjahat politik” negara itu sedang berura-ura untuk tidak turut serta sekiranya Kerajaan Pusat akan mengadakan pilihanraya umum dalam masa terdekat. Menurut “ahli nujum pakatan syaitan” ini, Pilihanraya Umum ke 13 akan diumumkan pihak kerajaan pada Mac atau April 2011. Berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang, “Khalifah” yang pernah ditampar oleh rakyat Pulau Pinang itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang bersedia untuk pilihanraya pada bila-bila masa!

Begitulah bongkaknya pakatan DAP, PKR dan PAS di Pulau Pinang. “Tak padan” dengan insiden ditampar, Guan Eng begitu optimis akan berjaya menambat hati penduduk Pulau Pinang. Penulis tidak menafikan kata-kata Guan Eng ini. Gerakan baru nak “bergerak”, itupun setelah dikejutkan oleh PM dan TPM baru-baru ini. Lainlah jika Gerakan benar-benar mahu merampas kembali Pulau Pinang dari DAP. Penduduk Cina di Pulau Pinang masih “selesa” dengan layanan “anak emas” terhadap mereka. Melayu dan India sudah “mengamuk”, mampukah Guan Eng, Saleh Man dan Anwar men”jinak”kan kedua-dua kaum ini?

Insiden Kampung Buah Pala dan Balik Pulau benar-benar membuat kaum Melayu dan India serik dengan Guan Eng. Sebelum ini mereka begitu percaya pada Guan Eng, PKR dan PAS Pulau Pinang untuk membela nasib mereka. Penduduk Pulau Pinang memperjudikan negeri Pulau Pinang demi nasib yang lebih baik. Namun jangkaan mereka meleset. Rupanya, nasib mereka lebih teruk di”kerja”kan oleh “chauvinis” dan sifat “rasis” yang ada pada Guan Eng. Penyokong PAS yang selama ini mengharapkan Guan Eng menjadi “Khalifah” turut di zalimi dan digelar “monyet” oleh “rejim” Guan Eng.

Berbicara mengenai cubaan negeri-negeri dibawah jajahan takluk pakatan DAP, PKR dan PAS untuk tidak turut serta di dalam pilhanraya umum ke-13 serentak bersama negeri lain, perkara ini hanyalah bertujuan untuk menyusahkan pihak Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Selain sedar akan kebangkitan UMNO dan BN, pakatan ”penipu rakyat” ini sememangnya gerun dengan gelombang transformasi yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dengan masa depa ketua mereka yang suka “meliwat” dan gagal mengawal pemilihan partinya, DAP dan PAS agak gusar dengan jawatan MB yang disandang di negeri masing-masing. Mereka sebenarnya tidak yakin untuk mampu mempertahankan jawatan di negeri-negeri yang dijajah ini.

Justeru itu, ini adalah sangat berlawanan dengan dakwaan Guan Eng yang kononnya PKR, DAP dan PAS Pulau Pinang sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa. Cakap besar dan sifat bongkak ini hanyalah untuk menyejukkan hati para penyokong mereka yang sedang gundah gulana dengan kemelut yang melanda pakatan “perosak rakyat” ini. Mereka semakin tertekan melihat PKR yang “konon”nya sebagai parti tunjang mereka itu jelas mempamerkan ”hanyir busuk” kemelut parti tersebut. Sedangkan kepimpinan PAS dan DAP sendiri turut risau dan gusar dengan tahap kesihatan PKR yang sudah “nyawa-nyawa ikan” itu, apatah lagi penyokong-penyokong mereka di akar umbi. Yang “atas pagar” tak usah cakaplah, kebanyakkannya sudah “serik” untuk terus di tipu PKR, DAP dan PAS. Mampukah rakyat-rakyat yang sedar ini “mengajar” pakatan jahat PKR, DAP dan PAS ini?

Pada penulis, jika benarlah DAP, PAS dan PKR berhak untuk tidak turut serta Pilihanraya Umum ke 13, itu bukanlah satu masalah. Malah ini mungkin akan memberikan “advantage” kepada UMNO dan BN untuk memfokuskan kempen di negeri-negeri yang dijajah DAP, PKR dan PAS ini apabila “tamat tempoh” penggal mereka. Ketika itu, bersedialah dengan segala alasan palsu dan fitnah yang sering diamalkan mereka dan kita lihat sama ada mereka mampu menahan kemahuan rakyat yang serik dengan mereka. Ketahuilah bahawa rakyat kini lebih meyakini UMNO dan BN untuk memerintah Malaysia bumi bertuah ini!

Ehsan dari myKMU.net

Saturday, November 20, 2010

Memali & 13 Mei 1969...



Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985, diperingatkan kembali oleh PAS Kedah. Sebuah karnival besar-besaran bertujuan memperingati tragedi berdarah yang mengorbankan 14 orang awam dan 4 anggota FRU itu cukup sensitif dan menyedihkan pelbagai pihak, terutamanya muslimin Melayu di negara kita.

Karnival yang bagai "pesta" layaknya dianjurkan untuk memperingati peristiwa sedih itu. Peristiwa yang telah di"politik"kan dan dianjurkan oleh sebuah parti politik itu wajar dilaksanakan bagi mengambil iktibar pada masa yang akan datang. Sewajarnya peristiwa sebegini dapat dielakkan. Akibat sokongan politik melampau dan tindak balas Musa Hitam yang tidak wajar itu, nyawa saudara-saudara kita melayang. Semoga peristiwa ini tidak akan berulang lagi.

Namun, mengapa hanya peristiwa Memali sahaja yang perlu di"kenang"? Mengapa peristiwa berdarah yang meragut nyawa ratusan rakyat di negara ini tidak diperingati dan dikenang? Mengapa peristiwa 13 Mei 1969 juga tidak di"pesta"kan atau di"karnival"kan? Bukankah peristiwa ini juga begitu sensitif di pandangan mata rakyat Malaysia?

Peristiwa 13 Mei menyaksikan lebih dari 80 umat Islam dan Melayu yang terkorban. Ada yang disembelih beramai-ramai di panggung Odeon di Kuala Lumpur. Dilaporkan, ada seorang muslimah yang sedang sarat mengandung, dibelah perutnya dan dikeluarkan kandungannya dengan besi penggantung daging babi. Malah peristiwa menyayat hati itu juga menyaksikan ramai kaum Cina terkorban, akibat "sentuhan politik pembangkang"! Mengapa peristiwa 13 Mei 1969 tidak diperingati?

Penulis di Utusan Malaysia ada menggesa agar peristiwa 13 Mei ini diperingati di dalam konsep yang lebih positif. Akibatnya, penulis tersebut, Datuk Zaini Hassan, teruk dikutuk dan dikecam oleh DAP yang sememangnya takut dengan peristiwa 13 Mei ini. Mengapa DAP perlu rasa "phobia" dengan peristiwa 13 Mei ini? Bukankah elok sekiranya peristiwa ini dilihat secara positif dan diperingati secara tahunan sebagaimana peristiwa Memali 19 November 1985?

Bukankah peristiwa 13 Mei 1969 ini lebih signifikan untuk diperingati, berbanding peristiwa Memali? 13 Mei menyaksikan konsep perkauman yang lebih teratur dengan penyusunan sosio-ekonomi berdasarkan keadilan kaum yang lebih efektif. Hasil dari peristiwa yang ditakuti DAP ini maka lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan DEB ini, pertumbuhan ekonomi, kemajuan negara dan lebih utamanya keharmonian kaum tersemai subur di negara kita. Sewajarnya peristiwa 13 Mei 1969 lebih relevan untuk diperingati berbanding peristiwa Memali. Lainlah karnival Memali ini bermotifkan politik sempit dan dipolitikkan sesetengah pihak...

Usahlah "double standard" dalam perlakuan memperingati sesuatu yang sensitif. Keikhlasan dan hasil perubahan lebih penting untuk dilihat bagi memperbaiki keadaan untuk tragedi-tragedi malang di negara kita. Khabarnya dahulu PAS Kedah telah tubuhkan "tabung Memali" untuk para balu "syuhada" dan mangsa Memali ini. Ke mana perginya "tabung Memali" tersebut? Mengapa ramai mangsa-mangsa tragedi yang mengeluh perit apabila tidak mendapat bantuan dan mengetahui bahawa "tabung Memali" yang dikhaskan untuk membela nasib mereka itu "bocor". Harap Dewan Pemuda PAS Kedah menyediakan satu slot membentangkan siasatan "kehilangan Tabung Memali" tersebut. Tak baik menzalimi yang hak...kan?

Friday, November 19, 2010

Azizan Razak minat lagu "AKON"..???


Azizan keseorangan...Pada mulanya banjir besar melanda negeri Kedah. Bantuan dari Kerajaan Pusat dilihat media lebih menonjol membela nasib mangsa banjir di negeri ”Jelapang Padi” itu. Lagipun Kerajaan PAS Kedah dilihat agak “pilih kasih” dengan memberikan bantuan secara “terpilih”. Maka wartawan arus perdana pun menyiarkan kekesalan mereka akibat sikap Kerajaan PAS Kedah itu. Berikutan itu, Azizan marahkan wartawan di dalam satu sidang akhbar mengenai banjir di Kedah. Kemudian, Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan Bernama di”haram”kan masuk ke Sidang DUN Kedah untuk membuat liputan. Dan paling muktahir, Azizan membentangkan “budget Kedah” untuk tahun 2011…

Macam-macam perkara berlaku terhadap Azizan semenjak kebelakangan ini. Tindakan yang diambil oleh Azizan Razak “serba tidak kena”. Dia buat macam ini, salah. Dia buat macam itu pun salah juga. Pening kepala Azizan dibuatnya. Akhirnya sikap sebenar Azizan Razak terserlah. “Panas baran”nya meletus bagaikan gunung merapi yang meletup di Indonesia baru-baru ini…

Apa yang tidak kenanya dengan Azizan? Penulis berpendapat, Azizan Razak jadi begini kerana dia “keseorangan”. Memang benar dia beristeri dua, rapat dengan DYMM Tuanku Sultan Kedah, berjawatan Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah. Namun, dia memang “keseorangan”…

Kenapa bantuan banjir dari Kerajaan PAS Kedah dilihat “tidak sampai” dan kurang berkesan, sedangkan diakui memang Kerajaan PAS Kedah turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir? Pada tinjauan penulis, bantuan Kerajaan PAS Kedah “gagal” disempurnakan oleh mereka-mereka yang diamanahkan oleh Azizan Razak. Bantuan itu “tercicir di tengah jalan”, “diserahkan secara terpilih”, malah ada dakwaan bahawa “bantuan itu hilang”! Tidak hairanlah jika Azizan Razak dipersoalkan media. Mungkinkah ada usaha sabotaj dari “orang dalam” Kerajaan PAS Kedah? Exco manakah yang cuba “menikam” Azizan Razak dari “belakang”?

Mungkin ada pihak yang dari PAS yang menyahut “cabaran” Azizan Razak. Penulis masih ingat bila ada khabar bertiup kencang mendakwa ada usaha dalaman PAS yang cuba menyingkirkan Azizan Razak sebagai MB Kedah. Perkara ini Azizan Razak kena fikir dan siasat sendiri. Penulis hanya ingin mengingatkan…

Mungkin kusut dengan kritikan media dan “tension” yang diterima dari “dalam”, maka Azizan bertindak “tidak keruan” ketika sesi sidang akhbar yang jelas mempamerkan kemarahannya. Api kemarahannya meluap-luap, bagai ingin di”telan”nya wartawan itu “hidup-hidup”. Melihat kemarahan itu dan mungkin berdasarkan pengalaman sebagai seorang wartawan, maka wartawan itu hanya bersahaja menerima sahaja herdikan itu. Namun, insiden itu benar-benar menunjukkan bahawa Azizan sudah “meletup” dan tidak dapat mengawal “amarah”nya. Setahu penulis, sifat “marah” itu sangat disukai syaitan. Apakah syaitan sudah berjaya menguasai Menteri Besar Kedah? Manalah tahu jika sifat “syaitan” itu semakin terserlah sejak PAS “bersahabat dengan syaitan”…

Akibat api kemarahan Azizan pada sidang akhbar tersebut, “bahang”nya berterusan sehingga pada hari pertama persidangan DUN Kedah baru-baru ini. Tanpa kompromi, Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan Bernama di”haram”kan sama sekali untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Kedah untuk membuat liputan berita. Wajar dan rasionalkah tindakan Kerajaan PAS Negeri Kedah ini? Tindakan itu dipertahankan dengan alasan “media ini hanya melaporkan fitnah” dan “buat kerja tidak seperti orang Islam”.

Yang peliknya, Harakah yang sering menabur fitnah dan buat dosa kering itu tidak pula di”haram”kan masuk ke Sidang DUN Kedah! Jangan kata Harakah itu “bersih” dari fitnah. Jika benar “bersih”, takkanlah Harakah pernah disaman atas dakwaan fitnah dan pengadu kes menang kes saman tersebut. Yang peliknya lagi, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil yang terang-terang “bukan Islam” itu dibenarkan pula masuk ke DUN Kedah membuat liputan! Apakah Azizan dan konco-konconya fikir bahawa akhbar-akhbar seperti China Press, Makkal Osai dan Sin Chew Daily menyiarkan laporan yang Islamik di dalam akhbar mereka? Nampaknya, Azizan diberikan “nasihat yang salah” oleh “penasihat”nya. Mereka ”sengaja” membiarkan “api kemarahan” Azizan membakar diri MB Kedah itu sendiri…

Setelah penat menepis bersilat ber”kun tau” dengan isu-isu yang tidak putus-putus menyerang Azizan itu, Azizan terpaksa pula membentangkan “budget Kedah 2011″. Padanlah Azizan hanya mengambil masa selama lebih kurang 30 minit sahaja untuk membentangkan “budget” yang akan memakan masa setahun lamanya itu. “Budget ringkas dan tak sempurna sifat”, mungkin itulah komen penulis terhadap “Budget Kedah 2011″ yang Azizan sampaikan. Dan Azizan sudah “lelah” selepas membentangkan “budget” tersebut…

Dikhabarkan bahawa pada tahun-tahun sebelumnya, Azizan akan berjenaka dan bermesra dengan ADUN-ADUN Kedah yang lain, terutamanya ADUN BN. Namun kali ini, Azizan kelihatan “lesu” dan mengasingkan diri dari semua ADUN, termasuklah ADUN-ADUN PAS, PKR dan DAP. Mungkin Azizan sedang melayan lagu AKON yang berjudul “Lonely” ketika itu. Ternyata Azizan “keseorangan”…

Kasihan pula penulis pada Azizan Razak. “Lelah” dibuatnya. Dia dihentam kiri, kanan, depan dan belakang. Bukan hanya di”serang” oleh ADUN BN, UMNO dan para blogger pro-UMNO/BN, malah Azizan juga dipercayai turut diserang oleh PAS sendiri. Bukang hanya diserang oleh “orang dalam” PAS Kedah, malah Azizan juga turut di”serang” oleh PAS Pusat, PKR dan DAP sekaligus. Sudah tentu mereka-mereka yang menyerang dari “dalam” ini tidak berani menyerang secara berdepan. Bukankah Pakatan PKR, DAP dan PAS yang diketuai oleh Anwar Ibrahim ini “suka main belakang”. Mereka tahu mereka tak boleh “makan” Azizan secara bersemuka, apa lagi? “Main belakang”lah jawabnya…

Kadangkala, penulis terfikir juga bahawa Azizan ini lebih sesuai menyertai UMNO. Azizan tidak pun mengubah sebarang corak pentadbiran UMNO/BN Kedah setelah mengambil alih Kedah. Azizan tidak pula memerintah Kedah sebagaimana Nik Aziz di Kelantan dan Hj. Hadi Awang di Terengganu dahulu. Azizan lebih banyak mengekalkan modus operandi pentadbiran BN dan meneruskan dasar-dasar Kerajaan BN/UMNO dahulu. Malah ramai pemimpin PAS dan penyokong PAS Kedah mempersoalkan “mengapa Azizan Razak tidak memerintah Kedah secara PAS?”. Memandangkan “corak pentadbiran Azizan yang ala-ala UMNO/BN” ini, tidak hairanlah jika ada usaha-usaha dari “dalam” PAS untuk menggulingkan Azizan Razak…

Apapun, terserahlah pada Azizan Razak secara peribadi mengenai tulisan penulis ini. Penulis pernah berbicara, berbual panjang dengan ramai “orang-orang dalam” PAS Kedah. Malah dengan “orang pejabat MB” pun penulis pernah “korek rahsia”. Menurut khabar, Azizan hanya akan kekal sebagai MB hanya untuk sepenggal sahaja. Selepas ini, berkemungkinan besar Phahrolrazi akan mengambil alih jawatan Azizan Razak itu. Itu pun jika PAS berjaya mengekalkan kemenangan di Kedah pada PRU 13 nanti…

Rehatlah Ustaz Azizan. Banyak-banyak beristighfar. Berfikirlah secara rasional. Akuilah kelemahan diri dan berhati-hatilah, mungkin ramai yang menunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkan Ustaz Azizan. Penulis mencadangkan agar Ustaz Azizan ambil cuti dan tenangkanlah fikiran seminggu dua di “Ostolia”. Alah, bukan Ustaz Azizan tak biasa. Sedangkan “satu bas rombongan” tempohari boleh di”sponsor” Kerajaan Negeri Kedah, takkan tak boleh nak “sponsor” Menteri Besar Kedah sekeluarga kot? Hati-hati Ustaz Azizan, jangan jadi macam Khalid Ibrahim di Selangor sudahlah!

Sumber: myKMU.net

Sunday, November 14, 2010

Sidang DUN Kedah: Azizan nafikan hak media & rakyat Kedah..!!!


Rentetan kemarahan MB Kedah terhadap beberapa wartawan dari media arus perdana menyebabkan beberapa media di"haram"kan untuk masuk membut liputan Sidang DUN Kedah yang bermula hari ini. Menurut sumber, akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan Bernama telah di"blacklist" di atas alasan "menabur fitnah kepada Kerajaan PAS Kedah" dan "tidak membuat kerja macam orang Islam"!

Namun begitu, Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malaysian Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, Nan Yang Siang Pau, China Press dan Guan Ming Daily diberikan kebenaran penuh untuk membuat liputan Sidang DUN Kedah kerana "tidak fitnah" dan "buat kerja macam orang Islam".

Menurut jadual, hari ini DYMM Sultan Kedah akan menyampaikan titah baginda di dalam Sidang DUN Kedah sementelah hari pertama Sidang DUN itu. Pastinya titah DYMM Sultan tidak akan sampai ke pengetahuan rakyat secara seluruhnya kerana tidak semua rakyat Kedah membaca Harakah dan Sinar Harian. Harakah hanya "untuk ahli PAS" sahaja. Sinar Harian pula hanya tabliod yang tidak melaporkan berita secara lengkap. Duke pasti tidak ramai orang Melayu Kedah yang mampu membaca akhbar berbahasa Cina, bahasa India atau pun Inggeris. Daulat Tuanku, nampaknya Kerajaan PAS Kedah seakan-akan menghalang rakyat Kedah berbangsa Melayu untuk turut sama mengetahui titah Tuanku. Harap DYMM Tuanku berbuat sesuatu, ampun Tuanku.

Hari ini Kerajaan PAS Kedah telah meng"kafir"kan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan Bernama. Manakala Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malaysian Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, Nan Yang Siang Pau, China Press dan Guan Ming Daily telah di"Islam"kan oleh Kerajaan PAS Kedah. Makkal Osai tu akhbar "Islam" jugak ke? Senang sungguh Kerajaan PAS Kedah meng"hukum" media-media berbahasa Melayu tersebut. Benarkah Harakah sebagai "lidah PAS" itu tidak pernah melakukan "fitnah"? Apakah Harakah tidak pernah disaman dan didapati bersalah oleh mahkamah? Mungkin Hj. Subky Latif boleh menjawab soalan Duke ini...

Kebebasan akhbar telah dinafikan oleh Azizan Razak pada Sidang DUN Kedah kali ini. Ini membuktikan bahawa PAS hanyalah "retorik" atau hanya bersikap "double standard" apabila berdepan dengan hak "kebebasan akhbar". PAS sememangnya boleh memfailkan saman kepada mana-mana pihak media sekiranya melakukan sebarang fitnah. Jadi, mengapa Kerajaan PAS Kedah tidak saman sana TV3 atau Utusan Malaysia? Ternyata Azizan tidak berani menyaman kerana stesen TV dan akhbar-akhbar tersebut tidak menipu mahupun melakukan fitnah!

Sebenarnya, mungkin Azizan mahu TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Bernama melaporkan yang "best-best" sahaja mengenai Kerajaan PAS Kedah. Azizan mungkin mahu TV3 melaporkan bahawa Azizan sangat "ensem" bila memakai kaca mata hitam! Azizan mungking mahu RTM melaporkan bahawa Azizan membantu mangsa banjir dengan memberikan "subsidi air" macam di Perlis! Azizan juga mungkin mahu Utusan Malaysia melaporkan bahawa Azizan "hebat" memerintah Kedah "tanpa buat apa-apa pun"! Azizan mungkin mahu Beritan Harian dan Bernama "puji" dia tiap-tiap hari di "front page" masing-masing! Mungkin itu yang Azizan mahu?

Bila pemimpin UMNO atau pihak Kerajaan Pusat sebelum ini menjelaskan bahawa Harakah sering memfitnah mereka dan memberikan amaran terhadap akhbar tersebut, maka PAS menuduh Kerajaan Barisan Nasional tidak memberikan hak kebebasan media sepenuhnya. Namun apabila terkena batang hidung sendiri, Azizan Razak terus "mengharamkan" media-media tersebut menjejakkan kaki ke dalam Sidang DUN Kedah? Apa Azizan ingat Dewan Undangan Negeri tu harta pusaka hak milik PAS kah? Ini baru memerintah negeri, entah-entah bila perintah negara nanti habis semua akhbar dan stesen TV diharamkan. Hanya Hakarah saja yang dapat permit! "Ala-ala Iran" gitu...

Ustaz Azizan, "marah" tu mainan syaitan. Duke dah katakan sebelum ini, Islam melarang umatnya bersahabat dengan syaitan walau apa jua alasan sekali pun. Namun mungkin mendengar kata Pok Nik, maka Azizan terpaksa berkawan dengan syaitan. Sebab tu terikut-ikut dengan sifat syaitan tu kot? Marah sampai tak kena gaya? Benarlah kata "anak saudara" Azizan bahawa bapa saudaranya ini sememangnya "panas baran" atau "hot temper" kata orang putih! Kawal-kawallah marah anta tu sikit Ustaz. Anta tu ada banyak penyakit darah tinggi dan sebagainya...

Susahlah Duke nak dapatkan laporan tentang titah DYMM Sultan Kedah kali ini. Nak baca di Harakah nanti, terlalu "berat sebelah" pula. Nak baca di Sinar Harian, rasanya kurang kreadibiliti berbanding Utusan dan Berita Harian. Nak baca akhbar Cina dan India pun tak faham. The Star? Berapa para sangat yang dia nak tulis, iklannya lebih banyak dari berita. PAS dah sekat titah DYMM untuk sampai ke telinga rakyat. "Islamik" sungguh cara PAS ni?

Thursday, November 11, 2010

Dimana logiknya cerita karut Chegubard?


Di dalam usaha untuk menutup bau busuk “bangkai” Anwar dan PKR yang sedang “nazak”, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard cuba mengalihkan isu “kemelut PKR” kepada isu dakwaan yang kononnya seorang “pegawai kanan” Kementerian Kewangan Malaysia mengumpul harta RM200 juta. Bukan ringan tuduhan yang dilemparkan oleh Chegubard ini. Tuduhannya begitu “gempak” dan cukup menarik perhatian umum, khususnya mereka-mereka yang kekurangan fakta dan bukti.

Chegubard yang juga dalam usaha membodek “boss”nya yang sedang pening kepala, cuba membuat fitnah mengatakan bahawa Dato’ Zakiah Ibrahim, Setiausaha Sulit kanan Menteri Kewangan, telah melakukan penyelewengan yang me”mungkin”kan beliau mengumpul harta berjumlah RM200 juta. Chegubard mendakwa telah diberitahu oleh “orang dalam” sebagai sumber dakwaannya itu. Tentunya masyarakat umum “terbeliak mata” mendengar jumlah penyelewengan yang didakwa Chegubard tersebut. “Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, (beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri,” Chegubard menambah “perisa” ceritanya.

Siapakah Dato’ Zakiah Ibrahim? Ya, memang benar Dato’ Zakiah Ibrahim memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit Menteri Kewangan. Gred jawatan (setelah dilantik menjadi Setiausaha Kana Menteri Kewangan) adalah N41. Namun, untuk pengetahuan umum, gred hakiki Dato’ Zakiah hanyalah pada tahap N27. Ini adalah kerana beliau pada asal hanyalah setiausaha pejabat. Perlu diingatkan bahawa gred hakiki adalah berbeza dengan gred secara lantikan. Oleh itu, Dato’ Zakiah mempunyai ramai pegawai diatasnya mengikut susunan “ranking”. Malah beliau juga tergolong di dalam golongan “kumpulan sokongan” dan bukanlah “pegawai” sebenarnya. Beliau hanya dilantik sebagai “pegawai” di dalam ertikata bukan hakiki. Menurut sumber yang memberikan maklumat kepada penulis, Dato’ Zakiah Ibrahim kini berusia 57 tahun dan akan bersara dari Perkhidmatan Awam pada tahun depan.

Cuba fikirkan pula fitnah Chegubard pada Dato’ Zakiah Ibrahim.

Pertamanya. Chegubard mendakwa memperolehi sumber dari “orang dalam” di Jabatan Perdana Menteri. Siapakah “orang dalam dari Jabatan Perdana Menteri” tersebut? Benarkah apa yang di”cerita”nya itu? Berkreadibilitikah ”orang dalam” tersebut? Jika ”orang dalam” yang Chegubard maksudkan itu ialah “Anwar” atau “yang sewaktu dengannya”, tak payah percayalah! Jika benar dakwaan ”orang dalam” tersebut, pastinya dia adalah seorang “pegawai” di JPM tersebut.

Tentunya seorang “pegawai” mempunyai reputasi yang tinggi dan dipercayai “boss”nya. Mengapa “orang dalam” tersebut bercerita pada Chegubard pula? Mengapa tidak diceritakan saja pada “boss”nya atau terus kepada Menteri Kewangan sendiri? Nampak sangat “orang dalam” itu tidak ikhlas dan berkemungkinan besar tidak berpuas hati dengan Dato’ Zakiah. Mungkin juga “orang dalam” itu gagal memohon projek dan menjadikan Dato’ Zakiah yang hampir pencen sebagai “kambing hitam”, siapa tahu?

Dan mengapa pula Chegubard mempercayai sumber “hear say” tersebut? Kalau setakat “printed dokumen, budak sekolah tak habis pun boleh “print” berkajang-kajang! Itu pun Chegubard percaya? Tapi bila mahkamah kata Anwar disahkan meliwat, Chegubard tak percaya pula???

Keduanya. Sebenarnya, Chegubard sendiri tidak pasti benarkah ada penyelewengan tersebut. Benarkah sebanyak RM200 juta? Atau hanya RM20 sahaja? Atau memang tiada langsung penyelewengan yang berlaku? Secara logik dan secara hieraki pentadbiran, bolehkah seorang “staff kumpulan sokongan” memberikan kata putus tetang sebarang projek? Bodoh benar bunyi dakwaan Chegubard ini! Chegubard mendakwa Dato’ Zakiah mempunyai kuasa memuktamadkan siapa yang akan mendapat projek runding terus dengan Kementerian Kewangan. Biar betul?!

Untuk pengetahuan semua, Semua projek Kementerian Kewangan Malaysia diselia dan ditentukan oleh Lembaga Tender yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan sendiri. Dalam kata lain, HANYA Dato’ Seri Najib dan Lembaga Tender itu sahaja yang memuktamadkan projek Kementerian Kewangan akan diberikan kepada siapa. Malah kebanyakkan keputusan dilakukan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP). Jadi, dimana logiknya dakwaan Chegubard itu melainkan ianya hanyalah fitnah jahat semata-mata! Orang kampung bolehlah Chegubard “temberang”, tapi mereka-mereka yang celik “procedure” tentunya faham apa yang penulis maksudkan.

Ketiganya. Adalah amat TIDAK LOGIK sekali bagi seorang staff dari “kumpulan sokongan” begitu berkuasa memuktamadkan sebarang projek. Penulis meminta Chegubard bertanya pada “boss”nya, Anwar, hanya Anwar saja yang berani menaburkan “pink form” ketika “sesumpah” itu menjadi Menteri Kewangan dahulu! Takkanlah seorang “setiausaha sulit” mempunyai kuasa sedemikian? Penulis juga ingin berpesan kepada Chegubard, jika mahu menipu pun, biarlah logik dan boleh diterima akal!

Untuk menambah “perisa” ceritanya, Chegubard mempertikaikan kedudukan pejabat Dato’ Zakiah Ibrahim yang betul-betul berhadapan pejabat Menteri Kewangan yang didakwa sebagai “port strategic” untuk melakukan penyelewengan projek. Gila ke Chegubard ni? Takkanlah bilik Setiausaha Sulit Menteri Kewangan hendak diletakkan jauh-jauh di blok kementerian lain pula? Bagaimana Setiausaha Sulit itu hendak bekerja jika berjauhan dengan “boss”nya? Syak wasangka buruk ini sememangnya menjadi “hujah murahan” untuk penyedap cerita. Betul-betul bodek “boss”, perangai Chegubard betul-betul sama dengan “boss”nya, si “Anwar”!

Penulis hanya mampu beristighfar apabila membaca tentang fitnah Chegubard ini. Jika benarlah dakwaan “orang dalam” itu, tentunya kes ini tidak sampai pun ke telingan Chegubard dan Dato’ Zakiah sudah lama dihukum pegawai-pewagai atasan di JPM! Paling tidak pun, pastinya kes seperti ini tidak terlepas dari SPRM. Tiada yang masuk akal sama sekali apa yang didakwa Chegubard ini. Hanya yang kurang akal sahaja yang akan percaya fitnah jahat seperti ini. Seeloknya, “hikayat dongeng” dari Chegubard ini diabaikan saja. Tiada kreadibiliti. Nak bawa masuk mahkamah pun malu!

Ehsan dari myKMU.net

Wednesday, November 10, 2010

Bila Penyangak jual Penyamun...baru padan muka!!!


Sana sini sebok memperkatakan perihal Zaid Ibrahim yang menarik diri dari persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan sekaligus meletak jawatan bagi semua jawatan yang disandangnya di dalam PKR. Zaid turut keluar parti PKR dan dikhabarkan akan menubuhkan sebuah parti “baru” yang kononnya lebih “telus” dan “mulus”. Memang hangat untuk dibicarakan. Namun pada penulis, tindakan Zaid ini sudah dijangka. Zaid takkan lama bertahan di dalam PKR. Malah sebetulnya, Zaid tidak layak untuk menjadi pemimpin mana-mana parti politik pun!

Mengapa perlu diperkatakan tentang Zaid Ibrahim? Siapa dia Zaid Ibrahim? Seorang bekas Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu yang dulunya gagal dan mengharapkan “kontrak guaman dari kerajaan”. Kemudian dia dilantik pula oleh Pak Lah “kaki tidur” untuk menjadi Menteri “sober”. Itu pun setelah puas membodek & kononnya “tahu undang-undang”. Kemudian Zaid dipecat dari UMNO kerana “menderhaka” pada UMNO dan “buruk laku”.

Selepas dibuang UMNO, Zaid masuk PKR. Kononnya PKR lebih “telus mulus”. Padahal, Zaid tak punya pilihan. Nak masuk PAS tak boleh, sebab dia “Al-Koholik”. Nak masuk DAP, takut lebih teruk kena maki. Maka terpaksalah masuk PKR demi survival politiknya.

Bila masuk PKR, Zaid di”tatang” Anwar keliling kampung. Hidup-hidup Zaid kena tipu! Dia ingat Anwar suka padanya, tapi dia lupa bahawa Anwar hanya suka pada yang “muda” dan “jambu” sahaja. Pada orang yang berbau arak, manalah Anwar nak! Bila Zaid kena buli semasa persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR, barulah dia tahu “langit itu tinggi atau rendah”. Lawan pula dengan Azmin “kesayangan Anwar”, memang cari nahaslah! Takkanlah Anwar nak bagi “madu”nya itu kalah bertanding pulak…

Maka meraunglah Zaid keseorangan. Menangis tak berlagu. Zaid tidak langsung di”liwat politik” oleh Anwar beramai-ramai. Tapi, apa yang hendak dihebohkan? Apa yang berlaku pada Zaid tidak ubah seperti “si penyangak jual si penyamun”! “Padan muka!”, itulah ungkapan yang terbaik yang sepatutnya diberikan kepada Zaid Ibrahim.

Sebenarnya, peristiwa “Zaid diliwat PKR” ini menjadi contoh terbaik buat semua ahli dan penyokong-penyokong PKR. Sepatutnya peristiwa “Zaid diliwat PKR” ini akan mencelikkan kebutaan hati yang ada pada PAS betapa busuknya sebuah parti yang bernama PKR. Busuknya PKR bak bau bangkai yang lebih busuk dari najis!

PKR terbina dari kepentingan peribadi seorang “agen Yahudi” yang gagal. PKR terbina dengan duit Yahudi laknatullah alaihim. PKR terbina oleh seorang peliwat kaum sejenis (ada juga peliwat yang meliwat kaum wanita). PKR terbina oleh golongan yang kecewa politik kerana tidak mendapat habuan. PKR terbina dengan nafsu rakuskan kuasa. PKR terbina dengan niat yang kotor. PKR terbina demi kuasa dan bukan kerana mahu berkhidmat kepada rakyat. PKR penuh dengan dusta. Itulah asas sebenar PKR, sebuah parti pertualang pengkhianat nusa dan bangsa!

Lihat saja kemelut pemilihan tahunan PKR kali ini. Betapa penyelewengan berleluasa. Penipuan undi dan duit rasuah berterbangan tanpa batasan dosa. Berat sebelah, pilih kasih dan calon terpilih menjadi kriteria sifat persaingan merebut jawatan. 162 aduan di dalam masa 13 hari pemilihan peringkat pusat PKR? Teruk benar. Dahulu PKR sering menuding jari kepada UMNO yang kononnya tidak telus. Tapi hari ini, Allah S.W.T membayar secara “tunai” kepada fitnah yang dilemparkan kepada UMNO oleh PKR. Allah membuka pekung busuk PKR seluas-luasnya. Ternyata dan terbukti bahawa UMNO lebih mulia, bermoral dan beretika berbanding PKR. Sebusuk-busuk PAS dengan Nik Aziz, busuk lagi PKR dengan Anwar Ibrahim. Itupun PAS masih lagi men”dewa”kan Anwar???

Penulis melihat bahawa peristiwa “Zaid Ibrahim” ini tak payahlah di”hairan”kan sangat. “Pak pandir” itu secara sukarela terjun bersama-sama labunya, untuk bersama PKR. Biarkan. Yang lebih penting, kita sebagai rakyat yang rasional dan berfikiran waras harus berfikir apakah “warna” PKR yang sebenarnya. Rakyat Malaysia harus membuka mata seluas-luasnya untuk menilai betapa PKR hanya menabur fitnah, melafazkan janji kosong, berdusta, tidak berakhlak, cakap tak serupa bikin dan zalim terhadap “ahli” yang pernah diaraknya keliling negara. Sedangkan “orang bijak pandai undang-undang” seperti Zaid pun dapat di”jual”nya, apatah lagi rakyat yang tidak ada kena mengena dengan mereka! Fikir-fikirkanlah…

Pada Zaid, penulis fikir lebih baik Zaid bersara saja dari medan politik. Gesaan untuk “bersara politik” agak popular sejak Ustaz Mohd. Asri, mantan Mufti Perlis, meminta Anwar bersara dari politik. Begitu juga dengan Zaid, bersaralah sebelum terus memalukan diri dikhalayak ramai. Tak payahlah tubuh parti baru, tak ada siapa nak masuk pun. Seeloknya Zaid bersara dari politik dan tumpukan perhatian pada firma guaman yang ada. Sudah berapa lama Zaid tak masuk pejabat menjengah syarikat. Bertaubatlah segera dan kalau sempat pergilah cari pakej haji. Itu lebih baik dari terus menjadi ”bahan” politik Anwar!

Wallahua’alam.

Ihsan dari MyKMU

Tuesday, November 9, 2010

Azizan Razak ditikam PAS Kedah...???!!!


Perlis dan Kedah merupakan di antara negeri yang teruk di landa banjir baru-baru ini. Kerajaan Persekutuan telah mengerahkan bantuan segera bagi menangani masalah banjir yang dihadapi penduduk kedua-dua buah negeri tanpa "memilih bulu" sama ada kerajaan itu kerajaan BN atau PAS, atau mangsa banjir itu penyokong BN atau PAS. Namun apa yang dikesali, Kerajaan PAS Kedah seakan-akan mengambil kesempatan dengan bersikap lepas tangan dalam menangani musibah yang ditanggung oleh rakyat ini. Memang benar Kerajaan PAS Kedah ada membantu mangsa banjir, namun bantuan itu adalah "bantuan terpilih"! Hanya penyokong PAS sahaja yng diberikan keutamaan, manakala penyokong BN, terutamanya UMNO, tidak dipandang sebelah mata pun.

Itu hakikatnya di Kedah. Sikap "double standard" Kerajaan PAS Kedah ini menunjukkan betapa PAS "manzalimi" rakyat yang mengundi mereka ketika PRU12 lebih 2 tahun lepas. Penderitaan rakyat Kedah tidak di"sejahtera"kan oleh Azizan Razak & Exconya. Menurut tinjauan Duke di sekitar Kedah, ternyata majoriti mangsa banjir merungut, mengeluh, kecewa dan marah pada Kerajaan PAS Kedah. "Personal touch" pemimpin PAS hilang apabila menang pilihanraya!

Apa yang sebokkan oleh pemimpin Kerajaan PAS Kedah ialah "mencari salah siapa" hingga berlaku banjir besar ini. Maka projek pembinaan landasan berkempar KTM pula menjadi "kambing hitam" dan dipersalahkan. Sedangkan fakta itu tidak benar sama sekali dan dinafikan oleh semua pihak. Nampaknya ada orang PAS nak sabotaj Azizan Razak dengan memberikan laporan yang "memakan diri". Itu Azizan kena siasat sendiri. Sebetulnya, faktor terbesar penyebab banjir adalah disebabkan limpahan banjir kilat dari Selatan Thailand yang masuk ke Perlis dan seterusnya ke Kedah.

Jadi, mengapa Azizan diberikan maklumat yang salah oleh "orang"nya itu? Atau sememangnya "orang" yang memberikan maklumat itu sememangnya tidak berpengalaman, bodoh atau mentah? Menurut khabar, "orang" itu sengaja memberikan maklumat yang salah untuk "memalukan" Azizan Razak, dan secara tidak langsung akan menjejaskan kreadibiliti Azizan sebagai MB Kedah. Tentunya "orang" itu dari PAS, PKR atau DAP. Takkan orang UMNO pulak??? Jika banjir itu disebabkan oleh projek landasan keretapi berkembar, tentunya ianya akan melibatkan daerah-daerah lain seperti Sg. Petani, Gurun, Yan, Sg. Limau dan lain-lain. Yan adalah di antara daerah yang paling kerap di landa banjir, mengapa pula Yan terselamat kali ini? Nampak sangat ada "orang" cuba "tikam" karier politik Azizan Razak!

MB Kerajaan BN Negeri Perlis hari ini mengumumkan bantuan subsidi air sebanyak RM20 untuk rakyat Perlis yang terlibat dengan banjir. Walaupun sumbangan itu agak kecil, namun Duke percaya ianya dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir yang ditimpa malang. Pastinya membersihkan lumpur di rumah mangsa banjir memerlukan penggunaan air yang banyak. Sekurang-kurangnya, subsidi air oleh Kerajaan BN Negeri Perlis itu begitu melegakan rakyat yang ditimpa musibah.

Walaupun Perlis tidak mendabik dada dengan slogan "Sejahtera" di setiap papan iklan di seluruh negerinya, Kerajaan BN Perlis begitu prihatin dalam men"sejahtera"kan rakyatnya. Berlawanan pula dengan Kerajaan PAS Kedah yang lebih berminat mencari kesalahan orang berbanding bertungkus lumus membantu rakyat dan mangsa banjir! Siang malam Kerajaan PAS Kedah berbangga diri kononnya merekalah yang akan men"sejahtera"kan rakyat, hakikatnya mereka mengelabah tak tahu apa nak buat. Sepatutnya Kerajaan PAS Kedah harus menukar slogan kepada "Kedah cakap tak serupa bikin"!

Duke ada menemui ramai mangsa banjir dan rakyat atas pagar di Kedah. Majoritinya mengutuk dan marah pada Kerajaan PAS, PKR dan DAP Kedah. Antara sungutan mereka ialah "Kerajaan PAS Kedah lepas tangan", "Kerajaan PAS Kedah penipu" dan lebih parah pula apabila seorang Pak Long yang memakai "lebai" berwarna "hijau dan putih ditengah" selamba berkata "haramjadah punya PAS! Langsung tak boleh harap!". Apabila Duke selidik, ternyata Pak Long tersebut adalah penyokong PAS "totok". Patutlah memaki hamun sesedap rasa! Hanya orang PAS saja yang "halal" maki hamun ni...

Ada sekelompok mangsa banjir di Kedah yang bercerita tentang MB Kerajaan BN Perlis yang memikirkan subsidi air untuk rakyatnya (hari ini diumumkan). Mereka memuji-muji MB Perlis setinggi langit. Tak usahlah Duke ceritakan apa puji-pujian itu, nanti "kembang" pulak MB Perlis bila dapat tahu. Namun, mereka kesal, kecewa dan marah pada Kerajaan PAS yang bersikap lepas tangan dan gagal memberikan bantuan sewajarnya. Sudahlah tak berikan subsidi air macam di Perlis, Kerajaan PAS Kedah naikkan lagi harga air di Kedah! Sudahlah airnya tak berkualiti, sering pula terputus-putus bekalannya! Dahulu bil air di rumah Mak Bedah hanya sekitar RM20 - RM25 sahaja, namun bil air bulan Oktober baru-baru ini ialah RM48! Memanglah pada Azizan Razak perbezaan RM23 itu tidak seberapa duit, namun pada rakyat marhain di Kedah, RM23 itu besar nilainya!

Duke kesal dengan Kerajaan PAS Kedah. PAS Kedah sememangnya tak tahu mentadbir negeri dengan baik. PAS Kedah hanya pandai merompak hasil balak tanpa pemantauan teliti (patutlah pendapatan balak Kedah meningkat, pokok sebesar lengan pun depa tebas buat balak!), meranapkan GLC dan sekarang depa sedang sebok nak "menjatuhkan" Azizan Razak! Entah apa pencapaian yang boleh dibanggakan. Kalau setakat buat "qiamullail", di zaman BN dulu pun banyak. Kalau setakat buat ceramah, baik tak payah memerintah. Cakap saja banyak, hasil kerja untuk rakyat takdak! Elok letak jawatan sajalahhhhhh....

Saturday, November 6, 2010

Banjir Kedah 2010: Rakyat Sengsara, Kedah "Sejahtera" entah hilang ke mana...???



Banjir di Kedah semakin teruk. Walaupun banjir di Perlis dikatakan sudah mula surut, banjir di Kedah masih lagi ditahap bahaya. Mangsa-mangsa banjir semakin ramai didaftarkan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir sementara di sekitar Jerlun, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Padang Terap dan Pokok Sena. Hari ini, Duke berkesempatan untuk turun sendiri melihat keadaan mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Jerlun.

Setibanya di Alor Biak, Duke memasuki Sek. Keb. Alor Biak yang menempatkan mangsa pemindahan banjir paling ramai di dalam Parlimen Jerlun. Menurut rekod, Pusat pemindahan banjir ini menempatkan sebanyak lebih kurang 3500 orang mangsa banjir berdaftar. Memandangkan bekalan air bersih terputus, Duke sempat menoleh kepada sebuah tangki air "Syabas" yang sedang diisi air di depan sekolah tersebut. Duke tertanya, mengapa tangki air itu diletakkan diluar kawasan sekolah? Bukankah agak jauh untuk mangsa mendapatkan sumber air berkenaan? Namun, dikhabarkan oleh pihak bertanggungjawab bahawa tangki air tersebut diletakkan di situ berikutan kemungkinan paras air yang dibimbangi akan meningkat bila-bila masa dan menenggelamkan aras pili air pada tangki tersebut.

Oh! Begitu rupanya. Namun, dengan seramai 3500 orang yang akan menggunakan air dari tangki berkenaan, berapa lamakah air setangki itu boleh bertahan? Duke hanya memandang lesu apabila dikhabarkan bekalan air dari pihak SADA amat mendukacitakan. Tiada jadual yang konsisten berikutan kurang persedian rapi dari pihak pembekal air "Ustaz Azizan" berkenaan. Mujurlah ada abang-abang dari RAJD ber"celoreng" yang datang membantu. Alhamdulillah. Semoga mangsa-mangsa banjir ini terbela.

Duke sempat bertanya kepada beberapa Pak Long & Mak Long di pusat pemindahan banjir tersebut sama ada pihak kerajaan Negeri ada menjengah mengambil tahu hal mereka di situ. Dengan nada kesal, Pak Long menggeleng kepala memberitahu "tiada langsung"! Menurutnya, ada juga beberapa NGO, pelajar UUM dan UPSI, dan beberapa ahli perniagaan yang datang menghulurkan bantuan. Dan mereka nampaknya gembira dengan pertolongan dari UMNO yang menerajui pusat pemindahan banjir tersebut.

Apa yang mengejutkan Duke ialah nasib mangsa-mangsa di pusat pemindahan banjir di Sek. Men. Keb. Megat Dewa, Kodiang. Dikhabarkan bahawa lebih dari 80% mangsa di situ adalah penyokong tegar PAS. Pusat pemindahan banjir yang dikelolakan UMNO Jerlun itu bagaimana pun tidak menghiraukan langsung sokongan politik oleh mangsa-mangsa banjir berkenaan. UMNO Jerlun sanggup menolong dan berkhidmat kepada mangsa tanpa kompromi, selagi terdaya. Sikap tidak "pilih bulu" oleh UMNO ini Duke puji. Tak payahlah fikirkan hal politik, nasib rakyat lebih penting untuk dibela...

Di Pekan Kodiang pula, banjir dikhabarkan semakin pulih berbanding di Alor Biak. Sebahagian mangsa sudah mula pulang untuk membersihkan rumah masing-masing. Alhamdulillah, semua kebajikan mangsa di situ elok di jaga oleh pihak bertanggungjawab. Siapa yang bertanggungjawab di situ? Duke lihat, terpampang banner yang memaparkan gambar Bro Mukhriz & ADUN Seputih. UMNO jugak...

Apa yang Duke kesali ialah sikap Kerajaan PAS Kedah yang seolah-olah lepas tangan di dalam usaha menangani nasib rakyat Kedah yang ditimpa bencana. Rumah-rumah mereka ditenggelami air, sawah bendang berubah permandangan menjadi "laut", terpaksa pula berpindah ke pusat-pusat pemindahan sementara yang hanya menyediakan keperluan asas yang minimum. Kemanakah perginya Kerajaan PAS Kedah yang selama ini mendabik dada dengan slogan "Kedah Sejahtera"? Di waktu rakyat Kedah menderita sengsara, Kerajaan PAS Kedah hilang entah ke mana...

Duke ada terserempak dengan 2 buah lori yang dihiasi bendera PAS, PKR dan DAP yang Duke kira membawa sedikit bantuan untuk mangsa banjir. Baguslah. Namun, semua itu dari parti politik. Mana dia Kerajaan "Sejahtera Rakyat" PAS??? Oh ya! Ustaz Azizan sebok memikirkan kepada siapa kesalahan banjir ini harus diberikan. Dan mangsanya ialah projek rel keretapi berkembar! MB sedang sebok mencari kesalahan orang, rakyatnya yang terbiar bagaimana pula?

Duke menyimpulkan bahawa kebanyakkan bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir itu adalah dari UMNO dan Kerajaan Pusat. Jabatan Kebajikan Masyarakat, UMNO, NGO, orang perseorangan dan pelajar universiti turut menghulurkan tenaga, masa dan wang ringgit demi membela nasib rakyat yang sedang ditimpa malang. Dan adalah amat malang sekali apabila Kerajaan "Sejahtera Rakyat" PAS Kedah gagal memainkan peranan utama dalam menangani musibah ini. Harap rakyat berfikir sejenak, siapakah yang sebenarnya begitu komited membela nasib mereka. Harap rakyat Kedah semakin "celik" untuk menilai yang mana intan, yang mana kaca.

Harapan Duke, semoga Kerajaan PAS Kedah menjadi lebih bertanggungjawab pada masa akan datang sementara menunggu PRU13. Belalah nasib rakyat sementara BN akan mengambil alih kembali pentadbiran negeri dan menabur jasanya kepada rakyat Kedah. Ternyata PAS Kedah gagal menangani nasib rakyat dengan baik. Mungkin kurang pengalaman dan tak reti memerintah agaknya.

Akhirnya, Duke mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puteri UMNO yang sudi menjemput Duke untuk turut sama melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar Kedah ini. Terima kasih banyak-banyak. Puteri UMNO harus lebih konsisten dan lebih menonjol dalam memberi khidmat masyarakat sebegini. Pemuda UMNO? Lantak depa lah! Depa dah cukup hebat memberi khidmat kepada rakyat hinggakan "batang hidung pun tak nampak"! Syabas Puteri UMNO. Duke diberitahu oleh Pn. Shima bahawa Puteri UMNO Kedah telah pun menggerakkan ahli-ahlinya memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir secara berkumpulan mengikut bahagian terdekat. Apapun, Duke mengucapkan "syabas" juga kepada "Naib Ketua Puteri UMNO Kedah" yang entah dimanakah kelibatnya menghilang (sebok "banjir" di Langkawi kot..bersangka baik je lahhh..)!

PKR & KJ tu sama saja...


Mustafa Kamil Ayob memang tak puas hati! Memang tak puas hati! Dilaporkan bahawa calon Timbalan Presiden PKR ini mendesak agar Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR agar digantung serta merta dan pemilihan PKR ditangguhkan. Dakwaan ini ada senada dengan gesaan Zaid Ibrahim yang juga calon Timbalan Presiden PKR kali ini. Menurut Mustafa, makin banyak bantahan yang dilaporkan terhadap JPP dan pemilihan PKR kali ini berikutan penipuan, penyelewengan, berat sebelah, tidak professional dan macam-macam lagi.

Tu diaaaaa..!!! Pekung PKR dah terbuka lagi dan kali ini cukup busuk! Entah apa kata Saifuddin Nasution. Entah apa pula alasan yang akan diberikannya kali ini. Tempohari, Zaid "Al-Koholik" tak puas hati dan mengamuk sakan dengan JPP dan pemilihan PKR. Kali ini Mustafa Kamil Ayob pulak! Kita tunggu "alasan" Saifuddin yang sememangnya "banyak akal" tu...

Yang pastinya YB Zulkifli Noordin adalah antara orang yang paling puas hati. Apa yang dicanangnya sebelum ini dengan mendakwa bahawa PKR itu penuh dengan pembohongan makin terbukti kesahihannya. Memang benar PKR hanyalah parti penipu dan pembohong. PKR menipu ahlinya sendiri! Kalau sudah ahlinya sendiri pun ditipu, apatah lagi rakyat Malaysia, pasti lebih banyak dijaja penipuannya.

Sebijak-bijak DAP pun dapat ditipu dan dijinakkan Anwar Ibrahim. Puak-puak PAS yang kononnya "lebih Islam dari yang lain" itu pun dapat diperkudakannya. Apatah lagi ahlinya sendiri. Tidak hairanlah sudah berlori-lori mangsa penipuan PKR ini keluar parti dan bernaung dibawah payung UMNO! Mereka-mereka itu sudah sedar, yang masih "buta" di dalam PKR tu entah bila pula nak sedar? Nasib hangpalah "kena jual hidup-hidup" dengan Anwar Ibrahim tu...

KJ dilaporkan semalam berkata bahawa "hilang keyakinan merupakan punca ahli PKR masuk UMNO". Ya YB, memang benar. Memang ahli PKR kebanyakkannya sudah hilang keyakinan terhadap PKR bagi membela nasib mereka. Ahli PKR sudah tidak yakin dengan PKR dan mereka lebih yakin dengan kebangkitan UMNO yang mengalami perubahan drastik yang lebih hebat. UMNO kini lebih pilihan untuk menjadi harapan dan sandaran rakyat berbanding PKR.

Tapi KJ kena ingat jugak. Ramai ahli Pemuda UMNO dan belia Melayu yang masuk PERKASA tu adalah kerana "hilang kepercayaan" kepada Pergerakan Pemuda UMNO jugak! Kes yang sama dengan "ahli PKR masuk UMNO", cuma dalam "chapter" yang berlainan. Pemuda UMNO hampir hancur, hilang "taring" dan mirip "pondan" sejak berketuakan KJ sendiri. Jadi, jangan marahlah jika orang Melayu muda lebih memilih PERKASA berbanding Pemuda UMNO yang berketuakan KJ. KJ haruslah menerima hakikat bahawa "hilang keyakinan merupakan punca ahli Pemuda UMNO dan golongan Melayu muda masuk PERKASA" pulak!

p/s: Duke cabar KJ pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang!

Tuesday, November 2, 2010

Duke bantah gesaan Ust. Asri...


Jarang-jarang sekali kita mendengar Ustaz Asri mencampuri hal ehwal politik. Ada sekali sekala bekas Mufti Perlis ini menyuarakan tentang dasar dan perlaksanaan negara. Kritikannya agak pedas, namun kadang-kadang masih boleh dipertikaikan. Maklumlah, beliau merupakan ahli agama dan bukan seorang ahli politik. Namun, kenyataannya meminta agar Anwar Ibrahim pencen saja dari arena politik negara mendapat perhatian dan liputan dari pihak media utama negara.

Ustaz Asri menulis...
"Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar".

Perlukah Ustaz Asri berbicara soal politik? Mengapakah bekas Mufti ini meminta agar Anwar Ibrahim bersara? Bukankah lebih molek jika Ustaz Asri meminta Nik Aziz saja yang bersara? Mengapa hanya sekarang Ustaz Asri meminta Anwar Ibrahim "pencen"?

Ustaz,
Usahlah Ustaz berbicara soal politik. Kelak, Ustaz juga yang akan dibenci, dikutuk, dimaki hamun, dikeji dan dicarut oleh pihak pembangkang. Ustaz ingat kepada nasib Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak, yang teruk di"belasah" pihak pembangkang hanya kerana berkatakan sesuatu yang haq? Mahukah Ustaz menerima nasib sepertinya? Tan Sri Harussani juga tidak punya sebarang kepentingan, namun oleh kerana kebenaran yang disuarakannya, Tan Sri Harussani dilabel sebagai Mufti UMNO dan di"cap" dengan perkataan-perkataan yang tidak molek didengar. Lainlah jika Ustaz bersedia untuk menerima semua itu dengan hati yang terbuka.

Ustaz,
Selagi Anwar tidak menjadi PM, maka "agen Yahudi" itu tidak akan bersara. Anwar belum puas menjadi "sesumpah" untuk terus menabur fitnah dan membohongi rakyat negara ini. Anwar belum puas selagi dia tidak berjaya memperbodohkan rakyat Malaysia, khususnya bangsa Cina, Melayu dan India. Lagipun, Anwar belum puas lagi bertukar ganti "coffee boy", biarlah dia jumpa yang "serasi" dan "yang tak repot polis" dulu. Lepas semua tu berlaku, insyaAllah dia akan "pencen" sendiri tanpa perlu diberitahu. Dari itu, biarlah Anwar terus berpolitik...

Ustaz,
Jangan dihalang demokrasi di negara ini. Ustaz mengakui UMNO sedang di dalam proses tranformasi menerusi anjakan perubahan yang ketara. UMNO semakin relevan di mata rakyat. Ustaz meminta agar pihak pembangkang khususnya PKR agar "berubah". Apakah Ustaz fikir pengikut-pengikut Anwar ini akan berubah? Untuk pengetahuan Ustaz, mereka cukup taksub dengan Anwar. Bukan senang nak dapatkan seorang politikus mahir seperti Anwar. Anwar cukup dengan ciri-ciri istimewa seperti berpidato "ala-ala hikayat seribu satu malam" dengan ciri mithos yang cukup mengasyikkan. Fitnahnya begitu realistik bagaikan "suara Dajjal laknatullah". Hubungan baiknya dengan Yahudi bagaikan isi dengan kuku. Cukup payah hendak mencari ketua pemgbangkang yang ber"lidah biawak" sepertinya. Yang paling susah nak cari, Anwar begitu gemar "main belakang", itulah yang paling istimewa!

Ustaz,
Oleh itu, janganlah dihalang Anwar berpolitik sehingga mati. Dengan umur yang masih muda remaja itu, Anwar masih boleh menjadi "badut" politik negara yang baik. Selain itu, kita juga dapat menilai tahap pemikiran rakyat Malaysia sama ada mereka bijak menilai atau tidak. Jika mereka suka dengan Yahudi, duit rasuah, fitnah, biawak dan "lubang kunyit", maka tentulah mereka dengan bijaknya akan memilih "Anvar Abrahiem" itu. Namun jika rakyat bijak berfikiran waras dan rasional, tentunya mereka tidak akan terjebak dengan "kata-kata manis beralas racun" dari "si kitul" Tanah Melayu alaf baru itu. Biarlah Anwar terus berpolitik...

Ustaz,
Dari Ustaz terus meminta Anwar bersara, lebih baik Ustaz minta Nik Aziz saja yang pencen. Dia dah tua. Huru-hara aqidah umat Islam di Malaysia kerana fatwanya. Barangkali dia sudah nyanyuk. Dulu Nik Aziz suruh Tun M bersara sebab sudah lama memerintah & sudah tua. Namun nampaknya Nik Aziz sendiri cakap tak serupa bikin. Tun M sudah lama bersara, namun Nik Aziz masih lagi "gila jawatan" dan "gila kuasa". Hatta Presiden & Timbalan Presiden pun diaibkannya. Perpaduan umat Islam pun ditentangnya? Pelik benar "nyanyuk" Nik Aziz ini. Makin berat "sakit"nya. Eloklah Ustaz berjumpa dengannya secara peribadi dan nasihatkan Nik Aziz. Namun Duke sarankan agar Ustaz hati-hati dengan Nik Aziz. Nik Aziz "maqsum" dan "halal"kan maki hamun. Risau juga kalau-kalau Ustaz nanti dicarutnya!

Ustaz,
Saya harap Ustaz tak kecil hati dengan tulisan saya ini. Saya bantah Ustaz adalah demi "kebaikan" Ustaz, demi melindungi Ustaz dari kena maki hamun. UMNO dan Tan Sri Harussani dah puas kena maki hamun, takkanlah Ustaz pun nak terima nasib yang sama juga? Biarlah Anwar tu, Ustaz. Penat menyalak nanti, diamlah dia. Lagipun rakyat kini semakin "celik" dengan identiti sebenar Anwar Ibrahim itu. Ramai yang sudah hilang kepercayaan padanya. Penipu besar "mamat tu", Ustaz. Liciknya dia, hatta Tun M pun tertipu, apatah lagi rakyat yang berjuta-juta ini. Semoga kita terhindar dari "fitnah Dajjal" seperti Anwar Ibrahim ini. Ayuhlah kita ramai-ramai membaca surah Al-Kahfi...InsyaAllah!

Jangan desak Anwar bersara. Biarkan dia terus begitu. Kita akan lawan dia habis-habisan. Lawan tetap lawan! "Reformasi" sudah basi, yang tinggal kini hanyalah "penetrasi"!!! Jangan fikir kami takut dengan Anwar. Biarlah dia bersara sendiri dan mati dalam kehinaan kerana mengkhianati Islam, Melayu dan Tanah Melayu! Aku minta agar kuburnya kelak diletakkan jauh dari bumi Tanah Melayu ini! Allahuakbar!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!