Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    52 minutes ago

Tuesday, December 29, 2009

Bila "Khalifah" Guan Eng menjadi "Ahlil Nujum"...


Dilaporkan bahawa "Khalifah" Guan Eng "Abdul Aziz" telah membuat dakwaan berbau hasutan berkenaan kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor. Guan Eng menuduh "Toeh Beng Hock mati dibunuh". Atas dakwaan itu juga, satu kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dibawah akta hasutan.

Apakah niat Guan Eng disebalik tuduhnnya itu? Benarkah tuduhan Guan Eng? Apakah Guan Eng yakin dengan tuduhannya itu? Apakah Guan Eng berada dikawasan kejadian ketika insiden ini berlaku? Apakah Guan Eng melihat dengan "mata kepala"nya sendiri? Apakah Guan Eng sendiri pasti bahawa mendiang Teoh Beng Hock dibunuh dan tidak membunuh diri sendiri?

Sehingga kini, tiada siapa pun yang pasti atau tahu tentang bagaimana cara kematian Teoh Beng Hock. Hatta badan inkues kes ini juga belum "bersuara", malah Mahkamah sendiri masih belum "menjatuhkan hukum". Siapakah Guan Eng untuk terus melakukan tuduhan? Apakah dia seorang "ahli nujum" untuk membuat hukum sendiri?

Selama ini Guan Eng dan beberapa individu pihak pembangkang sering "menyalak" meyalahkan pihak SPRM dan kerajaan berkenaan kes ini. Mereka mendesak agar penyiasatan secara menyeluruh dan ditubuhkan badan inkues untuk menyuluh kebenaran. Namun belum apa-apa lagi, Guan Eng mendakwa Teoh Beng Hock dibunuh? Guan Eng tahukah siapa yang membunuh Teoh Beng Hock? Kalau Guan Eng tahu, saya cabar dia untuk membuat laporan polis dan membantu penyiasatan.

Hasutan dari seroang cina yang "rasis" seperti Guan Eng ini sangat merbahaya kepada perpaduan kaum di negara kita. Guan Eng dan konco-konconya begitu terkenal dengan sifat "rasis" yang memperjuangkan hak-hak kaum Cina yang bertentangan dengan sosial kontrak dan perlembagaan negara. Pastinya isu ini begitu mudah dimanipulasi dan boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Saya memuji pihak PDRM membuka kertas siasatan terhadap hasutan jahat "Khalifah" yang diagung-agungkan PAS ini. Malah pada pendapat saya, Guan Eng harus dikenakan tindakan reman untuk membantu siasatan memandangkan dia tahu "Teoh Beng Hock dibunuh", maka sudah pastilah dia juga "tahu siapa yang membunuh". Pastinya dia boleh mengemukakan nama pembunuh tersebut bersama-sama bukti yang kukuh yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana Mahkamah. "Beyond reasonable doubt"!

Tapi, sekiranya Guan Eng "gagal", SILA LETAK JAWATAN! Kerana rakyat tidak rela ber"Ketu Menteri"kan seorang "khalifah rasis" yang suka menabur fitnah dan membuat kacau bersama hasutan busuk yang berbau bangkai seperti anak Lim Kit Siang ini!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!