Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, December 22, 2009

Mengapa Kontrak Sosial Dipertikaikan?


"Mereka duduk semeja berbincang bagi menuntut kemerdekaan. Perbincangan ini mewujudkan peruntukan perlembagaan yang menjamin kedudukan Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan Hak Istemewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang dikenali sebagai SOSIAL KONTRAK. Kontrak Sosial ini merupakan suatu PENGORBANAN BESAR ORANG-ORANG MELAYU kepada kaum-kaum lain. Oleh itu TIDAK WAJAR KONTRAK INI DIPERTIKAI, DISEMAK SEMULA ATAU DIUBAH kerana ia adalah asas pembentukan Malaysia." - Sultan Kedah, DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'azzam Syah.

Pernahkah sesiapa mendengar atau terbaca titah DYMM Sultan Kedah merangkap Timbalan Yang Di Pertuan Agong ini? Atau sengaja di"pekak tuli"kan telinga dan di"buta"kan mata untuk melihat kebenaran titah ini?

Sesungguhnya dewasa ini "kontrak sosial" yang sekian lama terbina telah dipertikai dan dipersoalkan oleh kaum bukan Melayu Bumiputera. Sikap biadap dan kurang ajar oleh mereka-mereka yang mempertikaikan hak-hak keistimewaan, dan mendesak untuk turut sama diberikan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera ini kian melampau sejak kebelakangan ini.

Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku? Salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada sikap kurang ajar ini ialah apabila wujudnya segelintir orang Melayu spesis "si Kitul" yang mengkhianati bangsanya sendiri demi merebut kuasa politik di Malaysia. Pengkhianat yang berbangsa Melayu dan mengkhianati bangsanya sendiri ini tidak segan silu untuk menyeru kepada kaum bukan Bumiputera untuk terus mendesak dan meminta-minta kepada pihak kerajaan untuk memiliki hak-hak keistimewaan yang sama sebagaimana yang dinikmati oleh kaum pribumi negara ini. Sedangkan "penjahat" ini tahu bahawa hak-hak keistimewaan ini tidak sepatutnya diminta-minta oleh kaum bukan Bumiputera kerana ianya terkandung di dalam "sosial kontrak" ketika pembentukan Malaysia yang telah dipersetujui bersama.

"Teruskan minta! Dan minta lagi!", itulah yang dilaungkan oleh Pengkhianat Anwar ketika berceramah di Permatang Pasir. Masih jelas kedengaran suara Pengkhianat Bangsa ini ditelinga, menghasut rakyat untuk meminta-minta kepada Kerajaan sedangkan dia tahu bahawa semua ini adalah bersalahan dengan kandungan "sosial kontrak" dan perlembagaan negara. Kerana "manusia durjana" inilah, maka kaum-kaum lain berkobar-kobar untuk menjadi "kurang ajar" dan "biadap" untuk meminta-minta apa yang tidak sepatutnya menjadi milik mereka.

Sedarilah wahai bangsa Melayuku! "Permainan" politik ini semakin meruncing dan semakin "seronok" dimainkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Sifat mereka yang suka menghasut rakyat yang "naif" semakin menjadi-jadi. Kita tidak boleh menyalahkan rakyat kerana rakyat mungkin "termakan" dengan hasutan jahat mereka. Namun, kita boleh memilih untuk memaklumkan muslihat jahat pihak Pakatan Rakyat yang cuba untuk "mengabui" hati rakyat. Rakyat tidak salah, Pakatan Rakyat yang berniat busuk dan jahat! Rakyat tidak "buta", namun kita yang tidak memberikan penjelasan sewajarnya tentang hakikat perlembagaan dan sosial kontrak sehingga rakyat tertipu dengan dakyah palsu Pakatan Rakyat!

Kini, kita sudah mula dihidangkan dengan sikap kurang ajar pihak Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Mereka sudah berjaya "memperkudakan" PAS sehingga Nizar berani memohon derhaka kepada DYMM Sultan Perak dan membuat onar di Dewan Rakyat. Mereka sudah tidak hormat kepada undang-undang dan perlembagaan sehingga sanggup menipu dan bermain emosi dengan rakyat apabila "bersidang dibawah pokok". Mereka menpertikaikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Malaysia apabila cuba "menduakan" bahasa Melayu apabila mencadangkan Bahasa Inggeris turut sama diberikan status sebagai Bahasa Rasmi. Mereka kini sudah berani "memijak kepala" orang Melayu. Mereka kini sudah berani menyeru untuk memusnahkan Ketuanan Melayu di tanah berdaulat ini. Mereka sudah berani untuk terang-terangan memberitahu rakyat Tanah Melayu untuk mengharamkan "silat Melayu" di Tanah Melayu ini sendiri! Kurang ajar!!!

Cuba fikir dan bayangkan. Apa akan berlaku jika kita bermastautin di Tanah Besar China dan berkelakuan sebagaimana mereka disini. Bagaimana jika kita mempersendakan perlembagaan Negara China? Bagaimana jika kita membuat onar didalam persidangan pemimpin-pemimpin Tanah Besar China? Bagaimana jika kita "mohon derhaka" kepada Maharaja China yang mereka sanjungi? Bagaimana pula jika memerintah Beijing dan tanpa segan silu memberitahu rakyat bahawa kita beragenda untuk mengharamkan Kung Fu dan semua seni mempertahankan diri kaum pribumi di Tanah Besar China? Pastinya selepas itu kita bakal dikerat 18!!!

Sedihnya, Melayu PKR dan Melayu PAS, malah Melayu DAP tidak sedar-sedar akan hakikat ini. Mereka terawang-awang apabila dipuji dan dibodek oleh segelintir bangsa Cina yang "racist" ini. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menggadaikan Islam, bangsa mereka sendiri dan tanahair mereka sendiri. Mereka bakal "dijual hidup-hidup"! Kononnya mereka dianiaya pihak kerajaan, namun mereka tidak sedar bahawa mereka menganiayai diri mereka sendiri. Bodoh bukan kepalang mereka ini. Kita cuba betulkan cara pemikiran mereka, tapi ditempelaknya pula kita? Sombong pula! Paling kasihan ialah kepada mereka-mereka yang diperalatkan sehingga ada "tok-tok lebai" yang sanggup tidur atas jalan semata-mata kerana perjuangan emosi yang telah dipermainkan.

Sedarlah umat Islam Melayu di Malaysia. Kontrak Sosial yang tercipta demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu kini semakin terancam. Institusi Raja-Raja Melayu semakin dipandang remeh oleh Pakatan Rakyat sedangkan Raja-Raja dan Sultan-Sultan itulah "payung negara". Islam semakin diperkecilkan dengan permintaan yang menyamai hak-hak keutamaan kedudukan Islam sebagaimana termaktub didala perlembagaan negara. Malah Tanah Melayu ini bagaikan "tanah mak bapak mereka"! Bangkitlah! Celiklah! Berubahlah! Agar kita bangsa Melayu tidak lagi dipersenda dan diperolokkan oleh pertualang bangsa seperti Si Kitul zaman moden dan segelintir bangsa bukan Bumiputera yang biadap, kurang ajar dan sememangnya berniat busuk dan jahat!

Wallahu'alam.

Sunday, December 20, 2009

"Cuit Sikit" UMNO Kedah...


1. Saya ingin meluahkan penghargaan kepada semua yang hadir pada PERTEMUAN BLOGGERS UTARA KALI KE-2, yang telah diadakan baru-baru ini di Alor Setar. Pelbagai agenda, persetujuan, prinsip perjuangan, buah fikiran, perbincangan isu-isu semasa, "tembak menembak", dan perbincangan yang hangat telah menjayakan pertemuan kali ini yang berakhir pada hampir jam 2.00 pagi! Apa-apa pun...terima kasih atas kehadiran dan sokongan padu terhadap pergerakan Bloggers Utara kali ini. Jazakumullah khairan kathira khairal jaza'...

Ni saya nak "cuit sikit" UMNO Kedah sikit ni...harap jangan cepat "melatah" noooo...maafkan saya kalau terkasaq bahasa...

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk "cuit sedikit" pihak UMNO Kedah. Wahai pemimpin-pemimpinku yang "budiman", sila naikkan "bendera UMNO" di Bangunan UMNO Kedah tu. Punya la besaq bangunan tu, takkan bendera UMNO pun hangpa tak mampu nak "kibaq"? Cuba berikan 3 alasan, pasai apa hangpa tak boleh "bubuh" bendera UMNO kat Bangunan milik UMNO tu???

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menegur pihak Wanita UMNO...dengaq katanya, Pemimpin2 Wanita UMNO pun agak "slow" sikit kat Kedah. Jarang "turun padang", katanya. Betoi ka lagu tu? Mintak-mintak tu tak betoi laaa...Tapi, kalau betoi la "kurang" turun padang, kena la berubah. Depa kata, "Cik Puan, Dato', Datin" ni lebih rajin dok kat Kuala Lumpur berbanding di Kedah, maklumlah "business" banyak.."security"lah, itulah inilah...mintak tumpulah sikit kat "grass root" ni. Kesian la sikit kat mak long, mak ngah, mak teh & mak cik nunnn...Jangan la dok rasa kita BN ni masih dok pegang "kuasa" lagi...kita dah jadi "pembangkang" dah kat Kedah...so, mintak la untuk "double" your effort...kita kena jadi "juara rakyat", bukan "juara UMNO" jaaa...dok gitu? hehehhe...

4. Saya juga nak "cuit sikit" Pemuda UMNO Kedah. Apa yang saya tahu, Pemuda Kedah masih "tergapai-gapai mencari pegangan". Mentaliti masih lagi di"takok lama". Bila kena tegoq sikit, terus "melatah-latah" bukak pekung didada..nampak sangat apa yang ditegur tu tepat kena "batang idung sendiri"! Relax la brooo...takkan tak boleh tegoq kot? Islam kan menggalakkan saling tegur menegur...Bro..sekarang ni kena kerja "double" untuk survival Islam, Melayu dan Tanah Melayu! Itu pun kalau hangpa ada "guts" demi "Alif, Ba, Ta" laaa...kalau dok setakat dok "gila jawatan", "gila nama", "gila duit"...tak kemana la hangpa...UMNO tak salah, Pemuda yang salah! Saya mengingatkan diri saya sendiri dan tuan-tuan budiman semua agar ber"hijrah" sebagaimana Pemuda UMNO di zaman Jaafar Albar dan Dato' Harun dulu...itu pun kalau kenal erti "perjuangan" laaa...politik zaman sekarang ni kalau nak duit banyak, bukan dekat UMNO lagi dah...kalau nak duit banyak, joinlah PKR...hehehe..tak caya? tanya Saiful Bukhari atau Ezam...heheheh...mungkin depa mampu jawab..

5. Kepada adik-adik Puteri...sebelum ni, saya ada dengaq pasai team "lama" dan team "baru"..tapi bila saya dan kawan-kawan selidik punya selidik...rupanya "sentimen" tu hanyalah PERSEPSI dari golongan "berkepentingan" sahaja. Kami dapati tiada masalah dari kerjasama sesama Puteri UMNO Kedah. Lama atau baru, depa saja. "Yang diatas" tu dah okay dahhh...cuma "yang dibawah" saja yang "kalut lebih"...seronok "buat cerita"...dan paling di"suspect" ialah tentang "gunting dalam lipatan" yang ada dalam Puteri UMNO Kedah...mentang-mentanglah Ketua Puteri Kedah tu "baru" dilantik & baru nak mula set up mind set "perang", "si Gunting" tu dah mula nak "kerat" Ketua dia pulak dah...yang "tak best" tu...dah la "jadi gunting, cuba pulak dipanjangkan kat Puteri Pusat"? Haru la lagu ni..harap-harap Ketua Puteri Kedah dan G5 yang lain "alert" pasai ni...paham-paham la noooo...hehehhe...

6. Bagi saya, UMNO Kedah masih lagi baru nak masuk "gear 1". UMNO Perak dan UMNO Selangor dah masuk "gear 5" + "turbo" dahhhh...kita ni bila lagi? Jangan la dok sebok "tikam" Tok Bashah dari belakang...dia tak mintak pun jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan...Pusat yang lantik. Kalau berani, pi la komplen kat Dato' Seri Najib! Bagi saya, belum tentu Tok Bashah akan jadi MB kalau BN menang nanti...itu pun kalau BN menang. Kalau kalah? Langsung tak jadi apa-apa pun! Ataupun hangpa ni ada kepentingan peribadi lagi kot? Errr...tak malu ka BN jatuh kat Kedah semasa "kuasa negeri" tu ditangan hangpa? Tan Sri Sanusi dulu sanggup letak jawatan MB walaupun Kedah menang 2/3 majoriti. Tapi yang "depa" tu, dah la kalah masa Kedah kat "tangan depa", itu pun tak reti-reti nak "malu"? Mana "dignity" hangpa? Bukan la nak kata...cuma paham-paham laaa..mungkin "time" hangpa dah "expired" bagi la kepada pemimpin BN yang lebih layak...kan elok...itu semua demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu (UMNO)..bukan untuk diri sendiri...sendiri mau fikir la Boss...

Harap jangan marah nooo...teguran ni ikhlas...mungkin tak semua yang saya kata ni hangpa semua "puas hati"...mungkin ada yang marah...tapi inilah diantara "post mortem" yang kami sempat buat ala2 bloggers akar umbi peringkat kampungan...mungkin boleh dipakai teguran ini, mungkin boleh di"tong sampah"kan...rasanya UMNO Kedah memiliki "blogger peringkat nasional" yang lebih bijak dan lebih baik dari kami...maka rujuklah padanya...akhir kata...saya mintak maaflah kalau ada terkasaq bahasa atau tersinggung dengan entry kali ni...tapi...saya ikhlas menegur...tengkiu!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!