Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 16, 2009

Jatuhkan Ketuanan Melayu! - "Khalifah" Guan Eng



Lihatlah sendiri. Betapa tidak sedar dirinya Lim Guan Eng. "Khalifah" pujaan hati PAS. Seorang Menteri Besar Pulau Pinang yang diberikan mandat oleh rakyat Pulau Pinang, bermotif untuk menukar negeri itu menjadi Hong Kong. Pulau Pinang akan menjadi Hong Kong? Sebuah negeri tanah tumpah milik orang Cina? Cuba bayangkan niat "Khalifah" Guan Eng. Betapa khianatnya dia kepada tanahair...

Cuba lihat betapa busuknya hati Lim Guan Eng. "Jatuhkan ketuanan Melayu UMNO demi Perpaduan Rakyat". Bayangkan! Cuba bayangkan jika kita merantau ke Negara China. Hidup di sana puluhan tahun. Dan kita membuat kenyataan "jatuhkan ketuanan bangsa Cina demi perpaduan rakyat!". Cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada kita. Pastinya hidup kita di Tanah Besar China itu tidak selamat lagi. Pastinya kita akan dihalau diusir menaiki "tongkang" balik negara Melayu nusantara. Malah dikhabarkan juga bahawa Seni Silat Melayu juga akan diharamkan oleh Guan Eng di Pulau Pinang???

Namun, Lim Guan Eng masih lagi "selamat" di Malaysia. Lim Guan Eng masih sihat dan mampu hidup selesa di Tanah Melayu ini. Malah dia dilantik menjadi Menteri Besar di Pulau Pinang, walaupun hatinya itu "busuk" bak bau bangkai! Lim Guan Eng masih bebas berjalan ke mana yang dia suka. Hidup bebas sambil menghina "tuan tanah", tempat dia merempat mencari rezeki!

Lihatlah betapa pemimpin DAP ini melampau! Lihatlah betapa Guan Eng cuba membuat Pulau Pinang bagai "hak milik mak bapaknya"! Suka-suka hati mahu menukar wajah Pulau Pinang menjadi negeri "asal"nya. Jika mahu begitu, saya sarankan agar Guan Eng berhijrah kembali ke negara asal nenek moyangnya. Ini "tanah melayu"! Bukan negeri asal "tok nenek" Guan Eng!

Guan Eng! Jangan cuba "menjolok sarang tebuan", celaka badan kelak. Jangan ingat bangsa Melayu akan duduk diam tersenyum melayan kerenah kamu yang melampaui batas. Ingatlah bumi yang kamu pijak itu asalnya dipanggil "Kepulauan Tanah Melayu" dan bukan "Tanah Besar China"! Kami bangsa Melayu selama ini banyak bertoleransi dengan kaum-kaum lain untuk bermastautin dan mencari rezeki untuk hidup, berkongsi di tanah asal kami. Kami berjaya menyemai rasa saling hormat menghormati sesama kaum dan hidup aman damai walaupun berbilang kaum. Kenapa pula kamu cuba mencurah "api perkauman" di Malaysia???

Jangan disentuh lagi "kontrak sosial". Jika tidak, kamu bakal hancur di bumi "yang bukan asalnya" milik kamu. Jangan kamu hancurkan keharmonian kaum yang selama ini dijaga rapi. Jangan hancurkan kesefahaman kaum di Malaysia. Jangan cuba mengimbau sentimen "13 Mei". Ingatlah pepatah Melayu, "dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung"! Walaupun kamu berbangsa Cina, kamu harus memahami pepatah tersebut. Dan satu lagi pesanan saya, perkataan "Amok" berasal dari bahasa Melayu!

Monday, December 14, 2009

Jangan "sentuh" Nik Aziz! - Anwar.


Setelah melihat popularitinya yang jatuh merudum ke bawah, Anwar Ibrahim berhadapan tekanan demi tekanan. Tambahan pula dia bakal berdepan dengan "court trial" bersabit ke liwat fasa ke-2 pada dalam masa yang terdekat, hatinya gundah gulana. Dari itu, Anwar telah cuba memasang strategi untuk meraih sokongan dan populariti dari rakyat demi meneruskan survival "busuk dan khianat"nya pada Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair.

Semalam, Anwar dilaporkan telah berucap di Kulim, Kedah. Dalam ceramah "retorik"nya itu, Anwar menyatakan bahawa dia dan beratus-ratus ribu rakyat akan membela Nik Aziz sekiranya Tok Guru PAS itu di"sentuh". "Sayang" sungguh Anwar pada Nik Aziz? "Sayang" ada makna ke tu? Selama ini, Nik Aziz telah "teruk" di"sentuh" oleh media dan pemimpin-pemimpin BN, dimanakah "suara pembelaan" dari Anwar untuk Nik Aziz? Baru sekarang Anwar mahu membela Mursyidul Am PAS tersebut? Walaupun begitu, dipercayai "kembang kempis" hidung Nik Aziz berikutan "pembelaan" Anwar terhadapnya.

Sedar tak sedar, Nik Aziz tidak sedar akan "kelicikan" Anwar dalam "pembelaan"nya. Mungkin Nik Aziz tidak sedar bahawa kenyataan Anwar itu adalah untuk kepentingan diri Anwar sendiri. Pastinya Anwar sedar bahawa hanya 15-20 orang sahaja yang menyertai tunjuk perasaan secara aman memberikan sokongan moral kepadanya menjelan kes liwat oleh AMK di kubu kuatnya. Hanya beberapa "kerat" manusia "tegar" sahaja yang mengiringi Anwar menghadiri sesi mahkamah. Pastinya Anwar gusar sekiranya tiada angka ratusan ribu yang mengiringinya menghadapi sidang mahkamah bersama Saiful Bukhari.

Memandangkan begitu, Anwar cuba untuk "mencuri" penyokong tegar Nik Aziz. Puak-puak PAS pastinya sanggup keluar "tidur atas jalanraya" membelanya diatas timbal balik kenyataannya "membela Nik Aziz dari segala serangan". Nik Aziz pula tentu akan mengeluarkan "fatwa-fatwa"nya untuk membela Anwar sebagai mem"balas budi" Anwar yang "konon-konon" bermatian membelanya. Dalam kata mudah, Nik Aziz dan penyokong-penyokong PAS pastinya akan membela Anwar pada hari perbicaraannya kelak.

Anwar gusar. Apakah senario yang bakal dihadapi pada hari perbicaraannya nanti. Apakah akan hadir ratusan ribu penyokong-penyokong yang di"perbodoh"kannya sebagaimana perbicaraannya pada tahun 1997-1998? Apakah dia harus "melebamkan biji mata"nya lagi? Apakah dia harus bersedia dengan "pembalut leher" lagi? Anggota badan yang mana patut di"balut"nya nanti? Kalau dahulu, dia mendakwa kerajaan menyuntik "arsenik" dan "virus AIDS", apakah kini dia patut menyabitkan virus H1N1 pula? Diplomasinya dengan Dato' Seri Najib tidak dilayan. Dia sedar, DNAnya mungkin telah dapat dikesan oleh pakar CSI US yang paling handal. Mungkin dia sedar bahawa "Kedutaan Turki" telah mengamalkan "dasar tutup pintu" terhadapnya. Mahu tak mahu, terpaksalah dia "mencuri" puak-puak PAS beralaskan "pembelaan terhadap Nik Aziz".

Begitulah "desperado"nya Anwar. Ketika dipuncak, nama Nik Aziz pun tidak mahu disebutnya. Nama Soros, Rice, Wolfowitz dan rakan-rakan yahudinya lebih penting berbanding nama Tok Guru PAS tersebut. Akhirnya, Anwar terpaksa melaksanakan "reverse phsychology" untuk menunjukkan bahawa dia masih "relevan". Namun, Anwar tidak sedar bahawa strateginya itu juga menunjukkan bahawa dia dijangkiti virus "denial sindrom". Anwar tidak mahu menerima hakikat bahawa dia tidak lagi relevan kepada rakyat dan rakyat sudah "celik" dan "menyampah" kepada dirinya. Anwar sudah "kantoi" berkali-kali! Apakah rakyat sudi "bersama"nya lagi? Mana Ezam & Chandra Muzaffar?

Sunday, December 13, 2009

"Sesumpah" Ajar Azizan Razak!


Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah ke Alor Setar, Kedah. Di dalam lawatannya ini, Anwar sempat "mengajar" Ust. Azizan tentang cara dan kaedah mentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Menurut "sifu" Ust. Azizan itu, Ust. Azizan hendaklah meninggalkan cara pendekatan BN kepada rakyat sebelum ini dan "mengarahkan" Ust. Azizan untuk mendekati rakyat secara terus dengan cara mendengar, memahami masalah rakyat dan melibatkan rakyat dengan projek-projek pembangunan di Kedah.

Anwar cuba mengajar Ust. Azizan di Kedah? Apakah Anwar tidak tahu bahawa Ust. Azizan mempunyai "cara yang tersendiri" untuk menguruskan Kedah? Apakah Anwar tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Azizan Razak yang agak "kurang" mengendahkan wakil PKR dalam pengurusan pentadbiran negeri? Apakah Anwar kurang senang dengan Azizan di Kedah berbanding MB-MB yang menguruskan pentadbiran negeri lain di bawah Pakatan Rakyat? Apakah Anwar cuba "mengajar" Ust. Azizan mentadbir negeri dan mengikut cara pentadbiran PKR di Selangor?

Anwar nampaknya sudah lupa diri. Anwar sepatutnya sedar bahawa tiada satu pun projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan Razak. Kalau ada pun, projek tersebut adalah projek kesinambungan projek-projek BN yang tidak sempat dilaksanakan seperti projek Penapisan Minyak di Yan dan projek pembasmian masalah sampah di Alor Setar. Selain itu, PAS hanyalah meneruskan projek-projek sedia ada di Kedah seperti projek balak dan sebagainya. Hakikatnya, tiada projek pembangunan dilaksanakan dibawah pentadbiran negeri Kedah. Jadi, bagaimana pula mahu melibatkan rakyat dengan projek pembangunan jika tiada projek dilaksanakan?

Siapa Anwar untuk "mengajar" Azizan Razak mentadbir? Seorang yang digelar "SESUMPAH" oleh rakan baiknya yang selama ini membela dan memberikan "fund" ini mahu "mengajar" Azizan Razak? Mana projek & pelaburan RM2 billion yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang ketika berkempen PRU12? Setelah Pulau Pinang berjaya di"jajah" oleh "Pembohong Rakyat", RM2 billion itu hilang entah ke mana? Dan kini Anwar mahu mengajar Azizan Razak pula?

Anwar memang suka mengajar MB-MB mentadbir negeri Pakatan Rakyat. Di Selangor, Anwar berjaya menjadi Penasihat Ekonomi, walaupun dia hampir menggadaikan ekonomi Malaysia kepada barat melalui IMF. Di Pulau Pinang, Anwar gagal membawa pelaburan lumayan yang dijanjikan dan Kg. Buah Pala "lenyap" dilenyek jentera berat hasil "buah tangan" Pakatan Rakyat". Di"tipu" dan di"perbodoh-bodoh"kan pula Pakatan Rakyat Perak sehingga hilang kuasa dan meroyan sehingga sanggup bersidang dibawah pokok. Di Kelantan, erdogannya begitu licik "membenam" Nik Aziz dan PAS sehingga porak peranda pentadbiran PAS Kelantan. Dan kini, Anwar cuba pula "mengajar" Azizan Razak di Kedah?

Anwar tidak akan berhenti mengacau semua negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat ini selagi mereka tidak mengikut kehendaknya. Bagaikan Yahudi yang tidak akan redha selagi umat Islam tidak mengikut telunjuk mereka, maka begitulah cara Anwar yang begitu "sinonim" dengan Yahudi. Baginya, dia adalah ketua Pakatan Rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat sendiri adalah satu Pakatan Politik Haram yang belum didaftarkan. Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak wujud dan Anwar hanyalah Ketua Pembangkang di Parlimen. Ianya tidaklah berstatus sebagaimana Barisan Nasional. Cuma, baru-baru ini sahaja baru nak didaftarkan, itupun selepas di"malu"kan dengan status "Pakatan Haram". Lagak Anwar ini bagaikan "syok sendiri" menobatkan dirinya sebagai Ketua yang memberikan arahan kepada "anak buah"nya.

Saya berpendapat, Azizan Razak secara peribadinya pasti "terasa" dengan tindakan Anwar cuba "mengajar"nya ini. Sebelum ini Azizan Razak pernah "menempelak" Mursyidul Am PAS yang cuba mengajarnya menguruskan balak di Kedah. Takkan Azizan "tidak berani" "tempelak" Anwar pula? Mungkin didepan media dan rakyat, Azizan boleh senyum. Namun dalam hatinya siapa yang tahu? Melalui sumber dalaman, Azizan sendiri selalu merungut di"belakang" tentang karenah Anwar ini. Dikhabarkan juga, Azizan sendiri kurang senang dengan Anwar, DAP dan PKR. Tak tahulah kenapa. Mungkin kerana Azizan sedar siapa mereka itu. Namun apakan daya, Azizan terpaksa "menurut" kehendak PAS yang "suka menghulurkan leher" kepada Anwar dan DAP untuk di"korban"kan!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!