Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, December 12, 2009

BTN VS. DAP: Cintakah PR Pada Tanah Melayu?


Besar sungguh kesan BTN kepada pemimpin-pemimpin politik dan rakyat Malaysia. Dari mantan Perdana Menteri, Perdana Menteri, Menteri-Menteri, pemimpin pembangkang, pemimpin-pemimpin NGO sehinggalah kepada blogger-blogger dan rakyat terus menerus memperkatakan perihal BTN. Begitu hebat sekalikah kesan BTN kepada seluruh rakyat Malaysia? Sebelum ini, BTN telah dilaksanakan sejak puluhan tahun. Pernah juga pertikaian tentang BTN ini disuarakan oleh pemimpin pembangkang, namun tidaklah mendapat liputan sehebat kini.

Pendapat-pendapat yang dikeluarkan saling bercanggah antara satu sama lain. Tun Mahathir dan Pak Lah senada pendapatnya, namun Nazri Aziz membantah dan menegaskan BTN sebelum ini sebagai "rasis" serta memerlukan rombakan. Lantas akibat perselisihan pendapat itu, Nazri tanpa rasa bersalah "mengutuk" Mantan Perdana Menteri itu sebagai "bloody racist"! BTN punya pasal, Tun pula di"kutuk" Nazri?

Tak perlu dinyatakan pendapat pihak pembangkang. Tentulah mereka menentang BTN, terutamanya parti DAP yang sememangnya sebuah parti yang "racist". Mungkin DAP risau jika UMNO menjadi lebih "racist" dari mereka. Selama ini UMNO yang sememangnya ditubuhkan berasaskan parti kaum Melayu dan bumiputera terbesar di Malaysia sememangnya dituduh sebagai parti yang "racist". UMNO menjadi "racist" kerana hanya menerima Melayu dan bumiputera sebagai ahlinya, dan tujuannya begitu jelas untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan Islam, Melayu bumiputera dan Tanah Melayu yang kini bernama Malaysia ini. Manakala DAP pula menjadi lebih "racist" apabila cuba menyerang hak-hak keistimewaan Melayu bumiputera yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Ternyata DAP tidak menghormati perlembagaan Malaysia. Jika Rukunegara pun DAP tidak hormat, apakah wajar DAP melaungkan Malaysian Malaysia di Tanah Melayu ini?

Nik Aziz pula cuba mengaitkan isu BTN sebagai "tidak Islamik". Rasanya Nik Aziz sendiri tidak pernah menghadiri kursus BTN, namun dia tidak dapat menahan "gatal mulut"nya untuk memperkatakan tentang BTN. Mungkin Nik Aziz begitu "jahil" tentang silibus BTN yang merangkumi solat jemaah pada setiap waktu, tazkirah, kuliah agama dan program qiamullail. "Islamik" bagaimana lagi yang Nik Aziz mahu? Perlukah diwujudkan slot "tazkirah politik dari Musyidul Am PAS" maka barulah boleh dikatakan sebagai "Islamik"? Rasanya Nik Aziz lebih tahu tentang sabda Rasulullah S.A.W, "katakanlah tentang perihal yang elok atau DIAMKAN DIRI SAHAJA"! Jadi, elok diam sajalah Tok Guru...

Sesungguhnya, tiada sikit pun "bau perkauman" di dalam kursus BTN. Sesungguhnya, BTN lebih menekankan unsur-unsur Islam secara fundemantel, cintakan anak bangsa dan banyak menekankan tekad diri untuk menyintai negara tanahair sendiri. Tidak pernah wujud sedikit pun sentimen membenci kaum lain. Usahlah cuba "mengada-adakan perkara yang tidak ada". Bolehlah disimpulkan bahawa persoalan "BTN sebagai kursus yang racist" ini sebagai satu usaha jahat dari DAP untuk memecah belahkan keharmonian kaum di Malaysia, atau lebih tepat bahawa "DAP itu sememangnya RACIST"! Usahlah termakan dengan "umpan berbisa" DAP ini sehingga sanggup menghina mantan Perdana Menteri pernah berjasa dan disanjungi oleh rakyat, kawan dan lawan. Takut kelak "termalu" sendiri. Sedarlah wahai Rakyat, DAP itu bagaikan bayangan PAP yang kini telah berjaya menghapuskan kaum pribumi Temasik! Sedarlah...

Tuesday, December 8, 2009

PUB & KARAOKE UNTUK RAKYAT KEDAH SEJAHTERA

Gambar ehsan dari AloQsTaQ.blogspot.com

Demi memenangi hati rakyat bukan Islam di Kedah, Kerajaan PAS Negeri Kedah dengan bangganya memperkenalkan sebuah pusat hiburan yang diberi nama "Black, PUB & Karaoke"! Bertempat di bandaraya Alor Setar, kelab yang disyaki menghidangkan makanan "halalan thoiyyiba" ini juga dipercayai sedang memohon status "halal" dari "Dewan Ulama PAS". Disamping itu, iklan dan sepanduk mempromosikan Pub & Karaoke ini begitu "cantik" menghiasi tiang lampu dan tiang letrik di jalan-jalan utama di bandaraya Alor Setar. Islamik sungguh pendekatan kepimpinan PAS Negeri Kedah ini.

Jangan sesiapa pun bantah! Ini ketetapan Kerajaan "Islam" PAS Kedah. Mungkin setelah mendapat "restu" dari Tuan Yang Terutama Mursyidul Am PAS, maka "ter"lulus"lah pusat hiburan ini. Kalau ditegur, maka mereka akan menuding jari kepada kita. "Alahhh..BN dulu pun bagi lesen pusat hiburan.." begitulah kebiasaan alasan yang selalu dibalas puak-puak PAS apabila dibidas. Sedangkan sebelum berkuasa di Kedah, puak-puak PAS inilah yang menentang, mengutuk dan memprotes wujudnya pusat hiburan seperti ini. Dan kini apabila mereka mendapat kuasa, diberi pula lesen baru untuk menambah kewujudan pusat hiburan! "Ludah ke langit, jatuh bertepek di atas muka sendiri", "ketuk dulang paku serpih, mengata orang PAS yang lebih"!

Satu lagi jawapan yang biasa diberikan oleh Tok-Tok Lebai PAS tentang kes sebegini ialah "kita orang Islam haruslah menghormati kehendak orang bukan Islam". "Orang Islam tak payahlah masuk Pub, biarkanlah orang bukan Islam sahaja yang masuk.." sambung mereka. "Orang Islam semua tahu arak itu haram, jadi mereka takkan minum, yang minum hanyalah yang bukan Islam.." mereka menambah. "Islam kita tidak jumud dan menerima masyarakat bukan Islam dan hak kebebasan mereka", terang mereka lagi panjang lebar. Begitu terbuka pendirian mereka sekarang? "Open minded" kata orang putih. Maklumlah, Ustaz Azizan lulusan "obersea" yang bukan dari timur tengah, mestilah "open minded" sikitttt...

Mungkin Kerajaan PAS Kedah sudah lupa pada janji dan manifesto mereka pada PRU12 yang lepas. "Ada benda yang kita utamakan dan ada benda yang akan dilambatkan sikit. Kita akan ‘study’ dulu dan tengok mana satu akan diberi keutamaan untuk melaksanakannya,” Azizan Razak pernah berkata sedemikian.

Nampaknya Ustaz Azizan sudah mengotakan "janji"nya. "Black Pub & Karaoke" lebih utama dari memberikan cuti bersalin selama 3 bulan dan cuti 14 hari kepada mereka yang kematian pasangan. "Black Pub & Karaoke" lebih penting dari "memberikan subsidi air untuk masjid-masjid dan rumah kebajikan berdaftar. Perlaksanaan dasar "Black Pub & Karaoke" lebih utama dari memperbanyakkan kemudahan meletak kenderaan yang semakin tinggi dikenakan bayarannya berbanding sebelum ini. Sudahkah Ustaz Azizan memotong gaji dan elaun MB dan Exco-Exconya? Setahu saya, pernah seorang Exco "kesayangan"nya memohon "claim" elaun lebih dari RM34 ribu ringgit Malaysia! Sejahtera sungguh "poket" Exco Kedah di zaman Azizan. Syabas!

Saya difahamkan, Ustaz Azizan begitu bijak "mengambil hati" para JUSA dan KCS. Ustaz Azizan dilihat lebih "intim" dengan KCS yang dikatakan "berbau UMNO"! Malah Ustaz Azizan dilihat begitu "garang" kepada Exco-Exconya apabila di depan para KCS. Dipujinya KCS "melangit", diherdiknya "Exco" di depan KCS! Bijak sungguh "wayang" Azizan Razak. Padahal, semua salah laku dan perangai buruk Exco-Exco disembunyikan rapi di dalam "poket"nya. Di belakang KCS? Siapa yang tahu? Pernah dengar mengenai "bekas menantu" a.k.a "Ariffahmi versi PAS Kedah"? Tak eloklah menabur fitnah, tapi mengikut cerita benar seorang rakan, lagaknya bagaikan CEO ketika di dalam mesyuarat di Kulim Hi-Tech. Padahal hadirnya hanya sebagai "PEMERHATI"! Gila kuasa atau sememangnya "gila"?

Begitulah perihal Kedah Sejahtera yang terkini. Sejahtera "syok sendiri" tiada yang baru melainkan "syok sendiri" merasmikan projek demi projek kerajaan BN sebelumnya. Dari projek penapisan minyak, sehinggalah usaha membasmi masalah sampah melalui E-Idaman di Alor Setar, semuanya projek BN. PAS hanya "syok sendiri", bagaikan merekalah yang ampunya "jasa"! Penjaja kecil bumiputera habis dirobohkan, premis kedai mesin judi haram dan pusat hiburan tumbuh melata. Sejahtera untuk keluarga dan kroni mereka, rakyat "ternganga" masuk angin keluar asap! Manifesto ke mana, janji ke mana? Yang mereka tahu, "Black Pub & Karaoke" perlu didahulukan, "kehendak DAP dan PKR" diutamakan!

Monday, December 7, 2009

Politik Nik Aziz Di Ambang Maut.

Nik Aziz dalam "kenangan"...


Nik Aziz semakin celaru. Akal fikirannya sedang kusut masai. Sedang dunia politik PAS berada dalam krisis kepimpinan ulama vs. erdogan akibat permainan licik Anwar dan sekutu-sekutu DAPnya, otaknya semakin sukar untuk berfikir. "Fatwa-fatwa"nya semakin dipandang karut dan senang sekali dibidas. Hatta "tok-tok guru" pondok yang selama ini men"diamkan diri" dan "tidak dipandang" Nik Aziz pun turut membidas "tok guru" palsu berkiblatkan politik tersebut. Bagi Nik Aziz, "topeng akhlak"nya kini tidak lagi dapat menutup "sopak" yang ada pada dirinya.

Nik Aziz sedar. Dia kini berada disaat-saat akhir karier politiknya. Cita-cita politik Bekas "Ohstart" sekolah ini sedang berada di"ambang maut". Sungguh sukar baginya untuk menelan "kepahitan" ini. Namun hakikat, perkara yang di"takuti"nya inilah yang sedang dihadapi oleh dirinya.

Anaknya sendiri memohon agar "perkhidmatan" bapanya ini ditamatkan. Nik Abduh dikatakan meminta agar khidmat bapanya di"rehat"kan selamanya. Dia meminta agar Nik Aziz tidak dicalonkan pada pilihanraya yang akan datang. Risau dengan "kesihatan" bapanya, Nik Abduh merayu pada ahli-ahli PAS. Tak tahulah "kesihatan" yang mana Nik Abduh "maksud"kan, sama ada kesihatan "tubuh badan" Nik Aziz ataupun kesihatan "otak putar politik" Nik Aziz yang dirisaukan.

Tan Sri Muhyiddin pula secara sinis, meminta agar "biar Nik Aziz semakin lama di dalam PAS". "Lebih lama, lebih bagus" katanya. Lebih lama, lebih banyak lagi "fatwa-fatwa" karut marut yang akan digebangkan oleh "tukang karut" PAS ini. Lebih lama, lebih banyak kita boleh lihat penyelewengan PAS dan kepalsuan perjuangan Islamnya. "Perjuangan Islam" konon...piiirrraahhhhh!!!

Secara zahirnya, Husam sedang berada dilandasan yang "betul". Lakonannya begitu menjadi. "Kickdefella" telah berjaya di"kick". Itu diantara "plot-plot" drama wayang Husam, berkemungkinan besar ini juga drama ini diarahkan oleh "director" Anwar Nisfu. Menantu Nik Aziz telah berjaya juga di"kambing hitam"kan. Namun dipercayai, Kolonel Ahmad Yaakob sedang ber"bunga hati"nya. Apakan tidak? Penantian selama lebih 19 tahun akan menjelma tidak lama lagi. Kerusi MB semakin hampir!

Apapun, Nik Aziz akan terbiar sepi. "Meriam buluh" yang sudah "reput" ini bakal dilemparkan ke dalam semak. "Meriam buluh" yang masih hijau akan menggantikannya. Siapa "meriam buluh" yang baru ini, tidaklah dapat dinyatakan. Namun, ramai yang memberikan spekulasi masing-masing memandangkan begitu ramai calon-calon "buluh muda" yang mendabik dada untuk menggantikan Nik Aziz. Hakikatnya, Allah jualah yang menentukan. Kita tunggu. Siapa jua "meriam buluh" itu, akan kita "letup"kan jua. "Meriam" kita lebih "sophisticated" dan "up to date". Setakat "meriam buluh" ni tak mainlahhh. Bak kata Sudin, "oooo..dia pakai ekzos buluh rupanya, patutlah bunyi pom pom kuat sangat, apasal tak digantikan dengan ekzos buluh?" Takut nanti bakal "meriam buluh" PAS yang baru nanti "tak berbunyi" langsung, sudahhhh...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!