Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    53 minutes ago

Sunday, November 22, 2009

Jawapan Untuk Putar Belit Mahfuz "via" Kedahlanie..!!


Petang ini saya terpanggil untuk menjawab pendakwaan YB Mahfuz Omar bahawa UMNO derhaka kepada TYDP Agong. Di dalam penulisannya, Mahfuz Omar meminta agar rakyat semua tidak terkejut jika UMNO derhaka kepada TYDP Agong yang menyeru supaya Kerajaan Pusat membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. Seterusnya, Mahfuz mendakwa bahawa Kerajaan Pusat enggan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri sekaligus menentang demokrasi, menghina perlembagaan dan menekankan doktrin federalisme.

Pertamanya, saya ingin mengingatkan kepada YB Mahfuz supaya tidak memutar belitkan kenyataan TYDP Agong tersebut. Adalah nyata dan terbukti bahawa Kerajaan Pusat sentiasa memberikan bantuan dan kerjasamanya kepada setiap Kerajaan Negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah. Ketika Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan WP Kuala Lumpur ditadbir oleh BN, Kerajaan Pusat memberikan komited kerjasamanya. Setelah kesemua negeri-negeri ini beralih dibawah pentadbiran pembangkang, Kerajaan Pusat tetap memberikan bantuan kewangan yang sama jumlahnya, malah adakalanya Kelantan yang ditadbir PAS Kelantan mendapat jumlah peruntukan pinjaman yang melebihi dari peruntukan yang diberikan kepada Kedah yang ditadbir oleh BN. YB boleh semak belanjawan yang lepas-lepas.

Sebenarnya, berkemungkinan besar bahawa TYDP Agong sudah tidak yakin dengan keupayaan Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri-negeri yang diperintah pembangkang! Maklumlah, sudah diberikan kerjasama dan bantuan Kerajaan Pusat sebagaimana dipraktikkan dahulu pun, Kerajaan Negeri PR masih "lena", "lembab" dan "tak buat kerja". Malah Kerajaan Negeri PR ini lebih sebok dan berminat menguruskan hal-hal politik, mengutuk Kerajaan Pusat dan kepimpinannya, sebok mengadakan ceramah dan "tambah bini"! Terbaru, Kerajaan Negeri Kelantan sendiri sedang bergolak apabila kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan "isu tajaan" menunjukkan "isi dalaman" terbongkar luas menjadi bahan bualan umum. Jadi, "sudah terang lagi bersuluh". Seruan TYDP Agong nampaknya lebih kepada menyeru Kerajaan Pusat untuk "lebih" membantu dan bekerjasama untuk menampung kelemahan Kerajaan Negeri pimpinan pemimpin Pakatan Rakyat, dan bukan sebagaimana yang cuba di"spin"kan oleh YB Mahfuz.

Semua ini sekaligus menafikan semua dakwaan Mahfuz tentang dakwaan UMNO menentang demokrasi, menghina perlembagaan dan menekankan doktrin federalisme. UMNO sejak dari dahulu menyemai subur demokrasi di Malaysia dengan menghormati keputusan pilihanraya mahupun keputusan Hakim Mahkamah berkaitan politik pentadbiran DUN, Parlimen mahupun Negeri. Berlawanan sekali jika dibandingkan dengan "sifat semulajadi PR" yang memuji-muja SPRM mahupun Hakim Mahkamah apabila memberikan keputusan yang menyebelahi PR. Namun, jika SPRM atau Hakim memberikan keputusan yang tidak menyebelahi PR, maka PR tanpa segan silu mendakwa SRRM dan para Hakim sebagai "korup", "sudah dibeli", "konspirasi pihak atasan", "zalim" dan banyak lagi kutukan dilemparkan. Apakah Mahfuz sudah lupa?

Bagaimana Mahfuz boleh menuduh UMNO/BN menghina perlembagaan apabila pemimpin PR sendiri tidak mengamalkan Rukun Negara yang lima itu? UMNO sering meminta perpaduan dan mendaulatkan perlembagaan mahupun tidak selalu perlembagaan itu menyebelahi UMNO/BN. Buktinya, UMNO begitu tenang apabila di"haram"kan dan menyelesaikan segalanya dengan tenang. Namun, lihatlah pemimpin PR. Apakah dikatakan "percaya kepada Tuhan" apabila memanipulasi "Kalammullah" mengikut fahaman sendiri demi politik sehingga menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang keji? Apakah "setia kepada Raja dan Negara" apabila tanpa segan silu "memohon derhaka kepada DYMM Sultan dan bertalibarut dengan US dan Yahudi"? Apakah PR luhur kepada perlembagaan apabila sering mencabar perlembagaan dan menghina perlembagaan itu tanpa memberikan aturan dan cadangan yang membina? Lihat saja bagaimana pemimpin PR "mempermainkan, memperkotak-katikkan dan menghina undang-undang negara"? Tidak pernah PR mendaulatkan undang-undang negara melainkan keputusan undang-undang itu menyebelahi PR. Kalau melanggar undang-undang, PRlah "johan"nya! "Kesopanan dan Kesusilaan"? Tanyalah Gobalakrishnan apa yang dibuatnya baru ini di MPKK. Tengoklah Nizar selepas angkat sumpah di Parlimen. Lihatlah "kung fu" Ronnie di pejabat BPR di ibu negara! "Bersopan dan bersusila"kah begitu? Itu belum disebut "aksi Eli Wong" lagi tu...

Kerajaan Pusat menekankan doktrin federalisme? Sememangnya tidak dinafikan bahawa Kerajaan Pusat ada sedikit mempraktikkan dan menerangkan perlaksanaa doktrin federalisme. Namun, Kerajaan Pusat dilihat tidaklah terlalu menekankan doktrin tersebut sebagaimana dakwaan Mahfuz. Sebagai contoh, Kerajaan Pusat sering tidak campur tangan tentang hal-ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri seperti "isu Kampung Buah Pala" di Pulau Pinang, kerana kemelut itu dicipta oleh pihak PR sebagai "gula-gula" kempen sebelum PRU12. Melainkan Kerajaan Pusat membantu menyelesaikan isu-isu kritikal seperti meluluskan Perbadanan Air Kelantan setelah diminta oleh Nik Aziz kepada Tun Mahathir "in person" suatu ketika dahulu, dan baru-baru ini apabila bekerjasama meluluskan penyelesaian mekanisma masalah sampah yang YB Mahfuz komplen "berulat di depan rumah YB"! Jadi, Kerajaan Pusat sering prihatin membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri tanpa mengira siapa yang memerintah. Itu adalah demi rakyat jelata, bukan PR. Itulah yang menjadi amalan Kerajaan Persekutuan, "federalisme untuk rakyat". Bukan macam PR, "federalisme untuk diri sendiri", semuanya mahu di"federal"kan dalam kantung poket sendiri. Tak begitu "Ariff Fahmi", menantu tersayang?

Sudah-sudahlah YB Mahfuz. Usahlah memutar belitkan seruan TYDP Agong. Mahfuz bukanlah seorang "ulama politik PAS" yang mampu memanipulasi firman Allah mengikut fahaman logik akalnya sendiri sebagaimana Nik Aziz. Namun, mungkin ini adalah satu percubaan Mahfuz mempamerkan kepandaiannya "memutar belitkan" ucapan TYDP Agong merangkap DYMM Sultan Kedah. Jika inilah kerja YB-YB Pakatan Rakyat, alamatnya tak majulah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Seeloknya Pakatan Rakyat ditukar kepada "Perosak Rakyat" atau "Penyesat Rakyat"!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!