Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    47 minutes ago

Saturday, November 21, 2009

Nik Aziz Orang Yang Sesat! - Tok Guru Ayah Hj. Lah


"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.

Bagai nak "terangkat" serban Nik Aziz! Gegendang telinganya berdesing kuat bagai "ditempeleng laju-laju". "Teguran" itu benar-benar menggugat aqidah, perjuangan dan imej peribadinya sebagai "Mursyidul Am PAS" dan Menteri Besar. Kalaulah benar Nik Aziz ini bermaruah, pastinya dia bermuhasabah diri dan sekaligus meletak semua jawatan secara total, lantas mengasingkan diri dari dunia "glamour" politik. "Pencen" terus..!!! Nik Aziz sering secara sinis "memprotes" Hadi dan meminta agar Presiden PAS itu menerima "teguran"nya. Namun kali ini Nik Aziz sendiri ditegur Tok Guru Ayah Hj. Lah. Marilah sama-sama kita lihat sama ada Nik Aziz "cakap serupa bikin" atau sama saja retoriknya dengan "mata lebam pandai berkata-kata"!

Selama ini, ramai yang mengata dan mengutuk tindakan dan kenyataan Nik Aziz. Ramai yang memprotes "fatwa-fatwa" yang dicipta mengikut akal logiknya sendiri. Ramai yang menyatakan bahawa Nik Aziz sudah "nyanyuk" dan "meroyan" yang bukan-bukan. Malah, ramai juga yang mendakwa bahawa Nik Aziz ini "sesat" dan "menyesatkan". Bukan sedikit hamburan "teguran" dan "amarah" yang Nik Aziz terima, namun Nik Aziz hanya buat tak peduli memandangkan semua pendapat itu lahir dari "orang biasa". Kalau ada pemimpin UMNO atau BN sekali pun yang menyerang kenyataannya, Nik Aziz dengan selambanya akan "memutar belitkan lidahnya". Sekali sekala, mempamerkan "lidah bercabang"nya kepada umum.

Kali ini Nik Aziz di"tegur" oleh Tok Guru Pondok yang "tulen". Tok Guru Abdullah Sa'amah bukan calang-calang Tok Guru Pondok. Tok Guru Ayah Hj. Lah adalah pengasas kepada Pondok Geting yang masyhur dan beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majilis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan. Tok Guru Ayah Hj. Lah juga adalah seorang yang begitu khusus kehidupannya terhadap pengamalan agama Islam secara mutlak dan prinsip itu diperlihara dari faktor ke"dunia"an, apatah lagi politik. Agama adalah agama, dan politik adalah politik.

Namun, mengapa Ayah Hj. Lah mengambil risiko untuk "menegur" Nik Aziz, Menteri Besarnya sendiri? Mungkin Ayah Hj. Lah sudah "muak" dan tidak dapat menahan sabar melihat "kesesatan demi kesesatan Nik Aziz. Berpaksikan parti politik, Nik Aziz sanggup memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu. Malah sampai ketikanya, Nik Aziz sanggup memanipulasikan sifat Allah dan ayat Al-Quran mengikut tafsirannya sendiri demi mendaulatkan survival politiknya sendiri! Sampai hati Nik Aziz mempermainkan kalimah Allah dan menyifatkan Rabbul Jalil itu dengan sifat-sifat yang keji!

Tidak dapat dinafikan bahawa selepas ini, maka mungkin sekali mereka-mereka yang taksub kepada si polan yang bernama Nik Aziz Nik Mat ini akan "mengamuk", membuat perarakan demonstrasi jalanan, menghina, mengutuk, mengugut, mengejek dan membuat memorandum protes terhadap Ayah Hj. Lah. Malah mungkin juga Ayah Hj. Lah terpaksa berjaga-jaga tentang keselamatan dirinya dan pondok yang diasaskannya itu. Manalah tahu ada dikalangan "pelampau-pelampau" Nik Aziz ini yang sanggup bertindak membakar Pondok Geting itu. Tak mengapalah. Kita serahkan kepada Allah sahaja, selain dari berdoa dan berwaspada dari sebarang kejadian buruk ke atas Ayah Hj. Lah. Saya bimbang, kalau-kalau ada yang sanggup berbaring ditengah jalan di Pondok Geting itu sambil memegang bendera "gambar Nik Aziz"!

Saya tidaklah mahu terus menerus menghentam Nik Aziz. Ayah Hj. Lah, seorang Tok Guru yang diiktiraf sudah meluahkan pendapatnya. Saya sejak dulu bersetuju dengan pendapat yang sedemikian. Seandainya Nik Aziz ini tidak termakan "pujuk rayu" Anwar dan "Erdogan", sudah pasti PAS sudah lama bertaut bersama-sama payungan BN. Anda semua fikirkanlah sendiri. Ayah Hj. Lah mempunyai asas yang kukuh tentang muamalah dan ilmu agamanya tinggi telah mengeluarkan hukumnya. "Nik Aziz sesat". "Sesat" sebagaimana "Ayah Pin"? Tak tahulah saya. Namun, sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu untuk hambaNya yang ingin kembali ke pangkuan jalan yang benar.

Thursday, November 19, 2009

Nizar Memang "Keldai"!


Syahdan kiranya, maka berkatalah mantan "memanda bendahara Perak" yang telah hilang kuasa akan perihal kehebatan kedua bekas "memanda menteri"nya yang dihikayatkan sebagai hebat sekali gerangannya. Memandang perihal yang demikian, bekas memanda yang kemaruk kuasa ini terus menerus memuji-muja akan keduanya, Ngeh dan Nga. Khabarnya begitu hebat sekali keduanya hinggakan 40 orang wakil rakyat UMNO pun tak mampu "menumbangkannya". Mari sepuluh, mari dua puluh, mari tiga puluh, mari empat puluh, semuanya tak mampu menghadapi kehebatan Ngeh dan Nga. Bagai "naga kembar", Ngeh dan Nga begitu mudah menumbangkan UMNO di Perak.

Hebat sekali cerita Nizar itu. Namun, benarkah begitu? Atau hanya hebat dimulut Nizar? Nizar marahkan rakyat apabila memberikan persepsi buruk kepada PAS dan dirinya. PAS digambarkan sebagai "ditunggangi" DAP. Marah Nizar pada rakyat yang mengutuk kelemahan PAS yang menjadi "pak turut" di dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tapi mengapa Nizar melatah melenting dengan "persepsi" itu? Apakah benar itu adalah "persepsi" atau sememangnya rakyat mengatakan sesuatu yang menjadi "fakta"? Apakah Nizar yang dilihat menjadi "pak turut" kepada Ngeh dan Nga ketika dia menjadi MB itu bukan fakta dan sebaliknya hanyalah "persepsi"? Wahai Nizar yang "buta", rakyat lebih "celik" untuk membezakan dan memikirkan antara persepsi dan fakta. Apa bila rakyat melihat fakta "kekeldaian" Nizar, dan di"perkudakan" oleh Ngeh dan Nga di dalam mesyuarat Exco, maka itu fakta. Fakta ini disahkan sendiri oleh ADUN yang melompat menjadi ADUN Bebas tempohari! Setelah rakyat "celik", janganlah kata rakyat mencipta persepsi kerana mereka semua menyaksikan bagaimana Nizar (PAS), senang-senang sahaja di"tunggangi" Ngeh (DAP) dan Nga (juga DAP)! Tak payah nak "spin"lah Nizar oiii...

Bila dikatakan PAS di"tunggangi" DAP, kenapa pula Nizar memberikan contoh tentang dirinya, Ngeh dan Nga? Terasakah diri Nizar itu bagaikan "keldai tunggangan" Ngeh dan Nga? Kenapa tak disebut ADUN DAP atau PKR yang lain? Sahlah Nizar ini "keldai"!

Benarkah Ngeh dan Nga ini hebat? Rasanya hanya Nizar seorang sahaja yang mengiktiraf mereka berdua hebat. Hanya Nizar sahaja yang mengagumi Ngeh dan Nga. Bagaimana dengan pemimpin PAS yang lain? Rasanya lebih ramai yang menyampah dari yang kagum kepada kedua ADUN ini. Apatah lagi setelah melihat bagaimana "kurang ajar" dan "biadap"nya DAP di Selangor yang mengherdik Hasan Ali sehingga menjadi "bisu" sebentar. Itu belum lagi cerita betapa DAP ini tidak setia kawan di Kedah apabila mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat Kedah walaupun dia hanyalah wakil tunggal DAP di DUN Kedah. Walaupun wakil DAP ini hanyalah seorang, dia sanggup "melawan" dan isytihar keluar dari "Pakatan Rakyat" apabila tidak bersetuju dengan dasar Pakatan Rakyat Kedah. Namun, lihatlah betapa "bacul" dan "keldai"nya PAS Selangor yang memiliki 8 ADUN PAS apabila tidak bersetuju dengan dasar Khalid Ibrahim. Dihersik sikit, terus "bisu"! Itu tanda "keldai"lah tu! Fakta atau "persepsi"?

Rasanya Ngeh dan Nga ini tidaklah hebat bagai yang digembar gemburkan Nizar. Rasanya Ngeh dan Nga ini tidak lebih dari legasi penyambung ideologi perjuangan Komunis Chin Peng yang berjaya "mengkeldaikan" Nizar dan PAS. Nizar terlalu "bodoh" sehingga berjaya dimanipulasi oleh Ngeh dan Nga. Jika tidak kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, sudah lama Nizar di"pijak-pijak" oleh DAP Perak! Jadi MB pun atas "ihsan" DYMM Sultan. Tak sedar diri pula bila di"ajar" oleh "bayangan" Chin Peng itu untuk mohon derhaka pada DYMM Sultan Azlan Syah! Nampak sangat otak "keldai" si Nizar ini. "Ketololan" Nizar ini berjaya di "corak" oleh Ngeh dan Nga. Begitulah tahap Nizar. "Fail"!!!

Wednesday, November 18, 2009

DUN Selangor Bodoh Piang!

Errrkkk...tiba-tiba je keluaq gambaq Tan Boon Wah???!!!

Dewan Undangan Selangor semalam seakan-akan bertukar kepada Dewan "Syok Sendiri" Negeri Selangor. Minta maaflah, bukan berniat untuk menghina Dewan Undangan Negeri Selangor, namun hakikat yang pahit ini patut diterima memandangkan Dewan itu dikelola bagaikan Dewan "Mak Bapak Depa Yang Punya"! Setelah Satim Diman berhadapan dengan pergantungan keahlian di DUN Selangor, Dewan Undangan itu bersetuju dengan usul "niat jahat & mengada-ngada" untuk mendesak Kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mendiang Teoh Beng Hock!

Bangang sungguh! Bukankah Suruhanjaya DiRaja & Inkues sudah ditubuhkan oleh pihak Kerajaan Pusat & Polis Diraja Malaysia? Inkues sudah pun dibuat pada 29 Julai 2009 sehingga inkues itu ditamatkan pada 12 Ogos 2009 (15 hari). Manakala Suruhanjaya DiRaja punb sudah ditubuhkan dan Kerajaan PKR Selangor telah melantik Malik Imtiaz Sarwar sebagai wakil mereka. Kenapa perlu "melalak" lagi? Lainlah kalau Inkues & Suruhanjaya DiRaja itu dibatalkan.

Sudahlah begitu, Ean Yong Hian Wah yang merupakan "bekas boss" Teoh Beng Hock pula dikatakan "sukar" untuk mencari pengganti kepada mendiang. Menurutnya, tidak ada yang berani menggantikan tempat Teoh. "Kerusi Panas" alasannya? Takut-takut menerima nasib yang sama dengan Teoh Beng Hock. Takut jadi mendiang? Takut jatuh bangunan? Takut dibunuh pihak Kerajaan atau takut dibunuh "orang dalam" sendiri. Kita tidak mahulah menuduh kerana belum ada ketentuan rasmi dari mahkamah berkenaan sebab musabab kematian Teoh. Namun, nampaknya Hasan Ali pun terdiam bila disergah ADUN DAP, apatah lagi Setiausaha Politik. Mahu terkucil dibuatnya! Itu baru disergah. Jika dipanggil BPR dan terpaksa pecahkan rahsia kerana sudah "kantoi", bagaimana? Apatah lagi "gangster" & "mafia-mafia" dok tunggu di luar pagar rumah nak "sembelih", macamana pula? Mahu "terencat akal" juga untuk fikir bagaimana nak melepaskan diri! Nyawa tu bebbb...

Yang calon-calon pengganti itu pun, kenapalah bacul sangat? Bukankah itu erti perjuangan sebenar? Bukankah selama ini pembangkang sering melaungkan "lawan sampai mati!"? Takkan takut mati kot? Cakap tak "selupa" bikinkah? Merah muka terbakar semangat semasa melaungkan slogan "berani mati". Bila tiba mahu dibuktikan, habis "kecut"? Apa yang nak ditakutkan? Bukankah negara kita berdaulat dan berundang-undang? Kalau tak percaya dengan undang-undang, bukankah Pakatan Rakyat "boleh" menubuhkan "mahkamah sendiri"? Alah...sedangkan Nizar boleh buat "Dewan Undangan Sendiri" di Perak (macamlah DUN Perak tu dia yang punya!), takkanlah pula Pakatan Rakyat Selangor yang memerintah tak mampu nak buat? Buat polis sendiri pun "bolehhhh"! Lainlah kalau takut dengan "orang dalam" yang dok suka "terajang" pintu tu...

Nampak sangat bahawa Dewan Undangan Selangor sudah tidak ada modal untuk membentangkan usul yang berfaedah untuk rakyat. Banyak lagi usul yang boleh diusulkan kepada sidang Dewan selain dari usul yang sememangnya sudah ada dan dilaksana. Kerajaan Perosak Rakyak di Selangor tiada usul lain selain usul politik retorik kosong mencari "glamour murahan". Kerja tak buat, asyik nak "kondem" orang sahaja. Setelah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Khir berjaya di"nyah"kan sementara waktu, mereka cuba "nyah"kan Satim Diman dan kini membuat usul "sampah" dalam DUN Selangor. Itu belum lagi disebut tentang projek kandang khinzir RM100 juta yang diteruskan, tanah wakaf Islam yang didirikan Dewan Perniagaan, kuil yang mencetus jutaan konstroversi dan persoalan, dan banyak lagi kes-kes "kerja bodoh" Perosak Rakyat! Rakyat sudah celik, rakyat sudah serik dengan pembohongan demi pembohongan Perosak Rakyat. Hakikatnya Pakatan Rakyat sememangnya Perosak harapan rakyat! "Bodoh piang!" kata orang Kedah.

Tuesday, November 17, 2009

Zaid Bodek Anwar?


Nampaknya Zaid Ibrahim telah membuat satu "u-turn" kepada kenyataannya sebelum ini. Sebelum ini, Zaid menyatakan pendapatnya bahawa Nik Aziz Nik Mat sangat sesuai untuk menjadi "Tuan Pengerusi" Pakatan Rakyat. Namun, Zaid terbaru di dalam blognya mengubah kenyataan itu telah menyatakan bahawa "hanya Anwar sahaja yang layak jadi Perdana Menteri"!

Sedang Nik Aziz di dalam awangan angan-angan, menggubah skrip sebagai "bakal PM", Zaid menghancurkan "kerusi idaman" ulama' politik tersebut. Sampai hati Zaid! Sampainya hatimu merosakkan angan-angan Nik Aziz dan ahli-ahli PAS untuk melihat "mursyidul am" itu memegang tampuk pemerintahan pusat. Sedang mana Nik Aziz dan puak-puak "erdogan"nya mengidamkan kuasa yang dikejar selama ini, Zaid tiba-tiba menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Alangkah kejamnya Zaid. Janganlah Zaid mempermainkan hati dan perasaan "warga emas" itu. Nik Aziz baru sahaja keluar hospital, jangan pula kerana kenyataannya yang terbaru ini akan melukakan dada "maulana" PAS tersebut.

Hakikatnya, Zaid menyatakan "hanya Anwar layak menjadi PM". Benarkah begitu Zaid? Bukankah Anwar sendiri sering menyatakan dalam banyak ceramahnya bahawa "sampai bila Malaysia mahu ber"PM"kan orang Melayu". Anwar pergi kepada kaum Kadazan di Sabah, dia kata "orang Kadazan pun layak jadi PM". Dia pergi kepada kaum Iban di Sarawak, dia kata "orang Iban pun layak jadi PM". Bahkan boleh dikatakan kepada semua kaum dia kata sedemikian. Malah Anwar sering menawarkan kuasa dan jawatan penting kepada semua kaum yang dijumpanya. Jawatan ketua itu, ketua ini, timbalan itu, timbalan ini dan pelbagai "janji manis" ditaburkan. Mungkin sebab itulah Jeffery Kitingan dan Christine meletak jawatan dan keluar dari PKR. Sebab tak dapat jawatan sebagaimana yang dijanjikan? Begitulah orang yang kecewa tertipu dengan "omongan kosong" Bung Nuwar.

Namun, layakkah Anwar menerajui Malaysia? Seorang bekas banduan yang terbukti oleh mahkamah menyalahgunakan kuasa dan menzalimi individu lain, layakkah dia? Layakkah Anwar yang hampir-hampir menggadaikan Malaysia kepada IMF sebagai jalan pintas mengekang krisis ekonomi. IMF hanya alasan Anwar untuk memperolehi "untung atas angin" dari transaksi kewangan negara? Layakkah Anwar yang merosakkan keharmonian kaum yang selama berdekad disemai di negara ini? Layakkah Anwar pengkhianat bangsa ini menerajui negara yang asalnya bernama "Tanah Melayu". Layakkah Anwar yang telah disahkan mahkamah melakukan aktiviti "luar tabi'i" dinobatkan sebagai PM? Layakkah Anwar yang mampu berkhutbah, namun hatinya "busuk" memecah belahkan masyarakat Malaysia. Layakkah Anwar menjadi PM sedangkan boleh dikatakan seluruh ahli UMNO tahu bahawa Anwar adalah individu paling "korup", paling "rasuah" ketika dia berada dalam parti UMNO? Layakkah Anwar yang me"nempek"kan "taik" dalam UMNO mengepalai negara ini?

Usahlah bermimpi! Sudah 2 kali "16 September" berlalu. Dan Anwar masih lagi bertindak sebagai ketua pembangkang. Ungkapan "we have the numbers!" sudah menjadi bahan ketawa umum. Kepincangan Anwar dan Pakatan Rakyat semakin ketara di semua negeri "jajahan" Pakatan Rakyat. Rakyat mula mencebik, menyampah dan benci melihat pembohongan demi pembohongan Anwar dan konco-konconya. Malah PAS sendiri sudah bosan dengan Anwar. Melalui seorang rakan PAS, dikhabarkan Hadi pernah menyatakan bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat jika Anwar menjadi PM. Tentulah Hadi tak mengaku depan-depan, di belakang? Siapa tahu?

Jadi, usahlah Zaid "melalak" yang bukan-bukan. Kalau sekadar nak "membodek" De Facto Perosak Rakyat itu, bolehlah. Anwar memang suka di"bodek". Tapi Zaid perlu ingat, suaranya bukannya dihirau sangat oleh Anwar. Anwar lebih gemar mendengar "suara" Azmin, "lebih merdu" suara Azmin dari Zaid yang sebelum ini ber"perang dingin" dengan "anak ikan emas" Anwar itu. Lagi pun, pernahkah Zaid berkongsi saham mewah jutaan ringgit sebagaimana yang dinikmati oleh Azmin? Cerminlah muka tu Zaid oii..Kamu hanya menjadi "tool kit set" kepada Anwar. Seeloknya Zaid "diam" terus. Bukan takut dengan "suara" Zaid, cuma rasa "nak muntah" pula bila dengar Zaid berbicara! Khuuuuaaakkkhhh...Ptuihhhh...!!!

Anuar VS Anwar.


Saya tak percaya! Saya tak percaya sama sekali! Sesungguhnya ini satu "konspirasi peringkat tertinggi". Bagaimana seorang "idola" rakyat yang selama ini melaung-laungkan agenda rakyat, boleh didakwa telah membeli saham yang bernilai jutaan ringgit? Siapa Anuar Shaari ini? Mungkinkah dia seorang individu berkepentingan yang telah di"sogok" pihak Najib untuk memusnahkan reputasi "De Facto" kesayangan ramai "gay-gay" di Malaysia? Mana mungkin manusia suci bagai dewa ini boleh berkongsi kemewahan duit rakyat dengan Azmin dan konco-konconya yang lain, sedangkan bibirnya selalu menyebut nama "rakyat"? Mungkinkah ini "pakatan jahat" untuk menggulingkan Anwar? Mungkin ayat-ayat ini yang terkeluar dari bibir penyokong Pakatan Rakyat.

Anwar mahu lari ke mana pula kali ini? Ketika Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar, Anwar lari masuk ke dalam Kedutaan Turki. Kali ini mahu lari ke Kedutaan mana pula? Tak mahu larikah? Apa pula alasan Anuar apabila bekas setiausaha sulitnya sendiri yang membuat laporan polis tentang salah laku dan pembabitan dirinya dengan pembelian saham jutaan ringgit nilainya. Apatah lagi pula anak didik kesayangannya juga terbabit sama dalam laporan polis yang dibuat Anuar Shaari? Tentu Anwar akan mengamuk membela diri dan "anak emas"nya ini.

Azmin Ali terbabit? Apakah Azmin begitu kaya untuk membeli saham yang bernilai RM8.5 juta? Berapa gaji Azmin ketika itu? Azmin jual dadah ke? Azmin agen hartanah? Atau Azmin penjual anak bangsa? Mungkinkah Azmin hanya sebagai "pak turut" yang menuruti perintah "boss"nya yang dahulu menjawat jawatan Menteri Kewangan? Apakah Syamsidar juga turut terlibat? Apa pula rahsia yang cuba disembunyikan oleh Azmin? Jawablah Azmin. Jawablah Anwar. Rakyat nak tahu. Mereka malu apabila "idola" mereka yang bakal menjadi "Perdana Menteri" ini dikatakan menyalah gunakan kuasa dan mewah hidupnya diatas "wang rakyat"! Rakyat sedang menunggu...

Hairan. Seorang penasihat ekonomi yang berharga 1 ringgit Malaysia ini didakwa sebegini. Mungkin kerana kejayaan membeli saham-saham ini maka Anwar diangkat oleh "kuli"nya untuk menjadi penasihat ekonomi Selangor. Mungkin dengan kehebatan dan kelicikan Anwar ini, para pemimpin Selangor akan belajar darinya "kaifiyah cara-cara" untuk memperolehi saham jutaan ringgit dengan mudah. Tanpa wang pun, mereka boleh jadi kaya raya dengan saham "mudah" ini. "Tangan ghaib" yang berbayang Anwar mampu mengajarnya. Tidak percaya? Sila tanya Azmin. Azmin mungkin sudah lama menikmati "untung" berguru kepada Anwar. Pemegang ijazah am bukan ekonomi ini mampu segalanya.

Dari 1 ringgit Malaysia, anda mungkin memiliki saham berjuta ringgit. Siapa mahu berguru, sila jumpa dengan Anwar. Penasihat ekonomi Selangor "seringgit" ini mempunyai "pengalaman cemerlang" untuk mengkayakan anak-anak buahnya. Siaplah Anwar, kes tentang dirinya tidak habis disini. Dikhabarkan akan muncul lagi kes-kes salah laku Anwar yang akan dibongkar. "Pakar ekonomi" yang hampir memufliskan Malaysia ini pasti akan menerima balasan dari Allah dari kejahatan dan penipuan yang dilakukannya terhadap rakyat.

Baru sahaja Anwar isytihar untuk berperang dengan Najib, Anwar telah diserang dulu. Bukan Najib yang menyerang, bekas orang Anwar sendiri yang menyerangnya. Najib sebok dengan tugasan Perdana Menteri. Tak sempat untuk Najib melayan kehendak "Perdana Menteri 16 September" ini. Harapnya Anuar Shaari akan terus mengejutkan Anwar Ibrahim dengan pendedahan demi pendedahan. Kes Saiful pun Anwar tak mampu nak jawab, apatah lagi kes Anuar Shaari yang lengkap dengan bukti bertulis dan kukuh. "Beyond reasonable doubt" kata "orang putih"!

Monday, November 16, 2009

Mentaliti Jumud Muslimat PAS!


Saya tidak hairan jika ahli-ahli PAS yang berjantina "lelaki" begitu senang hati dengan sistem "bai'ah agama PAS" terhadap isteri-isteri mereka. Maklumlah, lelaki-lelaki ahli PAS ini berada dipihak yang "beruntung". Jika mereka isteri-isteri mereka diceraikan dengan "taklik ala-ala PAS" itu, maka senanglah mereka mencari "isteri baru" yang lebih muda dan cantik. Senanglah mereka melepaskan tanggungjawab mereka terhadap bekas-bekas isteri mereka yang sudah "monopause" dan "expired" dipandangan mata mereka.

Namun, saya agak hairan pula meilhat betapa "buta"nya Muslimat PAS yang terbawa-bawa dengan "fahaman agama PAS" yang menggadaikan institusi rumahtangga mereka sendiri. Nuridah Mohd Saleh yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS turut bersetuju dengan "bai'ah" yang mengejutkan seluruh umat Islam dinegara ini. Amalan yang boleh dikategorikan sebagai "bida'ah" itu menurutnya telah diamalkan sejak tahun 2007 lagi oleh YB-YB PAS, malah amalan itu diadakan secara "berjamaah"! Mumtaz Md. Nawi pula menyokong Nuridah dan menganggap perbuatan "bai'ah taklik" itu sebagai "simbol kasih sayang" suami mereka terhadap mereka. Dahsyat dan ekstrim sungguh pegangan mereka!

Beginikah cara pemikiran muslimat PAS di zaman sekarang? Begitu "jumud" sekalikah pemahaman mereka? Apakah mereka senang-senang meletakkan fahaman politik jumud mereka sebagai batu pemisah kepada mahligai yang mereka bina selama ini? Bukankah institusi perkahwinan itu amat suci dipandangan Islam sehinggakan diibaratkan sebagai sebuah masjid? Dan masjid itu runtuh semata-mata kerana fahaman politik yang jumud? Apakah kasih sayang kerana Allah itu diukur dengan fahaman politik dunia? Itukah yang "tok-tok guru" mereka ajarkan selama ini? Memperjudikan mahligai perkahwinan dan nasib masa depan mereka kepada fahaman politik? Adilkah begitu? Atau mereka sememangnya menzalimi diri mereka sendiri?

Apakah Dewan Muslimat PAS tidak terfikir akan khikmah-khikmah sebuah perkahwinan yang dituntut oleh Islam. Apakah muslimat-muslimat lain yag tidak berfahaman politik PAS dan tidak menyertai PAS boleh dihukum sebagai bukan Islam? Apakah dosa seorang isteri untuk mempunyai kebebasan berfikir dan menyokong parti politik selain PAS? Apakah Hamas menghukum Fatah sebegitu di Palestine? Apakah fahaman ini di"taqlid" dari fahaman "syia'ah"? Wahabi? Atau sememangnya "bai'ah" ini sengaja di"cipta" oleh penganut "agama PAS"

Apakah Islam meletakkan kedudukan wanitanya serendah ini? Apakah serendah ini mentaliti muslimat PAS sehingga sewenang-wenangnya di"buli" oleh suami-suami mereka yang taksub pada parti? Apakah PAS benar-benar mewakili Islam yang sebenar? Atau PAS hanya bertopengkan Islam sebagai "senjata" politik mereka? Sampai hati jemaah lelaki PAS yang memperalatkan "kuasa talak" yang diberikan kepada mereka. Sanggup mereka menggadai maruah isteri-isteri mereka demi nafsu politik dunia? Beginilah rupa umat Islam di akhir zaman yang mendakwa memperjuangkan Islam, tapi sebaliknya hanya memperalatkan Islam demi nafsu serakah dan keduniaan? Entahlah..astaghfirullahila'zim.

Anwar Perang Najib? Najib dah menang dahhh...



Maka terbacalah saya akan ke"angkuh"an, ke"sombong"an, ke"garang"an dan ke"retorik"an celupar Anwar Ibrahim dibeberapa blog dan website. Anwar dikhabarkan ber"degar-degar" melaungkan "perang"nya terhadap Najib Tun Razak. Anwar tanpa segan silu mengakui bahawa Selangor adalah "kubu kuat" Pakatan Rakyat. Anwar juga begitu bersemangat dengan sifat "melawan"nya. Anwar akan "lesing" siapa sahaja yang cuba merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Itulah kata-kata De Facto Perosak Rakyat. Tidak pernah surut dengan ucapan berapi, Anwar terus memberi harapan dan semangat kepalsuan kepada pengikut-pengikut yang berkali-kali ditipunya sebelum ini.

Begitu angkuh Anwar mengisytiharkan "perang" kepada Najib. Sedangkan Najib selama ini hanya tersenyum sinis kepadanya dan terus menerus memberikan tumpuan berkhidmat kepada rakyat Malaysia. Slogan 1Malaysia diimplementasikan dengan bersungguh-sungguh. Hatta seluruh pemimpin BN dan UMNO di"kerah" untuk melipat gandakan usaha mereka mendahulukan rakyat dan memperkemaskan peranan masing-masing. Tiada masa untuk mereka ber"perang" sebagaimana Anwar. Hairan juga apabila Anwar baru hari ini mengisytiharkan "perang" kepada Najib dan kerajaannya. Bukankah selama ini Anwar sering melancarkan serangan-serangan bertali arus kepada Najib? Hinggakan sanggup "Si Kitul" ini memfitnah Najib dengan cerita hikayat "akuan bersumpah" yang hanya merupakan "hearsay anjing upahan" yang telah "mencicit lari" dari Malaysia. Itukah yang diangkuhkan Anwar?

Tidak malukah Anwar mengakui bahawa Selangor merupakan "kubu kuat" Pakatan Rakyat? Bukankah baru setahun jagung Perosak Rakyat itu mentadbir Selangor? Sudahlah baru setahun jagung, pelbagai konstroversi, kerosakan dan salah laku yang telah dipamerkan oleh Kerajaan Khalid Ibrahim. Tidak disangka Si Khalid yang terkenal dengan "gagap"nya itu juga pandai melibatkan diri dengan "skandal rasuah". Begitu juga porak perandanya Exco-Exco Selangor sehingga Hasan Ali pernah diugut dan diherdik oleh konco-konco Anwar. Arak yang dirampas telah dikembalikan semula. Pusat hiburan yang dimonopoli oleh salah seorang "YB kesayangan" Anwar dan Khalid juga berjaya dipertahankan dengan "jaya"nya. PAS diperkuda dan dipermainkan oleh PKR dan DAP sehingga PAS semakin kehilangan kewibawaannya dimata ahlinya sendiri. Sedarlah diri wahai Anwar. Sudah sekian lama Selangor ditadbir oleh UMNO dan BN sehingga mencapai taraf negeri paling maju dan dikenali sebagai "lubuk emas". Bila datang Pakatan Rakyat, habis di"joli"nya harta rakyat Selangor itu. Hatta wang zakat Selangor pun hampir di"kebas" Khalid Ibrahim dan konco-konconya!

Apa lagi yang mahu di"lawan" Anwar? Dengan Saiful Bukhari pun tidak terlawan di mahkamah. Asyik tangguh, tangguh dan tangguh lagi. Saiful pun Anwar tak berani nak lawan? Sudahlah begitu, dimanipulasinya pula rakyat jelata untuk turut sama berlawan dengan Saiful. Diajaknya 10000 orang ke mahkamah untuk membelanya, yang hadir tak sampai 500 orang pun. 500 orang itu pun jika dihitung sekali dengan pengawal keselamatan mahkamah dan pekerja-pekerja am yang berada disitu! Nampak sangat Si Anwar ini seorang yang pengecut. Tak tahulah yang mana yang "kecut". Namun, Anwar tidak segan silu terus menerus mengajak rakyat bersama-samanya melawan, sedang dia sendiri bacul!

Lesing? Siapa takut dengan "lesing" Anwar? Apa Anwar ingat hanya dia sahaja yang mampu me"lesing" orang? Apa dia ingat orang lain punya "lesing" disimpan di "pajak gantung"? Boleh jalanlah dengan "lesing" Anwar. Anwar sepatutnya sedar diri. Gambar "lebam biji mata"nya masih lagi dalam igauan mimpi buruknya. Gambar "mata lebam" Anwar masih menjadi bukti bahawa orang lain juga mampu me"lesing" Anwar. Apakah Anwar sudah lupa matanya pernah menjadi hitam sebelah sebagaimana mata Ahmad Nisfu dalam filem "Pendekar Bujang Lapok"? Ingatlah Anwar, masa mu semakin hampir. Saiful begitu bersedia di pintu mahkamah untuk "menyumbat" kamu kembali ke "lohong" Sungai Buloh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!