Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, November 9, 2009

Siapa halang kes Anwar?


Baru-baru ini saya singgah sebentar di blog Anwar Ibrahim (mencari fakta cucutokwan di "Depakata"), mengenai seorang manusia "retorik" yang tak bahis-habis dengan akal "busuk"nya. Setelah rayuannya berhubung kes meliwat saiful Bukhari ditolak oleh sidang Mahkamah, dengan "selamba"nya Anwar mengatakan bahawa "perbicaraan kes mahkamahnya itu dihalang oleh seseorang"! Alangkah terkejutnya saya dengan dakwaan "kaki pembelit no.1 negara" itu. "Statement" apakah ini? Apakah yang cuba disampaikan oleh "pengkhianat bangsa ini"?

Sememangnya selama ini, semua umum tahu bahawa sudah berkali-kali perbicaraan Saiful VS. Anwar ini ditangguh. Dan boleh dikatakan bahawa semua penangguhan kes liwat Anwar part II ini didalangi oleh Anwar sendiri. Pelbagai helah dan taktik digunakan. Bermula dari peristiwa "lari masuk ke dalam Kedutaan Turki", sehinggalah hari ini dengan pelbagai rayuan dikemukakan Anwar melalui peguamnya. Perbuatan Anwar ini seakan-akan mempermainkan sistem perundangan dan kehakiman negera. Tidak dapat dinafikan bahawa Anwar sememangnya licik dalam perancangannya. Apatah lagi, Anwar sering dibantu oleh "tangan ghaib" yang sanggup membentangkan "karpet merah" padanya!

"Belit" apa yang cuba dimainkan oleh Anwar? Siapa yang cuba menghalang perbicaraan kesnya kali ini? Tun Dr. Mahathirkah? Bukankah Tun sudah kehilangan semua kuasanya? Datuk Seri Najibkah? Bukankah Datuk Seri Najib sudah memberitahu Anwar dirumahnya tempohari bahawa beliau tidak berkuasa dalam mencampuri sistem perundangan? Siapakah gerangan yang menghalang? Pendakwarayakah? Hakimkah? Bukankah selama ini Hakim sering membuat keputusan yang berpihak kepada Anwar sehingga berkali-kali meng"hadiah"kan penangguhan kes kepadanya? Atau peguamnya sendiri yang Anwar maksudkan? Sulaiman sakit dan tak dapat meneruskan kes lagikah? Bukankah Sulaiman sudah menarik diri? Pengawal keselamatan mahkamahkah yang dimaksudkan Anwar? Juri? Pentarjemah bahasa dimahkamah? Siapa yang halang kamu, Anwar? Siapa? Soros? Wilfowitz? Atau Rice?

Saiful Bukhari sudah lama menanti. Sudah "berjanggut" dia menunggu "hari kebenaran". Pelbagai rayuan yang telah diutarakan kepada Anwar untuk tidak lagi menanggih-nangguhkan kes ini. Bukan hanya dari Saiful, bahkan ada ADUN PKR sendiri yang bertindak keluar parti semata-mata kerana tidak yakin dengan status Anwar yang selalu berdolak-dalik untuk menghadapi "muka pengadilan". ADUN Pelabuhan Klang sudah "bebas" dari belenggu "subahat" Anwar? Apa lagi yang Anwar tunggu? Apakah Anwar menunggu supaya 10 orang lagi ADUN PKR hilang sabar padanya? Semuanya sudah bersedia di pihak Saiful untuk menghadapi Anwar. Hanya menunggu sehingga Anwar "ada telur" sahaja. Itu pun kalau "Bung Anwar punya telur". Kalau "tak punya telur", sampai 2 kali pilihanraya pun belum tentu mahkamah akan bersidang!

Sudahlah Anwar! Tak payahlah Anwar menuding jari kepada sesiapa. Semua rakyat sudah bosan dengan "permainan lidah berbelit" Anwar. Orang yang dimaksudkan Anwar sebagai individu yang menghalang perbicaraan kes ini tidak lain tidak bukan ialah Anwar sendiri. Jika telahan ini salah, kita cabar Anwar supaya mendedahkan siapa "penghalang" yang dimaksudkan. Jika Anwar tidak dedahkan, maka usah beri alasan baru untuk tidak mendedahkan. Bukankah Anwar selama ini begitu "pakar" di dalam bab "dedah mendedah" ini? Jangan mainkan minda rakyat lagi. Rakyat sudah jelak dan celik dengan "putaran lidah belit sesumpah" seperti Anwar Ibrahim. Hadapilah hakikat ini bahawa Anwar, dengan izin Allah, akan kembali ke dalam penjara dalam keadaan tua, memalukan anak isteri dan keluarga, sekaligus akan merempat sebagaimana peristiwa "mata lebam" beberapa tahun yang lampau!

Puteri Kedah ada "batu api"? Biaq betoi?


Baru-baru ni ada seorang kawan menghubungi saya memberikan sedikit info tentang Puteri Kedah berikutan entry saya baru-baru ini. Saya lega apabila mendapat tahu bahawa semuanya dalam keadaan terkawal dan Puteri Kedah masih giat memperkukuhkan langkah serikandi masing-masing. Program-program khidmat bakti kepada rakyat oleh Shahanim dulu turut diteruskan dan dipelbagaikan lagi dengan aktiviti-aktiviti tambahan yang mesra rakyat. Namun, dinyatakan juga tentang kemungkinan wujudnya satu golongan "batu api" dalam Puteri Kedah. Tidak pula dinyatakan siapa akan gerangannya, namun mungkin siapa yang makan cili, dialah akan merasa pedasnya.

Hakikatnya, jawatan "Ketua Puteri Kedah" yang diwariskan oleh Shahanim telah berjaya disambut oleh Shima, walaupun beliau ada menerima beberapa kritikan ketika mula-mula dilantik tempohari. Bagaimanapun, kritikan itu mungkin disebabkan oleh perlantikan Shima sebagai Ketua Puteri Kedah itu agak mengejutkan ramai pihak. Tak siapa sangka, Ketua Puteri Sik itu akan mengetuai barisan Puteri UMNO Kedah pada penggal ini.

Pada awalnya, ramai yang tidak yakin dengan kreadibiliti Shima. Shima dilihat sebagai pemimpin "low profile" dan kurang menyerlah. Shima pernah di"kutuk". Shima pernah dikatakan tidak layak. Shima pernah dikata terlalu lemah. Malah Shima pernah dikatakan dibayangi bayang-bayang karier suaminya. Namun, nampaknya Shima begitu tabah menghadapi semua itu. Sifatnya yang lemah lembut, penyabar dan hatinya yang keras waja membayangkan bahawa dialah yang paling layak untuk menyambut amanah dari kepimpinan Puteri Pusat. Rosnah dan Shahanim amat merestui beliau dan amat mengharapkan agar Shima dapat menggalas tugas ini dengan baik. Diakui bahawa Shima mempunyai hubungan yang baik dengan semua kepimpinan Ketua Puteri Bahagian di Kedah. Shima tak punya banyak masalah jika dibandingkan dengan segelintir calon-calon lain yang dikatakan sebagai pengganti kepada Shahanim.

Dahulunya, sememangnya Shahanim begitu berjasa kepada rakyat marhain di Kedah. Shahanim kurang dikenali oleh rakyat yang berada, kalau dikenali pun, mungkin kerana fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Maklumlah, Shahanim dikatakan antara Ketua Puteri yang "ada rupa". Ramai yang cemburu padanya. Cemburu pada "rupa"nya dan ada juga yang cemburu pada khidmat baktinya pada masyarakat. Oleh kerana "rupa", Shahanim sering difitnah pembangkang, malah beliau turut difitnah oleh rakan UMNO sendiri. Namun makcik pakcik, pak long mak long, pak ngah mak ngah dan adik kakak yang marhain ramai yang mengenali Shahanim yang begitu banyak membantu kehidupan dan taraf ekonomi hidup mereka. Dikalangan pemimpin negeri, semua tahu bahawa Shahanim begitu rajin berkerja untuk UMNO dan rakyat. Namun, persepsi rakyat dan fitnah yang tidak dapat dibedung itu telah sedikit sebanyak memberikan kudis kepada "nama" mantan Ketua Puteri Kedah. "Hanya Allah sahaja yang dapat membalas fitnah itu", mungkin itu kata hati Shahanim.

Habis "bab" Shahanim, kini masuk pula "bab" Shima. Diharap Shima akan terus melangkah ke depan. Suatu ketika, saya pernah berbicara dengan Shima ketika di Permatang Pasir. Pada saya, Shima lemah lembut orangnya, tegas pada dirinya, kuat dan tabah pada cabaran. Mengapa saya berkata demikian? Shima lemah lembut kerana dia sebenarnya seorang "anak manja" suatu masa dahulu. Shima tegas pada dirinya kerana dia sahaja yang tinggal di Permatang Pasir pada pukul 12.30 tengah malam, ketua puteri lain semua dah balik ke rumah, dia sahaja yang terkontang kanting membuat kerja di Rumah Kedah. Shima kuat kerana dia begitu sabar dengan dugaan dan sindiran terhadap dirinya. Dan Shima tabah kepada cabaran kerana sanggup menerima jawatan yang amat besar amanahnya dan tanggungjawabnya kepada anak bangsa.

Mungkin Shima masih baru. Kepimpinan Puteri yang lama seperti Shahanim dan lain-lain ramai yang membantu Shima. Setidak-tidaknya, mereka sering memberikan nasihat dan teguran kepadanya. Walaupun kadangkalanya Shima bagaikan dihasut oleh "persepsi" dan "sangka buruk" terhadap mereka-mereka yang memberi nasihat dan teguran itu, Shima tetap Shima. Seakan-akan ada "batu api"? Tidak, sebenarnya tiada "batu api". Yang ada hanyalah wujud "satu golongan yang tidak mahu melihat Puteri Kedah aman". Ada yang ingin melaga-lagakan, dan berharap dapat mengambil kesempatan diatas kepimpinan Shima yang lemah. Tapi ingat, Shima hanya lemah lembut, bukan lemah semangat. Jangan haraplah dapat mengambil kesempatan. Shima tidak seperti yang disangka! Silap haribulan, menagis tak berlagu...hahahhaha...

Sunday, November 8, 2009

Nik Aziz lebih teruk dari Hadi Awang!


Baru-baru ini Khalid Samad secara jelas telah "menyerang" kepimpinan Hadi Awang dalam wawancara khasnya bersama UMNO online. Khalid telah mengkritik bahawa PAS kehilangan Terengganu adalah disebabkan oleh Hadi Awang. Sementelah itu, Nik Aziz juga sebelum ini telah menyerang Hadi di atas isu "Kerajaan Gabungan PAS-BN". Begitu juga Husam yang menggunakan "modal" yang sama untuk berkempen Timbalan Presiden PAS terhadap Nasharuddin, seorang yang setia pada Presiden PAS itu. Namun begitu, Nik Azizlah individu yang paling ketara sekali mengkritik Hadi Awang dan kepimpinannya.

Namun sedarkah mereka bahawa kepimpinan Nik Aziz adalah lebih gagal berbanding Hadi? Rata-rata ahli dan penyokong PAS mendakwa bahawa Nik Aziz adalah seorang pemimpin spiritual yang mementingkan akhlak Islam, perlaksanaan dasar Islam dan begitu zuhud hidupnya. Nik Aziz digambarkan bagai seorang "dewa hidup" yang mampu memberikan "tiket ke syurga" kepada setiap penyokong PAS. Hebat benar persepsi yang diberikan kepada Nik Aziz. Sedarkah penyokong-penyokong PAS bahawa tanggapan terhadap Nik Aziz itu hanyalah sekadar persepsi kosong dan lebih mirip kepada retorik semasa?

Nik Aziz telah memerintah Kelantan selama lebih dari 19 tahun. Jika benarlah kepimpinan Nik Aziz itu begitu berkesan dan mempunyai pengisian secara spiritual, mengapa pula sikap kebanyakkan anak-anak Kelantan begitu buruk lakunya? Tidak semua, namun kebanyakkannya menjadi lebih liar setelah PAS mengambil alih Kelantan sejak 19 tahun yang lalu. Lihatlah sikap penyokong-penyokong bolasepak dari Kelantan. Tidak cukup dengan dentuman mercun yang dilarang undang-undang, mereka tidak segan silu menunjukkan sikap buruk mereka kepada khalayak umum dengan membaling botol air, meludah, membaling objek dan bergaduh pada perlawanan bolasepak. Hilang terus semangat kesukanan. Beginikah kejayaan Nik Aziz mendidik sikap anak-anak Kelantan ini? Inikah "spiritual" yang diajar Nik Aziz?

Begitu juga dengan masalah gejala sosial di Kelantan. Diakui bahawa terdapat papan tanda yang menggesa rakyat Kelantan untuk menjauhi maksiat dan melanggar undang-undang. Namun, umum tahu bahawa Kelantan masih penuh dengan aktiviti maksiat. Bohsia, bohjan, pondan dan sebagainya begitu aktif "berurus niaga". Malah pernah majalah Mastika mendedahkan salah laku anak-anak Kelantan di kawasan yang mempunyai papan tanda amaran untuk menjaga akhlak. Memang benar Nik Aziz menggariskan amaran, namun perlaksanaanya? Hancur punah. Anak remaja Kelantan semakin liar. Itukah kejayaan Nik Aziz di Kelantan selama 19 tahun? Lainlah jika Nik Aziz baru menjadi MB sehari yang lepas! Hakikatnya, Nik Aziz gagal besar dalam pengisian dan perlaksanaannya. Layakkah dia dianggap pemimpin spiritual yang berjaya?

Nik Aziz juga digambarkan sebagai seorang yang berakhlak zuhud, iaitu mengamalkan gaya kehidupan yang sederhana dan merendah diri. Ya, benar. Lihat saja kenderaan hariannya. Nik Aziz begitu "zuhud" menggunakan "S Class" sebagai kenderaannya. Mengapa tidak naik kuda sahaja sebagaimana Khalifah Islam di zaman Rasulullah? Bukankah dapat menjimatkan kos petrol dan penyelenggaraan? Hanya beri makan minum sahaja pada kuda tersebut. Nik Aziz hidup di dalam pondok kayunya. Namun, jangan lupa pula "mahligai" anak-anaknya. Apakah Nik Aziz menutup "air-cond", kipas, lampu atau apa saja kemudahan kerajaan yang ada padanya ketika berurusan peribadi dengan keluarganya? Jangan "temberang"lah..!

Bagaimana pula Nik Aziz mengawal anak-anak buahnya? Lihatlah anak-anak buah Nik Aziz yang kian "gedebe", sama "gedebe"nya dengan Nik Aziz. Mungkin Nik Aziz "mencontohi" sifat Allah yang didakwanya "Maha Gedebe". Mungkin juga pemimpin spiritual ini juga menganjurkan cerai taklik talak 3 kepada sesiapa sahaja yang melompat dari menganut "agama PAS"! Apakah ini kejayaan Nik Aziz selama 19 tahun memerintah? Satu kejayaan spiritual? Spiritual ke arah kebaikan atau kejahatan? Ke arah kebenaran atau kesesatan? Apakah ini nama kejayaan pada penyokong Nik Aziz? Layakkah Nik Aziz digelar Tok Guru Spiritual? Atau Nik Aziz hanyalah berstatuskan "lebai pondok" yang cuba dipopularkan dengan gelaran "mursyidul am"? Renungkanlah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!