Sunday, November 22, 2009

Jawapan Untuk Putar Belit Mahfuz "via" Kedahlanie..!!


Petang ini saya terpanggil untuk menjawab pendakwaan YB Mahfuz Omar bahawa UMNO derhaka kepada TYDP Agong. Di dalam penulisannya, Mahfuz Omar meminta agar rakyat semua tidak terkejut jika UMNO derhaka kepada TYDP Agong yang menyeru supaya Kerajaan Pusat membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri. Seterusnya, Mahfuz mendakwa bahawa Kerajaan Pusat enggan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri sekaligus menentang demokrasi, menghina perlembagaan dan menekankan doktrin federalisme.

Pertamanya, saya ingin mengingatkan kepada YB Mahfuz supaya tidak memutar belitkan kenyataan TYDP Agong tersebut. Adalah nyata dan terbukti bahawa Kerajaan Pusat sentiasa memberikan bantuan dan kerjasamanya kepada setiap Kerajaan Negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah. Ketika Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan WP Kuala Lumpur ditadbir oleh BN, Kerajaan Pusat memberikan komited kerjasamanya. Setelah kesemua negeri-negeri ini beralih dibawah pentadbiran pembangkang, Kerajaan Pusat tetap memberikan bantuan kewangan yang sama jumlahnya, malah adakalanya Kelantan yang ditadbir PAS Kelantan mendapat jumlah peruntukan pinjaman yang melebihi dari peruntukan yang diberikan kepada Kedah yang ditadbir oleh BN. YB boleh semak belanjawan yang lepas-lepas.

Sebenarnya, berkemungkinan besar bahawa TYDP Agong sudah tidak yakin dengan keupayaan Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri-negeri yang diperintah pembangkang! Maklumlah, sudah diberikan kerjasama dan bantuan Kerajaan Pusat sebagaimana dipraktikkan dahulu pun, Kerajaan Negeri PR masih "lena", "lembab" dan "tak buat kerja". Malah Kerajaan Negeri PR ini lebih sebok dan berminat menguruskan hal-hal politik, mengutuk Kerajaan Pusat dan kepimpinannya, sebok mengadakan ceramah dan "tambah bini"! Terbaru, Kerajaan Negeri Kelantan sendiri sedang bergolak apabila kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan "isu tajaan" menunjukkan "isi dalaman" terbongkar luas menjadi bahan bualan umum. Jadi, "sudah terang lagi bersuluh". Seruan TYDP Agong nampaknya lebih kepada menyeru Kerajaan Pusat untuk "lebih" membantu dan bekerjasama untuk menampung kelemahan Kerajaan Negeri pimpinan pemimpin Pakatan Rakyat, dan bukan sebagaimana yang cuba di"spin"kan oleh YB Mahfuz.

Semua ini sekaligus menafikan semua dakwaan Mahfuz tentang dakwaan UMNO menentang demokrasi, menghina perlembagaan dan menekankan doktrin federalisme. UMNO sejak dari dahulu menyemai subur demokrasi di Malaysia dengan menghormati keputusan pilihanraya mahupun keputusan Hakim Mahkamah berkaitan politik pentadbiran DUN, Parlimen mahupun Negeri. Berlawanan sekali jika dibandingkan dengan "sifat semulajadi PR" yang memuji-muja SPRM mahupun Hakim Mahkamah apabila memberikan keputusan yang menyebelahi PR. Namun, jika SPRM atau Hakim memberikan keputusan yang tidak menyebelahi PR, maka PR tanpa segan silu mendakwa SRRM dan para Hakim sebagai "korup", "sudah dibeli", "konspirasi pihak atasan", "zalim" dan banyak lagi kutukan dilemparkan. Apakah Mahfuz sudah lupa?

Bagaimana Mahfuz boleh menuduh UMNO/BN menghina perlembagaan apabila pemimpin PR sendiri tidak mengamalkan Rukun Negara yang lima itu? UMNO sering meminta perpaduan dan mendaulatkan perlembagaan mahupun tidak selalu perlembagaan itu menyebelahi UMNO/BN. Buktinya, UMNO begitu tenang apabila di"haram"kan dan menyelesaikan segalanya dengan tenang. Namun, lihatlah pemimpin PR. Apakah dikatakan "percaya kepada Tuhan" apabila memanipulasi "Kalammullah" mengikut fahaman sendiri demi politik sehingga menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang keji? Apakah "setia kepada Raja dan Negara" apabila tanpa segan silu "memohon derhaka kepada DYMM Sultan dan bertalibarut dengan US dan Yahudi"? Apakah PR luhur kepada perlembagaan apabila sering mencabar perlembagaan dan menghina perlembagaan itu tanpa memberikan aturan dan cadangan yang membina? Lihat saja bagaimana pemimpin PR "mempermainkan, memperkotak-katikkan dan menghina undang-undang negara"? Tidak pernah PR mendaulatkan undang-undang negara melainkan keputusan undang-undang itu menyebelahi PR. Kalau melanggar undang-undang, PRlah "johan"nya! "Kesopanan dan Kesusilaan"? Tanyalah Gobalakrishnan apa yang dibuatnya baru ini di MPKK. Tengoklah Nizar selepas angkat sumpah di Parlimen. Lihatlah "kung fu" Ronnie di pejabat BPR di ibu negara! "Bersopan dan bersusila"kah begitu? Itu belum disebut "aksi Eli Wong" lagi tu...

Kerajaan Pusat menekankan doktrin federalisme? Sememangnya tidak dinafikan bahawa Kerajaan Pusat ada sedikit mempraktikkan dan menerangkan perlaksanaa doktrin federalisme. Namun, Kerajaan Pusat dilihat tidaklah terlalu menekankan doktrin tersebut sebagaimana dakwaan Mahfuz. Sebagai contoh, Kerajaan Pusat sering tidak campur tangan tentang hal-ehwal pentadbiran Kerajaan Negeri seperti "isu Kampung Buah Pala" di Pulau Pinang, kerana kemelut itu dicipta oleh pihak PR sebagai "gula-gula" kempen sebelum PRU12. Melainkan Kerajaan Pusat membantu menyelesaikan isu-isu kritikal seperti meluluskan Perbadanan Air Kelantan setelah diminta oleh Nik Aziz kepada Tun Mahathir "in person" suatu ketika dahulu, dan baru-baru ini apabila bekerjasama meluluskan penyelesaian mekanisma masalah sampah yang YB Mahfuz komplen "berulat di depan rumah YB"! Jadi, Kerajaan Pusat sering prihatin membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri tanpa mengira siapa yang memerintah. Itu adalah demi rakyat jelata, bukan PR. Itulah yang menjadi amalan Kerajaan Persekutuan, "federalisme untuk rakyat". Bukan macam PR, "federalisme untuk diri sendiri", semuanya mahu di"federal"kan dalam kantung poket sendiri. Tak begitu "Ariff Fahmi", menantu tersayang?

Sudah-sudahlah YB Mahfuz. Usahlah memutar belitkan seruan TYDP Agong. Mahfuz bukanlah seorang "ulama politik PAS" yang mampu memanipulasi firman Allah mengikut fahaman logik akalnya sendiri sebagaimana Nik Aziz. Namun, mungkin ini adalah satu percubaan Mahfuz mempamerkan kepandaiannya "memutar belitkan" ucapan TYDP Agong merangkap DYMM Sultan Kedah. Jika inilah kerja YB-YB Pakatan Rakyat, alamatnya tak majulah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Seeloknya Pakatan Rakyat ditukar kepada "Perosak Rakyat" atau "Penyesat Rakyat"!

Saturday, November 21, 2009

Nik Aziz Orang Yang Sesat! - Tok Guru Ayah Hj. Lah


"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.

Bagai nak "terangkat" serban Nik Aziz! Gegendang telinganya berdesing kuat bagai "ditempeleng laju-laju". "Teguran" itu benar-benar menggugat aqidah, perjuangan dan imej peribadinya sebagai "Mursyidul Am PAS" dan Menteri Besar. Kalaulah benar Nik Aziz ini bermaruah, pastinya dia bermuhasabah diri dan sekaligus meletak semua jawatan secara total, lantas mengasingkan diri dari dunia "glamour" politik. "Pencen" terus..!!! Nik Aziz sering secara sinis "memprotes" Hadi dan meminta agar Presiden PAS itu menerima "teguran"nya. Namun kali ini Nik Aziz sendiri ditegur Tok Guru Ayah Hj. Lah. Marilah sama-sama kita lihat sama ada Nik Aziz "cakap serupa bikin" atau sama saja retoriknya dengan "mata lebam pandai berkata-kata"!

Selama ini, ramai yang mengata dan mengutuk tindakan dan kenyataan Nik Aziz. Ramai yang memprotes "fatwa-fatwa" yang dicipta mengikut akal logiknya sendiri. Ramai yang menyatakan bahawa Nik Aziz sudah "nyanyuk" dan "meroyan" yang bukan-bukan. Malah, ramai juga yang mendakwa bahawa Nik Aziz ini "sesat" dan "menyesatkan". Bukan sedikit hamburan "teguran" dan "amarah" yang Nik Aziz terima, namun Nik Aziz hanya buat tak peduli memandangkan semua pendapat itu lahir dari "orang biasa". Kalau ada pemimpin UMNO atau BN sekali pun yang menyerang kenyataannya, Nik Aziz dengan selambanya akan "memutar belitkan lidahnya". Sekali sekala, mempamerkan "lidah bercabang"nya kepada umum.

Kali ini Nik Aziz di"tegur" oleh Tok Guru Pondok yang "tulen". Tok Guru Abdullah Sa'amah bukan calang-calang Tok Guru Pondok. Tok Guru Ayah Hj. Lah adalah pengasas kepada Pondok Geting yang masyhur dan beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majilis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan. Tok Guru Ayah Hj. Lah juga adalah seorang yang begitu khusus kehidupannya terhadap pengamalan agama Islam secara mutlak dan prinsip itu diperlihara dari faktor ke"dunia"an, apatah lagi politik. Agama adalah agama, dan politik adalah politik.

Namun, mengapa Ayah Hj. Lah mengambil risiko untuk "menegur" Nik Aziz, Menteri Besarnya sendiri? Mungkin Ayah Hj. Lah sudah "muak" dan tidak dapat menahan sabar melihat "kesesatan demi kesesatan Nik Aziz. Berpaksikan parti politik, Nik Aziz sanggup memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu. Malah sampai ketikanya, Nik Aziz sanggup memanipulasikan sifat Allah dan ayat Al-Quran mengikut tafsirannya sendiri demi mendaulatkan survival politiknya sendiri! Sampai hati Nik Aziz mempermainkan kalimah Allah dan menyifatkan Rabbul Jalil itu dengan sifat-sifat yang keji!

Tidak dapat dinafikan bahawa selepas ini, maka mungkin sekali mereka-mereka yang taksub kepada si polan yang bernama Nik Aziz Nik Mat ini akan "mengamuk", membuat perarakan demonstrasi jalanan, menghina, mengutuk, mengugut, mengejek dan membuat memorandum protes terhadap Ayah Hj. Lah. Malah mungkin juga Ayah Hj. Lah terpaksa berjaga-jaga tentang keselamatan dirinya dan pondok yang diasaskannya itu. Manalah tahu ada dikalangan "pelampau-pelampau" Nik Aziz ini yang sanggup bertindak membakar Pondok Geting itu. Tak mengapalah. Kita serahkan kepada Allah sahaja, selain dari berdoa dan berwaspada dari sebarang kejadian buruk ke atas Ayah Hj. Lah. Saya bimbang, kalau-kalau ada yang sanggup berbaring ditengah jalan di Pondok Geting itu sambil memegang bendera "gambar Nik Aziz"!

Saya tidaklah mahu terus menerus menghentam Nik Aziz. Ayah Hj. Lah, seorang Tok Guru yang diiktiraf sudah meluahkan pendapatnya. Saya sejak dulu bersetuju dengan pendapat yang sedemikian. Seandainya Nik Aziz ini tidak termakan "pujuk rayu" Anwar dan "Erdogan", sudah pasti PAS sudah lama bertaut bersama-sama payungan BN. Anda semua fikirkanlah sendiri. Ayah Hj. Lah mempunyai asas yang kukuh tentang muamalah dan ilmu agamanya tinggi telah mengeluarkan hukumnya. "Nik Aziz sesat". "Sesat" sebagaimana "Ayah Pin"? Tak tahulah saya. Namun, sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu untuk hambaNya yang ingin kembali ke pangkuan jalan yang benar.

Thursday, November 19, 2009

Nizar Memang "Keldai"!


Syahdan kiranya, maka berkatalah mantan "memanda bendahara Perak" yang telah hilang kuasa akan perihal kehebatan kedua bekas "memanda menteri"nya yang dihikayatkan sebagai hebat sekali gerangannya. Memandang perihal yang demikian, bekas memanda yang kemaruk kuasa ini terus menerus memuji-muja akan keduanya, Ngeh dan Nga. Khabarnya begitu hebat sekali keduanya hinggakan 40 orang wakil rakyat UMNO pun tak mampu "menumbangkannya". Mari sepuluh, mari dua puluh, mari tiga puluh, mari empat puluh, semuanya tak mampu menghadapi kehebatan Ngeh dan Nga. Bagai "naga kembar", Ngeh dan Nga begitu mudah menumbangkan UMNO di Perak.

Hebat sekali cerita Nizar itu. Namun, benarkah begitu? Atau hanya hebat dimulut Nizar? Nizar marahkan rakyat apabila memberikan persepsi buruk kepada PAS dan dirinya. PAS digambarkan sebagai "ditunggangi" DAP. Marah Nizar pada rakyat yang mengutuk kelemahan PAS yang menjadi "pak turut" di dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tapi mengapa Nizar melatah melenting dengan "persepsi" itu? Apakah benar itu adalah "persepsi" atau sememangnya rakyat mengatakan sesuatu yang menjadi "fakta"? Apakah Nizar yang dilihat menjadi "pak turut" kepada Ngeh dan Nga ketika dia menjadi MB itu bukan fakta dan sebaliknya hanyalah "persepsi"? Wahai Nizar yang "buta", rakyat lebih "celik" untuk membezakan dan memikirkan antara persepsi dan fakta. Apa bila rakyat melihat fakta "kekeldaian" Nizar, dan di"perkudakan" oleh Ngeh dan Nga di dalam mesyuarat Exco, maka itu fakta. Fakta ini disahkan sendiri oleh ADUN yang melompat menjadi ADUN Bebas tempohari! Setelah rakyat "celik", janganlah kata rakyat mencipta persepsi kerana mereka semua menyaksikan bagaimana Nizar (PAS), senang-senang sahaja di"tunggangi" Ngeh (DAP) dan Nga (juga DAP)! Tak payah nak "spin"lah Nizar oiii...

Bila dikatakan PAS di"tunggangi" DAP, kenapa pula Nizar memberikan contoh tentang dirinya, Ngeh dan Nga? Terasakah diri Nizar itu bagaikan "keldai tunggangan" Ngeh dan Nga? Kenapa tak disebut ADUN DAP atau PKR yang lain? Sahlah Nizar ini "keldai"!

Benarkah Ngeh dan Nga ini hebat? Rasanya hanya Nizar seorang sahaja yang mengiktiraf mereka berdua hebat. Hanya Nizar sahaja yang mengagumi Ngeh dan Nga. Bagaimana dengan pemimpin PAS yang lain? Rasanya lebih ramai yang menyampah dari yang kagum kepada kedua ADUN ini. Apatah lagi setelah melihat bagaimana "kurang ajar" dan "biadap"nya DAP di Selangor yang mengherdik Hasan Ali sehingga menjadi "bisu" sebentar. Itu belum lagi cerita betapa DAP ini tidak setia kawan di Kedah apabila mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat Kedah walaupun dia hanyalah wakil tunggal DAP di DUN Kedah. Walaupun wakil DAP ini hanyalah seorang, dia sanggup "melawan" dan isytihar keluar dari "Pakatan Rakyat" apabila tidak bersetuju dengan dasar Pakatan Rakyat Kedah. Namun, lihatlah betapa "bacul" dan "keldai"nya PAS Selangor yang memiliki 8 ADUN PAS apabila tidak bersetuju dengan dasar Khalid Ibrahim. Dihersik sikit, terus "bisu"! Itu tanda "keldai"lah tu! Fakta atau "persepsi"?

Rasanya Ngeh dan Nga ini tidaklah hebat bagai yang digembar gemburkan Nizar. Rasanya Ngeh dan Nga ini tidak lebih dari legasi penyambung ideologi perjuangan Komunis Chin Peng yang berjaya "mengkeldaikan" Nizar dan PAS. Nizar terlalu "bodoh" sehingga berjaya dimanipulasi oleh Ngeh dan Nga. Jika tidak kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, sudah lama Nizar di"pijak-pijak" oleh DAP Perak! Jadi MB pun atas "ihsan" DYMM Sultan. Tak sedar diri pula bila di"ajar" oleh "bayangan" Chin Peng itu untuk mohon derhaka pada DYMM Sultan Azlan Syah! Nampak sangat otak "keldai" si Nizar ini. "Ketololan" Nizar ini berjaya di "corak" oleh Ngeh dan Nga. Begitulah tahap Nizar. "Fail"!!!

Wednesday, November 18, 2009

DUN Selangor Bodoh Piang!

Errrkkk...tiba-tiba je keluaq gambaq Tan Boon Wah???!!!

Dewan Undangan Selangor semalam seakan-akan bertukar kepada Dewan "Syok Sendiri" Negeri Selangor. Minta maaflah, bukan berniat untuk menghina Dewan Undangan Negeri Selangor, namun hakikat yang pahit ini patut diterima memandangkan Dewan itu dikelola bagaikan Dewan "Mak Bapak Depa Yang Punya"! Setelah Satim Diman berhadapan dengan pergantungan keahlian di DUN Selangor, Dewan Undangan itu bersetuju dengan usul "niat jahat & mengada-ngada" untuk mendesak Kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mendiang Teoh Beng Hock!

Bangang sungguh! Bukankah Suruhanjaya DiRaja & Inkues sudah ditubuhkan oleh pihak Kerajaan Pusat & Polis Diraja Malaysia? Inkues sudah pun dibuat pada 29 Julai 2009 sehingga inkues itu ditamatkan pada 12 Ogos 2009 (15 hari). Manakala Suruhanjaya DiRaja punb sudah ditubuhkan dan Kerajaan PKR Selangor telah melantik Malik Imtiaz Sarwar sebagai wakil mereka. Kenapa perlu "melalak" lagi? Lainlah kalau Inkues & Suruhanjaya DiRaja itu dibatalkan.

Sudahlah begitu, Ean Yong Hian Wah yang merupakan "bekas boss" Teoh Beng Hock pula dikatakan "sukar" untuk mencari pengganti kepada mendiang. Menurutnya, tidak ada yang berani menggantikan tempat Teoh. "Kerusi Panas" alasannya? Takut-takut menerima nasib yang sama dengan Teoh Beng Hock. Takut jadi mendiang? Takut jatuh bangunan? Takut dibunuh pihak Kerajaan atau takut dibunuh "orang dalam" sendiri. Kita tidak mahulah menuduh kerana belum ada ketentuan rasmi dari mahkamah berkenaan sebab musabab kematian Teoh. Namun, nampaknya Hasan Ali pun terdiam bila disergah ADUN DAP, apatah lagi Setiausaha Politik. Mahu terkucil dibuatnya! Itu baru disergah. Jika dipanggil BPR dan terpaksa pecahkan rahsia kerana sudah "kantoi", bagaimana? Apatah lagi "gangster" & "mafia-mafia" dok tunggu di luar pagar rumah nak "sembelih", macamana pula? Mahu "terencat akal" juga untuk fikir bagaimana nak melepaskan diri! Nyawa tu bebbb...

Yang calon-calon pengganti itu pun, kenapalah bacul sangat? Bukankah itu erti perjuangan sebenar? Bukankah selama ini pembangkang sering melaungkan "lawan sampai mati!"? Takkan takut mati kot? Cakap tak "selupa" bikinkah? Merah muka terbakar semangat semasa melaungkan slogan "berani mati". Bila tiba mahu dibuktikan, habis "kecut"? Apa yang nak ditakutkan? Bukankah negara kita berdaulat dan berundang-undang? Kalau tak percaya dengan undang-undang, bukankah Pakatan Rakyat "boleh" menubuhkan "mahkamah sendiri"? Alah...sedangkan Nizar boleh buat "Dewan Undangan Sendiri" di Perak (macamlah DUN Perak tu dia yang punya!), takkanlah pula Pakatan Rakyat Selangor yang memerintah tak mampu nak buat? Buat polis sendiri pun "bolehhhh"! Lainlah kalau takut dengan "orang dalam" yang dok suka "terajang" pintu tu...

Nampak sangat bahawa Dewan Undangan Selangor sudah tidak ada modal untuk membentangkan usul yang berfaedah untuk rakyat. Banyak lagi usul yang boleh diusulkan kepada sidang Dewan selain dari usul yang sememangnya sudah ada dan dilaksana. Kerajaan Perosak Rakyak di Selangor tiada usul lain selain usul politik retorik kosong mencari "glamour murahan". Kerja tak buat, asyik nak "kondem" orang sahaja. Setelah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Khir berjaya di"nyah"kan sementara waktu, mereka cuba "nyah"kan Satim Diman dan kini membuat usul "sampah" dalam DUN Selangor. Itu belum lagi disebut tentang projek kandang khinzir RM100 juta yang diteruskan, tanah wakaf Islam yang didirikan Dewan Perniagaan, kuil yang mencetus jutaan konstroversi dan persoalan, dan banyak lagi kes-kes "kerja bodoh" Perosak Rakyat! Rakyat sudah celik, rakyat sudah serik dengan pembohongan demi pembohongan Perosak Rakyat. Hakikatnya Pakatan Rakyat sememangnya Perosak harapan rakyat! "Bodoh piang!" kata orang Kedah.

Tuesday, November 17, 2009

Zaid Bodek Anwar?


Nampaknya Zaid Ibrahim telah membuat satu "u-turn" kepada kenyataannya sebelum ini. Sebelum ini, Zaid menyatakan pendapatnya bahawa Nik Aziz Nik Mat sangat sesuai untuk menjadi "Tuan Pengerusi" Pakatan Rakyat. Namun, Zaid terbaru di dalam blognya mengubah kenyataan itu telah menyatakan bahawa "hanya Anwar sahaja yang layak jadi Perdana Menteri"!

Sedang Nik Aziz di dalam awangan angan-angan, menggubah skrip sebagai "bakal PM", Zaid menghancurkan "kerusi idaman" ulama' politik tersebut. Sampai hati Zaid! Sampainya hatimu merosakkan angan-angan Nik Aziz dan ahli-ahli PAS untuk melihat "mursyidul am" itu memegang tampuk pemerintahan pusat. Sedang mana Nik Aziz dan puak-puak "erdogan"nya mengidamkan kuasa yang dikejar selama ini, Zaid tiba-tiba menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Alangkah kejamnya Zaid. Janganlah Zaid mempermainkan hati dan perasaan "warga emas" itu. Nik Aziz baru sahaja keluar hospital, jangan pula kerana kenyataannya yang terbaru ini akan melukakan dada "maulana" PAS tersebut.

Hakikatnya, Zaid menyatakan "hanya Anwar layak menjadi PM". Benarkah begitu Zaid? Bukankah Anwar sendiri sering menyatakan dalam banyak ceramahnya bahawa "sampai bila Malaysia mahu ber"PM"kan orang Melayu". Anwar pergi kepada kaum Kadazan di Sabah, dia kata "orang Kadazan pun layak jadi PM". Dia pergi kepada kaum Iban di Sarawak, dia kata "orang Iban pun layak jadi PM". Bahkan boleh dikatakan kepada semua kaum dia kata sedemikian. Malah Anwar sering menawarkan kuasa dan jawatan penting kepada semua kaum yang dijumpanya. Jawatan ketua itu, ketua ini, timbalan itu, timbalan ini dan pelbagai "janji manis" ditaburkan. Mungkin sebab itulah Jeffery Kitingan dan Christine meletak jawatan dan keluar dari PKR. Sebab tak dapat jawatan sebagaimana yang dijanjikan? Begitulah orang yang kecewa tertipu dengan "omongan kosong" Bung Nuwar.

Namun, layakkah Anwar menerajui Malaysia? Seorang bekas banduan yang terbukti oleh mahkamah menyalahgunakan kuasa dan menzalimi individu lain, layakkah dia? Layakkah Anwar yang hampir-hampir menggadaikan Malaysia kepada IMF sebagai jalan pintas mengekang krisis ekonomi. IMF hanya alasan Anwar untuk memperolehi "untung atas angin" dari transaksi kewangan negara? Layakkah Anwar yang merosakkan keharmonian kaum yang selama berdekad disemai di negara ini? Layakkah Anwar pengkhianat bangsa ini menerajui negara yang asalnya bernama "Tanah Melayu". Layakkah Anwar yang telah disahkan mahkamah melakukan aktiviti "luar tabi'i" dinobatkan sebagai PM? Layakkah Anwar yang mampu berkhutbah, namun hatinya "busuk" memecah belahkan masyarakat Malaysia. Layakkah Anwar menjadi PM sedangkan boleh dikatakan seluruh ahli UMNO tahu bahawa Anwar adalah individu paling "korup", paling "rasuah" ketika dia berada dalam parti UMNO? Layakkah Anwar yang me"nempek"kan "taik" dalam UMNO mengepalai negara ini?

Usahlah bermimpi! Sudah 2 kali "16 September" berlalu. Dan Anwar masih lagi bertindak sebagai ketua pembangkang. Ungkapan "we have the numbers!" sudah menjadi bahan ketawa umum. Kepincangan Anwar dan Pakatan Rakyat semakin ketara di semua negeri "jajahan" Pakatan Rakyat. Rakyat mula mencebik, menyampah dan benci melihat pembohongan demi pembohongan Anwar dan konco-konconya. Malah PAS sendiri sudah bosan dengan Anwar. Melalui seorang rakan PAS, dikhabarkan Hadi pernah menyatakan bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat jika Anwar menjadi PM. Tentulah Hadi tak mengaku depan-depan, di belakang? Siapa tahu?

Jadi, usahlah Zaid "melalak" yang bukan-bukan. Kalau sekadar nak "membodek" De Facto Perosak Rakyat itu, bolehlah. Anwar memang suka di"bodek". Tapi Zaid perlu ingat, suaranya bukannya dihirau sangat oleh Anwar. Anwar lebih gemar mendengar "suara" Azmin, "lebih merdu" suara Azmin dari Zaid yang sebelum ini ber"perang dingin" dengan "anak ikan emas" Anwar itu. Lagi pun, pernahkah Zaid berkongsi saham mewah jutaan ringgit sebagaimana yang dinikmati oleh Azmin? Cerminlah muka tu Zaid oii..Kamu hanya menjadi "tool kit set" kepada Anwar. Seeloknya Zaid "diam" terus. Bukan takut dengan "suara" Zaid, cuma rasa "nak muntah" pula bila dengar Zaid berbicara! Khuuuuaaakkkhhh...Ptuihhhh...!!!

Anuar VS Anwar.


Saya tak percaya! Saya tak percaya sama sekali! Sesungguhnya ini satu "konspirasi peringkat tertinggi". Bagaimana seorang "idola" rakyat yang selama ini melaung-laungkan agenda rakyat, boleh didakwa telah membeli saham yang bernilai jutaan ringgit? Siapa Anuar Shaari ini? Mungkinkah dia seorang individu berkepentingan yang telah di"sogok" pihak Najib untuk memusnahkan reputasi "De Facto" kesayangan ramai "gay-gay" di Malaysia? Mana mungkin manusia suci bagai dewa ini boleh berkongsi kemewahan duit rakyat dengan Azmin dan konco-konconya yang lain, sedangkan bibirnya selalu menyebut nama "rakyat"? Mungkinkah ini "pakatan jahat" untuk menggulingkan Anwar? Mungkin ayat-ayat ini yang terkeluar dari bibir penyokong Pakatan Rakyat.

Anwar mahu lari ke mana pula kali ini? Ketika Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar, Anwar lari masuk ke dalam Kedutaan Turki. Kali ini mahu lari ke Kedutaan mana pula? Tak mahu larikah? Apa pula alasan Anuar apabila bekas setiausaha sulitnya sendiri yang membuat laporan polis tentang salah laku dan pembabitan dirinya dengan pembelian saham jutaan ringgit nilainya. Apatah lagi pula anak didik kesayangannya juga terbabit sama dalam laporan polis yang dibuat Anuar Shaari? Tentu Anwar akan mengamuk membela diri dan "anak emas"nya ini.

Azmin Ali terbabit? Apakah Azmin begitu kaya untuk membeli saham yang bernilai RM8.5 juta? Berapa gaji Azmin ketika itu? Azmin jual dadah ke? Azmin agen hartanah? Atau Azmin penjual anak bangsa? Mungkinkah Azmin hanya sebagai "pak turut" yang menuruti perintah "boss"nya yang dahulu menjawat jawatan Menteri Kewangan? Apakah Syamsidar juga turut terlibat? Apa pula rahsia yang cuba disembunyikan oleh Azmin? Jawablah Azmin. Jawablah Anwar. Rakyat nak tahu. Mereka malu apabila "idola" mereka yang bakal menjadi "Perdana Menteri" ini dikatakan menyalah gunakan kuasa dan mewah hidupnya diatas "wang rakyat"! Rakyat sedang menunggu...

Hairan. Seorang penasihat ekonomi yang berharga 1 ringgit Malaysia ini didakwa sebegini. Mungkin kerana kejayaan membeli saham-saham ini maka Anwar diangkat oleh "kuli"nya untuk menjadi penasihat ekonomi Selangor. Mungkin dengan kehebatan dan kelicikan Anwar ini, para pemimpin Selangor akan belajar darinya "kaifiyah cara-cara" untuk memperolehi saham jutaan ringgit dengan mudah. Tanpa wang pun, mereka boleh jadi kaya raya dengan saham "mudah" ini. "Tangan ghaib" yang berbayang Anwar mampu mengajarnya. Tidak percaya? Sila tanya Azmin. Azmin mungkin sudah lama menikmati "untung" berguru kepada Anwar. Pemegang ijazah am bukan ekonomi ini mampu segalanya.

Dari 1 ringgit Malaysia, anda mungkin memiliki saham berjuta ringgit. Siapa mahu berguru, sila jumpa dengan Anwar. Penasihat ekonomi Selangor "seringgit" ini mempunyai "pengalaman cemerlang" untuk mengkayakan anak-anak buahnya. Siaplah Anwar, kes tentang dirinya tidak habis disini. Dikhabarkan akan muncul lagi kes-kes salah laku Anwar yang akan dibongkar. "Pakar ekonomi" yang hampir memufliskan Malaysia ini pasti akan menerima balasan dari Allah dari kejahatan dan penipuan yang dilakukannya terhadap rakyat.

Baru sahaja Anwar isytihar untuk berperang dengan Najib, Anwar telah diserang dulu. Bukan Najib yang menyerang, bekas orang Anwar sendiri yang menyerangnya. Najib sebok dengan tugasan Perdana Menteri. Tak sempat untuk Najib melayan kehendak "Perdana Menteri 16 September" ini. Harapnya Anuar Shaari akan terus mengejutkan Anwar Ibrahim dengan pendedahan demi pendedahan. Kes Saiful pun Anwar tak mampu nak jawab, apatah lagi kes Anuar Shaari yang lengkap dengan bukti bertulis dan kukuh. "Beyond reasonable doubt" kata "orang putih"!

Monday, November 16, 2009

Mentaliti Jumud Muslimat PAS!


Saya tidak hairan jika ahli-ahli PAS yang berjantina "lelaki" begitu senang hati dengan sistem "bai'ah agama PAS" terhadap isteri-isteri mereka. Maklumlah, lelaki-lelaki ahli PAS ini berada dipihak yang "beruntung". Jika mereka isteri-isteri mereka diceraikan dengan "taklik ala-ala PAS" itu, maka senanglah mereka mencari "isteri baru" yang lebih muda dan cantik. Senanglah mereka melepaskan tanggungjawab mereka terhadap bekas-bekas isteri mereka yang sudah "monopause" dan "expired" dipandangan mata mereka.

Namun, saya agak hairan pula meilhat betapa "buta"nya Muslimat PAS yang terbawa-bawa dengan "fahaman agama PAS" yang menggadaikan institusi rumahtangga mereka sendiri. Nuridah Mohd Saleh yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS turut bersetuju dengan "bai'ah" yang mengejutkan seluruh umat Islam dinegara ini. Amalan yang boleh dikategorikan sebagai "bida'ah" itu menurutnya telah diamalkan sejak tahun 2007 lagi oleh YB-YB PAS, malah amalan itu diadakan secara "berjamaah"! Mumtaz Md. Nawi pula menyokong Nuridah dan menganggap perbuatan "bai'ah taklik" itu sebagai "simbol kasih sayang" suami mereka terhadap mereka. Dahsyat dan ekstrim sungguh pegangan mereka!

Beginikah cara pemikiran muslimat PAS di zaman sekarang? Begitu "jumud" sekalikah pemahaman mereka? Apakah mereka senang-senang meletakkan fahaman politik jumud mereka sebagai batu pemisah kepada mahligai yang mereka bina selama ini? Bukankah institusi perkahwinan itu amat suci dipandangan Islam sehinggakan diibaratkan sebagai sebuah masjid? Dan masjid itu runtuh semata-mata kerana fahaman politik yang jumud? Apakah kasih sayang kerana Allah itu diukur dengan fahaman politik dunia? Itukah yang "tok-tok guru" mereka ajarkan selama ini? Memperjudikan mahligai perkahwinan dan nasib masa depan mereka kepada fahaman politik? Adilkah begitu? Atau mereka sememangnya menzalimi diri mereka sendiri?

Apakah Dewan Muslimat PAS tidak terfikir akan khikmah-khikmah sebuah perkahwinan yang dituntut oleh Islam. Apakah muslimat-muslimat lain yag tidak berfahaman politik PAS dan tidak menyertai PAS boleh dihukum sebagai bukan Islam? Apakah dosa seorang isteri untuk mempunyai kebebasan berfikir dan menyokong parti politik selain PAS? Apakah Hamas menghukum Fatah sebegitu di Palestine? Apakah fahaman ini di"taqlid" dari fahaman "syia'ah"? Wahabi? Atau sememangnya "bai'ah" ini sengaja di"cipta" oleh penganut "agama PAS"

Apakah Islam meletakkan kedudukan wanitanya serendah ini? Apakah serendah ini mentaliti muslimat PAS sehingga sewenang-wenangnya di"buli" oleh suami-suami mereka yang taksub pada parti? Apakah PAS benar-benar mewakili Islam yang sebenar? Atau PAS hanya bertopengkan Islam sebagai "senjata" politik mereka? Sampai hati jemaah lelaki PAS yang memperalatkan "kuasa talak" yang diberikan kepada mereka. Sanggup mereka menggadai maruah isteri-isteri mereka demi nafsu politik dunia? Beginilah rupa umat Islam di akhir zaman yang mendakwa memperjuangkan Islam, tapi sebaliknya hanya memperalatkan Islam demi nafsu serakah dan keduniaan? Entahlah..astaghfirullahila'zim.

Anwar Perang Najib? Najib dah menang dahhh...



Maka terbacalah saya akan ke"angkuh"an, ke"sombong"an, ke"garang"an dan ke"retorik"an celupar Anwar Ibrahim dibeberapa blog dan website. Anwar dikhabarkan ber"degar-degar" melaungkan "perang"nya terhadap Najib Tun Razak. Anwar tanpa segan silu mengakui bahawa Selangor adalah "kubu kuat" Pakatan Rakyat. Anwar juga begitu bersemangat dengan sifat "melawan"nya. Anwar akan "lesing" siapa sahaja yang cuba merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Itulah kata-kata De Facto Perosak Rakyat. Tidak pernah surut dengan ucapan berapi, Anwar terus memberi harapan dan semangat kepalsuan kepada pengikut-pengikut yang berkali-kali ditipunya sebelum ini.

Begitu angkuh Anwar mengisytiharkan "perang" kepada Najib. Sedangkan Najib selama ini hanya tersenyum sinis kepadanya dan terus menerus memberikan tumpuan berkhidmat kepada rakyat Malaysia. Slogan 1Malaysia diimplementasikan dengan bersungguh-sungguh. Hatta seluruh pemimpin BN dan UMNO di"kerah" untuk melipat gandakan usaha mereka mendahulukan rakyat dan memperkemaskan peranan masing-masing. Tiada masa untuk mereka ber"perang" sebagaimana Anwar. Hairan juga apabila Anwar baru hari ini mengisytiharkan "perang" kepada Najib dan kerajaannya. Bukankah selama ini Anwar sering melancarkan serangan-serangan bertali arus kepada Najib? Hinggakan sanggup "Si Kitul" ini memfitnah Najib dengan cerita hikayat "akuan bersumpah" yang hanya merupakan "hearsay anjing upahan" yang telah "mencicit lari" dari Malaysia. Itukah yang diangkuhkan Anwar?

Tidak malukah Anwar mengakui bahawa Selangor merupakan "kubu kuat" Pakatan Rakyat? Bukankah baru setahun jagung Perosak Rakyat itu mentadbir Selangor? Sudahlah baru setahun jagung, pelbagai konstroversi, kerosakan dan salah laku yang telah dipamerkan oleh Kerajaan Khalid Ibrahim. Tidak disangka Si Khalid yang terkenal dengan "gagap"nya itu juga pandai melibatkan diri dengan "skandal rasuah". Begitu juga porak perandanya Exco-Exco Selangor sehingga Hasan Ali pernah diugut dan diherdik oleh konco-konco Anwar. Arak yang dirampas telah dikembalikan semula. Pusat hiburan yang dimonopoli oleh salah seorang "YB kesayangan" Anwar dan Khalid juga berjaya dipertahankan dengan "jaya"nya. PAS diperkuda dan dipermainkan oleh PKR dan DAP sehingga PAS semakin kehilangan kewibawaannya dimata ahlinya sendiri. Sedarlah diri wahai Anwar. Sudah sekian lama Selangor ditadbir oleh UMNO dan BN sehingga mencapai taraf negeri paling maju dan dikenali sebagai "lubuk emas". Bila datang Pakatan Rakyat, habis di"joli"nya harta rakyat Selangor itu. Hatta wang zakat Selangor pun hampir di"kebas" Khalid Ibrahim dan konco-konconya!

Apa lagi yang mahu di"lawan" Anwar? Dengan Saiful Bukhari pun tidak terlawan di mahkamah. Asyik tangguh, tangguh dan tangguh lagi. Saiful pun Anwar tak berani nak lawan? Sudahlah begitu, dimanipulasinya pula rakyat jelata untuk turut sama berlawan dengan Saiful. Diajaknya 10000 orang ke mahkamah untuk membelanya, yang hadir tak sampai 500 orang pun. 500 orang itu pun jika dihitung sekali dengan pengawal keselamatan mahkamah dan pekerja-pekerja am yang berada disitu! Nampak sangat Si Anwar ini seorang yang pengecut. Tak tahulah yang mana yang "kecut". Namun, Anwar tidak segan silu terus menerus mengajak rakyat bersama-samanya melawan, sedang dia sendiri bacul!

Lesing? Siapa takut dengan "lesing" Anwar? Apa Anwar ingat hanya dia sahaja yang mampu me"lesing" orang? Apa dia ingat orang lain punya "lesing" disimpan di "pajak gantung"? Boleh jalanlah dengan "lesing" Anwar. Anwar sepatutnya sedar diri. Gambar "lebam biji mata"nya masih lagi dalam igauan mimpi buruknya. Gambar "mata lebam" Anwar masih menjadi bukti bahawa orang lain juga mampu me"lesing" Anwar. Apakah Anwar sudah lupa matanya pernah menjadi hitam sebelah sebagaimana mata Ahmad Nisfu dalam filem "Pendekar Bujang Lapok"? Ingatlah Anwar, masa mu semakin hampir. Saiful begitu bersedia di pintu mahkamah untuk "menyumbat" kamu kembali ke "lohong" Sungai Buloh!

Monday, November 9, 2009

Siapa halang kes Anwar?


Baru-baru ini saya singgah sebentar di blog Anwar Ibrahim (mencari fakta cucutokwan di "Depakata"), mengenai seorang manusia "retorik" yang tak bahis-habis dengan akal "busuk"nya. Setelah rayuannya berhubung kes meliwat saiful Bukhari ditolak oleh sidang Mahkamah, dengan "selamba"nya Anwar mengatakan bahawa "perbicaraan kes mahkamahnya itu dihalang oleh seseorang"! Alangkah terkejutnya saya dengan dakwaan "kaki pembelit no.1 negara" itu. "Statement" apakah ini? Apakah yang cuba disampaikan oleh "pengkhianat bangsa ini"?

Sememangnya selama ini, semua umum tahu bahawa sudah berkali-kali perbicaraan Saiful VS. Anwar ini ditangguh. Dan boleh dikatakan bahawa semua penangguhan kes liwat Anwar part II ini didalangi oleh Anwar sendiri. Pelbagai helah dan taktik digunakan. Bermula dari peristiwa "lari masuk ke dalam Kedutaan Turki", sehinggalah hari ini dengan pelbagai rayuan dikemukakan Anwar melalui peguamnya. Perbuatan Anwar ini seakan-akan mempermainkan sistem perundangan dan kehakiman negera. Tidak dapat dinafikan bahawa Anwar sememangnya licik dalam perancangannya. Apatah lagi, Anwar sering dibantu oleh "tangan ghaib" yang sanggup membentangkan "karpet merah" padanya!

"Belit" apa yang cuba dimainkan oleh Anwar? Siapa yang cuba menghalang perbicaraan kesnya kali ini? Tun Dr. Mahathirkah? Bukankah Tun sudah kehilangan semua kuasanya? Datuk Seri Najibkah? Bukankah Datuk Seri Najib sudah memberitahu Anwar dirumahnya tempohari bahawa beliau tidak berkuasa dalam mencampuri sistem perundangan? Siapakah gerangan yang menghalang? Pendakwarayakah? Hakimkah? Bukankah selama ini Hakim sering membuat keputusan yang berpihak kepada Anwar sehingga berkali-kali meng"hadiah"kan penangguhan kes kepadanya? Atau peguamnya sendiri yang Anwar maksudkan? Sulaiman sakit dan tak dapat meneruskan kes lagikah? Bukankah Sulaiman sudah menarik diri? Pengawal keselamatan mahkamahkah yang dimaksudkan Anwar? Juri? Pentarjemah bahasa dimahkamah? Siapa yang halang kamu, Anwar? Siapa? Soros? Wilfowitz? Atau Rice?

Saiful Bukhari sudah lama menanti. Sudah "berjanggut" dia menunggu "hari kebenaran". Pelbagai rayuan yang telah diutarakan kepada Anwar untuk tidak lagi menanggih-nangguhkan kes ini. Bukan hanya dari Saiful, bahkan ada ADUN PKR sendiri yang bertindak keluar parti semata-mata kerana tidak yakin dengan status Anwar yang selalu berdolak-dalik untuk menghadapi "muka pengadilan". ADUN Pelabuhan Klang sudah "bebas" dari belenggu "subahat" Anwar? Apa lagi yang Anwar tunggu? Apakah Anwar menunggu supaya 10 orang lagi ADUN PKR hilang sabar padanya? Semuanya sudah bersedia di pihak Saiful untuk menghadapi Anwar. Hanya menunggu sehingga Anwar "ada telur" sahaja. Itu pun kalau "Bung Anwar punya telur". Kalau "tak punya telur", sampai 2 kali pilihanraya pun belum tentu mahkamah akan bersidang!

Sudahlah Anwar! Tak payahlah Anwar menuding jari kepada sesiapa. Semua rakyat sudah bosan dengan "permainan lidah berbelit" Anwar. Orang yang dimaksudkan Anwar sebagai individu yang menghalang perbicaraan kes ini tidak lain tidak bukan ialah Anwar sendiri. Jika telahan ini salah, kita cabar Anwar supaya mendedahkan siapa "penghalang" yang dimaksudkan. Jika Anwar tidak dedahkan, maka usah beri alasan baru untuk tidak mendedahkan. Bukankah Anwar selama ini begitu "pakar" di dalam bab "dedah mendedah" ini? Jangan mainkan minda rakyat lagi. Rakyat sudah jelak dan celik dengan "putaran lidah belit sesumpah" seperti Anwar Ibrahim. Hadapilah hakikat ini bahawa Anwar, dengan izin Allah, akan kembali ke dalam penjara dalam keadaan tua, memalukan anak isteri dan keluarga, sekaligus akan merempat sebagaimana peristiwa "mata lebam" beberapa tahun yang lampau!

Puteri Kedah ada "batu api"? Biaq betoi?


Baru-baru ni ada seorang kawan menghubungi saya memberikan sedikit info tentang Puteri Kedah berikutan entry saya baru-baru ini. Saya lega apabila mendapat tahu bahawa semuanya dalam keadaan terkawal dan Puteri Kedah masih giat memperkukuhkan langkah serikandi masing-masing. Program-program khidmat bakti kepada rakyat oleh Shahanim dulu turut diteruskan dan dipelbagaikan lagi dengan aktiviti-aktiviti tambahan yang mesra rakyat. Namun, dinyatakan juga tentang kemungkinan wujudnya satu golongan "batu api" dalam Puteri Kedah. Tidak pula dinyatakan siapa akan gerangannya, namun mungkin siapa yang makan cili, dialah akan merasa pedasnya.

Hakikatnya, jawatan "Ketua Puteri Kedah" yang diwariskan oleh Shahanim telah berjaya disambut oleh Shima, walaupun beliau ada menerima beberapa kritikan ketika mula-mula dilantik tempohari. Bagaimanapun, kritikan itu mungkin disebabkan oleh perlantikan Shima sebagai Ketua Puteri Kedah itu agak mengejutkan ramai pihak. Tak siapa sangka, Ketua Puteri Sik itu akan mengetuai barisan Puteri UMNO Kedah pada penggal ini.

Pada awalnya, ramai yang tidak yakin dengan kreadibiliti Shima. Shima dilihat sebagai pemimpin "low profile" dan kurang menyerlah. Shima pernah di"kutuk". Shima pernah dikatakan tidak layak. Shima pernah dikata terlalu lemah. Malah Shima pernah dikatakan dibayangi bayang-bayang karier suaminya. Namun, nampaknya Shima begitu tabah menghadapi semua itu. Sifatnya yang lemah lembut, penyabar dan hatinya yang keras waja membayangkan bahawa dialah yang paling layak untuk menyambut amanah dari kepimpinan Puteri Pusat. Rosnah dan Shahanim amat merestui beliau dan amat mengharapkan agar Shima dapat menggalas tugas ini dengan baik. Diakui bahawa Shima mempunyai hubungan yang baik dengan semua kepimpinan Ketua Puteri Bahagian di Kedah. Shima tak punya banyak masalah jika dibandingkan dengan segelintir calon-calon lain yang dikatakan sebagai pengganti kepada Shahanim.

Dahulunya, sememangnya Shahanim begitu berjasa kepada rakyat marhain di Kedah. Shahanim kurang dikenali oleh rakyat yang berada, kalau dikenali pun, mungkin kerana fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Maklumlah, Shahanim dikatakan antara Ketua Puteri yang "ada rupa". Ramai yang cemburu padanya. Cemburu pada "rupa"nya dan ada juga yang cemburu pada khidmat baktinya pada masyarakat. Oleh kerana "rupa", Shahanim sering difitnah pembangkang, malah beliau turut difitnah oleh rakan UMNO sendiri. Namun makcik pakcik, pak long mak long, pak ngah mak ngah dan adik kakak yang marhain ramai yang mengenali Shahanim yang begitu banyak membantu kehidupan dan taraf ekonomi hidup mereka. Dikalangan pemimpin negeri, semua tahu bahawa Shahanim begitu rajin berkerja untuk UMNO dan rakyat. Namun, persepsi rakyat dan fitnah yang tidak dapat dibedung itu telah sedikit sebanyak memberikan kudis kepada "nama" mantan Ketua Puteri Kedah. "Hanya Allah sahaja yang dapat membalas fitnah itu", mungkin itu kata hati Shahanim.

Habis "bab" Shahanim, kini masuk pula "bab" Shima. Diharap Shima akan terus melangkah ke depan. Suatu ketika, saya pernah berbicara dengan Shima ketika di Permatang Pasir. Pada saya, Shima lemah lembut orangnya, tegas pada dirinya, kuat dan tabah pada cabaran. Mengapa saya berkata demikian? Shima lemah lembut kerana dia sebenarnya seorang "anak manja" suatu masa dahulu. Shima tegas pada dirinya kerana dia sahaja yang tinggal di Permatang Pasir pada pukul 12.30 tengah malam, ketua puteri lain semua dah balik ke rumah, dia sahaja yang terkontang kanting membuat kerja di Rumah Kedah. Shima kuat kerana dia begitu sabar dengan dugaan dan sindiran terhadap dirinya. Dan Shima tabah kepada cabaran kerana sanggup menerima jawatan yang amat besar amanahnya dan tanggungjawabnya kepada anak bangsa.

Mungkin Shima masih baru. Kepimpinan Puteri yang lama seperti Shahanim dan lain-lain ramai yang membantu Shima. Setidak-tidaknya, mereka sering memberikan nasihat dan teguran kepadanya. Walaupun kadangkalanya Shima bagaikan dihasut oleh "persepsi" dan "sangka buruk" terhadap mereka-mereka yang memberi nasihat dan teguran itu, Shima tetap Shima. Seakan-akan ada "batu api"? Tidak, sebenarnya tiada "batu api". Yang ada hanyalah wujud "satu golongan yang tidak mahu melihat Puteri Kedah aman". Ada yang ingin melaga-lagakan, dan berharap dapat mengambil kesempatan diatas kepimpinan Shima yang lemah. Tapi ingat, Shima hanya lemah lembut, bukan lemah semangat. Jangan haraplah dapat mengambil kesempatan. Shima tidak seperti yang disangka! Silap haribulan, menagis tak berlagu...hahahhaha...

Sunday, November 8, 2009

Nik Aziz lebih teruk dari Hadi Awang!


Baru-baru ini Khalid Samad secara jelas telah "menyerang" kepimpinan Hadi Awang dalam wawancara khasnya bersama UMNO online. Khalid telah mengkritik bahawa PAS kehilangan Terengganu adalah disebabkan oleh Hadi Awang. Sementelah itu, Nik Aziz juga sebelum ini telah menyerang Hadi di atas isu "Kerajaan Gabungan PAS-BN". Begitu juga Husam yang menggunakan "modal" yang sama untuk berkempen Timbalan Presiden PAS terhadap Nasharuddin, seorang yang setia pada Presiden PAS itu. Namun begitu, Nik Azizlah individu yang paling ketara sekali mengkritik Hadi Awang dan kepimpinannya.

Namun sedarkah mereka bahawa kepimpinan Nik Aziz adalah lebih gagal berbanding Hadi? Rata-rata ahli dan penyokong PAS mendakwa bahawa Nik Aziz adalah seorang pemimpin spiritual yang mementingkan akhlak Islam, perlaksanaan dasar Islam dan begitu zuhud hidupnya. Nik Aziz digambarkan bagai seorang "dewa hidup" yang mampu memberikan "tiket ke syurga" kepada setiap penyokong PAS. Hebat benar persepsi yang diberikan kepada Nik Aziz. Sedarkah penyokong-penyokong PAS bahawa tanggapan terhadap Nik Aziz itu hanyalah sekadar persepsi kosong dan lebih mirip kepada retorik semasa?

Nik Aziz telah memerintah Kelantan selama lebih dari 19 tahun. Jika benarlah kepimpinan Nik Aziz itu begitu berkesan dan mempunyai pengisian secara spiritual, mengapa pula sikap kebanyakkan anak-anak Kelantan begitu buruk lakunya? Tidak semua, namun kebanyakkannya menjadi lebih liar setelah PAS mengambil alih Kelantan sejak 19 tahun yang lalu. Lihatlah sikap penyokong-penyokong bolasepak dari Kelantan. Tidak cukup dengan dentuman mercun yang dilarang undang-undang, mereka tidak segan silu menunjukkan sikap buruk mereka kepada khalayak umum dengan membaling botol air, meludah, membaling objek dan bergaduh pada perlawanan bolasepak. Hilang terus semangat kesukanan. Beginikah kejayaan Nik Aziz mendidik sikap anak-anak Kelantan ini? Inikah "spiritual" yang diajar Nik Aziz?

Begitu juga dengan masalah gejala sosial di Kelantan. Diakui bahawa terdapat papan tanda yang menggesa rakyat Kelantan untuk menjauhi maksiat dan melanggar undang-undang. Namun, umum tahu bahawa Kelantan masih penuh dengan aktiviti maksiat. Bohsia, bohjan, pondan dan sebagainya begitu aktif "berurus niaga". Malah pernah majalah Mastika mendedahkan salah laku anak-anak Kelantan di kawasan yang mempunyai papan tanda amaran untuk menjaga akhlak. Memang benar Nik Aziz menggariskan amaran, namun perlaksanaanya? Hancur punah. Anak remaja Kelantan semakin liar. Itukah kejayaan Nik Aziz di Kelantan selama 19 tahun? Lainlah jika Nik Aziz baru menjadi MB sehari yang lepas! Hakikatnya, Nik Aziz gagal besar dalam pengisian dan perlaksanaannya. Layakkah dia dianggap pemimpin spiritual yang berjaya?

Nik Aziz juga digambarkan sebagai seorang yang berakhlak zuhud, iaitu mengamalkan gaya kehidupan yang sederhana dan merendah diri. Ya, benar. Lihat saja kenderaan hariannya. Nik Aziz begitu "zuhud" menggunakan "S Class" sebagai kenderaannya. Mengapa tidak naik kuda sahaja sebagaimana Khalifah Islam di zaman Rasulullah? Bukankah dapat menjimatkan kos petrol dan penyelenggaraan? Hanya beri makan minum sahaja pada kuda tersebut. Nik Aziz hidup di dalam pondok kayunya. Namun, jangan lupa pula "mahligai" anak-anaknya. Apakah Nik Aziz menutup "air-cond", kipas, lampu atau apa saja kemudahan kerajaan yang ada padanya ketika berurusan peribadi dengan keluarganya? Jangan "temberang"lah..!

Bagaimana pula Nik Aziz mengawal anak-anak buahnya? Lihatlah anak-anak buah Nik Aziz yang kian "gedebe", sama "gedebe"nya dengan Nik Aziz. Mungkin Nik Aziz "mencontohi" sifat Allah yang didakwanya "Maha Gedebe". Mungkin juga pemimpin spiritual ini juga menganjurkan cerai taklik talak 3 kepada sesiapa sahaja yang melompat dari menganut "agama PAS"! Apakah ini kejayaan Nik Aziz selama 19 tahun memerintah? Satu kejayaan spiritual? Spiritual ke arah kebaikan atau kejahatan? Ke arah kebenaran atau kesesatan? Apakah ini nama kejayaan pada penyokong Nik Aziz? Layakkah Nik Aziz digelar Tok Guru Spiritual? Atau Nik Aziz hanyalah berstatuskan "lebai pondok" yang cuba dipopularkan dengan gelaran "mursyidul am"? Renungkanlah.

Saturday, November 7, 2009

Apalah nasib Hadi dan Hasan...?


Sedang Husam begitu sebok dengan sikap "meminta-minta"nya pada Kerajaan Pusat Barisan Nasional, sedang Husam begitu sebok sedang "marah-marah" kerana tidak dapat duit dan hanya mendapat duit "ehsan" dari Kerajaan Pusat Barisan Nasional, dan sedang Husam ter"guling-guling" kekecewaan macam "budak kecil tak dapat duit raya", Hasan Ali dan Hadi Awang sedang bergelut dengan "plot-plot konspirasi" pihak tertentu yang "sengaja" mahu menjatuhkan mereka. Bukan Hasan Ali dan Hadi Awang sahaja, malah beberapa pemimpin yang dikatakan berada di dalam kem "kepimpinan ulama PAS" juga turut terancam seperti Nasharudin, Harun Taib, Taib Azzamuddin dan Mustapha Ali.

Menurut beberapa sumber risikan, dikhabarkan bahawa Hasan Ali sedang "runsing" mengenangkan nasib dirinya yang kelihatan tidak menentu sejak ditabalkan menjadi Exco Kerajaan Selangor. Apa saja yang dibuatnya, apa saja yang disuarakannya serba tidak kena. Sudahlah teruk dikerjakan Dr. Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang DUN Selangor, Hasan Ali juga berdepan dengan "rakan-rakan" seperjuangannya yang lebih vokal menentang pendirian dan perjuangan PASnya. Ronnie "The Don" selamba mengherdik Hasan Ali. Hasan juga diugut untuk dikenakan tindakan disiplin oleh rakan-rakannya yang sememangnya menolak Islam dan muamalahnya secara total. Hasan Ali "bisu" sebentar.

Terkini, dikhabarkan bahawa Hasan Ali bakal di"buang" dari barisan Exco Selangor. Dikhabarkan bahawa satu komplot "konspirasi" telah diatur untuk menarik kerusi Exco milik Hasan Ali dan ini akan menyebabkan Hasan Ali akan terus duduk di atas "lantai" DUN Selangor. Dikhabarkan juga bahawa mereka "cemburu" melihat Hasan begitu mesra dengan saudara seagamanya yang berparti UMNO. Sumber risikan "belakang pintu" PR dikhabarkan mendakwa Hasan Ali sering menggunakan "pintu belakang" untuk bertemu "seseorang". Entah benar, entah tidak. Bukan boleh percaya sangat sumber risikan PR ini. Bukankah ketuanya sering menipu rakyat dengan propaganda "16 September" dan "we have the numbers"?! Apa Hasan Ali nak buat? Mahu ikut jejak langkah ADUN Pelabuhan Klang? Pilihlah yang terbaik. Tak serik kena "tibai" ke?

Hadi Awang pula dikhabarkan sedang bergelut dengan serangan-serangan "tangan ghaib bermata lebam"! Apatah lagi serangan "indirect" melalui "proksi" dalaman partinya sendiri. Sejak Muktamar yang lepas, teruk sekali Hadi di"bantai" oleh "proksi" Awnar dari "Kelantan". "Proksi dari Kelantan" itu pun bukan calang-calang orangnya, terkenal dengan fatwa "Allah juga bersifat Samseng". Siapa yang melawan, tak cium bau syurgalah jawapannya! Hadi juga sinis di"kutuk" hebat apabila diibaratkan sebagai "agen UMNO".

Diibaratkan sebagai "pertualang", mereka-mereka yang membawa suara Presiden PAS itu teruk dimaki hamun! Tentu Hadi dan mereka-mereka yang menyokongnya telah berbuat "dosa" kepada perjuangan "Tok Guru PAS" itu. Apa "dosa" mereka? Dosa mereka ialah "mencadangkan supaya PAS dan UMNO bergabung berkongsi kuasa di dalam Kerajaan Gabungan demi penyatuan umat Islam dan Melayu di Malaysia". Besar sungguh "dosa" Hadi dan rakan-rakannya. Eh? Berdosakah menyatukan umat Islam dan Melayu? Mazhab mana yang dikiblatkan?

Hairannya, kumpulan yang dikatakan "erdogan" di dalam PAS sedikit pun tidak memikirkan tentang kemelut dalaman PAS. Tiada pun Husam gundah gulana dengan "musibah" atau "bala" yang sedang melanda PAS dan kepimpinannya. Apa yang difikirkan Husam ialah duit, duit, dan duit. Tidak pula dengar dia cuba membela Presiden PAS atau memujuk "Tok Guru PAS" supaya tidak terlalu "gedebe" pada kem Hadi Awang. Tiada pula Khalid Samad cuba meredakan kerisauan Hasan Ali di Selangor, melainkan turut sama "membedil" dan "menembak" saudara seagama separtinya itu. Malang sungguh. Hadi Awang dan Hasan Ali bagaikan di"konspirasi"kan oleh pakar "konspirasi". Siapa "pakar konspirasi" itu? Apa strategi dan plot-plot seterusnya? Siapakah yang selalu menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya? Dan siapakah yang pakar jadi "batu api" dan handal memecah belahkan bangsa dan agamanya? Tanya Anwar Ibrahim. Dia tentu tahu!

Thursday, November 5, 2009

1Malaysia Pemangkin Wawasan 2020.


Pelbagai "persepsi" diberikan mengenai 1Malaysia. Sejak ungkapan 1Malaysia terkeluar dari mulut Dato' Seri Najib Tun Razak, pelbagai reaksi diberikan sebagaimana suatu masa dahulu ketika ungkapan "Wawasan 2020" diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. Pada saya, 1Malaysia adalah satu "mekanisma" terbaik sebagai landasan merealisasikan Wawasan 2020. 1Malaysia boleh dikatakan sebagai "pemangkin" untuk kejayaan dalam mengapai impian dan wawasan yang pernah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri yang kita sayangi.

Namun begitu, jangan lupa bahawa 1Malaysia juga dilihat sebagai "ancaman besar" kepada pihak pembangkang. Pihak pembangkang pada awalnya pernah cuba memesongkan pengertian 1Malaysia dan mendakwa bahawa 1Malaysia merupakan "idea tiruan" kepada gagasan "Malaysian Malaysia". Sedangkan kedua-dua ungkapan itu jauh berbeza sama ada dari segi pengertian, mahupun perlaksanaannya. Pakatan Rakyat juga pernah cuba memburuk-burukkan 1Malaysia kononnya ungkapan itu bagaikan ungkapan retorik, "gula-gula" untuk rakyat. Padahal Dato' Seri Najib begitu komited dengan ungkapan 1Malaysia, sehingga sanggup melancarkan "blog" khas semata-mata untuk menerangkan visi, pengisian dan perlaksaan 1Malaysia secara bertulis dan terperinci. Namun apakan daya, kalau sudah "busuk hati", pembangkang akan tetap membangkang walaupun 1Malaysia itu sememang satu perkara yang amat baik sekali untuk rakyat dan negara kita.

Dilihat sebagai pemangkin "Wawasan 2020" yang gagal dimatikan oleh pembangkang, 1Malaysia semakin diterima positif oleh seluruh warga dan rakyat Malaysia. Sehingga hari ini, 1Malaysia sering dipuji setelah rakyat melihat keberkesanan dan kesungguhan pihak Kerajaan dalam mewujudkan semangat 1Malaysia. 1Malaysia walaupun baru "setahun jagung" dilihat mampu menghapuskan "mentaliti kelas ketiga" dalam penyediaan ke ambang Wawasan 2020. Selain kemudahan infrastruktur, pacuan ekonomi dan kemajuan teknologi yang ditawarkan, 1Malaysia juga cukup menyeluruh dengan penekanan kepada pembangunan sahsiah diri dan spiritual. Perpaduan diantara kaum semakin erat kini, walaupun Anwar terus mencuba untuk "melaga-laga"kan dan merosakkan keharmonian yang telah sekian lama terbina.

Lihatlah wahai rakyat Malaysia. Satu seruan yang membawa kebaikan oleh Najib, dan satu cubaan jahat untuk menggagalkan kebaikan oleh Anwar. Najib menyeru kepada perpaduan, Anwar pula mengajak kita bermusuhan sesama kaum? Itu pun rakyat percaya? Dakyah Anwar semakin hari semakin pudar. PAS sendiri kini bercakaran sesama sendiri akibat kelicikan Anwar berpolitik. Malah sudah ramai pemimpin PAS yang lebih percayakan Najib berbanding Anwar. Sudah ramai pemimpin PAS yang yakin dengan 1Malaysia dan sudah ramai pula dari mereka yang sudah bosan dengan "16 September", "I have the numbers" dan "lawan tetap lawan"! Hakikatnya 1Malaysia semakin menyinar, dan "siapa rogol siapa?" semakin suram...

Walaupun ada sedikit dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan segelintir penyokong "totok" Anwar yang mencebik kepada 1Malaysia, hakikatnya mereka sememangnya "buta". Ada yang ditanya "mengapa tuan membenci 1Malaysia?", mereka hanya mampu menjawab "entahlah, saya pun tak tahu, tapi saya bencilah 1Malaysia ni". Itulah sebahagian jawapan "bodoh" mereka. Benci dan tak tahu mengapa mereka membenci. Benci mem"buta tuli". Tidak "buta"kah begitu? Sedangkan dilubuk hati, mereka tahu bahawa 1Malaysia adalah begitu baik sekali untuk rakyat dan negara. Hati mereka bagaikan hati musyrikin Makkah di zaman Rasulullah S.A.W. Ketika mana Baginda membaca Kalamullah, hati musyrikin itu mengakui segala kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh Muhammad S.A.W, namun mulut mereka enggan mengakui kebenaran Kalam Allah itu.

Hakikatnya, 1Malaysia semakin gah dipersada hati rakyat. 1Malaysia dilihat pengubat duka lara rakyat diatas dusta "Perosak Rakyat". Slogan "Ketuanan Rakyat" kini lebih dilihat sebagai "Ketuanan Anwar Ibrahim". Apakan tidaknya apabila di kepimpinan PKR di Sabah hancur setelah Anwar menggunakan "ketuanan"nya melebihi "ketuanan ahli PKR Sabah", Jeffrey Kitingan dan Christine Liew pasti faham. Ahli PKR Sabah sudah mendapat balanya. Jika ahli PKR sendiri pun di"baham" Anwar, apatah lagi rakyat Malaysia jika Anwar menjadi PM? Hancur! Rakyat semakin celik. Rakyat semakin ramai mengakui kehebatan dan kemakmuran yang dibawa oleh 1Malaysia. Jika diizinkan Tuhan, 1Malaysia bakal mencapai kejayaan dalam membawa Malaysia ke arah "Wawasan 2020" yang diimpikan. Sama-samalah kita menuju ke arah 1Malaysia demi Wawasan 2020. Hidup 1Malaysia! Hidup Wawasan 2020!

Monday, November 2, 2009

Jutaan Tahniah Untuk UMNO Pendang!


Tahniah kepada UMNO Pendang. Untuk julung-julung kali, saya mengucapkan sebesar-besar tahniah kepada kepimpinan UMNO Pendang kerana kedua-dua pemimpin UMNO yang selama ini dikatakan berperang "dingin" akhirnya duduk sepentas, berganding bahu, dan kelihatan begitu mesra sekali. Ketika Majlis 1Malaysia yang dihadiri oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Siam, Cina dan India, Rozai dan Tok Man kelihatan begitu mesra dan secocok untuk mengetuai UMNO Pendang. Hatta Ahmad Maslan turut memuji sikap kedua-dua Ketua Bahagian dan "mantan" Ketua Bahagian Pendang ini. Sungguh saya gembira dengan perkembangan ini.

Sebelum ini, saya sering diutarakan dengan cerita-cerita panas UMNO Pendang. Rozai begitulah, beginilah. Tok Mannya pula begitu dan begini pula. Hatta Kak Sue pun pernah dibabitkan dalam cerita-cerita panas ini. Namun, atas kerana tidak cepat melatah, saya cuba risik-risikkan pula dengan beberapa kenalan di UMNO Pendang. Ternyata cerita itu hanya rekaan semata-mata, hanyalah untuk "melaga-laga"kan kepimpinan. Jadi saya hanya menganggap, itu hanyalah "omongan kosong" yang mahu pemimpin yang disokong mereka "menang" pada pada masa akan datang.

Tak eloklah buat begitu. Janganlah laga-lagakan Tok Man & Rozai. Tok Man dahulunya ketua dan Rozai itulah Timbalan Ketuanya. Tok Man dahulunya Ketua Bahagian, dan Rozai bagaikan serasi sebagai "co-pilot"nya. UMNO Pendang aman dan damai. Janganlah pula kini ditelingkahkan. UMNO perlu diutamakan, bukan pemimpin atau individu. Jangan dok jadi "batu api" pulak. Saya dengar, penyokong-penyokong mereka pula yang "lebih-lebih". Padahal, depa nakkan "laba" hasil sokongan depa. Macam-macam politik zaman sekarang ni. Perbetulkan niat tu sikit buleh dak Pak Long Mak Long, Pakcik dan Tok Cik? Tanya jaaa...jangan marah kat chek noooo...

Selamat berjuang wahai warga UMNO Pendang. Ingatlah. UMNO Pendang amat kuat suatu ketika dahulu. Ketika itu tiada pepecahan dan tiada "batu api". Setahu saya, UMNO Pendang kini dalam keadaan sangat baik sama ada dari kepimpinannya atau kemuafakatan pimpinannya. Kurangkanglah "politiking" dalam diri. Kuatkan jentera untuk berkhidmat kepada rakyat. Walaupun kita bukan ahli parlimen atau ADUN, tak semestinya kita tak perlu berkhidmat kepada rakyat! Utamakanlah rakyat, dahulukanlah rakyat. Terangkanlah kepada mereka betapa UMNO memperjuangkan dan membela nasib rakyat dari tangan rakus Pakatan Rakyat atau "Perosak Rakyat". InsyaAllah, Allah akan bukakan mata mereka yang "buta". AllahuAkbar!!!