Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 29, 2009

Apa Jadi Dengan Puteri di Utara???


Maka sekonyong-konyong terdengarlah akan cerita di sebuah pejabat UMNO negeri di utara, akan perihal seorang "puteri" yang telah diberikan surat berhenti kerja. Disebutkan juga akan "puteri" itu telah diberikan 5 sebab oleh pihak majikannya untuk diberhentikan.

Ada pulak orang bercerita, "puteri" ni dah lama kerja kat pejabat UMNO tu. Oleh kerana dia dah kerja kat situ sejak zaman Ketua Puteri yang dulu-dulu, maka "puteri" ni di"cop" sebagai "orang Ketua-Ketua Puteri lama". Maka depa kata Ketua Puteri baru pun cari alasan untuk berhentikan perkhidmatan "puteri" tersebut. Tak tau la betoi ke tidak, tapi dengaq cerita lagu tu laaa...

Dengaq kata dari si empunya cerita, maka menangislah "puteri" tersebut mengenangkan nasib dirinya yang diberhentikan. Tiap-tiap hari dok menangis. Maklumlah, gaji dia tak la besaq mana kat situ. Cukuplah untuk beli susu anak. Umur anaknya baru 8 bulan kalau tak silap. Suaminya baru saja berhenti kerja kat KL sebab nak cari kerja kat Kedah. Tak sanggup berpisah jauh dengan anak bininya. Maka haru birulah jadi hidup si "puteri" sekeluarga...

Aku heran jugak. Kalau betoi la cerita ni, aku rasa ada yang tak kena kat sini. Kena check balik decision tu. Nak kata UMNO "utara" tu tak mampu nak bayaq gaji, takkan kot? Kalau kata nak kurangkan pekerja, awat dia sorang ja yang kena berhenti? Tak dapat VSS pun? Ada udang disebalik meggi ka? Awat Ketua Puteri tak bela nasib "anak buah"nya yang dah lama kerja kat situ? Sekurang-kurangnya, tak payah la berhentikan dia macam tu. Kalau nak dia berhenti pun, nasihat la dai cari kerja lain dan berhenti sendiri. At least, kebajikan hidup dia terjaga. Apa hangpa rasa kalau hangpa jadi dia? Bayangkan...

Tapi, aku tak buleh la dengaq sebelah pihak ja...anyaway, kalau ada sesiapa yang nak menjawab isu ni...silakanlah...aku tak kisah. Anyway, kita nak benda jadi elok. Sama-sama la kita perbaikkan diri. Berubah kearah kebaikan dan perpaduan UMNO, bukan dak berkelahi dan berpuak-puak macam dulu! Tu budaya ciptaan Anwar Ibrahim tu!

Monday, October 26, 2009

Nik Aziz Vs. PAS?!


Nik Aziz cukup tertekan sekarang. Gesaannya untuk mengadakan EGM Muktamar PAS ditentang hebat oleh ramai pihak. Ustaz Harun Taib sebagai ketua Dewan Ulama PAS sekeras-kerasnya menolak gesaan "mursyidul am" PAS ini. Terdengar pula "sembang-sembang" mengatakan bahawa Nik Aziz menjadi "balaci" kepada beberapa "dalang" yang mendorong kepada EGM itu. Nik Aziz yang sudah "tua" dibebani dengan tekanan demi tekanan, namun "nafsu politik"nya masih gagah untuk "berlakon" di depan media dan menafikan wujudnya "dalang" disebalik gesaan EGMnya itu.

Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama PAS dan Nik Aziz pula "mursyidul am". Namun, dalam kes EGM ini, mereka berdua tidak sependapat. Nik Aziz kata PAS sedang mengalami masalah kepimpinan proUMNO, sedangkan Harun Taib menafikan kemelut yang melanda kepimpinan PAS. Yang mana satu yang "boleh dipakai"? Mursyidul Am yang memberi cadangan peribadi atau sebuah Dewan Ulama yang dianggotai oleh ulama-ulama PAS? Siapa yang menipu rakyat? Mursyidul Am atau Dewan Ulama'?

Pada ketika artikel ini ditulis, sudah panas kedengaran mengenai timbulnya 2 pihak berbalah di dalam PAS. Satunya diwakili oleh kumpulan Nik Aziz dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Nasaruddin. Nik Aziz dikatakan membawa "suara" Anwar, Anuar Bakhri, Khalid Samad dan Husam bersama-sama "erdogan"nya. Manakala Nasaruddin dilihat sebagai membawa "suara" Presiden PAS Hadi Awang, Harun Taib, Mustapha Ali, Hasan Ali dan pemimpin kanan PAS yang dikatakan "pro-perpaduan ummah Islam Melayu" atau lebih dikenali sebagai "proUMNO".

Mengikut senario ini, kita dapat perhatikan dua kelompok yang jauh berbeza. Satu kelompok "erdogan" profesional dibawah "tangan ghaib", yang berjaya "memperkudakan" Nik Aziz "tanpa disedari" oleh "kuda" itu sendiri. Nampaknya mereka agak "berjaya" dan nampaknya "kuda" yang agak "lurus bendul" dalam bidang politik itu "termakan rumput beracun" hidangan "erdogan". Bila "kuda" cuba disedarkan oleh "anak kuda", si "kuda" begitu sombong meng"hadiah"kan "sidekick"nya kepada anaknya sendiri. Senag sekali Nik Aziz dipermainkan oleh "orang-orang baru" yang menyusup masuk PAS.

Kelompok yang kedua pula mewakili satu "jemaah" golongan lama. Walaupun kumpulan ini dikatakan diketuai oleh Nasaruddin, kelihatan "bayang-bayang" Presiden PAS di"belakang"nya. Bukankah Hadi Awang yang memulakan "cetusan" perpaduan di antara PAS & UMNO pada Muktamar PAS yang lepas? Mustapha Ali, Harun Taib dan Hasan Ali pula adalah di pemimpin yang menyokong "idea" Presiden PAS ini. Namun, disebabkan oleh "suara" dari "mursyidul am" PAS yang membantah perkara yang diseru Allah ini, maka "terbantut"lah sedikit idea ini. Tentulah mereka tidak mahu "mengeruhkan" keadaan dengan berbalah terang-terangan, namun gerakan "bawah tanah" bersama UMNO dikhabarkan begitu "aktif" dan "lancar". Sejauh mana "gerakan" itu, hanya Allah dan "mereka-mereka yang terlibat" sahaja yang tahu!

Nampaknya "Mursyidul Am" PAS kini lebih terpinggir keseorangan. Di usia "senja"nya, dia semakin kuat "mengarut" dengan "fatwa-fatwa" politik yang menghalalkan segenap cara untuk meruntuhkan perpaduan umat Islam di Malaysia. Semakin hari, Nik Aziz semakin "nyanyuk" dalam percaturanya sehingga senang ditipu oleh "orang-orang" dikiri dan kanannya. PAS teruk di"belasah" sama ada oleh pihak BN mahupun kawan-kawan "syaitan"nya. Akibat teruk dibuli oleh kawan-kawan "syaitan"nya jugalah maka pemimpin-pemimpin kanan PAS bertindak bijak untuk memikirkan sesuatu yang terbaik untuk mengenal siapa "kawan" dan siapa "lawan". Nampaknya mungkin Hadi, Nasaruddin, Mustapha Ali, Harun Taib, Hasan Ali dan ramai lagi yang "celik". Hanya seorang sahaja yang masih "kelam dalam kegelapan". Siapa orang itu? Faham-faham sajalah. "Clue"nya? Dia yang dimaksudkan kononnya "dia" maksum, memiliki "cop mohor ke syurga" dan "sentiasa benar dan tiada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka" adanya...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!