Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    57 minutes ago

Saturday, October 24, 2009

PAS Selangor Derhaka Pada Nik Aziz?


PAS Selangor tolak saranan Nik Aziz untuk mengadakan EGM Muktamar PAS. Kata "Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini."

Nampaknya PAS Selangor adalah yang pertama membantah permintaan Nik Aziz kali ini. Nik Aziz beriya-iya menulis dalam blognya (walaupun bukan dia yang tulis pun) untuk mengadakan EGM Muktamar PAS. Kononnya Nik Aziz memberi alasan bahawa terdapat pergolakan dikalangan "beberapa kerat" pemimpin kanan PAS. Nik Aziz juga menyebut beberapa nama yang dianggapnya tidak mahu mendengar katanya. Antara yang disebutnya ialah Hadi Awang selaku presdien yang diibaratkan sebagai "Pak Lah" di dalam PAS, Nasaruddin Mat Isa selaku TImbalan Presiden yang kononnya bukan pilihannya, Hasan Ali dan Mustapha Ali yang dianggap duri dalam daging yang cuba menyatukan ummah Melayu Islam bersama UMNO.

PAS Selangor tentunya tidak puas hati dengan Nik Aziz kali ini. Apa tidaknya? Nama Hasan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor telah didakwa sebagai "proksi jahat" yang menjadi agen UMNO. Hasan Ali diibaratkan sebagai Iran yang dianggap sebagai proksi kejahatan oleh Amerika Syarikat. Sedangkan Hasan Ali sendiri tidak menang tangan menepis segala tohmahan kepadanya. Sudah Hasan Ali teruk dipersendakan dan dierang oleh UMNO Selangor sebelum ini. Belum sempat Hasan menjawab, ditempelak pula oleh Ronnie "The Don", Khalid Ibrahim dan konco-konconya. Tidak habis disitu, pemimpin PAS pula "tibai" dia. Hampir-hampir "knock-out" dibuatnya. Namun, Hasan Ali tetap dibela oleh PAS Selangor. Maklumlah, PAS Selangor sendiri tahu bagaimana PAS di"permain"kan, di"persenda"kan dan di"perkuda"kan oleh PKR dan DAP. Kalau diserang oleh UMNO bolehlah mereka tahan, sebab UMNO dipihak pembangkang. Tapi "kawan-kawan" mereka pula yang "hentam balun", terang-terangan pula! Siapa yang tak "hangin"!

Nik Aziz bagaikan berniat tidak baik kali ini. Mungkinkah Nik Aziz membawa agenda peribadi atau agenda "pihak ketiga"? Siapa "pihak ketiga" itu? Si "De Facto"kah? Khabarnya Nik Aziz sudah lama dikelilingi oleh puak-puak "erdogan" di dalam PAS. Malah dikatakan bahawa "erdogan-erdogan" ini telah mula menunjukkan "true colours". Sayangnya Nik Aziz kepada "erdogan" hinggakan teguran anaknya sendiri pun ditolaknya. Apa Nik Aziz tidak pernah tersilap percaturankah? Apa Nik Aziz tidak boleh ditegur? Apa Nik Aziz tidak boleh menerima tegurankah? Bukankah Nik Aziz sendiri selalu menghentam Hadi Awang untuk berani menerima teguran? Nik Aziz lupa ke?

Mungkinkah ada lagi PAS Negeri lain yang berani bertindak seperti PAS Selangor? PAS di negeri-negeri lain beranikah nak "melawan" Nik Aziz? Tidak takutkah nanti "tiket ke syurga" itu ditarik balik. Bukankah selama ini "agama PAS" telah memberikan "cop mohor" kepada Nik Aziz untuk memberikan "tiket ke syurga" kepada sesiapa yang mengisi borang PAS? Mungkin PAS Selangor kini di dalam kerisauan jika tindakan disiplin diambil kepada mereka kerana tidak dengar cakap "mursyidul am" PAS ini. Tidak dapat dipastikan sama ada Azizan Razak akan menurut langkah PAS Selangor. Khabarnya Nik Aziz "puji melangit" kepimpinan Azizan. Iyalah, Azizan senang memerintah sebab di Kedah, majoriti DUNnya dimenangi oleh PAS, sedangkan Selangor pula ditadbir oleh PKR. Tentulah payah nak laksanakan agenda PAS. Bukankah PKR dan DAP itu anti-Islam? Yang PAS dok "bertebiang" tu buat apa? Kan dan kena sebijik!

Apa pun, kita tunggu lagi jawapan-jawapan PAS negeri yang lain. Kita tengok apakah mereka berani melawan kata "mursyidul am" PAS ini. Jika majoritinya menolak permintaan Nik Aziz, maka kemungkinan besar jawatan "mursidul am" PAS itu akan terlepas tangan selepas ini dan Nik Aziz akan semakin "nyanyuk" jadinya. Dan jika majoritinya bersetuju dengan permintaan EGM ini, maka sahlah PAS sememangnya "kuda tunggangan" PKR dan DAP sebagaimana Nik Aziz! Kita tunggu..!!!

Anda Pecaya Pada Anwar?


Suatu masa dahulu, ramai yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai "icon". Suatu masa dahulu Anwar pernah dilihat sebagai seorang pemimpin yang "popular". Dia pernah di"pikat" oleh banyak pemimpin parti politik sama ada dari UMNO mahupun PAS. Kononnya ketika itu, dialah "hero". Namun, atas dasar apakah Anwar dinobatkan sehingga sebegitu rupa? Benarkah dia adalah seorang "natural born leader"?

Sejak dari zaman persekolahannya, Anwar kelihatan me"nonjol" di mana saja dia berada. Ketika dia di Maktab Melayu Kuala Kangsar, dia pernah jadi "bahan tarikan" kepada pelajar-pelajar "senior"nya. Menurut salah seorang bekas "senior"nya, Anwar pernah menjadi "rebutan". Namun, di atas rasa simpati, bekas "senior"nya ini telah melindunginya dari terus menjadi "mangsa rebutan" ramai pelajar-pelajar senior lain. Anwar dijaga hinggakan bekas "senior"nya ini terpaksa membawa Anwar pulang ke rumahnya demi menjaga "kehormatan" dan "keselamatan" Anwar dari di"bolosi" oleh senior-senior yang "berebutkan" dirinya.

Namun, setelah bekas seniornya ini tamat belajar di MCKK, Anwar dikhabarkan sudah "hanyut di badai arus". Menurut bekas seniornya, ketika menghadiri satu pertemuan alumni MCKK, dia dikhabarkan bahawa Anwar yang sudah menjadi pelajar senior, telah berubah. Anwar sebagai senior sudah tidak menjadi rebutan, sebaliknya Anwar pula yang berebutkan pelajar-pelajar "junior" di MCKK. Dahulunya Anwar menjadi mangsa "rebutan", tapi kini dia pula berebutkan pelajar lain. Apa yang direbutkannya itu, fikir-fikirkanlah sendiri. Nak tahu lebih lanjut, sila tanya kepada bekas pelajar-pelajar MCKK yang sebaya dengan Anwar!

Anwar masuk Universiti Malaya. Ketika itu, siapa yang masuk universiti sememangnya dilihat hebat dan bijak. Ketika itu Anwar mula menjadi ketua kepada mahasiswa dan mahasiswi. Dikhabarkan juga bahawa Anwar cukup kuat berpersatuan. Anwar adalah pelajar jurusan Pengajian Melayu. Dia sering mengada pertemuan dan perbincangan aktivitinya di sebuah dewan. Khabarnya pula dewan itu di"biayai" oleh sebuah kumpulan dari "barat" yang dikaitkan pula sengan gerakan "underground" yahudi. Diceritakan pula bahawa dewan itu pernah cuba dibakar oleh beberapa pemimpin pelajar yang menghidu bau "busuk" dari dewan itu, namun atas "ketangkasan" Anwar dan konco-konconya, percubaan itu berjaya dipatahkan.

Anwar mula menunjukkan "belang"nya. Dia mula mengajar mahasiswa dan mahasiswi untuk memberontak dan ponteng kelas. Dia mengajar penuntut-penuntut berdemonstrasi jalanan, sedangkan jalan demokrasi terbentang luas ketika itu. Anwar mengajar mahasiswa menjadi kurang ajar pada kerajaan, padahal kerajaanlah yang menyediakan pusat pengajian itu dan memberikan biasiswa percuma kepada mereka. Anwar mengajar mereka bersesak-sesak membaling batu dan beraksi ganas dalam perhimpunannya, sedangkan akhirnya dia bersenang-senang menjadi salah satu pemimipin kerajaan yang ditentangnya ketika itu. Dia untung, mahasiswa mahasiswi jugalah yang rugi!

Ketika Anwar menjadi "Pak Menteri", Anwar telah "menyapu bersih" golongan pelajar yang melakukan demonstrasi jalanan "yang menjadi amalan"nya sebelum itu. Anwar juga telah berjaya mengubah nasib mahasiswa mahasiswi apabila sistem biasiswa dihapuskan dan digantikan dengan sistem "pinjaman pelajaran" yang perlu dibayar balik kepada kerajaan. Anwar ketika dikemuncaknya menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri telah banyak menghapuskan kebajikan rakyat. Sebaliknya dia sebok menghulurkan "pink form" kepada sahabat-sahabatnya untuk memenangi tempat kedua selepas Tun Mahathir ketika itu. Siapa tidak ingat tentang "bapak segala perasuah" ini yang menewaskan Arwah Tun Ghafar Baba dengan kuasa "zeti"nya. Sememangnya tiada bukti yang jelas, namun umumnya semua orang tahu bahawa Anwarlah yang memulakan budaya rasuah ini di dalam UMNO suatu ketika dahulu. Tak percaya? Tanyalah Tan Sri Sanusi dan pemimpin-pemimpin veteran UMNO yang pernah memegang jawatan Menteri.

Dan kini, setelah dipecat akibat kerakusan nafsunya, mengapakah rakyat masih lagi percaya kepada Anwar? Bukankah mahkamah pernah mengesahkan bahawa Anwar meliwat? Bukankah Anwar pernah digelar "aljuburi" oleh Mat Sabu? Bukankah Anwar pernah menempelak Nik Aziz, Hadi, Karpal, Kit Siang dan ramai lagi pemimpin pembangkang? Bukankah Anwar pernah menyalahguna kuasa dan dipenjara? Bukankah dikhabarkan Anwar menjadi "tali barut" rahsia kepada yahudi? Bukankah Anwar pernah cuba "menggadaikan" Malaysia kepada IMF? Bukankah Anwar begitu pandai membuat cerita bohong "arsenik", "Aids", "mata lebam" dan "sakit leher"?

Bukankah Anwar pertualang negara? Bukankah Anwar yang kini yang memcah belahkan perpaduan sesama umat Islam dan bangsa Melayu? Bukankah Anwar yang kini memecah belahkan keharmonian kaum dan menimbulkan perasaan benci sesama kaum di Malaysia? Bukankah Anwar penyebab ketidak stabilan politik negara dengan cerita-cerita rekaan bohongnya? Bukankah Anwar yang tidak mahu bermubahalah? Bukankah Anwar yang tidak bersetuju dengan penyatuan ummah di antara PAS dan UMNO? Bukankah kini Anwar yang menyebabkan PAS dan DAP bergolak? Bukankah Karpal pernah menyuruh Anwar "bertaubat"? Siapa lagi jika tidak Anwar. Itukah Anwar yang di dewa-dewakan? Anwar Pengkhianat Bangsa! Itulah Anwar selayak-layaknya.

Friday, October 23, 2009

EGM PAS - Apa ada dalam hati Nik Aziz?


Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dok sebok berkempen nak suruh buat EGM jugak. Orang lain buat PAU Khas dan EGM, dia pun sebok nak buat EGM juga! "Orang lain ada sofa baru, dia pun nak sofa baru", orang lain ada rumah baru, dia pun nak rumah baru". Macam-macamlah dia ni. Macam ada agenda yang tersembunyi sahaja? Kononnya dia pernah dalam "dilemma" sama ada nak tegur atau tidak ketika kepimpinan PAS di zaman Ustaz Asri menjadi Presiden PAS dulu.

Dah tu siap keluarkan nas hujah dari Al-Quran. Iyaaa..betullah tu. Sememangnya Islam itu mengalakkan teguran sesama individu. Rasulullah pun pernah ditegur Allah. apatah lagi Mursyidul Am PAS. Nik Aziz nak tegur Presiden PAS & Timbalannya sahaja ke? Musyidul Am PAS tu bukan Mursyidul Am Islam, Nik Aziz pun boleh ditegur! Mursyidul Am PAS bukan satu jawatan yang maksum! Sedar-sedarlah diri tu sikit. Bila orang tegur dia, dia tak nak terima. Tapi bila dia tegur orang, dia nak orang terima pulak! Apasal? Dia betul semua ke? Macamana la PAS boleh ambil Nik Aziz ni jadi Mursyidul Am PAS?

Atas rasional itulah Nik Aziz nak buat EGM PAS. Dengan alasan nak "godam" Hasan Ali? Atau mungkinkah Nik Aziz nak "tibai" Presiden PAS? Siapa tahu? Menurut khabar, Nik Aziz kini sedang "berguru" dengan Anwar tentang perihal "Dunia Politik"! Khabarnya Nik Aziz dok tuduh ramai pemimpin PAS sebagai "agen UMNO". Antara "Orang Yang Kena Tuduh" (OKT) oleh Mursyidul Am PAS ni ialah Hadi Awang, Nasaruddin, Hasan Ali, Mustapha Ali, Harun Taib, Taib Azammuddin, dan ramai lagi. Sedap mulut je Nik Aziz "tibai" PAS Terengganu di bawah Hadi Awang. Siap dibandingkan pula Hadi Awang dengan kepimpinan Azizan Razak kat Kedah. Ada apa-apa agenda ke?

Kata Nik Aziz, dia risau dengan "key player" PAS. Risau dengan agenda PAS dok rapat dengan UMNO. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Maklumlah, sebelum ini dialah yang paling kuat menentang hubungan baik dan gabungan PAS-UMNO. Namun ramai pulak pemimpin-pemimpin kananv PAS yang menyokong gagasan "bersahabat dengan UMNO" ni. Itulah yang buat Nik Aziz risau. Sudahlah pengaruhnya semakin teruk merosot, Ramai pulak yang tak "sebulu" dengannya sekarang. Kononnya "siapa yang suka gabungan PAS-UMNO maka merekalah agen UMNO". Tapi Nik Aziz tak sedar pulak dia dah jadi "agen kafir harbi" dan sahabat kepada "agen yahudi alaf baru"!

Lantaklah Nik Aziz oiii..! Orang dah makin "boring" dengan sikap kamu. "Fatwa-fatwa" mengarut dan semakin mengelirukan dari Nik Aziz telah menyebabkan ramai yang memandang Nik Aziz sebagai "orang tua nyanyuk", satu gelaran yang pernah diberikannya kepada Tun Mahathir suatu masa dahulu. Dan kini Tun Mahathir semakin "popular" dan dihormati kawan dan lawan, sedangkan nama Nik Aziz sedang menjunam ke bawah semakin "busuk" di mata rakyat! Apa-apa ajelah Nik Aziz oiii..! Kita cuma berharap andaikata ditakdirkan diadakan EGM Muktamar PAS ini, bersidanglah sebaik mungkin mengikut acuan yang dikehendaki Islam. Belalah Islam, bangsa dan tanahair. Ingatlah bahawa PAS semakin terancam dengan "double standard" oleh PKR dan DAP. Islam, Melayu dan Tanahair pula sudah terancam akibat ancaman PKR dan DAP. Buktinya, keharmonian kaum di Malaysia sudah tercalar akibat hasutan Anwar dan DAP. Mahukah PAS terus bersekongkol dengan mereka lagi? Celik la matamu wahai PAS!

Thursday, October 22, 2009

Siapa nak jadi Speaker DUN?


Mudah! Sangat mudah! Kepada sesiapa yang ingin menjadi Speaker Dewan Undangan bagi mana-mana negeri, maka bolehlah mendapatkan "letter head" surat rasmi Speaker itu dari mana-mana kedai "printing". Sesudah itu, maka bolehlah individu yang "kemaruk kuasa" itu menulis apa saja yang dia mahu. Tulislah apa saja mengikut kehendak hati, sama ada mahu sidang DUN itu hanya boleh dihadiri oleh sanak seaudaranya, sepupu sepapatnya, ketua kampungnya atau "opis boy"nya. Tulislah apa saja. Mungkin individu tersebut boleh menjadi seorang Speaker DUN yang diiktiraf!

Sivakumar, seorang YB yang tak tahu malu telah menggunakan "letter head" Speaker Dewan Undangan Negeri Perak tanpa kuasa. "Suka-suka hati" sahaja "berlakon" seakan-akan dialah Speaker DUN yang "sebenar". Siapa yang tidak menghormati undang-undang, maka bolehlah dikatakan bahawa individu tersebut tidak bertamadun. Dalam hal ini, bolelah dikatakan bahawa seorang India yang bernama V. Sivakumar yang menwakili DUN Tronoh adalah seorang yang tidak bertamadun,mengingkari perintah dan hukum mahkamah. Walaupun YB-YB dari Pakatan Rakyat itu ramai yang bekerjaya sebagai peguam, nampaknya peguam-peguam itu sendiri tidak menghormati undang-undang! Hairan pula, ke mana perginya "Bar Council"? Apakah mereka tidak mengambil tindakan disiplin kepada ahli-ahli mereka yang tidak mendaulatkan undang-undang? "Bar Council" sudah tidak mengamalkan "Rukun Negara"kah?

Cukup menyampah melihat kerenah Sivakumar. Sudahlah tempohari dia tidak menghormati DYMM Raja Nazrin sehingga Baginda terpaksa menunggu lebih dari lima jam untuk merasmikan persidangan DUN. Kini Sivakumar buat perangai lagi. Teruk betul perangainya. Apakah kita boleh menyebut bahawa si Sivakumar ini sebagai "bermoral"? Mungkin Sivakumar "syok sendiri" bersama rakan-rakannya. Sesungguhnya Sivakumar ini hanya layak untuk menjadi "speaker radio", "speaker audio rumah orang kahwin" atau "speaker dewan bawah pokok"! Di situ sahaja tahap individu seperti Sivakumar ini. Akal dan taraf dirinya tidak menepati ciri-ciri seorang pemimpin rakyat. "Low class"..!!!

Bagaimanakah nasib rakyat di Tronoh sekarang? Wakil Rakyatnya sebok "gilakan kuasa". YBnya sebok bersidang di "bawah pokok". Apa yang di"sidang"kan pun tak tahu. Entah "boleh pakai" atau tidak persidangan "ala-ala kedai kopi" tersebut, mereka pun tidak tahu. Tidakkah rakyat di Tronoh merasa malu dengan tindakan Sivakumar itu? Saya yakin ada di antara mereka yang menyesal tak sudah. Ada yang menrungut, ada yang "menjuih bibir". Ada yang dah bosan, malah ramai yang sudah mengisi borang 'Parti Kerajaan". Khabarnya, sudah ada yang sudah tutup cawangan! Kalau ada pun, cawangan itu hanyalah ibarat "hidup segan mati tak mahu". Malu berwakil rakyatkan Sivakumar!

Tuesday, October 20, 2009

Anwar Panas Telinga!

Anwar cuba "cover" telinganya yang panas...

Berdesing telinga! Ada yang tengah berdesing, berasap telinga, panas tak terkata. "Hangin" satu badan! Apa tidaknya? Bila bekas "teman sepermainan" ugut nak buka cerita rahsia yang selama ini di"tutup rapat" di dalam "peti". Nalla mendesak Anwar untuk memberitahu rakyat "rahsia sebenar" mengapa Anwar begitu menyayangi Azmin Ali. Dalam pada itu, Nalla tanpa ragu menyatakan bahawa Anwar dan Azmin sedang berkongsi "rahsia besar yang agak sulit" dari pengetahuan umum. Demi tidak mahu melihat rakyat terus dibohongi, Nallakarupan, mencabar Anwar mendedahkan rahsia tersebut, atau dia sendiri akan mendedahkan perkara tersebut jika tidak diberi pilihan.

Maka ramailah rakyat jelata yang mendengar kenyataan Nallakerupan ini, termasuklah isteri Anwar sendiri, Datin Seri Wan Azizah. Kasihan Wan Azizah, sudah lama dia menderita. Disebabkan "tabiat" suaminya, dia yang menanggung malu. Sengsaranya hanya dia sahaja yang mampu mengerti. Perempuan manakah yang sanggup bermadukan lelaki? Jika bermadukan perempuan masih lagi boleh diterima akal. Malunya bukan kepalang. Malu pada anak-anak. Malu pada sanak saudara. Malu pada masyarakat dan malu kepada rakyat. Bukan baru, "dah lama dahhhh..". Khabarnya sebelum kahwin lagi "tabiat" ini menjadi amalan suaminya. Mahkamah pun pernah jatuh hukum. Cuma terlepas hukuman di dunia, di akhirat nanti tahulah nasibnya.

Berkali-kali rakyat merayu kepada Azizah anak beranak. Terangkanlah apa yang berlaku. Mengakulah kelemahan suami. Bukan pada Wan Azizah sahaja, pada Izzah juga pernah dirayu. Bila rakyat merayu meminta suaminya bermubahalah, suaminya enggan. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak bermubahalah. Sedangkan tindakan itu sedikit sebanyak akan membersihkan nama suami dan anak-anaknya, malah dirinya sendiri dari fitnah dan tohmahan rakyat. Namun, Azizah terpaksa akur dengan keputusan suaminya yang "tak rahu malu" dan terus membiarkan dirinya menderita. Bertuahlah Anwar memiliki Wan Azizah, rela menderita dan sengsara kerananya. Namun, rakyat sedar betapa hebat lakonan Azizah dan anak-anak demi melindungi Anwar dan tabiat "luar tabii"nya.

Mungkin Wan Azizah tidak hanya bermadukan lelaki, malah juga bermadukan perempuan. Dan mungkin juga madunya itu perempuan yang berstatuskan "isteri orang"! Siapa pula yang sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi "santapan boss"nya? Cuab jawab wahai lelaki yang beristeri, sanggupkah kamu berbuat demikian? Mungkinkah itu "rahsia" yang dimaksudkan Nallakaruppan? Mungkinkah lebih dari itu? Adakah kerana kesanggupan suami yang bernama Azmin ini menyebabkan Anwar begitu sayang kepadanya? Sukar untuk ditafsirkan.

Hanya Allah, Anwar dan "mereka-mereka yang menjadi mangsa" kerakusan Anwar sahaja yang mampu menjawab. Allah akan mendedahkan segalanya dipadang mahsyar kelak, itu tidak dapat dinafikan. Jika "mangsa-mangsa Anwar" sekalipun yang mendedahkannya, pasti Anwar akan memutarkan kata-kata retorik dan kalimah "konspirasi"nya. Nak tunggu Anwar mendedahkan salah lakunya sendiri? Jangan haraplah! Manusia begini mana ada perasaan nak mengaku. Dalam dirinya hanya ada satu ayat keramat. "Aku nak jadi PM!" itulah kata pegangannya.

Khabarnya Saiful sudah bosan menunggu. Saiful ditewaskan oleh Anwar dalam "mahkamah media" melalui propagandanya. Ramai rakyat yang "malas berfikir" tertipu dengan "hikayat Anwar penipu" ini. "Tiada kesan fizikal" katanya. Namun, tidak pula Anwar menyebut tentang "KY Jelly"! Alaaahhh...Siapa yang sekumpulan "setabiat" dengan Anwar pasti "kenal benar" dengan jenama "jelly" ini. Wan Azizah tahu ke perihal "jelly" ini? Mujurlah Saiful begitu tenang dan sabar dengan dugaan ini. Saiful sudah bermubahalah. Walau cara mubahalahnya dikritik, niatnya itu membenarkan segalanya. Bukankah "niat" itu bapa kepada segala amalan. Tunggulah Anwar, jika diizinkan Allah, kali ini kamu tidak akan terlepas! Jangan pula kamu guna alasan kamu di"konspirasi"kan pula. Tiada siapa nak berkonspirasikan kamu melainkan kamu yang berkonspirasikan diri kamu sendiri.

Hakikatnya Anwar akan bertemu buku dengan ruasnya kali ini. Kes berprofil tinggi ini akan mendedahkan segalanya. Jika Anwar lepas dari hukuman pun, hukuman Allah belum tentu dia akan lepas. Keputusan untuk tidak bermubahalah sebagaimana kehendak Islam untuk mengelakkan diri dari bahaya fitnah ditolak bulat-bulat. Terimalah akibat menolak cara Islam tersebut. Buat Kak Jijah, anak-anak dan saudara mara, janganlah kecil hati atau bermuram durja. Berapa ramai lagi yang nasibnya menjanda, yatim dan hidup melarat kemiskinan ditinggalkan suami dan ayah. Kak Jijah dan anak-anak masih beruntung kerana pastinya Anwar meninggalkan wang dan aset berbillion ringgit. Tan semua bertuah bergelar "janda billionare" dan "pewaris harta berbillion"! Jadi, janganlah takut kehilangan Anwar. Anwar hanya menyusahkan Kak Jijah & anak-anak sahaja. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sabar sahajalah...

Monday, October 19, 2009

Hikayat Tiga Parti Politik Pembangkang...

Sekadar gambar hiasan ilustrasi ceritera...



Arakian tersebutlah kisah di sebuah negera yang terletak di sebelah tenggara benua asia nusantara akan perihal 3 parti politik yang pelik-pelik benar sifatnya. Ada pun nama ketiga-tiga parti tersebut adalah "Parti Ahli Syurga" yang dikenali sebagai PAS, "Perogol Kehormatan Rakyat" atau nama "glamour"nya PKR, dan parti "Dasar Anak Pendatang" atau nama manjanya DAP. Adapun dihikayatkan bahawa ketiga-tiga parti ini suatu ketika dahulu tidak mahu bertegur siapa, malah maki hamun saja bahasa lunaknya. Kata-kata kurang enak dan "bombastic" seperti "Pak Syeikh Al-Juburi", "Over my dead body" dan seumpamanya sering berkumandang. Namun peredaran masa telah merubah segalanya. Maka terpatrilah ketiga parti bertelagah itu menjadi satu diberi nama "Perosak Rakyat" atau singkatannya PR. Maka saling bertemu dan bersidanglah sesama mereka membincangkan hal ehwal cara-cara "memperdajal"kan parti kerajaan yang sedang memerintah negara. Walaupun pada dasarnya ketiga-tiga parti itu tiadalah sependapat dasarnya, mereka tidak segan silu untuk menyembunyikan kesumat di dalam isi perut masing-masing. Kesumat terhadap satu sama lain disimpan erat di dalam simpulan sanubari.

Maka selepas berakhirnya satu temasya Pilihanraya, Perosak Rakyat akhirnya berjaya merampas beberapa buah negeri dari tangan pihak parti pemerintah. Perosak Rakyat pun memulakan pentadbiran di negeri-negeri jajahan mereka dengan rakus gelojoh. Yang gila kuasa "menjerit gempita" di tengah "Balai Rong" kerana disahkan sebagai "memanda besar" yang tidak sah! Memanda Besar yang berjaya memerintah negeri yang paling maju begitu rakus sekali berbelanja sehingga wang zakat pun cuba diboros nafsunya. Yang seorang lagi pula terkedu termangu apabila ditempelak rakan karib kerana meruntuhkan pusat cucuk makanan hariannya. Namun, masing-masing tetap berlakon di depan rakyat. Kononnya biarlah "nampak mesra".

Namun, derita Parti Ahli Syurga yang sering di"sembelih" oleh Perogol Kehormatan Rakyat dan parti Dasar Anak Pendatang sudah tidak dapat dibendung. Suara PAS itu dipandang sepi dan tidak langsung dihiraukan oleh sahabat-sahabat qaribnya. Baru sedikit bersuara, sudah diherdiknya. Belum membuka mulut, sudah di"tenyeh" lada. Maka terpaksalah menjadi "kuda kepang", tunggangan PKR dan DAP. Maka PAS sudah sampai dikemuncaknya. Kesumat dendam dibuli bagai "budak hingusan" sudah tidak dapat ditahan. Parti Ahli Syurga mula mengatur muslihat, mencatur gerak buahnya.

Dihikayatkan bahawa PAS mula mencari jalan keluar dari gabungan Perosak Rakyat. Dalam diam-diam PAS mula menghubungi pihak parti memerintah untuk bersyura "di dalam selimut". PAS mula berpakat-pakat mahukan gabungan baru bersama parti pemerintah kerajaan. Gerakan halus Parti Ahli Syurga itu juga disambut dengan tangan terbuka serta pelepah nyiur oleh pihak parti pemerintah. Walaupun gerakan yang seumpama itu berjaya dipatahkan oleh "kuda-kuda trojan" parti Perogol Kehormatan Rakyat, namun gerakan itu dikhabarkan telah berjaya dihidupkan semula oleh seorang pemimpin kanan PAS. Itu pun secara "senyap-senyap", kerana takut kena potong elaun!

Perkhabaran itu telah membuatkan Ketua Perosak Rakyat berang dan mengugut untuk melakukan demonstrasi besar-besaran 7 hari 7 malam bersama lebih 7.5 juta rakyat yang berjaya dirosakkannya. Namun, memandangkan bahawa dia tidak mempunyai keupayaaan berpuasa selama itu dan tiada penyokong seramai itu, maka dibatalkan busuk hatinya itu. Maka dengan kadar segera diupahnya para penyiasat persendirian seperti "Magnum P.I", "Inspector Gadjet", "Charlies Devils", "Mossad Sdn. Bhd", "KGB & Co" dan "CIA Inc." untuk menyiasat kesahihan berita tersebut.

Melalui setelit "Burung Gagak di Rimba" agensi hikayat dua ribu dua malam, kami dapati bahawa sumber-sumber berkenaan perkhabaran hikayat moden itu sememangnya benar belaka, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka. Adapun PAS berbuat demikian adalah disebabkan tak tahan dibuli oleh PKR dan DAP, PAS kehilangan sokongan ahlinya sendiri akibat dilihat "kehilangan sebelah telurnya", dan kreadibiliti Parti Ahli Syurga yang sering dicemari oleh najis-najis PKR dan DAP yang perlu PAS bersihkan. Atas dasar muafakat Islam, Bangsa dan Tanahair, maka "parti keramat yang memerintah negara sejak merdeka" mengucapkan Selamat Datang! "Ahlan wa sah lan, wa marhaban bi qudumikum"!

MCA & MIC ke mana hala tujunya?




UMNO sudah menguraikan kekusutan dalaman. UMNO kini semakin pulih dan semakin gagah memperkasakan diri sebagai "tunjang" pentadbiran dan klestabilan politik negara. Bagai mana pula dengan MCA dan MIC? Apa sudah jadi dengan kedua-dua parti komponen BN ini? Apakah sudah selesai kemelut dalaman yang melanda kedua-dua parti ini? Tidak dapat diselindung dari rakyat umum, kemelut dalaman MCA dan MIC tidak dapat tidak telah melemahkan sokongan kaum Cina dan India kepada Barisan Nasional. Kaum Cina dan India yang begitu setia kepada BN selama ini, seakan-akan berpaling tadah dari kepimpinan Kerajaan BN. MCA sendiri kehilangan banyak kerusi dan Presiden MIC sendiri kalah pada PRU-12 yang lalu. Bukanlah ingin menyentuh hal "tepi kain orang", namun keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Sebagai semangat "setia kawan" dan "1 Malaysia" yang dilaungkan, kita sepatutnya menjernihkan kekeruhan sesama kita.

Semua tahu pa yang berlaku pada MIC. Pertikaian jawatan dan warisan "takhta Presiden" menjadi isu utama. Masing-masing berebut-rebut ingin menjadi "orang nombor dua" MIC, sedangkan semua maklum bahawa tugas sebagai Presiden MIC bukanlah satu jawatan yang mudah. Tanggungjawabnya amat berat dan besar. Mampukah individu-individu yang berebut-berebut itu menggalasnya?

Suatu masa dahulu, Tan Sri Sammy pernah bergelut dengan konflik perkauman, pergaduhan berasaskan perkauman dan sensitiviti perbezaan agama. Pernah juga Presiden paling lama itu menyelasaikan pelbagai krisis dan tuntutan melampau yang datang dari kaumnya sendiri. Malah pernha juga Presiden MIC itu menerima pelbagai ugutan dan makian hanya kerana beliau menjawat jawatan Presiden MIC. Kadang-kadang, "pelat"nya menjadi sindiran. Mampukah pemimpin penggantinya menghadapi semua itu? Tidak dinafikan bahawa mungkin juga salah seorangnya sanngup dan mampu menanggung tanggungjawab itu. Namun, cabaran yang bakal dihadapi pastinya lebih hebat dari yang ditanggung oleh Samy Vellu. Jadi, bersedialah seadanya. Jika tak mampu menawan deligasi perwakilan MIC, jangan haraplah nak tawan hati rakyat Malaysia yang lain.

Tak kurang pula kini dengan MCA yang sedang hebat bergolak kini. Tak menang tangan Ong Tee Kiat nak tepis. Penangan datang dari "kawan-kawan"nya jugak. Dari 42 undi, 20 daripadanya tidak menyebelahi Ong Tee Kiat. EGM yang pertama pun tidak mendatangkan hasil yang diharap-harapkan. Selain dari Liow Tiong Lai, tiada apa-apa yang berubah. Itu dari kaca mata luaran. Namun, apa yang berlaku di dalam EGM tersebut tidaklah digembar-gemburkan. Cuma beberapa "clue" dan "hint" yang diberikan. Ong Tee Kiat pula perlu menangani isu PKFZ yang tidak selesai-selesai. Dalam masa yang sama ada yang menyerahkan memorandum undi tidak percaya kepadanya.

Kekesalan dihatinya diluahkan. Kesalnya pada "kawan" yang kini menjadi "api dalam sekam". Tidak pula dinyatakan punca "belot" kawan-kawannya. Liow Tiong Lai pula menyatakan ketidak perluan untuk mengadakan EGM kali ke-2. Apakah kesudahan kisah "getir kepimpinan MCA" kali ini? Apakah UMNO juga yang harus dipersalahkan? Apa pun, kita amat berharap agar kawan kita, MCA, dapat menyelesaikan masalahnya dengan matang dan bijaksana. Tidak dapat dinafikan bahawa MCA sebuah parti politik yang matang dalam percaturan politiknya.

Yang sudah tu, sudahlah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Apa ada pada jawatan dalam parti jika kita hilang sokongan rakyat. Perkukuhkan parti masing-masing demi memenangi keyakinan rakyat dan memperkukuhkan BN sebagai parti unggul pilihan rakyat Malaysia. Mengapa suatu masa dahulu kaum Cina dan India kuat berpegang kepada BN? Takkanlah mereka sokong BN jika BN tidak berjasa kepada kehidupan mereka. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan memperkukuhkan barisan kembali. Demi "1 Malaysia", kita tidak mungkin membiarkan pertualang negara seperti Anwar menjadi PM. Anwar hanya akan merosakkan negara dan rakyat. Belajarlah mendalami erti sebenar "1 Malaysia" dan bukan sekadar melaung sokongan semata-mata. Contohilah UMNO yang bergitu bertekad membina kekuatan. Semoga bersama-sama kita menghancurkan Pakatan Rakyat yang berterusan menipu rakyat. Hidup BN!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!