Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 17, 2009

Perlukah "Dewan Ulama UMNO"?


Pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 baru-baru ini, terdapat usul dari perwakilan Pulau Pinang yang menggesa agar diwujudkan satu jawatankuasa Dewan Ulama' UMNO. Katanya, ianya untuk menjawab segala persoalan mengenai agama Islam untuk pihak UMNO. Ianya juga untuk mengimbangi isu-isu agama Islam yang semakin dipesongkan oleh Nik Aziz Nik Mat yang mengulas secara "play safe" demi kepentingan politik dirinya.

Persoalannya, perlukah diwujudkan "Dewan Ulama UMNO"? Apakah di dalam muamalah agama Islam wujud peranan untuk golongan "Ulama PAS" dan "Ulama UMNO"? Tidakkah Islam itu hanya satu dan satu sahaja pegangan? Pada pendapat saya, adalah tidak relevan sekali untuk mewujudkan satu entiti yang boleh disebut sebagai "Ulama PAS" atau "Ulama UMNO". Pada saya, yang wujud hanyalah "Ulama Islam"! Islam hanyalah satu dan hanya satu sahaja pegangannya tanpa mengira fahaman politik. Jika dibenarkan kewujudan "Ulama UMNO", saya bimbang kelak akan wujud pula "Ulama PKR", "Ulama DAP", "Ulama PPP" dan sebagainya. Di peringkat dunia pula, nanti akan wujud pula "Ulama Fatah", "Ulama Hamas", "Ulama Hizbul Muslimin", "Ulama Ikhwanul Muslimin" dan sebagainya. Bukankah kita sepatutnya hanya berpegang kepada satu jumhur ulama yang dikenali sebagai "jumhur ulama sedunia"?

Pokok pangkalnya, siapa yang mengiktiraf "Dewan Ulama PAS" sebagai "ulama"? Bagaimana pula pengiktirafan "Ulama UMNO" kelak jika diwujudkan? Saya bimbang jika kewujudan "Dewan-Dewan Ulama" ini akan memberikan "fatwa" yang tidak diiktiraf, tidak disepakati dan "berat sebelah" kepada "Dewan Politik" masing-masing. Cukuplah pertelagahan sesetengah pihak berkenaan maslahah dan khilaf pendapat dari keempat-empat mazhab. Tidak cukupkah dengan 4 mazhab yang telah disepakati oleh Ahli Sunnah wal Jama'ah. Tidak perlu wujud "mazhab PAS", "mazhab UMNO" atau mana-mana mazhab lain di Malaysia. Di Perlis yang mengamalkan keempat-empat mazhab sudah cukup memberikan pertikaian dan perselisihan faham. Jangan pula ditambah dengan pertikaian yang baru.

Biarlah PAS dengan "Dewan Ulama"nya. Biarlah mereka "syok sendiri" dengan kewujudan "mazhab baru" yang begitu "berat sebelah" kepada fahaman politiknya. Biarlah PAS sahaja yang memperalatkan Islam sebagai "umpan memancing undi". Tidak perlu rasanya UMNO "meniru" PAS jika ikhlas mahu berjuang demi Islam. Kerajaan kita sudah cukup menyediakan segalanya mengenai Islam. Malah diwujudkan satu kementerian khas yang menjaga Islam dan muamalahnya di Malaysia. Usahlah kita menira PAS yang sangat sinonim dengan "fatwa-fatwa" mengarutnya. Majlis Fatwa Kebangsaan sudah ada. Perkasakan sahaja apa yang kita ada. Jika perlu, ajaklah mereka-mereka yang "konon"nya "Dewan Ulama PAS" itu bersidang bersama. Ketepikan soal politik mengenai agama Islam. Sesungguhnya Islam itu tidak mengenal PAS, UMNO atau PKR!

Saya hemat saya, para perwakilan juga harus fikir semasak-masaknya untuk membentangkan usul-usul yang agal senstif. Usahlah kita menurut perasaan ketika memperjuangkan sesuatu, walaupun kita dipihak yang benar. Sesungguhnya kita akan memperolehi kebenaran dan kemenangan perjuangan jika kena dengan caranya. Rujuklah kepada Islam dahulu sebelum merujuk kepada perkara-perkara dunia. InsyaAllah, segalanya akan diredhai. Saya bukanlah begitu tinggi ilmu agama sebagaimana As-Shafie' yang dimazhabkan ajarannya, namun saya beragam Islam dan aqidah saya adalah syahadah yang saya ucapkan setiap hari. Saya berdosa dan berpahala. Saya bertaubat dan mengucapkan syukur kepadanya. Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Islam dan UMNO. Bersyuralah, kerana syura juga digalakkan di dalam muamalah Islam. InsyaAllah, kita akan diberi petunjuk olehNya.

Anwar Dajjal Malaysia?

Inikah rupa "dajjal bermata satu"?


Melayu diiktiraf perlembagaan Malaysia sebagai satu kaum pribumi asal Tanah Melayu ini. Sejak sebelum kemerdekaan dicapai, kepulauan semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Institusi Kesultanan Melayu diiktiraf segenap pelosok dunia. Penjajahan diakhiri dengan tertubuhnya Malaya dan kemudiannya Malaysia. Secara asasnya, Kaum Melayu diikitraf sebagai pribumi asal yang paling berpengaruh memperjuangkan kemerdekaan melalui tertubuhnya UMNO. Secara mudah akal, UMNO dilihat sebagai pencetus perjuangan kemerdekaan. Kaum Melayu dilihat sebagai satu kaum yang begitu vokal, bersatu, bersetia dan sedia berkhidmat kepada rakyat yang mendiami Tanah Melayu yang berbilang bangsa ini.

Namun, sejak lima ke enam tahun kebelakangan ini, kekuatan Melayu di negara ini kelihatan begitu merosot. Jatuh merudum dengan pelbagai dakwaan dan hasutan dari dalam dan luar negara. Dari mana datangnya dakwaan dan tuduhan ini? Adakah dakwaan ini tidak wujud sebelum ini ketika Melayu berada di dalam keadaan stabil dan kukuh bersatu? Ketika di era pentadbiran Perdana Menteri yang bernama Mahathir Mohammed, apakah ada yang berani membuat provokasi perkauman dan huru hara yang mampu menggugat kestabilan negara? Anda semua pasti ingat betapa hebatnya penyatuan kaum Melayu ketika itu dan betapa hebatnya Malaysia dipersada dunia. Kita begitu lantang di peringkat antarabangsa serta disegani oleh pihak kawan dan lawan. Akibat busuk hati dan gila kuasa seseorang, Malaysia menjadi tidak stabil dan huru hara keadaannya. Siapakah pencetus huru hara itu?

Individu tersebut adalah tidak lain tidak bukan, dia ialah Anwar Ibrahim. Pengkhianat negara ini sebok menyusun strategi di luar negara untuk mencapai matlamat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Setelah dipecat oleh Mahathir, Anwar begitu berdendam untuk mengetuai kerajaan Malaysia dan seterusnya membalas "dendam" kepada individu yang memecatnya dari kemuncak cita-citanya. Bagi saya, Anwar hanya mahu menjadi Perdana Menteri, namun bukan bekerja sebagai Perdana Menteri. Kerja-kerja yang dilakukan sebelum ini lebih terdorong kepada sifat busuk hati, mencetus huru hara dan mencetuskan perasaan perkauman terhadap rakyat Malaysia.

Dia memecah belahkan keharmonian kaum dengan "janji-janji manis yang berbisa", sehingga ramau rakyat yang terpesona dengan tawarannya. Ingatkah anda kepada sifat "dajjal"? Bukankah Dajjal Laknatullah menjanjikan kemanisan palsu di dunia dan akhirnya menberikan kerosakan secara total kepada setiap individu? Apakah anda merasakan bahawa Anwar tidak bermiripkan sifat "dajjal" itu?

Anwar berjaya memecah belahkan perpaduan kaum Melayu sebagai tunjang keharmonian negara. Melayu dipecahkan kepada 3 kelompok terbesar apabila Anwar menyuruh isterinya menubuhkan Parti Keadilan Rakyat. Pepecahan Melayu ini telah merobek kekuatan Melayu yang selama ini begitu subur dijaga. Anwar tanamkan rasa kebencian di antara Melayu dan Melayu yang lain. Dihasutnya PAS yang sebelum ini menjadi pembangkang Melayu yang "sihat" kepada pembangkang Melayu yang "boleh diperkudakannya". Setelah itu, Anwar terus berkempen menimbulkan perasaan benci kaum lain terhadap Melayu. Sedangkan dia sendiri Melayu!

Anwar pernah menyerang Mahathir dengan mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri itu adalah bukan asalnya dari keturunan Melayu. Namun, sedarkah Anwar bahawa pendakwaan itu juga begitu rapat dengan asal usul keturunannya. Cuba lihat dan selidik asal usul keturunan Anwar. Cuba lihat sanak saudara Anwar. Cuba lihat paras rupa bapa saudara dan adik beradik Anwar yang lain. Anwar mungkin sedikit "cerah" berbanding sepupu sepapatnya. Tak payahlah saya menceritakan disini, anda semua carilah sendiri dari mana asal usul Anwar.

Anwar terus menanam kebencian rakyat kepada Melayu, khususnya UMNO. Setelah dipecah belahlah Melayu UMNO dengan pelbagai fitnah, Anwar menghasut pula kaum lain untuk terus membenci UMNO. Anwar pergi ke Sarawak, di"cucuk"nya kaum pribumi di sana. Anwar pergi ke Sabah, dia cucuk pula kaum-kaum di sana. Dijanjikan jawatan utama kerajaan. Sehingga jawatan Perdana Menteri pun di"tabur"nya merata. Maka terpesonalah mereka-mereka yang mendengarnya. Percaya dengan kata-katanya, maka mereka semua mengharap dengan janji "16 September"nya. Namun setelah dua kali 16 September menjelma, "janji"nya tidak kunjung tiba juga. Bila ditanya kepadanya, maka pandailah pula lidahnya membelit kata dengan alasan-alasan subjektif. Sedangkan dia sudah menjanjikan "fakta sejarah" sebelumnya. Namun, mereka-mereka yang "buta" masih terpesona dengan penipuan "dajjal" ini.

Sedarlah kaum Melayu! Penyatuan antara kita akan menjanjikan kemajuan, keharmonian, pengisian spiritual yang tiada tolok bandingnya, kerohanian yang jitu, kehebatan Malaysia yang tidak pernah disangka dan kestabilan negara yang begitu kukuh asasnya. Cuba bayangkan jika kaum Melayu UMNO dan Melayu PAS bersatu. Bukankah ini akan memperhebatkan lagi penyatuan ummah. Apa bezanya UMNO dan PAS dari segi keanggotaan? UMNO majoritinya Melayu dan PAS juga Melayu! Jika PAS bertumpu kepada Islam yang universal penganutnya, mengapa pula PAS tidak membuka keanggotaan kepada "kelab penyokong PAS" yang bukan Islam? Tidak perlu membubarkan PAS, sertailah BN. BN sering mempelawa, PAS juga khabarnya "mahu", namun "terbantut" pula oleh "bisikan" De Facto PKR yang membantah! PAS kena ikut cakap Anwar? Mengapa pula? Apakah sebelum ini PAS tidak boleh hidup tanpa PKR? PAS ber"tuan"kan Anwar ke?

Nampak sangat Anwarlah "master mind" di sebalik pepecahan Melayu. Dia berusaha memecahkan Melayu UMNO. Setelah berjaya, ditanam pula kebencian Melayu PAS dan PKR kepada UMNO. Setelah itu, difitnahnya pula UMNO dengan pelbagai tohmahan. Kononnya dia "tahu" apa yang ada di dalam UMNO dan kerajaan. Namun, dia tidak tahu bahawa semua ahli UMNO dan rakyat "sudah tahu" auta besar yang ada pada dirinya. Siapa tak tahu dengan "Anwar dan pink form"nya? Siapa tidak tahu "yahudi dan nasrani yang begitu redha dan menyokong Anwar"? Siapa yang tidak tahu kini Anwar dengan "penipu rakyat"nya. Nama rakyat dijual demi mencari sokongan. Nama UMNO dibusukka sebagai serangan politik. Dipuji pula dirinya dikhalayak ramai. Namun, salah lakunya disimpan kemas di dalam peti besi! Begitulah sifat "pengkhianat bangsa"! Mungkinkah dia boleh dikategorikan sebagai "Dajjal Malaysia"?

Friday, October 16, 2009

Zaid VS. Azmin: Krisis terbaru PKR.


Tak habis-habis dengan krisis. Macam-macam krisis. Krisis kepimpinan, krisis dasar, krisis berebut kuasa, krisis moral, dan macam-macam krisislah yang ada. Itulah Pakatan Rakyat, sebuah pakatan "haram" yang tidak surut-surut dengan kemelut dalaman walaupun baru setahun jagung diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Terbarunya ialah krisis Zaid Ibrahim VS Azmin Ali.

Parah jugalah dengarnya sehingga Malaysiakini pun tidak segan silu membuka "pekung dalam kain" PKR. Zaid Ibrahim sudah disahkan memohon cuti selama 6 bulan dari PKR. Maknanya Zaid tidak akan masuk campur atau menghadiri mana-mana aktiviti PKR selama 6 bulan! Zaid sudah menyerahkan "borang cuti"nya pada setiausaha "boss"nya. Tak tahulah sama ada "approve" atau tidak. Yang pastinya, "cuti" Zaid Ibrahim ini lebih lama dari "cuti menenangkan fikiran" Eli Wong. Tapi jangan salah faham pula, difahamkan "cuti" Zaid ini tiada kena mengena dengan "gambar bogel"!

Difahamkan bahawa Zaid mengambil cuti panjang disebabkan dirinya yang di"kais" ke tepi oleh kepimpinan kanan PKR. Difahamkan juga bahawa "anak emas" Anwar pengkhianat bangsa yang bernama Azmin Ali, telah mula ber"seteru" dengan Zaid. Kecoh! Diceritakan pula senario Azmin "naik angin" pada kepimpinan PKR di Sabah dan Sarawak. Begitu marah Azmin kepada kepimpinan PKR Sabah & Sarawak hinggakan "god father"nya sendiri pun tak boleh tenangkan! Betul punya marah ni!

Khabarnya, Zaid pula dijemput ke Sabah untuk menghadiri Majlis Aidilfitri, namun khabarknya jemputan itu bukanlah "jemputan", sebaliknya "jemputan" itu hanyalah sekadar "alasan" untuk Zaid ke sana untuk menyelesaikan kemelut "bantahan" kepimpinan kepada Azmin di Sabah. Dek kerana "prejudis", Azmin pun mencari jalan supaya pemergian Zaid di"sekat". Dan kerana menurut kemahuan "anak emas"nya, maka Zaid dihalang oleh De Facto PKR untuk ke Sabah. Tapi Si Zaid degil, maka teruslah bekas memanda lantikan Pak Lah itu meminta "cuti". Menenangkan fikiran kot?

Apa pun ketika ini, rakyat semakin jelas dengan "rupa sebenar" PKR. PKR tidak dilihat lagi sebagai pembela rakyat, malah parti itu lebih dilihat sebagai "penipu rakyat". Lihat saja Makkal Shakti yang telah dimanipulasi oleh Anwar sehingga mencetus huru hara pada keharmonian kaum yang selama ini dinikmati oleh segenap rakyat Malaysia. Difahamkan, Makkal Shakti semakin lebar jurangnya dengan Anwar si Penipu. Malah Makkal Shakti juga dilihat semakin menyesal dengan "ketelanjuran" mereka sebelum ini.Lihatlah rakyat semua, betapa PKR telah menipu semua penyokongnya selama ini. Apakah kita semua rela terus ditipu hidup-hidup oleh pengkhianat bangsa yang berkepentingan diri seperti mereka? Fikir-fikirkan lah....

UMNO segar dihati rakyat.


Berakhir sudah Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Telah bersidang, telah berusul. Telah dirasmi dan telah ditangguhkan perhimpunan parti keramat sebuah bangsa asal, pribumi yang mendiami tanah negara ini. Sebuah bangsa yang begitu berdaulat dengan Kesultanan DiRajanya. Sebuah negara yang begitu terkenal dengan demokrasinya. Dan sebuah negara yang begitu agung dengan gelaran "sebuah negara Islam contoh" oleh nagara-negara Islam di seluruh pelosok dunia. Sudah terkenal negara Islam yang dipimpin oleh UMNO ini. Setelah berjuang dan berjihad memperjuangkan sebuah kemerdekaan tanahair, bangsa bersatu yang bergelar UMNO ini terus melangkah gagah menerajui kepimpinan negara bertuah Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa UMNO dan rakan-rakan Barisan Nasionalnya telah dilanda "malapetaka" semenjak 5 tahun sebelum ini. Namun, nampaknya segalanya semakin pulih. Segalanya semakin menyinar untuk UMNO. Segalanya semakin gagah sejak UMNO dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Arus perubahan yang dilaungkan bukanlah sekadar retorik. Segala telah dibuktikan ketika beliau mengumumkan barisan kabinetnya yang baru. Beliau begitu jelas telah melantik pemimpin-pemimpin yang "hanya mahu berubah" untuk "duduk sekapal" mengembeling tenaga bersamanya. Namun begitu, itu bukanlah bermakna beliau meminggirkan pemimpin-pemimpin yang di"gugur"kan. Beliau tetap menghargai mereka sebagai "mereka-mereka yang pernah berjasa" kepada UMNO.

Kita tahu bahawa pelbagai perubahan telah dilakukan di dalam kepimpinan Datuk Seri Najib sejak mengambil alih tampuk Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Sejak menjawat jawatan nombor 1 negara, beliau telah banyak memperkenalkan dasar-dasar baru negara yang begitu efektif untuk negara. Salah satunya ialah "1 Malaysia". Begitu "gah"nya laungan 1 Malaysia sehingga menjadikan kem "Perosak Rakyat" begitu gundah gulana. Dari hari ke hari, rakyat semakin yakin dengan laungan ini yang tidak hanya sekadar retorik semata-mata. Dasar yang begitu dekat dan prihatin dengan rakyat kini disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dan kaum, sama ada yang miskin, sederhana atau kaya. Syabas kepada Perdana Menteri kita. Kepadanya, begitu besar harapan seluruh rakyat diletakkan.

Setelah menjawat jawatan nombor wahid di dalam parti UMNO, Datuk Seri Najib begitu prihatin dan sedar bahawa perubahan secara besar-besaran perlu dilakukan. Sejak awal ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, beliau beribu-ribu kali menyebut kalimat "ubah", "berubah", "ubahlah" dan "perubahan". Ketika itu, ada yang mencebik, ada yang sinis dan ada juga yang begitu lantang menyokong. Bagi yang mencebik menjuih mulut, maka sedarlah mereka sekarang bahawa tiada tempat untuk mereka sebagai pemimpin parti keramat ini. Bagi mereka yang sinis, terloponglah mereka dengan sindiran sinis itu kembali kepada mereka. Dan bagi yang menyokong, nampaknya merekalah pemimpin-pemimpin yang sememangnya mahu "berubah". Ternyata, Datuk Seri Najib begitu komited dengan perubahan. Sistem kuota yang telah di"salah guna" pakai oleh beberapa pemimpin berkepentingan telah dimansuhkan. UMNO juga telah diperkenalkan dengan sistem pemilihan kepimpinan yang baru. Tunggulah pemilihan yang akan datang, belum tentu lagi yang memegang jawatan sekarang akan dipilih. UMNO sudah semakin pulih dari anasir-anasir peninggalan Anwar "pengkhanat bangsa"!

Alhamdulillah, kini UMNO semakin subur. Perubahan tampuk kepimpinan sudah mula meyakinkan segenap lapisan rakyat. Kita amat berharap agar Datuk Seri Najib tidak berhenti disitu sahaja. Ingatlah kata-kata nasihat seorang negarawan ulung yang terus berjuang selagi nyawa dikandung badan, "Perjuangan kita belum selesai!". Datuk Seri Najib harus meneruskan langkah pahlawan Melayu demi Islam, bangsa dan Tanah Melayu ini dari terus dirosakkan oleh "Si Kitul alaf baru", Anwar Ibrahim "Pengkhianat Bangsa". Syabas UMNO, syabas Najib! Bersama-samalah kita kukuhkan kembali parti keramat, pembela sebenar nasib rakyat dulu, kini dan selamanya!

Sunday, October 11, 2009

Gempar di Bagan Pinang..!


Suasana begitu panas ketika ini di Bagan Pinang. Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang telah menimbulkan beberapa kejadian yang menggemparkan. Malah dikhabarkan bahawa beberapa bangunan dan premis ber"gegar" sepoi-sepoi bahasa akibat kegemparan pilihanraya kecil kali ini.

Menjelang pukul 6.00 petang, kejadian-kejadian "gempar" telah melanda di sekitar DUN Bagan Pinang. Dikhabarkan bahawa beberapa bangunan dan premis bergegar secara "ajaib" apabila BN dilaporkan mendahului perkiraan undi tidak rasmi. Dikhabarkan juga bahawa kiraan tidak rasmi ini telah mengatasi majoriti BN pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Berikutan khabar yang "tidak dapat diterima akal" penyokong-penyokong Pakatan Rakyat itu,beribu-ribu "jin-jin, setan-setan, hantu-hantu dan seluruh makhluk ghaib" telah bertindak menggegarkan banyak bangunan di sekitar Bagan Pinang sebagai tanda protes. Dikhabarkan juga bahawa "makhluk-makhluk halus" mengamuk akibat undi-undi mereka "tidak dikira pakai" pada pilihanraya kecil ini. Malah ada diantara mereka yang meraung-raung dan berguling-guling ditengah jalan sambil memegang bendera "bulan purnama"!

Selain itu, dilaporkan juga bahawa berpuluh-puluh ribu penyokong-penyokong pembangkang dari luar Bagan Pinang mendakwa bahawa mereka ternampak "beribu-ribu kertas undi" Pilihanraya Kecil Bagan Pinang terapung-apung di sekitar pantai Port Dickson dan dilongkang-longkang sekitarnya. Gempar seketika di situ. Menurut beritanya, penyokong pembangkang tersebut yang bekerja di sektor awam itu tidak berani mengutip kertas-kertas undi tersebut, apatah lagi untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak yang berkuasa. Menurutnya, dia bertindak begitu kerana takut "dibuang kerja". Namun, setelah diteliti oleh beberapa rakannya, mereka mengesahkan bahawa "kertas-kertas undi" tersebut adalah kertas-kertas undi yang dihanyutkan arus laut dari Sungai Batang Ai di Sarawak. Gempar sekali lagi!

Bagan Pinang juga menjadi "gempar" apabila penyokong-penyokong pembangkang tidak puas hati apabila tidak dibenarkan mengundi di pusat pengundian. Kelihatan berpuluh ribu penyokong pembangkang berhimpun di setiap pusat pengundian, termasuklah beberapa ribu "hantu", "jin" dan "puaka Nyiang Rapek". Mereka membuat provokasi terhadap pihak berkuasa dan penyokong BN dengan membaling botol air, memaki hamun dan mencarut, diselang-selikan dengan taburan fitnah yang meracun minda.

Oleh kerana tidak tahan dengan provokasi tersebut, pihak berkuasa difahamkan telah "melayan" permintaan penyokong tegar Pakatan Rakyat tersebut. Namun, sekali lagi mereka di"reject" apabila pihak berkuasa mendapati bahawa mereka itu semua adalah pengundi-pengundi luar yang hanya "menyebok" di Bagan Pinang. Menurut laporan, bilangan "penyebok-penyebok" pembangkang itu beribu-ribu jumlahnya dan jauh melebihi bilangan semua pengundi di Bagan Pinang.

Dibeberapa pusat pengundian, dikhabarkan terdapat beberapa "pawang", "dukun", "bomoh", "ahli silap mata" dan "kawan-kawan Harry Potter dan Professor Dumble Door" yang berkeliaran sambil mulut terkumat kamit, disyaki membaca "mentera semerah padi". Berikutan itu, beberapa pihak dari penyokong pembangkang mendakwa bahawa BN telah menggunakan "ilmu sihir" pada PRK Bagan Pinang ini. Namun setelah disiasat oleh "SELDOG", rupa-rupanya BN menggunakan "ilmu hisab" yang jauh lebih bertamadun dari corak pendakwaan "pagan" pembangkang. Menurut laporan, BN telah meminta Suruhanjaya menggunakan "ilmu hisab" di dalam proses pengiraan undi, walaupun ada sesetengah pihak membantah "method" tersebut kerana kiraan undi untuk BN tinggi macam gunung, dan PAS rendah macam bukit! Hakikatnya, pembangkang sememangnya "tidak bertamadun" dalam pendakwaan liar dan fitnah.

Nampaknya, doa dan solat hajat dari pihak UMNO lebih diterima Allah kali ini. Walaupun PAS juga dikhabarkan membuat solat hajat dan doa, namun mungkin kali ini permintaan mereka tidak di"qabul"kan Allah berikutan mereka hanya Islam di"nama" dan "I.C". Malah mereka begitu bijak membantah seruan Allah apabila bersekongkol dengan "kafir harbi" yang secara terang-terangan menolak dan menghina Islam. Hakikatnya, PAS kini sedang berada di dalam kemelut politik setelah dihina, diperalat dan diperkudakan di negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat apabila "suara" mereka diherdik macam "budak berhingus" oleh DAP dan PKR. Mereka sebenarnya "mahu" bersama UMNO dan menubuhkan kerajaan campuran, tapi mereka "malu"! Jika "malu" jawapannya, maka teruskanlah menjadi "kuda tunggangan" PKR dan DAP.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!