Thursday, October 29, 2009

Apa Jadi Dengan Puteri di Utara???


Maka sekonyong-konyong terdengarlah akan cerita di sebuah pejabat UMNO negeri di utara, akan perihal seorang "puteri" yang telah diberikan surat berhenti kerja. Disebutkan juga akan "puteri" itu telah diberikan 5 sebab oleh pihak majikannya untuk diberhentikan.

Ada pulak orang bercerita, "puteri" ni dah lama kerja kat pejabat UMNO tu. Oleh kerana dia dah kerja kat situ sejak zaman Ketua Puteri yang dulu-dulu, maka "puteri" ni di"cop" sebagai "orang Ketua-Ketua Puteri lama". Maka depa kata Ketua Puteri baru pun cari alasan untuk berhentikan perkhidmatan "puteri" tersebut. Tak tau la betoi ke tidak, tapi dengaq cerita lagu tu laaa...

Dengaq kata dari si empunya cerita, maka menangislah "puteri" tersebut mengenangkan nasib dirinya yang diberhentikan. Tiap-tiap hari dok menangis. Maklumlah, gaji dia tak la besaq mana kat situ. Cukuplah untuk beli susu anak. Umur anaknya baru 8 bulan kalau tak silap. Suaminya baru saja berhenti kerja kat KL sebab nak cari kerja kat Kedah. Tak sanggup berpisah jauh dengan anak bininya. Maka haru birulah jadi hidup si "puteri" sekeluarga...

Aku heran jugak. Kalau betoi la cerita ni, aku rasa ada yang tak kena kat sini. Kena check balik decision tu. Nak kata UMNO "utara" tu tak mampu nak bayaq gaji, takkan kot? Kalau kata nak kurangkan pekerja, awat dia sorang ja yang kena berhenti? Tak dapat VSS pun? Ada udang disebalik meggi ka? Awat Ketua Puteri tak bela nasib "anak buah"nya yang dah lama kerja kat situ? Sekurang-kurangnya, tak payah la berhentikan dia macam tu. Kalau nak dia berhenti pun, nasihat la dai cari kerja lain dan berhenti sendiri. At least, kebajikan hidup dia terjaga. Apa hangpa rasa kalau hangpa jadi dia? Bayangkan...

Tapi, aku tak buleh la dengaq sebelah pihak ja...anyaway, kalau ada sesiapa yang nak menjawab isu ni...silakanlah...aku tak kisah. Anyway, kita nak benda jadi elok. Sama-sama la kita perbaikkan diri. Berubah kearah kebaikan dan perpaduan UMNO, bukan dak berkelahi dan berpuak-puak macam dulu! Tu budaya ciptaan Anwar Ibrahim tu!

Monday, October 26, 2009

Nik Aziz Vs. PAS?!


Nik Aziz cukup tertekan sekarang. Gesaannya untuk mengadakan EGM Muktamar PAS ditentang hebat oleh ramai pihak. Ustaz Harun Taib sebagai ketua Dewan Ulama PAS sekeras-kerasnya menolak gesaan "mursyidul am" PAS ini. Terdengar pula "sembang-sembang" mengatakan bahawa Nik Aziz menjadi "balaci" kepada beberapa "dalang" yang mendorong kepada EGM itu. Nik Aziz yang sudah "tua" dibebani dengan tekanan demi tekanan, namun "nafsu politik"nya masih gagah untuk "berlakon" di depan media dan menafikan wujudnya "dalang" disebalik gesaan EGMnya itu.

Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulama PAS dan Nik Aziz pula "mursyidul am". Namun, dalam kes EGM ini, mereka berdua tidak sependapat. Nik Aziz kata PAS sedang mengalami masalah kepimpinan proUMNO, sedangkan Harun Taib menafikan kemelut yang melanda kepimpinan PAS. Yang mana satu yang "boleh dipakai"? Mursyidul Am yang memberi cadangan peribadi atau sebuah Dewan Ulama yang dianggotai oleh ulama-ulama PAS? Siapa yang menipu rakyat? Mursyidul Am atau Dewan Ulama'?

Pada ketika artikel ini ditulis, sudah panas kedengaran mengenai timbulnya 2 pihak berbalah di dalam PAS. Satunya diwakili oleh kumpulan Nik Aziz dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Nasaruddin. Nik Aziz dikatakan membawa "suara" Anwar, Anuar Bakhri, Khalid Samad dan Husam bersama-sama "erdogan"nya. Manakala Nasaruddin dilihat sebagai membawa "suara" Presiden PAS Hadi Awang, Harun Taib, Mustapha Ali, Hasan Ali dan pemimpin kanan PAS yang dikatakan "pro-perpaduan ummah Islam Melayu" atau lebih dikenali sebagai "proUMNO".

Mengikut senario ini, kita dapat perhatikan dua kelompok yang jauh berbeza. Satu kelompok "erdogan" profesional dibawah "tangan ghaib", yang berjaya "memperkudakan" Nik Aziz "tanpa disedari" oleh "kuda" itu sendiri. Nampaknya mereka agak "berjaya" dan nampaknya "kuda" yang agak "lurus bendul" dalam bidang politik itu "termakan rumput beracun" hidangan "erdogan". Bila "kuda" cuba disedarkan oleh "anak kuda", si "kuda" begitu sombong meng"hadiah"kan "sidekick"nya kepada anaknya sendiri. Senag sekali Nik Aziz dipermainkan oleh "orang-orang baru" yang menyusup masuk PAS.

Kelompok yang kedua pula mewakili satu "jemaah" golongan lama. Walaupun kumpulan ini dikatakan diketuai oleh Nasaruddin, kelihatan "bayang-bayang" Presiden PAS di"belakang"nya. Bukankah Hadi Awang yang memulakan "cetusan" perpaduan di antara PAS & UMNO pada Muktamar PAS yang lepas? Mustapha Ali, Harun Taib dan Hasan Ali pula adalah di pemimpin yang menyokong "idea" Presiden PAS ini. Namun, disebabkan oleh "suara" dari "mursyidul am" PAS yang membantah perkara yang diseru Allah ini, maka "terbantut"lah sedikit idea ini. Tentulah mereka tidak mahu "mengeruhkan" keadaan dengan berbalah terang-terangan, namun gerakan "bawah tanah" bersama UMNO dikhabarkan begitu "aktif" dan "lancar". Sejauh mana "gerakan" itu, hanya Allah dan "mereka-mereka yang terlibat" sahaja yang tahu!

Nampaknya "Mursyidul Am" PAS kini lebih terpinggir keseorangan. Di usia "senja"nya, dia semakin kuat "mengarut" dengan "fatwa-fatwa" politik yang menghalalkan segenap cara untuk meruntuhkan perpaduan umat Islam di Malaysia. Semakin hari, Nik Aziz semakin "nyanyuk" dalam percaturanya sehingga senang ditipu oleh "orang-orang" dikiri dan kanannya. PAS teruk di"belasah" sama ada oleh pihak BN mahupun kawan-kawan "syaitan"nya. Akibat teruk dibuli oleh kawan-kawan "syaitan"nya jugalah maka pemimpin-pemimpin kanan PAS bertindak bijak untuk memikirkan sesuatu yang terbaik untuk mengenal siapa "kawan" dan siapa "lawan". Nampaknya mungkin Hadi, Nasaruddin, Mustapha Ali, Harun Taib, Hasan Ali dan ramai lagi yang "celik". Hanya seorang sahaja yang masih "kelam dalam kegelapan". Siapa orang itu? Faham-faham sajalah. "Clue"nya? Dia yang dimaksudkan kononnya "dia" maksum, memiliki "cop mohor ke syurga" dan "sentiasa benar dan tiada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka" adanya...

Saturday, October 24, 2009

PAS Selangor Derhaka Pada Nik Aziz?


PAS Selangor tolak saranan Nik Aziz untuk mengadakan EGM Muktamar PAS. Kata "Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini."

Nampaknya PAS Selangor adalah yang pertama membantah permintaan Nik Aziz kali ini. Nik Aziz beriya-iya menulis dalam blognya (walaupun bukan dia yang tulis pun) untuk mengadakan EGM Muktamar PAS. Kononnya Nik Aziz memberi alasan bahawa terdapat pergolakan dikalangan "beberapa kerat" pemimpin kanan PAS. Nik Aziz juga menyebut beberapa nama yang dianggapnya tidak mahu mendengar katanya. Antara yang disebutnya ialah Hadi Awang selaku presdien yang diibaratkan sebagai "Pak Lah" di dalam PAS, Nasaruddin Mat Isa selaku TImbalan Presiden yang kononnya bukan pilihannya, Hasan Ali dan Mustapha Ali yang dianggap duri dalam daging yang cuba menyatukan ummah Melayu Islam bersama UMNO.

PAS Selangor tentunya tidak puas hati dengan Nik Aziz kali ini. Apa tidaknya? Nama Hasan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor telah didakwa sebagai "proksi jahat" yang menjadi agen UMNO. Hasan Ali diibaratkan sebagai Iran yang dianggap sebagai proksi kejahatan oleh Amerika Syarikat. Sedangkan Hasan Ali sendiri tidak menang tangan menepis segala tohmahan kepadanya. Sudah Hasan Ali teruk dipersendakan dan dierang oleh UMNO Selangor sebelum ini. Belum sempat Hasan menjawab, ditempelak pula oleh Ronnie "The Don", Khalid Ibrahim dan konco-konconya. Tidak habis disitu, pemimpin PAS pula "tibai" dia. Hampir-hampir "knock-out" dibuatnya. Namun, Hasan Ali tetap dibela oleh PAS Selangor. Maklumlah, PAS Selangor sendiri tahu bagaimana PAS di"permain"kan, di"persenda"kan dan di"perkuda"kan oleh PKR dan DAP. Kalau diserang oleh UMNO bolehlah mereka tahan, sebab UMNO dipihak pembangkang. Tapi "kawan-kawan" mereka pula yang "hentam balun", terang-terangan pula! Siapa yang tak "hangin"!

Nik Aziz bagaikan berniat tidak baik kali ini. Mungkinkah Nik Aziz membawa agenda peribadi atau agenda "pihak ketiga"? Siapa "pihak ketiga" itu? Si "De Facto"kah? Khabarnya Nik Aziz sudah lama dikelilingi oleh puak-puak "erdogan" di dalam PAS. Malah dikatakan bahawa "erdogan-erdogan" ini telah mula menunjukkan "true colours". Sayangnya Nik Aziz kepada "erdogan" hinggakan teguran anaknya sendiri pun ditolaknya. Apa Nik Aziz tidak pernah tersilap percaturankah? Apa Nik Aziz tidak boleh ditegur? Apa Nik Aziz tidak boleh menerima tegurankah? Bukankah Nik Aziz sendiri selalu menghentam Hadi Awang untuk berani menerima teguran? Nik Aziz lupa ke?

Mungkinkah ada lagi PAS Negeri lain yang berani bertindak seperti PAS Selangor? PAS di negeri-negeri lain beranikah nak "melawan" Nik Aziz? Tidak takutkah nanti "tiket ke syurga" itu ditarik balik. Bukankah selama ini "agama PAS" telah memberikan "cop mohor" kepada Nik Aziz untuk memberikan "tiket ke syurga" kepada sesiapa yang mengisi borang PAS? Mungkin PAS Selangor kini di dalam kerisauan jika tindakan disiplin diambil kepada mereka kerana tidak dengar cakap "mursyidul am" PAS ini. Tidak dapat dipastikan sama ada Azizan Razak akan menurut langkah PAS Selangor. Khabarnya Nik Aziz "puji melangit" kepimpinan Azizan. Iyalah, Azizan senang memerintah sebab di Kedah, majoriti DUNnya dimenangi oleh PAS, sedangkan Selangor pula ditadbir oleh PKR. Tentulah payah nak laksanakan agenda PAS. Bukankah PKR dan DAP itu anti-Islam? Yang PAS dok "bertebiang" tu buat apa? Kan dan kena sebijik!

Apa pun, kita tunggu lagi jawapan-jawapan PAS negeri yang lain. Kita tengok apakah mereka berani melawan kata "mursyidul am" PAS ini. Jika majoritinya menolak permintaan Nik Aziz, maka kemungkinan besar jawatan "mursidul am" PAS itu akan terlepas tangan selepas ini dan Nik Aziz akan semakin "nyanyuk" jadinya. Dan jika majoritinya bersetuju dengan permintaan EGM ini, maka sahlah PAS sememangnya "kuda tunggangan" PKR dan DAP sebagaimana Nik Aziz! Kita tunggu..!!!

Anda Pecaya Pada Anwar?


Suatu masa dahulu, ramai yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai "icon". Suatu masa dahulu Anwar pernah dilihat sebagai seorang pemimpin yang "popular". Dia pernah di"pikat" oleh banyak pemimpin parti politik sama ada dari UMNO mahupun PAS. Kononnya ketika itu, dialah "hero". Namun, atas dasar apakah Anwar dinobatkan sehingga sebegitu rupa? Benarkah dia adalah seorang "natural born leader"?

Sejak dari zaman persekolahannya, Anwar kelihatan me"nonjol" di mana saja dia berada. Ketika dia di Maktab Melayu Kuala Kangsar, dia pernah jadi "bahan tarikan" kepada pelajar-pelajar "senior"nya. Menurut salah seorang bekas "senior"nya, Anwar pernah menjadi "rebutan". Namun, di atas rasa simpati, bekas "senior"nya ini telah melindunginya dari terus menjadi "mangsa rebutan" ramai pelajar-pelajar senior lain. Anwar dijaga hinggakan bekas "senior"nya ini terpaksa membawa Anwar pulang ke rumahnya demi menjaga "kehormatan" dan "keselamatan" Anwar dari di"bolosi" oleh senior-senior yang "berebutkan" dirinya.

Namun, setelah bekas seniornya ini tamat belajar di MCKK, Anwar dikhabarkan sudah "hanyut di badai arus". Menurut bekas seniornya, ketika menghadiri satu pertemuan alumni MCKK, dia dikhabarkan bahawa Anwar yang sudah menjadi pelajar senior, telah berubah. Anwar sebagai senior sudah tidak menjadi rebutan, sebaliknya Anwar pula yang berebutkan pelajar-pelajar "junior" di MCKK. Dahulunya Anwar menjadi mangsa "rebutan", tapi kini dia pula berebutkan pelajar lain. Apa yang direbutkannya itu, fikir-fikirkanlah sendiri. Nak tahu lebih lanjut, sila tanya kepada bekas pelajar-pelajar MCKK yang sebaya dengan Anwar!

Anwar masuk Universiti Malaya. Ketika itu, siapa yang masuk universiti sememangnya dilihat hebat dan bijak. Ketika itu Anwar mula menjadi ketua kepada mahasiswa dan mahasiswi. Dikhabarkan juga bahawa Anwar cukup kuat berpersatuan. Anwar adalah pelajar jurusan Pengajian Melayu. Dia sering mengada pertemuan dan perbincangan aktivitinya di sebuah dewan. Khabarnya pula dewan itu di"biayai" oleh sebuah kumpulan dari "barat" yang dikaitkan pula sengan gerakan "underground" yahudi. Diceritakan pula bahawa dewan itu pernah cuba dibakar oleh beberapa pemimpin pelajar yang menghidu bau "busuk" dari dewan itu, namun atas "ketangkasan" Anwar dan konco-konconya, percubaan itu berjaya dipatahkan.

Anwar mula menunjukkan "belang"nya. Dia mula mengajar mahasiswa dan mahasiswi untuk memberontak dan ponteng kelas. Dia mengajar penuntut-penuntut berdemonstrasi jalanan, sedangkan jalan demokrasi terbentang luas ketika itu. Anwar mengajar mahasiswa menjadi kurang ajar pada kerajaan, padahal kerajaanlah yang menyediakan pusat pengajian itu dan memberikan biasiswa percuma kepada mereka. Anwar mengajar mereka bersesak-sesak membaling batu dan beraksi ganas dalam perhimpunannya, sedangkan akhirnya dia bersenang-senang menjadi salah satu pemimipin kerajaan yang ditentangnya ketika itu. Dia untung, mahasiswa mahasiswi jugalah yang rugi!

Ketika Anwar menjadi "Pak Menteri", Anwar telah "menyapu bersih" golongan pelajar yang melakukan demonstrasi jalanan "yang menjadi amalan"nya sebelum itu. Anwar juga telah berjaya mengubah nasib mahasiswa mahasiswi apabila sistem biasiswa dihapuskan dan digantikan dengan sistem "pinjaman pelajaran" yang perlu dibayar balik kepada kerajaan. Anwar ketika dikemuncaknya menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri telah banyak menghapuskan kebajikan rakyat. Sebaliknya dia sebok menghulurkan "pink form" kepada sahabat-sahabatnya untuk memenangi tempat kedua selepas Tun Mahathir ketika itu. Siapa tidak ingat tentang "bapak segala perasuah" ini yang menewaskan Arwah Tun Ghafar Baba dengan kuasa "zeti"nya. Sememangnya tiada bukti yang jelas, namun umumnya semua orang tahu bahawa Anwarlah yang memulakan budaya rasuah ini di dalam UMNO suatu ketika dahulu. Tak percaya? Tanyalah Tan Sri Sanusi dan pemimpin-pemimpin veteran UMNO yang pernah memegang jawatan Menteri.

Dan kini, setelah dipecat akibat kerakusan nafsunya, mengapakah rakyat masih lagi percaya kepada Anwar? Bukankah mahkamah pernah mengesahkan bahawa Anwar meliwat? Bukankah Anwar pernah digelar "aljuburi" oleh Mat Sabu? Bukankah Anwar pernah menempelak Nik Aziz, Hadi, Karpal, Kit Siang dan ramai lagi pemimpin pembangkang? Bukankah Anwar pernah menyalahguna kuasa dan dipenjara? Bukankah dikhabarkan Anwar menjadi "tali barut" rahsia kepada yahudi? Bukankah Anwar pernah cuba "menggadaikan" Malaysia kepada IMF? Bukankah Anwar begitu pandai membuat cerita bohong "arsenik", "Aids", "mata lebam" dan "sakit leher"?

Bukankah Anwar pertualang negara? Bukankah Anwar yang kini yang memcah belahkan perpaduan sesama umat Islam dan bangsa Melayu? Bukankah Anwar yang kini memecah belahkan keharmonian kaum dan menimbulkan perasaan benci sesama kaum di Malaysia? Bukankah Anwar penyebab ketidak stabilan politik negara dengan cerita-cerita rekaan bohongnya? Bukankah Anwar yang tidak mahu bermubahalah? Bukankah Anwar yang tidak bersetuju dengan penyatuan ummah di antara PAS dan UMNO? Bukankah kini Anwar yang menyebabkan PAS dan DAP bergolak? Bukankah Karpal pernah menyuruh Anwar "bertaubat"? Siapa lagi jika tidak Anwar. Itukah Anwar yang di dewa-dewakan? Anwar Pengkhianat Bangsa! Itulah Anwar selayak-layaknya.

Friday, October 23, 2009

EGM PAS - Apa ada dalam hati Nik Aziz?


Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dok sebok berkempen nak suruh buat EGM jugak. Orang lain buat PAU Khas dan EGM, dia pun sebok nak buat EGM juga! "Orang lain ada sofa baru, dia pun nak sofa baru", orang lain ada rumah baru, dia pun nak rumah baru". Macam-macamlah dia ni. Macam ada agenda yang tersembunyi sahaja? Kononnya dia pernah dalam "dilemma" sama ada nak tegur atau tidak ketika kepimpinan PAS di zaman Ustaz Asri menjadi Presiden PAS dulu.

Dah tu siap keluarkan nas hujah dari Al-Quran. Iyaaa..betullah tu. Sememangnya Islam itu mengalakkan teguran sesama individu. Rasulullah pun pernah ditegur Allah. apatah lagi Mursyidul Am PAS. Nik Aziz nak tegur Presiden PAS & Timbalannya sahaja ke? Musyidul Am PAS tu bukan Mursyidul Am Islam, Nik Aziz pun boleh ditegur! Mursyidul Am PAS bukan satu jawatan yang maksum! Sedar-sedarlah diri tu sikit. Bila orang tegur dia, dia tak nak terima. Tapi bila dia tegur orang, dia nak orang terima pulak! Apasal? Dia betul semua ke? Macamana la PAS boleh ambil Nik Aziz ni jadi Mursyidul Am PAS?

Atas rasional itulah Nik Aziz nak buat EGM PAS. Dengan alasan nak "godam" Hasan Ali? Atau mungkinkah Nik Aziz nak "tibai" Presiden PAS? Siapa tahu? Menurut khabar, Nik Aziz kini sedang "berguru" dengan Anwar tentang perihal "Dunia Politik"! Khabarnya Nik Aziz dok tuduh ramai pemimpin PAS sebagai "agen UMNO". Antara "Orang Yang Kena Tuduh" (OKT) oleh Mursyidul Am PAS ni ialah Hadi Awang, Nasaruddin, Hasan Ali, Mustapha Ali, Harun Taib, Taib Azammuddin, dan ramai lagi. Sedap mulut je Nik Aziz "tibai" PAS Terengganu di bawah Hadi Awang. Siap dibandingkan pula Hadi Awang dengan kepimpinan Azizan Razak kat Kedah. Ada apa-apa agenda ke?

Kata Nik Aziz, dia risau dengan "key player" PAS. Risau dengan agenda PAS dok rapat dengan UMNO. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Maklumlah, sebelum ini dialah yang paling kuat menentang hubungan baik dan gabungan PAS-UMNO. Namun ramai pulak pemimpin-pemimpin kananv PAS yang menyokong gagasan "bersahabat dengan UMNO" ni. Itulah yang buat Nik Aziz risau. Sudahlah pengaruhnya semakin teruk merosot, Ramai pulak yang tak "sebulu" dengannya sekarang. Kononnya "siapa yang suka gabungan PAS-UMNO maka merekalah agen UMNO". Tapi Nik Aziz tak sedar pulak dia dah jadi "agen kafir harbi" dan sahabat kepada "agen yahudi alaf baru"!

Lantaklah Nik Aziz oiii..! Orang dah makin "boring" dengan sikap kamu. "Fatwa-fatwa" mengarut dan semakin mengelirukan dari Nik Aziz telah menyebabkan ramai yang memandang Nik Aziz sebagai "orang tua nyanyuk", satu gelaran yang pernah diberikannya kepada Tun Mahathir suatu masa dahulu. Dan kini Tun Mahathir semakin "popular" dan dihormati kawan dan lawan, sedangkan nama Nik Aziz sedang menjunam ke bawah semakin "busuk" di mata rakyat! Apa-apa ajelah Nik Aziz oiii..! Kita cuma berharap andaikata ditakdirkan diadakan EGM Muktamar PAS ini, bersidanglah sebaik mungkin mengikut acuan yang dikehendaki Islam. Belalah Islam, bangsa dan tanahair. Ingatlah bahawa PAS semakin terancam dengan "double standard" oleh PKR dan DAP. Islam, Melayu dan Tanahair pula sudah terancam akibat ancaman PKR dan DAP. Buktinya, keharmonian kaum di Malaysia sudah tercalar akibat hasutan Anwar dan DAP. Mahukah PAS terus bersekongkol dengan mereka lagi? Celik la matamu wahai PAS!

Thursday, October 22, 2009

Siapa nak jadi Speaker DUN?


Mudah! Sangat mudah! Kepada sesiapa yang ingin menjadi Speaker Dewan Undangan bagi mana-mana negeri, maka bolehlah mendapatkan "letter head" surat rasmi Speaker itu dari mana-mana kedai "printing". Sesudah itu, maka bolehlah individu yang "kemaruk kuasa" itu menulis apa saja yang dia mahu. Tulislah apa saja mengikut kehendak hati, sama ada mahu sidang DUN itu hanya boleh dihadiri oleh sanak seaudaranya, sepupu sepapatnya, ketua kampungnya atau "opis boy"nya. Tulislah apa saja. Mungkin individu tersebut boleh menjadi seorang Speaker DUN yang diiktiraf!

Sivakumar, seorang YB yang tak tahu malu telah menggunakan "letter head" Speaker Dewan Undangan Negeri Perak tanpa kuasa. "Suka-suka hati" sahaja "berlakon" seakan-akan dialah Speaker DUN yang "sebenar". Siapa yang tidak menghormati undang-undang, maka bolehlah dikatakan bahawa individu tersebut tidak bertamadun. Dalam hal ini, bolelah dikatakan bahawa seorang India yang bernama V. Sivakumar yang menwakili DUN Tronoh adalah seorang yang tidak bertamadun,mengingkari perintah dan hukum mahkamah. Walaupun YB-YB dari Pakatan Rakyat itu ramai yang bekerjaya sebagai peguam, nampaknya peguam-peguam itu sendiri tidak menghormati undang-undang! Hairan pula, ke mana perginya "Bar Council"? Apakah mereka tidak mengambil tindakan disiplin kepada ahli-ahli mereka yang tidak mendaulatkan undang-undang? "Bar Council" sudah tidak mengamalkan "Rukun Negara"kah?

Cukup menyampah melihat kerenah Sivakumar. Sudahlah tempohari dia tidak menghormati DYMM Raja Nazrin sehingga Baginda terpaksa menunggu lebih dari lima jam untuk merasmikan persidangan DUN. Kini Sivakumar buat perangai lagi. Teruk betul perangainya. Apakah kita boleh menyebut bahawa si Sivakumar ini sebagai "bermoral"? Mungkin Sivakumar "syok sendiri" bersama rakan-rakannya. Sesungguhnya Sivakumar ini hanya layak untuk menjadi "speaker radio", "speaker audio rumah orang kahwin" atau "speaker dewan bawah pokok"! Di situ sahaja tahap individu seperti Sivakumar ini. Akal dan taraf dirinya tidak menepati ciri-ciri seorang pemimpin rakyat. "Low class"..!!!

Bagaimanakah nasib rakyat di Tronoh sekarang? Wakil Rakyatnya sebok "gilakan kuasa". YBnya sebok bersidang di "bawah pokok". Apa yang di"sidang"kan pun tak tahu. Entah "boleh pakai" atau tidak persidangan "ala-ala kedai kopi" tersebut, mereka pun tidak tahu. Tidakkah rakyat di Tronoh merasa malu dengan tindakan Sivakumar itu? Saya yakin ada di antara mereka yang menyesal tak sudah. Ada yang menrungut, ada yang "menjuih bibir". Ada yang dah bosan, malah ramai yang sudah mengisi borang 'Parti Kerajaan". Khabarnya, sudah ada yang sudah tutup cawangan! Kalau ada pun, cawangan itu hanyalah ibarat "hidup segan mati tak mahu". Malu berwakil rakyatkan Sivakumar!

Tuesday, October 20, 2009

Anwar Panas Telinga!

Anwar cuba "cover" telinganya yang panas...

Berdesing telinga! Ada yang tengah berdesing, berasap telinga, panas tak terkata. "Hangin" satu badan! Apa tidaknya? Bila bekas "teman sepermainan" ugut nak buka cerita rahsia yang selama ini di"tutup rapat" di dalam "peti". Nalla mendesak Anwar untuk memberitahu rakyat "rahsia sebenar" mengapa Anwar begitu menyayangi Azmin Ali. Dalam pada itu, Nalla tanpa ragu menyatakan bahawa Anwar dan Azmin sedang berkongsi "rahsia besar yang agak sulit" dari pengetahuan umum. Demi tidak mahu melihat rakyat terus dibohongi, Nallakarupan, mencabar Anwar mendedahkan rahsia tersebut, atau dia sendiri akan mendedahkan perkara tersebut jika tidak diberi pilihan.

Maka ramailah rakyat jelata yang mendengar kenyataan Nallakerupan ini, termasuklah isteri Anwar sendiri, Datin Seri Wan Azizah. Kasihan Wan Azizah, sudah lama dia menderita. Disebabkan "tabiat" suaminya, dia yang menanggung malu. Sengsaranya hanya dia sahaja yang mampu mengerti. Perempuan manakah yang sanggup bermadukan lelaki? Jika bermadukan perempuan masih lagi boleh diterima akal. Malunya bukan kepalang. Malu pada anak-anak. Malu pada sanak saudara. Malu pada masyarakat dan malu kepada rakyat. Bukan baru, "dah lama dahhhh..". Khabarnya sebelum kahwin lagi "tabiat" ini menjadi amalan suaminya. Mahkamah pun pernah jatuh hukum. Cuma terlepas hukuman di dunia, di akhirat nanti tahulah nasibnya.

Berkali-kali rakyat merayu kepada Azizah anak beranak. Terangkanlah apa yang berlaku. Mengakulah kelemahan suami. Bukan pada Wan Azizah sahaja, pada Izzah juga pernah dirayu. Bila rakyat merayu meminta suaminya bermubahalah, suaminya enggan. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak bermubahalah. Sedangkan tindakan itu sedikit sebanyak akan membersihkan nama suami dan anak-anaknya, malah dirinya sendiri dari fitnah dan tohmahan rakyat. Namun, Azizah terpaksa akur dengan keputusan suaminya yang "tak rahu malu" dan terus membiarkan dirinya menderita. Bertuahlah Anwar memiliki Wan Azizah, rela menderita dan sengsara kerananya. Namun, rakyat sedar betapa hebat lakonan Azizah dan anak-anak demi melindungi Anwar dan tabiat "luar tabii"nya.

Mungkin Wan Azizah tidak hanya bermadukan lelaki, malah juga bermadukan perempuan. Dan mungkin juga madunya itu perempuan yang berstatuskan "isteri orang"! Siapa pula yang sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi "santapan boss"nya? Cuab jawab wahai lelaki yang beristeri, sanggupkah kamu berbuat demikian? Mungkinkah itu "rahsia" yang dimaksudkan Nallakaruppan? Mungkinkah lebih dari itu? Adakah kerana kesanggupan suami yang bernama Azmin ini menyebabkan Anwar begitu sayang kepadanya? Sukar untuk ditafsirkan.

Hanya Allah, Anwar dan "mereka-mereka yang menjadi mangsa" kerakusan Anwar sahaja yang mampu menjawab. Allah akan mendedahkan segalanya dipadang mahsyar kelak, itu tidak dapat dinafikan. Jika "mangsa-mangsa Anwar" sekalipun yang mendedahkannya, pasti Anwar akan memutarkan kata-kata retorik dan kalimah "konspirasi"nya. Nak tunggu Anwar mendedahkan salah lakunya sendiri? Jangan haraplah! Manusia begini mana ada perasaan nak mengaku. Dalam dirinya hanya ada satu ayat keramat. "Aku nak jadi PM!" itulah kata pegangannya.

Khabarnya Saiful sudah bosan menunggu. Saiful ditewaskan oleh Anwar dalam "mahkamah media" melalui propagandanya. Ramai rakyat yang "malas berfikir" tertipu dengan "hikayat Anwar penipu" ini. "Tiada kesan fizikal" katanya. Namun, tidak pula Anwar menyebut tentang "KY Jelly"! Alaaahhh...Siapa yang sekumpulan "setabiat" dengan Anwar pasti "kenal benar" dengan jenama "jelly" ini. Wan Azizah tahu ke perihal "jelly" ini? Mujurlah Saiful begitu tenang dan sabar dengan dugaan ini. Saiful sudah bermubahalah. Walau cara mubahalahnya dikritik, niatnya itu membenarkan segalanya. Bukankah "niat" itu bapa kepada segala amalan. Tunggulah Anwar, jika diizinkan Allah, kali ini kamu tidak akan terlepas! Jangan pula kamu guna alasan kamu di"konspirasi"kan pula. Tiada siapa nak berkonspirasikan kamu melainkan kamu yang berkonspirasikan diri kamu sendiri.

Hakikatnya Anwar akan bertemu buku dengan ruasnya kali ini. Kes berprofil tinggi ini akan mendedahkan segalanya. Jika Anwar lepas dari hukuman pun, hukuman Allah belum tentu dia akan lepas. Keputusan untuk tidak bermubahalah sebagaimana kehendak Islam untuk mengelakkan diri dari bahaya fitnah ditolak bulat-bulat. Terimalah akibat menolak cara Islam tersebut. Buat Kak Jijah, anak-anak dan saudara mara, janganlah kecil hati atau bermuram durja. Berapa ramai lagi yang nasibnya menjanda, yatim dan hidup melarat kemiskinan ditinggalkan suami dan ayah. Kak Jijah dan anak-anak masih beruntung kerana pastinya Anwar meninggalkan wang dan aset berbillion ringgit. Tan semua bertuah bergelar "janda billionare" dan "pewaris harta berbillion"! Jadi, janganlah takut kehilangan Anwar. Anwar hanya menyusahkan Kak Jijah & anak-anak sahaja. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sabar sahajalah...

Monday, October 19, 2009

Hikayat Tiga Parti Politik Pembangkang...

Sekadar gambar hiasan ilustrasi ceritera...



Arakian tersebutlah kisah di sebuah negera yang terletak di sebelah tenggara benua asia nusantara akan perihal 3 parti politik yang pelik-pelik benar sifatnya. Ada pun nama ketiga-tiga parti tersebut adalah "Parti Ahli Syurga" yang dikenali sebagai PAS, "Perogol Kehormatan Rakyat" atau nama "glamour"nya PKR, dan parti "Dasar Anak Pendatang" atau nama manjanya DAP. Adapun dihikayatkan bahawa ketiga-tiga parti ini suatu ketika dahulu tidak mahu bertegur siapa, malah maki hamun saja bahasa lunaknya. Kata-kata kurang enak dan "bombastic" seperti "Pak Syeikh Al-Juburi", "Over my dead body" dan seumpamanya sering berkumandang. Namun peredaran masa telah merubah segalanya. Maka terpatrilah ketiga parti bertelagah itu menjadi satu diberi nama "Perosak Rakyat" atau singkatannya PR. Maka saling bertemu dan bersidanglah sesama mereka membincangkan hal ehwal cara-cara "memperdajal"kan parti kerajaan yang sedang memerintah negara. Walaupun pada dasarnya ketiga-tiga parti itu tiadalah sependapat dasarnya, mereka tidak segan silu untuk menyembunyikan kesumat di dalam isi perut masing-masing. Kesumat terhadap satu sama lain disimpan erat di dalam simpulan sanubari.

Maka selepas berakhirnya satu temasya Pilihanraya, Perosak Rakyat akhirnya berjaya merampas beberapa buah negeri dari tangan pihak parti pemerintah. Perosak Rakyat pun memulakan pentadbiran di negeri-negeri jajahan mereka dengan rakus gelojoh. Yang gila kuasa "menjerit gempita" di tengah "Balai Rong" kerana disahkan sebagai "memanda besar" yang tidak sah! Memanda Besar yang berjaya memerintah negeri yang paling maju begitu rakus sekali berbelanja sehingga wang zakat pun cuba diboros nafsunya. Yang seorang lagi pula terkedu termangu apabila ditempelak rakan karib kerana meruntuhkan pusat cucuk makanan hariannya. Namun, masing-masing tetap berlakon di depan rakyat. Kononnya biarlah "nampak mesra".

Namun, derita Parti Ahli Syurga yang sering di"sembelih" oleh Perogol Kehormatan Rakyat dan parti Dasar Anak Pendatang sudah tidak dapat dibendung. Suara PAS itu dipandang sepi dan tidak langsung dihiraukan oleh sahabat-sahabat qaribnya. Baru sedikit bersuara, sudah diherdiknya. Belum membuka mulut, sudah di"tenyeh" lada. Maka terpaksalah menjadi "kuda kepang", tunggangan PKR dan DAP. Maka PAS sudah sampai dikemuncaknya. Kesumat dendam dibuli bagai "budak hingusan" sudah tidak dapat ditahan. Parti Ahli Syurga mula mengatur muslihat, mencatur gerak buahnya.

Dihikayatkan bahawa PAS mula mencari jalan keluar dari gabungan Perosak Rakyat. Dalam diam-diam PAS mula menghubungi pihak parti memerintah untuk bersyura "di dalam selimut". PAS mula berpakat-pakat mahukan gabungan baru bersama parti pemerintah kerajaan. Gerakan halus Parti Ahli Syurga itu juga disambut dengan tangan terbuka serta pelepah nyiur oleh pihak parti pemerintah. Walaupun gerakan yang seumpama itu berjaya dipatahkan oleh "kuda-kuda trojan" parti Perogol Kehormatan Rakyat, namun gerakan itu dikhabarkan telah berjaya dihidupkan semula oleh seorang pemimpin kanan PAS. Itu pun secara "senyap-senyap", kerana takut kena potong elaun!

Perkhabaran itu telah membuatkan Ketua Perosak Rakyat berang dan mengugut untuk melakukan demonstrasi besar-besaran 7 hari 7 malam bersama lebih 7.5 juta rakyat yang berjaya dirosakkannya. Namun, memandangkan bahawa dia tidak mempunyai keupayaaan berpuasa selama itu dan tiada penyokong seramai itu, maka dibatalkan busuk hatinya itu. Maka dengan kadar segera diupahnya para penyiasat persendirian seperti "Magnum P.I", "Inspector Gadjet", "Charlies Devils", "Mossad Sdn. Bhd", "KGB & Co" dan "CIA Inc." untuk menyiasat kesahihan berita tersebut.

Melalui setelit "Burung Gagak di Rimba" agensi hikayat dua ribu dua malam, kami dapati bahawa sumber-sumber berkenaan perkhabaran hikayat moden itu sememangnya benar belaka, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka. Adapun PAS berbuat demikian adalah disebabkan tak tahan dibuli oleh PKR dan DAP, PAS kehilangan sokongan ahlinya sendiri akibat dilihat "kehilangan sebelah telurnya", dan kreadibiliti Parti Ahli Syurga yang sering dicemari oleh najis-najis PKR dan DAP yang perlu PAS bersihkan. Atas dasar muafakat Islam, Bangsa dan Tanahair, maka "parti keramat yang memerintah negara sejak merdeka" mengucapkan Selamat Datang! "Ahlan wa sah lan, wa marhaban bi qudumikum"!

MCA & MIC ke mana hala tujunya?




UMNO sudah menguraikan kekusutan dalaman. UMNO kini semakin pulih dan semakin gagah memperkasakan diri sebagai "tunjang" pentadbiran dan klestabilan politik negara. Bagai mana pula dengan MCA dan MIC? Apa sudah jadi dengan kedua-dua parti komponen BN ini? Apakah sudah selesai kemelut dalaman yang melanda kedua-dua parti ini? Tidak dapat diselindung dari rakyat umum, kemelut dalaman MCA dan MIC tidak dapat tidak telah melemahkan sokongan kaum Cina dan India kepada Barisan Nasional. Kaum Cina dan India yang begitu setia kepada BN selama ini, seakan-akan berpaling tadah dari kepimpinan Kerajaan BN. MCA sendiri kehilangan banyak kerusi dan Presiden MIC sendiri kalah pada PRU-12 yang lalu. Bukanlah ingin menyentuh hal "tepi kain orang", namun keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Sebagai semangat "setia kawan" dan "1 Malaysia" yang dilaungkan, kita sepatutnya menjernihkan kekeruhan sesama kita.

Semua tahu pa yang berlaku pada MIC. Pertikaian jawatan dan warisan "takhta Presiden" menjadi isu utama. Masing-masing berebut-rebut ingin menjadi "orang nombor dua" MIC, sedangkan semua maklum bahawa tugas sebagai Presiden MIC bukanlah satu jawatan yang mudah. Tanggungjawabnya amat berat dan besar. Mampukah individu-individu yang berebut-berebut itu menggalasnya?

Suatu masa dahulu, Tan Sri Sammy pernah bergelut dengan konflik perkauman, pergaduhan berasaskan perkauman dan sensitiviti perbezaan agama. Pernah juga Presiden paling lama itu menyelasaikan pelbagai krisis dan tuntutan melampau yang datang dari kaumnya sendiri. Malah pernha juga Presiden MIC itu menerima pelbagai ugutan dan makian hanya kerana beliau menjawat jawatan Presiden MIC. Kadang-kadang, "pelat"nya menjadi sindiran. Mampukah pemimpin penggantinya menghadapi semua itu? Tidak dinafikan bahawa mungkin juga salah seorangnya sanngup dan mampu menanggung tanggungjawab itu. Namun, cabaran yang bakal dihadapi pastinya lebih hebat dari yang ditanggung oleh Samy Vellu. Jadi, bersedialah seadanya. Jika tak mampu menawan deligasi perwakilan MIC, jangan haraplah nak tawan hati rakyat Malaysia yang lain.

Tak kurang pula kini dengan MCA yang sedang hebat bergolak kini. Tak menang tangan Ong Tee Kiat nak tepis. Penangan datang dari "kawan-kawan"nya jugak. Dari 42 undi, 20 daripadanya tidak menyebelahi Ong Tee Kiat. EGM yang pertama pun tidak mendatangkan hasil yang diharap-harapkan. Selain dari Liow Tiong Lai, tiada apa-apa yang berubah. Itu dari kaca mata luaran. Namun, apa yang berlaku di dalam EGM tersebut tidaklah digembar-gemburkan. Cuma beberapa "clue" dan "hint" yang diberikan. Ong Tee Kiat pula perlu menangani isu PKFZ yang tidak selesai-selesai. Dalam masa yang sama ada yang menyerahkan memorandum undi tidak percaya kepadanya.

Kekesalan dihatinya diluahkan. Kesalnya pada "kawan" yang kini menjadi "api dalam sekam". Tidak pula dinyatakan punca "belot" kawan-kawannya. Liow Tiong Lai pula menyatakan ketidak perluan untuk mengadakan EGM kali ke-2. Apakah kesudahan kisah "getir kepimpinan MCA" kali ini? Apakah UMNO juga yang harus dipersalahkan? Apa pun, kita amat berharap agar kawan kita, MCA, dapat menyelesaikan masalahnya dengan matang dan bijaksana. Tidak dapat dinafikan bahawa MCA sebuah parti politik yang matang dalam percaturan politiknya.

Yang sudah tu, sudahlah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Apa ada pada jawatan dalam parti jika kita hilang sokongan rakyat. Perkukuhkan parti masing-masing demi memenangi keyakinan rakyat dan memperkukuhkan BN sebagai parti unggul pilihan rakyat Malaysia. Mengapa suatu masa dahulu kaum Cina dan India kuat berpegang kepada BN? Takkanlah mereka sokong BN jika BN tidak berjasa kepada kehidupan mereka. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan memperkukuhkan barisan kembali. Demi "1 Malaysia", kita tidak mungkin membiarkan pertualang negara seperti Anwar menjadi PM. Anwar hanya akan merosakkan negara dan rakyat. Belajarlah mendalami erti sebenar "1 Malaysia" dan bukan sekadar melaung sokongan semata-mata. Contohilah UMNO yang bergitu bertekad membina kekuatan. Semoga bersama-sama kita menghancurkan Pakatan Rakyat yang berterusan menipu rakyat. Hidup BN!

Saturday, October 17, 2009

Perlukah "Dewan Ulama UMNO"?


Pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 baru-baru ini, terdapat usul dari perwakilan Pulau Pinang yang menggesa agar diwujudkan satu jawatankuasa Dewan Ulama' UMNO. Katanya, ianya untuk menjawab segala persoalan mengenai agama Islam untuk pihak UMNO. Ianya juga untuk mengimbangi isu-isu agama Islam yang semakin dipesongkan oleh Nik Aziz Nik Mat yang mengulas secara "play safe" demi kepentingan politik dirinya.

Persoalannya, perlukah diwujudkan "Dewan Ulama UMNO"? Apakah di dalam muamalah agama Islam wujud peranan untuk golongan "Ulama PAS" dan "Ulama UMNO"? Tidakkah Islam itu hanya satu dan satu sahaja pegangan? Pada pendapat saya, adalah tidak relevan sekali untuk mewujudkan satu entiti yang boleh disebut sebagai "Ulama PAS" atau "Ulama UMNO". Pada saya, yang wujud hanyalah "Ulama Islam"! Islam hanyalah satu dan hanya satu sahaja pegangannya tanpa mengira fahaman politik. Jika dibenarkan kewujudan "Ulama UMNO", saya bimbang kelak akan wujud pula "Ulama PKR", "Ulama DAP", "Ulama PPP" dan sebagainya. Di peringkat dunia pula, nanti akan wujud pula "Ulama Fatah", "Ulama Hamas", "Ulama Hizbul Muslimin", "Ulama Ikhwanul Muslimin" dan sebagainya. Bukankah kita sepatutnya hanya berpegang kepada satu jumhur ulama yang dikenali sebagai "jumhur ulama sedunia"?

Pokok pangkalnya, siapa yang mengiktiraf "Dewan Ulama PAS" sebagai "ulama"? Bagaimana pula pengiktirafan "Ulama UMNO" kelak jika diwujudkan? Saya bimbang jika kewujudan "Dewan-Dewan Ulama" ini akan memberikan "fatwa" yang tidak diiktiraf, tidak disepakati dan "berat sebelah" kepada "Dewan Politik" masing-masing. Cukuplah pertelagahan sesetengah pihak berkenaan maslahah dan khilaf pendapat dari keempat-empat mazhab. Tidak cukupkah dengan 4 mazhab yang telah disepakati oleh Ahli Sunnah wal Jama'ah. Tidak perlu wujud "mazhab PAS", "mazhab UMNO" atau mana-mana mazhab lain di Malaysia. Di Perlis yang mengamalkan keempat-empat mazhab sudah cukup memberikan pertikaian dan perselisihan faham. Jangan pula ditambah dengan pertikaian yang baru.

Biarlah PAS dengan "Dewan Ulama"nya. Biarlah mereka "syok sendiri" dengan kewujudan "mazhab baru" yang begitu "berat sebelah" kepada fahaman politiknya. Biarlah PAS sahaja yang memperalatkan Islam sebagai "umpan memancing undi". Tidak perlu rasanya UMNO "meniru" PAS jika ikhlas mahu berjuang demi Islam. Kerajaan kita sudah cukup menyediakan segalanya mengenai Islam. Malah diwujudkan satu kementerian khas yang menjaga Islam dan muamalahnya di Malaysia. Usahlah kita menira PAS yang sangat sinonim dengan "fatwa-fatwa" mengarutnya. Majlis Fatwa Kebangsaan sudah ada. Perkasakan sahaja apa yang kita ada. Jika perlu, ajaklah mereka-mereka yang "konon"nya "Dewan Ulama PAS" itu bersidang bersama. Ketepikan soal politik mengenai agama Islam. Sesungguhnya Islam itu tidak mengenal PAS, UMNO atau PKR!

Saya hemat saya, para perwakilan juga harus fikir semasak-masaknya untuk membentangkan usul-usul yang agal senstif. Usahlah kita menurut perasaan ketika memperjuangkan sesuatu, walaupun kita dipihak yang benar. Sesungguhnya kita akan memperolehi kebenaran dan kemenangan perjuangan jika kena dengan caranya. Rujuklah kepada Islam dahulu sebelum merujuk kepada perkara-perkara dunia. InsyaAllah, segalanya akan diredhai. Saya bukanlah begitu tinggi ilmu agama sebagaimana As-Shafie' yang dimazhabkan ajarannya, namun saya beragam Islam dan aqidah saya adalah syahadah yang saya ucapkan setiap hari. Saya berdosa dan berpahala. Saya bertaubat dan mengucapkan syukur kepadanya. Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Islam dan UMNO. Bersyuralah, kerana syura juga digalakkan di dalam muamalah Islam. InsyaAllah, kita akan diberi petunjuk olehNya.

Anwar Dajjal Malaysia?

Inikah rupa "dajjal bermata satu"?


Melayu diiktiraf perlembagaan Malaysia sebagai satu kaum pribumi asal Tanah Melayu ini. Sejak sebelum kemerdekaan dicapai, kepulauan semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Institusi Kesultanan Melayu diiktiraf segenap pelosok dunia. Penjajahan diakhiri dengan tertubuhnya Malaya dan kemudiannya Malaysia. Secara asasnya, Kaum Melayu diikitraf sebagai pribumi asal yang paling berpengaruh memperjuangkan kemerdekaan melalui tertubuhnya UMNO. Secara mudah akal, UMNO dilihat sebagai pencetus perjuangan kemerdekaan. Kaum Melayu dilihat sebagai satu kaum yang begitu vokal, bersatu, bersetia dan sedia berkhidmat kepada rakyat yang mendiami Tanah Melayu yang berbilang bangsa ini.

Namun, sejak lima ke enam tahun kebelakangan ini, kekuatan Melayu di negara ini kelihatan begitu merosot. Jatuh merudum dengan pelbagai dakwaan dan hasutan dari dalam dan luar negara. Dari mana datangnya dakwaan dan tuduhan ini? Adakah dakwaan ini tidak wujud sebelum ini ketika Melayu berada di dalam keadaan stabil dan kukuh bersatu? Ketika di era pentadbiran Perdana Menteri yang bernama Mahathir Mohammed, apakah ada yang berani membuat provokasi perkauman dan huru hara yang mampu menggugat kestabilan negara? Anda semua pasti ingat betapa hebatnya penyatuan kaum Melayu ketika itu dan betapa hebatnya Malaysia dipersada dunia. Kita begitu lantang di peringkat antarabangsa serta disegani oleh pihak kawan dan lawan. Akibat busuk hati dan gila kuasa seseorang, Malaysia menjadi tidak stabil dan huru hara keadaannya. Siapakah pencetus huru hara itu?

Individu tersebut adalah tidak lain tidak bukan, dia ialah Anwar Ibrahim. Pengkhianat negara ini sebok menyusun strategi di luar negara untuk mencapai matlamat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Setelah dipecat oleh Mahathir, Anwar begitu berdendam untuk mengetuai kerajaan Malaysia dan seterusnya membalas "dendam" kepada individu yang memecatnya dari kemuncak cita-citanya. Bagi saya, Anwar hanya mahu menjadi Perdana Menteri, namun bukan bekerja sebagai Perdana Menteri. Kerja-kerja yang dilakukan sebelum ini lebih terdorong kepada sifat busuk hati, mencetus huru hara dan mencetuskan perasaan perkauman terhadap rakyat Malaysia.

Dia memecah belahkan keharmonian kaum dengan "janji-janji manis yang berbisa", sehingga ramau rakyat yang terpesona dengan tawarannya. Ingatkah anda kepada sifat "dajjal"? Bukankah Dajjal Laknatullah menjanjikan kemanisan palsu di dunia dan akhirnya menberikan kerosakan secara total kepada setiap individu? Apakah anda merasakan bahawa Anwar tidak bermiripkan sifat "dajjal" itu?

Anwar berjaya memecah belahkan perpaduan kaum Melayu sebagai tunjang keharmonian negara. Melayu dipecahkan kepada 3 kelompok terbesar apabila Anwar menyuruh isterinya menubuhkan Parti Keadilan Rakyat. Pepecahan Melayu ini telah merobek kekuatan Melayu yang selama ini begitu subur dijaga. Anwar tanamkan rasa kebencian di antara Melayu dan Melayu yang lain. Dihasutnya PAS yang sebelum ini menjadi pembangkang Melayu yang "sihat" kepada pembangkang Melayu yang "boleh diperkudakannya". Setelah itu, Anwar terus berkempen menimbulkan perasaan benci kaum lain terhadap Melayu. Sedangkan dia sendiri Melayu!

Anwar pernah menyerang Mahathir dengan mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri itu adalah bukan asalnya dari keturunan Melayu. Namun, sedarkah Anwar bahawa pendakwaan itu juga begitu rapat dengan asal usul keturunannya. Cuba lihat dan selidik asal usul keturunan Anwar. Cuba lihat sanak saudara Anwar. Cuba lihat paras rupa bapa saudara dan adik beradik Anwar yang lain. Anwar mungkin sedikit "cerah" berbanding sepupu sepapatnya. Tak payahlah saya menceritakan disini, anda semua carilah sendiri dari mana asal usul Anwar.

Anwar terus menanam kebencian rakyat kepada Melayu, khususnya UMNO. Setelah dipecah belahlah Melayu UMNO dengan pelbagai fitnah, Anwar menghasut pula kaum lain untuk terus membenci UMNO. Anwar pergi ke Sarawak, di"cucuk"nya kaum pribumi di sana. Anwar pergi ke Sabah, dia cucuk pula kaum-kaum di sana. Dijanjikan jawatan utama kerajaan. Sehingga jawatan Perdana Menteri pun di"tabur"nya merata. Maka terpesonalah mereka-mereka yang mendengarnya. Percaya dengan kata-katanya, maka mereka semua mengharap dengan janji "16 September"nya. Namun setelah dua kali 16 September menjelma, "janji"nya tidak kunjung tiba juga. Bila ditanya kepadanya, maka pandailah pula lidahnya membelit kata dengan alasan-alasan subjektif. Sedangkan dia sudah menjanjikan "fakta sejarah" sebelumnya. Namun, mereka-mereka yang "buta" masih terpesona dengan penipuan "dajjal" ini.

Sedarlah kaum Melayu! Penyatuan antara kita akan menjanjikan kemajuan, keharmonian, pengisian spiritual yang tiada tolok bandingnya, kerohanian yang jitu, kehebatan Malaysia yang tidak pernah disangka dan kestabilan negara yang begitu kukuh asasnya. Cuba bayangkan jika kaum Melayu UMNO dan Melayu PAS bersatu. Bukankah ini akan memperhebatkan lagi penyatuan ummah. Apa bezanya UMNO dan PAS dari segi keanggotaan? UMNO majoritinya Melayu dan PAS juga Melayu! Jika PAS bertumpu kepada Islam yang universal penganutnya, mengapa pula PAS tidak membuka keanggotaan kepada "kelab penyokong PAS" yang bukan Islam? Tidak perlu membubarkan PAS, sertailah BN. BN sering mempelawa, PAS juga khabarnya "mahu", namun "terbantut" pula oleh "bisikan" De Facto PKR yang membantah! PAS kena ikut cakap Anwar? Mengapa pula? Apakah sebelum ini PAS tidak boleh hidup tanpa PKR? PAS ber"tuan"kan Anwar ke?

Nampak sangat Anwarlah "master mind" di sebalik pepecahan Melayu. Dia berusaha memecahkan Melayu UMNO. Setelah berjaya, ditanam pula kebencian Melayu PAS dan PKR kepada UMNO. Setelah itu, difitnahnya pula UMNO dengan pelbagai tohmahan. Kononnya dia "tahu" apa yang ada di dalam UMNO dan kerajaan. Namun, dia tidak tahu bahawa semua ahli UMNO dan rakyat "sudah tahu" auta besar yang ada pada dirinya. Siapa tak tahu dengan "Anwar dan pink form"nya? Siapa tidak tahu "yahudi dan nasrani yang begitu redha dan menyokong Anwar"? Siapa yang tidak tahu kini Anwar dengan "penipu rakyat"nya. Nama rakyat dijual demi mencari sokongan. Nama UMNO dibusukka sebagai serangan politik. Dipuji pula dirinya dikhalayak ramai. Namun, salah lakunya disimpan kemas di dalam peti besi! Begitulah sifat "pengkhianat bangsa"! Mungkinkah dia boleh dikategorikan sebagai "Dajjal Malaysia"?

Friday, October 16, 2009

Zaid VS. Azmin: Krisis terbaru PKR.


Tak habis-habis dengan krisis. Macam-macam krisis. Krisis kepimpinan, krisis dasar, krisis berebut kuasa, krisis moral, dan macam-macam krisislah yang ada. Itulah Pakatan Rakyat, sebuah pakatan "haram" yang tidak surut-surut dengan kemelut dalaman walaupun baru setahun jagung diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Terbarunya ialah krisis Zaid Ibrahim VS Azmin Ali.

Parah jugalah dengarnya sehingga Malaysiakini pun tidak segan silu membuka "pekung dalam kain" PKR. Zaid Ibrahim sudah disahkan memohon cuti selama 6 bulan dari PKR. Maknanya Zaid tidak akan masuk campur atau menghadiri mana-mana aktiviti PKR selama 6 bulan! Zaid sudah menyerahkan "borang cuti"nya pada setiausaha "boss"nya. Tak tahulah sama ada "approve" atau tidak. Yang pastinya, "cuti" Zaid Ibrahim ini lebih lama dari "cuti menenangkan fikiran" Eli Wong. Tapi jangan salah faham pula, difahamkan "cuti" Zaid ini tiada kena mengena dengan "gambar bogel"!

Difahamkan bahawa Zaid mengambil cuti panjang disebabkan dirinya yang di"kais" ke tepi oleh kepimpinan kanan PKR. Difahamkan juga bahawa "anak emas" Anwar pengkhianat bangsa yang bernama Azmin Ali, telah mula ber"seteru" dengan Zaid. Kecoh! Diceritakan pula senario Azmin "naik angin" pada kepimpinan PKR di Sabah dan Sarawak. Begitu marah Azmin kepada kepimpinan PKR Sabah & Sarawak hinggakan "god father"nya sendiri pun tak boleh tenangkan! Betul punya marah ni!

Khabarnya, Zaid pula dijemput ke Sabah untuk menghadiri Majlis Aidilfitri, namun khabarknya jemputan itu bukanlah "jemputan", sebaliknya "jemputan" itu hanyalah sekadar "alasan" untuk Zaid ke sana untuk menyelesaikan kemelut "bantahan" kepimpinan kepada Azmin di Sabah. Dek kerana "prejudis", Azmin pun mencari jalan supaya pemergian Zaid di"sekat". Dan kerana menurut kemahuan "anak emas"nya, maka Zaid dihalang oleh De Facto PKR untuk ke Sabah. Tapi Si Zaid degil, maka teruslah bekas memanda lantikan Pak Lah itu meminta "cuti". Menenangkan fikiran kot?

Apa pun ketika ini, rakyat semakin jelas dengan "rupa sebenar" PKR. PKR tidak dilihat lagi sebagai pembela rakyat, malah parti itu lebih dilihat sebagai "penipu rakyat". Lihat saja Makkal Shakti yang telah dimanipulasi oleh Anwar sehingga mencetus huru hara pada keharmonian kaum yang selama ini dinikmati oleh segenap rakyat Malaysia. Difahamkan, Makkal Shakti semakin lebar jurangnya dengan Anwar si Penipu. Malah Makkal Shakti juga dilihat semakin menyesal dengan "ketelanjuran" mereka sebelum ini.Lihatlah rakyat semua, betapa PKR telah menipu semua penyokongnya selama ini. Apakah kita semua rela terus ditipu hidup-hidup oleh pengkhianat bangsa yang berkepentingan diri seperti mereka? Fikir-fikirkan lah....

UMNO segar dihati rakyat.


Berakhir sudah Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Telah bersidang, telah berusul. Telah dirasmi dan telah ditangguhkan perhimpunan parti keramat sebuah bangsa asal, pribumi yang mendiami tanah negara ini. Sebuah bangsa yang begitu berdaulat dengan Kesultanan DiRajanya. Sebuah negara yang begitu terkenal dengan demokrasinya. Dan sebuah negara yang begitu agung dengan gelaran "sebuah negara Islam contoh" oleh nagara-negara Islam di seluruh pelosok dunia. Sudah terkenal negara Islam yang dipimpin oleh UMNO ini. Setelah berjuang dan berjihad memperjuangkan sebuah kemerdekaan tanahair, bangsa bersatu yang bergelar UMNO ini terus melangkah gagah menerajui kepimpinan negara bertuah Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa UMNO dan rakan-rakan Barisan Nasionalnya telah dilanda "malapetaka" semenjak 5 tahun sebelum ini. Namun, nampaknya segalanya semakin pulih. Segalanya semakin menyinar untuk UMNO. Segalanya semakin gagah sejak UMNO dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Arus perubahan yang dilaungkan bukanlah sekadar retorik. Segala telah dibuktikan ketika beliau mengumumkan barisan kabinetnya yang baru. Beliau begitu jelas telah melantik pemimpin-pemimpin yang "hanya mahu berubah" untuk "duduk sekapal" mengembeling tenaga bersamanya. Namun begitu, itu bukanlah bermakna beliau meminggirkan pemimpin-pemimpin yang di"gugur"kan. Beliau tetap menghargai mereka sebagai "mereka-mereka yang pernah berjasa" kepada UMNO.

Kita tahu bahawa pelbagai perubahan telah dilakukan di dalam kepimpinan Datuk Seri Najib sejak mengambil alih tampuk Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Sejak menjawat jawatan nombor 1 negara, beliau telah banyak memperkenalkan dasar-dasar baru negara yang begitu efektif untuk negara. Salah satunya ialah "1 Malaysia". Begitu "gah"nya laungan 1 Malaysia sehingga menjadikan kem "Perosak Rakyat" begitu gundah gulana. Dari hari ke hari, rakyat semakin yakin dengan laungan ini yang tidak hanya sekadar retorik semata-mata. Dasar yang begitu dekat dan prihatin dengan rakyat kini disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat dan kaum, sama ada yang miskin, sederhana atau kaya. Syabas kepada Perdana Menteri kita. Kepadanya, begitu besar harapan seluruh rakyat diletakkan.

Setelah menjawat jawatan nombor wahid di dalam parti UMNO, Datuk Seri Najib begitu prihatin dan sedar bahawa perubahan secara besar-besaran perlu dilakukan. Sejak awal ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, beliau beribu-ribu kali menyebut kalimat "ubah", "berubah", "ubahlah" dan "perubahan". Ketika itu, ada yang mencebik, ada yang sinis dan ada juga yang begitu lantang menyokong. Bagi yang mencebik menjuih mulut, maka sedarlah mereka sekarang bahawa tiada tempat untuk mereka sebagai pemimpin parti keramat ini. Bagi mereka yang sinis, terloponglah mereka dengan sindiran sinis itu kembali kepada mereka. Dan bagi yang menyokong, nampaknya merekalah pemimpin-pemimpin yang sememangnya mahu "berubah". Ternyata, Datuk Seri Najib begitu komited dengan perubahan. Sistem kuota yang telah di"salah guna" pakai oleh beberapa pemimpin berkepentingan telah dimansuhkan. UMNO juga telah diperkenalkan dengan sistem pemilihan kepimpinan yang baru. Tunggulah pemilihan yang akan datang, belum tentu lagi yang memegang jawatan sekarang akan dipilih. UMNO sudah semakin pulih dari anasir-anasir peninggalan Anwar "pengkhanat bangsa"!

Alhamdulillah, kini UMNO semakin subur. Perubahan tampuk kepimpinan sudah mula meyakinkan segenap lapisan rakyat. Kita amat berharap agar Datuk Seri Najib tidak berhenti disitu sahaja. Ingatlah kata-kata nasihat seorang negarawan ulung yang terus berjuang selagi nyawa dikandung badan, "Perjuangan kita belum selesai!". Datuk Seri Najib harus meneruskan langkah pahlawan Melayu demi Islam, bangsa dan Tanah Melayu ini dari terus dirosakkan oleh "Si Kitul alaf baru", Anwar Ibrahim "Pengkhianat Bangsa". Syabas UMNO, syabas Najib! Bersama-samalah kita kukuhkan kembali parti keramat, pembela sebenar nasib rakyat dulu, kini dan selamanya!

Sunday, October 11, 2009

Gempar di Bagan Pinang..!


Suasana begitu panas ketika ini di Bagan Pinang. Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang telah menimbulkan beberapa kejadian yang menggemparkan. Malah dikhabarkan bahawa beberapa bangunan dan premis ber"gegar" sepoi-sepoi bahasa akibat kegemparan pilihanraya kecil kali ini.

Menjelang pukul 6.00 petang, kejadian-kejadian "gempar" telah melanda di sekitar DUN Bagan Pinang. Dikhabarkan bahawa beberapa bangunan dan premis bergegar secara "ajaib" apabila BN dilaporkan mendahului perkiraan undi tidak rasmi. Dikhabarkan juga bahawa kiraan tidak rasmi ini telah mengatasi majoriti BN pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Berikutan khabar yang "tidak dapat diterima akal" penyokong-penyokong Pakatan Rakyat itu,beribu-ribu "jin-jin, setan-setan, hantu-hantu dan seluruh makhluk ghaib" telah bertindak menggegarkan banyak bangunan di sekitar Bagan Pinang sebagai tanda protes. Dikhabarkan juga bahawa "makhluk-makhluk halus" mengamuk akibat undi-undi mereka "tidak dikira pakai" pada pilihanraya kecil ini. Malah ada diantara mereka yang meraung-raung dan berguling-guling ditengah jalan sambil memegang bendera "bulan purnama"!

Selain itu, dilaporkan juga bahawa berpuluh-puluh ribu penyokong-penyokong pembangkang dari luar Bagan Pinang mendakwa bahawa mereka ternampak "beribu-ribu kertas undi" Pilihanraya Kecil Bagan Pinang terapung-apung di sekitar pantai Port Dickson dan dilongkang-longkang sekitarnya. Gempar seketika di situ. Menurut beritanya, penyokong pembangkang tersebut yang bekerja di sektor awam itu tidak berani mengutip kertas-kertas undi tersebut, apatah lagi untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak yang berkuasa. Menurutnya, dia bertindak begitu kerana takut "dibuang kerja". Namun, setelah diteliti oleh beberapa rakannya, mereka mengesahkan bahawa "kertas-kertas undi" tersebut adalah kertas-kertas undi yang dihanyutkan arus laut dari Sungai Batang Ai di Sarawak. Gempar sekali lagi!

Bagan Pinang juga menjadi "gempar" apabila penyokong-penyokong pembangkang tidak puas hati apabila tidak dibenarkan mengundi di pusat pengundian. Kelihatan berpuluh ribu penyokong pembangkang berhimpun di setiap pusat pengundian, termasuklah beberapa ribu "hantu", "jin" dan "puaka Nyiang Rapek". Mereka membuat provokasi terhadap pihak berkuasa dan penyokong BN dengan membaling botol air, memaki hamun dan mencarut, diselang-selikan dengan taburan fitnah yang meracun minda.

Oleh kerana tidak tahan dengan provokasi tersebut, pihak berkuasa difahamkan telah "melayan" permintaan penyokong tegar Pakatan Rakyat tersebut. Namun, sekali lagi mereka di"reject" apabila pihak berkuasa mendapati bahawa mereka itu semua adalah pengundi-pengundi luar yang hanya "menyebok" di Bagan Pinang. Menurut laporan, bilangan "penyebok-penyebok" pembangkang itu beribu-ribu jumlahnya dan jauh melebihi bilangan semua pengundi di Bagan Pinang.

Dibeberapa pusat pengundian, dikhabarkan terdapat beberapa "pawang", "dukun", "bomoh", "ahli silap mata" dan "kawan-kawan Harry Potter dan Professor Dumble Door" yang berkeliaran sambil mulut terkumat kamit, disyaki membaca "mentera semerah padi". Berikutan itu, beberapa pihak dari penyokong pembangkang mendakwa bahawa BN telah menggunakan "ilmu sihir" pada PRK Bagan Pinang ini. Namun setelah disiasat oleh "SELDOG", rupa-rupanya BN menggunakan "ilmu hisab" yang jauh lebih bertamadun dari corak pendakwaan "pagan" pembangkang. Menurut laporan, BN telah meminta Suruhanjaya menggunakan "ilmu hisab" di dalam proses pengiraan undi, walaupun ada sesetengah pihak membantah "method" tersebut kerana kiraan undi untuk BN tinggi macam gunung, dan PAS rendah macam bukit! Hakikatnya, pembangkang sememangnya "tidak bertamadun" dalam pendakwaan liar dan fitnah.

Nampaknya, doa dan solat hajat dari pihak UMNO lebih diterima Allah kali ini. Walaupun PAS juga dikhabarkan membuat solat hajat dan doa, namun mungkin kali ini permintaan mereka tidak di"qabul"kan Allah berikutan mereka hanya Islam di"nama" dan "I.C". Malah mereka begitu bijak membantah seruan Allah apabila bersekongkol dengan "kafir harbi" yang secara terang-terangan menolak dan menghina Islam. Hakikatnya, PAS kini sedang berada di dalam kemelut politik setelah dihina, diperalat dan diperkudakan di negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat apabila "suara" mereka diherdik macam "budak berhingus" oleh DAP dan PKR. Mereka sebenarnya "mahu" bersama UMNO dan menubuhkan kerajaan campuran, tapi mereka "malu"! Jika "malu" jawapannya, maka teruskanlah menjadi "kuda tunggangan" PKR dan DAP.

Sunday, October 4, 2009

Anwar: Bukti Pakatan Rakyat Berpura-pura Tentang Rasuah, kata DukeOfUMNO



Kuala Lumpur, 4 Okt: Seorang ahli yang juga blogger penyokong UMNO, Duke Of UMNO menganggap Pakatan Rakyat berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan penubuhan "SELCAT dan badan anti-rasuah di negeri-negeri jajahan Pakatan Rakyat" seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang.


Ini jelas apabila Pakatan Rakyat sejak dari penubuhannya memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dan diSAHkan oleh mahkamah dalam kes rasuah, salah guna kuasa dan ada melakukan aktiviti liwat, sebagai ketua atau De Facto bagi gabungan tiga parti pembangkang dan ianya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin parti DAP dan PAS seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang & anak beranak (Kit Siang & Sons), dan Karpal & anak beranaknya (Karpal & Sons).



"Itu menunjukkan ia (usaha Pakatan Rakyat berjuang hendak menghapuskan rasuah dan politik wang) sekadar buat-buat, retorik dan hanya menipu rakyat.


"Pakatan Rakyat yang selama ini bercita-cita dan melaungkan agenda menghapuskan rasuah itu sebenarnya sekadar buat-buat saja, bukan sebenar, bahkan mereka menunjuk-nunjuk di hadapan rakyat saja, hakikatnya mereka bergelumang dengan rasuah," katanya yang juga pejuang Islam, Bangsa dan Tanahair bersama UMNO.


Beliau berkata, selagi manusia tidak takut kepada neraka maka sehingga itulah mereka akan melakukan maksiat termasuk melakukan rasuah (terbukti dimahkamah & tak sanggup bersumpah mubahalah), pembunuhan (bersama Israel), khalwat dengan isteri orang, terbabit dengan aktiviti seks luar tabii, salah guna kuasa, huru harakan negara, menipu rakyat untuk mengharamkan penjualan arak, menggantikan perkataan "rasuah" kepada "sedekah", berkawan baik dengan penentang Islam, membenci saudara seagama dan berjuang menghapuskan ISA disabitkan mereka selalu sangat buat kesalahan yang menggugat keselamatan dan keamanan negara, dan banyak lagi kerosakan yang dibuat di Malaysia!


"Semuanya itu berpunca daripada orang tidak ingatkan kepada akhirat. Kalau mereka ingatkan kepada akhirat, mereka tidak akan menderhakai Allah. Mereka juga tidak akan mengkafirkan umat Islam lain dan tidak ber"kiblat"kan DAP & PKR.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Duke Of UMNO juga membidas beberapa pemimpin pembangkang yang "low IQ" yang mencampuri urusan UMNO dan memberi komen terhadap kenyataan yang dibuat Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemimpin seperti Tan Sri Isa sepatutnya tidak lagi mendapat tempat sebagai calon mana-mana parti termasuk BN. Tun juga dahulu menerima komen dari ramai pemimpin UMNO. Tun membuat keputusan yang menyebelahi pilihannya dan semua pemimpin BN akur dan sokong. Begitulah juga dengan senario sekarang apabila Najib membuat keputusan dan Tun juga telah mengatakan bahawa beliau akur dan sokong. Inilah cubaan jahat pemimpin pembangkang yang nak jadi "batu api". Jahat betul pemikirannya.


"Akan tetapi oleh kerana Pakatan Rakyat masih menganggap bahawa politik wang dan rasuah adalah sesuatu yang tidak apa-apa, sesuatu yang tidak merupakan kesalahan besar, maka sebab itu mereka memilih Anwar "Al-Juburi" (meminjam gelaran yang diberikan oleh Mat Sabu) yang dibuang UMNO sebagai ketua.


"Dan ini mengukuhkan lagi anggapan umum bahawa Pakatan Rakyat sememangnya dari dulu mendukung konsep politik wang dan politik rasuah," katanya kepada pemberita selepas pulang dari kerja.


"Saya fikir pengundi-pengundi Bagan Pinang (bagi Pilihan Raya Kecil pada 11 Oktober nanti) adalah pengundi yang terpelajar dan ada kesedaran politik.


"Mereka walau pun ada segelintir yang menyokong Pakatan Rakyat tetapi calon PAS adalah satu calon yang tidak menggambarkan sebuah harapan untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih kerana bersesongkol dengan "Bapa Rasuah", saya yakin pengundi Pakatan Rakyat di Bagan Pinang akan mengundi calon BN.


"Kita serahkan atas kebijaksanaan para pengundi Bagan Pinang untuk memilih satu calon yang benar-benar bersih setelah bertaubat.

"Dan saya yakin tempoh kempen yang ada (itu) membolehkan rakyat Bagan Pinang menilai (sendiri) calon mana yang patut mereka sokong untuk memimpin mereka," kata Duke Of UMNO lagi.


Sementara itu, seorang rakan Duke Of UMNO menyifatkan bahawa Pakatan Rakyat tidak tahu malu.


Beliau mengulas calon Pakatan Ralyat yang tidak tahu diri, tidak mempunyai jasa besar yang patut dibanggakan. Selain menjadi "pak angguk" kepada PKR dan DAP, calon Pakatan Rakyat itu dilihat patut menarik diri sahaja dari menjadi calon sekaligus memalukan diri sendiri.


"Itu tradisi Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak ada akhlak", katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kg. Baru semalam selepas menghantar sms sokongan moral dan menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali untuk teruskan usaha menggesa Nik Aziz meletak jawatan dan menghentam PAS.


"Rakyat sekarang ini dah cerdik. Pengundi-pengundi di Malaysia ini semuanya boleh diaktakan lapan puluh peratus berkelulusan menengah/SPM dan dengan itu dapat berfikir dengan matang.


"Kalau PAS yang selama ini dok asyik menipu orang Islam di negara kita diletak sebagai parti bertanding, kalau dia boleh menipu penyokong PAS sendiri, maka saya fikir dia boleh menipu rakyat, mudah saja, itu logiknya.


"Sesungguhnya kita (UMNO dan BN) mahukan calon yang bersih dari bersekongkol dengan agen yahudi dan yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat umum bahawa calon itu bekerja untuk rakyat dan untuk Malaysia seluruhnya, apa yang PAS dah berikan kepada rakyat selama lebih 50 tahun ini selain dari pepecahan ummah???" katanya.




-Agensi underground UMNO melaporkan.

Tindakan tegas akan diambil..!!! - Hisyamuddin.


Sedang dalam kemeriahan pencalonan Azeez Rahim ditumbuk, begitulah kejadiannya. Dek kerana kemeriahan dan provokasi terlampau oleh pihak pembangkang, Azeez mendakwa telah ditumbuk dibelakang tengkuk oleh penyokong tegar pembangkang. Azeez membuat laporan polis. Itulah senario kejadian pada hari penamaan calon Pilihanraya N31 Bagan Pinang.

Baru sahaja dibenarkan berkempen, sudah ada insiden yang tidak diingini berlaku. Pelbagai maki hamun, nista keji dan carutan yang dikeluarkan oleh pihak sebuah parti yang mengakui bahawa merekalah parti Islam sebenar dan merekalah jua pihak yang "paling Islam" di Malaysia. Inikah yang dimaksudkan sebagai "ajaran Islam" sebenar? Tidak dapat dinafikan bahawa insiden ini telah memburukkan nama Islam dan muamalahnya di kaca mata rakyat Malaysia. Eloklah dibuang perkataan "Islam" yang ada pada "parti" itu. Buat malu "Islam" sahaja.

Berikutan insiden itu, Datuk Seri Hisyamuddin telah mengarahkan agar pihak Polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyerang Azeez itu. Tiada kompromi!!! Beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap penyokong pihak pembangkang apabila sering membuat kacau bilau di dalam negara ini tanpa mengira tempat atau situasi. Syabas Datuk Seri Hisyam diatas jaminan ketegasan terhadap insiden ini. Saya amat berharap agar pihak PDRM agar bertindak secepat mungkin mencari individu terbabit. Tindakan tegas amat perlu. Demi mengelak perkara ini berlaku lagi di masa-masa akan datang, hukuman berat haruslah diberikan kepada individu tersebut. Bahaya jika dibiarkan. Risau jika insiden pemimpin politik ditumbuk setiap kali pilihanraya!

Setelah Gobalakrishnan membuat "provokasi terancang" di Permatang Pasir, tidak mustahil jika wujud "provokasi ganas" di Bagan Pinang pula. Buat masa ini, Azeez menjadi mangsa. Dikhuatiri, akan ada pula Wanita atau Puteri UMNO yang akan menjadi mangsa. Hati-hatilah. Penyokong "Islam palsu" ini sanggup berbuat apa saja asalkan dapat memuaskan hati mereka. Perkara yang wajar pun akan bertukar menjadi "wajar" bagi mereka. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Itulah cara pihak Perosak Rakyat sekian lama yang jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan dari mulut mereka.

Saya amat berharap agar semua rakyat, tidak kira sama ada di Bagan Pinang atau tidak untuk membuka mata seluas-luasnya tentang Pakatan "jahat" yang dibina oleh PKR, DAP dan PAS ini. Mereka tidak akan berhenti membuat kacau bilau di seluruh negara demi cita-cita politik mereka. Habis diporak perandakan oleh Perosak Rakyat berketuakan seorang De' Facto 'penjenayah kolar putih" yang dipenjarakan akibat salah guna kuasa dan rasuah, malah ketua mereka ini juga di"sah"kan melakukan akitiviti seks luar tabii oleh mahkamah! Orang macam ni pun Perosak Rakyat angkat jadi Ketua ke???

Ternyatalah pihak pembangkang hanya pandai berpura-pura baik di depan rakyat. Dibelakang rakyat, merekalah penjahat nombor wahid. Dibelakang rakyat, maka nampaklah sudah "tanduk", "ekor" dan "belang" sebenar mereka. Tak cukup dengan caci maki hamun, ditumbuknya pula penyokong parti lawan. Apa akan terjadi jika Nik Aziz, Hadi, Kit Siang, Guan Eng atau Anwar ditumbuk? Si Karpal, baru kena sergah pun dah bising! Si Anwar pula, tidur salah bantal di penjara pun pakai pendokong leher ketika di Sg. Buloh, dituduhnya pula dirinya di dera! Maka ramai pula yang "meniru" cara "penipu rakyat" itu. Baru disapa sentuh bahu, terus mengelupur macam ayam kena sembelih. Esoknya keluar depan media dengan "costum" berbalut sana sini. Teringat Jamil bin Abu dalam cerita Madu Tiga!

Hakikatnya, Pembangkang ini bukanlah Pembela Rakyat. Mereka bukanlah "Pakatan Rakyat". Rakyat sendiri sudah serik dan sedar bahawa mereka sudah tertipu dengan mainan politik "mata lebam". Rakyat tidak pernah berpakat untuk menghina, mohon derhaka dan menyaman Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak pernah berpakat untuk menyebabkan kesesakan jalanraya. Rakyat tidak pernah berpakat untuk menjadi kurang ajar di dalam Dewan Undangan dan Dewan Negara. Rakyat tidak pernah berpakat untuk menghina Islam. Malah rakyat tidak pernah berpakat untuk membuat kekacauan di dalam negara tercinta ini sehingga menjejaskan ekonomi negara. Itu semua pakatan "jahat" PKR, DAP dan PAS! Merekalah pertualangnya! Merekalah "Perosak Negara"! Sesungguhnya jika dibandingkan, Malaysia adalah lebih aman keadaannya sebelum ini berbanding setelah "mata lebam" dilepaskan dari kandangnya di Sg. Buloh. Setelah berguru dan khatam mengaji "mazhab al-yahuud wa an-nasara", "mata lebam" kembali merosakkan rakyat di tanahair kita. Busuk hati perut betul la "mamat" tu...