Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, August 27, 2009

Bukti Anwar Agen Yahudi?


Opocot mak hang! Terkejut besar pulak aku. Sedang merayau-rayau membaca dari satu portal ke satu portal, dari satu blog ke satu blog, aku tertarik dengan pendedahan tidak sengaja oleh seorang kawan baik aku ni. Mengikut katanya, hasil dari "typo error"nya yang sedang cuba untuk ke AIDC atau "http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com", dia tersilap menaip alamat website itu kepada http://anwaribrahim.blogpsot.com. Kesilapannya ialah di "blogspot" apabila dia menaip "blogpsot". "S"nya ditaip selepas huruf "p". Sedangkan ejaan "spot" kedudukan "s" adalah sebelum huruf "p". Hasilnya? Cubalah anda cuba ke dua alamat yang berbeza ini...


Nescaya anda semua akan dapat jawapannya.

Namun persoalannya, kenapa pula nama Anwar Ibrahim ada pada alamat website seperti ini. Kenapa pula nama Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan website "Mega Site of Bible Studies & Information" ini? Website itu kelihatan berbaur YAHUDI pulak tu! Musykil saya dibuatnya. Apakah ini satu kebetulan atau memang benar Anwar Ibrahim ini mempunyai kaitan dan ikatan kukuh dengan gerakan seperti ini?

Umumnya, kita tahu bahawa Anwar di"warta"kan sebagai seorang "Pak Syeikh" yang mampu bersyarah mengenai Islam. Anwar bekas pemimpin ABIM. Kononnya, Anwar Ibrahim mampu berkhutbah dan menitipkan ayat Al-Quran dengan fasih. Walaupun ada pihak yang cuba menyedarkan tentang betapa teruknya perangai "sebenar" Anwar Ibrahim seperti di AIDC, namun rakyat mudah terpengaruh dan tertipu dengan gaya retorik Anwar. Nah! Kini apa pula kata mereka dengan website sebegini? Apa pula alasan mereka untuk membela nama Anwar Ibrahim, dewa pujaan hati mereka?

Pastinya mereka akan mengatakan bahawa "ini adalah satu lagi penipuan UMNO dan BN". Pastinya mereka akan sekali lagi menafikan kenyataan yang pahit ini dengan menyatakan bahawa ini semua adalah "dakyah palsu" UMNO untuk memburuk-burukkan Anwar. Pastinya mereka akan menuduh bahawa semua ini adalah angkara UMNO! Pastinya kali ini mereka tidak akan percaya dan bermati-matian membela "Pak Syeikh" kesayangan mereka ini. Hakikat yang pahit ini sungguh payah untuk ditelan oleh penyokong "totok" Anwar!

Terserahlah! Anwar Ibrahim memang suka "saman menyaman" ni. Sudah berapa banyak saman yang telah dikeluarkan oleh peguam-peguam Anwar Ibrahim sehingga Anwar mampu membina banglo mewah yang berharga jutaan ringgit walaupun dia baru sahaja beberapa tahun keluar dari penjara. Bekas banduan ini kaya dengan hasil lumayan industri "saman menyaman"nya ini. Saya menunggu tindakan Anwar untuk menyaman website "http://anwaribrahim.blogpsot.com" ini yang ternyata "menajiskan" nama Anwar serata dunia! Apa lagi yang ditunggu wahai Brader Anwar, jika benarlah website ini tiada kaitan dengan Brader, sila saman secepat mungkin! Jika tidak, semua rakyat akan mengatakan bahawa "BENARLAH ANWAR AGEN YAHUDI"!

Wednesday, August 26, 2009

Tukang Karut Malaysian Insider?

Semalam, 25 Ogos 2009, Malaysian Insider mendedahkan bahawa Ust. Harun Taib bagaikan "hero" penyelamat kerajaan BN Terengganu. Malaysian Insider dengan bangganya memberikan "hikayat" ceritera politik untuk melariskan "hit" portalnya. Menurut "tukang karut" Malaysian Insider, Ust. Harun Taib yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu di telah menghalang 9 orang ADUN BN dari "melompat" menyertai PKR dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Terengganu. Kononnya Harun lebih senang berurusan dengan MB Datuk Ahmad Said. Dicanangkan pula nama YB Rosol Wahid sebagai "dalang" ketua kepada "coup de tat" politik kerajaan Terengganu itu telah berjumpa dengan Anwar untuk berbincang mengenai hal ini. Dah di"jual"nya pula nama YB Rosol! Mentang-mentanglah kerajaan Terengganu sedang mengalami "kemelut" kepimpinan lama dan baru. Sedap mulut je Malaysian Insider buat cerita. "Scoop"lah kononnya tu! "Khabar angin" katanya?

Hari ini pula, 26 Ogos 2009, YB Rosol Wahid dengan tegasnya menafikan laporan Malaysian Insider itu. "Khabar angin" itu dijawab dengan jelas oleh YB Rosol. Mereka setia dengan BN dan tidak pernah sekalipun berbincang mengenai "lompat melompat" ini dengan mana-mana pihak. Walaupun mereka sedar bahawa terdapat sedikit "salah faham" diantara ADUN-ADUN BN di Terengganu, namun perkara itu tidaklah sampai ke tahap "sanggup mengkhianati amanah rakyat dan parti". Sememangnya ada sedikit kemelut dalaman di kalangan ADUN-ADUN BN di Terengganu, namun mereka semua yakin bahawa kemelut itu akan berakhir dalam sedikit masa lagi berikut jaminan yang diberikan oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Yang menariknya pula, setelah di"follow up" kepada Ustaz Harun Taib mengenai perkara ini, Harun dengan "selamba"nya menafikan dan menyatakan bahawa dirinya sikit pun tidak tahu menahu tentang senario ADUN "lompat-melompat" di Terengganu ini. Jadi, bagaimana pula Malaysian Insider boleh menabalkan Harun Taib sebagai "hero" penyelamat pula? Tak ke "kantoi" namanya tu?

Mana Malaysian Insider nak letak muka? Dan terang-terang Malaysian Insider menipu! Nampaknya Malaysian Insider sudah menuju ke arah portal "sampah". Malaysian Insider sudah berjalan seiringan dengan Malaysia Today hasil kerja tangan Raja Petra. Apakah Malaysian Insider berharap dapat menjadi "Malaysia Today Kedua"? Tak mahu buat "akuan bersumpah" macam Raja Petra ke? Siapakah dibelakang Malaysian Insider? Ada sesiapa boleh beritahu? Nampak macam ada perkataan "Kali" di belakang Malaysian Insider tu. "Kali" apakah itu? "Bentong Kali" ke?

Kes Radhi: Apa "Boss" Perosak Rakyat Kata...

"Khabar angin dia hendak melompat telah lama kedengaran tetapi mengapa dia pilih hari ini untuk keluar parti. Ia tidak lain untuk melemahkan PKR dan merendahkan pimpinan PAS Kedah. PKR akan meminta Mohd Radzhi meletak jawatan sebagai ADUN Lunas kerana beliau menang bertanding atas tiket parti itu,"
- Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim




"Mohd. Radzhi mempunyai prestasi yang lemah sepanjang menjawat jawatan Exco, membuat tuntutan perbelanjaan tidak munasabah dan mempunyai masalah perkahwinan di Thailand,"
- Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





''Saya ingin menegur rakan dalam PKR dan pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari kepada Mohd. Radzhi. Kita menuduh kononnya beliau tidak berdisiplin tetapi saya melihat Mohd. Radzhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan,"
- Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.




"Saya fikir, mungkin beliau sendiri yang mempunyai masalah peribadi sehingga meninggalkan PKR,"
- Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.



"Tidak sepatutnya wujud pihak tertentu mengugut dan menakut-nakut seseorang sehingga berlakunya kejadian keluar parti. Saya menyeru pihak yang berkaitan agar berhenti melakukan perbuatan demikian,"
- Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.





















"Pas Kedah Jangan Hipokrit."


RAMADAN menuntut umat Islam supaya tidak bersikap berpura-pura, hipokrit, "mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih."

Justeru, kenapa balasan pahala puasa akan dibalas oleh Allah SWT memandangkan perilaku puasa, rahsia puasa, hanya antara Allah dan orang yang melakukannya.

Walhal ibadat-ibadat lain dapat dilihat dengan mata kasar, namun puasa mendidik umat Islam, supaya bersikap telus, benar dan ikhlas, lagi jujur dalam tindakan, kata-kata mahupun perbuatan.

Maka selaras dengan mauduk puasa, penulis cukup hairan dengan sikap Pas Kedah.

Apabila Radzi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN berstatus bebas, maka segala keburukan beliau, bermula dengan tuntutan perjalanan yang tidak masuk akal, masalah disiplin sehingga dilihat sebagai satu liabiliti kepada kerajaan Pas di Kedah mula diungkit dan disebarkan.

Persoalannya, kenapa semasa beliau masih ahli PKR dan menjawat jawatan Exco Pelancongan, Sumber Manusia Negeri, salah laku sebegini didiamkan oleh pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas?

Ini menampakkan watak sebenar Islamisasi Pas. Jika orang berkenaan masih dalam saf perjuangan mereka, walau berbuat salah yang besar sekalipun maka akan didiamkan. Sebaliknya jika sudah keluar daripada jemaah mereka, maka akan dibesar-besarkanlah kesalahan tersebut.

Ini mengundang persoalan etika yang cukup besar, bahawa dalam konteks pentadbiran sama ada orang itu sanak-saudara, kawan ataupun teman gabungan, maka jika bersalah, berbuat sesuatu yang salah dan dilihat atau dipersepsikan membuat sesuatu yang salah - sepatutnya tindakan wajar segera diambil.

Dalam hal ini kenapa sirah Rasulullah SAW tidak mahu diikuti. Panduan ikutan telah ditunjukkan oleh Baginda apabila bersabda: "Jika yang mencuri itu Fatimah puteriku, nescaya akan ku potong tangannya." Inilah konsep pentadbiran adil lagi berhikmah.

Namun tampak jelas, politik hipokrit terus menjangkiti saf pimpinan Pas di Kedah.

Lihatlah betapa rakusnya Speaker DUN Datuk Dr. Mohd Isa Ismail yang terus menghantar notis pengosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya kerana tidak mahu egonya jatuh disebabkan ketidakhadiran ADUN Kota Siputeh, Abu Hassan Sharif, sebanyak dua kali dalam sidang DUN, walhal untuk kali kedua, sijil sakit telah pun dihantar.

Suatu ketika dahulu Speaker yang sama, menghantar makluman yang lebih kurang sama kepada SPR, berhubung isu kemuflisan ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, tanpa terlebih dahulu menunggu "arahan dan perintah mahkamah" berhubung status itu.

Bukan pimpinan Pas tidak faham, proses mahkamah jika dijatuhkan hukuman, masih ada proses rayuan.

Akibat kegelutan dan keghairahan mahu menunjukkan kuasa, maka kebajikan rakyat terabai, sebaliknya kerusi DUN yang mahu diintai.

Sama juga sifat tipikal Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas, merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, yang dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas di Permatang Pasir.

Sebagai pengundi di Parlimen Pokok Sena, penulis berasa hairan dengan sikapnya. Beliau boleh berada di dalam banyak majlis, dalam banyak keadaan bersama pimpinan PKR misalnya Anwar Ibrahim.

Beliau begitu sibuk memperkatakan perihal peribadi calon Rohaizat Osman, beliau sibuk berkomentar tentang sikap dan masalah salah laku Radzi.

Namun yang lebih menghairankan penulis, beliau tidak pun sibuk bersama pengundi dan rakyat di Pokok Sena, tatkala banjir, ribut yang melanda baru-baru ini.

Beliau lebih sibuk memperkatakan tentang banyak perkara. Tentang hal dunia, ISA, kepincangan pentadbiran negara, walhal kepincangan dan kelemahan khidmat beliau di kawasan yang beliau wakili bersama rakan-rakan Pas yang lain tidak beliau endahkan.

Masih banyak isu kemiskinan, pembelaan kebajikan rakyat, hala tuju kemajuan ekonomi, peluang perniagaan, pengangguran di kawasan beliau.

Bila penulis mengajaknya berbincang dan berdebat berhubung isu-isu dasar di Parlimen Pokok Sena, pelawaan diperlekehkan hanya kerana jawatan beliau yang cukup tinggi dalam Pas.

Sedangkan isu yang mahu dibicarakan adalah antara pengundi dan beliau sebagai Ahli Parlimen di satu kawasan yang beliau wakili.

Islam tidak mengajar umatnya bersikap hipokrit dan bongkak.

Islam menuntut umatnya melakukan dakwah, kebaikan di kalangan keluarga sendiri terlebih dahulu, jiran, masyarakat sekitar, kampung, negeri barulah negara.

Jika prinsip ini dilaksanakan tentulah pentadbiran Pas di Kedah dan sikap pimpinan Pas negeri itu tidak akan haru-biru jadinya.

Justeru pesan penulis kepada pimpinan Pas di Kedah, "jangan kuman di seberang lautan boleh nampak dan kelihatan, namun gajah di depan mata, dipandang pun tidak".

Sebagai kerajaan yang diberi mandat, selesaikan dulu keperluan rakyat Kedah, pengundi setempat daripada mahu berlagak menjadi hero negara. Walhal pengundi terabai, aspek sosioekonomi terbengkalai dan segala janji manis pilihan raya dulu kini ibarat bangkai.

Penulis ialah Pengundi DUN Derga Parlimen Pokok Sena, Kedah.



Artikel di"CnP" dari sini.
Credit to Malaysia Instinct.



Komen aku:

Salah tajuk tu...memang hipokrit pun...so, tak payah la nak kata "jangan hipokrit"...dah macam-macam depa dok buka pekung Radhi...dah macam-macam depa ngumpat radhi...just "pasai Radhi dah keluar PKR and not being among them".

Hari tu masa Radhi dok dalam PKR...dalam "kem" depa, bila orang riuh dok persoal claim Radhi yang terlampau...depa bela...depa diam...PAS tak sebut dan tak ngaku apa pun...apatah lagi nak explain....kalau explain pun...PAS bela Radhi ni...then, lepaih Radhi ni keluar jadi ADUN Bebas, pergghh....habih dia londeh...nampak sangat sikap HIPOKRIT tu...

Heran aku...dalam bulan Ramadhan ni pun PAS masih lagi dok tunjuk perangai tak Islamik dia tu...mazmumah...ermmm...harap-harap PAS tak terlepas pandang dan pi mintak maaf balik kat Radhi...salah tetap salah...walaupun kita buat salah kepada sesiapa sekali pun...kalau dah salah tu...pi la mintak maaf...err...depa mau ka mintak maaf kat Radhi? Ermmm..? Habis madu sepah dibuang??? hehheh..

Monday, August 24, 2009

ADUN LUNAS kini BEBAS PKR..!!!


Mengulas kepada perihal pembubaran PKR Bahagian Padang Serai. PKR Padang Serai adalah diantara Bahagian PKR yang paling awal sekali ditubuhkan. Dan semalam, 23hb Ogos bersamaan 2hb. Ramadhan, Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, En. Jamaludin Abu Hassan telah mengumumkan pembubaran Bahagaian PKR itu bersama 200 orang ahlinya termasuk ADUN Lunas, Mohd. Radhi Salleh, untuk keluar parti. Mereka bertindak demikian atas alasan tidak lagi percaya pada Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya. Mereka menyatakan bahawa perjuangan PKR hanyalah bersifat kepentingan peribadi pucuk pimpinan dan tidak mempedulikan bangsa Melayu. Malah pucuk pimpinan PKR juga didakwa mendahulukan "perut" masing-masing berbanding rakyat jelata.

Mereka juga mendakwa bahawa mereka mempunyai rakaman audio yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya Gobalakrishnan yang merupakan Ahli Parlimen Padang Serai untuk melakukan kekecohan pada hari penamaan undi di Permatang Pasir tempohari. Pendedahan ini secara langsung mengakui dakwaan Tun Mahathir bahawa Anwar Ibrahim adalah pencetus kekacauan dan huru-haru di Malaysia.

Selain itu, difahamkan bahawa punca sebenar PKR Padang Serai dibubarkan adalah demi menyelamatkan Islam. Mereka menyedari bahawa kedudukan Islam tidak terjamin jika negara diperintah oleh manusia seperti Anwar Ibrahim ini. Hanya mampu berkhutbah dan menyebut bebeapa potong ayat Al-Quran, namun begitu aktif men"jual" Islam kepada kepentingan Yahudi dan agama lain selain dari men"downgrade"kan kedudukan Islam di Malaysia. Anwar sanggup juga menjual Islam demi memenangi hati dan undi masyarakat bukan Islam. "Sesumpah" itu kelihatan aktif bermuka-muka dikalangan rakyat, beretorik dan berseloka dongeng palsu tentang harapan.

Menurut sumber, semua ahli PKR Padang Serai mengumumkan keluar dari PKR sahaja, namun mereka tidak menyertai mana-mana parti. Ini adalah kerana mereka tidak menyukai UMNO. Namun seorang pemimpin "underground" berpengaruh di Padang Serai, mereka memang benci kepada UMNO, namun mereka kini lebih membenci PKR! Tidak tahu lah pula kenapa sampai begitu sekali bencinya bekas ahli PKR Padang Serai itu kepada Anwar. Mungkinkah berpunca seperti yang didakwa? Atau mungkinkah ada "seorang" lagi yang telah menjadi mangsa "sodom" Anwar di Padang Serai? Siapa tahu? Satu persoalan yang perlu dijawab oleh Anwar mahupun salah seorang "jambu" di Padang Serai? Bukan fitnah, sekadar pertanyaan...

Tidak dinafikan bahawa semua ahli PKR dan ADUN Lunas itu telah difitnah dan dicaci maki oleh puak-puak "pelampau" PKR. Sebagaimana yang terjadi di Perak, ADUN UMNO yang mulanya "melompat" masuk Pakatan Rakyat dipuji melangit. Malah tindakannya itu dikatakan sebagai "demokrasi sebenar" oleh Pak Nizar dan se"kutu-kutu"nya. Namun, apabila ADUN itu melompat kembali ke UMNO dan dalam masa yang sama 3 ADUN Pakatan Rakyat mengisytiharkan sebagai bebas, maka puaslah dimaki hamun di caci cerca. Ayat "sudah dibeli" adalah satu kemestian untuk digunakan. Malah ADUN-ADUN itu juga menerima ugutan bunuh dan sebagainya. Hakikatnya, hilang sebutan "demokrasi sebenar" dan Nizar bertukar sifat sebagai pencacai Ngeh dan Nga yang "gila talak"! Sabar sajalah ADUN Lunas. Memang begitu rendah moral PKR dan kepimpinannya. Nasib baik YB sedar awal!

Hakikatnya. PKR inilah pencetus kepada pepecahan ummah. Melayu Muslim berpecah hanya kerana kepentingan si'mata lebam" mendapat kuasa sebagai PM. Bila Pak Lah dan Najib yang menjadi PM, maka bertambah geramlah hati busuk si Anwar. Apa tidaknya? Sedang Anwar begitu hampir diberi mandat oleh Tun Dr. Mahathir sebagai penggantinya, Anwar terpaksa merengkok di penjara Sg. Buloh apabila salahlakunya terbongkar! Salahnya sendiri. Mengapa pula hendak disalahkan kepada Tun M pula? Anwar yang salah guna kuasa, Anwar yang meliwat, kenapa pula Tun M dan rakyat Malaysia pula yang harus dipersalahkan. Kalau benar konspirasi Kerajaan, bila dan dari mana pula asal-usulnya gelaran "Al-Juburi" itu diberikan kepadanya? Apakah gelaran itu dari pemimpin UMNO dan diberikan kepada Anwar selepas atau sebelum pendakwaan 1998-1999?

Ayuh, sedarlah umat Islam. YB Radhi dan bekas ahli PKR yang teramai di Kedah sudah sedar dari tipu daya Anwar. Sempena Ramadhan ini, syaitan-syaitan telah dukurung Allah dan yang terlepas hanyalah anak didik syaitan-syaitan itu. Sedarlah demi penyatuan ummah Melayu Muslim di Malaysia. Minda kita telah dizalimi oleh sahabat-sahabat yang disayangi Yahudi dan "Freemason". Selamatkanlah Islam, diri kita dan tanahair ini dari kerakusan nafsu pertualang negara alaf ini. Semoga sinar perpaduan dan penyatuan ummah Melayu Muslim di Malaysia bertaup kembali. InsyaAllah. Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!