Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 21, 2009

N11 Permatang Pasir: 4 hari sebelum tauk undi!

Duit pun ada gambaq Nik Aziz kaaaa???


Depa dah ketaq! Depa dah mengelabah! Kena cuit sikit, terus melatah! Bergegaq kepala lutut Dewan Pemuda PAS dok cuba cover Salleh Man. Nasarudin Tantawi terkucil nak menjawab. Tergagap-gagap panglima perang PAS kena panggil dek Pok Nik Aziz. Calon depa punya isu lagi teruk!

Oleh kerana ketaq lutut, depa tak teragak-agak "main kotoq"! Tu diaaa...Depa bubuh duit palsu (photostate) dalam envelope. Bubuh gambaq & logo BN kat sampul tu, lepaih tu teruih pi selit bawah pintu rumah kat Permatang Pasiaq! Rata-rata rumah yang menjadi mangsa pengedaran duit "photostate" tu ialah rumah orang PAS. Kononnya, depa cuba provoke kata BN dok taboq duit kat pengundi laaa...hehehhhe...kotoqnya otak! Dah "desperado" sangat ka sampai kena main perang saraf "kotoq" lagu tu??? Heheheh...dasar Perosak Rakyat, duit palsu pun boleh jadi "senjata"!

Tup! Tup! Si Nasarudin dok dakwa Rohaizat ada sorang lagi bini kat Pahang. Heheheh...aku nak tanya la Si Nasarudin ni...sejak bila pemuda berserban sebakoi ni pandai buat fitnah ni? Sila keluaqkan sijil nikah Rohaizat dari Jabatan Agama Islam Pahang. Itu pun kalau ada la. Bro, kalau setakat dok pakai dengaq kata "hear say", tak payah cakap la...buat hilang kreadibiliti hang saja. Inikah barisan "pelapis" PAS masa akan datang? Serban sebakoi yang pandai buat fitnah? Inikah yang hang belajaq masa tuntut ilmu agama dulu? Memang tak buleh pakai la hang ni broooo...

Yang Mahfuz pulak dok "attack" kreadibiliti calon BN. Nak tanya sikit la...Yang Mahfuz dok kerap sangat ulang alik penjara tu apahal? Dok lawat warden penjara ka? Dok lawat sapa tu Mahfuz? Takkan lawat "cleaner" penjara kot? Err...ada rahsia ka? Hehehhehehhe....apa lagi dengan kreadibiliti calon Pakatan Rakyat yang mana dibarisi oleh celebriti penjara? Bekas banduan, pelampau kaum, perusuh awam, pengamal seks luar tabii yang disahkan mahkamah, agen yahudi, kongsi gelap dan ramai lagi pesalah-pesalah moral? Awat tak sebut sama? Mana kreadibiliti depa tu??? Sudah la Mahfuz...diam je la dari terus buat dosa...

Semalam...puak-puak Pakatan Rakyat dok baik punya dok pi kerat bendera dan poster BN! Memang desperado puak-puak ni. Nak report pun dah lewat! Rumah jauh lagi, mata dah pedih mengantuk! Maklum la...lepas kerja terus pi Permatang Pasiaq. Dah la "sukarela". Geram jugak la hati tengok puak-puak tu dok buat kerja pedajal BN. Dok rentap bendera, poster...lepas tu...zassss!!! Punya la kotoq cara tu. Sampai bendera & poster pun buleh jadi hal. Takut sangat ka kat bendera & poster BN? Hangpa takdak poster & bendera ka? Bukan dah sebat duit peruntukan PRU13 ka? Banyak tu duit hangpa...RM60k dah sebat...lepaih tu RM600k pulak! Itu dah jadi RM660k... hangpa simpan duit tu dari petugas-petugas hangpa ka? Boroi la perut tu nanti...menjawab la hangpa depan Allah nanti...

Haru la PAS kali ni...desperado sangat gayanya. Buruk benaq rupanya Pakatan Rosak ni. Nampak sangat PAS dah jadi semakin rosak lepaih bersahabat dengan "syaitan-syaitan" ni...makin haru biru bila fatwa-fatwa politik dikeluaqkan oleh Tok-Tok Guru depa...teruk betoi...tak macam PAS dulu-dulu....PAS sekarang memang hampeh! Salleh Man? Hehheheh...ada sorang penduduk tempatan tu kata...Salleh Man ni boleh diibaratkan seperti Pak Lah di dalam UMNO...tidoq dan bengap sikit mindanya! Hehehhe...terserah la...aku tak tahu siapa Salleh Man, tapi rasanya penduduk tempatan lebih pandai menilai betapa "samdol"nya Salleh Man!

N11 Permatang Pasir: Calon PAS lagi "busuk"?!!!


Sekonyong-konyong dah 3 hari dah aku dok berulang alik ke Permatang Pasir. Hujan boleh dikatakan turun tiap-tiap hari. Namun, suasana kempen PRK N11 Permatang Pasir tetap meriah. Kesungguhan BN, terutamanya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kecil ini begitu menonjol sekali. Tiap-tiap hari pemimpin-pemimpin UMNO hadir di "command centre". Bukan sekadar "tunjuk muka", nampaknya pemimpin-pemimpin UMNO ini begitu bersungguh-sungguh. Dengar kata, Zahid Hamidi pun tiap-tiap malam dok asak "commander-commander" dan panglima-panglima perang UMNO untuk memberikan yang terbaik pada PRK kali ini. Kalau dulu PAS menang dengan majoriti 5 ribu lebih, difahamkan bahawa BN mensasarkan kemenangan berpihak kepada BN dengan majoriti lebih dari 1000 undi. Target mesti mau lebih...at least menang! InsyaAllah.

PRK Permatang Pasir ini dimulakan dengan serangan Pakatan Rakyat terhadap calon BN iaitu Bro Rohaizat. Biasalah, Pakatan Rakyat memang suka memperburukkan individu dan calon BN. Pernah ke Pakatan Rakyat tak memperburukkan calon BN dalam PRK sebelum-sebelum ini. Siap berpakat lagi dengan Bar Council. Sehari selepas penamaan calon, terus keluar surat dari Bar Council tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Rohaizat. Nampak sangat berpakat dan serangan "terancang".

Memanglah benar Bar Council ambil tindakan terhadap Rohaizat. Maklumlah, Bar Council sekarang ini lebih "mirip" kepada "sepupu angkat" Pakatan Rakyat. Kononnya "adil" dan "political free", padahal satu Malaysia tahu "tangan ghaib" yang dok "cucuk" Bar Council ni. Tapi, kenapa tak diceritakan "cerita" yang sebenarnya? Kenapa tak diceritakan bahawa Rohaizat ni telah dianiaya oleh "bekas" rakan guamannya? Kenapa nak burukkan nama Rohaizat sedangkan hakikat sebenar bahawa Rohaizat adalah bersih dari sebarang salahlaku? Bekas rakannya yang buat "onar", bukan Rohaizat. Penjelasan dan bukti sudah diberikan. Nak terima atau tidak, terserahlah. "I rest my case".

Dalam dok mengata mengutuk calon BN, apa kurangnya calon PAS? Tak mahu sebut ke tentang duit RM60 ribu yang di"sebat" pada PRK Permatang Pauh tempohari? Mana pergi duit tu? Siapa yang memberi? Siapa yang menghabiskan? Ke mana dihabiskan perbelanjaan? Mana "detail" akaunnya? Difahamkan bahawa cerita ini sedang hangat dibibir ahli-ahli PAS "back benchers". Ahli-ahli PAS akar umbi di"belakang" dok tertanya-tanya tu. Jawablah wahai calon PAS. Salleh Man kenalah jawab untuk membuktikan ketelusannya. Dengar khabar, bekas Pesuruhjaya PAS Penang, Zulkifli Lazim pun tahu hal ini. Kenapa senyap saja? Berat sebelah ke? Neraka Allah tu tak kenal parti. Kalau betul "songlap" duit tu, mengaku sajalah. Minta maaf dan jangan ulang lagi perkara tu. Kalau tak betul, jawablah isu tu. Biar jelas dan tak jadi bahan fitnah. Ramai "orang" dok bising kat belakang tu...

Itu baru satu "version" cerita. Ada pulak satu lagi "version" yang lebih kurang serupa. Cuma jumlah RM yang terlibat tu lebih tinggi. Katannya mencecah RM500 ribu! Dasyat! Banyak betul duit PAS. Mana PAS ambil duit tu? Duit tabung derma masa buat ceramah tu ke? Atau ada "sumber" lain? Sumber dari "sahabat baru" tu ke? Alaaa...sahabat pilihanraya tu! Alaaa...yang dulu masa kena tangkap dok kata dia takdak harta dan duit tu. Alaaa...yang lepas keluar penjara terus kaya raya banyak duit tu. Mana datang duit tu ye? Dari benua mana duit tu datang? Dari "uncle sam" ke? PAS pun bila dah nampak RM, kelam mata! Tengok "Syaitan" pun disangka "sahabat" dunia akhirat. Hasilnya jadi macam Nizar dan Hasan Ali. Nizar jadi "balaci" Ngeh dan Nga, Hasan Ali pulak kecut perut kena sergah DAP! Seorang jadi "gila talak", seorang lagi jadi "salesman" jual Islam! Haru...

Hari tu "Buah Pala" dah "kena". Kali ni kalau PAS menang, giliran Permatang Pasir pula kena "jual". Penduduk Permatang Pasir nilailah sendiri. Sama ada mahu di"jual" seperti "Buah Pala" yang di"jual" oleh "Khalifah" Guan Eng, atau sudah serik dipermainkan oleh DAP dan Ketua Menterinya. Walaupun PAS mempunyai ADUN di Pulau Pinang, adakah Khalifah DAP itu lantik ADUN PAS menjadi exco untuk berkongsi kuasa? Kalau macam tu, bagaimana kononnya agenda Islam dan ummahnya dapat dibela dan diperjuangkan di dalam dasar kerajaan Negeri. Hakikatnya, PAS juga jadi "Pak Turut" juga di dalam kerajaan Khalifah DAP itu. Habislah PAS! PAS akan dimaki hamun oleh penyokongnya sendiri selepas ini...

Monday, August 17, 2009

Ahli UMNO tak masuk syurga?


Kalaulah saya memperhalusi dan merenung apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, habislah peluang saya! Rasa jiwa kecewa. Habislah segala pahala dan amalan saya selama ini. Nampaknya, saya tidak akan ke syurga walaubagaimana sekali pun amalan baik dan pahala yang saya kumpul didunia. Walaupun saya sentiasa berusaha untuk menjadi seorang muslim yang bertaqwa, tiada syurga bagi saya. Mursyidul Am PAS yang amat disegani, maksum malah lagaknya bagaikan "nabi" telah menetapkan "fatwa" politiknya hari ini. Katanya :

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di IKBN Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu. UMNO tidak akan ke mana. UMNO akan terus memerintah dan menerajui kerajaan Malaysia. UMNO tidak akan ke mana. UMNO akan meneruskan perjuangan Islam sebenar, perjuangan Anak Bangsa, dan perjuangan Tanah air yang tercinta. Begitulah UMNO yang tidak akan ke mana. InsyaAllah, "doa" Nik Aziz Nik Mat itu akan menjadikan UMNO lebih gagah dan lebih mengutamakan rakyat berbanding Perosak Rakyat. Perosak Rakyat akan pergi. Pergi setelah merosakkan rakyat dengan meliberalisasikan Islam, menghina Islam, tidak mendaulatkan perlembagaan dan bersekongkol dengan "syaitan" demi kuasa politik.

Ya, benar. "UMNO tidak akan membawa seorang muslim itu ke syurga". Hanya iman dan amalan seseorang itulah yang akan membawa seseorang itu ke syurga. Benar Tok Guru Nik Aziz. UMNO tidak mampu membawa seseorang itu ke syurga sebagaimana dakwaan Nik Aziz. Walaupun pelbagai jabatan, kemudahan dan usaha telah diwujudkan oleh UMNO untuk mendorong setiap individu Islam di dalam Malaysia ini mengamalkan muamalah Islam, semua itu tidak menjanjikan seseorang itu dijamin ke syurga. Walau bagaimana sekali pun dakwah dan program-program yang diusahakan UMNO untuk meng"imarah"kan Islam di Malaysia, syurga itu tetap milik Allah dan bukan milik UMNO. UMNO sedar akan hakikat itu.

Namun, di sini, saya juga ingin menegaskan kepada Tn. Guru Nik Aziz bahawa :

"Islam bawah PAS juga tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon UMNO sebagai wakil rakyat mereka,".

Islam bawah PAS juga tidak akan ke mana. PAS akan terus di"perkuda" oleh "syaitan-syaitan" yang kini menjadi "sahabat" PAS. PAS tidak ke mana dan akan terus di"bisu"kan oleh "syaitan-syaitan" itu setiap kali cuba membuat dasar Islam di dalam pemerintahan "Pakatan Rosak". PAS tidak ke mana dan akan terus menjadi "alat" PKR dan DAP untuk kepentingan politik masing-masing. PAS tidak ke mana dan akan terus menjadi parti kelas ketiga dalam "Pakatan Riot" yang perlu mendengar kata "tuan" PKR dan DAP. PAS tidak ke mana dan akan terus jumud dalam pemikiran mempergunakan Islam demi kepentingan politik dan kuasa. Begitulah PAS yang juga "tidak ke mana".

PAS juga tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga, sebagaimana UMNO. Ini dengan tegasnya menafikan dakwaan Nik Aziz sebelum ini bahawa kononnya "siapa yang undi PAS akan dapat pahala dan dihadiahkan syurga". Syurga neraka itu bukan hak milik Nik Aziz dan bagaimana pula Nik Aziz boleh memberikan "fatwa"nya sebagai jaminan untuk sesiapa yang memberikan "undi" kepada PAS akan membawa mereka ke syurga? Apakah Nik Aziz menganggap bahawa syurga neraka itu miliknya? Ramai juga kenalan dan sahabat saya yang merupakan ahli PAS yang tidak solat, tidak berpuasa di bulan ramadhan, mencarut memaki hamun dan tidak menjadi seorang Islam yang baik. Apakah kerana mereka-mereka ini "mengundi" PAS, maka mereka akan di"hadiah" oleh Allah? Atau "syurga" yang dikatakan Nik Aziz itu hanyalah rekaannya sendiri sahaja? Nampaknya, ada sekumpulan muslimin dan muslimat yang telah berjaya di"tipu" dan di"manipulasi" oleh "fatwa" politik Nik Aziz.

Saya tidaklah menafikan "fatwa" Nik Aziz Nik Mat terhadap kemampuan UMNO. UMNO telah berusaha dan akan terus berusaha sebaik mungkin demi mendaulatkan Islam di Malaysia. Dengan prasarana dan kemudahan untuk mengamalkan ajaran Islam yang disediakan dan sikap mempertahankan Islam dari di"hina" oleh segelintir individu yang "melampau", UMNO masih lagi tidak mampu mendabik dada atau menjamin "syurga" kepada pengundinya. Mungkin PAS agak berbeza pandangan mengenai ini. Berbeza pandangan atau berbeza agama? Setahu saya, ahli UMNO dan ahli PAS juga menyembah Tuhan yang sama dan mengamalkan ajaran Islam mengikut ahli sunnah wal jamaah serta bermazhabkan Imam Shafi'e. Saya amat berharap Nik Aziz supaya segera bermuhasabah dirinya dan mengaku silapnya di atas kezaliman "fatwa"nya kepada umat Islam di Malaysia. Sebaiknya Nik Aziz mengakui silap dan salahnya pada umat Islam di Malaysia dan mengundurkan diri dari dunia politik memandangkan dirinya sudah "berumur" dan sering uzur. Dahulu Nik Aziz menasihati Tun Dr. Mahathir untuk mengundur diri dari dunia politik. Tun Dr. Mahathir sudah pun berbuat demikian. Nik Aziz bila lagi? Lagi lama Nik Aziz berpolitik, semakin celaru pula "fatwa" ulama' PAS ini. Dah "nyanyuk" ke?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!