Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 15, 2009

Baca dan renungkan....


Perkauman Di Malaysia.

Akhir-akhir ini, soal perkauman semakin galak diperbincangkan di mana-mana. Penulis sendiri menerima beberapa email dengan artikel-artikel provokasi (dengan niat atau tidak) dari beberapa pihak yang bercakap bagi pihak kaum Cina (baca: DAP). Dari email-email tersebut, penulis membuat konklusi bahawa mereka yang terdorong untuk bercakap bagi pihak kaum Cina ini terdiri dari dua kumpulan masyarakat:

1. Kaum Cina sendiri,
2. Kaum Melayu dari golongan pertengahan-atas seperti doktor, pensyarah, professor atau peguam.

Penulis langsung tidak mempertikaikan tindakan kumpulan pertama untuk membela bangsa mereka walaupun dalam usaha mereka itu, mereka mengenepikan terus tolak ansur, tanggungjawab dan sensitiviti orang lain. Pendekata, mereka berhak membela bangsa mereka dengan apa cara sekalipun walaupun salah dari segi moral, etika dan kemanusiaan. Walaupun kita tidak suka, dan nilai-nilai kemanusiaan tidak dapat menerimanya, hanya undang-undang yang boleh menghalang mereka dari melampaui batas dalam kesungguhan mereka membela bangsa mereka.

Kerana sifat mereka yang beginilah maka mereka dapat berdiri teguh dan kuat tak kira langit mana sekalipun yang mereka junjung. Kerana sifat mereka ini jugalah maka tamadun mereka tidak pernah terpecah, peta negara mereka tidak berubah dan nama negara mereka juga tetap sama sejak lebih 2000 tahun dahulu; berbanding Rom, Andalusia dan tamadun silam lain yang hilang kegemilangannya atau hilang sepenuhnya. Sifat ini dinamakan ’perkauman’ yakni membela kaum sendiri dengan cara keterlaluan tanpa mengira benar atau salah perbuatan kaum sendiri itu.

Di Malaysia, Australia, Britain dan di mana saja kaum ini pergi, mereka tetap membawa bersama sifat ini. Kerana itu, sebaik sahaja mereka dapat menguasai satu-satu kawasan, mereka mula menolak kaum lain untuk duduk apatah lagi berdiri bersama-sama. Contohnya:

§ Dalam pekerjaan, apabila saja mereka menguasai kedudukan yang tinggi, maka tiada lagilah harapan untuk kaum lain di bawah mereka dinaikkan pangkat walaupun punya kelayakan dan dedikasi.

§ Dalam perniagaan, jangan mimpilah kaum lain untuk diberi peluang sama rata untuk menjadi pembekal mahupun terlibat bersama dalam perniagaan mereka.

§ Dalam bermasyarakat, sekali mereka dapat menguasai satu bangunan perniagaan, tiada lagilah hak kaum lain untuk sama-sama bersaing di dalamnya, dan jika mereka menguasai kawasan, maka akan lahirlah sebuah Pekan Cina secara rasminya.
Sekali lagi, kita tidak punya hak untuk mempersoalkan sifat perkauman mereka yang kuat. Dari satu segi, tidak ada salahnya membela kaum sendiri seperti mereka.
Tetapi, kita punya hak untuk mempersoalkan sifat kaum Melayu yang merasakan tidak perlu untuk membela kaum sendiri sepertimana kaum Cina. Kumpulan kedua yang disebut di atas adalah kumpulan yang mewakili bangsa Melayu dengan sifat seperti ini.

Kumpulan kedua ini merasakan mereka adalah dari golongan intelektual dan atasan maka secara logiknya mereka lebih mengetahui tentang segala-galanya. Mungkin benar mereka lebih mengetahui, tetapi lebih kepada hanya mengetahui perkara berkenaan dengan subjek pekerjaan yang mereka lakukan.

Tiada siapa yang lebih mengetahui tentang kehidupan sebenar sebagai salah seorang anggota masyarakat majmuk Malaysia selagi mereka tidak sama-sama bergaul, bekerja, berniaga, belajar dan bersaing dalam dunia yang sebenar dan merasai jatuh bangun dalam kehidupan. Mereka tidak tahu perit peniaga Melayu di KLCC atau Subang Parade atau sakit hati para kerani, eksekutif dan jurutera di syarikat swasta di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Taman-taman perindustrian di serata Malaysia yang didiskriminasi oleh kaum minoriti di bumi sendiri. Namun, kumpulan kedua ini memilih untuk tidak percaya dan meragui pula ’kekejaman’ kaum itu terhadap bangsa mereka sendiri.

Ini tidak menghairankan kerana pekerjaan professional seperti doktor, pensyarah, peguam dan lain-lain tidak begitu perlu bersaing dan dalam kebanyakan kes mereka adalah bos mereka sendiri. Rakan-rakan dan kenalan mereka juga terhad dari kumpulan yang sama.

Dalam kejahilan, mereka menyangka mereka lebih memahami kehidupan majoriti masyarakat di Malaysia hanya kerana mereka seorang intelektual dan kerana mereka punya kawan, jiran, saudara mara, atau isteri/suami, berbangsa cina yang baik. Apa yang mereka tidak tahu ialah jika ditakdirkan jiran atau kawan cina mereka yang baik itu menjadi ketua mereka, mereka tidak akan punya harapan untuk melangkah lebih jauh di dalam syarikat walaupun merekalah satu-satunya orang yang layak dalam pekerjaan tersebut, selagi ada bangsa cina lain di syarikat itu. Mereka tidak mungkin akan tahu hal ini kerana tidak mungkin sama sekali golongan professional seperti mereka, akan suatu hari nanti perlu bekerja di bawah jiran atau kawan cina tersebut atau mana-mana cina pun.

Lebih malang ialah, mereka tidak menyedari bahawa di belakang mereka, rakan-rakan dan jiran-jiran cina yang mereka bela, memandang sinis terhadap mereka kerana tidak punya sifat ingin membela kaum sendiri. Ini terbukti dalam beberapa kandungan debat dengan kaum cina yang mengetawakan Melayu sebagai tidak pandai menjaga kaum sendiri.

Kata mereka, ”bukan salah mereka jika mereka kuat kerana Melayu tidak pandai jaga kaum sendiri” dan penulis tidak boleh tidak, selain bersetuju saja dengan mereka setelah melihat bagaimana Melayu dari golongan professional boleh menjadi begitu naif bila berhadapan dengan masalah bangsa sendiri. Golongan professional ini tidak menyedari bahawa orang cina melihat kenaifan mereka itu sebagai bodoh dan mudah diperalatkan, tetapi mereka sendiri menyangka mereka dilihat sebagai seorang Melayu yang terbuka dan terkehadapan dari melayu-melayu yang lain. Konon melayu lain semuanya ketinggalan dan bodoh belaka.

Dalam hujah membela kaum lain di Malaysia, kumpulan 1 dan 2 tadi menyatakan tonggak ketidak-puasan hati mereka adalah keistimewaan yang diperuntukkan kepada kaum bumiputera. Bagi mereka, mereka berhak dilayan samarata dalam semua perkara kerana mereka juga rakyat Malaysia. Ada juga yang mendesak agar mereka juga dipanggil bumiputera??

Mereka memberi contoh Presiden Obama yang diterima sebagai Presiden Amerika walaupun beliau berkulit hitam dan bagaimana orang kulit hitam di Amerika dilayan ’samarata’ oleh undang-undang di sana yang tidak memperuntukkan hak keistimewaan kulit putih.
Perundangan dan perlembagaan negara boleh dipinda kerana ianya bertulis, tetapi bagaimana pula dengan undang-undang tidak bertulis di pejabat-pejabat dan syarikat-syarikat swasta? Bagaimana kita boleh memastikan yang mereka tidak mendiskriminasi kaum lain dalam mentadbir sedangkan dunia telah menyaksikan betapa perkaumannya mereka?

Orang-orang kulit hitam di Amerika benar-benar menerima Amerika dan diri mereka seadanya, iaitu negara asal orang kulit putih serta bahasanya adalah Inggeris. Orang kulit hitam Amerika juga menghormati serta menghayati sejarah dan perlembagaan negara dengan senang hati. Ini amat berlainan dengan sebahagian bangsa cina di Malaysia yang langsung tidak menghormati atau mengakui sejarah negara ini.

Justeru, kita ingin bertanya, bagaimana kita boleh menerima kaum degil yang ingin mempunyai sekolah sendiri, ingin menggunakan bahasa sendiri dan masih berkiblatkan sejarah negara nenek moyang mereka, sebagai warganegara setaraf? Bagaimana kita boleh menerima secara total kaum yang walaupun hanya berkuasa di beberapa negeri, telah menunjukkan sikap tidak hormat langsung pada Sultan dan Agong serta mengambil sikap seolah-olah Sultan dan Agong itu hanya untuk Melayu, bukan mereka?

Ada juga yang enggan malah megah pula apabila tidak tahu budaya, adat-adat atau etika di dalam majlis yang dihadiri pembesar Melayu. Lebih dari itu, ada di pihak mereka tak henti-henti cuba mencabar agama rasmi negara dan undang-undang berkenaan dengan Islam. Sehingga ada di antara mereka mempersoalkan kenapa Malaysia membuatkan penjualan makanan tidak halal terlalu sukar??

Konon semua ini kerana mereka tertindas dek DEB.

Soalan cepumas untuk mereka ialah: Apakah mereka akan menerima konsep satu sekolah untuk semua, menghayati sejarah, menghormati perlembagaan Malaysia, menerima konsep muhibbah dan menghentikan diskriminasi terhadap Melayu jika DEB dimansuhkan secara total?

Sekali lagi, kita tidak perlu menyalahkan mereka. Penulis tidak pernah menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri. Yang salah di sini bukan mereka, tetapi kita.
Di kala kaum cina bermati-matian mempertahankan budaya dan bahasa mereka, kaum melayu kumpulan kedua tadi pula bermati-matian ingin menggadai budaya dan bahasa sendiri. Apa tidaknya apabila tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menjawab email dari seorang doktor Melayu yang bersimpati dengan kaum Cina dan meminta penulis melihat soal perkauman ini dari kacamata kaum cina, tetapi penulis terpaksa menterjemah semula di sini kerana email kepadanya perlu ditulis dalam bahasa Inggeris semata-mata untuk memastikan doktor tersebut benar-benar faham. Ini kerana dia seorang yang tidak dapat berbahasa Melayu dengan baik. Ironi sekali apabila dikala dia langsung tidak menghargai budaya dan bahasanya, dia amat ingin memastikan bangsa cina dapat terus mempraktikkan budaya dan bahasa mereka. Teka, siapa yang sedang ketawa terhadapnya? Pastinya, bukan orang Melayu.

Kesimpulannya, haruskah Malaysia menerima mereka dari kumpulan 1, malah mungkin dari kumpulan 2 ini juga sebagai warganegara dan dilayan samarata dengan bumiputera?

Hakikatnya, dalam ketidak-samarataan, mereka masih mengatasi malah berupaya menindas majoriti Melayu dari peringkat sederhana bawah. Dalam mereka mengatakan bahawa mereka tertindas, mereka juga mendabik dada bahawa merekalah yang pembayar cukai tinggi untuk menjana Malaysia dan mengakui menguasai ekonomi Malaysia. Apakah ini suara orang yang tertindas? Atau apakah ini suara orang yang ingin menekan dan menindas orang lain yang dilihat sebagai lemah daripada mereka dari segi ekonomi? Bagaimana orang yang berkuasa boleh tertindas?

Akhir sekali, jika doktor tersebut meminta penulis melihat masalah ini dari kacamata kaum cina, penulis pula ingin memintanya melihat masalah ini dari kacamata kaum melayu:

Sila bayangkan, jika Malaysia ini milik kaum cina dan kaum lain datang dan ingin meminta kerakyatan. Apakah mereka akan berikan? Dan kemudiannya, kaum lain itu berjaya pula menguasai ekonomi berbanding kaum Cina. Apakah kaum Cina akan memperkenalkan dasar seperti DEB untuk membela nasib mereka ATAU apakah kaum cina kemungkinan besar akan melakukan pembersihan etnik sahaja terhadap kaum lain itu tanpa banyak soal? Sesiapa yang hidup di zaman komunis pasti lebih tahu jawapannya. Dan apa yang terjadi di Perak bila kaum Cina berkuasa, sudah cukup untuk memberi gambaran tindakan kaum itu jika berada di tempat Melayu.

Untuk sebahagian kaum cina yang begitu chauvinis, jika benar anda lebih tinggi tarafnya dari orang melayu, tunjukkanlah sikap tamadun, toleran, beretika dan berterima kasih walaupun bukan dengan kaum sendiri dan walaupun agama dan nenek moyang anda tidak pernah mengajarnya kepada anda. Jika perlembagaan Malaysia dan segala-galanya tentang Malaysia begitu buruk di mata anda, cubalah nasib di negara lain di mana anda boleh menubuhkan sekolah sendiri, berbahasa sendiri, menguasai ekonominya dan menghina pembesar negaranya sesuka hati. Sahutlah cabaran ini tanpa dolak dalih....untuk sekali, jawablah dengan jujur, beretika dan matang.

Untuk kaum melayu dari kumpulan kedua pula, pandai dalam sesuatu bidang tidak menjadikan anda orang yang bijaksana. Kenaifan tiada kena mengena dengan tiada kelayakan akademik, ia terjadi bila anda kurang pengalaman, kurang bergaul dan tidak peka. Sesungguhnya masih banyak yang perlu anda pelajari.

NOTA: Artikel ini ditulis bukan untuk menyakitkan hati rakan-rakan dan saudara mara penulis dari kaum cina. Ia satu pandangan dan perbincangan jujur dan ikhlas dalam usaha mengupas masalah perkauman yang makin meruncing di Malaysia. Penulis secara peribadi mengagumi sikap sayangkan bangsa yang ada pada kaum cina. Tulisan adalah dengan niat baik untuk mencari titik persetujuan di antara dua kaum.

Nukilan : Nihaz.
Sumber : myKMU.net

Thursday, August 13, 2009

Pelampau & Pengkhianat Negara: Tiada maaf bagimu!!!


Mufti Perak, Tan Sri Harussani menggesa dan menyarankan agar pihak kerajaan melucut kerakyatan mana-mana individu yang terbukti menghina mana-mana Raja-Raja Melayu. Beliau menegaskan bahawa institusi DiRaja merupakan asas kemakmuran dan keamanan negara sejak merdeka. Beliau juga mengatakan bahawa setiap umat Islam di Malaysia wajib mempertahankan Islam dari serangan mana-mana pihak dan tidak bertindak menyokong penghinaan itu walau dengan "apa jua alasan" sekalipun.

Mungkin ada sesetengah pihak terutamanya penyokong PAS yang mendakwa bahawa Tan Sri Harussani adalah "ulama UMNO". Malah ada juga yang mencemuh beliau dengan pelbagai tuduhan. Sedangkan Mufti Perak ini tidak pernah sekalipun terlibat di dalam kancah pertikaian politik negara. Mufti Perak ini dilihat agak "vokal" untuk menyeru umat Islam di Malaysia tidak kira dari mana-mana parti untuk merujuk kembali segala persoalan dan isu kepada agama Islam tanpa sebarang kepentingan politik kepartian. Atas teguran dan "suara"nya, Mufti Perak ni pernah dikritik oleh ramai pihak sama ada dari UMNO mahupun PAS. Harussani pernah dikritik oleh pemimpin UMNO pada isu murtad dan PAS mengecamnya apabila beliau menyuarakan tentang isu "penyatuan umat Islam di Malaysia". Pada pendapat saya, Harussani benar-benar hebat sebagai Mufti kerana begitu teguh sekali prinsipnya yang merujuk segala permasalahan hidup kepada tunjang pegangan Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau berjaya membuktikan bahawa beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Sahibul Samahah untuk menyedarkan umat Islam di Perak dan umumnya di Malaysia. Beliau juga disegani kerana berani menyuarakan yang pendirian Islam mengenai yang haq dan yang batil.

Mengapakah sejak akhir-akhir ini Islam dan Institusi DiRaja menjadi bahan serangan? Siapakah yang menyerang? Apakah sebab Islam dan Raja-Raja Melayu menjadi "mangsa"? Kini muncul pihak yang tidak tahu sejarah perlembagaan, "jus soli" dan terma "social kontrak", namun berani menuntut status "bumiputera", hanya beralasan dengan "surat beranak"nya yang menunjukkan dia dilahirkan di negara ini. Muncul juga pihak yang berani menuduh Islam dan syariatnya sebagai "ekstreme". Pihak ini jelas menghina dan tidan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara dan majoriti penduduk Malaysia. Apabila didesak untuk meminta maaf, pihak itu hanya sekadar "menarik balik" katanya, "minta maaf" tidak sekali-kali. Begitu kurang ajar sekali pihak itu. Muncul pula pihak yang menghina Raja-Raja Melayu. Bila ditanya, tidak mengaku pula! Padahal, "sahabat" se"pakatan"nya yang menulis dan mendakwa dialah yang "penulis blog yang terlampau" itu. Kurang ajar betul mereka sekarang!!!

Mengapa mereka kurang ajar begitu? Kerana Melayu kini lemah. Kerana Melayu telah berjaya dipisahkan kuasa politiknya melalui Anwar dan PAS. Terpecah tiga! Malah kewujudan pengkhianat bangsa seperti Anwar yang menyebabkan melayu semakin lemah. Si Kitul alaf baru ini meracuni minda rakyat dengan racun pidato retoriknya. Akhirnya melayu-melayu yang kurang berfikir ini "jatuh ke tangan" si pengkhianat ini. Apatah lagi Anwar disokong kuat oleh Mursyidul Am agama PAS. Apatah lagi UMNO dipimpin oleh pemimpin yang "lemah lembut", makin melampaulah UMNO diserang. Melihat keadaan Melayu yang lemah inilah, maka sesetengah pihak mula memasukkan jarum agendanya yang "melampau"!

Hakikatnya, Melayu masih "lena". Melayu yang lena ini masih nyenyak dibuai mimpi indah DAP dan Anwar. Selain dari yang "nyenyak", ada juga yang "nyanyuk". Yang "nyanyuk" ini pula menggunakan pegangan politik sebagai "agama"nya. Apa saja yang dilakukan oleh partinya dan parti sahabat-sahabatnya, semuanya baik dan menurut Islam katanya. Tapi apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun benar-benar mengikut Islam, tetap si "nyanyuk" ini katakan "haram" dan "salah". "Walhalallukuuu, walharammumu". Itulah konsep "nyanyuk". Saya tidak mahu merayu atau mencadangkan untuk pihak yang "nyanyuk" itu keluar dari "Perosak Rakyat", cuma saya minta agar Allah berikan sedikit hidayah petunjuk yang akan menyedarkan mereka dari "nyenyak" dan "nyanyuk". Mintalah agar mereka "sedar", demi Islam, Melayu dan Tanahair kita.

Oleh kerana Melayu lemah inilah maka muncul pihak-pihak yang kurang ajar! Kalau dirujuk kepada sejarah kepimpinan sebelum-sebelum ini, ISA memainkan peranan penting dalam menangani tindakan "melampau" pihak yang tidak sedar diri ini. Contohnya sepeti "Operasi Lalang". Oleh kerana pihak kerajaan ketika itu mendapat maklumat bahawa satu gerakan yang mampu menimbulkan kekacauan, huru-hara dan mengancam keselamatan rakyat dan tanahair, maka mereka-mereka yang didapati terlibat telah ditahan dibawah akta ini. Itulah penting wujudnya ISA. Tapi jangan takut pula dengan ISA, akta itu tidak tertakluk kepada mana-mana individu yang tidak mengancam keselamatan negara. Orang yang tidak bersalah tidak akan ditahan pun!

Kerajaan mempunyai beberapa "option" atau pilihan berkenaan perkara ini. Tan Sri Harussani mencadangkan agar dilucutkan kewarganegaraan. Ada juga pemimpin yang menggesa supaya di"ISA"kan sahaja. Kedua-dua cadangan ini dilihat berkesan untuk menangani pelampau. Tiada lagi "maaf" bagimu. Minta maaf berapa banyak sekalipun tidak akan dikompromi lagi. Cukup! Sebelum ini pun sudah ramai yang "melampau" dan minta maaf. Namun mereka masih mengulangi perkara yang sama.

Hakikatnya, pelampau-pelampau ini harus diberikan pengajaran yang lebih berkesan. Mana-mana individu yang pernah di"ISA"kan sebelum ini dan mengulangi perbuatan melampau mereka haruslah dibuang dari tanah tumpah darah ini. Lucutkan kewarganegaraan mereka! Ini boleh dikategorikan sebagai pelampau kelas A. Manakala mana-mana pelampau B iaitu yang belum pernah di"ISA"kan, haruslah ditahan dibawah akta tersebut dan mestilah di"brainwash" ketika berada di dalam tahanan. Jika mereka mengulangi perkara yang sama selepas menjalani tahanan ISA, maka mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti pihak pelampau kelas A. Amacam? Setuju?

Wednesday, August 12, 2009

PENGUMUMAN DARI NIK AJIZ...


Perhatian kepada sesiapa sahaja yang suka, gemar, berniat dan teringin untuk menghina Islam, anda semua dipersilakan untuk berbuat demikian. Ini ada merujuk kepada kenyataan yang diberikan oleh Tuan Tok Guru Besar Yang Amat Maksum Lagi Mulia Mursyidul Am PAS Datuk Haji Nik Aziz Nik Nik Mat yang telah memberikan "green light" sekaligus tidak membantah sebarang provokasi, hinaan, caci maki dan sewaktu dengannya terhadap Islam. Harap maklum. Makluman ini telah disampaikan oleh Nik Aziz sendiri di sini.

PAS rela di"pijak kepala"!


PAS rela "dipijak kepala"! PAS sanggup! Demi menjaga setiakawan "politik" Pakatan Rakyat, PAS rela berkorban prinsip dan pegangan agama Islamnya. Begitulah "keteguhan" ikatan "Perosak Rakyat" dipersada politik negara. Salahuddin dengan "bangga"nya menjawab kepada para wartawan tentang persoalan "apakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat". Walaupun sejak terciptanya ikatan "Pakatan Rakyat" (yang tidak didaftarkan sebagaimana BN) PAS telah berkali "dipijak kepala" oleh PKR dan DAP, PAS tetap "tegar".

Dasyat sungguh "pegangan" PAS kepada politik! Pengakuan Salahuddin menunjukkan PAS meletakkan kedudukan "politik" melebihi keduduka agama Islam dan agenda nasionalismanya. Bukankah sepatutnya kedudukan Islam itu diletakkan pada kedudukan yang paling atas sekali dalam prinsip pegangan politik? Berlainan pula prinsip PAS kali ini. PAS nampaknya meletakkan "kuasa politik" melebihi "kepentingan Islam". Inikah prinsip sebuah parti yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam sebagar dasarnya? Pemimpin DAP, Loke Siew Fook hina Islam pun tak mengapa, PAS tak kisah. Asalkan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR bebas mengutuk dan mencaci Islam. Apa lagi DAP dan PKR, kutuklah Islam sepuas-puasnya. PAS sudah memberi "green light"!

PAS rela "bisu" untuk menjaga hati "sahabat-sahabat syaitan"nya. Apa tidaknya? Sahabat-sahabat politiknya lebih penting dari Islam. Agama PAS membenarkan agama Islam dihina dan diperkotak-katikkan, asalkan yang menghina itu adalah DAP dan PKR. PAS rela membiarkan arak dan "pub" berleluasa di kawasan-kawasan Melayu Islam. PBT Shah Alam rampas arak. Ronnie Liu marah & suruh pulangkan. PAS marah Ronnie sekejap untuk "berlakon" depan rakyat kononnya PAS memang tak suka arak. Bila Ronnie sergah sikit, terus PAS jadi "bisu". "Jinak" terus! Macam "Rottweiller" yang disergah "tuan"nya, PAS merelakan "kepalanya dipijak". "Arak pun araklahhhh", mungkin itu dalam fikiran PAS.

DAP dan PKR tak hormat PAS pun tak apa, asalkan PAS boleh jadi Exco. Demi jawatan exco dan kuasa politik, tak de maruah pun tak apa. Satu-satunya ADUN DAP Kedah, sanggup keluar dari Pakatan Rakyat Negeri Kedah hanya semata-mata mempertahankan "maruah" diri dan dasar DAP. Begitu sekali ADUN DAP itu mempertahankan "maruah"nya, walaupun DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja di dalam Dewan Undangan Negeri. Tapi berlainan pula dengan PAS. Walaupun mempunyai 8 kerusi DUN di Selangor, seorang pun tidak berani mempertahankan "maruah" diri dan perjuangan dasar PAS! Saya tidaklah kisah sangat dengan maruah diri dan perjuangan PAS, tapi kalau dah sampai "maruah" Islam pun tidak mampu dibela oleh PAS, Parti Islam apa ini??? Ini parti yang ber"topeng"kan Islam untuk memenuhi nafsu serakah kekuasaan politik dan kepentingan peribadi. Inikah pilihan rakyat?

Jauh dalam sudut hati saya, saya sedih dan kecewa dengan pendirian PAS. PAS yang "dulu" kelihatan amat berbeza dari PAS zaman millenium. PAS yang sebelum ini dihormati kawan dan lawannya berdasarkan prinsip agama yang kuat, amat jarang sekali membuat "u-turn" mengenai hal ehwal agama Islam. PAS rela bergabung sesama parti politik lain termasuk UMNO demi kedaulatan agama Islam di Malaysia. Namun kini? PAS sudah "terbalik kuang". Apakah ini salah Hadi? Atau apakah ini berpunca dari Nik Aziz? Amat membimbangkan situasi dan suasana nasionalisme di Malaysia sekarang. Hatta DYMM Sultan Azlan pun bimbang dengan keadaan ini. Namun, PAS nampaknya "relax" sahaja sambil membiarkan "kepala"nya terus dipijak oleh pengkhaianat bangsa dan DAP!

Tuesday, August 11, 2009

Anwar cuba lari lagi!!! Ligannnn dia!!!


"Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah agar kumpulan timbalan pendakwaraya kini diketepikan daripada mengendalikan kes liwat yang dihadapinya.

Penasihat Parti Kelentong Rakyat itu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran membuat semakan itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur jam 11.30 pagi ini. Beliau menamakan Peguam Cara I Datuk Idris Harun, Peguam Cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan barisan timbalan pendakwaraya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin sebagai pihak responden. Pendakwaraya dan kerajaan Malaysia turut dinamakan sebagai responden dalam permohonan ketua pembangkang itu.

Peguam belanya Sankaran Nair berkata, permohonan itu difailkan kerana Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didakwa bertindak berat sebelah dan prejudis dalam pendakwaan kesnya."



Hangpa tengok! Ini Pengkhianat Bangsa cuba nak lari lagi. Dia mintak tukaq team pendakwaraya pulak dah. Rayuan lagi. Lepas ni dia nak tukaq sapa pulak? "Bailif" hang tak mau tukaq jugak ka Anwar? Tuuu...penterjemah bahasa dalam mahkamah tu tak mau tukaq? Lepas ni hang nak rayu apa lagi? Nak rayu tukaq Pak Guard mahkamah tu pulak? "Cleaner" mahkamah tu tak mau tukaq jugak ka? Berapa banyak rayu laaa hang ni Pak Syeikh woiii!!! Kalau takut, habaq la takut! Tuuu..."hammer" yang tuan hakim dok katok meja tu hang tak mau tukaq jugak kat? Rayu tukaq "hammer" kayu kepada "hammer" besi tembaga, mau? Banyak songeh la hang ni...prejudis la, itu la, ini la. Awat hang tak mohon rayuan tukaq diri hang dengan orang lain. Hang rayu la kat mahkamah supaya buleh tukaq OKT (orang kena tuduh) iaitu hang dengan sapa-sapa yang sesuai..macam Azmin kaaa...buleh?

Makin "desprate" hang ni bung Nuar woihhhh! Pasai apa hang dok usaha delay kes ni? Pasai hang tau hang tak mampu menang? Pasai hang tau tuduhan Saiful tu benaq-benaq belaka, tiada yang tak benaq melainkan yang benaq-benaq belaka? Pasai Najib "reject" proposal hang untuk gugurkan tuduhan? Pasai hang tau memang hang meliwat Sepol? Kalau taj betoi pun, awat hang tak mau "bersih"kan nama hang cepat-cepat? Hang ni memang putaq alam laaa...kentang putaq kat KFC tu pun tak se"putaq" hang! Elok "putaq" kepala hang bila hang turun mai Aloq Setaq. Baru hang tau!!!

YB ZUL: Selangor Darul "Khamar"!


"Saya sangat kecewa dengan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menolak usul yang dikemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Shah Alam khususnya, dan Selangor amnya. Ianya telah menukar status Selangor daripada negeri Darul Ehsan kepada Selangor Darul Khamar!!" - YB Zulkifli Nordin.

Sebagai tanda protes di atas isu yang berlaku di Selangor, YB Zul Nordin telah menggelarkan Selangor Darul Khamar. Begitulah "vokal"nya YB Zul ini. Mengulas di atas rasa tidak puas hati, YB Zul menyelar tindakan Khalid "Gagap" yang tergagap-gagap berdepan DAP menjuarai carta "arak" di Selangor. Khalid "Gagap" bukan saja memejamkan sebelah mata "penyalahgunaan kuasa" Ronnie Liu, malah membelakangkan tuntutan PAS yang menggesa "pertualang" DAP itu meletak jawatan. PAS dilihat "hilang" kreadibiliti apabila membuat "u-turn" terhadap isu ini apabila Hasan Ali diugut supaya tindakan disiplin dilakukan terhadapnya. Malah Hasan Ali melakukan pertukaran "gear gostan" apabila hanya memberikan "kata dua" kepada Khalid "Gagap" terhadap isu ini. Ini menunjukkan sekali lagi kepada rakyat bahawa "suara" PAS sememangnya "tidak laku" di dalam penentuan dasar Pakatan Rakyat. Hasan Ali berseorangan di dalam isu ini. Nik Aziz dan Hadi pun tidak berani "buka mulut" membela pertikaian Hasan Ali.

Pada fikiran saya yang tidak mempolitikkan isu ini dan berfikir secara hukum Islam dan logik akal sebagai seorang muslim, saya bersetuju dengan garapan YB Zul berkenaan isu "arak" di Selangor. Bekas mufti Selangor, Allahyarham Tn. Hj. Ishak Baharom, malah boleh dikatakan semua alim ulama Islam tersohor pastinya bersepakat dan pernah menyatakan bahawa arak merupakan "ummul Qobaais" yang membawa maksud "ibu segala kejahatan". Dan kini, kewujudan "ibu segala kejahatan" itu jelas dipertahankan oleh Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Anwar dan konco-konconya.

Jika difikirkan dari segi politik, isu arak di Selangor ini menunjukkan bahawa hatta PAS sekalipun tidak mampu berbuat apa-apa di dalam menangani isu arak di Selangor walaupun PAS berkongsi kuasa politik di Selangor. Suara PAS "tidak laku" di dalam pemerintahan "Perosak Rakyat". Pakatan Rakyat juga kelihatan tidak sepakat di dalam menentukan dasar pemerintahan kerajaannya apabila PAS dan DAP bercakaran di dalam menjuarai isu setempat. PKR pula dilihat menyebelahi DAP dan mengamalkan dasar yang tidak sensitif dengan kehendak rakyat. Shah Alam dihuni oleh 80%-90% penduduk Melayu Islam dan tidak memerlukan penjualan arak di kawasan itu. Jadi, apa perlunya penjualan arak di kawasan tersebut? Nampak sangat Pakatan Rakyat sememang tidak mementingkan sensitiviti rakyat. Apa yang Pakatan Rakyat sebokkan ialah "bagaimana nak menjadi popular dan menjuarai isu".

YB Zul juga dari PKR, namun YB Zul begitu lantang mengkritik dasar-dasar PKR. Dulu, YB Zul pernah bersama-sama bertindak melakukan demonstrasi aman terhadap BAR Council yang kurang ajar. Hampir-hampir YB Zul dikenakan tindakan tatatertib kerana menentang "anak emas" PKR itu. Namun, atas kerana takut YB Zul melompat atau berubah menjadi ahli parlimen Bebas sebagaimana Ibrahim Ali, maka tindakan YB Zul itu di"diam"kan sahaja.

Baru-baru ini juga YB Zul telah bertindak mengecam dan mengutuk tindakan yang dipercayai hasil penulisan ahli parlimen RASAH, Loke Siew Fook DAP di sebuah blog yang telah menghina Islam dan Ustaz Ridhuan Tee. Namun akibat rasa takut, "kecut telur" dan menulis tidak berpaksikan kepada kebenaran, tuan empunya blog itu telah bertindak memadam blog tersebut. Mungkin setelah Bro Rocky "highlight" dan Dato' Seri Najib minta supaya kes ini disiasat, penulis blog (dipercayai Loke Siew Fook) itu rasa macam "terkucil"!

Kepada rakyat, lihatlah prestasi Pakatan Rakyat. Mereka hanyalah memperjuangkan diri masing-masing dan kepentingan diri masing-masing. Tiada agenda untuk rakyat sebenarnya. DAP hanya memperjuangkan dasar perkaumannya, kepentingan Melayu dan Islam ditolak ketepi sewenang-wenangnya. PAS pula, mungkin berpura-pura tegas mendesak Pakatan Rakyat supaya menurut dan merujuk kepada kepentingan Islam, namun semua dapat melihat bahawa suara PAS "tidak laku" dan pendirian perjuangannya juga boleh buat "u-turn" apabila di"sergah" oleh DAP dan PKR. PKR pula hanya "buat bodoh" dengan tuntutan PAS dan menyebelahi DAP demi memancing undi bukan Melayu. PKR kononnya menjadi "orang tengah" di antara DAP dan PAS, namun semua rakyat dapat melihat betapa sayangnya PKR pada DAP dalam menentukan dasar "arak". PAS akhirnya mengalah dan "lembut tengkok" bila dipujuk oleh PKR.

Siapa yang untung? Tentunya PKR! DAP menyalak PAS, PAS "menikus" ketakutan. Maka datanglah PKR memujuk PAS dengan belaian "zeti" dan "gula-gula beracun". DAP suka hati kerana PKR merestui hasrat tujuannya. PAS pula "lembut tengkok" bila diusap PKR. Hakikatnya, undi ahli PAS dan ahli DAP akan jatuh ke tangan PKR. PKR yang untung. DAP bersorak riang. PAS jugak yang menelan pahitnya!

Sumber : click tang ni

Monday, August 10, 2009

Kesian kat PAS...


Kemelut dalaman Pakatan Rakyat sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Pergelutan dasar dan kuasa di antara PKR, DAP dan PAS begitu ketara di pandangan rakyat. Pergaduhan dan salah laku pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat didedahkan dari hari ke hari. Pemimpin Parti di dalam Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri. Skandal demi skandal dirungkai. Penyalahgunaan kuasa semakin jelas didedahkan. Perbezaan dasar dan perlaksanaan Pakatan Rakyat membuat rakyat semakin "celik" untuk menghakimi bahawa Pakatan Rakyat hanyalah omongan kosong dari Anwar Ibrahim. Satu pakatan yang tidak sepakat!

Secara umumnya, PKR dan DAP dilihat lebih dominan berbanding PAS di dalam pakatan "rosak" ini. PAS dilihat sebagai rakan "kelas ketiga" atau "keempat". Wujudnya PAS di dalam Pakatan Rakyat lebih dilihat sebagai "sleeping partner" di dalam sesebuah syarikat. PAS terpaksa meng"gadai"kan banyak dasar, prinsip dan perjuangan yang didokongnya selama ini. PAS bagaikan terpaksa menelan "kepahitan demi kepahitan". Namun, demi menyelamatkan keadaan politik dan nama baik Pakatan Rakyat, PAS terpaksa "diam membisu" dan menyembunyikan "taring"nya. Masih ber"taring" lagikah PAS? Pas sepatutnya mengadakan ijtima' sesama pemimpin mereka untuk mengkaji semula ke"anggota"annya di dalam "Pakatan Rosak" itu. Bukanlah saya ingin menjemput PAS menyertai UMNO atau BN, namun PAS perlu lakukan langkah drastik bersendirian, berdiri secara solo dan mengeluarkan parti itu dari terus dirosakkan oleh PKR dan DAP. Saya berkata demikian berdasarkan alasan-alasan berikut:



  1. PAS terpaksa mengubah dasar perjuangan di dalam manifestonya pilihanrayanya demi menyesuaikan diri dengan dasar PKR dan DAP. Sebagai contoh, PAS terpaksa mengeluarkan agenda menubuhkan negara Islam dan undang-undang Hudud di dalam manifestonya pada pilihanraya yang lalu. Akibatnya, pemimpin PAS terpaksa menjelaskan dan menafikan wujudnya agenda sedemikian kepada rakyat dan ahlinya, sedangkan pada pilihanraya yang lepas-lepas, agenda inilah yang sering menjadi "modal kempen" mereka. Di dalam hal ini, PAS dikatakan sebagai "flip-flop" atau "munafik" oleh rakyat. Mahukah PAS terus di"cop" begini?


  2. PAS terpaksa bergabung dengan DAP yang terang-terangan menolak sebarang agenda Islam di Malaysia. Ini adalah bertentangan dengan dasar utama PAS yang menyebut bahawa "Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar." Jelasnya, PAS dan DAP tidak mungkin sanggup menggadaikan dasar masing-masing walaubagaimana sekali pun mereka berkompromi. Akibatnya, sekarang kita melihat bagaimana PAS dan DAP bercakaran akibat dasar yang berbeza.


  3. Konsep berkongsi kuasa di dalam Pakatan Rakyat dilihat berat sebelah dan tidak memihak kepada PAS. Sebagai contohnya, walaupun YB Nizar dilantik sebagai MB di Perak, Nizar lebih dilihat sebagai "boneka" atau "balaci" kepada DAP dan PKR. Dengan bilangan Exco DAP dan PKR yang melebihi bilangan Exco dari PAS, Nizar terpaksa menurut kehendak dan keputusan Exco-exconya, walaupun dia adalah MB yang menentukan keputusan mesyuarat ketika itu. Akibatnya, Nizar terpaksa mengambil tindakan yang kelihatan bodoh, sombong dan "gila kuasa" demi "menyelamatkan" nama baik PAS. Hakikatnya, tindakan itu telah memberi impak negatif kepada PAS, malah Nizar sendiri telah di"kecam" habis-habisan oleh rakyat.


  4. Isu "babi" di Selangor, P.Pinang dan Kedah telah menampakkan bahawa DAP berjaya memanipulasi PAS dan dasarnya. Contohnya di Kedah, ADUN DAP bertindak keluar Pakatan Rakyat Kedah hanya kerana tidak puas hati kerana Kerajaan PAS Kedah tidak membela tindakan meruntuhkan pusat "cucuk" babi di Kg. Berjaya. Azizan Razak buat tidak peduli dan tak kisah pun tindakan protes ADUN DAP kerana umumnya, masyarakat Kedah tahu bahawa Azizan Razak "kurang gemar" dengan DAP dan PKR. Namun, setelah Lim Kit Siang "urut-urut bahu", Azizan mengalah dan ADUN DAP tak jadi keluar Pakatan Rakyat. Di situ, kita dapat lihat bahawa DAP mampu men"jinak"kan PAS, walaupun pemimpin PAS itu agak "radikal" terhadap DAP dan PKR.


  5. PAS terpaksa menurut telunjuk PKR dan DAP apabila mengusulkan isu "kerajaan perpaduan". Presiden PAS dan Timbalannya begitu kuat mengusulkan isu "perpaduan" di kalangan umat Islam dan Melayu di Malaysia. Namun, hasil dari reaksi negatif DAP dan PKR yang menentang keras isu ini, maka PAS terpaksa melupakan hasrat murninya itu. Apatah lagi apabila Nik Aziz yang berjaya "diracun" oleh Anwar supaya menentang isu "kerajaan perpaduan" ini. Akibatnya, seluruh Malaysia tahu bahawa Nik Aziz sudah kurang senang dengan Hadi dan Nasharuddin. Malah Nik Aziz pernah "menghalau" Nasharuddin keluar dari PAS semata-mata kerana isu "penyatuan ummah" ini. Hal ini telah menyebabkan runtuhnya kreadibiliti Nik Aziz dan mempamerkan akhlak mursyidul am PAS yang lebih mementingkan politik berbanding dasar perjuangan PAS iaitu "Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan." Jelaslah hal ini menjadikan keadaan "huru-hara" kepada kepimpinan dan dasar perjuangan PAS. Kerana siapa? Kerana DAP dan PKR. Cuba bayangkan jika PAS tidak berada dalam lingkungan Pakatan Rakyat, mungkin keadaan ini tidak akan terjadi. PAS bebas melakukan apa saja sejajar dengan dasar perjuangannya.


  6. Salah seorang pemimpin PAS juga terpaksa menjilat kembali ludahnya apabila PAS menjalinkan pakatan dengan Anwar, De Facto PKR, merangkap ketua Pakatan Rakyat (kononnya). Mat Sabu pernah me"label"kan Anwar dengan gelaran "Al-Juburi" yang mengaitkan Anwar dengan tabiat "liwat"nya. Malah Mat Sabu memberikan gelaran ini kepada Anwar sebelum sebarang pendakwaan liwat difailkan oleh Mahkamah, iaitu sebelum pertuduhan liwat "part I". Namun kini, Mat Sabu terpaksa duduk sebaris dengan "Al-Juburi" itu dan menafikan dakwaannya terhadap Anwar sebelum ini. Namun, agak hairan, dari mana Mat Sabu mendapat sumber atau "ilham" untuk mengaitkan Anwar dengan gelaran "Al-Juburi"? Relakah Mat Sabu bertemankan dan ber"PM"kan insan yang digelarnya "Al-Juburi"? Relakah PAS?


  7. Yang terbaru ialah mengenai isu "arak" di Selangor. Hasan Ali keluarkan kenyataan akhbar yang mengecam tindakan Ronnie Liu yang mengarahkan agar pihak PBT Shah Alam mengembalikan arak yang dirampas dari sebuah kedai. Hasan Ali juga menggesa agar Ronnie Liu meletak jawatan. Khalid Ibrahim juga didesak oleh PAS supaya melucutkan jawatan Ronnie dari jawatan Exco Negeri Selangor berikutan tindakan "abnormal"nya menafikan tanggungjawab PBT Selangor. Namun, Ronnie menyergah Hasan Ali dengan ugutan "tindakan disiplin". Malah Khalid juga tidak rela "kehilangan" Ronnie yang kini dikatakan sebagai "anak emas"nya, sedangkan jelas bahawa PAS berada dipihak yang benar berkenaan isu tindakan Ronnie yang bersifat "ketua kongsi gelap" itu. Nampak sangat DAP dan PKR berpakat sesama sendiri untuk menjatuhkan PAS di Selangor. Padahal, undi dari penyokong PAS lah yang memenangkan PKR dan DAP di Selangor pada PRU12 yang lalu. Akibatnya sekarang, dasar PAS bagaikan "dipijak-pijak" oleh DAP dan PKR. Tak serik-serik lagi ke PAS? Atau PAS hanya buat-buat "pejam mata", buat-buat tak nampak?


  8. Saya pernah menulis mengenai usul PAS yang jelas bertentangan dengan dasar Anwar. Anwar mahu DEB dihapuskan, manakala PAS pula mengusulkan untuk mendesak kerajaan untuk mengekalkan dasar DEBnya. Usul PAS ini dinyatakan pada muktamar PAS yang lalu. Kekeliruan akan timbul jika Anwar memerintah. Mahukah Anwar mendengar dan melaksanakan usul PAS ini? Atau PAS sanggup "digoreng" lagi oleh Anwar? Mahukah PAS terus menelan "gula-gula beracun" dari PKR dan DAP terus menerus?


  9. Dasar-dasar PAS juga tidak dapat diteruskan di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Lihat saja di Perak, P.Pinang dan Selangor. Apakah PAS sudah berpuas hati dengan perlaksanaan pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat? Apakah prinsip CAT yang dilaungkan oleh Khalifah Guan Eng itu benar-benar dilaksanakan? Dasar CAT itu hanya diimplimentasikan kepada golongan "tertentu" sahaja. Manakala dasar CAT tidak dilaksanakan kepada pemimpin DAP. Mereka "bebas" dari CAT. Di Perak, dasar Islam apakah yang sempat Nizar laksanakan? Habis usul untuk Islam itu di"cantas" oleh puak-puak DAP dan PKR. Bila "hilang" kuasa, DAP dan PKR "cucuk hidung" Nizar suruh tuntut balik "kuasa" di Perak. Mungkin sebab itu Nizar terpekik terlolong menyalak di Parlimen. Siapa yang malu? PAS juga. Di Selangor pula? Sebutkan dasar PAS yang mana satu yang dilaksanakan oleh Khalid Ibrahim. PAS Selangor sering ditempelak dan dimalukan oleh PKR dan DAP Selangor. Hasan Ali sering menjadi mangsa "dilucutkan seluarnya" dikhalayak ramai. Mungkin sebab itu Hasan Ali dah tak tahan, lalu me"londeh"kan pula seluar Ronnie Liu yang mendedahkan sebahagian "pekung, kurap, panau dan kudis DAP dan PKR" di Selangor. Persoalannya, sampai bila PAS akan terus dibuli oleh PAS dan DAP? PAS mahu terus dipermainkankah?


  10. Malah DAP dan PKR sekarang ini semakin berani berkelakuan biadap kepada Islam dan Bangsa Melayu. Loke Siew Fook, Pemuda DAP lantang mengutuk Islam dan Ustaz Ridhuan Tee di laman blognya yang telah di"delete". YB Zulkifli Nordin sempat meng"copypaste"kan artikel Ah Fook itu sebelum dipadamkan. Dimana sifat PAS yang membela Islam selama ini? Kenapa Nik Aziz dan Hadi tidak berdemo mengecam Loke Siem Fook? Takutkah PAS kepada DAP? Begitu juga dengan Jeff Oii yang mengutuk Jemaah Islah Malaysia sebagai "extreme". Mana "suara" PAS? Apakah mulut PAS sudah dikunci rapat? Atau mulut PAS sudah dipenuhkan dengan "suapan gula-gula beracun" dari DAP dan PKR? Bagaimana pula dengan surah "aura" ciptaan "Ustaz" Nga di Perak? Sehinggakan Nizar "terpengaruh" dengan konsep "lilin" yang meragukan? PAS semakin hancur dikerjakan PKR dan DAP. Mahukah PAS terus membiarkan imejnya terus "berkecai" kerana PKR dan DAP?

Bukanlah saya ingin mengajar PAS. PAS dipenuhi dengan bijak pandai dan cendikiawan. Namun, rakyat dan UMNO sebagai sahabat PAS, merasa belas kasihan dan sedih melihat PAS jadi "balaci" PKR dan DAP. Bukanlah kami cemburu pada PAS dan kecemerlangan PAS sebelum ini. Namun, kami kecewa melihat PAS hampir hancur, tak bermaya, tiada "suara", diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya oleh Anwar dan DAP. Kami tak suka melihat PAS terus diperkuda DAP dan PKR demi kepentingan politik mereka. DAP membenam dasar, suara dan perjuangan PAS. PKR cuba me"nyejuk"kan hati PAS dengan "gula-gula halls beracun" mereka dengan harapan undi dari ahli PAS diseluruh Malaysia. Bila dapat kuasa, PKR jadi ketua, DAP jadi mandor dan PAS jadi pencacai. Relakah PAS terus diperlaku sedemikian rupa? Entahlah...terserah kepada pemimpin-pemimpin PAS lah...


Wallahua'alam...

Sunday, August 9, 2009

Panas!!! : Anwar "minta nyawa" pada Najib!


Panasssss..!!! Baru-baru ni diberitakan bahawa seorang pemimpin politik "minta nyawa" pada Najib. Nak tahu siapa pemimpin tu? Pemimpin itu tidak lain tidak bukan, Brader Pak Syeikh Anvar Abraham Al-Juburi! Nak tahu apa yang berlaku? Ini dia...aku nak "story"...

Baru-baru ni, Si Anwar telah melepasi kawalan "bodyguard-bodyguard"nya untuk menyelinap masuk ke rumah Dato' Seri Najib. Setelah melepasi "gate" rumah Najib, Anwar diberitakan telah merayu untuk bertemu dengan Najib dan Najib pun "menyudikan" dirinya untuk menerima "tetamu yang tak diundang"nya itu. Mungkin Najib tertanya-tanya, "apakah tujuan mamat ni jumpa aku ni? Macam "desperado" je nampak gayanya!".

Rupa-rupanya, Anwar "bersusah payah" redah menyelinap jumpa Najib tu bertujuan untuk MERAYU MEMOHON AGAR KES LIWAT DI ANTARA DIRINYA DAN SAIFUL DIGUGURKAN MAHKAMAH! Anwar memberi alasan bahawa dia sudah serik untuk masuk "dalam", dia sudah tua dan dia minta belas kasihan kepada anak bini cucu cicitnya. Sebagai timbal balas Najib menggugurkan kes liwatnya itu, Anwar berjanji tidak akan sekali-kali "attack" Najib berkenaan Altantuya.

Memang celaka si Anwar ni. Dah la dia yang datang merayu minta tolong, di"blackmail"nya Najib pulak! Najib dengan selambanya memberitahu Anwar bahawa Anwar boleh terus "attack" dia dengan "isu Altantuya" kerana dia tidak ada kena mengena dengan isu itu.

Najib dah bersumpah dah! Ada saksi pulak tu. Kenapa pula Najib perlu takut dengan ugutan Anwar tu sedangkan dia tiada sebarang kaitan dengan Altantuya? Anwar must be kidding! Anwar dipersilakan untuk terus "attack" Najib dengan "isu Altantuya". Najib kata pada Anwar bahawa beliau tidak ada dan tidak akan campur tangan tentang perihal kes liwat Anwar tu di mahkamah. Najib tidak mahu campur hal dia dengan badan "legislative". Memang sudah dasar Najib begitu. Badan "legislative" adalah bebas dari sebarang kuasa politik!

Setelah lebih "3 jam" merayu merintih "minta nyawa" pada Najib, maka pulanglah Anwar dengan kerisauan dan tekanan yang tinggi! Kalau ada penyakit darah tinggi, mungkin Anwar dah masuk ICU. Kenapa Anwar sanggup merisikokan dirinya bertemu Najib? Mungkinkan pertemuan "sulit"nya dengan Najib ini akan diketahui umum? Bagaimana pula jika pertemuan "sulit" ini bocor? Anwar mula memikirkan strategi seterusnya setelah "agenda" pertemuan ini gagal...

Ya. Pertemuan "desperado" yang dikatakan "sulit" oleh Anwar ini telah bocor! Oleh kerana cerita ni dah bocor, maka Anwar pun mulalah "spin" cerita! Kononnya, Najib panggil dia ke rumah dan minta dia jangan "attack" Najib berkenaan isu Altantuya. Anwar "spin" cerita bahawa Najib "offer" untuk gugurkan kes liwatnya. Padahal, dialah yang "merengek-rengek" macam budak minta "nenen" pada Najib! "Spin" Pak Syeikh! "Spin"! Putar alam "mamak" Anwar ni sudah terkenal seantero dunia. Maka tertipu lagilah puak-puak pembela Al-Juburi!

Cuba fikir betul-betul. Kenapa pula Najib nak panggil Anwar untuk merayu supaya Anwar tak "attack" Najib tentang isu Altantuya? Sedangkan Najib tak perlu pun berbuat sedemikian. Najib sudah bersumpah di dalam masjid di Guar Perahu. Najib ada saksi. Saksinya ialah Allah dan para jemaah masjid yang ada pada ketika Najib bersumpah di masjid berkenaan. Lagi pun, kes Altantuya tu dah "settle" dan terbukti secara kehakiman bahawa Najib tiada kaitan dengan kes Altantuya. Tapi biasalah, Anwar memang suka fitnah orang. Nanti menjawablah dia depan Allah.

Jika Najib nak merayu pada Anwar, mengapa pula perlu Anwar datang ke rumah Najib secara "sulit" tanpa disedari umum? Kenapa pula pertemuan itu di rumah Najib? Kenapa Najib tak pergi sendiri ke rumah Anwar atau mengatur pertemuan di luar negara? Ini si Anwar pula yang "susah-susah" menyelinap masuk rumah Najib? Siapa nak jumpa siapa ni? Siapa yang "desperado" di mahkamah ni? Siapa yang didakwa di mahkamah ni? Anwar atau Najib?

Begitu buruk sekali perangai manusia yang bernama Anwar ini. Sudahlah merayu minta tolong orang, di"blackmail"nya lagi orang tu. Bila "kantoi", Anwar menipu pula dengan cerita "putar alam"nya. Deyyyy Anwar! Saiful tu dah "kematu" menunggu keadilan "sebenar". Macam-macam alasan! Peguam sakitlah, minta bukti pendakwarayalah. Banyaklah "songeh" kamu ye? Kali ini, kamu dah tak mampu nak lari dah! Kamu nak lari ke kedutaan mana pula kali ni? Hari tu dah "kantoi" di Kedutaan Turki. Barat pun dah tak terima kamu dah! Obama pun tak bela kamu macam Bush dulu. Sebut nama kamu pun tidak. Kamu dah buat salah dan kamu akan betul-betul "kantoi" kali ni. Kali ni barulah "bertemu buku dengan ruas". Saya mintak pihak penjara Sungai Buloh bersedia untuk menerima kembali "bekas banduan terlepas". Kali ni sediakan "bilik biasa" je pada si Anwar. Bukan bilik dan layanan VIP macam dulu. Layan dia macam banduan-banduan lain juga. Kalau buat kacau, sumbat je masuk "bilik gelap". Baru dia tahu "langit tu tingi ke rendah"!

Pakatan Rakyat Sokong Arak: Apa kata PAS?

Kita semua sedia maklum tentang isu "arak" dan Perosak Rakyat di Selangor. Kita tahu apa reaksi si Ronnie "celaka" tu kepada tindakan PBT di Shah Alam. Kita semua "aware" bahawa Khalid "gagap" bela Ronnie, malah Perosak Rakyat mengusulkan agar tindakan disiplin diambil kepada Hasan Ali...PAS seakan senyap jaaa...takdak dengaq pun Nik Aziz atau Hadi pi "backing" Hasan Ali...nampak macam Hasan Ali ni hanya berlakon untuk tutup isu...betoi ka PAS "redha" dengan apa yang berlaku di Selangor? Dulu...kalau kat UMNO, depa teruih "kapiaq"kan terus...bila kena atas batang hidung sendiri? Hehehhe...diam jaaa...macam takdak teloq! Takut ka??? Nik Aziz dah takdak "fatwa" baru kaaa?

Sekitar suasana demo protes secara aman tentang isu "arak" di Selangor...


Apakah ini akan menjadi tajuk "headline" hARAKah?


Sekadar gambar hiasan "sindiran" dari forum mykmu.net






Bila Kak Su Bersuara... Heh!