Thursday, July 30, 2009

Kuliah Agama PAS Terbaru Dari Pok Nik (edisi maki hamun)


KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

- "Wajar"kah kita memaki hamun sesama Islam? Mengikut agama PAS, kita harus memaki hamun saudara seIslam jika "hati" kita rasa "wajar". Ikutlah kata hati anda. Bila nampak sesuatu atau keadaan yang se"wajar"nya dimaki hamun, maka "you are free to do so!"...tak salah...kan? Err..betul ke?

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.
"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini. "Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

- Ooooo...begitu rupanya...Jika kita dimaki hamun oleh seseorang, maka kita di"boleh"kan untuk memaki balik orang yang maki kita tu. Mungkinkah Rasulullah S.A.W yang dibaling batu oleh penduduk Kota Tha'if dulu membalas balik tindakan kasar itu dengan membaling batu kembali kepada mereka? Errmm...nampaknya kita digalakkan oleh Tok Guru agama PAS untuk "membalas" kejahatan yang dilakukan kepada kita dengan kejahatan juga. Tak salah aku, ustaz aku dulu tak bagi aku buat cam tu bila kawan aku "das" kaki aku masa main bola. Dia kata Rasulullah tak ajaq umatnya berdendam atau membalas kejahatan dengan kejahatan. Ustaz aku suruh aku berbaik-baik dengan kawan aku tu. Petang tu aku bagi sepotong tembikai yang aku dapat dari kantin asrama kat kawan aku tu. Lepas tu kami jadi "best pren". Nampaknya tindakan aku tu salah. Ustaz aku pun salah jugak nampaknya...mungkinkah kami kena bertaubat dan menerima ajaran agama PAS tu?

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang. "Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta. "Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.

- Nampaknya Pok Nik dah samakan "level"nya dengan Allah. Sama tahapnya dengan Tuhan yang berkuasa untuk mengatakan apa saja. Nampaknya Nik Aziz "mencontohi" firman Allah. Allah boleh mencarut dan memaki hamun (kata Nik Aziz laaa...), maka dia pun buleh jugak! Allah boleh memaki hamun hambanya yang "tholeh", kufur dan syirik kepadaNya, maka Nik Aziz pun "boleh" maki hamun sapa saja yang kutuk dia sebelum ni. Ermmmm....compius aku...lepas ni boleh la penganut agama PAS sembah Nik Aziz, ek? Boleh ke lagu tu? Err...kompius aku....nak rujuk kat sapa ni? Errr....sapa boleh terangkan kes ni? Err...Ustaz Nga yang "femes" dengan surah "aura" tu buleh buat "bayan" sikit dak? Ermmm..?

Wednesday, July 29, 2009

Buruk Perangai Khalid "Gagap".


Kurang ajaq punya Khalid "gagap"! Dah "gagap" tu buat la cara "gagap". Diberitakan di sini bahawa si Khalid "gagap" ni lebih mementingkan ceramah politiknya berbanding DYMM Sultan Selangor. Semua DYMM Sultan dan Raja Melayu telah "diterbangkan" di Kuching, Sarawak, untuk menghadiri Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri adalah tetamu kehormat yang telah dijemput khas untuk majlis ini.

Sepertimana kebiasaan persidangan, semua tetamu kehormat dijemput untuk menghadiri majlis makan malam yang mana setiap MB atau Ketua Menteri akan mengiringi Sultan atau Raja masing-masing ke majlis itu. Si Khalid ni sampai kat Kuching lebih kurang pukoi 4 petang sebelum "dinner" tu.

Tapi, si Khalid ni punya kurang ajaq...dia "kona" pi kot lain! Dia bantai pulak pi ceramah politik PKR malam tu. Siap berjanji "manis" lagi. Katanya kalau PKR dapat perintah Sarawak, rakyat Sarawak akan dapat ayaq "free"! Alaaaa...ayaq "free" macam kat Selangoq tu...Hangpa ingat dak betapa "liat"nya Si Khalid ni nak bagi "ayaq free" kat Selangoq hari tu? Ayaq "free"nya bersifat "limited edition"! Dah la lambat laksana "menifesto" (sampai DSKT paksa, baru nak buat!), ayaq "free" kat Selangoq tu pun ada "time limit". Lagu tu punya hal pun ada hati nak janji ayaq "free" kat rakyat Sarawak ka? Nak jadi macam "janji" Khalifah Guan Eng kat Kg. High Chapparal di Penang tu ka? Hehehehhhe...try la....kena "sumpit" nanti..padan muka hang!

Jenih macam Khalid "gagap" ni la yang memalukan Melayu sendiri. Melayu jenih ni ialah jenih Melayu yang tak reti "hormat" Sultan! Melayu jenih ni kalau zaman dulu-dulu, dah kena buang negeri dah ni. Lupakah dia bahawa adalah tugas seorang MB untuk mengiringi Sultannya menghadiri majlis-majlis rasmi seperti ini? Chieessss..! Dah la di"invite" oleh Kerajaan Negeri Sarawak, di "berani" pulak dok "racun" rakyat Sarawak dengan "janji manis"nya! Jaga-jaga rakyat Sarawak, dalam "janji manis" Khalid "gagap" ni tersembunyi "racun berbisa". Rakyat Selangor dah merasa, takkan rakyat Sarawak pun nak kena "jual" hidup-hidup jugak?

p/s: Rakyat Kedah dah dekat-dekat kena "jual" dah ni...jaga la pokok-pokok tepi rumah hangpa...silap-silap pokok tepi rumah hangpa pun che had tebang! hehheheh...

Memang kurang ajaq punya MB. Nasib baik la ni bukan zaman sultan dulu-dulu yang ada laksmana & hulubalang, kalau tidak...nahas la "Memanda Menteri" yang berperangai "huduh" lagu ni...!

Skandal Balak di Kedah : Kedah Sejahtera VS. Rakyat Kedah.


Hangpa ingat lagi dak pasai kisah "pembongkaran" oleh Pak Malau di blog sungguhka.blogspot.com mengenai penyalahgunaan kuasa dan pemboloton hasil bumi balak di Kedah? Pak Malau bercerita tentang "cross line" projek balak oleh sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan orang-orang kanan dan kepercayaan MB Kedah, Ust. Azizan Razak. Projek tu dikatakan di"rompak" selepas PAS/Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kedah dari BN.

Metro Sunview Sdn. Bhd. telah memotong jalan melalui A.Y Trading pada satu konsesi balak di Bukit Kaci. Dua nama telah yang terlibat oleh Pak Malau ialah 2 orang Director Metro Sunview Sdn. Bhd. iaitu Che Had bin Dali dan Roslizan Zakaria. Che Had merupakan Pegawai Khas Ekonomi MB Kedah dan Roslizan pula bertugas sebagai Pegawai Khas Kanan MB Kedah. Skandal "songlap" pertama Kerajaan PAS Kedah yang cuba di"sembunyi"kan oleh orang-orang PAS ini terbongkar secara "live" semalam di "Buletin TV3" semalam.

Aku tak mau ka komen banyak-banyak pasai hal ni. Nanti "depa" kata aku ni "berat sebelah" pulak. Maklum la, aku ni kan pro-UMNO. Hangpa pikiaq la sendiri. Mahkamah suruh "stop" operasi membalak kat situ pun, depa "bantai balun" jugak. "Melahaq"nya puak-puak PAS ni. Berlawanan sungguh dengan dasar Kedah Sejahtera yang depa tulih kat "booth" pameran di Karnival kat Lagoona Merbok baru-baru ni. Nampaknya, PAS sememangnya pandai "muhong" orang Kedah ni. Sebut pasai nak mendaulatkan Islam, tapi balak tu depa "tibai" masuk perut depa jugak noooo? Apa pun kita tunggu hasil siasatan...

Sapa-sapa nak tengok apa yang Pak Malau dah bongkaq (siap ada documents lagi!), sila ke...




p/s: Nampaknya berita dalam blog ada kreadibiliti dan lebih cepat dari media arus perdana...Syabas Pak Malau...credit to Pak Malau!

Tuesday, July 28, 2009

Salam "Pergi Jahanamlah"! - Nik Aziz.


Sudah terjawab kini tentang "teka-teki" perihal "salam" yang Nik Aziz hulurkan. "Salam" dihulurkan, tidak sangka mengandungi "niat" yang terpesong. Katanya yang begitu umum tentang "salam"nya itu membuatkan beberapa kalangan pemimpin UMNO yang tidak suka bersangka buruk menyambut baik "salam" Nik Aziz itu. Keikhlasan pemimpin UMNO menyambut salam itu terpamer di sini. Saya juga merasa agak berdukacita dan kecewa dengan akhlak "flip-flop" Nik Aziz dalam hal penyatuan Umat Islam di Malaysia yang ditunggu-tungu lebih 5o tahun lamanya.

Nik Aziz dengan bangganya menyatakan bahawa kenyataannya itu diputar belitkan. Apa yang Nik Aziz maksudkan dengan "salam" itu ialah kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat. Nik Aziz mengharapkan agar hubungan baik ini akan membuahkan hasil "lumayan" kepada Kelantan. Mungkin Nik Aziz mendakwa bahawa Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan untuk Kelantan dalam perbentangan budget tahunannya. Padahal, ada lagi negeri lain yang lebih kurang peruntukannya berbanding Kelantan. Pernah dahulu Anwar Ibrahim "menempelak" Kerajaan Kelantan untuk "berjimat cermat" setelah diberikan peruntukan lumayan. Hakikatnya, Nik Aziz tidak pernah bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang memberikan peruntukan tersebut. Malah Kerajaan yang memerintah dikatakan "Kerajaan Toghut" pulak dahhhh...

Tidak habis di situ sahaja, Nik Aziz dengan bongkaknya me"nyah jahanam"kan UMNO. "Pergi jahanamlah UMNO!" Itulah perkataan yang keluar dari bibir seorang "ulama" PAS, seorang "mursiydul am" PAS, seorang yang dikatakan mempunyai "gaya kepimpinan nabi". Inikah akhlak seorang "Tok Guru". Beginikah sifat sabar, zuhud dan tawadhuk seorang yang berilmu dan berakhlak agama? Inikah "ayat-ayat dakwah" seorang "ulama" di akhir zaman ini? Nabi Nuh A.S dahulu berdakwah lebih dari 1000 tahun tanpa rasa putus asa, tidak pernah pun mengeluarkan kata-kata "pergi jahanamlah kaum ku!".

Rata-rata ahli dan pemimpin UMNO agak terkilan dengan "permainan politik" Nik Aziz ini. "Penyatuan umat Islam di Malaysia" bagaikan satu topik "permainan politik" Nik Aziz Nik Mat. Ada yang marah, ada yang kecewa. Ada yang mengecam, ada yang meradang. Bagi saya, usahlah kita cepat "melatah" akan senario ini. Tun Dr. Mahathir yang berpengalaman dengan mainan politik PAS ini pernah memberi amaran tentang "niat salam" PAS ini. Beliau menasihatkan kita agar "berhati-hati" dan "tidak gopoh" menilai "keikhlasan" Pok Nik. Alhamdulillah, kini Allah mempamerkan "niat sebenar" Nik Aziz dan betapa busuknya "bau mulut" Tok Guru PAS tersebut. Ternyata dibelakang "salam"nya, tersimpan agenda yang "tidak ikhlas"!

Semangat Perjuangan UMNO Zaman Dato' Onn & Kini...


Agak lama saya tak pulang ke Pendang untuk agenda "bersembang politik kedai kopi". Sebelum ini, kalau saya balik pun, hanyalah sekadar menziarahi saudara mara terdekat, kenduri kendara dan rakan taulan. Semalam, saya sempat melepak "sembang politik kedai kopi" dengan beberapa rakan berjawatan "politik" di Pendang. Suasana yang sejuk "gedi" disebabkan hujan yang turun, menjadi "panas" apabila pelbagai pandangan dilontarkan. Saya tidak bermaksud untuk menceritakan ke semua "subjek" yang diper"sembang"kan semalam. Saya hanya tertarik dengan beberapa "pendapat" yang saya kira agak konstroversi.

Pada mulanya, seorang kenalan baru menyatakan prinsipnya yang tidak goyah kepada UMNO. Dia juga menyatakan sokongan padu kepada pemimpin UMNO tak kira siapa pun atau apa pun kriteria yang dimiliki pemimpin tersebut. "Walaupun diletakkan pemimpin "kayu" sekali pun hang akan pangkah dia?" saya bertanya. "Ya!" tegasnya. "Walaupun pemimpin itu korup, tidak berbakti kepada rakyat dan ditolak rakyat sekali pun?" saya meminta kepastian. "Ya, kerana dia pemimpin UMNO" begitu tegasnya. Saya terdiam dan menggeleng kepala. "Totok" sungguh pandangannya. "Jika tidak kita yang menyokongnya, siapa lagi nak sokong dia?" dia mengajukan pendapatnya. Saya menggeleng kepala.

Rupanya ada lagi akar umbi yang berfikiran sebegini? Sanggup mengangkat pemimpin yang tidak layak sebagai pemimpinnya. Sedarkah dia bahawa gara-gara tindakan inilah yang akan melahirkan pemimpin yang "tidak berkualiti" di dalam UMNO? Sedarkah dia bahawa gara-gara "totok" dia inilah yang akan mengakibatkan rakyat mengutuk UMNO kerana memilih seorang ketua yang korup, tidak diterima rakyat dan bereputasi buruk sebagai pemimpin. Disebabkan etika pemilihan ketua bahagian beginilah maka UMNO dipersalahkan dan dipandang rendah serta hilang kepercayaan kepada UMNO. Rasanya penilaian akar umbi sebegini harus diperbetulkan dan di"brain wash"kan. Entahlah...apa pendapat tuan/puan tentang pemikiran dan pendapat seperti ini?

Seorang lagi rakan juga mengajukan konstroversi tentang perihal "perjuangan" dan "wang". Katanya, realiti politik masa kini baginya, jika diberikan pilihan antara "perjuangan" dan "wang", dia akan memilih "wang". Tambahnya lagi, perjuangan politik di zaman Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra sudah tidak ada lagi di zaman sekarang! "Selamba" dan bersahaja dia memberikan pandangan dan prinsipnya. Sekali lagi saya terkedu! Masih ada lagi "spiesis" seperti ini? Saya tidak menafikan bahawa wang ringgit juga diperlukan dalam perjuangan. Di zaman Dato' Onn juga perlu wang ringgit untuk berjuang. Di zaman itu, ahli UMNO bergolok bergadai demi membiayai perjuangan. Di zaman ini juga perjuangan memerlukan wang ringgit. Namun, wang ringgit itu telah mengabui mata sehingga ada diantara ahli UMNO yang "lupa" pada perjuangan. Wang ringgit ditabur untuk memancing undi! Itu bukan untuk perjuangan parti! Itu hanyalah demi kepentingan individu untuk merebut jawatan! Mereka lupa pada perjuangan! Wang haruslah digunakan sebaiknya untuk perjuangan, bukan untuk undi dan memenangkan individu tertentu untuk kepentingan jawatan yang ditandingi. Entahlah...bagaimana pendapat anda semua? Kuasa zeti atau perjuangan? pilih satu atau kedua-duanya?

Saya fikir, sesuatu harus dilaksanakan untuk menyemai jati diri dalam ahli akar umbi UMNO. Apa kata tuan/puan tentang kriteria pemilihan pemimpin UMNO? Bagaimana pula kata akar umbi? Bagaimana pula persepsi rakyat kepada pemimpin UMNO yang dipilih dan akan dipilih kelak? Siapa yang salah pilih? Siapa yang harus dipilih? Entahlah...apa nak jadi nanti?

p/s: Kompius aku! Hahahahhahhaha...

Sunday, July 26, 2009

Muhyiddin pun "tibai" UMNO Kedah?


Baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin "singgah" di Kedah merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pokok Sena. TPM itu sempat sekali lagi memberi "warning" kepada UMNO Pokok Sena dan umumnya kepada UMNO Kedah supaya "cermin diri", bertanyakan kepada diri sendiri "kenapa UMNO Kedah tewas pada PRU12 yang lalu?". Beliau juga "membidas" segelintir penjawat jawatan bahagian dan cawangan yang tidak serius dalam perjuangan UMNO. Selain itu, Muhyiddin menggesa Pemuda dan Puteri supaya berusaha dalam menarik golongan muda di dalam memartabatkan perjuangan UMNO serta mencari jalan untuk menarik mereka menyertai perjuangan UMNO "alif, ba, ta". TS Muhyiddin juga menggesa supaya seluruh pemimpin dan akar umbi UMNO Kedah supaya "berubah", sealiran dengan gesaan DS Najib setelah lebih 100 hari sebagai PM dan Presiden UMNO Malaysia.

Nampaknya "angin" Muhyiddin dan "angin" Najib adalah berada dalam "satu arah" terhadap UMNO Kedah. Kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO ini sama-sama datang ke Kedah, dan sama-sama "tibai" UMNO Kedah. Kalau pemimpin-pemimpin "berkenaan" tak faham-faham lagi, tak tau lah! Sudahkah "depa" tu "cermin diri"? Atau sekadar buat "post mortem" dan salahkan orang lain? Lepas tu, bila dah dilantik barisan kepimpinan baru, maka "muka-muka lama" yang tak "lekat" nama, mula "juih bibiaq" dan dok pakat-pakat tak mau bagi kerjasama. Nak boikot, nak sabotaj barisan kepimpinan baru la tu! Lagu tu ka sikap pemimpin UMNO Kedah? Harap "depa" yang dok buat perangai lagu ni akan "lingkup" kalah pada pemilihan UMNO akan datang. Tak kira Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan, kalau ada "sikap lagu ni", kita "piappp" dia habis-habisan. Kita "tibai" ramai-ramai. Kalau tidak, "lingkup" la UMNO kat Kedah ni...

Muhyiddin dalam aspirasinya kepada UMNO Kedah mengingatkan bahawa "jawatan" yang disandang itu bukanlah "perhiasan" yang digunakan untuk bermegah! "Depa" ni kena buktikan bahawa "jawatan" itu adalah tanggungjawab yang diamanahkan untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk "diri sendiri". Dok meeting sana sini, hasilnya habuk pun tarak! Yang banyaknya dilaksanakan ialah program "mengglemerkan" diri sendiri. Program untuk rakyat tak dapat sambutan. Dok meeting berjam-jam, tapi tak dak resolusi. Kononnya, takdak kata putus dari Ketua. Banyak la sangat birokrasi. Nak bantu rakyat pun banyak protokol dan prosedur birokrasi ka? Payah la lagu ni...tak mesra rakyat! Ada jugak yang berlainan pulak perangainya. Nama ja ada jawatan, meeting pun malas nak pi. Alasannya "saya sebok", "saya busy", "saya diluar kawasan", "saya di KL", "saya ada kerja lain" dan banyak lagi la alasan yang keluar. Padahal dia dok ada kat rumah dok tengok "Jangan Lupa Lirik!" kat Astro! Sebenaqnya, dia malas nak pi sebab nak sabotaj! Tak mau bagi kerjasama sebab tak sehaluan! Habaq teruih terang kan senang....senang nak kira pada "pemilihan" yang akan datang! Hehhehehhe....

Pemuda dan Puteri juga kena "tibai" secara tak langsung. Muhyiddin berkata, "anak-anak muda sekarang telah bercakap soal keadilan dan ketelusan dalam alam maya (internet) dan kita haruslah berusaha menarik mereka menyokong kita,".

Ada ke apa-apa program yang dah dibuat oleh Abang Badrul dan Shima yang boleh dibanggakan sejak lantikan depa? Berapa banyak dah golongan muda yang depa tarik untuk berjuang bersama UMNO? Atau depa pun dok busy lagi "susun strategi"? Atau dok tunggu keputusan mesyuarat dengan "ketua"? Atau dok tunggu "fund" dari ketua masing-masing untuk buat kerja? Depa tak tau ka bahawa di zaman awal UMNO dulu, mak bapak kita sanggup bergolok bergadai tenaga dan harta demi perjuangan UMNO? Mana suara pendesak Pemuda UMNO Kedah ni? Suara "harimau Melayu muda" dah jari suara "tikuih mencicit" ka? Takut pada Dewan Pemuda PAS? Kecut pada Pakatan Rakyat Anwar atau trio Koperal Singh, Kit Siang dan Khalifah Guan Eng? Puteri pulak dok "korooo" semacam pulak dah. Awat? Masih lagi nak kekalkan gelaran "pom pom girls" yang Pakatan Rakyat bagi kat hangpa tu ka? hehehhehe...bangunlah Pemuda & Puteri UMNO Kedah! Kita berpadu merobek Pakatan Rakyat yang dok "menipu" rakyat Kedah! Lihatlah segala yang telah dibina oleh BN di Kedah, kini PR merampas semuanya dan dok belagak macam depa la yang bangunkan Kedah selama ni kat Karnival di Lagoona Merbok tu!

Ayuhlah UMNO Kedah! Sedarlah dari tidoq tuuuu...! Bangunlah membawa "arus perubahan" demi Islam, masa depan anak bangsa di Kedah dan tanah Kedah ini. Sambutlah "gelombang" perubahan DS Najib dan TS Muhyiddin itu dengan ikhlas, sabar dan zuhud dalam perjuangan kita. Kita tahu perjuangan UMNO adalah perjuangan keramat yang amat murni. Jika kita tersalah langkah, mohonlah kemaafan dan berubahlah demi kebaikan bersama. Jangan sampai nasib masa depan Islam, anak bangsa kita dan tanah Kedah ini tergadai oleh PAS yang sanggup di"cucuk hidung" oleh "syaitan" yang bersahabat dengan mereka. Kita bangkit dari kekalahan yang disebabkan oleh segelintir "pemimpin kita yang tak boleh pakai tu". Kita minta "depa" berubah, atau kita "ubah" kedudukan depa ke "bawah"! Itu suara kita! Suara akar umbi yang akan menentukan masa depan anak cucu kita. Jangan sampai anak cucu kita "pijak kencing" kubur kita kerana kita tidak berjuang demi masa depan depa! Allahu Akbar!!!

Friday, July 24, 2009

Basori Kehilangan "Taring" di Jerai?


Hari ni dijadualkan akan berlangsung Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerai. Tidak "sehangat" mesyuarat Pemuda Bahagian yang lalu kerana tidak ada "pemilihan" diperingkat kepimpinan. Hanya di"suam"kan sedikit dengan pemilihan G2 dikalangan Pemuda UMNO Jerai.

Dengarnya, ada beberapa calon Pemuda yang bertanding G2. Tapi entah siapa yang akan terpilih. Secara reputasi umum, semua mengetahui bahawa Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai merupakan seorang pro-KJ yang "tegar". Walaupun akar umbi "mengamanahkan" undi dari Jerai diberikan kepada Dato' Mukhriz, Basori tetap "menghadiah"kan undinya kepada KJ, dengan alasan bahawa KJ itu "sahabat" karibnya.

Namun, sedar tidak sedar, KJ sendiri pun sudah "menjauhkan diri" dari kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Jerai. Khabar memberitahu bahawa sikap "meminta-minta" Ketua Pemuda Jerai ini membuatkan KJ "melarikan diri". Kerana itulah Basori tidak dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO negeri. Dikhabarkan juga, bahawa "think tank" KJ menentang keras cadangan melantik Basori sebagai Ketua Pemuda UMNO Kedah. Begitulah sumber memberitahu saya. Entah betul, entah tidak. Saya bukan dari Kem Basori atau KJ untuk mengsahkan kesahihan "cakap-cakap kedai kopi" Pemuda UMNO Jerai ini.

Dikhabarkan juga bahawa ahli-ahli akar umbi Pemuda UMNO Jerai sudah "serik" dengan Basori ni. Setelah suara mereka dikhianati oleh Basori pada PAU yang lalu, mereka nekad untuk merubah kepimpinan Pemuda UMNO Jerai pada pemilihan yang akan datang. Malah hari ini mereka yang sudah "hilang kepercayaan" ini dikhabarkan akan "keluar dewan" ketika Basori memberikan acap tama, sebagai tanda "protes!", katanya. Jika ini berlaku, Basori akan menerima aib besar dihadapan Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tindakan ini juga akan memberi isyarat kepada Razali bahawa Pemuda UMNO Jerai "menolak" kepimpinan Basori.

Hairan juga. Kenapa KJ tidak dijadualkan merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerai kali ini. Bukankah KJ lebih "akrab" dengan Basori, dan KJ tidaklah berada di dalam barisan Kabinet Kerajaan yang sentiasa sebok macam Razali, Naibnya itu. Rasanya KJ mempunyai "lebih masa". Nampaknya, mungkin benar "khabar angin" bahawa Basori kini sudah "ditinggalkan" KJ.

Khabarnya, akar umbi Pemuda UMNO Jerai sedang mengalami "gelombang perubahan" yang ketara. Rata-ratanya makin sedar bahawa kepimpinan sekarang banyak "konar baring". "Kudis" dan "kurap"nya tidak dapat disembunyikan lagi. Angin perubahan ini dikatakan tercetus apabila menyedari tentang nasib anak bangsa Melayu Jerai yang semakin dilupakan oleh Ketua Pemuda dan AJKnya. Kuasa "zeti" yang ada pada mereka telah mengaburi mata mereka untuk membentuk jati diri anak-anak muda Jerai. Buktinya ialah apabila banyak cawangan-cawangan Pemuda UMNO Jerai yang tidak dapat bermesyuarat akibat tidak cukup "korum". Ramai Pemuda "lari"! Mengapa? Mungkin Basori boleh memberi jawapannya. Kita tunggu saja berita dari kenalan yang menghadiri Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerai hari ini.

P/s: Berita terkini...Keputusannya...."kuda2 Basori" telah menjuarai "carta undi"..."chai" depa tak dapat dipecahkan...hehehhhe...tahniah untuk G2 yang terpilih...Gelombang Perubahan tak terpilih...tapi, apakah "Gelombang " itu akan jadi "mandom" atau "gelombang" itu akan terus melanda dan membelah pantai? Kita tunggu next pemilihan....hehehheh...

Thursday, July 23, 2009

Nizar dan Lilin : Respon Pemimpin PAS Bercanggah?


Ustaz Harun Taib hari ini "menyelar" tindakan YB Nizar menghadiri sebuah majlis yang "meragukan" dan tindakan Nizar yang turut sama menyalakan lilin bagi niat "memperingati" kematian Teoh Beng Hock di Ipoh baru-baru ini. Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama' PAS yang baru menyatakan bahawa PAS sebelum ini telah menetapkan garis panduan kepada pemimpin dan ahli-ahlinya supaya tidak menghadiri majilis-majlis yang "meragukan" menurut hukum syarak. Tindakan Nizar itu jelas mengingkari "garis panduan" Dewan Ulama' PAS! Nizar oh Nizar! Tidak habis-habis dengan "salah laku". Bermula "di bawah sebatang pokok, membawa ke peristiwa "meroyan" di Dewan Negara, kini mengamalkan pula amalan yang "meragukan" menurut hukum syarak PAS!

Manakala "Tok Guru" Nik Aziz pula hanya "membisu". Mungkin Mursyidul Am PAS ini "takut" memberikan sebarang "fatwa" berkenaan perkara ini. Maklumlah, yang membuat perkara "meragukan" itu dari kalangan anak buahnya. Mungkin Nik Aziz "takut" untuk berkata "benar" sebagaimana Ketua Dewan Ulama' PAS.

Ketika mana Mursyidul Am PAS mengambil sikap "mendiam"kan diri berkenaan isu ini, Husam yang merupakan "anak emas" Nik Aziz bingkas bangun mempertahankan tindakan Nizar. Husam menyatakan bahawa tindakan Nizar itu tidak menyalahi ajaran Islam sama sekali. Siapa Husam untuk berkata demikian? Apakah ilmu agama Husam mengatasi ilmu agama Dewan Ulama' PAS? Sedangkan segala umum tahu bahawa Husam hanyalah golongan "erdogan" pro-Anwar yang terkenal dengan meliberalisasikan Islam. Husam hanyalah golongan profesional yang cetek ilmunya berbanding Harun Taib. Layakkah Husam menetapkan hukumnya sendiri? Apakah fatwa Husam itu merujuk kepada hukum Islam sebenar atau sekadar "ayat politik" yang mengenepikan ajaran Islam yang sebenar? Teruk benarlah Husam meroyan!

Khalid Samad pula "lain" pula cara "meroyan"nya. Khalid dikatakan menggunakan "hukum akal"nya sendiri untuk mengulas tindakan Nizar itu. Khalid menyamakan amalan memegang dan menyalakan lilin dengan amalan biasa yang dilakukan di perhimpunan-perhimpunan di seluruh dunia seperti di dalam gereja dan sebagainya. Malah hujah "meroyan"nya itu menyamakan "hukum" tindakan Nizar itu seperti hukum "kita menyalakan lilin ketika rumah kita tiada elektrik atau tidak ada lampu"! Lawak antarabangsa apakah ini? Beginikah tahap ilmu dan IQ seorang YB dari parti PAS? Apakah Khalid Samad tidak tahu tentang sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang memperkatakan tentang pentingnya "niat" sebelum melakukan sesuatu amalan? Apakah tujuan dan niat Nizar menyalakan lilin itu sama seperti menyalakan lilin ketika rumah kita "black out"? Takkan itu pun tak tahu? Seandainya "tahu", mengapa pula "memutar belit"kan fakta? Ketara sungguh "auta politiknya"!

Saya membayangkan. Andainya Karpal Singh itu mahir dan 'alim mengenai ilmu agama Islam, pastinya muka Nizar akan "merah padam". Pastinya "Ustaz" Karpal tidak teragak-agak untuk menyelar Nizar. "YB Nizar harus bertaubat!", mungkin ayat ini akan keluar sekali lagi dari mulut Ustaz Karpal!

Wednesday, July 22, 2009

TGH Hadi Menipu Rakyat Lagi?


"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah." - Presiden PAS, TG Hj. Hadi Awang.

Benarkah begitu? Apakah ISA itu adalah sebagaimana yang didakwa oleh Presiden PAS ini? Bagaimana pula dengan Mas Selamat yang dipercayai salah seorang anggota JI? Apakah dia juga "tokoh" atau "pemimpin parti pemerintah"? Bagaimana pula dengan ancaman bersenjata seperti Komunis? Bagaimana pula dengan Al-Maunah yang merampas senjata di sebuah kem tentera di Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada tahun 2000?

Begitu juga dengan gerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) berikutan penangkapan bebarapa orang ahlinya yang diketuai oleh Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS. KMM adalah gerakan bawah tanah (subversif) yang mendapat latihan ketenteraan di Afghanistan. Bukankah mereka didapati melakukan aktiviti yang mampu mengganggu gugat keamanan dan keselamatan nagara? Takkanlah pihak MIO suka-suka tangkap orang?

Bagaimana pula dengan serangan ke atas balai polis di Guar Chempedak untuk merampas senjata api suatu masa dahulu. Bagaimanapun percubaan ini dapat dipatahkan oleh pihak berkuasa. Jika tidak dibendung oleh kerjaan melalui ISA, tidakkah akan membahayakan keadaan penduduk setempat? Selamatkah jika hanya ditangkap dan dibicarakan? Bagaimana pula dengan ideologi mereka?

Pernah sartu ketika dahulu, seorang lelaki bernama Adnan yang "berlakon" sebagai seorang peniaga minyak wangi yang kononnya lemah lembut, berbudi bahasa dan berperwatakan mulia. Dia ditembak oleh seorang pengawal keselamatan Southern Bank di Jalan Gasing, Petaling Jaya ketika dia bersama tiga rakan lain cuba merompak bank itu dengan bersenjatakan pistol. Adnan bersama rakannya dipercayai terlibat dengan gerakan militan. Apakah mereka ini juga jika di"ISA"kan bertujuan untuk "menyelamatkan" tokoh BN dan pemimpin parti yang memerintah?

Biasalah. Bila sudah "berkawan" dengan "syaitan-syaitan" yang pernah ditahan ISA ketika "operasi lalang" dahulu, mereka pun dah nak jadi lalang! Sedangkan Presiden PAS sendiri sedar bahawa ISA itu adalah satu "keperluan" untuk sebuah negara berbilang kaum dan agama ini. Pastinya ISA mahu dihapuskan oleh DAP dan PKR supaya mereka senang merusuh dan memberontak untuk membatalkan hak-hak istimewa Islam. Melayu dan bumiputera. Tentunya senang mereka membuat huru-hara apabila mereka menyentuh isu-isu sensitif seperti "kontrak sosial", "jus soli" dan Ketuanan Institusi Kesultanan Melayu di Malaysia!

Begitulah singkatnya pemikiran pihak pembangkang! Menghebahkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini "zalim", sedangkan mereka sendiri sedang merancang untuk menzalimi Islam, anak bangsa mereka sendiri dan tanahair yang dikongsi bersama ini. Kononnya perjuangan mereka adalah demi rakyat, padahal mereka akan "menjual" kehidupan dan keharmonian rakyat Malaysia yang sudah sekian lama dipupuk oleh Barisan Nasional. Itulah agenda sebenar Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat? Ini bukan "Pakatan Rakyat", ini "Perosak Rakyat" namanya! Sedarlah rakyat Malaysia!

Zaid "Balaci" Anwar Ngorat Ku Li.


Tidak cukup dengan episod "wayang"nya untuk peristiwa 16 September, Anwar terus memburu ahli-ahli BN, khususnya UMNO untuk menjadi sekutunya. Anwar pandai "mengorat", tak kira lelaki mahupun perempuan, semua dia "bedal"! Sejak peristiwa "mengejar ahli-ahli parlimen BN ke Taiwan", "we have the numbers" dan "16 September", Anwar terus mengejar cita-citanya dengan cara "kotor" ini. Kononnya, "inilah demokrasi yang sebenar dengan memberi mereka pilihan untuk menyertai mana-mana parti yang diingini". Tapi kalau mana-mana dari pemimpin Pakatan Rakyat yang "melompat" keluar, teruk dikutuknya. Sampai diugut bunuh pun ada!

Zaid Ibrahim telah melompat secara sukarelanya. Bagus. Biarlah "sampah" itu pergi ke PKR. Kemudiannya, dipancing pula Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan. Chua Jui Meng pun "melompat" dari MCA ke PKR. Terkini, Si Zaid cuba pulak "mengorat" Ku Li, Ahli Parlimen Gua Musang. Dengan harapan Ku Li akan "melompat" juga sepertinya. Maklumlah, Ku Li dahulunya mempunyai "pertikaian" dan "konflik" terhadap Tun M. Lagi pula, Ku Li dilihat kurang menonjol berikutan bekas Menteri Kewangan itu tidak diberikan sebarang jawatan di barisan Kabinet Kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib. Kononnya, mudah-mudahan Ku Li akan termakan "pujuk rayu" dan "pujian melangit" yang dihamburkan oleh bekas menteri yang paling "dibenci" itu.

Sayangnya, meleset sekali "telahan" Si Zaid. Barangkali Zaid terlalu "memandang rendah" terhadap Ku Li dan prinsipnya. Semua orang tahu betapa "keras"nya hati Ku Li. Semua orang tahu betapa "tebal"nya sifat nasionalis yang ada pada Ku Li. Mungkin Ku Li pernah mencetus konstroversi pada suatu masa dahulu. Namun, Ku Li ketika itu dilihat hanyalah kerana termakan "hasutan" dari beberapa individu yang berkepentingan. Hakikatnya, "pisang tidak akan berbuah dua kali". Ku Li kini tetap bersama UMNO. Walaupun beberapa teguran tegas dan sinis dilontarkan Ku Li kepada keadaan UMNO, namun nasihat dan teguran itu tidak kurang hanyalah bagai "ayah yang memarahi anaknya". Bukan untuk merosakkan, namun untuk memperbaiki keadaan.

Ku Li menjawab dengan tenang "jemputan tidak rasmi" Zaid Ibrahim di MalaysianInsider.com. Nyatalah Ku Li tetap dengan UMNO. Jiwanya juga jiwa UMNO. Syabas kepada mantan Timbalan Presiden UMNO itu. Seorang yang berjiwa UMNO tidak akan sekali-kali mengkhianati nasib Islam, anak bangsanya dan tanahairnya. Tidak seperti mereka-mereka yang begitu mudah menjual Islam, masa depa anak bangsanya dan tanahair sendiri kepada pihak asing. Mereka itu pengkhianat! Siapakah mereka? Anda semua tentu ingat seorang lagi mantan Timbalan Presiden UMNO yang kini menjadi ketua Penyangak Rakyat! Anwar Ibrahim namanya. Diikuti oleh "balaci-balaci"nya yang turut sama khianat seperti Zaid Ibrahim, Azmin, dan ramai lagi.

Lihatlah dunia! Betapa terdesaknya Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Kerana "cemburu"kan Najib, dia sanggup buat apa saja untuk menjadikan cita-citanya itu menjadi kenyataan. Di"jual"nya penyokongnya dari kalangan kaum Melayu kepada kaum Cina. Di"jual"nya kaum Cina kepada kaum India. Di"jual"nya kaum India kepada kaum Melayu. Benarlah bagai dikata Husin Lempoyang, "jual orang lebih untung dari jual unta". "Jual orang" boleh jadi Perdana Menteri!


Tuesday, July 21, 2009

Beginikah "Nasib" Orang Baru di Bangunan Tunku?


Dah 2 - 3 hari saya tak update blog. Agak busy baru-baru ni. Kena kelola kenduri aqiqah sambut anak menakan baru. Lepas tu...dok tengah busy tu, dengaq pulak cerita yang "tak berapa sedap" di telinga ni...mood nak menulis teruih "down". Isu perletakan jawatan Dr. Wan sebagai Ketua Penerangan UMNO Kuala Kedah & S/U Penerangan UMNO Negeri...

Kecewa ada. Bengang ada. Kesian pun ada. Secara jujurnya, saya kecewa dengan perletakan jawatan Dr. Wan ni. Bukan kerana saya "kenal" Dr. Wan personally. Dia seorang professional yang ada kreadibiliti untuk membantu UMNO Kedah. Dia seorang yang berpendidikan tinggi dan mampu berfikir serta memberi sumbangan kepada perubahan imej UMNO Kedah yang sedia maklum "tercemar" dengan sindrom "state of denial" dan pelbagai lagi "virus". Namun, Dr. Wan sudah membuat keputusan untuk "back off" dari terlibat dalam pembaharuan dan perubahan UMNO Kedah. Adakah dia akan diminta untuk kembali semula? Rasanya..tipis sekali harapan itu...

Budaya "negatif" UMNO Kedah yang sudah lama berakar umbi nampaknya masih menyelubungi UMNO Kedah. Sesetengah sifat negatif itu masih lagi "tebal" dikalangan beberapa individu yang menghuni bangunan Tunku di depan Pekan Rabu itu. Masih lagi wujud "virus cantas mencantas" orang baru. Masih lagi wujud golongan yang enggan memberikan kerjasama dan bantuan kepada "orang baru". Masih lagi wujud di minda mereka tentang erti perasaan "dengki" dan idamkan "jawatan" di sana. Sedih sekali bila memikirkan tentang ini. Mereka "orang lama" disana. Tidakkah mereka berfikir tentang kepentingan dan nasib UMNO Kedah selain dari "kepentingan diri" mereka sendiri? Saya tidak merujuk kepada semua warga UMNO di Bangunan Tunku itu, hanya sesetengah. Kepada "orang-orang lama" yang sanggup berubah, maka "syabas" saya ucapkan. Namun, kepada mereka yang "masih" lagi dok rasa "dialah senior yang lebih layak menghuni jawatan penting di bangunan tersebut", mereka inilah yang patut "dibersihkan" dari mengemudi UMNO Kedah. Sedih sekali...tapi demi UMNO, tindakan sebeginilah yang sepatutnya diambil.

Tun M pernah berkata, jika ada penyakit di mana-mana bahagian tubuh itu, penyakit itu sudah lama di situ dan amat sukar sekali untuk di"sembuh"kan, maka lebih baik di"potong" bahagian tersebut dari terus merebak ke bahagian lain. Dalam hal Dr. Wan ini, beliau merupakan organ atau bahagian yang "brand new" yang dilantik untuk menggantikan organ atau bahagian yang "sudah lama", "reput" dan "tidak mampu revive". Tapi nampaknya organ "brand new" ini pula yang di"cantas" secara "halus". Akibatnya, "organ baru" ini ditekan habis-habisan dan tidak mampu berfungsi dengan baik. Lantaran itu, "organ baru" ini menarik diri kerana tertekan oleh "virus-virus" ini. "Sihat"kah perlakuan yang sebegini? Pelik, kan?

Saya tidak mahulah mengulas panjang. Nanti saya pula dikatakan "lebih kuah dari sudu". Siapalah saya untuk menegur, saya hanyalah ahli UMNO biasa. Saya bisa di"pecat" keahlian. Malah saya bisa di halang untuk menyertai UMNO semula. Ada seorang sahabat saya yang keluar UMNO bersama Tun M. Tapi dihalang keras "ketua bahagian"nya untuk menyertai UMNO semula kerana di"cop" penderhaka parti. Begitukah sikap "orang lama " UMNO yang berkuasa di Kedah?

Susahlah begini...nanti bila lingkup punah UMNO di Kedah, siapa akan dipersalahkan? Saya rasa, mungkin mereka akan menuding jari kepada blogger-blogger UMNO di Kedah ini, termasuklah saya sendiri. "Itu bukan salah kami, depa yang salah!", mungkin itu yang akan keluar dari mulut mereka sebagaimana mereka menyalahkan kaum Cina pada PRU12 tempohari. Selalu menuding jari kepada orang lain, walhal semua itu adalah salah mereka sendiri. Takpa lah...biar Allah yang menentukan nasib UMNO di Kedah. Saya tak mampu dan tak berkuasa untuk merubah UMNO Kedah. Biarlah...saya dan kawan-kawan dengan cara kami sendiri...

Wallahua'alam.

Friday, July 17, 2009

Nik Aziz: Gaya Kepimpinan "Nabi"???


Siapa tidak kenal dengan Nik Aziz. Individu yang digelar "Tok Guru" atau "Tuan Guru" oleh ramai pengikut ajaran PAS dan Pakatan "Riot" umumnya. Nik Aziz berlatar belakangkan pendidikan agama dari India, Pakistan dan Mesir. Menjadi ahli PAS pada 1967 dan menjadi MB Kelantan sejak 1990 hingga kini. "Tok Guru" PAS ini berumur 78 tahun, dan mentadbir Kelantan sebagai MB Kelantan lebih dari 18 tahun. Sepanjang perjalanan karier politiknya, "Tok Guru" PAS ini kononnya membawa kepimpinan "ulama" atau kepimpinan "nabi"? Mungkin itulah yang cuba digambarkan oleh penulis buku di atas!

Apakah benar Nik Aziz membawa pendekatan gaya kepimpinan "nabi"? Atas ukuran apakah penulis buku tersebut membuat perkiraan? Tidak dinafikan bahawa Nik Aziz adalah satu-satunya MB yang ber"jubah" dan ber"serban". Tapi, apakah cara pemakaiannya yang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W itu sudah cukup untuk menilai bahawa Nik Aziz mencerminkan kepimpinan "nabi"? Apakah dia juga "maksum" dalam setiap akhlak dan muamalahnya selama mana dia memimpin rakyat Kelantan dan PAS? Sedangkan begitu banyak konstroversi yang mampu memecah belahkan aqidah dan perpaduan umat Islam di Malaysia, apakah itu gaya kepimpinan "nabi" dahulu? Bolehkah ditafsirkan sedemikian?

Nik Aziz pernah menghalalkan "carutan" Shanon Ahmad yang menulis buku "Shit!". Nik Aziz begitu membela Shanon yang begitu banyak "mencarut" dalam bukunya. Sehinggakan Nik Aziz "sanggup" mengatakan bahawa "Allah juga mencarut", "Allah juga gedebe" dan sebagainya. Inikah gaya kepimpinan "nabi" yang penulis ini maksudkan?

Nik Aziz pernah dahulu mengkafirkan ahli-ahli UMNO kerana "berkawan" dengan orang bukan Islam di dalam pakatan Barisan Nasional. Katanya "haram". Sedangkan Nik Aziz sendiri tahu apa bezanya kafir "zimmi" dan kafir "harbi". MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN tidak pernah menolak Islam sepanjang pentadbiran BN sebagai sebuah Kerajaan. Namun kerana "gila kuasa", Nik Aziz sanggup "menelan kembali ludah"nya.

Demi untuk "menghalalkan" tindakan PAS bergabung bersama DAP dan PKR, Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan "berkawan dengan syaitan pun tak apa"! Sudahlah kafir yang dikawannya itu kafir "harbi" yang terang-terangan menolak Islam, sanggup pula dia menggalakkan "berkawan dengan syaitan"? Karpal pernah berkata "over my dead body" ketika usul untuk mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. Tapi, Nik Aziz mahu juga "berpeluk" dengan DAP yang sangat bertentangan dengan matlamat PAS itu? Itukah individu yang digelar "Tok Guru", "ulama" dan gaya kepimpinan "nabi"? Layakkah dia?

Sudah 18 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan sebagai MB. Pada awal pemerintahannya, jika ditanya tentang pembangunan di Kelantan, Nik Aziz begitu kuat menyelar Kerajaan Pusat yang kononnya tidak memberikan peruntukan yang mencukupi. Anwar Al-Juburi sebagai Menteri Kewangan ketika itu pernah membentangkan belanjawan kepada Kelantan dan meminta Kelantan supaya "bijak berjimat cermat". Namun, selepas 18 tahun memerintah, takkan sedikit pun tiada pembangunan? Pernahkah Kerajaan Kelantan membina masjid? Yang banyak dibinanya hanyalah Patung Berhala Siam dan Nik Aziz sendiri rela hati memberikan sebahagian peruntukan kepada pembinaan Patung Siam terbesar di Asia Tenggara tersebut? Begitulah Mursyidul Am PAS yang membela Islam di Kelantan.

Konstroversi yang terbaru yang dilakukan oleh Nik Aziz ialah pada Muktamar PAS baru-baru ini. Persiden PAS dan Timbalan Presiden PAS yang dipilih oleh seluruh ahli-ahli PAS secara demokrasi mencadangkan agar PAS dan UMNO duduk semeja untuk berbincang mengenai "Kerajaan Perpaduan". Dengan bongkaknya, Nik Aziz yang kalah pencalonan Presiden PAS itu menempelak Presiden PAS, Timbalannya dan sebahagian pemimpin PAS yang menyokong "Kerajaan Perpaduan" sebagai "Boneka UMNO". Bayangkan, sebuah usul yang sangat murni oleh Presiden PAS untuk mencari titik pertemuan penyatuan umat Islam di Malaysia, telah ditentang habis-habisan oleh Nik Aziz! Kepimpinan "nabi" jenis apakah yang menentang penyatuan umat Islam di Malaysia? Hatta Ustaz Nasha pun di"halau" keluar dari PAS dan Nik Aziz sendiri tidak mahu "melihat" wajah Nasha ketika bersalaman. Inikah akhlak seorang pemimpin gaya "nabi"?

Astaghfirullahil'azim. Paling menyedihkan Nik Aziz pernah "memfitnah" Rasulullah S.A.W mempraktikkan "kronisme" ketika Baginda memerintah kerajaan Islam dahulu. Apakah ketika itu sudah wujud amalan "demokrasi" dan pilihanraya sebagaimana sekarang? Wujudkah "Harakah" yang berkempen siang dan malam? Apakah dengan terlantik Amirul Mukminin secara sistem Khalifiyyah itu mencerminkan Rasulullah mengamalkan "kronisme" sebagaimana yang di dakwa Nik Aziz? Sanggup Nik Aziz berkata demikian? Tahukah Nik Aziz tentang erti dan bagaimana yang disifatkan sebagai amalan "kronisme" yang digembar-gemburkan oleh Anwar sebelum ini?

Amat sedih sekali Nik Aziz ini. Namun, inilah individu yang diangkat penulis buku di atas sebagai mencerminkan gaya kepimpinan "nabi". Bukan saya menafikan pendapat penulis mahupun kreadibiliti Nik Aziz, namun...layakkah Nik Aziz diangkat sebegitu? Anda fikir-fikirkan lah...

Thursday, July 16, 2009

Azizan Bawa Pelaburan RM35.7 Billion ke Kedah?


Semalam 15hb. Julai, Ustaz Azizan Razak telah menghadiri satu majlis sebagai saksi termetranya satu perjanjian sebuah projek mega di Kedah. Pihak pelabur dan Merapoh Resources Corporation telah menandatangani satu perjanjian projek hub penapisan minyak terbesar di Malaysia. Merapoh Oil Refinery yang akan dibina di daerah Yan itu bakal menyaksikan pelaburan berjumlah RM35.7 billion! Hebat sekali projek ini. Yang pentingnya, perjanjian projek ini di"saksi"kan oleh Ustaz Azizan sebagai MB Kedah. Dikhabarkan bahawa projek ini akan menjana ekonomi Kedah, meningkatkan taraf hidup rakyat selain menawarkan ruang perkerjaan kepada anak-anak Kedah.

Segak sungguh Azizan ber"kot" ber"songkok" ketika majlis itu. Tentu rakyat Kedah berasa bangga dengan Azizan Razak. Apa tidaknya, Azizan menjadi "saksi" kepada projek & pelaburan RM35.7 billion. Mungkin Azizan jugalah yang bertanggungjawab membawa pelaburan semewah itu ke Kedah. Begitu juga dengan laporan akhbar dan media internet pro PAS, seakan-akan Azizanlah individu yang berjaya mencari pelaburan berbillion ringgit ke Kedah. Jadi "hero" lagi Azizan nampaknya dimata mereka...

Sedar tidak sedar, itulah permainan "politaik" media internet dan akhbar Pakatan Rakyat. Kononnya, rakyat Kedah akan mudah tertipu dengan berita-berita seperti ini. Memanglah tidak disebut disitu bahawa Azizan bukanlah insan yang menarik pelaburan berbillion ini di Kedah. Namun, tajuk-tajuk berita itu bagaikan merekalah "champion" sebenar! Padahal, setiap kali BN nak buat projek, merekalah yang pertamanya yang akan membangkang! Elok ke tidak projek itu untuk rakyat, belakang cerita. Bangkang tetap bangkang! Apa yang dibangkang pun "depa" tak paham!

Azizan sebelum ini banyak dikritik kerana didakwa gagal menarik pelaburan ke Kedah. Berikutan kemelesetan ekonomi global dan kurangnya pelaburan di Kedah, banyak kilang-kilang ditutup. Begitu juga dengan pekerja yang diberhentikan dan kurangnya peluang pekerjaan di Kedah semakin ketara. Namun, setelah projek sebegini yang asalnya dicetus dan dimulakan oleh kerajaan BN sebelum ini terlaksana, maka ekonomi Kedah semakin pulih. Peluang perkerjaan juga meningkat mendadak. Dan rakyat akan "membuka mata", memuji Kerajaan PAS Kedah yang "berjasa". Padahal, "lembu punya susu, sapi dapat nama"!

Tak mengapa lahhhh! Sudah dasar rasmi Pakatan Roit begitu. Sebetulnya, hanya SATU (1) sahaja projek yang bagus, yang telah berjaya diusahakan oleh Kerajaan PAS Kedah iaitu projek "BABI" yang bakal mengambil tempat di Kg. Sg. Tok Pawang. Itu pun jika tiada bantahan dari golongan India yang tinggal disitu. Projek pertama yang bakal dijayakan PAS ialah projek "BABI"? Hehhehhe...itulah! Bila orang kata Pakatan Rakyat suka "binatang haram" tu, "hangpa" nak marah! Dah terbukti begitu. Nak kata macam mana lagi?

Sedarlah rakyat Kedah. Kerajaan PAS sehingga sekarang belum menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun sedah lebih setahun memerintah Kedah. Hatta manifesto PRU12 juga telah di"jamban"kan oleh Exco-Exco dan MB Kedah itu. Kerajaan PAS Kedah ini hanya meneruskan "kesinambungan" kemakmuran dan pembangunan yang telah direncanakan oleh kepimpinan BN yang terdahulu. Harap-harap "depa" tak "claim"lah bahawa mereka yang membawa "pelaburan berbillion" ke Kedah selepas ini!
Gambar: ehsan blog "pro PAS".

Wednesday, July 15, 2009

Dah menang pun nak buat "post mortem"?


Saya tertarik untuk menulis tentang perihal "post mortem" kali ini. Pada ucapan ayahanda Tun Dr. Mahathir di tingkat 8 Bangunan Tunku baru-baru ini, tokoh negarawan dan nasionalis ulung itu ada memberikan gambaran jelas tentang "post mortem" sama ada dari segi perubatan mahupun di bidang politik. "Post Mortem" menurut Tun M, jika diterjemahkan ke bahasa Melayu adalah "bedah siasat". "Bedah siasat" pula selalunya dilakukan kepada "tubuh-tubuh" yang sudah mati atau lebih dikenali sebagai mayat. Tujuan "post mortem" itu dilakukan ialah untuk mengenal pasti "punca" kematian "tubuh" tersebut.

Oleh itu, Tun M mengesyorkan agar UMNO/BN Kedah yang kalah pada PRU12 yang lalu untuk melakukan "post mortem" seteliti mungkin agar dikenal pasti "punca" sebenar kekalahan. Sinisnya, Tun M menganggap bahawa kekalahan UMNO/BN di Kedah itu adalah "mati"nya kuasa UMNO/BN di Kedah. Apabila UMNO/BN "mati" di Kedah, maka eloklah di"bedah siasat" UMNO/BN itu agar di kenal pasti punca sebenar "kematian" UMNO/BN di Kedah. Normallah bila kalah, kita akan mengadakan "post mortem".

Tapi lain pula halnya PAS, PKR dan DAP. Pakatan Rakyat ini menang PRK Manek Urai semalam. Tapi selepas menang PRK, mereka sebok merancang untuk melakukan 'post mortem pada Ahad dan Sabtu ini. Dah menang pun nak buat "post mortem"? Hehehehhhe...sedang "sihat-sihat", mengapa pula "tubuh" itu di"bedah siasat"? Bukankah Husam dah kata bahawa kemerosotan undi untuk PAS akibat sabotaj UMNO yang menggunakan "wang". Benarkah dakwaan Husam itu? Atau Husam sekadar berselindung, enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sudah mula menghidu "bau busuk" di dalam PAS (terutama sekali pada "tubuh" Husam)? Bukankah alasan ini sering digunakan sekiranya PAS atau mana-mana pihak pembangkang kalah pilihanraya?

Itu belum lagi dikira dengan "hantu-hantu" yang mengundi di Manek Urai. Tak mahu pakai alasan "pengundi hantu"kah kali ini? Bagaimana pula dengan alasan "SPR tidak telus"? Bagaimana pula dengan alasan "tong undi dibuang dan dihanyutkan arus deras di sungai Manek Urai?". Hairan! Sudah menang pun nak buat "post mortem"? "Sakit" tang mana? Errr...PAS kalah ke di Manek Urai? Bukan PAS menang lebih 2000 undi ke macam yang Fatah cakap tu??? 2000 undi termasuk pengundi "hantu dan jin" yang di"import" Fatah??? Hehehhehe...

Tuesday, July 14, 2009

PRK Manek Urai: PAS Menang 'Lebih 2000 Undi'!!!


PRK Manek Urai sudah "melabuhkan tirai"nya hari ini. Sejak bermula dengan ADUN PAS, Ismail Yaakob meninggal dunia pada Mei lalu, Manek Urai mula menjadi tumpuan. DUN Manek Urai peninggalan Allahyarham Ismail bakal diwarisi oleh siapa? PAS bertekad akan memepertahankan kubu kuatnya di Manek Urai. Manakala BN/UMNO bingkas kembali ingin merampas kembali kerusi DUN Manek Urai yang pernah dimenanginya pada 2004 dahulu. Kubu kuat PAS ini agak sukar ditembusi BN/UMNO di atas sentimen "ketaksuban" kepada "Tok Guru".

Kempen bermula dengan aman. Tuan Aziz Tuan Mat, 39, menjadi pilihan UMNO untuk pencalonan di Manek Urai, manakala Mohd. Fauzi Abdullah dipilih PAS Kelantan untuk menjadi "ayam tambatan" pada PRK DUN Manek Urai ini. Tuan Aziz dilihat lebih berkebolehan berdasarkan latar belakangnya seorang graduan universiti tempatan dan bekas pengurus KeSedar berbanding Mohd. Fauzi yang merupakan peraih ikan yang berjaya. Namun realitinya itu bukanlah satu ukuran tepat untuk menjadi wakil rakyat DUN Manek Urai. Realitinya, seorang yang hanya berkelulusan SRP sekalipun jika kena gayanya mampu menjadi seorang wakil rakyat yang baik.

Bermula dengan kempen yang aman, suasana di Manek Urai dilihat tenang. Tiada serangan peribadi terhadap calon-calon bertanding. Ahmad Maslan turun ke padang. Sentuhan Ketua Penerangan UMNO ini dilihat berjaya mendekati rakyat akar umbi di Manek Urai. Ahmad Maslan meredah dari kampung ke kampung mendekati rakyat marhean. Bersama mendengar tazkirah di surau dan bersarapan di warung kampung. Ahmad Maslan mewartakan bahawa Manek Urai bakal menjadi "anak emas" Kerajaan Pusat sekiranya diberikan mandat mewakili DUN Manek Urai. Muhyiddin Yassin pula menjanjikan sebuah jambatan jutaan ringgit sebagai tanda terima kasih kerajaan kepada rakyat Manek Urai.

Calon PAS tidak dilihat mempunyai "wow factor" untuk mewarisi DUN Manek Urai dari Allahyarham Ismail. PAS hanya berpaksikan kepada Nik Aziz semata-mata sebagai kekuatan untuk meraih undi. Maka isu Kerajaan Perpaduan di"palu" di DUN Manek Urai. Benarlah bahawa Nik Aziz berjaya menggagalkan usaha penyatuan umat Islam di Malaysia. Hatta Presiden pun ditempelaknya. Apatah lagi Timbalan Presiden PAS, di"halau"nya Nasharudin keluar dari PAS! Begitulah Nik Aziz. Nik Aziz telah menampakkan "tanduk"nya. Apatah lagi Nik Aziz juga disokong kuat oleh Anwar. Anwar kononnya mendakwa "tidak boleh mengkritik Nik Aziz, seorang ulama tersohor"! Maksumkah Nik Aziz sehingga tidak boleh dikritik? Sedangkan Nik Aziz sendiri mengkritik Presiden PAS yang juga merupakan "tok guru", mengapa pula "berdosa" mengkritik Nik Aziz? Karekter Nik Aziz sudah tercemar! Dia bukan lagi seorang tokoh ulama, selayaknya dia hanya layak bergelar politikus yang memperalatkan Islam untuk kepentingan politiknya!

"Pembangunan" juga menjadi isu utama di Manek Urai. Manek Urai ketika ini masih lagi menikmati bekalan air dari Perbadanan Menteri Besar, dibawah selian Air Kelantan Sdn. Bhd. Namun, kualiti air di Manek Urai amatlah menyedihkan. Keruh belaka! Lebih dari 18 tahun, begitukah prestasi Nik Aziz memerintah? Jika di"KPI"kan prestasinya oleh Najib, nescaya dia bakal digugurkan seberapa segera! Begitu juga isu "royalti minyak" yang sengaja "diada-adakan" oleh Husam dan pemimpin politik Kelantan. Isu ini sudah dijawab diparlimen oleh menteri yang berkenaan. Perairan itu berada dikawasan "perairan tuntutan bertindih" di mana hasilnya disalurkan kepada Kerajaan Pusat ketiga-tiga negara yang menuntut hak kawasan terbabit. Bukankah itu tertakluk di dalam akta perundangan antarabangsa. Tak faham-faham lagikah?

Namun, "perang mulut" antara UMNO dan PAS masih lagi terkawal. Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Kempen di kedua-dua belah pihak berjalan lancar sehinggalah ke hari pengundian. Ya, hari ini. Sejak awal pagi, perbagai media melaporkan perkembangan pengundian Manek Urai. RTM, TV3, TV PAS dan media internet seperti blog dan portal juga mengambil bahagian menyiarkan berita terkini. Tiba-tiba keadaan aman damai PRK Manek Urai tercalar juga dengan "insiden" di Kg. Peria. Kira-kira 300 orang penyokong-penyokong UMNO dan PAS bergaduh! Akibatnya 2 orang Puteri UMNO terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan akibat patah gigi dan pengsan! "Dibaling batu dan botol air" katanya. Tapi menurut seorang forumer pro PAS di myKMU.net, kes "baling batu" itu palsu dan diada-adakan! Kemudian heboh pula dengan pendedahan "rumah kayu" yang mengedarkan sejumlah wang sebagai "transport allowance" kepada pengundi-pengundi yang pulang mengundi dari jauh! Jerit pikuk, kata mengata dan kutuk mengutuk saling bergema dari kedua belah pihak. Sama ada yang kononnya "mewakili" Islam mahupun Melayu. Begitulah sehingga "tong" di pusat undian tersebut ditutup!

Lewat maghrib, dilaporkan Mohd. Fauzi melangkah "lemah" keluar dari pusat pengiraan undi. Namun, Fauzi di"pujuk" oleh beberapa penyokongnya. Khabarnya kertas undi telah diulang kira beberapa kali. Akhirnya keputusan PRK Manek Urai sudah terjawab. PAS masih lagi menguasai DUN Manek Urai, walaupun hanya dengan majoriti 65 undi. PAS masih lagi "mendabik dada" di Manek Urai walaupun "kehilangan" 398 undi. Pada pilihanraya Mac 2008, PAS menang di Manek Urai dengan 5746 undi berbanding hari ini yang hanya memenangi 5348 undi.

PAS hilang majoriti yang banyak! Nampaknya UMNO telah di"suntik" kemenangan "moral" pada PRK Manek Urai kali ini. PAS masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa rakyat keseluruhannya semakin "meluat" dengannya. Husam mendakwa bahawa majoriti tipis PAS itu akibat "penggunaan wang" oleh UMNO. Benarkah begitu? Jika benar, sila buktikan. Setahu kami, Nik Aziz meng"halal"kan wang tersebut asalkan tidak mengundi pihak yang "memberi". Bukankah ada dakwaan bahawa PAS juga meng"hulur"kan wang "sedekah" sebanyak RM150 seorang? Kenapa pula wang elaun perjalanan menjadi persoalan kurangnya undi terhadap PAS? Terimalah hakikat wahai Husam, bahawa UMNO semakin mendapat tempat dihati rakyat. Bagi saya inilah bukti kebangkitan UMNO selepas 100 hari Dato' Seri Najib memerintah!

Pesanan DS Najib: Berkesankah kepada UMNO Kedah?


Lawatan Najib semalam mencetus pelbagai pertanyaan kepada sebilangan pemimpin UMNO Kedah. Pada awal lawatannya, Dato' Seri Najib dilaporkan beberapa kali melontarkan "ayat-ayat sinis" kepada Tan Sri-Tan Sri, Dato' Seri-Dato' Seri, Dato'-Dato' dan beberapa golongan "elite" di Kedah. Beliau membidas segelintir dari mereka yang "mendapat tawaran saham awam awal" atau IPO, dan kemudiannya "menjual" pula saham awam tersebut kepada pihak-pihak berkenaan. Seolah-olah tidak menghargai "amanah" yang diberikan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, Najib bertegas untuk menarik balik "keistimewaan" yang telah di"salahguna"kan oleh pihak-pihak tertentu itu. Selain itu, Najib juga akan mencari jalan yang "lebih berkesan" untuk membantu rakyat secara "direct".

Pada malamnya pula, Dato' Seri Najib diraikan dengan "jamuan makan malam" di Alor Setar dengan dihadiri oleh 1500 pemimpin dan jawantankuasa UMNO seluruh negeri Kedah. Menurut sumber dari "mereka" yang hadir pada malam tersebut, Najib sekali lagi melancarkan "roket" kepada beberapa wakil rakyat UMNO dan ketua-ketua bahagian. Teguran yang menyeru kepada "perubahan sikap" dan kerenah "kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat UMNO Kedah" itu telah menyebabkan para pemimpin UMNO Kedah yang duduk dibarisan hadapan majlis "berdiri", seakan "menyahut seruan" Perdana Menteri. Beberapa teguran "pedas" juga telah dilontarkan oleh Presiden UMNO itu. Najib meninggalkan Alor Setar dengan "pesanan-pesanan" yang wajib difikirkan oleh semua pemimpin UMNO Kedah, dan akar umbi yang masih terpinga-pinga mencari kekuatan perpaduan gelombang UMNO di Kedah.

Apakah yang diminda pemimpin-pemimpin UMNO kita di Kedah hari ini? Setelah Najib pulang semalam, apakah "pesanan-pesanan" PM itu akan "masuk" dan "kekal" di minda mereka. Atau "pesanan-pesanan" itu sekadar "masuk telinga kiri, keluar telinga kanan"? Saya percaya, ada beberapa pemimpin UMNO Kedah kini yang benar-benar insaf dan mahukan perubahan sebenar pada "wajah" UMNO Kedah. Lihatlah barisan AJK Perhubungan UMNO Negeri yang baru. Mereka-mereka yang dilantik kelihatan begitu bersih dan berkaliber berbanding barisan yang "lama". Barisan ini dikatakan agak mantap dengan gabungan muka lama dan baru yang bebas dari sebarang "skandal" mahupun salahguna kuasa. Nama-nama seperti Dato' Shafie' Afdal, Dato' Bashah, Dato' Ir. Nawawi, Dato' Jamil Khir dan Dato' Mukhriz, dan digandingkan pula dengan oleh tokoh-tokoh ulung UMNO seperti ayahanda Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Sanusi Joned, UMNO Kedah diharap dapat mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat kepada UMNO pada PRU13 yang akan datang.

Namun, itu tidak semudah yang kita sangkakan. Khabarnya, kepimpinan baru ini sedang kuat "dikritik" oleh segelintir "barisan lama". Menurut sumber "kedaikopi", "barisan lama" ini dikatakan aktif "melobi" untuk menjatuhkan kreadibiliti "barisan baru" UMNO Kedah. Mungkin "depa" tak puas hati dengan perlantikan baru ini berikutan nama-nama mereka "tercicir" di tengah jalan? Atau sememangnya "depa" ini harus digantikan dengan "orang baru" setelah "depa" mengotorkan nama UMNO ketika mereka memimpin UMNO Kedah dahulu? Jawapannya hanya ada pada "tuan yang empunya badan". Saya sendiri tidak pasti akan tujuan mereka berbuat demikian (jika benarlah sebagaimana dakwaan "ahli mesyuarat kedai kopi") terhadap "barisan kepimpinan baru" tersebut.

Dikala UMNO sedang di arus "pemulihan" di Kedah, saya amat kecewa jika dakwaan ini adalah benar. Nampaknya ada lagi "saki baki" perasaan mementingkan diri sendiri berbanding kepada kepentingan masa depan Islam, anak bangsa dan tanahair. Apakah "sesuai" dan "tepat" untuk UMNO Kedah dikepalai oleh "depa" yang bersikap sebegini? Dalam keadaan UMNO yang kini di arus transformasi, masih ada lagi sikap "akulah yang sepatutnya menjadi KETUA", "akulah yang paling HEBAT" dan "akulah yang paling JAGUH". Di mana "jaguh"nya jika sering "boros" berbelanja ketika berkuasa? Di mana "hebat"nya jika hanya "yes boss" dan "berani" mengkritik insan yang berjasa kepada UMNO dan rakyat selama lebih 22 tahun? Di mana "ketua"nya jika Kedah "dirampas" pembangkang di tangan mereka sendiri?

Saya dengan rendah diri, merayu kepada semua pemimpin UMNO Kedah tidak kira barisan lama atau baru, bersatulah kita! Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Berbincanglah demi UMNO dan bukan demi projek mengkayakan diri sendiri. Bangkitlah pemimpin UMNO ku! Kita raih kembali kegemilangan UMNO di Kedah. Perjuangan UMNO adalah demi Islam, anak bangsa dan tanahair, janganlah dikhianati amanah kepimpinan itu. Insaflah dengan kedudukan kita dimata rakyat. Dahulukanlah rakyat yang selama ini mengharap khidmat kita sebagai pemimpin mereka. Utamakanlah kehidupan rakyat dahulu sebelum kepentingan kehidupan kita. Kasihanilah masa depan anak bangsa yang kian terhakis. Saya tak mahu lihat Kedah senasib dengan Perak yang hancur ditangan Nizar, Ngeh dan Nga!


*Gambar : sumber ehsan dari "Depakata" dan "Perhubungan UMNO Negeri Kedah".

Monday, July 13, 2009

Hadiah Dato' Seri Najib kepada rakyat dan UMNO Kedah?


Hari ni "depa kata" Dato' Seri Najib Tun Razak akan "turun" mai Kedah. Sempena 100 hati sebagai PM, Dato' Seri Najib dah umum 11 "hadiah" untuk rakyat Malaysia. Hari ni depa ada jemput saya pi perjumpaan dengan Presiden UMNO tu, namun apakan daya, saya tak dapat hadir kerana saya terpaksa bekerja dan perlu jaga periuk nasi saya jugak! Hehehheh...nampaknya saya hanya mampu mewakilkan salam saya ke majlis tersebut. InsyaAllah, saya akan cuba hadir dilain masa. Dengar kata rakyat dan UMNO Kedah juga akan dikurniakan "hadiah" dari Dato' Seri Najib. Berikut adalah sebilangan "hadiah" yang tidak seberapa, yang disyorkan untuk dijadikan "hadiah" dari Dato' Seri Najib kepada rakyat dan UMNO Kedah:

Hadiah Pertama : Sebatang "rotan" utk tibai mana2 pemimpin UMNO yang dok "ketegaq" tak mau "berubah2" jugak....

Hadiah Kedua : Surat "cinta" utk mana2 pemimpin Kedah yang terbabit dgn "salah laku terlampau", "cantaih mencantaih", "skandal terlampau", "menjejaskan imej UMNO" dan lain-lain kesalahan...

Hadiah Ketiga: Lantik Tun sebagai penasihat AJK Perhubungan Negeri Kedah seumur hidup!

Hadiah Ke-empat: Lantik "pengawas sulit" sebagai think tank yang akan memberikan report perkembangan UMNO Kedah kepadanya secara "telus" macam "suatu masa dahulu"...

Hadiah Kelima: Mengumumkan jawatan kuasa bebas utk buat "bedah siasat" mengapa "Kedah Kalah PRU12".

Hadiah Keenam: Mengingatkan kepada pemimpin Kedah untuk "menawan" hati rakyat Kedah dengan kaedah-kaedah baru yang lebih berkesan..."budget" cari sendiri...hehehhe..kalau nak bantu pun, bantu sikit-sikit jaaa..

Kepada sesiapa yang ingin menambah cadangan "hadiah" amatlah dialu-alukan. Siapalah yang tak mau "hadiah", kan? Tapi kena cepat la...nanti Dato' Seri Najib balik, dah "tak dan" dah nak serah hadiah....hehehhehe...


p/s: UMNO Kedah jangan marah noooo...nanti "kena juai"...hehehhehe...peace! (esok ada la yang tak mau lulus permohonan tukaq cawangan aku ni...)...hehehhhehe...

Sunday, July 12, 2009

Kes Babi: Respon "Positif" Kg Tok Pawang, Bedong Kedah.

Setelah "gagal" dalam usaha memindahkan pusat "cucuk" babi ke Kg. Cina di Pendang, Kerajaan Negeri Kedah bercadang untuk beralih arah memindahkan pusat "cucuk" H1N1 itu ke Kg. Tok Pawang di Bedong. Kedah. Menurut sumber, cadangan pemindahan premis tersebut ke Kg. Tok Pawang telah dicadangkan oleh Persatuan Perternak dan Peniaga Babi Kedah. Setelah mendapat bantahan dari penduduk Pendang khususnya dari pihak UMNO Pendang, Kerajaan Negeri nampaknya amat mengharap agar kawasan pemindahan kedua ini tidak akan mendapat sebarang "bantahan" dari mana-mana pihak.

Untuk makluman umum, Kg. Tok Pawang terletak diantara Gurun dan Bedong. Majoriti penduduk kawasan tersebut didiami oleh kaum India, Melayu dan sedikit kaum Cina. Kawasan Kg. Tok Pawang juga meliputi estet-estet dan ladang kelapa sawit. Juga terdapat sebuah sekolah SR(J)K Tamil disitu. Geografinya adalah "tanah bukit" kata orang kampung. Kawasan ini dicadangkan oleh Persatuan Perternak dan Peniaga Babi Kedah berikutan ada beberapa kandang babi "kecil-kecilan" yang telah dibuka dikawasan tersebut. Kawasan yang dicadangkan pula agak terpencil ke dalam estet-estet tersebut. Pusat "cucuk" babi tersebut akan dibina dengan konsep "moden" dan "mesra alam", begitulah "jaminan" dari pihak MB Kedah.

Tahniahlah penduduk Kg. Tok Pawang! Khabarnya pemindahan premis "cucuk" babi tersebut ke kawasan tersebut "amat dinanti-nantikan" oleh penduduk Kg. Tok Pawang. Penduduk setempat yang rata-ratanya kaum India juga dikhabarkan akan "menyambut baik" projek modenisasi ke kampung mereka dengan sepanduk-sepanduk, "mengalu-alukan" cadangan Kerajaan PAS Negeri Kedah tersebut. Menurut khabar, penduduk Kg. Tok Pawang juga adalah "immune" dari sebarang penyakit sama ada JE, H1N1 dan sebagainya. Malah, dengar kata, ada yang akan mengambil beberapa ekor dari haiwan "comel" tersebut sebagai "pet" tempat mereka "mengadu nasib" ketika duka. Biar betul depa ni?

Begitulah "sayang"nya penduduk Kg. Tok Pawang kepada haiwan ini. Mereka "setuju bangat!" dengan cadangan MB Kedah tersebut. Maklumlah...majoriti 80% penduduk Kedah mungkin pemakan dan penggemar "daging babi". Kg. Tok Pawang mungkin berpotensi menjadi menjadi pusat pengedar daging babi terbesar di utara, kemudian diperingkat nasional dan mungkin asia tenggara, malah tidak musatahil ke seluruh dunia. Maka, dikala itu akan "harum"lah nama negeri Kedah. Kedah akan menjadi sebutan seluruh pelosok dunia. Ketika itu mungkin Kedah akan lebih dikenali sebagai Kedah "Jelapang Babi", dan gelaran "Jelapang Padi" akan tenggelam sedikit demi sedikit.

Friday, July 10, 2009

Guan Eng "Hina" Calon PAS Manek Urai?


Semua jentera BN sama ada penceramah, peraih undi mahupun petugas gantung poster adalah dilarang sama sekali untuk mengutuk peribadi calon PAS di Manek Urai. Nampaknya semua jentera UMNO di Manek Urai begitu patuh kepada arahan tersebut. Syabas diucapkan atas sikap profesional tersebut. Namun, lain halnya pula Lim Guan Eng di pihak Pakatan Rakyat. Di depan orang-orang PAS di Manek Urai, "khalifah palsu" dari Penang ini begitu memuji calon PAS. Namun, dibelakangnya...Guan Eng tidak segan silu memberitahu bahawa "calon PAS kali ini lemah...tak boleh menulis" katanya!

Kempen Manek Urai difahamkan tidaklah sehangat PRK di Bukit Gantang mahupun di Bukit Selambau. Kempen berjalan "lembab" oleh kedua-dua belah pihak. Peluang dilihat masih 50-50. BN dengan kelemahan krisis kempen yang masih lagi "caca merba" akibat kemelut "strategi". Namun, calon BN dilihat mempunyai beberapa kelebihan yang tertentu, cuma publisitinya belum kelihatan "menyinar" lagi. Manakala calon PAS, publisitinya juga "malap" berikutan hal ehwal "peribadi"nya sebagaimana yang di dakwa Lim Guan Eng. Isu-isu di kedua belah pihak lebih tertumpu tentang isu-isu setempat, semasa dan nasional. UMNO bidas PAS tentang "kerajaan perpaduan, PAS serang UMNO tentang "1Malaysia" yang tidak difahami rakyat. Pi mai pi mai tang tu jugak.

Pada saya, peluang masih lagi 50-50 juga. Kalau tanya UMNO, depa akan kata "UMNO ada peluang cerah!". Kalau tanya puak PAS, depa akan kata "PAS ada peluang menang!". Baik tak payah tanya...hehhehhe. Kita tunggu dan lihat. Bagi saya, semuanya tertakluk kepada faktor calon dan dasar parti yang bertanding. Calon UMNO dilihat sebagai individu yang berjaya, calon PAS pun adalah peraih ikan dan hasil laut yang terkemuka di Kelantan. Bezanya hanya calon UMNO tahu membaca dan calon PAS dikatakan tidak mampu membaca?. Sebetulnya, saya tak percaya pun dakwaan Lim Guan Eng bahawa calon PAS itu tak tahu membaca. Jika calon PAS "buta huruf", bagaimana dia nak "sign agreement" perniagaan atau mengisi borang-borang SPR? Takkan main "sign" saja? Bagi saya, dakwaan Lim Guan Eng itu berniat "jahat" terhadap PAS. "Main tikam belakang" sebagaimana Anwar jugak!

Apa pun, kita tunggu dan lihat. Apakah BN mampu menang pada PRK kali ini. Jika menang, ianya mampu menjadi "batu loncatan" kepada PRK yang bakal diadakan di Kelana Jaya kelak. Kalau kalah jugak, Kelana Jaya pun mungkin hancusss! Pengundi Kelana Jaya bukan boleh harap sangat cara pemikirannya. Orang macam Low Gwo Burne tu pun boleh menang? Entah apa jasa Gwo-Burne kat depa...aku pun tak tau! Hehehhe...

Thursday, July 9, 2009

Selepas Manek Urai, Kelana Jaya pula?


Nampaknya sepanjang tahun pentas politik negara akan terus panas! Dengaq kata selepas Manek Urai, giliran Kelana Jaya pulak! Ada sumber memberitahu Ahli Parlimen Kelana Jaya dah "tak minat" nak jadi YB dan akan meletak jawatan. "Tak minat"? Hehehhe..nampaknya satu lagi alasan dari "tangan ghaib" PR untuk meneruskan gelombang PRK. Loh Gwo Burne, mamat yang bertanggungjawab dengan rakaman "video Linggam" nampaknya akan meletak jawatan. Secara automatik pulak, aku dengaq bahawa calon yang akan gantikan tempat dia ialah bekas menteri yang suka "tuang" tugas di Parlimen. Siapa lagi kalau bukan Zaid Ibrahim! Katanya, Zaid Ibrahim dipilih khas oleh Brader Anwar untuk mengisi kekosongan di Kelana Jaya.

Disini aku CnP kan perihal Zaid Ibrahim yang akan bertanding kat Kelana Jaya...di petik dari Malaysianinstinct.com...


Siapa Zaid Ibrahim? Zaid Ibrahim dilahirkan di Kelantan. Dia menjadi ahli UMNO pada tahun 2000 dan menjadi ketua bahagian Kota Baru pada tahun berikutnya. Dalam masa setahun dia berjaya menjadi ketua bahagian UMNO? Hairan! Sungguh hebat Zaid Ibrahim ini. Cepat sungguh diangkat oleh ahli-ahli UMNO Kota Baru untuk menjadi ketua mereka. Apa jasanya pada rakyat Kota Baru sepanjang dia menjadi ketua bahagian? Menurut sumber dari Kelantan, jarang-jarang sekali Zaid pulang ke bahagian yang diketuainya. Tidak pula diambil peduli tentang anak-anak buahnya. Dengan alasan “sebok”, Zaid melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua bahagian Kota Baru. Urusan firma guamannya lebih penting dari bertanya khabar tentang perjuangan nasib anak bangsa Kota Baru!

Atas rasa percaya dan jasa UMNO kepada Zaid, dia telah dilantik menjadi calon Kota Baru pada pilihanraya umum 2004. Berkat sokongan ahli UMNO Kota Baru dan usaha kuat jentera BN, Zaid dinobatkan sebagai ahli parlimen Kota Baru, walaupun beliau hanyalah layak digelar calon “bidan terjun”! Zaid hanya di”beri muka” oleh UMNO Kota Baru dan UMNO Pusat untuk menjadi calon. Sebetulnya, ramai lagi calon yang lebih layak selain Zaid Ibrahim. Jika tidak di”pujuk rayu” dan “bodek” oleh Zaid Ibrahim kepada individu tertentu ketika itu, jangan haraplah dia terpilih menjadi calon ketika itu! Itulah Zaid Ibrahim yang “naik tocang” hasil ehsan UMNO suatu ketika dahulu.

Setelah menjadi ahli Parlimen Kota Baru, Zaid mula menunjukkan dirinya yang sebenar. Kerusi parlimen yang dimilikinya jarang-jarang sekali dikunjungi. Agaknya, jalan ke parlimen pun dia lupa! Zaid banyak menghabiskan masanya melobi firma guamannya mendambakan projek-projek perundangan dari Kerajaan. Dia berjaya membolot sebahagian besar kontrak-kontrak perundangan dan guaman dari kerajaan, GLC dan sebagainya. Ketika itulah nama firmanya tersohor di ibunegara. Siapa tidak kenal dengan firma Zaid Ibrahim & Co., sebuah firma guaman terbesar di ibunegara dengan 140 peguam dibawahnya? Begitu gah sekali firma guamannya! Namun, bagaimana pula dengan nasib rakyat di parlimen Kota Baru? Tersohorkah rakyat-rakyat yang menjadi tanggungjawab Zaid untuk diperjuangkan? Hakikatnya, nasib penduduk Kota Baru masih lagi ditakuk lama. Pasar Siti Khadijah masih lagi kotor dengan sampah sarap dan berbau busuk, sebusuk “agenda cilik” Zaid Ibrahim memperbodohkan mereka!

Kerana buruknya prestasi Zaid di Kota Baru sebagai ahli parlimen, dia tidak dipilih sebagai calon pilihanraya 2008. Walaupun BN mengalami “tsunami” politik ketika itu, BN tetap bertahan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Berikutan sistem perundangan di Malaysia terancam dan dipersoalkan, Zaid yang terkenal mempunyai latar belakang undang-undang itu telah dilantik khas untuk menjadi menteri penuh, bertugas sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab tentang hal ehwal perundangan dan sistem kehakiman negara. “Menteri Undang-Undang” kata orang. Dengan harapan agar Zaid dapat memperbetulkan tanggapan buruk rakyat terhadap institusi kehakiman dan perundangan negara.

Lain yang diharap, lain pula yang Zaid buat! Zaid memulakan tugasnya dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat rakaman “tukang karut” Loh Gwo Burne. Hasilnya, institusi kehakiman dan perundangan telah dipersoalkan dan tercemar sekali lagi. Hasil siasatannya tidak memberikan impak besar, melainkan konstroversi pada badan kehakiman dan kaedah lantikan hakim-hakim mahkamah. Zaid ternyata telah memburukkan keadaan institusi kehakiman dan perundangan dibawah seliaannya. Kononnya dia “memperbetulkan apa yang tidak betul”. Padahal tiada apa pun yang tidak betul, melainkan dia yang tidak betul belaka. “Bagai tikus yang memperbaiki labu” itulah Zaid yang berlagak “pandai”!

Seterusnya, Zaid sekali lagi “membuat kecoh”! Diungkitnya kembali kisah krisis pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988. Begitu juga diungkit kembali kisah lima lagi hakim-hakim mahkamah Persekutuan yang bertindak sebagai tribunal khas kes pertuduhan salah laku Tun Salleh Abas. Zaid memepertahankan dakwaannya bahawa Tun Salleh Abas dan dua lagi hakim iaitu Wan Sulaiman dan Goerge Seah sebagai tidak bersalah. Padahal dakwaannya itu tidak berasas dan meragukan banyak pihak. Namun, kerajaan dengan “ehsan” dan rasa tanggungjawab telah bersetuju memberikan “ganjaran saguhati” atau “ex-gratia” kepada beberapa bekas hakim tersebut. Sekali lagi Zaid memberikan imej buruk kepada kerajaan Malaysia. Padahal dia sendiri berada dalam “kem” kerajaan! Kononnya telus!

Akibat “ketelusan”nya itu, Zaid beberapa kali didesak untuk mengumumkan jumlah bayaran “ex-gratia” kepada beberapa hakim tersebut. Dengan alasan kukuh bahawa pemeberian “ex-gratia” tersebut behubungkait dengan wang rakyat, YB Fuad Zarkashi dan beberapa ahli parlimen lain telah mendesak agar Zaid memberitahu tentang jumlah pemberian “ex-gratia” tersebut. Zaid dengan angkuhnya enggan memberitahu umum tentang jumlah wang negara yang dibayar dan tanpa rasa bersalah sanggup bertikam lidah dengan rakan ahli parlimen yang lain. Bagi Zaid, bekas-bekas hakim tersebut lebih penting dari berjuta rakyat Malaysia yang turut sama membayar cukai! “Bekas hakim diutamakan, rakyat dibelakangkan”, mungkin itulah “motto” hidupnya ketika itu.

Akhirnya, Zaid meletak jawatan. Baguslah begitu. Dia sedar sendiri bahawa dirinya umpama “api di dalam sekam”. Eloklah dia berambus dari kabinet kerajaan! Rakyat sudah “jelek” dengan ragam Zaid. Tidak habis disitu, Zaid tanpa segan silu, duduk “sebaris” dengan kepimpinan pembangkang. Kononnya, dia ingin menunjukkan “protes” melalui tindakannya yang boleh duduk semeja dengan pembangkang. Padahal, dia sememangnya seorang anjing pengkhianat bangsa yang merosakkan negara melalui hatinya yang busuk. Zaid menyertai PKR! Siapa pun tidak terkejut. Sudah dijangka bahawa Zaid hanyalah “opportunis” yang bersifat “sesumpah”! Eloklah “sampah bangsa” ini masuk ke “tong sampah busuk” yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri!

Zaid kini bakal menjadi calon Kelana Jaya. Ramai warga ibukota yang kenal dan tahu dimana Zaid tinggal. Menurut sumber, rumah Zaid Ibrahim begitu hebat sekali. Ada “bar” untuk “minum-minum” dan “berseronok gumbira”! Parti sosial juga khabarnya sering berlangsung dirumahnya. Padanlah ramai yang merungut Zaid amat jarang ke Parlimen akibat “bangun lewat”. Mungkin letih berseronok semalaman. Dan ramai juga yang merungut bila bertemu dengannya. “Ada bau todi...” kata orang.

Jika begitulah sejarah seorang Zaid Ibrahim yang bermula dari Kota Baru, Kelantan yang terabai. Dari Parlimen Kota Baru yang tidak terbela. Dari Kabinet yang mencetus huru-hara dan beragenda sebagai “api dalam sekam”. Maka layaklah Zaid Ibrahim dinobatkan sebagai “pengkhianat bangsa” sebaris bersama Anwar Ibrahim. Eloklah Zaid menjadi calon di Kelana Jaya. Jika Zaid menang, “makan hati berulam jantung”lah penduduk Kelana Jaya. Jika Zaid kalah, lapanglah dada rakyat Kelana Jaya. Terserahlah kepada rakyat Kelana Jaya sama ada mahu menerima Zaid Ibrahim. Jika individu “seteruk” Loh Gwo-Burne boleh diterima, apatah lagi si Zaid “lidah bercabang”!!!

p/s: Si Zaid ni diantara "si Kitul" zaman millenium ni...!

Wednesday, July 8, 2009

Saya Cabar Pak Samad!


Bila sebut tentang PPSMI ni..saya teringat Pak Samad Said...seorang yang telah dinobatkan sebagai "pejuang bahasa Melayu". Beliau sangat cintakan Bahasa Melayu sehingga sanggup berdemonstrasi untuk mendesak Kerajaan Malaysia memansuhkan PPSMI. Pak Samad sanggup berdiri diatas pentas politik pembangkang dan menyeru supaya "jangan undi UMNO" demi sayangnya pada Bahasa Melayu dan menolak PPSMI. Dengan pengumuman Kerajaan Malaysia ini, maka legalah hati Pak Samad. Tapi...jangan lupa, SJK Cina dan Tamil juga akan menggunakan bahasa ibunda mereka untuk subjek sains dan matematik...

Jadi...sebagai pejuang bangsa, saya cabar Pak Samad Said untuk turun padang, sekali lagi berdemonstrasi mendesak agar subjek sains dan matematik di ajar menggunakan Bahasa Melayu di SJK Cina dan Tamil. Ini adalah demi mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia dan Pak Samad sebagai "pejuang bangsa" wajib berlaku adil dalam semua tindakan yang Pak Samad lakukan. Silakan Pak Samad berkempen, berdemo dan sebagainya. Desak Kerajaan Malaysia lagi. Jangan berhenti selagi matlamat ini tercapai. Sila laksanakan cabaran saya atau gugurkan saja gelaran "pejuang bahasa Melayu" pada Pak Samad dan gantikan dengan "pejuang Pakatan Rakyat" saja!
Bukanlah saya mahu ber"kurang" ajar dengan Pak Samad. Saya menghormati Pak Samad sebagai insan yang lebih tua dan diberikan kelebihan oleh Allah tentang perihal Bahasa Melayu. Tapi, berlaku adillah pada generasi akan datang...malulah nanti jika disumpah pula oleh anak cucu kita!

PPSMI & Sekolah Satu Aliran



PPSMI akan tamat pada 2012. Begitulah kata Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yasin. Ketetapan kabinet telah terpatri. Ber"gumbira"lah A. Samad Said. Kalau sebelum ini Pak Samad berkempen serata negara menyeru rakyat agar tidak mengundi UMNO hanya kerana PPSMI, maka mungkinkah Pak Samad kini akan beralih arah untuk menyeru rakyat untuk memilih UMNO semula? Pak Samad sebelum ini mengatakan bahawa dia tidak "mempolitik"kan isu PPSMI. Tapi bila sudah berada diatas pentas parti politik, berucap macam mana pun, "bau" politik itu tetap wujud! Jika dipolitikkan sekali pun pengumuman ini, rasanya pengumuman Timbalan Perdana Menteri ini tidak akan dapat memenangi "hati" yang telah dirasuk "syaitan" bernama Anwar Ibrahim. Berkesankah pemansuhan PPSMI ini di Manek Urai? Jadi jangan pula dikaitkan pengumuman ini dengan "politik" pula ya Pak Samad!

Secara peribadinya, aku agak terkilan dengan pengumuman sadis Tan Sri Muhyidin ini. Pengumuman ini bagai tamparan hebat kepada masa depan anak bangsa aku di masa depan. PPSMI amat "genius" secara dasarnya. Aku melihat bahawa PPSMI mampu membantu dan mempersiapkan anak bangsa ku menghadapi cabaran menggali ilmu di zaman yang amat memerlukan kemahiran berbahasa inggeris. Apatah lagi untuk ilmu sains dan matematik yang menggunakan terma-terma khas dan tertentu di dalamnya. Namun apakan daya, keputusan telah dibuat mengikut majoriti, secara demokrasi. Terpaksalah aku turuti. Bukan aku memain alunan muzik "yes boss". PPSMI juga dibangkang oleh pembangkang, bukan? Walaupun aku tidak setuju, namun aku tak punya kuasa. Namun, aku yakin ada hikmah di sebalik pengumuman ini.

Bagaimana pula dengan kempen "Sekolah Satu Aliran"? Konsep yang pernah diperkenalkan oleh Tun Abd. Razak, ayahanda kepada Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib. Demi menyemai kembali perpaduan yang semakin terancam, aku memohon kepada Allah agar membuka hati pemimpin-pemimpin ku untuk melaksanakan kembali Sekolah Satu Aliran di Malaysia. Selain menanda tangani petisyen, menyelitkan logo dan berkempen melalui blog serta beroda kepada Allah, itulah sahaja yang mampu aku lakukan. Aku menyeru kepada kawan-kawan, pak long, pak ngah, mak teh, abang tam, kak chik dan seluruh rakyat Malaysia...jadikanlah SEKOLAH SATU ALIRAN menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Wallhua'alam.

Al-Juburi Terlepas Lagi?


Di dalam kekalutan suasana mahkamah yang dibanjiri dengan "5 ribu" orang (kononnya laaa..padahal lebih kurang 100 orang je termasuk Al-Juburi dan lawyer-lawyer dia...). Anwar tersenyum sengih macam kerang busuk apabila berjaya "menciluk" lagi di Mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan lagi perbicaraan kes liwat "Pak Syiekh Al-Juburi" kepada 15 Julai, Rabu, minggu depan.

Tangguh lagi la keadilan untuk Saiful Bukhari tu...kesian pulak kat mamat ni...tunggu punya tunggu punya tunggu, "lawyer" tak timbul-timbul! Rupanya, penangguhan ini hanyalah disebabkan ketua peguam bela Sulaiman "Akhlaken" Abdullah, 61, sedang "gering" di hospital. Simpati la pulak kat Sulaiman ni...dah la dah tua, dibebankan pula dengan "high profile" case? Umur 61 tu dah kira tahap "pencen" dah tu. Umur lagu tu elok dok kat opis, jadi lawyer sign-sign agreement rumah ja. Jangan dibebankan "warga emas" dengan kes-kes macam ni. Bukan apa, takut-takut kalau kalah kes nanti, dia buleh kena "heart attack" pulak. tak ka haru...? Bagi la kat lawyer-lawyer muda...Ambiga kaa...Zaid Ibrahim kaaa...kan elok?

Nampaknya, keputusan hari ni "menyebelahi" Al-Juburi lagi. Mungkinkah kali ini Anwar dah "tak meluat" kat Mahkamah? Mahkamah Malaysia adalah paling adil dalam dunia? Ada lagi tak yang nak sebut "Mahkamah telah dibeli"? Kalau ada, silakan la sebut. Itupun kalau berani la. Hehehhehhe...Bagi mangsa yang mendakwa di"sodom", terpaksalah bersabar dengan keputusan hakim ni. Ada sapa-sapa dengaq Saiful kata "mahkamah telah dibeli"? Ermmm...musykil aku!

Pak Syeikh Al-Juburi dah terlepas kandang! Rasanya lepas ni Anwar akan pi Manek Urai. Semalam katanya lebih kurang 3000 orang yang kena "kelentong" oleh Anwar di Manek Urai. Hehhhehe...kesian kat penduduk Manek Urai, kena muhong bulat-bulat! "Perubahan" yang dijanjikan Al-Juburi tu tidak disedari akan menafikan hak-hak depa dan anak cucu depa kelak! Depa syok dengaq Pak Syiekh berceramah. Alaaa...macam "tukang karut" la...ramai yang dok nganga depan stage, seronok dengaq "tukang karut" dok mengarut! Hehehhe...elok la tu. Nanti bila dah kena "jual", baru menyesal!

p/s: PAS dah kena "jual", penduduk Manek Urai bila lagi? Hehehhe...

Tuesday, July 7, 2009

Manek Urai : Lagu mana nak menang ni?


Ketua Pemuda "setiakawan" dikhabarkan telah mendakwa "akan wujud swing vote dari Pemuda PAS kepada UMNO" di PRK Manek Urai kali ni...Katanya lagi, mungkin UMNO akan berjaya menang PRK di Kelantan, but it's quite tough! Itu jawapan yang "biasa"nya dijawab bila diajukan dengan soalan "Boleh menang ka?"..hehhehheh...Aku tersenyum sinis!


Betul ke ni? Ada ke Pemuda PAS nak swing vote ni? Ada laporan yang memberitahu aku bahawa 16 Pemuda UMNO telah swing ke PKR di Manek Urai! Agak berlawanan pula berita ini berbanding dengan dakwaan Ketua Pemuda "setiakawan" tu. Menurut sumber lagi, jentera UMNO kat Manek Urai nu dok tengah "huru hara". Katanya sebab "fulus" tak sampai-sampai dari langit! Laaa...pasai "fulus" pulak dahhhhh. Tak abih-abih pasai "fulus" ni. Aku sampai dah naik meluat dengan sentimen "fulus" ni...awat? Kalau takdak "fulus" tak buleh bergerak ka? Pejuang UMNO apa ke nama lagu tu???


Menurut sumber lagi, UMNO Kelantan dok komplain jugak pasai "commander" PRK Manek Urai ni. Katanya, "Commander" ni tak buleh terima cadangan atau teguran. Apa dia kata semuanya betoi. Cara yang dia propose, semuanya betoi. Apa yang UMNO Kelantan suggest tak diendahnya. Payah la nak menang lagu ni. Rasanya "commander" tu tak tau makna perkataan "teamwork" kot? Dia ingat dia "bijak" sangat kot? Ermmm...baru ja jadi "commander". Tak dak pengalaman sangat pun, itu pun nak "eksyen" semacam. Payah la lagu ni...sindrom "aku sorang je yang pandai" ni yang akan "mengalahkan" UMNO nanti.


Aku mintak maaf la kat sapa-sapa yang "terasa" dengan entry aku kali ni. Tapi, itulah yang sepatutnya aku kata! Yang betoi tu tetap betoi, yang salah tu salah laaaa....kan?


p/s: Errr...Perlu ke aku mintak maaf ni? Errmm..?

Monday, July 6, 2009

Gambar Pertemuan Bloggers Utara kali ke-2 : "Panas!!!"

Penat malam tu...hehhehe...berjaya juga Majlis Pertemuan Bloggers Utara kali ke-2 dianjurkan. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, majlis ini dapat berjalan lancar walaupun ada beberapa bloggers utama yang tidak dapat hadir last minit...tanpa kehadiran dan sambutan yang diberikan oleh para bloggers "hardcore" dan "ternama" mungkin majlis ini takkan menjadi "panas" walaupun hujan lebat kat luaq pada malam tu. Jutaan terima kasih kepada Batu Putih, Depakata, saudara Akhram Syah, TV Utara, Pelantaqhujah, TempurSakti, Sanggul Melayu, UMNO Kuala Kedah, Pusaka Ayahanda, Pejuang Bangsa, Ekeng, wakil Utusan, RTM dan ramai lagi. InsyaAllah, kita akan selalu berinteraksi sesama kita selepas ini dan mungkin pertemuan ini akan diadakan secara konsisten setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali...bergantung kepada keadaan la noooo...hehhehhe...
Semalam, dok tengah lepak depan TV (tengah demam...), aku terkejut bila terpapar "coverage" dari berita TV1 tentang Pertemuan Bloggers Utara kita ni...hehhehe...Antara yang ditemuramah ialah Batu Putih, Akhram Syah dan JeanBara..! Semua bloggers utara yang hadir pun masuk TV jugak....kecuali aku.....hehhehehhehhehe.....

Dalam gambar ni kelihatan beberapa Bloggers Utara kategori "hardcore" dan luas pengalaman di arena blog...ilmu pun tinggi...kalau sekadar nak "balun" tu...hehheh...serah kat depa...!

Kelihatan digambar beberapa Bloggers Utara "ternama" sedang menjamu selera sambil berinteraksi...

Tiga table...sudah cukup untuk membuat suhu dalam bilik ni "panas"! Kalau ditambah lagi meja, takut runtuh pula Holiday Villa tu...hehehheh...

Table ni agak panas...masuk-masuk ja terus "bunyi" macam-macam...dari bab strategy, politik, isu semasa...hinggalah bab "business"! Err..business??? Bisnes-bisnes tu tinggai kat luaq la brooo...

Kelihatan rakan Bloggers Utara kita ni sedang "pulun" memenuhkan perut masing-masing..lapaq la tu...hehhe... Tinggai la sikit kat aku...hehhehheh...

p/s: Kepada semua yang hadir...sila berikan contact number atau email anda kepada saya secepat mungkin utk dilistkan sebagai anggota Bloggers Utara. Masing-masing lupa nak tulis butiran tu...maklum laaa....dok tengah "panas" dok "balun" orang...hehhehhehe...

Sunday, July 5, 2009

Kisah Ku Seketika Selepas Pertemuan Bloggers Utara...


Sedang aku memandu semalam, sekembalinya aku dari pertemuan bersama Bloggers Utara, aku mendengar sebuah lagu dari handphone buruk ku. Tiba-tiba airmata aku meleleh pilu. Aku hentikan kereta ku ke bahu jalan. Aku mengamati bait-bait lirik lagu gubahan Nordin Kardi itu. Hati aku menjadi sayu mendengarnya. Bagaikan lagu ini mentafsirkan suara hati ku. Igauan demi igauan menghantui jiwaku saat itu.

Mampukah aku untuk terus berjuang? Apakah ada sahabat-sahabat yang sudi bersama-sama mengharungi onak dan duri perjuangan yang aku dokong selama ini. Mahukan mereka mengharungi pahit maung perjuangan yang belum selesai ini? Aku hanya insan kerdil yang mungkin berjiwa besar. Aku ingin melihat Islam, anak bangsa dan tanahairku ini maju bersama peredaran dunia yang amat hampir tamat usianya. Aku hanya ingin melihat masa depan anak bangsa ku terjamin di bumi bertuah ini. Aku hanya pejuang kecil yang hanya berjuang sedaya upayaku demi melihat negara ku aman dan hak-hak anak bangsa ku terpelihara hingga ke akhirnya. Mampukah aku? Mahukah sahabat-sahabat lain bersama dengan ku dalam perjuangan ini? Tak mungkin aku mampu berjuang sendirian. Bagaimana jika aku "pergi" sebelum perjuangan ini tercapai kemanisannya? Apakah anak-anak bangsaku akan meneruskan segalanya?

Pelbagai persoalan bermain dibenak insan kerdil ini. Dalam keletihan tubuh, jiwa ini masih merintih meronta melihat nasib anak bangsa ku. Tak dapat ku bayangkan jika semua impian perjuangan ini musnah akibat kerakusan "mereka-mereka" yang menggadai maruah demi kepentingan diri sendiri. Tidak sekali-kali aku mengharapkan Anwar "si Kitul" alaf baru itu membela nasib bangsanya sendiri. Tidak ku harapkan lagi PAS yang dulu menjadi sahabat di belakang tabirku melihat mereka semakin jauh pergi menjdai "kuda tungggangan" sahabat-sahabat "syaitan" baru mereka. Malah berdosalah aku jika mengharapkan Karpal dan Kit Siang untuk menjamin masa depan Islam, anak bangsa dan tanahair ku ini.

Kepada siapakah harus ku mengharap? Apakah kepada pemimpin UMNO yang kini masih tidak mahu sedar akan kesilapan diri sendiri. Aku yakin masih ada dikalangan pemimpin UMNO yang masih "berjiwa" UMNO seperti ku. Tapi bagaimana pula dengan pemimpin UMNO yang masih "lupa" dan "degil" untuk berubah?! Aku yakin kepada UMNO! Namun, jika pemimpinnya masih lagi ditakuk 5 tahun kebelakangan ini maka aku berserah kepada Allah untuk merubah hati mereka dengan hidayahNya. Berubahlah pemimpin ku...atau akan ku "bersih"kan kalian dari terus "mengotorkan" UMNO!!!

Bersama kedinginan bayu jam 3 pagi, aku derukan kereta ku maju kehadapan bersama semangat juang yang lebih tinggi, bersama jihad Islam sebagai agama ku, bersama harapan perjuangan masa depan anak bangsa ku, bersama semangat muhibbah Malaysia tanahairku! UMNO...aku akan terus bersamamu di kala susah dan senang, aku akan bersihkan kekotoran pada tubuhmu...dan akan ku buktikan bahawa sekalian rakyat amat menyayangi UMNO sebagaimana satu masa dahulu! Aku terus memandu bersama alunan lagu yang terus menghantui jiwa ku...


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara