Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 4, 2009

Majlis Pertemuan Bloggers Utara : Malam ini!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kepada semua geng Bloggers Utara...jangan lupa...malam ni kita ada "date"! Harap semua yang telah mengesahkan diri untuk hadir telah menerima makluman tentang LOKASI dan lain-lain detail...kepada sesiapa yang rasa ragu-ragu atau tidak mendapat makluman sila hubungi saya melalui email atau sms...tapi rasanya semua dah di inform lebih awal...

Jumpa di "sana" malam nanti....wassalam!

Friday, July 3, 2009

"Hero" Kedah Low Profile!


Pergghhh...ramai betoi yang puji Azizan Razak! Pembela rakyat Kg. Berjaya laa..."Hero" laaa... Tak kurang jugak yang dok ucap tahniah kat MB Kedah tu sebab dah "berjaya" robohkan pusat "cucuk" babi kat tepi "market" Kg. Berjaya nuuu..

Hehehhhe...tapi nampaknya ramai yang silap orang! "Hero" sebenaq bukanlah Azizan Razak yang hangpa dok puji tu. Insan yang benaq-benaq berjasa kepada masyarakat Kg. Berjaya ni ialah Che Mohamad Che Nai, Setiausaha MBAS tu! Che Mat ni la yang pertahan tindakan merobohkan pusat "cucuk" babi tu.

Wakil DAP ada pi jumpa Che Mat sebelum tindakan merobohkan premis haram tu. Tapi demi mendaulat undang-undang dan melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai pegawai MBAS, dia menegaskan bahawa tindakan merobohkan premis haram itu adalah muktamad! Lagipun, "tauke-tauke babi" tu yang mintak tempoh sebulan dari MB Kedah untuk pindahkan premis depa tu. Dah habis tempoh, maka MBAS berhak robohkan premis tu!

Dah lama dah "tauke-tauke babi" tu dok kaut untung atas tanah kerajaan secara haram. Dah illegal, tentulah salah! Bila dah salah dan telah diberi peluang, nak protes apa lagi bila MBAS robohkan premis tu?

Tapi sayangnya, Che Mat ni dikutuk hebat di sini. Kononnya Che Mat ni ada "agenda" tersembunyi. Che Mat didakwa "bagai gunting dalam lipatan". Che Mat didakwa "sengaja" memburuk-buruk kepimpinan PAS Kedah dimata kaum bukan Melayu. Ada ka patut depa tuduh Che Mat lagu tu? Padahal berapa banyak premis haram di Aloq Staq yang dah dirobohkan oleh MBAS. Apakah premis-premis haram yang lain itu pun dilakukan semata-mata nak burukkan "nama" Azizan Razak?

Inilah sikap segelintir orang Melayu yang prejudis apabila sesuatu perlaksanaan itu tidak menyebelahi depa! Kalau tindakan tu kena kat UMNO, maka ianya dilihat sebagai "elok", "molek" dan "baguih"! Tapi kalau tindakan tu kena tang batang hidung depa, maka mula la sikap prejudis buruk depa tu timboi! "Ada agenda tersembunyi" laaa..."ada kepentingan politik" la...macam-macam fitnah depa lempaq kat orang tu... Padahal Che Mat tu dah lama jadi penjawat awam...dia ikhlas menjalankan tugas dia selama ni...

Katanya Che Mat tak takut kalau-kalau dia ditukaqkan ke tempat lain berkenaan isu robohkan pusat "cucuk" babi tu. Dia hanya menjalankan tugas dan menegakkan hak yang sepatutnya dilakukan oleh MBAS. Walaupun "Boss MBAS" tak berapa "belaga angin" dengan Che Mat, Che Mat terus berkhidmat dengan dedikasi. Ramai tahu "Boss MBAS" tu "favor" kat PAS...Che Mat sabaq la noooo...jangan campur adukkan parti dalam kewajipan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Penjawat awam, tetap penjawat awam. Bila laksanakan tugas, ketepikan sat kepentingan politik tu! Jangan jadi macam "boss" Che Mat pulak nooooo...hehhehhe...

Wallahua'alam.

Thursday, July 2, 2009

Babi Punya Pasai, DAP Rela Hilang Kuasa!


"Pakatan Retak" sudah terbelah di Kedah! Hanya kerana haiwan yang bernama "babi", DAP Kedah/Perlis bertindak nekad meninggalkan Pakatan Rakyat Kedah. Thomas Su tegaskan bahawa keputusan itu muktamad! Marahnya DAP Kedah atas tindakan kerajaan Negeri Kedah merobohkan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya. Maksudnya, tiada kompromi lagi? Azizan pula dengan segera memberikan respon kepada tindakan DAP itu. "Dah depa nak keluar..keluarlah!" begitulah kata MB Kedah mempertahankan tindakannya.

Apa pun, keputusan DAP Kedah itu telah menyebabkan satu mesyuarat tergempar DAP Pusat akan diadakan hari ini di Kuala Lumpur. Teresa Kok, pemimpin DAP di Selangor yang tidak tahu apa-apa berkenaan politik Kedah, menyelar kepimpinan MB Azizan dengan mendakwa bahawa pimpinan Azizan telah gagal menyelesaikan masalah-masalah bukan Melayu di Kedah.

Azizan sebaliknya mendakwa bahawa DAP telah "berbohong" kepadanya berkenaan isu pusat penyembelihan babi ini. Menurutnya, pada bulan Mei lalu, DAP telah memintanya supaya menangguhkan tindakan merobohkan pusat sembelih babi di Kg. Berjaya itu sementara mereka mencari tapak baru. Namun, setelah sebulan tempoh diberikan, pusat penyembelihan babi itu terus degil untuk beroperasi di situ, dan DAP mungkir janji untuk memindahkan premis itu. Malah, DAP menuntut agar Azizan mengekalkan operasi sembelihan babi itu di premis yang sedia ada. Begitulah dakwaan MB Kedah.

Nampaknya, Kerajaan PR Kedah memang lemah. Hal sekecil "babi" itu pun tak mampu nak diselesaikan. YB Azizan pun gagal "mengawal" DAP dalam kerajaannya. DAP yang sudah lama bertentangan dasar dengan PAS dah mula protes sana sini walaupun hanya memiliki satu kerusi DUN di Bandar Darulaman. Demi kerana "babi", DAP rela hilang kuasa di Kedah. Sememangnya Ustaz Azizan memang tak pernah "bagi muka" pun pada DAP di Kedah. PKR pun kadang-kadang dapat nasib yang sama dengan DAP. Depa cuma tak "bunyi" di depan sahaja, tapi kalau dibelakang PAS...bising pula bunyinya!

Baru depa tau macamana perangai DAP ni. Tu belum lagi dikira dengan PKR Al-Juburi, lagi pening dibuatnya. Itulah...berkawan lagi dengan "syaitan". Allah dah firman dalam Al-Quran bahawa "syaitan itu musuh yang nyata"...tapi PAS degil! Nak berkawan jugak dengan setan-setan tu. Tak mau dengaq kata Allah, dengaq kata "mursyidul am" PAS lagi...tu yang jadi haru biru tu....

Hakikatnya...Pakatan Rakyat semakin lemah di Kedah!

Wednesday, July 1, 2009

Khalifah "Poojaan" PAS Mungkir Janji!


Siapa pernah pi ke Kampun Buah Pala di Penang? Tak pernah dengaq nama kampung tu? Pernah pergi Kampung "High Chapparal"? Haaaa...Kampung Buah Pala tu nama "glemer"nya ialah "High Chapparal". Kampung sebenarnya adalah sebuah perkampungan setinggan kaum India yang mendiami tanah kerajaan itu sejak sekian lama. Tapi penduduk kampung tu takdak geran hak milik tanah, maklumlah...nama pun perkampungan setinggan.

Baru-baru ni penduduk Kampung High Chapparal tu mengamuk sakan! Depa mengamuk la bila kerajaan Negeri Pulau Pinang nak roboh rumah depa. Depa dakwa bahawa depa telah "ditipu" oleh Khalifah dan pimpinan kerajaan baru PR Pulau Pinang. Dulu, masa sebelum PRU 12, puak-puak PR ni dah janji dengan penduduk Kampung Buah Pala ni untuk menyelesaikan permohonan tanah kampung depa tu. PR dah berjanji nak "selesai"kan masalah depa tu kalau dah dapat "kuasa" di Penang! Jadi, bila dah berjanji macam tu, maka penduduk kampung tu pun undi la PR beramai-ramai masa PRU 12 hari tu. Dengan harapan, PR akan "selesai"kan masalah tanah kampung yang depa pohon tu...

Tunggu punya tunggu, lebih dari setahun dah dok tunggu, tetiba ja depa nak buat projek kat tanah Kampung Buah Pala tu. Katanya, tanah kampung tu dah di"jual" kepada developer untuk dibangunkan. Jadi penduduk Kampung "High Chapparal" tu kena la pindah! Abih la "koboi-koboi" kampung tu mengamuk! Nasib baik depa tak jadi "koboi" betul! Kalau tidak...haru!!! Tapi, walaupun tak jadi "koboi", depa sempat jugak la "mengamuk" sakan! Berpeluh la jugak polis kita dok berkawal kat kampung tu....

Punca masalahnya ialah 'JANJI PAKATAN RANJAU'! Dah pandai berjanji, tapi tak reti nak tepati. Kalau ikut hadis Rasulullah S.A.W., golongan yang berjanji tapi tak tepati janji tersebut tergolong dalam golongan munafik. Aku yakin bahawa banyak lagi "janji-janji" PR yang depa tak tepati. Tapi dalam kes ni, bukan sahaja Khalifah PR ni tak tepati janji, malah dah bagi tanah tu kat orang lain! Dah tak buleh nak reverse dahhhh....maknanya harapan Kampung High Chapparal tu dah "burn"! Kalau ditangguh janji tu takpa lagi, tapi janji ni dah tak boleh nak tunaikan dah...

Depa tak roboh lagi kampung Buah Pala tu. Developer bagi masa sebulan kepada Kerajaan Khalifah Guan Eng dan pihak penduduk Kampung Buah Pala tu settle masalah ni. Tak tau la camana depa tu nak settle. Kita tengok apa yang bakal tindakan Khalifah Penang tu. Yang pastinya, Khalifah dah tak buleh nak lari pi mana dahhhhh....bersiap sedialah menghadapi penduduk India dari kampung High Chapparal! Peng..! Peng..! Peng...!

Kes Teloq Ayam, Gaduh Luar Parlimen, Tak Senonoh Dalam Parlimen.


Sedang dok membelek blog...aku terbaca satu entry di KedahLanie..!! Penulisnya ialah Pendikar Gunung Keriang. Tajuknya ialah "Depa bukan curi telur ayam, tapi depa ceroboh parlimen!!!". Aku tersengih-sengih baca entry tu...

Pendikar Gunung Keriang yang dipercayai mempunyai hikmat perisai pedang kontot itu dok mengomel tentang "denda" yang dicadangkan oleh Pandikar Amin Mulia (speaker Dewan Rakyat) terhadap Hj. Megat Zulkarnain dan rakannya yang "menyergah" Koperal Singki di perkarangan pintu masuk Parlimen tempohari. Pendikar yang berubah "profession" untuk menjadi penulis itu tak puas hati sebab jumlah denda yang disarankan itu hanyalah RM1,000 sahaja. Katanya jumlah denda itu sama dengan satu kes kesalahan seorang budak yang mencuri telur ayam satu masa dahulu! Tak setimpal dengan kesalahannya. Itu hujahnya.

Saya setuju jugaklah dengan apa yang Pendikar Gunung Keriang tu kata. RM1,000 tu "celah gigi" ja nak bayar bagi Hj. Megat Zulkarnain dan rakan. Rasanya elok dinaikkan kepada RM10,000...agak perit sikit kot "poket" nak bayaq! Hehehhehheh....sabar je la.

Tapi...rasanya yang sorang lagi tu pun kena bayaq denda la jugakkkkk...!!! Baru la fair & square, kan? Alaaaa...sorang lagi tu....yang lepas angkat sumpah tetiba ja menjerit tak tentu hala! Alaaaa..mamat gila kuasa yang dok meroyan tengah-tengah Dewan nak cari publisiti murahan. Tak setimpal pun kena gantung 2 hari...dah la dapat "cuti" free, tak payah buat kerja pulak tuuuu...Sepatutnya boneka Ngeh dan Nga tu kena bayaq denda la jugak! Oleh kerana kesalahan diluar Dewan Rakyat di denda RM10,000...sepatutnya Nizar Jamaludin tu dikenakan denda RM1 juta! Sebabnya? Dia buat perangai tak senonoh dak DALAM Dewan! Dah la budak baru dalam Perlimen...nak tunjuk kepala dia pulak! Ingat Dewan Rakyat tu mesorat "bawah pokok" ka??? So, kalau difikirkan, kira patutlah dia di denda RM1 juta! Apa nak susah...Nizar buleh pi mintak duit sikit kat Foundation of Future...rasanya buleh dapat "double" kot! Tapi kena melalui "Al-Juburi" laaaa...ada berani ke? Hehehheh...takut jadi macam Saiful pulak! Kerana budi, tergadai body...

Jangan marah aaaaa.....hehhehhehe...


Lihat di sini : click tang ni

Tuesday, June 30, 2009

Majlis Pertemuan Bloggers Utara : Last call..!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan ini sukacita dimaklumkan kepada semua tuan/puan bloggers utara bahawa Majlis Pertemuan Bloggers Utara telah ditetapkan seperti yang berikut :
  • Tarikh : 4hb Julai 2009/Sabtu (malam Ahad).

  • Masa : 8.30 malam.

  • Lokasi : Di maklumkan melalui sms atau email kepada sesiapa yang mendaftar/mengesahkan kehadiran sahaja.

Di antara blogger-blogger ternama yang telah mengesahkan kehadiran ialah Jeanbara Depa-Kata, Ramli, DAP Batu Putih), MusliOli, Cucu Tok Wan, Mengkuang, ParpuKari, Gomo, Utarawan, Medan Mas Tempur Sakti, Pelantaq Hujah, Pusaka Ayahanda, In My Opinion, Maksu Bee, Sanggul Melayu dan ramai lagi! Di saat akhir, Surat Dalam Botol, Mummy Rokiah & Hussien Lempoyang tak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, namun ada telah menyampaikan beberapa cadangan dan buah fikiran beliau kepada Bloggers Utara. Terima kasih kepada 2 bloggers besar tersebut.

Kepada yang ingin menyertai Majlis pertemuan "marheinis" bloggers utara ini, tapi masih belum mendaftar atau mengesahkan penyertaan anda, sila berbuat demikian dengan kadar segera dengan melalui email dengan meyertakan nama dan contact number masing-masing kepada bloggersutaraunion@yahoo.com atau tinggalkan maklumat itu di ruangan komen di blog saya. Komen anda yang disertakan no. telefon tidak akan di"publish", saya akan hubungi terus. Masih 5-6 kerusi yang di "reserve", siapa cepat dia dapat!!! Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 2hb. Julai 2009.

Monday, June 29, 2009

Sketsa Anwar & Nik Aziz di Manek Urai.


Anwar dilaporkan mendakwa bahawa BN telah menggunakan taktik kotor dengan "merosakkan" nama Nik Aziz dengan pelbagai tohmahan dan kutukan. Dewa PKR itu juga terus terang menegaskan bahawa dia tetap "berada dibelakang Nik Aziz". Anwar mendakwa BN begitu buruk sekali menggunakan kempen memburuk-burukkan Nik Aziz di Manek Urai. Begitu sayangkah Anwar kepada Nik Aziz yang pernah dikutuknya habis-habisan suatu masa dahulu? Atau Anwar sudah menerima "seruan" dari Koperal Sinki untuk "bertobat"?

Nik Aziz baru-baru ini telah memburuk-burukkan UMNO. Kononnya bagi Nik Aziz, UMNO ini tidak ubah seperti Komunis! Malah menurut "fatwa" mursyidul am PAS itu, UMNO ini sesat bagaikan "kerajaan langit" Ayah Pin! Nik Aziz berkata bahawa "kiasan" itu amat sesuai untuk UMNO. Begitulah akhlak Islam yang dipertontonkan Nik Aziz sebagai wakil parti yang lebih "Islam" berbanding UMNO.

Nampaknya, Anwar sepatutnya menujukan kata-katanya kepada Nik Aziz! Siapa yang mengata siapa sekarang? Siapa yang memburukkan siapa sekarang? Siapa yang memainkan politik kotor sekarang? Saya akui bahawa ajaran Islam sebenar menegah umatnya untuk memperburukkan seseorang, apatah lagi saudara seagamanya sendiri. Sebagai "Dewa Poojaan" Pakatan Ronggeng, Anwar harus menegur dahulu mursyidul amn PAS itu sebelum menegur orang lain. Anwar juga harus memberitahu Nik Aziz bahawa Nik Aziz juga tidak terlepas dari melakukan keputusan yang salah dan tidak terlepas dari dosa dan pahala. Apatah lagi memburuk-burukkan seseorang itu. Anwar harus betulkan Nik Aziz, bak kata pepatah "bagaikan ketam (Anwar) mengajar anaknya (Nik Aziz) berjalan".

Nik Aziz. Pantaskah seorang individu yang kononnya dilabel sebagai "ulama tersohor Islam" itu berkelakuan sedemikian? Saya lebih melabelkan Nik Aziz sebagai "ulama tersohor PAS" berbanding "ulama tersohor Islam". Nik Aziz bukanlah ulama. Bagi saya, Nik Aziz hanyalah seorang yang memiliki ilmu agama tetapi lebih men"dewa"kan politik lebih dari Islam. Bagaimana seorang ulama Islam memiliki akhlak yang sebegitu mudah memburuk-burukkan seluruh UMNO yang merupakan saudara seIslamnya? Tahukan Nik Aziz tentang perjuangan UMNO yang sebenar sehingga menuduh UMNO sebagai "Komunis"? Rasanya Nik Aziz belum pernah meneliti perjuangan UMNO dan menghayati kandungan perlembagaan UMNO. Sekurang-kurangnya UMNO tidak mempunyai sifat seperti PKR dan DAP yang di"peluk"nya itu!

Saya hairan. Kenapa Nik Aziz begitu membenci UMNO? Nik Aziz bukan lagi "tidak suka" pada UMNO, malah membenci UMNO. UMNO dianggap sebagai musuh utamanya, melebihi syaitan laknatullah sehingga sanggup berkawan dengan syaitan demi menghapuskan UMNO! Apakah Islam menganjurkan sifat "benci membenci" sesama Islam? Itukah sifat seorang ulama' Islam? Malu Islam dibuatnya! Nik Aziz tanpa ragu, berkias mengatakan bahawa UMNO adalah setaraf dengan ajaran sesat Ayah Pin. Tidakkah Nik Aziz tahu bahawa Ayah Pin menyokong kepimpinan Hj. Hadi yang memberikan kebebasan kepada "kerajaan"nya untuk menyembah "teko"? Tahukah Nik Aziz bahawa "musuh" Ayah Pin sebenarnya ialah kerajaan BN yang meruntuhkan teko-tekonya itu setelah merampas Terengganu dari Hj. Hadi?

Dituduhnya pula UMNO ini "sesat"? Sesatkah UMNO yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia ini? Walaupun dibangkang habis-habisan oleh "syaitan" sahabat baik Nik Aziz di parlimen, kerajaan BN inilah yang mengiystiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. UMNO inilah yang menubuhkan Kementerian yang khas ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan hal ehwal agama Islam di Malaysia. UMNO yang dituduh "sesat" inilah yang menubuhkan pelbagai jabatan yang memakmurkan muamalah Islam di seluruh negara. UMNO yang diburuk-burukkan Nik Aziz inilah yang menubuhkan jabatan agama Islam di seluruh negeri dan melantik mufti-mufti yang bertauliah seluruh negara. "Buta"kah Nik Aziz sehingga mendakwa sedemikian terhadap UMNO. Kalau Nik Aziz hendak menjadi "buta", butalah dia seorang diri. Jangan diheret sekali umat Islam di Malaysia ini menjadi "buta" bersamanya!

Hakikatnya, UMNO tidaklah seburuk yang didakwa Nik Aziz! Nik Aziz sendiri sebenarnya akur dengan hakikat ini. Namun, di atas nama "politik", Nik Aziz telah membelakangkan hakikat ini. Demi "kuasa" politik, Nik Aziz sanggup menelan kepahitan kebenaran ini dan menabur dakwaan buruk kepada saudara seIslamnya. "Fitnah pun fitnah lahhhh...asalkan PAS menang!". Apakah itu akhlak yang dibanggakan dari seorang ulama' PAS? Tidak dinafikan ada akhlak mahmudah yang dimiliki Nik Aziz. Namun, jika beginilah rupa bentuk dan bau isi hati perut Nik Aziz, maka dia tidak layak bergelar "ulama Islam". Apakah ini yang digambarkan Rasulullah S.A.W sebagai tanda-tanda akhir zaman apabila munculnya ulama-ulama suuu'? Astaghfirullahil 'Azim..."Nik Aziz harus bertobat!"

Wallahua'alam.

Sunday, June 28, 2009

Sepetang Bersama Tan Sri Sanusi.


Aku bergegas ke Holiday Villa mencari wi-fi. Bukanlah nak berlagak "kaya" (aku selalu "kering" pun...) makan dihotel, sebetulnya aku cuma mencari "privacy" ketika meng"update" blog aku. Tak molek rasanya jika kita meng"expose" diri dikhalayak umum. Bukan penakut, namun aku lebih selesa bekerja di"belakang" tabir. Tak suka dengan dunia "glemer"! Hehehehhe...jangan marah aaaa...

Sedang aku dok bengang dengan conncetion wi-fi di Holiday Villa, aku terpandang sebuah keluarga sedang masuk ke coffee house hotel tersebut. Tan Sri Sanusi Joned dan keluarga! Mantan Menteri dan mantan Menteri besar Kedah! Rakan karib kepada Tun M! Ayahanda kepada seorang rakan aku, Akhram Syah! Seorang pejuang bangsa yang aku kagumi selama ini sedang menuju masuk untuk makan tengahari barangkali. Aku bingkas bangun menyapa dan bersalam dengan beliau sekeluarga. Aku memperkenalkan diri dan secara tak malunya, aku duduk semeja dengan beliau sekeluarga. Payah aku nak dapat peluang lagu ni!

Rupanya kehadiran aku disambut baik oleh Tan Sri dan keluarga. Kami bersembang dan ceritanya lebih berkisar kepada topik UMNO dan survival politik Kedah. Bab Anwar Al-Juburi pun adaaaa...

Tan Sri Sanusi menceritakan tentang harapannya terhadap survival UMNO. Betapa bahayanya membiarkan 2 orang "pengkhianat" terus berada di dalam UMNO. Betapa bahayanya jika virus 2 orang "pengkhianat" bangsa ini menular ke serata pelusuk saraf UMNO. Rupanya bukan sahaja 2 orang "pengkhianat" ini berlaku khianat kepada ahli-ahli UMNO, malah juga kepada beberapa pemimpin UMNO berjawatan Menteri Kabinet yang nyaris-nyaris ditipu! Demi kuasa dan kepentingan peribadi, mereka sanggup lakukan apa saja. Nyaris-nyaris lagi seorang Menteri yang "mengganggu" dan "melawan" pengkhianat ini dihantar ke luar negeri menjawat Setiausaha Agung Commonwealth! Jika tidak di"sedar"kan oleh orang lama ini, pastinya pengkhianat itu akan menjadi seorang yang berkuasa di "negeri" terbabit.


Tan Sri bagai penglipur lara bila menceritakan kisah benar yang berlaku disatu cawangan UMNO di Jerlun, ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah. Ada satu cawangan yang diketuai oleh Pak Kulop (bukan nama sebenar). Pak Kulop ni adalah seorang yang panas baran. "A" katanya, maka "A" lah yang kena buat. Hitam katanya, maka hitamlah kena jadi. Kalau tidak, siap la ahli-ahli cawangannya. Cawangannya besar! Lebih dari 700 orang ahlinya. Pak Kulop menyediakan tempat lapang yang luas di depan rumahnya untuk memuatkan ahli-ahlinya cawangannya yang ramai bagi setiap kali mesyuarat cawangan mahupun menyuarat agung cawangan. Walaupun ahli cawangannya ramai, namun analisa pilihanraya menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi sekitar 15 hingga 30 undi sahaja dari cawangan Pak Kulop, walaupun cawangannya mempunyai lebih dari 700 ahli UMNO! Perkara itu telah menjadi tanda tanya Tan Sri Sanusi. Pada PRU seterusnya, Tan Sri mendapat satu akal dengan mengumpul beberapa ahli cawangan Pak Kulop dan memberitahu bahawa Pak Kulop telah "dipecat" dari UMNO atas sebab-sebab disiplin. Dan hasilnya, pada PRU kali itu, peti undi kawasan itu telah mendapat lebih dari seribu undi! Selepas itu, Pak Kulop kalah bertanding ketua cawangan tu. Bila ditanya kepada ahli cawangan tu, "pasai apa hangpa tak lawan Pak Kulop sebelum ni?". Depa kata "payah nak lawan, pasai ramai saudara mara dia kat cawangan tu, kami ingatkan depa suka kat Pak Kulop, rupanya depa pun macam kami jugakkk, menyampah kat Pak Kulop jugak!". Moralnya hangpa pikiaq sendiri.

Actually, macam-macam story lagi yang aku dapat dari Tan Sri Sanusi. Lama jugak la kami sembang. Hehehehhe...tapi takpa lah. Nanti aku cerita. Cerita ni pun "best" jugak ceritanya! Lagi "best" rasanya dari cerita "Pak Kulop" tu. Cerita ni pasai pengakuan dari Tan Sri sendiri pasai "seekor" menatang tu yang bertopengkan "manusia"!

Salam...aku dah penat...!

Sepagi Bersama Tun M.




Walaupun aku terpaksa menunggu lebih dari 2 jam, aku sanggup. Bertemankan beberapa rakan bloggers, aku menghadiri majlis "Sepagi Bersama Tun M" anjuran MUBARAK Negeri Kedah di bangunan Tunku, Alor Setar. Bagai sirih pulang ke gagang, kehadiran Tun amatlah dinantikan. Sedang aku dok ber"keliaran" di antara tingkat 6, 7 dan 8 mencari "seseorang", aku terkerling pada sebuah bilik ditingkat 7. Tun!!! Idola ku berada dibilik tersebut bersama beberapa orang kuat UMNO Kedah. Aku tercegat seketika. Menyedari aku ditempat "orang-orang besar", aku yang "kerdil" ini bergegas ke tingkat 8 mengambil tempat.

Tun hadir di dewan bersama tepukan gemuruh yang menenggelamkan suara MC yang mengumumkan kehadiran tokoh ulung negara itu. Sebagaimana lazimnya, majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa. Disusuli dengan penyampaian puisi yang menceritakan nasib bangsa Melayu kini dan masa akan datang. Puisi itu disampaikan oleh seorang anak muda wakil dari GPMS. Segar dan bertenaga, diakhiri dengan sebak di dada, termasuk aku sendiri pun sebak apabila mengenang nasib bangsa kini dan akan datang. Syabas anak muda!

Setelah itu majlis diteruskan dengan ucapan Presiden MUBARAK Negeri Kedah, Dato' Paduka Abd. Rahman Ibrahim. Beliau sudah pencen. Tapi tidaklah pencen perjuangan! Syabas Dato'. UMNO Kedah sememangnya perlukan pengalaman MUBARAK untuk menyusun strategi merapatkan barisan. Memandangkan Pusat Stragtegi UMNO Kedah bakal dilahirkan, UMNO Kedah rasanya amat memerlukan MUBARAK. MUBARAK menunjukkan reaksi positif untuk terus menabur bakti kepada Islam, anak bangsa dan Negara, tanpa sebarang syarat atau kepentingan. Harap UMNO Kedah pertimbangkan secara positif tawaran MUBARAK ini.

Masa yang ditunggu sudah tiba. Tun bangun menghayun langkah ke podium untuk memberi ucapan. Bermula dengan jenaka sinisnya, Tun merasmikan Mesyuarat Agung MUBARAK yang "telah" diadakan lebih awal pada paginya. Tun melontarkan persoalan pertama tentang kekalahan BN pada PRU12 yang lalu. Katanya "mengapa orang Cina dahulunya memberikan undi mereka kepada BN dan tidak pada PRU12 kali ini?". Bukankah jarak 2004 dan 2008 yang singkat itu boleh mengurangkan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat dan hilang 5 negeri dan Wilayah Persekutuan? Itu persoalan dibenak aku. Tun menyeru supaya satu "post mortem" dilakukan. Biasanya "bedah siasat" dilakukan kepada "mayat", dan "mayat" itu adalah 5 negeri, Wilayah Persekutuan dan umumnya diseluruh negara. Mayat itu haruslah dibedah secara teliti bagai forensik CSI mencari punca "penyakit" sebenar. Jika mayat itu dibedah dengan sambil lewa, maka hasil bedah siasat juga tidak akan tepat. Bila tak tepat, "ubat" yang akan diberikan juga pastilah tidak akan menyembuhkan penyakit!

Tun juga menyarankan agar tidak sesuka hati menuding jari menyalahkan sesiapa. Seharusnya jari itu dituding kepada diri sendiri. Sebelum ini, ada yang mendakwa kehadiran Tun bakal menyebabkan BN kalah pada mana-mana pilihanraya. Namun, ketika PRK di Kuala Terengganu, tanpa kehadiran Tun pun BN gagal jugak! Itu menafikan secara total dakwaan busuk tersebut. Bahkan, disyaki bahawa kehadiran "seseorang" itulah yang menyebabkan kekalahan BN. "Seseorang" itu bukan sahaja sering di "booo..", malah namanya juga begitu sinonim dengan rasuah! Tun memberikan ingatan keras bahawa UMNO akan berkubur selagi ada amalan-amalan rasuah dan individu-individu yang sama spiesis dengan "seseorang" tersebut. Mahukah ahli-ahli UMNO melihat parti keramat yang memerdekakan Malaysia ini dan sudah banyak menabur jasa demi Islam, anak bangsa dan negara ini dikapankan? Tepuk dada tanya selera!

Sesekali Tun begitu sinis terhadap para Majlis Tertinggi UMNO. Katanya, beliau tahu bagaimana "cara"nya mereka menang bertanding kerusi MT itu. Tun mempersoalkan apabila MT berani mengubah keputusan Lembaga Disiplin UMNO dan memberi tekanan kepada Lembaga Disiplin dengan keputusan mereka. Apa akan berlaku apabila seseorang lebih berkuasa dari "mahkamah UMNO" itu. MT menyeru untuk ketelusan mahkamah, namun apakah mereka juga telus dalam menerima keputusan mahkamah itu? Itu diserahkan kepada MT yang jawab. Bukan tidak ada MT yang tidak hadir di majlis tersebut. MT paling "bongsu" pun adaaaa...

Tun juga sesekali membidas dewa "jaguh mata satu"! Siapa yang didakwa "jaguh mata satu"? Hehehhehhe...pastinya teruk "jaguh" itu dihentam mantan Perdana Menteri kita ni. Tak payah la diulaskan tentang "jaguh" tersebut. Dah selalu dia dihentam. Semua orang tahu bahawa "jaguh" itu berbau busuk!

Tun membawa kami merungkai kemenangan BN pada PRU pada 1999. Ketika itu, modal "mata sikit lebam" yang "dilebih lebamkan sendiri" itu menjadi pertualang. Askar-askar "mata lebam" itu berkeliaran di serata negara memecah belahkan anak bangsa Melayunya sendiri. Demo dan kekacauan berjaya dipatahkan, namun Melayu telah terbahagi 3 ketika itu! Kekuatan Melayu sedikit sebanyak telah menggugat undian PRU 1999. Namun, atas keyakinan bangsa Cinalah, maka BN bangkit dengan memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen. Selepas BN dan UMNO stabil dan kuat, barulah UMNO diserahkan kepada Tun Abdullah Badawi. Dan hasilnya pada PRU 2004, BN menang cemerlang dengan menguasai 90% kerusi di Parlimen. Malangnya ada "suara sumbang" yang mengatakan bahawa "itulah kekuatan mencari tokoh yang mencari Al-Ghazali". Mungkin benar, namun mengapa pula pada 2008 BN jatuh merudum? Ke mana perginya "kekuatan pencari Al-Ghazali"? Mengapa pula ditudingkan jari kepada orang lain dan menyalahkan seseorang yang banyak berjasa kepada negara dan menyerahkan UMNO dikala UMNO masih sihat??? Mana satu "Tun" yang salah sebenarnya? Fikirlah sendiri...

Rasuah dalam UMNO akan ditangani. Tun mengatakan bahawa satu usul pindaan perlembagaan UMNO akan dibentangkan. 600,000 undi bakal menentukan siapa Presiden UMNO. Mampukah "perasuah" itu merasuah demi 351,000 undi untuk memenangi kerusi Presiden? Nik Aziz kata, "ambil duit, tapi jangan beri dia undi". Duit tu di"halal"kan Nik Aziz? Hehhehehe...Pastinya si "perasuah" itu bakal berkubur 3 tahun lagi! InsyaAllah.

Tun juga memberi amaran kepada semua ketua-ketua UMNO bahagian dan terutamanya cawangan supaya tidak menyekat mana-mana cerdik pandai Melayu untuk menyertai cawangan mereka. Ketua-ketua cawangan ini takut jawatan mereka itu bertukar tangan? Jika begitu, nyatalah ketua-ketua cawangan itu tidak layak menjadi ketua kerana lebih mementingkan kepentingan diri berbanding kepentingan perjuangan Parti. Berubahlah wahai ketua-ketua cawangan yang dihormati sekelian. Perjuangan Islam, anak bangsa dan negara lebih penting dari kepentingan peribadi. Usahlah disekat professor, doktor PHD, doktor perubatan, engineer, lawyer, mahupun seorang CEO syarikat perniagaan. Ketua haruslah lebih bijak berfikir, matang dan berfikiran terbuka. Jangan takut pada bayang-bayang sendiri. Tak semua mereka mampu menjadi ketua, namun jangan disekat sumbangan mereka. Kalau tidak, mereka akan menyalurkan sumbangan mereka kepada PAS. Siapa yang rugi? Anda mungkin tidak rugi, yang ruginya ialah UMNO yang kehilangan sumbangan tersebut dan UMNO rugi kerana memiliki seorang ketua UMNO bersifat seperti anda! Fikirlah Pak Long oiii...hehhehe..betoi dak?

Akhir kata, Tun telah menyatakan persetujuan beliau untuk aktif kembali di sebarang majlis politik. Itu pun kalau negarawan itu dijemput! Harusnya negarawan ulung ini wajib diberikan tempat khas untuk terus menyumbangkan baktinya kepada Islam, UMNO, Bangsa Melayu dan tanah yang pernah bernama Persekutuan Tanah Melayu! Usahlah Tun dilayan sebagaimana di satu tempoh dahulu...insyaAllah...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!