Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 26, 2009

Berita UMNO Utara.


Untuk makluman UMNO Utara.

Majlis Perhimpunan Pemuda Melayu anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu akan berlangsung di Kampung Padang Halban, Changloon, Kedah pada 27hb. Jun 2009 (Sabtu), jam 9.00 malam. Penceramah jemputan ialah YB Dato'Mukhriz Bin Tun Dr.Mahathir
(Bendahari UMNO Negeri Kedah & Ahli Parlimen Jerlun) & Tn.Haji Megat Zulkarnain Bin Datuk Haji Omardin (Exco Pemuda UMNO Malaysia & Ketua Pemuda Gombak).

Keesokan harinya,

YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Mesyuarat Agong Mubarak Negeri Kedah pada 28.06.2009 (Ahad) - jam 10.00 pagi di Dewan Persidangan Tingkat 8, Bangunan Tunku, Alor Star, Kedah.

p/s: InsyaAllah...rasanya aku akan cuba pi kedua-dua majlis ni...sapa2 nak pi sekali ngan aku, sila hubungi aku dgn kadar segera...!

Follow up: Skandal Balak Che Had.

Hari tu Pak Malau dah tunjuk surat report polis CH Lim terhadap AY Trading. Kali ni ni Pak Malau dedahkan surat permohonan nak membalak dari AY Trading kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Hebat Pak Malau ni, macamana dia buleh dapat surat ni? Anyway, gambar surat kat atas tu hanyalah muka depan surat. Ada lagi saki baki kat blog Pak Malau di "Sungguhka.blogspot.com". Termasuk la receipt RM10,000 duit pertaruhan, peta kawasan balak, surat pendaftaran syarikat dan sebagainya.

Aku hairan. Ini ka yang dikatakan sebagai "Tender Terbuka" ala-ala Pakatan Rakyat Kedah ni? Semudah itu? Best la kalau lagu tu. Sapa-sapa pun buleh mohon tender balak, asalkan ada syarikat berdaftar, ada duit RM10,000 dan beberapa dokumen, maka senang ja dapat tender balak kat Kedah ni. Err...ada tak diiklankan kawasan balak ni pada rakyat umum? Ada tak lagi kawasan balak yang nak ditender secara "terbuka" macam ni lagi?

Kalau ada tu, umumkan la...buleh la kami ni rakyat marhaein yang takdak "cable" ni pi apply. Tu pun kalau dapat la...Kami tak kenai Che Had atau mana-mana kroni Exco PR Kedah...buleh dapat ka? Kalau dapat pun, kena huloq "sedekah" ka kat PAS? Errr....banyak mana tu? Kalau tak "sedekah" tak buleh ka? "Sedekah" tu kira amal jariah nooooo...bukan "rasuah"! Kalau "rasuah" kena tangkap, Islam pun haramkan...kalau "sedekah" tak kena tangkap, pahala pun dapat, kan?

Anyway credit to Pak Malau pasai berani dedahkan kes ni secara konsisten. Jangan SPRM cari Pak Malau sudah....

p/s: Rasanya puak2 PAS mesti dok rimas...sapa la Pak Malau ni noooo??? hehehhe....

Thursday, June 25, 2009

Anwar, Mahkamah dan Rakyat Malaysia.


Jika kita melihat tingkah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para peguamnya sejak sebulan lalu maka pasti akan menimbulkan tanda tanya kepada ramai rakyat yang berfikiran terbuka, bebas dan menghormati undang-undang.

Para peguamnya berusaha menimbulkan keraguan sebelum perbicaraan. Malahan lebih jauh mereka mahukan pertuduhan jenayah ini digugurkan. Anwar adalah satu-satunya tertuduh yang bebas berkata apa-apa tanpa menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Anwar tidak boleh menolak hakikat bahawa ada satu laporan jenayah ke atas beliau. Pembantu Khasnya telah membuat laporan polis bahawa ia diliwat oleh pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat itu.

Apabila pertama kali laporan polis tersebut muncul dan tersebar, para pegawai Anwar menafikan Saiful seorang pembantu khas Anwar. Mereka mendakwa Saiful hanyalah pembuat kopi di pejabat.

Kemudiannya terbukti Anwar membawa Saiful sehingga ke luar negara untuk tugas rasmi. Malah gambar Saiful berada di belakang Anwar dalam beberapa siri ceramah pemimpin "agung" PKR itu juga mengesahkan lagi pengakuan saiful bahawa beliau merupakan pembantu khas kepada Anwar.

Ketika ini barulah mereka mengakui kedudukan sebenar saiful.

Pasukan media Anwar kemudiannya menjalan propaganda fasa kedua dengan usaha menjatuhkan kredebiliti Saiful kononnya agen UMNO dan sebagainya. Perjumpaan beliau dengan Datuk Seri Najib, gambar beliau dengan pegawai menteri semasa beliau menjadi pemimpin pelajar disebarkan untuk mengukuhkan teori konspirasi mereka.

Selalunya kredebiliti saksi atau tertuduh diserang dan dimusnahkam di dalam perbicaraan. Namun Anwar dan para pegawai mereka menjalankan perbicaraan melalui media internet dan organ parti tanpa sebarang ruang pembelaan bagi mangsa.

Kemudiannya laporan perubatan yang dikeluarkan ditafsirkan sendiri oleh mereka sehingga menunjukkan seolah-olah Saiful berbohong. Mereka mentafsirkan tiada kesan luka. rodokan dan koyakan sebagai bukti liwat tidak pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Mengapa mereka tergesa-gesa mahu mendahului perbicaraan mahkamah? Banyak gel atau krim pelincir yang membolehkan liwat berlaku tanpa memberi kesakitan kepada mangsa. Mereka mengabaikan ini. Malahan tindakan peguam Anwar mentafsirkan kenyataan tiada koyakan dan pendarahan sebagai bukti tidak berlaku liwat adalah cubaan mengelirukan umum.

Mereka mendakwa ini konspirasi UMNO. Jika benar ini merupakan konspirasi nescaya punggung Saiful akan dikenakan tusukan tumpul secara kasar supaya ada kesan luka dan koyakan dahulu bagi memastikan cerita beliau benar-benar mendatangkan kesan.

Ada juga penulis-penulis upahan Anwar yang menulis mendakwa apakah logik untuk seorang lelaki berusia 61 tahun dapat meliwat seorang pemuda berusia 23 tahun tanpa berlaku kekasaran. Apakah anak muda berusia 23 tahun ini tidak mempunyai kekuatan untuk menendang Anwar dan melarikan diri.

Penulis seperti ini sama ada berpura-pura bodoh untuk membantu memulihkan imej Anwar atau memang tidak mempunyai pengetahuan dalam kes-kes jenayah seksual.

Kes jenayah seksual boleh berlaku dalam keadaan menyerah taanpa kerelaan atas faktor-faktor psikologi. Faktor psikologi termasuklah takut kepada pengaruh pemangsa, terlalu hormat kepada pemangsa sehingga tidak dapat menolak kehendak seks dan beberapa isu psikologi lain yang boleh dibaca dalam kajian saintifik mahu pun menonton drama-drama "crime" barat. Dalam keadaan sedemikian kita akan mendapati tiada kesan kekerasan fizikal dapat ditemui. Kes-kes sedemikian juga banyak berlaku di kalangan paderi dan anak muda di barat yang pernah menjadi skandal beberapa tahun lalu.

Dalam sebulan ini kita terasa amat hairan mengapa Anwar bersungguh mahu menghalang perbicaraan daripada berlangsung. Sedangkan suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim dengan lantang membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menjawab segala pertuduhan liwat beliau di mahkamah.

Jika benar Anwar mahu membersihkan dirinya, inilah masa terbaik beliau menjawab semua soalan di mahkamah. Bukankah ini juga pentas terbaik untuk para peguamnya menyerang dan menjatuhkan kredebiliti Saiful (mangsa), bukti dan laporan Doktor sekaligus membebaskan Anwar.

Sekali lagi para penyokong Anwar akan mendakwa mahkamah tidak bebas biarpun sebahagian besar mereka langsung tidak boleh memahami para undang-undang melebih tiga baris awal.

Maka mereka berpegang kepada hujah-hujah logik peguam bela dan mengabaikan hujah-hujah logik pendakwa.

Untuk kumpulan ini, jika benar mahkamah tidak boleh dipercayai pun mengapa mereka tidak mahu mendengar sendiri keterangan Anwar dan keterangan Saiful serta membuat penghakiman sendiri?

Mengapa Anwar mahu mengelakkan perbicaraan mahkamah? Anwar mendapat pelbagai keistimewaan undang-undang termasuk dibenarkan bebas dengan jaminan sedangkan berdasarkan rekod pernah mengugut saksi, salah guna kuasa ke atas Polis dan kes jenayah liwat tidak memungkinkan tertuduh lain mendapat keistimewaan yang sama.

Malah bagi membolehkan Anwar membersihkan diri dari tuduhan, perbicaraan ini diadakan dalam kadar yang segera bagi ukuran kes-kes di malaysia.

Logikkah di dalam akal semua rakyat bahawa Anwar yang serba maksum dan tidak bersalah itu begitu bersungguh mengelakkan kes liwat beliau dibicarakan. Belum pun bermula perbicaraan peguam Anwar telah pun mempertahankan anak guamnya termasuk mempertikaikan bukti dan saksi pendakwa.

Mereka mahu menjalankan perbicaraan melalui media dan bukannya mahkamah untuk memberi tekanan kepada pendakwa, mangsa dan saksi.

Jika benar Anwar tidak bersalah dan percaya bukti-bukti yang ada menyebelahinya mengapa ia begitu tergesa-gesa untuk menyangkal bukti-bukti yang ada tanpa masuk ke mahkamah lagi?

Anwar, para peguamnya dan para media strategisnya sedang berusaha keras membentuk keraguan dan syak wasangka umum terhadap sistem kehakiman, perundangan dan juga kepada mangsa liwat beliau. Semua ini adalah usaha awal untuk mewujudkan anarkisme dalam masyarakat.

Akhirnya pemikiran anarki ini pasti akan diikuti dengan demontrasi jalanan dan kekecohan bagi mengalih perhatian umum dari fakta-fakta perbicaraan beliau kepada isu-isu dijalanan dan teori konspirasi ciptaannya.

Anwar, jika benar tidak bersalah, datang ke mahkamah pertahankan diri. Biar rakyat menilai fakta dan bukti kes bukannya menyebarkan pelbagai cerita separuh benar dan pelbagai kenyataan bela diri tanpa asas dan bukti yang sah.

Apa yang Anwar mahu sembunyikan? Apa bukti yang saiful ada dan Anwar tidak mahu ia terdedah di mahkamah? Mungkin inilah ketakutan sebenar Anwar yang tidak kita ketahui.

p/s: Artikel ini di CnP dari mykmu.net atas kebenaran dari penulis asalnya...artikel yang sangat menarik untuk bacaan semua...sama ada pro BN atau pro PR...cuma tajuknya saja diubah...

Wednesday, June 24, 2009

Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis : Kemaruk Seks, Pukoi Bini?


Apa kena dengan Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis ni? Sampai begini jadinya hal rumah tangga beliau. Bukanlah saya hendak "menjaga tepi kain orang", apatah lagi hal "dalam kain orang", tapi atas dasar kemanusiaan dan perilaku golongan-golongan yang mendakwa bahawa mereka "lebih Islamik" berbanding orang lain, isu ini tidak sepatutnya berlaku.

Dilaporkan hari ini mengenai tuntutan fasakh seorang ustazah, Siti Rosmala terhadap suaminya Abd. Rashid Rahman yang merupakan KETUA DEWAN ULAMA' PAS PERLIS! Ustazah Siti mendakwa hanya menerima sekali sahaja nafkah sebanyak RM300 pada September 1999 sepanjang perkahwinan mereka selama 10 tahun sehingga kini. Selain itu, Ustazah itu juga mendakwa Abd. Rahman juga selalu memukulnya (termasuk dikepala) dan dirotan atas sebab-sebab yang kecil. Ustazah yang mengajar di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang itu juga mengaku bahawa Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis itu tidak pernah lupa tentang "nafkah batin". Menurutnya, kalau boleh, tiap-tiap hari Abd. Rahman "mahu"! Malah jika "dalam pantang" sekalipun terpaksa Ustazah Siti melayan kehendak suaminya. Disebabkan tidak tahan lagi dengan suaminya itu, Ustazah Siti menfailkan tuntuan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar.

Astaghfirullahil "Azimmmm. Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis? Ketua??? Begitukah Islam PAS melindungi wanita yang dinikahinya? Begitulah layaknya layanan bagi seorang wanita Islam disudut pandangan Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis? Begitukah yang disarankan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W? Begitukah sebenarnya "warna" PAS terhadap wanita?

Jika kes ini berlaku kepada penyokong bawahan PAS, tidaklah saya hairan. Tapi kes ini membabitkan seorang individu yang diiktiraf sebagai "ulama" dan mewakili pihak yang sebagai lebih Islam dari orang lain! Beginikah rupanya ciri-ciri mereka yang "lebih Islamik" berbanding orang lain itu? Jika beginilah caranya, saya cadangkan agar buangkan sahaja gelaran "Ketua" yang ada padanya. Gelaran "ulama" pun dia tak layak!

p/s: Kesian aku tengok Ustazah Siti...hangpa tak kesian ka?

Monday, June 22, 2009

Kerjasama UMNO Kedah & Bloggers Pro-UMNO Utara.

Apakah akan menjadi kenyataan? Ini adalah di antara isu yang akan diperbincangkan pada pertemuan Bloggers Utara pada 4hb Julai 2009 ini. Saya telah dihubungi oleh pihak UMNO Kedah untuk berbincang sama ada boleh diadakan kerjasama di antara UMNO Kedah dan Bloggers Utara. Namun, saya tidak dapat memberikan kata putus memandangkan saya hanyalah sebahagian dari anggota Bloggers Utara.

Mungkinkah kerjasama ini akan terjalin? Bagaimana rupa kerjasama tersebut? Apakah Bloggers Utara akan "terikat" dengan "perjanjian bersyarat" dengan UMNO Kedah? Apakah Bloggers Utara dilihat mampu membantu memperkasakan UMNO Kedah? Apakah UMNO Kedah sanggup "tahan telinga" bila dikritik hebat oleh Bloggers Utara? Itulah di antara persoalan-persoalan yang bakal dibincangkan oleh para Bloggers Utara.

Dari itu, saya menjemput kepada semua bloggers di wilayah utara untuk melibatkan diri di dalam Perjumpaan Bloggers Utara Kali Ke-2 yang bakal diadakan pada 4hb Julai ini nanti. Di minta kerjasama kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan diri di bloggersutaraunion@yahoo.com atau meninggalkan email Dato'/Datin/tuan/puan/cik pada ruangan komen di blog saya. Janganlah risau, saya tidak akan mendedahkan identiti saudara/saudari sekelian. Tujuannya hanyalah untuk "confirmation" kehadiran, megelak dari perkara-perkara yang tidak diingini dan budget"makan-makan" yang akan disediakan. Harap saudara/saudari faham tentang kesulitan ini. Sila confirm kehadiran tuan/puan secepat mungkin memandangkan tempat adalah terhad kepada 50 individu yang pertama sahaja.

Sekian, terima kasih.

"ISLAM Channel" Bakal Wujud di Malaysia...!!!


Pada 16hb. Jun 2009, Majlis Hal Ehwal Islam negara telah bersetuju untuk mewujudkan satu saluran(channel) televisyen Islam di Malaysia. Setelah wujudnya TV1, TV2, TV3, TV9, Astro dan sebagainya. Katanya, saluran ini akan menyalurkan program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat. Di antara matlamat utamanya ialah menjadikan "Islam as the way of life".

Alhamdulillah. Satu idea dan agenda yang bernas, "genius" dan amat berfaedah kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini. Ianya dilihat sangat perlu memandangkan negara kita ini merupakan sebuah negara Islam dan agama rasminya juga adalah Islam. Selain dari majoriti rakyat Malaysia adalah Islam, saluran TV Islam ini amat perlu untuk membetulkan tanggapan negatif sesetengah pihak mengenai dunia Islam dan harapan untuk mengatasi sindrom "Islamiphobia" yang menular di seluruh dunia. Harapnya, hak-hak keistimewaan Islam seperti ini tidak mendapat "bantahan" atau mendapat ekploitasi politik dari mana-mana pihak. Saya amat pasti bahawa saluran seperti ini akan mendapat sokongan padu dari DYMM Yang DiPertuan Agong dan semua DYMM Raja-Raja Melayu.

Selain maklumat-maklumat mengenai "dunia Islam" dapat dipaparkan, saluran ini juga dapat memberikan faedah yang tidak ternilai kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain agenda mengisi ilmu di dada umat Islam, saluran ini juga dapat memperlihatkan kepada rakyat Malaysia tentang keindahan Islam yang sebenar.

Tidak dapat dinafikan bahawa saluran ini bakal membawa satu tanggungjawab yang sangat besar di negara kita. Saya menganggap bahawa saluran ini akan bertanggungjawab mempamerkan keindahan institusi Islam yang sebenar. Tiada hiburan yang "lagha" atau "melampau". Aurat penyampainya harus dititik beratkan. Pengisiannya juga harus menepati ciri-ciri Islam. Begitu juga dengan iklan-iklan di saluran tersebut hendaklah dari sumber-sumber "halaalan Thoyyiba". Bagaimana dengan perlaksanaannya nanti, kita serahkan kepada mereka yang mendapat amanah dan mandat untuk mengendalikan TV Islam ini.

Syukur kepada Allah kerana umat Islam dinegara kita bakal disajikan dengan program-program TV Islam. Saya sudah muak dengan saluran yang ada sekarang yang hanya menghidangkan hiburan semata-mata. Tidak cukup denga konsertnya, dipamerkan lagi dengan Akademi Fantasia, Mentor, Jangan Lupa Lirik, One In A Million, Tom Tom Bak, Bang Bang Boom, Juara Lagu dan banyak lagi. Itu belum lagi dikira dengan penyampai dan pengacara yang terkinja-kinja tidak menutup aurat bagai yang sepatutya. Sedihnya, program-program sebegitu dipenuhi dengan umat Islam dan golongan muda mudi Islam yang terkinja terhegeh-hegeh didepan "stage"! Itukah ciri-ciri generasi Islam masa kini? Entahlah...terlampau banyak hiburan kadangkala mampu melupakan mereka tentang solat. Program bermula jam 9 malam, tapi pukul 7 malam sudah terpacak di depan pintu masuk, solat ke mana, pergaulan bukan muhrim ke mana. Yang ada cuma keseronokan dan kepuasan nafsu di minda. Harapnya TV Islam mampu menarik minat mereka-mereka yang disebutkan tadi.

Wallahu'alam.

p/s: Jangan hangat-hangat tahi ayam, sudahhhh....jangan pulak kualitinya macam RTM tu...tak ramai yang minat nak tengok...kualitinya biarlah setanding dengan TV3 atau Astro...baru ada "tenaga"! hehehhehhe...jangan marah RTM noooo...hakikat!

Sunday, June 21, 2009

Menatap Potret Nik Aziz Pun Dapat Pahala?


"Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz." - Harakah (Wan Rahim, Penasihat Jentera Operasi PRK Manek Urai PAS).

Benarkah seakan-akan mendapat pahala apabila menatap gambar Nik Aziz? Alangkah besarnya karamah yang ada pada manusia ini. Nik Aziz hanyalah hamba Allah, namun benarkah dakwaan imam masjid di Manek Urai tersebut? Bagaimana pula seorang imam masjid boleh berkata demikian?

Nampaknya, begitu taksub sekali penyokong PAS terhadap Nik Aziz. Besar sekali Nik Aziz dipandangan pengikutnya sehinggakan boleh diberi pahala jika menatap potret Nik Aziz. Setahu saya, Ayatollah Khominie di Iran yang banyak pengikut itu pun tidak diberikan "takzim" sebegini. Gambar pemimpin agung revolusi Iran itu tidaklah mendapat pahala jika ditatap. Nampaknya Nik Aziz lebih hebat dari Khominie.

Malangnya kenyataan ini dikeluarkan dari mulut seorang imam masjid. Individu sebeginikah yang dilantik menjadi imam masjid oleh kerajaan PAS. Tidak terpesongkah aqidah seorang Islam yang mendengar kata-katanya sebegitu? Itukah imam masjid yang diharap memberi ilmu agama, tapi kini memberikan ilmu politik sesat PAS kepada umat Islam di qariahnya? Malang sungguh anak qariah masjid yang berimamkan seorang individu seperti imam tersebut.

Wan Rahim pula bagaikan bangga teramat sangat sehingga "terkejut" dengan dakwaan imam pasjid tersebut. Sepatutnya Wan Rahim patut menegur imam masjid tersebut. Dan seeloknya dipecat sahaja imam tersebut dari terus mengeluarkan "fatwa" karut! Begitulah PAS, matlamat mereka nampaknya menghalalkan cara mereka berkempen, walaupun bertentangan dengan Islam.

Sedih, tapi benar. Itulah yang berlaku di Manek Urai. Tiada lagi rasional dihati mereka. Taksub dan agungnya Nik Aziz tidak dapat dipisahkan lagi dari hati mereka. Malah otak mereka pun tidak dapat berfungsi untuk memikirkan kebenaran dan kebatilan. Benarlah bagai dikata, apabila hati sudah berkenan, ada akal pun tidak berguna! Berkawan dengan syaitan pun dihalalkan. Dan kini, melihat potret Nik Aziz pun dipercayai memperoleh pahala! Astaghfirullahil'azim.

Wallahualam...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!