Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 19, 2009

Pak Malau Dedah Pekung Che Had?

Pak Malau dah buat pendedahan awal tentang Kes Balak yang dia dok cerita sebelum ni. Kat atas tu ialah salinan report polis "breech of contract" yang dibuat oleh pihak CH Lim terhadap AY Trading. Mana dia dapat salinan report ni, hat tu kena la tanya Pak Malau. Anyway, kewujudan report polis ni mendedahkan bahawa dakwaan Pak Malau ada benarnya. Kesian Pak Malau, sebelum ni macam-macam depa dok kutuk dia pasai kes Balak Che Had & the Geng ni.

Nampaknya lepas ni ada la yang "panaih punggung"! Bukan la niat Pak Malau ni nak membuka pekung sesapa, tapi aku melihat pendedahan ini hanyalah untuk men"celik"kan mata rakyat Kedah. Pak Malau dah dedahkan "the true colours" Kerajaan PR Kedah. Memandangkan report polis dah dibuat, maka tak heran la kalau "individu-individu" yang terlibat tu di"transfer" untuk menutup "lubang busuk" yang depa dah buat! Hmmmm...Pak Malau kata, lepaih ni dia akan teruskan lagi pendedahan dokumen-dokumen tarbabit dengan kes ni...hehehhe...macam P.I la pilak Pak Malau ni...kalau rambut Pak Malau kerinting panjang, bulah la pi mintak kerja kat TV3, buleh ganti Abang Rambut Ketak tuuu....

Apa-apa pun, kita nantikan lagi pendedahan Pak Malau lepaih ni....Aku tunggu jer...mari kita tengok siapa yang kenaaaa....hehehhehe...

Sumber : Click tang ni

Kerajaan Perpaduan: "Kerajaan Madinah Alaf Baru".


Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Itulah respond dari pemimpin politik tentang "Kerajaan Perpaduan" yang diilhamkan oleh Hj. Hadi Awang, Presiden PAS. Dan hasil awal dari ilham tersebut menjadi panas sehingga PAS terpaksa membuat pendekatan "diam diri" dari membuat kenyataan tentangnya. Hakikatnya, isu ini tidak dapat lagi untuk dibendung memandangkan isu ini telah hangat menjadi perdebatan dikalangan pemimpin politik dan akar umbi diseluruh negara.

Apa manfaatnya "Kerajaan Perpaduan" ini? Apa untungnya? Adakah ianya menguntungkan sebelah pihak dan sebelah pihak lagi akan mengalami kerugian? Apa impaknya pada umat Islam di Malaysia? Dan apa pula impaknya pada rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia ini? Pernahkah kita terfikir tentang apa yang akan berlaku jika terpatrinya "Kerajaan Perpaduan"? Ada yang mengatakan bahawa "Kerajaan Perpaduan" membawa maksud perpaduan di antara parti politik terbesar di Malaysia. Ada pula menyatakan bahawa ini adalah "Kerajaan Perpaduan" di antara PAS dan Kerajaan BN. Hakikat yang sebenar, hanya Allah dan pencetus isu ini sahaja yang tahu, tak kiralah sama ada Hj. Hadi, Nasharudin atau Dewan Ulama' PAS.

Sedarkah kita bahawa banyak manfaat yang umat Islam dan sekelian rakyat jelata akan nikmati hasil dari "Kerajaan Perpaduan" ini? Berikut adalah diantara manfaat yang akan kita semua nikmati jika terpatrinya "Kerajaan Perpaduan PAS dan BN":

  1. Menyatukan Ummah, di mana umat Islam yg terpisah "hanya" kerana fahaman politik akan bertaut kembali menjadi satu, selepas lebih 50 tahun terpisah.

  2. Kerajaan BN akan menjadi lebih mantap dengan mendapat sokongan yang lebih majoriti di dalam parlimen dengan menguasai lebih dari 2/3 majoriti. Ini bererti, sebarang penggubalan atau pindaan rang undang-undang atau perlembagaan adalah mudah untuk digubal bertepatan dengan perubahan zaman.

  3. PAS akan dapat berkhidmat diperingkat pusat dengan perkongsian kuasa dengan BN. Maksudnya, PAS juga akan berpeluang untuk melaksanakan dasar-dasar yang diperjuangkannya selama ini.

  4. Senario politik Malaysia akan menjadi lebih stabil dan mengurangkan huru-hara yang cuba dipraktikkan oleh Bapa Huru-Hara Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan DAP. Mereka inilah pertualang besar negara yang sering menimbulkan kekacauan di seluruh negara.

  5. Kestabilan politik yang bakal dikecapi negara akan membantu pertumbuhan ekonomi yang sedang merudum sama akibat krisis ekonomi global.

  6. Dasar perpaduan umat Islam ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara saudara seagama yang selama ini bercakaran sesama sendiri. Pertelingkahan UMNO dan PAS sebelum ini menjadi "bahan jenaka" beberapa kelompok manusia bajingan sama ada di dalam negara dan diluar negara.

  7. UMNO dan PAS akan seling melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai kelebiha/kekurangan dan masing-masing akan mengisi "ruangan kosong" atau "lubang" kelemahan antara satu sama lain.

  8. PAS akan terlepas dari menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP yang mempergunakan kekuatan PAS demi kepentingan politik mereka, tapi dalam masa yang sama, mereka menyekat dasar-dasar PAS dan kebebasan PAS untuk melaksanakan dasar tersebut. Semua keputusan haruslah mendapat persetujuan PKR dan DAP. PKR dan DAP kini bagaikan "boss" kepada PAS.

  9. "Kerajaan Perpaduan" dapat mengetengahkan potensi ulama' dalam pembangunan negara dengan lebih praktikal berbanding sebagai pembangkang di Dewan Rakyat. Sudah pasti dasar Islam yang PAS bawa mendapat tentangan hebat dari DAP yang terang-terangan menolak Islam.

  10. Dapat membantu UMNO dalam membangunkan muamalah Islamiyyah di dalam mengisi pembangunan sosial negara.

  11. "Kerajaan Perpaduan" akan menjadi satu kerajaan yang kuat dimana ianya membantu melindungi negara dari ancaman subversif dari pihak proxy Yahudi dan konsep "Malaysian Malaysia" yang bertentangan dengan perlembagaan negara.

  12. "Kerajaan Perpaduan" menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dimana umat Islamnya bersatu (walaupun berlainan parti) bagaikan sebuah model "kerajaan madinah" di zaman kegemilangan Islam dahulu. InsyaAllah!

Pastinya PKR, DAP dan pihak Erdogan PAS akan "menyinsing lengan" menolak kewujudan "Kerajaan Perpaduan". UMNO dan BN percaya bahawa PAS, Presiden PAS dan Timbalannya amat ikhlas dalam perkara "Kerajaan Perpaduan" ini. Hanya individu yang "diracuni" oleh Anwar dan Erdogan PAS seperti Nik Aziz sahaja yang tidak setuju. Nik Aziz mengatakan bahawa Hj. Hadi dan Timbalannya "salah" dalam membuat keputusan ini. Kata Nik Aziz, "mereka juga manusia biasa yang ada membuat salah dan silap". Persoalannya, apakah salah jika mengusahakan penyatuan umat Islam di Malaysia walaupun berbeza sedikit fahaman politiknya? Berdosakah? Hukum mana yang Nik Aziz pakai? Tahukah Nik Aziz bahawa dia juga manusia biasa yang tidak terlepas dari kelemahan melakukan kesilapan dan kesalahan. Dan ini adalah salah satu contoh terkini kesalahan Nik Aziz mengeluarkan "fatwa" peribadi yang berbaur kepentingan politik dan bertentangan dengan seruan Allah agar umat Islam bersatu sesama mereka. Nik Aziz harus sedar bahawa dia bukan Nabi atau Rasul yang mempunyai sifat "maksum"! Ikhlas lah sedikit Nik Aziz...

Ayuh! Hj. Hadi, Ust. Nasha dan lain-lain pemimpin-pemimpin PAS mahupun di pihak UMNO/BN, kita bersatu demi umat Islam di negara kita. Buangkan ego dan kepentingan politik dunia demi penyatuan yang amat ditunggu-tunggu seluruh umat Islam Malaysia ini. Individu yang tidak menyokong perpaduan ini pastinya mempunyai "udang di sebalik batu"! Teruskan usaha kita kearah perpaduan dan jadikanlah Islam sebenar itu sebagai sumber rujukan hidup kita. Nik Aziz, Anwar atau DAP bukanlah sumber rujukan kita!!!

p/s: jika ada yang nak tambah manfaat "kerajaan perpaduan" ini...silakan...

Tuesday, June 16, 2009

Nizar memang tak senonoh!


Nizar oh! Nizar...Tak abih-abih dengan perangai tak senonoh! Barangkali tahun ni..."tahun tak senonoh Nizar" kot? Baru ja lepaih angkat sumpah, bukan main lagi sumpah qasamnya...bersaksikan Allah lagi...lepas tu buat perangai tak senonoh! Ada ka patut mamat samdol tu pi jerit "bubarkan DUN Perak!" dan "hidup rakyat" kat tengah-tengah dewan hanya selepas dia angkat sumpah? Ada ka patut lagu tu? Macam orang gila pulak aku tengok perangai Nizar ni. Dia gila isim ka???

Dia nak bubar DUN kaaa...nak bubar apa bala sekali pun, guna la saluran yang betoi! Dia ingat dengan jerit lagu tu, maka DUN Perak tu akan bubar ka??? DUN Perak tu dengaq ka kata dia? Nizar dah takdak majoriti dalam DUN Perak...sedaq la diri tu sikit! Nizar ingat DYMM Sultan Perak nak ka dengaq kata dia? Aku rasa DYMM Sultan pun dan menyampah nak tengok muka Nizar ni...dah la hari tu mohon derhaka kat DYMM Sultan Perak, lepaih tu nak pujuk pulak baginda untuk bubar DUN? Ingat DYMM Sultan tu bodo macam dia ka??? DYMM Sultan Perak dan Raja Nazrin tu educated dan bergeliga orangnya! Baginda bijak mengenal mana intan mana permata yang akan menerangi hidup rakyat Perak. Baginda bijak menilai memilih siapa yang membela anak bangsa rakyat dan siapa pulak yang hanya jadi "puppet"!

"Hidup rakyat!" Itu la yang Nizar jerit kat tengah-tengah Dewan Rakyat tu. Kononnya dia sorang je la yang dok bela rakyat selama ni. Woi Nizar! Tak kira YB tu dari Kerajaan atau pembangkang, YB tu kerjanya memang membela rakyat dan parlimen yang depa wakili laaa...tak payah nak tunjuk jaguh nak membela rakyat laaa...baru berapa minit jadi YB kat Dewan Rakyat dah nak tunjuk belang! Apa yang Nizar dah bela rakyat dalam parlimen sebelum ni? Habuk pun tarak! Ini baru pertama kali dia ada kerusi kat parlimen tu, mana ada dia bela rakyat lagi. Dah la baru masuk, dah nak belagak macam hero? Pirrrraaaamabukjauhjauhhh!!!

Nizar. Bela rakyat bukan lagu tu caranya. Nak bela rakyat, hang kena guna cara yang betoi. Dewan yang hang dok berdiri dalamnya tu namanya Dewan Rakyat, bukan "bawah pokok"! Hang buleh beza dak antara Dewan dengan "bawah pokok"? Takkan hang dok teringat Sivakumar lagi kot? Speaker Dewan Rakyat bukan Sivakumar tu laaa...ni Dewan Rakyat! Hang sedaq dak ni? Ka dok mamai lagi? Tu Pandikar Amin Mulia laaaa...kan dah kena gantung 2 hari! Nasib baik Pandikar gantung 2 hari jaaa...kalau Pandikar tu jadi pendekar, habih hang kena tabuh kaw-kaw punya! Dari dok elok-elok buleh bela rakyat Bukit Gantang, teruih tak buleh bela rakyat...sampai 2 hari pulak tu! Sapa yang rugi? hang ka rakyat? Rakyat Bukit Gantang la yang rugi...pasai wakil parlimen depa kena gantung akibat berkelakuan tak senonoh! Nizar, baik hang pi mintak maaf kat rakyat Bukit Gantang pasai hang "tuang" kerja...

Nizar ni memang tak serik-serik buat perangai tak senonohnya. Dari DUN Perak...membawa ke Dewan Rakyat! Matang la sikit Nizar. Hang tak malu kat anak bini hang atau rakyat jelata tu pun, malu la sikit kat Allah...Allah berikan hang akai untuk berpikiaq. Pikiaq la cara yang elok dan beradab supaya nasib rakyat Bukit Gantang tu terbela. Kalau hang guna cara lagu tu, semua orang meluat tengok. Hang dengan kawan-kawan hang tu pun sekodi laaaa...Kawan-kawan hang tu tak la malu sangat pasai depa tak payah jerit tengah-tengah dewan, tapi hang jugak yang malu besaq! Lain la kalau hang takdak perasaan malu dah dalam hidup hang. Nizar, aku rasa hang dah kena "ragging" dengan seniour pembangkang laaa...selalunya seniour suka ragging juniour macam hang ni...hehehhhe...naya jaaa...fisrt day lepas angkat sumpah, teruih kena gantung! kan naya!

Tu laaa...berkawan lagi dengan "setan"...setan ni banyak jenih...ada setan yg kita tak nampak...ada jugak setan dari kalangan manusia...bila hang dah berkawan dengan setan ni, maka hang akan mudah terpengaruh buat benda-benda tak senonoh! Jangan la dengaq kata mursyidul am hang tu...dia tu bukannya betoi sangat pun...dia bukan kesah sangat pasai Islam, yang dia kesah ialah pasai kawan barunya DAP & PKR...dulu Nik Aziz jugak tuduh DAP tu setan. La ni dia pi kawan pulak dengan setan...tu yang keluaq "fatwa" mengarut dari dia tu!

Udah-udah la tu Nizar. Buang la perangai tak senonoh hang tu...buat malu orang Islam kita jaaaa. Depa yang bukan Islam kat keliling hang tu dok gelak kat belakang hang, hang tau dak? Err..mesti la hang tak tau pasai depa dok belakang hang. Tu yang aku habaq kat hang tu...supaya hang sedaq! Jangan dok anggap depa tu "suka" kat hang...kalau la hari tu depa buleh jadi MB kat Perak, hang pun depa pijak! Udah-udah la tu Nizar oi...akhir kata...aku sampaikan apa yang Koperal Sinki kata kat Al-Juburi kar hang.."Nizar... harus bertobat!"

Wallahua'alam...

Monday, June 15, 2009

Nasihat Nik Aziz: "Tumpahkan Darah Saudara SeIslam"!


Perkembangan Pilihanraya Manek Urai di Kelantan bakal mencetus "pertumpahan darah". Begitulah "fatwa" terbaru dari Nik Aziz, mursyidul am PAS yang dikatakan "maksum". Nik Aziz dengan bangganya menyeru supaya usaha mempertahankan DUN Manek Urai walaupun terpaksa "bertumpah darah"! "Gedebe" nampaknya MB Kelantan ini, amat bersesuaian dengan dakwaannya bahawa Allah itu juga bersifat "Al-Gedebe". Begitulah "fatwa" terbaru versi "Islam Nik Aziz".

Jelaslah Nik Aziz cuba menerapkan nilai "jihad" di dalam hati sanubari PAS dalam usaha "perang"nya kepada UMNO. Mungkin bagi Nik Aziz, UMNO adalah sebuah bangsa "kafir" yang harus diperangi sebagaimana di zaman kegemilangan Islam ketika perang Salib dahulu. UMNO baginya harus ditentang walaupun sehingga ke titik darah yang penghabisan. "Darah" ahli-ahli UMNO ini adalah "halal" baginya. Mungkin pada masa akan datang, Nik Aziz akan mengeluarkan "fatwa" terbarunya yang mendakwa bahawa "UMNO adalah murtad"! Begitulah bencinya Nik Aziz kepada UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Astaghfirullahil 'Azim. Begitu sekali tanggapan Nik Aziz kepada UMNO dan ahlinya. Sedarkah Nik Aziz ketika membuat kenyataan tersebut? Atau beliau sedang "mamai" baru bangun tidur? Waraskah Nik Aziz? Tidakkah Nik Aziz lihat dan sedar bahawa UMNO sudah, sedang dan akan terus memperjuangkan nasib Islam, bangsa dan negara ini? Apakah Nik Aziz sudah "buta hati"nya untuk melihat pembangunan dan dasar-dasar Islam yang diterapkan di Malaysia, hasil perjuangan UMNO. Apakah di Singapura wujud Majlis Agama Islam, Perkim, Tabung Haji dan sebagainya, sebagaimana wujudnya semua itu di Malaysia sehinggakan Nik Aziz menghukum bahawa Singapura itu lebih "Islamic" berbanding Malaysia? Nik Aziz, apakah tuan sudah di"buta"kan Allah tanpa hidayah dariNya?

Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa dirinya kini sedang berkawan dengan "syaitan"? Syaitan yang difirmankan Allah sebagai ""aduwwun mubinnn"! Apakah Nik Aziz telah terpesong akibat hasutan "syaitan-syaitan" yang mengelilinginya sehingga mahu menumpahkan darah saudara seIslam sendiri? Tidakkah Nik Aziz sedar bahawa dia kini berada sekapal dengan kuffar yang terang-terangan menolak Islam? Bukankah Karpal dan Lim Kit Siang tidak sekali-kali mahukan Islam ditegakkan Malaysia. Bukankah Anwar juga mempunyai dasar "Islam" yang dianjurkan oleh Yahudi dan US? Bukankah puak-puak kuffar itu tidak akan sekali-kali redha selagi umat Islam di Malaysia ini tidak mengikut jari telunjuk mereka? Saya sedar bahawa tuan Nik Aziz berilmu agama yang tinggi, namun ilmu itu tuan selewengkan dengan sikap "riak" dan "ujub" sehingga "menghalalkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar". Matlamat tidak menghalalkan cara, wahai "tuan guru"!

Berbaloikah Nik Aziz menganjurkan permusuhan sesama umat Islam di Malaysia ini demi kepentingan politiknya? Hj. Hadi dimarahnya dengan "nasihat" hanya semata-mata memberi idea untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia yang terpisah akibat fahaman politik. Kononnya, Hadi hanyalah Presiden kepada sebuah parti politik dan tidak terkecuali dari silap dan salah dosa. Bagaimana pula dengan Nik Aziz sendiri? Takkanlah semata-mata bergelar "mursyidul am" PAS, maka dirinya kebal dari membuat keputusan yang silap dan salah? "Maksum"kah Nik Aziz? Jangan pula nanti mendakwa bahawa dirinya adalah seorang "Rasul" pula!

Saya melihat bahawa "nasihat" Nik Aziz ini tidak lebih dari usaha untuk memecah belahkan sesama umat Islam di Malaysia. "Nasihat" ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Mungkin inilah hasilnya bila berkawan dengan "syaitan". Tidak kiralah sama ada "syaitan iblis laknatullah" atau "syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia". Kami warga UMNO akan terus menganggap bahawa PAS dan ahli-ahlinya adalah saudara seagama kami sendiri walaupun berbeza pandangan politik. Demi Islam, kami tidak sanggup menumpahkan darah saudara seIslam kami walaupun demi dunia dan politik. Kami beragama Islam dan bukan beragama UMNO atau PAS! Fahamilah wahai Nik Aziz dan ahli-ahli PAS, kita semua adalah saudara!

Sunday, June 14, 2009

Anwar, Chin Peng dan Israel Tiada Bezanya.


Pengkianat bangsa! Itulah yang boleh dikatakan apabila mendefinisikan Anwar Ibrahim, De Facto "Perosak Rakyat" atau lebih dikenali sebagai PR. Lihatlah betapa Anwar itu tidak prihatin kepada rakyat Malaysia, dibenarkan Chin Peng seorang penjenayah perang itu kembali ke Tanah Malaysia.

Tidakkah Anwar sedar bahawa berapa ribu nyawa yang melayang dibawah "tangan" Chin Peng? Sedarkah Anwar berapa ribu keluarga yang terpaksa hidup susah yatim piatu gara-gara pengkhianat seperti Chin Peng? Itu belum lagi dikira beribu perajurit yang cacat kekal akibat huru hara Chin Peng ini!

Penkhianat akan berpihak kepada pengkhianat. Sehati sejiwa. Chin Peng khianat dengan caranya yang ganas didalam hutan, Anwar juga khianat dengan caran "ganas"ya yang tersendiri. Ini pernah diakui oleh Mat Sabu sendiri. Dari bab kronisme, nepotisme, korupsi dan sodomisme, sehinggalah kepada proksi yahudi, sokongan kepada huru hara demonstrasi dan seorang perosak minda rakyat, itulah Anwar.

Chin Peng boleh dikategorikan sebagai penjenayah perang. Namanya sebaris dengan Slodovan Karadzic, Stalin dan Ariel Sharon. Bagaimana hendak dimaafkan individu seperti ini yang bertindak secara tidak bertamadun kepada manusia. Anwar menggunakan sentimen China yang di"maaf"kan dunia. Sememangnya China dimaafkan kerana yang melakukan "dosa-dosa silam" itu adalah generasi sebelum-sebelumnya. Manakala Chin Peng masih hidup dan sesungguhnya dialah punca yang melakukan segala kerosakan di zaman komunis dahulu.

Barangkali Arwah Hj. Ibrahim, ayah kepada Anwar tidak dipotong kaki atau tangannya oleh Komunis Chin Peng dahulu. Atau mungkin ayah dan ibunya dahulu tidak dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup oleh komrad-komrad Chin Peng, sebab itulah Anwar bisa memaafkan Chin Peng. Andai kata ayah atau ibunya dicacatkan atau dibunuh oleh Chin Peng, mungkinkah Anwar memaafkannya? Jikalah begitu, rasanya Chin Peng sudah lama mati di Siam, mati ditangan agen Mossad arahan "Anvar Abrahem"!

Memaafkan Chin Peng adalah sama dengan memaafkan Isreal yahudi laknatullahi alaihim. Tiada bezanya kekejaman Chin Peng dan Israel. Kedua-duanya pembunuh dan penceroboh agama, bangsa dan negara. Bezanya hanyalah tempat yang berlainan! Perlakuan kejahatannya tetap sama. Sudikah anda semua memaafkan Israel begitu sahaja?

Itulah "dasar" yang bakal dibawa oleh Anwar jika dia memerintah Malaysia. Habis ditolaknya sensitiviti agama, bangsa dan negara, demi nafsu serakah peribadinya yang gilakan kuasa. Kuasa memerintah sebagai Perdana Menteri. Anwar akan terus merosakkan Malaysia demi kepentingan peribadinya seumur hidup. Kecualilah Allah memberikan hidayah kepadanya. Semoga "hidayah" Allah itu akan diberikan terlebih dahulu kepada penyokong-penyokong tegarnya. "Celiklah" anda-anda semua sebelum anda semua "dijual" oleh pengkhianat bangsa yang bernama Anwar Ibrahim ini! InsyaAllah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!