Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 11, 2009

Nik Aziz Hangin Kat Hj. Hadi & Nasha!


Waaaaa..! Marah benar Nik Aziz dengan saranan Presiden dan Timbalan Presiden PAS! Nampaknya Nik Aziz dah hangin satu badan. Takut juga kalau di"tomoi"nya Hadi dan Nasha tu. Maklum lah...sejak-sejak berkawan dengan "syaitan" ni, Nik Aziz dah jadi lain macam! Kejap jadi elok, kejap jadi "hulk". Tapi selalunya dia jadi "Hulk" la. Asyik jadi "hijau" je kiranya. Tahulah hijau tu warna rasmi PAS...hehhehe..pi amik wudhu dulu tok guru!

Nik Aziz dah keluar kenyataan. Katanya "siapa yang sokong kerajaan perpaduan tu BONEKA UMNO". Maknya, siapa yang cadangkan kerajaan perpaduan tu adalah BAPA BONEKA UMNO? Hadi tu Presiden yang kalahkan dia dalam muktamar PAS baru-baru ni. Nik Aziz tak cukup pencalonan pun untuk bertanding! Nampaknya Nik Aziz dah "lawan tokey" secara terang-terangan. Dah takdak "syura-syura" dah! "Syrup" ada la kot? Dah tak tertutup dah marahnya pada Hadi Awang dan Nasharudin. Rasanya, kalau dua orang tu ada kat depan dia, mahu ditunjal-tunjalnya dahi kedua pemimpin tertinggi PAS tu. Dah hilang rasa hormatnya pada Hadi dan Nasha!

Macam tu ke akhlak ulama mursyidul am PAS? Macam tu ke akhlak Islamiyyah Tuan Guru? Layak ke dia bergelar macam tu? Itu ke idola PAS? Itu ke icon PAS? Itu ke yang dok keluarkan fatwa menghalalkan "mencarut" dengan alasan Allah juga menyebut perkataan "sulit" di dalam Al-Quran (sedangkan firman Allah itu untuk menunjukkan hukum dan mualamah, bukan nak maki orang!). Itukah ulama yang diagong-agongkan selama ini oleh PAS? Itukah ulama PAS yang manganjurkan "berkawan dengan syaitan" demi menjatuhkan sesama saudara seIslam? Dan itukah ulama yang menjanjikan "tiket ke syurga" kepada mereka yang memangkah PAS pada setiap kali pilihanraya? Entah-entah, dirinya sendiri pun belum tentu ke syurga. Mungkin Allah ingin menunjuk, inilah ulama akhir zaman!

Dan kini, NIK AZIZ MEMBANGKANG BERSATUNYA UMAT ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA? Sungguh mengaibkan akhlak Mursyidul Am PAS ini. Agaknya, inilah balasan Allah pada orang yang mengaku ulama, tapi menipu rakyat dengan keperibadiannya. Mungkin inilah juga balasan Allah kepada orang yang menganjurkan supaya umat Islam Melayu di Malaysia ini berkawan dengan "syaitan". Syaitan yang sememangnya iblis syaitan di dalam Al-Quran dan "syaitan-syaitan" yang kini menjadi rakan peluknya di dalam Pakatan Rakyat, sehingga Allah pun dia lupa! Apa jenis manusialah yang menentang perpaduan umat Islam Melayu ni???!!!

Tuesday, June 9, 2009

PR Selangor Jual Tanah Wakaf Perkuburan Islam


Sungguh mengejutkan apa yang berlaku di Selangor, sebuah negeri maju yang ditadbir kini oleh Pakatan Rakyat. Saya tidak dapat menerima keputusan Kerajaan "pembela rakyat" yang begitu "berkebajikan" sehingga sanggup menjual tanah wakaf perkuburan Islam! Tanah wakaf perkuburan itu khabarnya dijual kepada satu persatuan orang-orang Cina hanyalah kerana sebuah dewan yang didirikan secara haram di atasnya.

Dewan Orang Ramai kaum Cina itu telah lama didirikan di atas tanah wakaf tersebut. Pada tahun 2007, pihak kerajaan BN Selangor telah membuat keputusan untuk mengalihkan Dewan Orang Ramai kaum Cina yang didirikan secara haram itu ke satu tapak perkuburan Cina yang berdekatan. Malangnya, keputusan itu tidak dapat dilaksanakan akibat kekalahan Kerajaan BN Selangor pada PRU 12 yang lalu.

Bermula dari detik itulah, maka "pencabulan" terus dilakukan di tanah wakaf perkuburan Islam itu. Malah menurut sumber, tanah wakaf perkuburan Islam seluas 4 ekar itu telah "dijual" kepada persatuan kaum Cina tersebut! Bolehkah tanah wakaf "dijual"? Hukum hakam Islam mana yang membolehkan tanah wakaf dijual sesuka hati? Apakah kini Hasan Ali telah mengeluarkan "fatwa" baru berkenaan perkara ini?

Apakah PAS Selangor tidak mampu bersuara mengenai perkara ini? Atau PAS Selangor hanyalah sekadar "boneka" di dalam Kerajaan PR negeri Selangor? Jika PAS Selangor tidak bersetuju dengan isu ini, apakah Hasan Ali "dipaksa" bersetuju dengan keputusan Exco Kerajaan Negeri Selangor ini? Apakh ini adalah salah satu "episod" PAS sebagai "kuda tunggangan" PKR dan DAP? Apakah PAS kini "hilang taringnya" apabila berdepan dengan Khalid dan Teresa Kok? Di mana "taring" yang kononnya "memperjuangkan" Islam dan kepentingannya? YB Khalid Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor pun "kecut perut" berhadapan isu sebegini? Dan merelakan hak umat Islam terus "dicabul"?

Dikhabarkan juga penduduk Kg. Kebun Bunga, Batu 3 Shah Alam amat kecewa akan tindakan "pembela rakyat" ini. Mereka dikatakan amat menyesal kerana "tertipu" oleh lakonan pihak PKR, DAP dan terutamanya PAS. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kini nyatalah bukti bahawa PR hanyalah sebuah "pakatan rosak yang merosakkan".

Saya amat berharap agar rakyat sedar akan "penipuan" demi "penipuan" yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. PKR dengan retorik palsu yang menghancurkan negara, DAP dengan slogan "Malaysian Malaysia" yang menafikan hak-hak bumiputera dan PAS sebagai "melukut ditepi gantang" sekadar "boneka" kepada PKR dan DAP, terpaksa "mengangguk kepala" walau dasar dan perjuangannya salah dan bertentangan dengan perjuangannya sebelum ini. Ust. Azizan, saya berharap agar perkara ini tidak berlaku di Kedah!

Sumber: klik disini

Sunday, June 7, 2009

Usul PAS VS Anwar?


Di tengah-tengah kehangatan Mukatamar PAS 2009, pelbagai cerita yang timbul. Tewasnya calon "erdogan" untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, menangnya calon-calon "erdogan" untuk ketiga-tiga jawatan Naib Presiden PAS, dan begitu juga dengan usul-usul konstroversi yang memeningkan kepala Presiden PAS, Hadi Awang.

Dewan Pemuda PAS menegaskan supaya menggesa pihak Kerajaan Malaysia mengekalkan ekuiti 30% bumiputera untuk mengimbangi gagasan ekonomi negara di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Kumpulan "buih pepsi cola" ini mendesak agar kepentingan bangsa Melayu ini dipertahankan? Bukankah ekuiti 30% itu sebahagian dari perencanaan DEB dan membuktikan bahawa pihak kerajaan sebelum ini begitu peka terhadap kepentingan hak istimewa orang-orang Melayu? Dan sekarang, apakah mereka baru hendak mengajar Kerajaan untuk bertindak sedemikan? Kerajaan sudah melaksanakan dasar itu berabad lamanya, apakah kini baru "buih pepsi cola" baru hendak bersuara?

Begitu juga ceritanya dengan usul menggesa kerajaan untuk mewujudkan kembali Kemeterian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD) yang dipersetujui di Muktamar kali ini. Usul ini juga mencetus konstroversi sama ada kepada pihak kerajaan dan Pakatan Rakyat. Pihak Kerajaan yang dibangkang selama ini telah memansuhkan MeCD sebelum ini, namun telah "menyerapkan" dasar DEB itu dibawah beberapa kementerian. Apakah dasar kerajaan ini pun sukar difahami oleh PAS?

Dasar DEB ini telah lama telah dilaksanakan kerajaan Malaysia. Banyak yang telah dilakukan kerajaan demi kepentingan orang-orang Melayu dan bumiputera. Pelbagai dasar ini dilaksanakan kerajaan demi memastikan hak-hak keistimewaan Melayu tidak hilang dibumi tanahair sendiri. Namun, inilah yang dinafikan oleh PAS selama perlaksanaan dasar ini. UMNO dikatakan "assobiyyah", kronisme, nepotisme dan sebagainya. Sedangkan mereka tidak sedar berapa ramai dari kalangan mereka yang kaya raya dengan dasar ini. Mereka lupa semua kata itu muncul dari "individu" yang kecewa kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian. Dan individu itu tidak lain tidak bukan ialah Anwar Al-Juburi!

Lupakah pihak PAS bahawa Anwar yang mereka sokong itulah yang mahu menghilangkan hak-hak keistimewaan mereka di tanahair sendiri? Hilang ingatankah mereka? Bukankah selama ini Anwar itulah manusia yang "menyalak" mahu DEB dihapukan dari Malaysia. Bukankan itu "hak kesamarataan" yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat? Kononnya dasar DEB itu "zalim"? Bodohkah mereka ini sehingga tidak mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk? Bukankah usul-usul ini bertentangan dengan "salakan" ketua yang mereka "kasihi" iaitu Anwar Al-Juburi?

Usahlah cuba menipu diri sendiri. Usahlah mementingkan ego diri sendiri sehingga menafikan yang "haq" dan mempromosikan yang "batil". Usahlah tertipu dengan "laungan" proksi yahudi itu lagi. Berkasih-kasihanlah dengan saudara seIslam dan bertegaslah dengan kuffar. Jika kami silap, tegurlah kami dengan kasih dan sayang. Dan jika kamu silap, tak perlulah kami menempelak, kami akan tegur dengan cara yang berkhikmah dan cara yang elok. Bukankan kita diwajibkan sebegitu oleh Islam. Janganlah ego diri sendiri meranapkan ukhuwah sesama kita. InsyaAllah, segalanya akan kembali indah di Malaysia.

Husam Semakin Masam!!!



Bertambah "masam"lah si Husam "erdogan". Rentetan kepada kekalahan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, Husam dilihat semakin kelam. Entah apa pula hendak dia laporkan kepada "boss"nya akibat kekalahannya kepada Nasharudin. Entah apa alasan yang hendak diberikan. Apapun hakikatnya, pihak "erdogan" telah tumpas pada pemilihan PAS kali ini.

Telah terbukti bahawa akar umbi PAS terlebih dahulu menghidu "bau busuk" pihak "erdogan" di dalam PAS. Ternyata "erdogan" masih lagi tidak dapat menembusi kubu para "ulama" politik PAS. Masih ampuh pertahanan politik golongan "ulama" PAS pada pemilihan kali ini. Entah sampai bila akan dapat "ulama-ulama" itu bertahan? Mereka semakin uzur dan dimamah usia. Selepas itu, siapa pula yang akan "menyekat" pengaruh "erdogan Al-Juburi" di dalam PAS.

Si Husam semakin masam. Pada satu sidang akhbar, Husam mengadu domba. Ada beberapa "element" yang menyebabkan kekalahannya kali ini. Salah satunya ialah pendiriannya yang menentang usul Presiden PAS untuk menuju ke arah kerajaan Perpaduan. Hadi dan Nasharudin dilihat sangat beriya-iya dengan usul ini. Hadi menerangkan bahawa kerajaan Perpaduan adalah demi menyelamatkan keadaan politik negara dan keutuhan politik yang bakal dibina dilihat mampu memberikan perubahan dan memberikan keyakinan rakyat kepada kerajaan Malaysia selain membantu pertumbuhan ekonomi negara. Itulah yang dibangkang Husam. Kononnya tidak sanggup "ketua"nya berada dibawah UMNO. Apakah sebelum ini Nizar berada diatas Ngeh dan Nga di Perak? Nizar tidak lebih dari menjadi sekadar "boneka" Ngeh dan Nga di Perak! Mungkin itulah kemahuan Husam.

Sebelum pemilihan jawatan, Husam mengadakan sidang akhbar yang "menyerang" Nasharuddin secara peribadi. Husam mengatakan bahawa Nasharuddin terlalu liberal kepada UMNO dan "unacceptable". Ternyata Husam lebih "unacceptable" dimata para perwakilan dan akar umbi PAS pada muktamar kali ini. Husam sebenarnya bukan sahaja ditolak oleh ahli-ahli PAS, malah ramai ahli-ahli UMNO yang "menyampah" padanya berbanding Nasharudin. Nasharudin ternyata lebih mesra kepada UMNO sebagai saudara seIslam, namun Husam lebih "mesra" dengan Anwar yang didakwa sebagai proksi yahudi! Husam ternyata lebih percaya kepada "kuffar" berbanding saudara seIslam sendiri. Entah fahaman agama mana yang dia bawa.

Nampaknya, riak wajah Husam tidaklah begitu ceria ketika berbicara di sidang akhbar tadi. Resah, gelisah, masam. Semua ada. Pelukannya pada Nasharudin juga "hambar" dan mungkin tidak sehangat pelukannya pada Anwar. Apakah langkah Husam kali ini? Mungkin dia akan mengambil cuti seperti 2 bulan seperti Eli Wong untuk "menenang"kan fikiran. Mungkin dia akan memperkuatkan barisan "erdogan"nya untuk pemilihan yang akan datang dengan "sedekah" yang lebih banyak. Mungkin dia akan mengundur diri setelah menyedari dirinya "tidak laku" dikalangan ahli-ahli PAS dan kembali ke pangkuan "boss"nya. Jangan-jangan dia akan keluar parti dan menubuhkan parti serpihan PAS dan PKR pula, khas untuk orang-orang yang kecewa! Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Begitulah adat pemilihan demokrasi. UMNO dan PAS yang berumur lebih 50 tahun mengerti akan keadaan itu. PAS dahulu adalah sebahagian dari UMNO. Terserpih akibat gagal didalam merebut jawatan Presiden UMNO. Namun, perpecahan PAS dari UMNO adalah pepecahan ber"saudara". UMNO memerintah dan PAS "bertugas" sebagai "check & balance" kepada kerajaan Malaysia. Namun kini, setelah PAS ber"cantum" dengan PKR dan DAP, PAS telah bertukar rupa menjadi sebuah parti perosak agama, bangsa dan tanahair. Semoga PAS kembali sedar akan hakikat ini. Semoga Nik Aziz menarik balik "fatwa"nya yang menyatakan "berkawan dengan syaitan pun tak apa demi menjatuhkan UMNO". Dan kini, terimalah padahnya apabila PAS berkawan dengan "syaitan-syaitan" itu!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!