Iklan Berbayar

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Sunday, June 7, 2009

Usul PAS VS Anwar?


Di tengah-tengah kehangatan Mukatamar PAS 2009, pelbagai cerita yang timbul. Tewasnya calon "erdogan" untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, menangnya calon-calon "erdogan" untuk ketiga-tiga jawatan Naib Presiden PAS, dan begitu juga dengan usul-usul konstroversi yang memeningkan kepala Presiden PAS, Hadi Awang.

Dewan Pemuda PAS menegaskan supaya menggesa pihak Kerajaan Malaysia mengekalkan ekuiti 30% bumiputera untuk mengimbangi gagasan ekonomi negara di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Kumpulan "buih pepsi cola" ini mendesak agar kepentingan bangsa Melayu ini dipertahankan? Bukankah ekuiti 30% itu sebahagian dari perencanaan DEB dan membuktikan bahawa pihak kerajaan sebelum ini begitu peka terhadap kepentingan hak istimewa orang-orang Melayu? Dan sekarang, apakah mereka baru hendak mengajar Kerajaan untuk bertindak sedemikan? Kerajaan sudah melaksanakan dasar itu berabad lamanya, apakah kini baru "buih pepsi cola" baru hendak bersuara?

Begitu juga ceritanya dengan usul menggesa kerajaan untuk mewujudkan kembali Kemeterian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD) yang dipersetujui di Muktamar kali ini. Usul ini juga mencetus konstroversi sama ada kepada pihak kerajaan dan Pakatan Rakyat. Pihak Kerajaan yang dibangkang selama ini telah memansuhkan MeCD sebelum ini, namun telah "menyerapkan" dasar DEB itu dibawah beberapa kementerian. Apakah dasar kerajaan ini pun sukar difahami oleh PAS?

Dasar DEB ini telah lama telah dilaksanakan kerajaan Malaysia. Banyak yang telah dilakukan kerajaan demi kepentingan orang-orang Melayu dan bumiputera. Pelbagai dasar ini dilaksanakan kerajaan demi memastikan hak-hak keistimewaan Melayu tidak hilang dibumi tanahair sendiri. Namun, inilah yang dinafikan oleh PAS selama perlaksanaan dasar ini. UMNO dikatakan "assobiyyah", kronisme, nepotisme dan sebagainya. Sedangkan mereka tidak sedar berapa ramai dari kalangan mereka yang kaya raya dengan dasar ini. Mereka lupa semua kata itu muncul dari "individu" yang kecewa kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian. Dan individu itu tidak lain tidak bukan ialah Anwar Al-Juburi!

Lupakah pihak PAS bahawa Anwar yang mereka sokong itulah yang mahu menghilangkan hak-hak keistimewaan mereka di tanahair sendiri? Hilang ingatankah mereka? Bukankah selama ini Anwar itulah manusia yang "menyalak" mahu DEB dihapukan dari Malaysia. Bukankan itu "hak kesamarataan" yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat? Kononnya dasar DEB itu "zalim"? Bodohkah mereka ini sehingga tidak mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk? Bukankah usul-usul ini bertentangan dengan "salakan" ketua yang mereka "kasihi" iaitu Anwar Al-Juburi?

Usahlah cuba menipu diri sendiri. Usahlah mementingkan ego diri sendiri sehingga menafikan yang "haq" dan mempromosikan yang "batil". Usahlah tertipu dengan "laungan" proksi yahudi itu lagi. Berkasih-kasihanlah dengan saudara seIslam dan bertegaslah dengan kuffar. Jika kami silap, tegurlah kami dengan kasih dan sayang. Dan jika kamu silap, tak perlulah kami menempelak, kami akan tegur dengan cara yang berkhikmah dan cara yang elok. Bukankan kita diwajibkan sebegitu oleh Islam. Janganlah ego diri sendiri meranapkan ukhuwah sesama kita. InsyaAllah, segalanya akan kembali indah di Malaysia.

Husam Semakin Masam!!!



Bertambah "masam"lah si Husam "erdogan". Rentetan kepada kekalahan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, Husam dilihat semakin kelam. Entah apa pula hendak dia laporkan kepada "boss"nya akibat kekalahannya kepada Nasharudin. Entah apa alasan yang hendak diberikan. Apapun hakikatnya, pihak "erdogan" telah tumpas pada pemilihan PAS kali ini.

Telah terbukti bahawa akar umbi PAS terlebih dahulu menghidu "bau busuk" pihak "erdogan" di dalam PAS. Ternyata "erdogan" masih lagi tidak dapat menembusi kubu para "ulama" politik PAS. Masih ampuh pertahanan politik golongan "ulama" PAS pada pemilihan kali ini. Entah sampai bila akan dapat "ulama-ulama" itu bertahan? Mereka semakin uzur dan dimamah usia. Selepas itu, siapa pula yang akan "menyekat" pengaruh "erdogan Al-Juburi" di dalam PAS.

Si Husam semakin masam. Pada satu sidang akhbar, Husam mengadu domba. Ada beberapa "element" yang menyebabkan kekalahannya kali ini. Salah satunya ialah pendiriannya yang menentang usul Presiden PAS untuk menuju ke arah kerajaan Perpaduan. Hadi dan Nasharudin dilihat sangat beriya-iya dengan usul ini. Hadi menerangkan bahawa kerajaan Perpaduan adalah demi menyelamatkan keadaan politik negara dan keutuhan politik yang bakal dibina dilihat mampu memberikan perubahan dan memberikan keyakinan rakyat kepada kerajaan Malaysia selain membantu pertumbuhan ekonomi negara. Itulah yang dibangkang Husam. Kononnya tidak sanggup "ketua"nya berada dibawah UMNO. Apakah sebelum ini Nizar berada diatas Ngeh dan Nga di Perak? Nizar tidak lebih dari menjadi sekadar "boneka" Ngeh dan Nga di Perak! Mungkin itulah kemahuan Husam.

Sebelum pemilihan jawatan, Husam mengadakan sidang akhbar yang "menyerang" Nasharuddin secara peribadi. Husam mengatakan bahawa Nasharuddin terlalu liberal kepada UMNO dan "unacceptable". Ternyata Husam lebih "unacceptable" dimata para perwakilan dan akar umbi PAS pada muktamar kali ini. Husam sebenarnya bukan sahaja ditolak oleh ahli-ahli PAS, malah ramai ahli-ahli UMNO yang "menyampah" padanya berbanding Nasharudin. Nasharudin ternyata lebih mesra kepada UMNO sebagai saudara seIslam, namun Husam lebih "mesra" dengan Anwar yang didakwa sebagai proksi yahudi! Husam ternyata lebih percaya kepada "kuffar" berbanding saudara seIslam sendiri. Entah fahaman agama mana yang dia bawa.

Nampaknya, riak wajah Husam tidaklah begitu ceria ketika berbicara di sidang akhbar tadi. Resah, gelisah, masam. Semua ada. Pelukannya pada Nasharudin juga "hambar" dan mungkin tidak sehangat pelukannya pada Anwar. Apakah langkah Husam kali ini? Mungkin dia akan mengambil cuti seperti 2 bulan seperti Eli Wong untuk "menenang"kan fikiran. Mungkin dia akan memperkuatkan barisan "erdogan"nya untuk pemilihan yang akan datang dengan "sedekah" yang lebih banyak. Mungkin dia akan mengundur diri setelah menyedari dirinya "tidak laku" dikalangan ahli-ahli PAS dan kembali ke pangkuan "boss"nya. Jangan-jangan dia akan keluar parti dan menubuhkan parti serpihan PAS dan PKR pula, khas untuk orang-orang yang kecewa! Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Begitulah adat pemilihan demokrasi. UMNO dan PAS yang berumur lebih 50 tahun mengerti akan keadaan itu. PAS dahulu adalah sebahagian dari UMNO. Terserpih akibat gagal didalam merebut jawatan Presiden UMNO. Namun, perpecahan PAS dari UMNO adalah pepecahan ber"saudara". UMNO memerintah dan PAS "bertugas" sebagai "check & balance" kepada kerajaan Malaysia. Namun kini, setelah PAS ber"cantum" dengan PKR dan DAP, PAS telah bertukar rupa menjadi sebuah parti perosak agama, bangsa dan tanahair. Semoga PAS kembali sedar akan hakikat ini. Semoga Nik Aziz menarik balik "fatwa"nya yang menyatakan "berkawan dengan syaitan pun tak apa demi menjatuhkan UMNO". Dan kini, terimalah padahnya apabila PAS berkawan dengan "syaitan-syaitan" itu!

Thursday, June 4, 2009

PAS Pulun Kikis Duit Balak Kedah?


Dok tengah terbelek-belek, dari blog ke blog, aku tertarik dengan satu pendedahan yang dibuat oleh sahabat kita ni. Aku rasa dia dari Kedah, kerana entry yang beliau kebanyakkannya berkisar di Kedah.

Melalui satu entrynya, aku difahamkan bahawa Che Had sebagai Pegawai Khas Ekonomi Kedah dan Roslizan sebagai Pegawai Khas Kanan MB Kedah, telah "potong jalan" CH Lim yang mendapat kontrak balak di Kedah melalui sebuah syarikat yang bernama AY Trading. Katanya, AY Trading telah mendapat kontrak tu dari Kerajaan PAS Kedah dah meng"ali baba"kan projek tu kepada CH Lim dengan beberapa agreement. Salah satu kandungan mengatakan bahawa AY Trading tidak boleh membuat sebarang perjanjian, perkiraan atau apa-apa urusan berkaitan kontrak balak tersebut dengan mana-mana pihak.

Lepas prejanjian dibuat, CH Lim keluarkan semua perbelanjaan projek tersebut dan memberikan sejumlah wang kepada AY Trading. Malangnya, dikhabarkan bahawa AY Trading telah breech contract tu dan buat deal dengan pihak ketiga iaitu Metro Sunview Sdn. Bhd. Metro Sunview ni pulak dah amik kesempatan kat AY Trading dan CH Lim. Metro Sunview suruh AY Trading "mempergunakan" CH Lim untuk dapatkan projek balak tu memandangkan AY Trading takdak modal nak "run" projek tu. Lepas tu Metro Sunview ugut pulak CH Lim utk memberikan sejumlah keuntungan projek tersebut kepada Tabung PAS untuk memperkukuhkan parti, kalau tidak...dengan "pengaruh" dan "kuasa" yang ada, depa nak batalkan projek tu. Maka, mahu atau tidak, rasanya CH Lim takdak pilihan lain, selain memberikan "sedekah" kepada PAS Kedah...begitulah cerita dari blog kawan kita tu...tapi dia kata dia akan korek & cari dokumen-dokumen lain untuk memperkukuhkan bukti ceritanya itu...

Apakah hubungan Metro Sunview ni dengan Che Had & Roslizan? Menurut empunya blog itu, Che Had adalah merupakan Director I kepada Metro Sunview Sdn. Bhd. dan Roslizan pula merupakan Director III!

Oooo....lagu tu kaaa...takpa...kita mintak kawan kita tu buktikan...kalau dah ada cukup bukti...kasi report sama SPRM...biaq terbeliak biji mata rakyat tengok perangai uduh Che Had & Roslizan ni...parti mana? Parti PAS..!!! Rasanya nanti ada la yang keluarkan "fatwa" baru...demi nak jatuhkan UMNO, salah guna kuasa pun dihalalkan..biasa la PAS...telus dan ikhlas!

Wallahu'alam...


Sumber: Click tang ni

Monday, June 1, 2009

Sejahteralah Kedah Bersama BABI..!!!


Kerajaan PAS Negeri Kedah hari ini telah menunjukkan dasar kerajaan yang begitu "baik" sekali. Bersesuaian dengan slogan "Kedah Sejahtera", selaku Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dengan bangganya telah menandatangani surat kelulusan untuk MENANGGUHKAN tindakan pihak berkuasa tempatan supaya MEROBOHKAN PREMIS PENTERNAKAN BABI di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah.

Syabas diucapkan kepada MB Kedah yang begitu "prihatin" dengan sensitiviti rakyat Kedah, khususnya penduduk Melayu beragama Islam di Kampung Berjaya. Penduduk Kampung Berjaya "amat berterima kasih" kepada "ihsan" Azizan Razak untuk memberi lebih masa kepada mereka untuk menghirup "udara segar" dari kandang babi berkenaan. Selain menguntungkan "tauke" babi berkenaan, tindakan YB Sg. Limau itu amat "bertepatan" sekali dengan laungan takbir "Allahu Akbar". Pujian juga harus diberikan kepada pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah kerana berjaya menangguhkan tindakan merobohkan "rumah" kepada haiwan yang ternyata memberi kesan bahaya kepada manusia baru-baru ini. Sesungguhnya virus influenza A H1N1 dan JE tidak akan dapat memberi apa-apa kesan kepada ralyat Kedah kerana mereka adalah "kebal" dari virus maut itu!

Selain itu juga, jutaan tahniah kepada Azizan Razak kerana berbesar hati untuk TIDAK MENANGGUHKAN tindakan MEROBOHKAN RUMAH PENDUDUK KAMPUNG TOK BIDAN. Penduduk Kampung Tok Bidan "amat seronok" melihat rumah mereka dirobohkan sehingga mengalirkan "airmata" gembira! Mereka "memuji-muji" tindakan MB Kedah itu kerana "tidak sabar-sabar" untuk meruntuhkan kediaman mereka walaupun rayuan terhadap tindakan itu sudah dibuat. Syabas kepada Azizan kerana begitu prihatin dengan masalah rakyat yang berpendapatan rendah itu, kerana dia juga tahu bahawa penduduk Kampung Tok Bidan juga mengalami kesulitan untuk mendapat penempatan baru.

Begitulah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang begitu komited dengan "kesejahteraan" BABI. Rumah babi haruslah ditangguhkan dari dirobohkan. Manakala rumah penduduk-penduduk Kampung Tok Bidan pula haruslah segera dirobohkan demi menyusahkan hidup mereka lagi. Begitulah dasar "Kedah Sejahtera" pimpinan Azizan Razak! Babi dijaga, penduduk kampung menderita! Eloklah selepas ini dirobohkan pula kampung-kampung di Sg. Limau dengan segera, dan digantikan dengan kandang-kandang babi! Sesungguhnya babi dan "tauke" babi amat mulia di sisi Azizan, berbanding rakyat Kedah yang dok undi dia dulu!

Takbir! Allahu Akbar...Allah Maha Besar..Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya!