Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 24, 2009

RPK Lari Pi Australia?


RPK telah dikhabarkan telah lari dari Malaysia! Dia dah lari ke Brisbane, Australia. Ini disahkan oleh sumber risikan dari PDRM. RPK telah gagal menghadirkan diri di Mahkamah untuk perbicaraannya bersabit dakwaan menghasut. Satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah terhadapnya, manakala masih tiada waran tangkap atau surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada isterinya Marina Lee yang merupakan penjamin kepada RPK.

Belum apa-apa lagi dah lari. Itulah RPK, seorang warga negara Malaysia yang tidak bertanggungjawab dengan fitnah yang dilemparkannya. RPK banyak mengeluarkan kenyataan yang konstroversi termasuklah mendakwa Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. Malah, RPK dengan "bangga"nya mendakwa Rosmah berada ditempat kejadian ketika Altantuya dibunuh. Setelah "penipuan"nya terbongkar, maka dia melarikan diri ke Brisbane, dan mengumumkan bahawa dia di dalam "pelarian"! Dia mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai "pelarian"?

Selain dari menghentam pemimpin-pemimpin BN, Anwar Al-Juburi juga tidak terlepas dari menjadi "mangsa" RPK di dalam penulisannya. Namun, satu dunia tahu bahawa RPK ber"tuan"kan Brader Anwar. Apakah RPK cuba mengaburi rakyat dengan plotnya menghentam Anwar? Atau senjata makan tuannya apabila tuannya tidak memberi cukup "makan" kepadanya? Bagaikan makhlus halus belaan tidak diberi makan oleh tuannya?

Kenapa RPK lari? Dia takut "tembelang"nya pecah lagi? Takut masuk penjara? Takut disaman malu dan diperintahkan membayar wang ganti rugi? Bukankah ada yang mendakwa bahawa RPK sudah muflis? Setahu saya, individu yang telah diisyhtiharkan muflis tidak boleh keluar dari negaranya. Tapi, bagaimana pula dia terlepas dari "kandang"?

Khabarnya RPK akan menetap disana. Khabarnya RPK telah dibantu oleh seseorang yang telah lama "lari" dari Malaysia dan menetap di Melbourne. Rahim Ghousse? Rahim Ghousse merupakan orang paling kanan kepada Anwar, telah lama lari dari Malaysia sejak Anwar dipenjarakan setelah disabitkan dengan dakwaan rasuah dan sodom. Rahim lari dan menetap di Australia sebagai salah seorang CEO Kuwait Finance House. Khabarnya Rahim mendapat jawatan tersebut melalui Anwar. Nampaknya itu adalah salah satu sumber "kewangan" Anwar di Australia. Kepada sesiapa yang nak lari dari Malaysia, mungkin Rahim boleh membantu?

Bagaimanapun, RPK masih aktif berblog disana. Mungkinkah RPK akan menubuhkan Australia Today di sana? Kalau berani cubalah! Hakikatnya, RPK penakut!!! Itulah manusia yang dibanggakan Anwar selama ini. "A good fighter" kononnya. "A good fighter" yang lari dari medan pertempuran??? Chehhhh! Ampeh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!