Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 16, 2009

DUN Perak Lagi : Tindakan Susulan.

SEBARKAN MAKLUMAT 'KEBIADAPAN' MEREKA INI !

Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri.

Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.
Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud 'pergi mati engkau...' dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.

12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Rakyat mengesa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini.

sumber : click di sini

Thursday, May 14, 2009




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah keluar dari wad hospital semalam, saya terburu-buru mencapai notebook untuk mengetahui perkembangan pembukaan sidang DUN Perak. Sepatutnya saya berada di sana bersama Bro Rocky dan ramai lagi bloggers untuk membuat "coverage", malangnya hajat saya tidak kesampaian kerana kurang sihat. Namun, setelah mendapat laporan berita dari media TV, blogger-blogger dan portal, akal dan perasaan saya mendidih marah. Marah meluap-luap, menyirap darah Melayu. Merah muka, telinga dan hidung saya. Sakit dihati melebihi sakit yang menyebabkan saya "dihospitalkan"!

Saya berikan salah satu contoh yang saya dapat dari youtube ini:



Saya amat marah! Amat sakit hati! Amat geram! Amat kecewa! Saya melihat bagaimana protokol dan aturan Dewan Undangan yang Mulia itu bertukar menjadi Dewan Mesyuarat Kongsi Gelap Perak! Saya melihat bagaimana Sivakumar sebagai seorang speaker yang kurang ajar! Sivakumar kurang ajar kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai speaker dewan, tidak profesional dalam menjalankan tugas, asyik dok ulang "saya tak mau dengar" berkali-kali, bersikap "arrogant" dengan kuasa yang ada, dan yang paling saya marah ialah SIVAKUMAR MEMBIARKAN DYMM RAJA NAZRIN MENUNGGU LAMA UNTUK MERASMIKAN SIDANG DEWAN! Ini menunjukkan Sivakumar adalah ADUN yang kurang ajar pada DYMM Sultan Perak. Setelah undi majoriti dibuat, Sivakumar masih tidak mahu berganjak dari kerusi Speaker Dewan.

ADUN-ADUN pembangkang ni takdak tamadun ka? Depa tak tau ka aturan Dewan Undangan? Depa tak pernah jadi ADUN ka? Sampai SU Negeri nak buat kerja pun depa serang, depa tolak, depa rampas buku/kertas aturan Dewan, depa nafikan penjawat awam buat kerja? Bentara pun depa tolak! Bentara tu siap kena buli teruk sebab mintak Sivakumar turun dari kerusi Speaker. Setelah Datuk R.Ganesan dipilih sebagai Speaker Dewan, dia minta Sivakumar turun, tapi si Sivakumar ni degil! Lepas kena campur tangan polis, baru dia "berjaya" diturunkan. Nampak sangat ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak ni samseng, tak bertamadun, tak reti hormat undang-undang dan bodoh sombong! Macam tu ke rupa perangai pemimpin PKR dan DAP???

Ada yang naik atas meja! Ada yang cabut mikrofon! Ada yang tolak orang sana sini! Ada yang dok serang YB Zamry dan ADUN-ADUN BN. Aku tengok ADUN-ADUN pembangkang yang masuk kawasan larangan dewan menyerang aggresif kawasan ADUN-ADUN BN. Depa yang "cross border"! Dah la tu...siap tarik mikrofon, cabut mikrofon, tolak orang sana sini, naik atas meja, songkok pun dah hilang! Takdak sifat pemimpin langsung! Macam kongsi gelap je rupanya! ADUN Simpang Pulai, ADUN Teja dan ramai lagi ADUN-ADUN DAP dan PKR yang biadap! Terbukti, bukan sakadar hearsay...

Bukalah mata mu wahai rakyat Perak! Bangkitlah!!! Bijaklah tuan-tuan semua membuat pilihan! Beginikah pemimpin yang anda pilih pada MAC 2008 yang lalu??? Apakah mereka tidak biadap kepada DYMM Sultan Perak? Apakah tuan-tuan tidak malu ber"ADUN"kan individu seperti mereka-mereka ini? Saya sebagai rakyat Kedah ni pun rasa malu dan marah, apatah lagi tuan-tuan yang bermukim di Perak. Lainlah tuan-tuan tidak ada rasa malu dan suka kepada budaya sebegini...Kepada negeri-negeri lain, inilah jadinya jika Pakatan Rakyat pegang kuasa! Huru hara!

p/s: Aku marah ni....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!