Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 14, 2009

"Big Bang" di dalam UMNO bakal berlaku?


Salam semua...


1. Maafkan saya kerana beberapa hari tidak menjengok ke blog saya ini, atas maslahat kesihatan saya yg kurang baik.

2. Saya telah mendapat perkhabaran yg sangat mengejutkan hari ini...bahawa satu perkara yang mengejutkan akan berlaku di dalam UMNO pada masa terdekat ini...

3. Apa yang bakal berlaku, biarlah saya rahsiakan buat masa sekarang, kerana saya telah berjanji utk merahsiakannya...namun, jika Allah mengizinkan, perkara yang saya sebutkan itu akan berlaku jua...

4. Saranan saya ialah..."buka"kan mata anda semua..."pasang"kan telinga anda dari sekarang...dan nantikan perkara tersebut berlaku dengan tenang dan bermuhasabah...

5. Perkara tersebut mungkin akan menjadi perkara positif bagi sesetengah pihak dan sebaliknya pada sesetengah pihak...jadi bersedialah...


Sekian. Harap maklum...
sumber: dari seseorang yg boleh dipercayai...

Wednesday, March 11, 2009

Kebetulan Atau Udang Di Sebalik Batu?


Satu pertemuan telah berlaku. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bertemu di satu majlis di Hulu Langat, Selangor. Pertemuan yang berlangsung selama lebih dari 20 minit itu telah mencetus pelbagai tanda tanya dikalangan penyokong kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apakah sesuatu bakal berlaku di sebalik pertemuan ini. Apakah pertemuan ini hanyalah semata-mata kebetulan atau sememangnya ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya?

Satu pertemuan telah berlaku di antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Begitu rapat. Bersolat di satu “saf” dan makan tengahari bersama. Begitu intim sekali. Begitulah pertemuan “rakan sekampung”. Berlainan ideologi politik, kelihatan mesra. Seorang ketua yang memimpin kerajaan, yang baru ‘dilanggar tsunami politik’ sehingga huru hara jadinya, dan seorang lagi ketua pembangkang yang telah ‘berjaya menghuru harakan politik’ di tanahair kita. Seorang yang telah berjasa ‘melepaskan’ rakan baiknya dari penjara Sungai Buloh, dan rakan baiknya itu telah menghuru-harakan kerajaannya?

Adakah pertemuan ini satu kebetulan atau ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya? Pertemuan yang akrab, menjamu selera semeja diantara dua musuh politik. Di saat hampirnya peralihan kuasa? Berkomplotkah mereka? Benarkah Dato’ Seri Anwar kini menjadi ‘sahabat’ mentor kepada Dato’ Seri Abdullah untuk “mengekalkan” jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia? Atau adakah pertemuan ini adalah ‘talian hayat’ terakhir untuk kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri? Pelbagai tafsiran dan spekulasi telah dihamburkan. Pelbagai pertanyaan timbul dan dipersoalkan.

Apakah fungsi Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam pertemuan ini? Sebagai ‘sahabat’ tempat Pak Lah mengadu? Apakah Anwar akan bertindak ‘membalas budi’ Pak Lah yang telah membebaskannya dari ‘jeriji besi’ di Sungai Buloh? Benarlah pantun melayu yang berbunyi ‘budi yang baik dikenang juga’. Atau lebih elok jika Pak Lah mengenang perumpamaan ‘melepaskan anjing yang tersepit’? Jika benar Anwar akan membantu Pak Lah untuk kekal berkuasa, mampukah Pak Lah melawan kehendak rakyat khususnya ahli-ahli UMNO yang mahu beliau ‘turun’ dari kerusi Presiden secara terhormat?

Adakah wujud satu pakatan untuk menafikan “peralihan kuasa” yang telah dipersetujui di antara Presiden dan Timbalan Presiden bersama-sama semua ahli-ahli UMNO? Apakah Pak Lah akan mengkhianati janji peralihan kuasa yang telah termatri bersama UMNO? Sanggupkah Pak Lah dikenang sebagai bekas Presiden yang mengkhianati UMNO? Apakah Pak Lah akan melakukan ‘sejarah baru politik negara’ sebagai ‘ahli UMNO biasa’ yang berjawatan Perdana Menteri? Mahukah parti-parti komponen menerima kepimpinan Pak Lah ketika itu?

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah pun bertitah. Baginda menitahkan agar ‘peralihan kuasa berjalan dengan lancar’. Baginda juga telah mengucapkan rasa ‘terima kasih’nya kepada Pak Lah di atas kepimpinannya selama ini. Apakah Pak Lah cuba menjadi ‘Nizar ke-2’ untuk ‘memohon derhaka’ kepada DYMM Baginda Agong? Jangan cuba ‘bermain api’, kerana api itu akan membakar. Bakal tergadai tanahair jika kita terus ‘bermain api’ itu.

Bagaimana pula Dato’ Seri Najib Tun Razak? Apakah beliau akan berdiam diri di dalam kemelut ‘peralihan kuasa’ ini. Dato’ Seri Najib sememangnya diketahui sebagai seorang pemimpin yang setia dan bijak mencatur politiknya demi kepentingan rakyat. Kementerian Pertahanan yang pernah diterajuinya, rata-rata amat menghormati Najib kerana beliau telah berjaya memimpin kementerian itu dengan jayanya. Apakah Najib akan berdiam diri dan mempersia-siakan ketokohan kepimpinannya lagi? Dato’ Seri Najib, rakyat amat memerlukan ketokohan beliau untuk memperkasakan kerajaan dan politik negara yang kini goyah dan menjadi bahan jenaka.

Apakah rakyat jelata khususnya ahli-ahli UMNO akan menerima pengekalan kuasa Pak Lah sebagai Perdana Menteri? Presiden UMNOnya hanya Timbalan Perdana Menteri, manakala seorang ahli UMNO biasa menjadi Perdana Menteri? Boleh terima akalkah? Waras dan wajarkah kedudukan sebegitu? Hanya Pak Lah seikhlas hati yang mampu menjawabnya. Namun pertemuan Pak Lah dan Anwar menjadi satu perbualan ‘panas’ dikalangan mereka menjelang ‘peralihan kuasa’ yang mereka nanti-nantikan.

Hakikatnya, Pak Lah dan Anwar telah bertemu. Satu pertemuan yang ‘diragukan’ kerasionalannya. Satu pertemuan yang telah menimbulkan jutaan spekulasi dan persoalan. Hanya Pak Lah dan Anwar sahaja yang mampu menjawab. Tidak kepada rakyat, tetapi kepada Allah S.W.T. Hanya Allah sahaja yang tahu niat mereka. Apakah wujud “Perjanjian Hudaibiyah versi Islam Hadhari”? Kebetulankah pertemuan itu atau ‘ada udang di sebalik batu’? Sama-sama kita tunggu keikhlasan Pak Lah pada hujung bulan Mac 2009 nanti!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!