Monday, March 23, 2009

PERTEMUAN BLOGGER UTARA

Beberapa orang sahabat yang bergiat ber’blog’ di utara tanah air sedang berusaha untuk menganjurkan satu pertemuan, yang niatnya semata-mata untuk merapatkan tali silaturahim. Tidak ada sempadan politik dalam pertemuan ini. Semua yang berkenaan dialu-alukan hadir dengan mengenepikan ‘seketika’ fahaman politik masing-masing.


Pertemuan itu dijadualkan berlangsung pada 11 April 2009, bertempat di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani pada jam 9 malam.


Semua blogger di wilayah utara, dari utara Perak sehingga ke sempadan Perlis-Thailand yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertemuan itu bolehlah mengirimkan emel kepada bloggersutaraunion@yahoo.com.

Sunday, March 22, 2009

Pesanan Untuk Perwakilan Pemuda UMNO (KP, NKP &G2)


Dah tak lama dah...tinggal kurang dari seminggu, maka akan dirasmikan Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2009...PAU yang terakhir untuk Pak Lah rasmikan sebagai Presiden parti yang telah berjasa memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan dan kekal memerintah kerajaan Malaysia sehingga ke hari ni...Sebuah Parti yang memperlihatkan kehebatannya sebagai tulang belakang kestabilan politik negara...namun kini, UMNO sedang "sakit" dan "agak tenat di pandangan masyarakat berbanding beberapa tahun sebelum ini...

Maka Pergerakan Pemuda UMNO akan bersidang dan bakal memilih Ketua Pemuda yang baru...Begitu juga dengan jawatan yang lain seperti Naib Ketua, Exco-Exco Pusat dan sebagainya..Persoalannya, siapakah yang bakal terpilih diantara calon-calon? Kalau difikirkan, pening juga kepala perwakilan kita...Dengan tempoh pemilihan yang lama (lebih kurang 4 bulan), para perwakilan di"momok"kan dengan pelbagai peristiwa dan pengalaman di"goda" oleh calon-calon yang bakal bertanding...ada yang ketaq, ada yang goyang...dan ada pula yang bijak membuat pilihan dan teguh dengan pendiriannya...

Para perwakilan yang terpilih...
Ketahuilah...bahawa anda semua telah diberikan mandat untuk memilih pemimpin yang akan mencorakkan masa depan UMNO...tuan-tuan semua akan menentukan survival politik UMNO di "mata rakyat"...bukan setakat dikalangan ahli-ahli UMNO sahaja...pilihlah yang terbaik...pilihlah calon yang mempunyai asas Islam yang kukuh pada dirinya, keluarganya dan masyarakat setempatnya...pilihlah calon yang diterima baik oleh rakyat, bukan sahaja dikalangan ahli UMNO...pilihlah yang bersih dimata rakyat...pilihlah yang boleh diharap menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin...pilihlah yang telah terbukti mampu berkerja kuat dan "mendahulukan rakyat" dari "periuk nasi sendiri"...

Para Perwakilan yang dikasihi sekelian...
Ketahuilah...bahawa anda semua bakan menentukan adakah anda seorang yang amanah...sama ada anda menggalas amanah akar umbi dan rakyat Malaysia secara amnya...pilihlah calon yang terbaik dikalangan yang terbaik...bukan setakat cakap sahaja berdegaq-degaq...tapi "habuk pun tarakkk"...pilihlah yang "cakap serupa bikin"...pilihlah yang pemimpin yang mempunyai sifat-sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathanah...pilihlah pemimpin yang ikhlas demi rakyat...pilihlah calon yang boleh dipercayai...dan tidak "makan belakang"...

Para Perwakilan yang bijaksana...
Anda semua telah berjumpa dan mengenali para calon dengan majlis-majlis perkenalan yang diadakan...anda juga mendengar pelbagai dakwaan "kebaikan" dan "kejelikan" calon-calon yang "mendambakan" undi tuan-tuan...sama ada khabar itu benar atau tidak, tuan-tuan fikirkanlah semasak-masaknya...ada yang retorik semata-mata bagaikan Anwar...ada yang ikhlas bagaikan Dato' Onn dahulu...kenalilah pemimpin pilihan anda luar dan dalam...bukan setakat "ikut-ikutan"...rasionallah pada diri anda dan UMNO...pilihlah dengan akal yang di"pinjam" dari Allah...bukan dengan kepala lutut!

Harapan saya agar saudara-saudara mengerti, memahami dan berlaku adil pada pemilihan kali ini...pilihlah sebaik mungkin...selamat mengundi!

Saturday, March 14, 2009

"Big Bang" di dalam UMNO bakal berlaku?


Salam semua...


1. Maafkan saya kerana beberapa hari tidak menjengok ke blog saya ini, atas maslahat kesihatan saya yg kurang baik.

2. Saya telah mendapat perkhabaran yg sangat mengejutkan hari ini...bahawa satu perkara yang mengejutkan akan berlaku di dalam UMNO pada masa terdekat ini...

3. Apa yang bakal berlaku, biarlah saya rahsiakan buat masa sekarang, kerana saya telah berjanji utk merahsiakannya...namun, jika Allah mengizinkan, perkara yang saya sebutkan itu akan berlaku jua...

4. Saranan saya ialah..."buka"kan mata anda semua..."pasang"kan telinga anda dari sekarang...dan nantikan perkara tersebut berlaku dengan tenang dan bermuhasabah...

5. Perkara tersebut mungkin akan menjadi perkara positif bagi sesetengah pihak dan sebaliknya pada sesetengah pihak...jadi bersedialah...


Sekian. Harap maklum...
sumber: dari seseorang yg boleh dipercayai...

Wednesday, March 11, 2009

Kebetulan Atau Udang Di Sebalik Batu?


Satu pertemuan telah berlaku. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bertemu di satu majlis di Hulu Langat, Selangor. Pertemuan yang berlangsung selama lebih dari 20 minit itu telah mencetus pelbagai tanda tanya dikalangan penyokong kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apakah sesuatu bakal berlaku di sebalik pertemuan ini. Apakah pertemuan ini hanyalah semata-mata kebetulan atau sememangnya ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya?

Satu pertemuan telah berlaku di antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Begitu rapat. Bersolat di satu “saf” dan makan tengahari bersama. Begitu intim sekali. Begitulah pertemuan “rakan sekampung”. Berlainan ideologi politik, kelihatan mesra. Seorang ketua yang memimpin kerajaan, yang baru ‘dilanggar tsunami politik’ sehingga huru hara jadinya, dan seorang lagi ketua pembangkang yang telah ‘berjaya menghuru harakan politik’ di tanahair kita. Seorang yang telah berjasa ‘melepaskan’ rakan baiknya dari penjara Sungai Buloh, dan rakan baiknya itu telah menghuru-harakan kerajaannya?

Adakah pertemuan ini satu kebetulan atau ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya? Pertemuan yang akrab, menjamu selera semeja diantara dua musuh politik. Di saat hampirnya peralihan kuasa? Berkomplotkah mereka? Benarkah Dato’ Seri Anwar kini menjadi ‘sahabat’ mentor kepada Dato’ Seri Abdullah untuk “mengekalkan” jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia? Atau adakah pertemuan ini adalah ‘talian hayat’ terakhir untuk kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri? Pelbagai tafsiran dan spekulasi telah dihamburkan. Pelbagai pertanyaan timbul dan dipersoalkan.

Apakah fungsi Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam pertemuan ini? Sebagai ‘sahabat’ tempat Pak Lah mengadu? Apakah Anwar akan bertindak ‘membalas budi’ Pak Lah yang telah membebaskannya dari ‘jeriji besi’ di Sungai Buloh? Benarlah pantun melayu yang berbunyi ‘budi yang baik dikenang juga’. Atau lebih elok jika Pak Lah mengenang perumpamaan ‘melepaskan anjing yang tersepit’? Jika benar Anwar akan membantu Pak Lah untuk kekal berkuasa, mampukah Pak Lah melawan kehendak rakyat khususnya ahli-ahli UMNO yang mahu beliau ‘turun’ dari kerusi Presiden secara terhormat?

Adakah wujud satu pakatan untuk menafikan “peralihan kuasa” yang telah dipersetujui di antara Presiden dan Timbalan Presiden bersama-sama semua ahli-ahli UMNO? Apakah Pak Lah akan mengkhianati janji peralihan kuasa yang telah termatri bersama UMNO? Sanggupkah Pak Lah dikenang sebagai bekas Presiden yang mengkhianati UMNO? Apakah Pak Lah akan melakukan ‘sejarah baru politik negara’ sebagai ‘ahli UMNO biasa’ yang berjawatan Perdana Menteri? Mahukah parti-parti komponen menerima kepimpinan Pak Lah ketika itu?

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah pun bertitah. Baginda menitahkan agar ‘peralihan kuasa berjalan dengan lancar’. Baginda juga telah mengucapkan rasa ‘terima kasih’nya kepada Pak Lah di atas kepimpinannya selama ini. Apakah Pak Lah cuba menjadi ‘Nizar ke-2’ untuk ‘memohon derhaka’ kepada DYMM Baginda Agong? Jangan cuba ‘bermain api’, kerana api itu akan membakar. Bakal tergadai tanahair jika kita terus ‘bermain api’ itu.

Bagaimana pula Dato’ Seri Najib Tun Razak? Apakah beliau akan berdiam diri di dalam kemelut ‘peralihan kuasa’ ini. Dato’ Seri Najib sememangnya diketahui sebagai seorang pemimpin yang setia dan bijak mencatur politiknya demi kepentingan rakyat. Kementerian Pertahanan yang pernah diterajuinya, rata-rata amat menghormati Najib kerana beliau telah berjaya memimpin kementerian itu dengan jayanya. Apakah Najib akan berdiam diri dan mempersia-siakan ketokohan kepimpinannya lagi? Dato’ Seri Najib, rakyat amat memerlukan ketokohan beliau untuk memperkasakan kerajaan dan politik negara yang kini goyah dan menjadi bahan jenaka.

Apakah rakyat jelata khususnya ahli-ahli UMNO akan menerima pengekalan kuasa Pak Lah sebagai Perdana Menteri? Presiden UMNOnya hanya Timbalan Perdana Menteri, manakala seorang ahli UMNO biasa menjadi Perdana Menteri? Boleh terima akalkah? Waras dan wajarkah kedudukan sebegitu? Hanya Pak Lah seikhlas hati yang mampu menjawabnya. Namun pertemuan Pak Lah dan Anwar menjadi satu perbualan ‘panas’ dikalangan mereka menjelang ‘peralihan kuasa’ yang mereka nanti-nantikan.

Hakikatnya, Pak Lah dan Anwar telah bertemu. Satu pertemuan yang ‘diragukan’ kerasionalannya. Satu pertemuan yang telah menimbulkan jutaan spekulasi dan persoalan. Hanya Pak Lah dan Anwar sahaja yang mampu menjawab. Tidak kepada rakyat, tetapi kepada Allah S.W.T. Hanya Allah sahaja yang tahu niat mereka. Apakah wujud “Perjanjian Hudaibiyah versi Islam Hadhari”? Kebetulankah pertemuan itu atau ‘ada udang di sebalik batu’? Sama-sama kita tunggu keikhlasan Pak Lah pada hujung bulan Mac 2009 nanti!

Wednesday, March 4, 2009

Sidang Bawah Pokok...


3hb Mac 2009. Semalam dalam sejarah. Sejarah tak rasmi untuk seluruh warga rakyat Perak. Sidang Dewan Undangan yang "Mulia" telah tidak lagi di"mulia"kan oleh "speaker"nya. Satu sidang DUN tergempar telah dilaksanakan oleh "speaker" DUN Perak, SivaKumar. Lokasinya? Di bawah pokok!

Setelah dihalang oleh pihak penguatkuasa untuk melaksanakan sidang DUN Perak di Dewan Undangan sebagaimana biasa, Sivakumar telah membuat keputusan bersama-sama YB Nizar untuk membuat sidang berkenaan di bawah pokok. Itulah keputusan yang tepat di fikiran mereka. Tanpa menghiraukan riuh pikuk awam, mereka terus "membahas usul dewan". Walaupun hakikatnya mereka tidak berada di dalam dewan!

Sivakumar kelihatan segak berbaju lengkap sebagai "speaker" DUN. Di bawah terik matahari, berbayangkan sebatang pokok, Siva kelihatan mengesat peluh untuk mengetuai "sidang" DUN tersebut. Malangnya, setelah mahkamah tinggi Ipoh bersidang, "persidangan" itu di dapati tidak sah! Maka sia-sialah Siva beraksi berpeluh di bawah terik matahari! Kasihan. Tapi sekurang-kurangnya, Siva masih boleh berbangga kerana dia sempat mendapat publisiti murahan dari pelbagai pihak. Sekurang-kurangnya, Siva kelihatan "segak" dengan pakaian lengkap di depan penyokong-penyokong PR sebelum pakaian dan jawatannya itu diserahkan kepada "mereka yang lebih berhak" dan "lebih diperkenan DYMM Sultan Perak"!

YB Nizar? Sudah serahkan Toyota Camry anda? Sudah puas "melaram" keliling kampung menayang kereta rasmi MB Perak itu? Ingatlah YB, kenderaan itu YB beli untuk kegunaan MB Perak yang sah, bukan "bekas MB" seperti anda. Terimalah hakikat. Tahukah YB bahawa Allah akan memperhitungkan sikap YB itu? TG Nik Aziz tidak ajar YB ke? Terimalah hakikat bahawa Allah telah menetapkan takdir menjatuhkan YB dari menjawat jawatan MB dan takdirnya diserahkan jawatan itu kepada "yang lebih layak". Begitulah Allah merencanakan aturan kehidupan. Ingatlah YB Nizar, apalah sangat jawatan dan tanggungjawab itu sedangkan Allah itu lebih memperhitungkan iman dan taqwa hambaNya. Harap-harap YB bermuhasabah diri dan lihat sendiri kesilapan dan kepincangan YB ketika menjawat jawatan MB itu walaupun hanya 11 bulan sahaja. Mungkin di dalam masa sesingkat itu, YB atau kerajaan pimpinan YB ada melakukan kesalahan atau kemungkaran? Bermuhasabahlah. Bukankah itu lebih elok dari terus memporak perandakan keadaan politik pentadbiran kerajaan Negeri Perak yang dicintai?

Apapun, saya tetap melihat "sidang DUN bawah pokok" ini sebagai satu tindakan yang tidak wajar dilakukan. Memalukan. Sangat-sangat memalukan. Memalukan DYMM Sultan Perak, Kerajaan Negeri Perak serta rakyat Perak sendiri. Harap-harap janganlah berlaku lagi, hatta di mana-mana negeri sekalipun. Tindakan itu tidak matang dan hanya akan ditertawakan orang. Tidak hairanlah ramai yang mempersendakan "sidang DUN bawah pokok" ini sebagai "sidang DUN kerajaan Negeri Pasir Dua Butir (filem Laksaman Do Re Mi)" atau "sidang DUN kanak-kanak pimpinan speaker Pak Cik Jamal (rancangan siaran RTM suatu masa dahulu)"!

p/s: Harapan agar rakyat Perak tidak lagi memilih pemimpin yang berakal "cetek" dan "kurang matang" seperti ini...