Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, February 12, 2009

Sebuah Sketsa Klasik Politik Malaysia

"Raja" itu termenung, menundukkan diri. Hari-hari "cemerlang, gemilang dan terbilang"nya akan berubah menjadi muram, suram dan padam. Berubah "mood". Sudah hampir sangat hari-harinya itu. Presiden itu mengeluh dan menundukkan wajahnya. Makin tunduk. "Memanda Bendahara" di sebelahnya hanya tersenyum. Tersenyum dengan gelagat "si Raja"...."Tidur lagi...?", itulah di benak "Memanda Bendahara"...

"Si Raja" akan turun dari takhta sepurnama lagi. Pada 26hb Mac 2009, "baginda Raja" akan mengosongkan Istana hinggapannya. Setelah tamatnya Perhimpunan Agong Tanah Indera Pura, "baginda" tidak akan kembali ke kediaman rasminya, "Istana Seri Perdana Putra". Keesokkan harinya, beliau akan bertukar gelar menjadi "rakyat" biasa sebagaimana "raja-raja" yang terdahulu darinya. Tiada lagi dayang-dayang membawa santapan. Tiada lagi mewah di raja. Tiada lagi persalinan indah...dan itulah yang membuatkannya terkejut dari tidurnya....

Pada ketika itu, "Memanda Menteri"lah menerajui kuasa negara. "Baginda" menjeling ke arah insan yang bakal mewarisi takhtanya. "Harap-harap "Memanda Bendahara" tak buat macamana aku lakukan pada Raja sebelum aku dulu", itulah harapannya. "Memanda Bendahara" itu membalas jelingan "si Raja" seraya berkata benaknya.."Akan ku bina kembali kegemilangan Tanah Indera Pura ini...adooiihhhh laaa..banyaknya nak kena repair...!!!"

Sekian. Tamat...nak tahu kisah selanjutnya...tunggulah 28hb Mac 2009 ni...

p/s: soalan tambahan : Siapakah "si Raja" dan siapakah "Memanda Bendahara"?
Hint : Click kat sini...

Tuesday, February 10, 2009

PRK DUN N25 Bukit Selambau 09' Part 1.

Bukit Selambau akan bakal menjadi tumpuan. Kawasan itu telah kosong kerusi DUNnya setelah En. V. Arumugam dengan penuh rasa tanggungjawabnya, meletakkan jawatan sebagai ADUN yang disandang selama lebih kurang 11 bulan. Dalam pada itu, pilihan raya kecil bakal diadakan di DUN tersebut. Hanya menunggu SPRM yang akan membuat keputusan. En. V. Arumugam telah menang di DUN tersebut pada 8 Mac 2008 dengan majoriti dan keterangan seperti berikut:

N25 BUKIT SELAMBAU

Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%

1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)

Majoriti: 2,362
Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)

Sebelum ini, Bukit Selambau tidaklah dikenali ramai. Namun setelah tamat PRU12 yang lalu, Bukit Selambau tiba-tiba menjadi terkenal seluruh Malaysia. Khabarnya Kerajaan PAS Sejahtera negeri Kedah bakal menghiasi kawasan tersebut dengan Kandang Mega Khinzir yang sofistikated. Projek mega yang mahal dan apabila digesa rakyat untuk membatalkannya, pihak PAS menuding jari kepada Kerajaan BN Kedah yang memerintah Kedah sebelumnya. Katanya Kerajaan BN Kedah telah meluluskan projek tersebut, sedangkan telah diperjelaskan oleh pemimpin bekas Kerajaan BN Kedah bahawa projek tersebut telah diluluskan hanyalah untuk kajian. Namun, Kerajaan PAS Kedah tetap mahu melaksanakan projek berkenaan. Siap dikerah Jabatan Alam Sekitar untuk memberi kenyataan yang menyokong perlaksanaan projek mega tersebut.

Sedangkan, banyak lagi haiwan ternakan yang boleh diternak, kenapa pula khinzir yang menjadi pilihan? Sedangkan banyak lagi hal ehwal kebajikan rakyat yang perlu diutamakan seperti isu sampah, taraf kemiskinan rakyat dan peluang pekerjaan, kenapa kandang khinzir juga dipertahan untuk dilaksanakan? Sedangkan Kerajaan Negeri Kedah boleh dikatakan antara kerajaan negeri yang termiskin, mengapa kandang mewah khinzir itu juga yang kerajaan PAS Kedah mahukan? Muyskil syahdan "meluat" pula bila difikirkan. Akhirnya isu senyap tidak diselesaikan.

Jika dilaksanakan jugalah projek Kerajaan PAS Kedah tersebut, tentulah yang menjadi mangsanya ialah penduduk di DUN Bukit Selambau. Kebajikan yang ditagih, khinzir pula yang dapat. Sejahtera yang dipinta rakyat, khinzir pula yang diberi "sejahtera" oleh PAS. Tapi begitulah resmi PAS. Gah dengan manifesto dan janji-janji manis, sampai hudud yang diperjuangkannya pun tergadai. Akhirnya, manifesto ke mana, janji-janji manis ke mana. Dan rakyat Kedah amnya makin tertekan. Ada yang menyesal, ada yang menggaru kepala dan ada pula yang sudah bebal dan menghantar memorandum memprotes Kerajaan PAS negeri Kedah. Bukan UMNO yang memberi memorandum, tapi protes bertulis itu diterima dari ahli-ahli PAS sendiri. Malu, marah, kecewa, geram, sakit hati. Tapi semuanya dipendam oleh Kepimpinan PAS Kedah. Yang diluahkan adalah rasa "terima kasih" dan "gembira menerima teguran". Padahal, hati geram membara, hati terkilan tersinggung, hati terguris luka. Kononnya, hatinya sahaja yang terasa begitu. Hati rakyat Kedah bagaimana pula?

Dan kini, tibalah masanya rakyat meluahkan rasa marah, kecewa, tersinggung, terkilan, geram dan sebagainya. Bukit Selambau akan menjadi penentu. Golongan totok PAS, PKR dan DAP pastinya telah berikrar untuk mempertahankan DUN Bukit Selambau, sedangkan mereka tidak memikirkan kepentingan rakyat seluruhnya. Yang mereka fikirkan hanyalah kepentingan parti mereka. Kuasa. Sedangkan parti mereka tidak mampu dan tidak arif memerintah, hatta diperingkat kerajaan negeri sekali pun. "Membangkang" tahulah mereka. Melaksanakan? Merancang dan merealisasikan? Hampehhhhhhhh...!!! Hehehhehhe...

Wallahua'alam...

p/s: Rakyat DUN Bukit Selambau...Pilihlah demi rakyat, bukan nafsu serakah berkepentingan diri semata-mata!

DEMAM PRK MEREBAK KE UTARA..!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah En. V. Arumugam meletak jawatan Exco negeri Kedah petang kelmarin, sekali lagi beliau telah meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bukit Selambau pada sebelah malamnya. Ternyata beliau meletak jawatan akibat tekanan yang diterimanya dari segenap pihak. Tahniah jua diucapkan kepada En. V. Arumugam, walaupun beliau dikatakan terlibat dengan skandal terlarang, namun beliau tetap "gentleman" terhadap karier politiknya. Terima kasih diucapkan kepada beliau yang sanggup melepaskan kuasa yang dimiliki. Yang lain-lain bagaimana pula? Para YB yang lain mungkin sedang asyik menggunakan kuasa yang baru dimiliki? Tak mengapalah, gunakanlah kuasa itu sebaik mungkin. Jika tidak, mungkin juga anda akan kehilangan kuasa tersebut.

Kini DUN Bukit Selambau telah dikosongkan oleh bekas wakil rakyatnya. Ada jawatan kosong di Bukit Selambau. SPRM akan bermesyuarat untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk dilaksanakan PRK di Bukit Selambau. Demam mengundi kembali di 2 buah bukit di utara tanahair. Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah. Nampaknya kita akan menyaksikan parti-parti politik kembali berentap selepas PRK di Kuala Terengganu. Maka kedua-dua tempat ini akan menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apa lagi tuan, puan, mak long, pak long, pak ngah, mak lang, pak teh, mak ndak....jom pakat-pakat berkampung di kedua bukit ini...lepas itu, jangan lupa melajakkan diri ke Bukit Kayu Hitam...hehehhehhhe...

Monday, February 9, 2009

ADUN Bukit Selambau letak jawatan Exco Kedah.


Sah! ADUN Bukit Selambau letak jawatan Exco Kedah. Maka kosonglah satu kerusi Exco di negeri Jelapang Padi. V. Arumugam bekas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah dinasihatkan oleh rakannya Ir. Zambry untuk meletakkan jawatan ekoran tekanan yang diterima akibat isu "anak luar nikah". Terdahulu, satu memorandum telah dihantar oleh sekumpulan 500 penduduk di Sg. Petani, Kedah, kepada Setiausaha Sulit DYMM Sultan Kedah. Dikatakan juga bahawa V.Arumugam selalu membawa wanita tersebut ke majlis-majlis rasmi kerajaan negeri dan Istana. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Kedah khususnya. Maka, memorandum bantahan tersebut telah diserahkan ke bawah Duli Sultan.



Alahai! Apa nak jadi? Sebuah negeri yang kononnya ditadbir oleh barisan kepimpinan PAS, telah tersalah lantik seorang ADUN dari parti Bebas (kemudiannya menyertai PKR) yang terlibat dengan skandal seks terlarang? Malunya muka mana nak diletak, melainkan muka tembok! Apakan daya, demi menjaga hati kaum India, Ust. Azizan telah sanggup melantik seorang yang sebok mengusung wanita yang bukan isterinya ke sana ke mari, sedangkan isterinya yang sah berada di rumah bersama anak-anak. Malah, individu inilah yang diangkat oleh pengundi Bukit Selambau untuk menjadi pemimpin mereka. Dan kini terbongkar apabila dia meletak jawatan sebagai akur dengan tekanan yang diberikan rakyat yang hanya seramai 5oo orang! Sekurang-kurangnya dia "gentleman" dalam soal jawatannya? Apakah dia boleh dikira "gentlement" dengan menghina majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Islam PAS Kedah dan majlis-majlis Istana dengan membawa perempuan simpanannya? Satu tamparan hebat yang harus diterima oleh pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah!



Selain menghina pihak Istana dengan mengusung perempuan simpanannya itu ke hulu ke hilir, apakah dia tidak sedar bahawa dirinya itu seorang pemimpin yang sepatutnya memperlihatkan contoh yang baik kepada masyarakat? Kesalahan moral yang menjadi seteru kepada setiap insan bergelar wanita itu pasti tidak dapat diterima masyarakat. Namun, V. Arumugam hanya meletak jawatan Exconya? Apakah itu sudah cukup untuk membersihkan arang yang ada pada kerajaan PAS negeri Kedah, Dewan Undangan Negeri yang mulia dan seluruh penduduk DUN Bukit Selambau? Jika saya, saya akan malu, semalu-malunya!



Dari itu, saya menggesa agar En. V.Arumugam untuk menjadi lebih "gentleman" dengan meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan berikan kepada sesiapa sahaja yang lebih layak, sama ada dari parti UMNO, PAS, PKR atau DAP sekalipun! Letaklah jawatan agar tuan tidak menjadi muka tembok di sidang DUN. Letaklah jawatan agar rakyat di Bukit Selambau tidak berwakilkan seorang yang tidak bermoral seperti tuan. Saya percaya, masih ada ramai yang layak berbanding Tuan V. Arumugam! Fikir-fikirkanlah tuan....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!