Wednesday, February 18, 2009

Pakatan Rakyat Penipu Rakyat!


Saya agak terkejut. Dalam masa beberapa minggu sahaja, tiga pilihanraya kecil akan diadakan. 2 darinya akan diadakan pada 7hb April 2009 iaitu untuk Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Ermmm...nampaknya begitulah senario politik negara sekarang. Sedar atau tidak, kemelut politik sedang melanda negara kita akibat dari keputusan PRU12 yang lalu. Pokoknya, apakah ketidakstabilan politik ini berpunca dari kekuatan Pakatan Rakyat atau lemahnya Barisan Nasional?



Kalau kita lihat dari sudut statistik keputusan PRU12 yang lalu, BN kehilangan 5+1 negeri dan pihak PR memenangi majoriti yang tidaklah sekuat mana, kecuali Kelantan. Kelantan menang dengan majoriti selesa akibat "sumbangan" kempen "manager" yang hebat berslogan "18, Pade Doh!". Setelah 11 bulan dengan pelbagai sketsa seperti "16 September", "we have the numbers.." dan sebagainya, budaya lompat melompat parti menjadi satu perbualan hangat dikalangan ahli-ahli politik sama ada di peringkat parlimen atau di peringkat "kedai kopi".



Dimulakan dengan satu lompatan oleh YB Nasa dari DUN Bota Perak bertukar menyertai PKR, maka bermulalah episod lompat melompat ini. YB Naza diterima meriah oleh PR dan gegak gempita bekas MB Nizar waktu itu memuji lompatan YB Nasa itu. "Inilah demokrasi..!"katanya. Namun, bekas MB tersebut tidak tahu bahawa lompatan itu ialah lompatan berbisa yang di"acah-acah"kan kepadanya. 11 Hari kemudian, maka lompatlah kembali YB Nasa ke pangkuan BN bersama 3 lagi ADUN yang melompat dari PR menjadi ADUN bebas (exco pulak tu..). Tapi, oleh kerana 2 ADUN tersebut terbabit dengan skandal rasuah, maka belum lagilah diterima keahliannya menyertai BN meskipun kedua-duanya memihak kepada BN. Maka, majoriti kini beralih tangan secara konstroversi dan Nizar enggan meletak jawatan walaupun dititah oleh Baginda Sultan untuk berbuat demikian. Nizar memohon DERHAKA pada DYMM Sultan Perak! Penyokong PR seluruh negara mengecam dan mengutuk DYMM Sultan di laman-laman blog dan portal. Karpal lantang ingin mendakwa DYMM Sultan Perak. Maka gegak gempitalah arena politik Malaysia sekali lagi. Laporan Polis setiap hari dilakukan. Nizar mendakwa Zamry sebagai MB haram, dia yang halal. Nizar enggan sama sekali menerima hakikat bahawa dia bukan lagi MB Perak sebenar, malah "Camry" milik Kerajaan Negeri Perak pun enggan diserahkan. Begitulah kemelut di Perak.



Di Bukit Selambau lain pula ceritanya, si ADUN pula membuat angkara yang membuat diri sendiri yang sengsara. Pening kepala dengan tekanan. Memorandum diserahkan oleh 500 penduduk DUNnya yang menyatakan ADUN mereka itu tidak bermoral dan memalukan. Maka si ADUN pun "hilang", kononnya "hilang" ke "Chennai". Tiba-tiba MB Kedah terima surat perletakan jawatan. Petangnya letak jawatan sebagai Exco, malamnya pula sebagai ADUN Bukit Selambau. Kemudian, V. Arumugam memberi alasan tertekan dan rasa dirinya di"anak tiri"kan oleh pihak Kerajaan PAS Kedah. Hairan, kemaruk dengan kuasa, ADUN yang sebegini pun tidak disiasat terlebih dahulu sebelum dilantik untuk menjadi ADUN PR, diberikan jawatan Exco pulak tu? Nampak sangat PAS cuba mengambil hati pengundi bangsa India, padahal PAS sendiri tidak kenal dengan India yang sebenar. Jika PAS kenal, mengapa di angkat India itu menjadi Exco? Tidakkah Ust. Azizan tahu bahawa masyarakat India lebih suka tidak berwakil di dalam kerajaan berbanding berwakilkan India yang tidak bermoral? India dan agamanya begitu mementingkan moral dalam kehidupan mereka selama ini. Malangnya, Ust. Azizan begitu "celik" dengan melantik seorang India yang sebegitu menjadi wakil masyarakat India di Kedah. "Buat malu kaum india jaaaa..!" kata kawan saya, Velu Krishnandasamy.



Dan terkini. Kes Eliz Wong, yang meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Lanjan, Selangor. Sebuah lagi bukit! Kali ini dengan kes gambar bogel/separa bogel. Khabarnya gambarnya sedang tidur. Entahlah. Saya sendiri tidak melihat gambar tersebut. Kalau ada pun, tak ingin saya melihatnya (dosa rasanya melihat gambar sedemikian..hehehehhe). Maka satu lagi DUN menjadi rebutan. "Kasihan "amoi" ni...di aniaya. Alaaaa...kita pun kalau tidur, selalu terselak sana sini kain pelikat atau baju kelawar tu...". "Pasai apa la nak pi dedah gambaq tidoq amoi tu? tu kerja nak naya orang la tu...". "Ini mesti kerja orang BN ni...!!!". Begitulah tanggapan umum tentang kes yang menyebabkan Eliz Wong dari PKR ni letak jawatan. Tapi yang pastinya bekas "boyfriend"nya bukan dari BN...tapi dari PKR sendiri! Apa ni? PKR aniaya PKR ke??? Hehehhehhe...



Begitulah kerenah ADUN dan pemimpin dari Pakatan Rakyat. Caca Merba. Haru dibuatnya! Belum sampai setahun, macam-macam gelagat "depa" ni. Itu pun bukan main! Sebelum PRU12, "depa" ni la yang dok kata depa la yang "the best!". Depa la "hero rakyat", "pembela rakyat", "suara rakyat" dan macam-macam "rakyat" lagi. Yang terkini pula Al-Jub (gelaran yang diberi oleh Mat Sabu kepada "nya" pada 1978/82) mendakwa "mahkamah rakyat" pulak! Padahal tak ada pun dalam dunia yang bertamadun sekarang ini dengan perkara "mahkamah rakyat" (lain la zaman tak bertamadun dulu...). Yang pastinya PR semakin memperlihatkan kebodohan dan penipuannya sehari-hari! Itulah yang semua rakyat nampak sekarang, kecuali yang potong 18 pun dok sebut..PAS...PKR...DAP.....hehehhehhehe...memang taksub depa ni...kalau tanya tak ngaku pulak! Retorik semata-mata!!!



Wallahua'alam...



p/s: Depa lupa nak sebut..."PR...Penipu Rakyat! Pembohong Rakyat! Perosak Rakyat! Pemfitnah Rakyat! Pendusta Rakyat!!!" hehehehhehe....yang pastinya rakyat dah celik la bro!

Thursday, February 12, 2009

Sebuah Sketsa Klasik Politik Malaysia

"Raja" itu termenung, menundukkan diri. Hari-hari "cemerlang, gemilang dan terbilang"nya akan berubah menjadi muram, suram dan padam. Berubah "mood". Sudah hampir sangat hari-harinya itu. Presiden itu mengeluh dan menundukkan wajahnya. Makin tunduk. "Memanda Bendahara" di sebelahnya hanya tersenyum. Tersenyum dengan gelagat "si Raja"...."Tidur lagi...?", itulah di benak "Memanda Bendahara"...

"Si Raja" akan turun dari takhta sepurnama lagi. Pada 26hb Mac 2009, "baginda Raja" akan mengosongkan Istana hinggapannya. Setelah tamatnya Perhimpunan Agong Tanah Indera Pura, "baginda" tidak akan kembali ke kediaman rasminya, "Istana Seri Perdana Putra". Keesokkan harinya, beliau akan bertukar gelar menjadi "rakyat" biasa sebagaimana "raja-raja" yang terdahulu darinya. Tiada lagi dayang-dayang membawa santapan. Tiada lagi mewah di raja. Tiada lagi persalinan indah...dan itulah yang membuatkannya terkejut dari tidurnya....

Pada ketika itu, "Memanda Menteri"lah menerajui kuasa negara. "Baginda" menjeling ke arah insan yang bakal mewarisi takhtanya. "Harap-harap "Memanda Bendahara" tak buat macamana aku lakukan pada Raja sebelum aku dulu", itulah harapannya. "Memanda Bendahara" itu membalas jelingan "si Raja" seraya berkata benaknya.."Akan ku bina kembali kegemilangan Tanah Indera Pura ini...adooiihhhh laaa..banyaknya nak kena repair...!!!"

Sekian. Tamat...nak tahu kisah selanjutnya...tunggulah 28hb Mac 2009 ni...

p/s: soalan tambahan : Siapakah "si Raja" dan siapakah "Memanda Bendahara"?
Hint : Click kat sini...

Tuesday, February 10, 2009

PRK DUN N25 Bukit Selambau 09' Part 1.

Bukit Selambau akan bakal menjadi tumpuan. Kawasan itu telah kosong kerusi DUNnya setelah En. V. Arumugam dengan penuh rasa tanggungjawabnya, meletakkan jawatan sebagai ADUN yang disandang selama lebih kurang 11 bulan. Dalam pada itu, pilihan raya kecil bakal diadakan di DUN tersebut. Hanya menunggu SPRM yang akan membuat keputusan. En. V. Arumugam telah menang di DUN tersebut pada 8 Mac 2008 dengan majoriti dan keterangan seperti berikut:

N25 BUKIT SELAMBAU

Jumlah Pengundi: 34,977
Peratusan Kaum: M:50.20% C:19.25% I:29.53% L:1.02%

1. V. Arumugam (Bebas) (13,225)
2. S. Krishnan (BN) (10,863)

Majoriti: 2,362
Jumlah undi: 26,450
Peratus mengundi: 75.62%
Undi rosak: 2,362
Penyandang: Datuk V. Saravanan (BN)(Majoriti: 7,695 undi)

Sebelum ini, Bukit Selambau tidaklah dikenali ramai. Namun setelah tamat PRU12 yang lalu, Bukit Selambau tiba-tiba menjadi terkenal seluruh Malaysia. Khabarnya Kerajaan PAS Sejahtera negeri Kedah bakal menghiasi kawasan tersebut dengan Kandang Mega Khinzir yang sofistikated. Projek mega yang mahal dan apabila digesa rakyat untuk membatalkannya, pihak PAS menuding jari kepada Kerajaan BN Kedah yang memerintah Kedah sebelumnya. Katanya Kerajaan BN Kedah telah meluluskan projek tersebut, sedangkan telah diperjelaskan oleh pemimpin bekas Kerajaan BN Kedah bahawa projek tersebut telah diluluskan hanyalah untuk kajian. Namun, Kerajaan PAS Kedah tetap mahu melaksanakan projek berkenaan. Siap dikerah Jabatan Alam Sekitar untuk memberi kenyataan yang menyokong perlaksanaan projek mega tersebut.

Sedangkan, banyak lagi haiwan ternakan yang boleh diternak, kenapa pula khinzir yang menjadi pilihan? Sedangkan banyak lagi hal ehwal kebajikan rakyat yang perlu diutamakan seperti isu sampah, taraf kemiskinan rakyat dan peluang pekerjaan, kenapa kandang khinzir juga dipertahan untuk dilaksanakan? Sedangkan Kerajaan Negeri Kedah boleh dikatakan antara kerajaan negeri yang termiskin, mengapa kandang mewah khinzir itu juga yang kerajaan PAS Kedah mahukan? Muyskil syahdan "meluat" pula bila difikirkan. Akhirnya isu senyap tidak diselesaikan.

Jika dilaksanakan jugalah projek Kerajaan PAS Kedah tersebut, tentulah yang menjadi mangsanya ialah penduduk di DUN Bukit Selambau. Kebajikan yang ditagih, khinzir pula yang dapat. Sejahtera yang dipinta rakyat, khinzir pula yang diberi "sejahtera" oleh PAS. Tapi begitulah resmi PAS. Gah dengan manifesto dan janji-janji manis, sampai hudud yang diperjuangkannya pun tergadai. Akhirnya, manifesto ke mana, janji-janji manis ke mana. Dan rakyat Kedah amnya makin tertekan. Ada yang menyesal, ada yang menggaru kepala dan ada pula yang sudah bebal dan menghantar memorandum memprotes Kerajaan PAS negeri Kedah. Bukan UMNO yang memberi memorandum, tapi protes bertulis itu diterima dari ahli-ahli PAS sendiri. Malu, marah, kecewa, geram, sakit hati. Tapi semuanya dipendam oleh Kepimpinan PAS Kedah. Yang diluahkan adalah rasa "terima kasih" dan "gembira menerima teguran". Padahal, hati geram membara, hati terkilan tersinggung, hati terguris luka. Kononnya, hatinya sahaja yang terasa begitu. Hati rakyat Kedah bagaimana pula?

Dan kini, tibalah masanya rakyat meluahkan rasa marah, kecewa, tersinggung, terkilan, geram dan sebagainya. Bukit Selambau akan menjadi penentu. Golongan totok PAS, PKR dan DAP pastinya telah berikrar untuk mempertahankan DUN Bukit Selambau, sedangkan mereka tidak memikirkan kepentingan rakyat seluruhnya. Yang mereka fikirkan hanyalah kepentingan parti mereka. Kuasa. Sedangkan parti mereka tidak mampu dan tidak arif memerintah, hatta diperingkat kerajaan negeri sekali pun. "Membangkang" tahulah mereka. Melaksanakan? Merancang dan merealisasikan? Hampehhhhhhhh...!!! Hehehhehhe...

Wallahua'alam...

p/s: Rakyat DUN Bukit Selambau...Pilihlah demi rakyat, bukan nafsu serakah berkepentingan diri semata-mata!

DEMAM PRK MEREBAK KE UTARA..!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah En. V. Arumugam meletak jawatan Exco negeri Kedah petang kelmarin, sekali lagi beliau telah meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bukit Selambau pada sebelah malamnya. Ternyata beliau meletak jawatan akibat tekanan yang diterimanya dari segenap pihak. Tahniah jua diucapkan kepada En. V. Arumugam, walaupun beliau dikatakan terlibat dengan skandal terlarang, namun beliau tetap "gentleman" terhadap karier politiknya. Terima kasih diucapkan kepada beliau yang sanggup melepaskan kuasa yang dimiliki. Yang lain-lain bagaimana pula? Para YB yang lain mungkin sedang asyik menggunakan kuasa yang baru dimiliki? Tak mengapalah, gunakanlah kuasa itu sebaik mungkin. Jika tidak, mungkin juga anda akan kehilangan kuasa tersebut.

Kini DUN Bukit Selambau telah dikosongkan oleh bekas wakil rakyatnya. Ada jawatan kosong di Bukit Selambau. SPRM akan bermesyuarat untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk dilaksanakan PRK di Bukit Selambau. Demam mengundi kembali di 2 buah bukit di utara tanahair. Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah. Nampaknya kita akan menyaksikan parti-parti politik kembali berentap selepas PRK di Kuala Terengganu. Maka kedua-dua tempat ini akan menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Apa lagi tuan, puan, mak long, pak long, pak ngah, mak lang, pak teh, mak ndak....jom pakat-pakat berkampung di kedua bukit ini...lepas itu, jangan lupa melajakkan diri ke Bukit Kayu Hitam...hehehhehhhe...

Monday, February 9, 2009

ADUN Bukit Selambau letak jawatan Exco Kedah.


Sah! ADUN Bukit Selambau letak jawatan Exco Kedah. Maka kosonglah satu kerusi Exco di negeri Jelapang Padi. V. Arumugam bekas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah dinasihatkan oleh rakannya Ir. Zambry untuk meletakkan jawatan ekoran tekanan yang diterima akibat isu "anak luar nikah". Terdahulu, satu memorandum telah dihantar oleh sekumpulan 500 penduduk di Sg. Petani, Kedah, kepada Setiausaha Sulit DYMM Sultan Kedah. Dikatakan juga bahawa V.Arumugam selalu membawa wanita tersebut ke majlis-majlis rasmi kerajaan negeri dan Istana. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat Kedah khususnya. Maka, memorandum bantahan tersebut telah diserahkan ke bawah Duli Sultan.



Alahai! Apa nak jadi? Sebuah negeri yang kononnya ditadbir oleh barisan kepimpinan PAS, telah tersalah lantik seorang ADUN dari parti Bebas (kemudiannya menyertai PKR) yang terlibat dengan skandal seks terlarang? Malunya muka mana nak diletak, melainkan muka tembok! Apakan daya, demi menjaga hati kaum India, Ust. Azizan telah sanggup melantik seorang yang sebok mengusung wanita yang bukan isterinya ke sana ke mari, sedangkan isterinya yang sah berada di rumah bersama anak-anak. Malah, individu inilah yang diangkat oleh pengundi Bukit Selambau untuk menjadi pemimpin mereka. Dan kini terbongkar apabila dia meletak jawatan sebagai akur dengan tekanan yang diberikan rakyat yang hanya seramai 5oo orang! Sekurang-kurangnya dia "gentleman" dalam soal jawatannya? Apakah dia boleh dikira "gentlement" dengan menghina majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Islam PAS Kedah dan majlis-majlis Istana dengan membawa perempuan simpanannya? Satu tamparan hebat yang harus diterima oleh pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah!



Selain menghina pihak Istana dengan mengusung perempuan simpanannya itu ke hulu ke hilir, apakah dia tidak sedar bahawa dirinya itu seorang pemimpin yang sepatutnya memperlihatkan contoh yang baik kepada masyarakat? Kesalahan moral yang menjadi seteru kepada setiap insan bergelar wanita itu pasti tidak dapat diterima masyarakat. Namun, V. Arumugam hanya meletak jawatan Exconya? Apakah itu sudah cukup untuk membersihkan arang yang ada pada kerajaan PAS negeri Kedah, Dewan Undangan Negeri yang mulia dan seluruh penduduk DUN Bukit Selambau? Jika saya, saya akan malu, semalu-malunya!



Dari itu, saya menggesa agar En. V.Arumugam untuk menjadi lebih "gentleman" dengan meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan berikan kepada sesiapa sahaja yang lebih layak, sama ada dari parti UMNO, PAS, PKR atau DAP sekalipun! Letaklah jawatan agar tuan tidak menjadi muka tembok di sidang DUN. Letaklah jawatan agar rakyat di Bukit Selambau tidak berwakilkan seorang yang tidak bermoral seperti tuan. Saya percaya, masih ada ramai yang layak berbanding Tuan V. Arumugam! Fikir-fikirkanlah tuan....

Thursday, February 5, 2009

PALESTINE - SPEECH BY TUN (Exclusive!)


1. Thank you for your presence at this forum on Palestine. I think it is important that we remind ourselves briefly of the background of this tragic country.

2. When after the Second World War, the Europeans had to give up their empires; they left behind time bombs, which regularly exploded, making the development of the ex-colonies fraught with danger and obstacles. Nearly all the newly independent states emerging from European colonisation have not been stable, nor been able to develop themselves, giving the impression that these ex-colonies are unable to manage independence. Many even think that they should remain as colonies.


Selanjutnya sila klik di sini : Klik di sini

Wednesday, February 4, 2009

EXCO KEDAH VS KCS???


Saya terbaca satu entry dari bllogger DariYan.blogspot.com. Satu blog yang sering menghimpunkan beberapa entry dari blog-blog diutara. Walaupun blogger tersebut tidak menyiarkan sebarang komen diblognya, dan tidak memberi kredit dari entry-entry yang dicedoknya (termasuk dari blog saya ini), saya tidaklah berkecil hati. Saya terpanggil memberi komen tentang salah satu entrynya yang bertajuk "HUBUNGAN KERAJAAN PAS DAN KCS - RETAK MENANTI BELAH".

Benarkah sebagaimana yang didakwa Blogger DariYan itu? Jika benar, maka benarlah katanya bahawa rakyatlah menjadi mangsa. Dan dari mana sumbernya, tidaklah saya ketahui. Namun mungkin ada benarnya. Saya tertarik dengan katanya yang mengatakan bahawa...

"kata-kata seperti "apa yang hairan sangat dengan KCS" "KCS bukan tau apa" dan "Tindakan segera perlu terhadap anggota KCS kerana ia boleh menghalang kemajuan islam di Kedah" sebenarnya menjadi titik tolak kepada hubungan yang sedia dingin"

Tahukah Exco-Exco Kerajaan PAS bahawa KCS telah menabur bakti di Kedah tanpa mengenal erti penat dan lelah selama ini? Tahukah para Exco bahawa KCS lebih banyak buat kerja untuk rakyat berbanding mereka? Tahukah para Exco Kedah ini bahawa rakyat lebih menggemari KCS berbanding YB-YB DUN/Parlimen atau Exco-Exco Kedah kini? Tahukan Exco-Exco lantikan PAS Kedah itu bahawa rakyat lebih rapat dengan KCS kerana KCS lebih memahami rakyat berbanding mereka? Sedarlah diri para Exco Kerajaan PAS...
KCS itulah yang menjana dan memacu segala keputusan kerajaan negeri selama ini. KCS yang Exco-Exco tuduh penghalang kemajuan Islam itulah yang banyak menyelesaikan masalah-masalah umat Islam di Kedah ini. Baru tak sampai setahun diberi mandat oleh rakyat, sudah mula menghina jasa-jasa KCS? Begitukah sikap "arrogant" Exco-Exco Kerajaan PAS Kedah yang baru setahun jagung? Begitu biadap, sombong dan takbur sekali! Inikah yang dicerminkan sebagai "pilihan tepat rakyat Kedah"? Sungguh menyedihkan...

Sayang. Seribu kali sayang. Harapkan pagar, pagar pulak yang melebih-lebih. Tak tahulah kenapa Exco-Exco Kedah yang berkenaan ni meluat sangat pada KCS? Syak yang bukan-bukan dan buruk. Tak sesuai untuk sebuah kerajaan yang kononnya berteraskan Islam...memalukan nama Islam jaaaa...

Wallahua'alam...

Sumber : sila klik disini

Tuesday, February 3, 2009

Apa Cerita MBAS?


Hujung minggu. Kebetulan cuti bersambung dengan cuti Tahun Baru Cina, aku lepak dengan seorang teman di kopitiam. Bersantai sambil berborak tentang isu-isu semasa. Sahabat aku yang seorang ini adalah salah seorang kakitangan MBAS, dan aku bertanya tentang perihal "BigBoss"nya yang baru...

Satu ketika dulu, aku pernah meramalkan bahawa "Pak Basyir" akan mengetuai MBAS. Namun, ramalan aku meleset apabila Kerajaan Negeri Kedah melantik Khazali untuk menjadi Datuk Bandar Alor Star yang baru menggantikan Pak Mukhti yang bersara (dia cuba sambung kontrak untuk selesaikan kerjanya yang belum siap, tapi depa tak bagi chance kat dia...). Mungkin Pak Basyir tak dilantik menjadi Datuk Bandar kerana ada yang terbaca apa yang aku tulis kot...hehehhehe...dengar-dengarnya begitulah...Tapi takpa laaaahhh...Khazali pun Khazalilah...

Aku bertanyakan soal sampah yang sekian lama isu ini membelenggu warga Kota Setar. Sahabat aku menyatakan, "tak buat apa-apa lagi...". Sedangkan isu sampah ini sudah lama bertapuk. YB BN dulu pun ada complain mengenai isu sampah ini. Mahfuz PAS pun pernah complain isu ini dalam Harakah, siap tuduh MBAS cuba sabotaj Kerajaan PAS negeri Kedah pulak tu...tapi hakikatnya, isu ini masih tidak selesai, malah bertambah teruk pula jadinya...Nak je aku snap gambar sampah berlonggok tak berkutip. Ada satu kawasan tu...taman perumahan, satu lorong ada dekat 40 buah rumah, tapi hanya disediakan 1 tong sampah kecil...teruk betul! Mana cukup satu tong sampah kecil untuk 40 buah rumah. Tu yang sampah melimpah tu. Padahal, cukai dikutip dan dibayar...kalau tak bayar...depa nak sita...nak saman...

Sahabat aku terdiam dengar aku berleter. Dia mula bersuara. "Sekarang ni, ada satu persoalan kat tempat aku. Ada sesuatu yang berlaku dibelakang tabir..." Menurut sahabat aku ni...sekarang MBAS semakin takdak duit! Mana-mana saman dikeluarkan oleh MBAS yang jumlahnya lebih dari RM500 mestilah dirujuk kepada "Boss" dahulu. Maka berpusu-pusulah mereka-mereka yang disaman nak berjumpa dengan "Boss" tersebut. Aku ingat "Boss" tu nak kasi warning kat depa...rupa-rupanya dia kasi diskaun! Potongan harga sehingga 70%! Waahhhh!!! Macam mega sales la pulakkkk...ada yang disaman RM500, lepas jumpa "Boss" hanya kena bayar RM150! Bestnya...maka syok sakan la geng-geng yang disaman tu...maka bertambah miskin la MBAS....hehehhehhe...Takpa...biar pesalah-pesalah tu suka hati bertambah kaya, asalkan MBAS kelihatan baik walaupun miskinnnn....

Kata sahabat ku lagi. Pada suatu hari..ada seorang apek pi kat kaunter jabatan kewangan. "Nak kutip claim" katanya...Tapi kerani tu kata payment belum ready, dan sememangnya payment untuk invoice apek tu belum clear. Accountant pun belum verified, S/U pun belum tengok, apatah lagi "boss". Apek tu tak puas hati. Kebetulan time dah dekat nak lunch. Apek tu terserempak dengan "boss" kat pintu masuk. Apek tu terus mengadu pada "boss" tentang payment yang belum diterima. Maka mengamuklah si "boss". Kebetulan pulak, kerani dari jabatan kewangan lalu kat situ. Maka dipanggil oleh "Boss" lalu dimarahnya di depan apek tu. Lalu di suruh ambil dokumen yang perlu di tandatangan, terus di tandatangan oleh si "boss" tanpa melalui accountant mahupun S/U MBAS. Selepas menerima herdikan dikhalayak ramai, maka menangislah kerani perempuan itu akibat dimarahi "boss"nya dikhalayak ramai...

Yang dikesali ialah cara "boss" itu melepaskan kemarahannya pada keraninya dikhalayak ramai. Takdak etika. Walaupun kerani tersebut ada kesilapannya, tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian kerana kerani itu juga punya maruah. Sepatutnya, "boss" menyelesaikan masalah apek tersebut terlebih dahulu, barulah kemudian memanggil kerani tersebut ke pejabatnya untuk dinasihati. Sepatutnya, "Boss" perlulah menyelesaikan masalah apek tersebut melalui prosedur yang ditetapkan oleh MBAS iaitu melalui accountant dan S/U MBAS, seterusnya barulah "boss" boleh tandatangan (err...aku pulak nak ajar "boss" buat kerja?) Entahlah...kata sabahat aku...terdengar suara-suara sumbang membangkang beberapa tindakan "boss", termasuklah beberapa orang yang di over ride kan kerjanya oleh "boss"...itulah cerita dari sahabat aku ni...

Aku terkedu dengar cerita dari kawan aku ni. Begitukah keadaan di MBAS sekarang? Betulkah ceritanya? Ermmmm....aku tak tahu...yang pasti, itulah yang dicerita oleh orang dalam MBAS kat aku...kalau hangpa nak kepastian, maka pi la tengok sendiri kat MBAS...aku ingat "boss" yang dilantik oleh PAS ni boleh settle masalah-masalah kritikal MBAS...tapi...tu la...semakin meruncing pulak....sampah tak settle...dok miskin lagi MBAS...dulu dengar cerita Pak Mukhti berjaya kurangkan hutang MBAS dari RM22 juta sehingga tinggal RM4 juta...tapi tak tau la sekarang ni....mungkinkah hutang tu akan meningkat? Rasanya Che Had kena turun tengok tu...hehehhehe...

P/s: bak kata Sang Tuba..."bukan apa...nak bagi elokkk.." muahahahhahaha..!!!