Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, December 13, 2009

"Sesumpah" Ajar Azizan Razak!


Baru-baru ini Anwar Ibrahim telah ke Alor Setar, Kedah. Di dalam lawatannya ini, Anwar sempat "mengajar" Ust. Azizan tentang cara dan kaedah mentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Menurut "sifu" Ust. Azizan itu, Ust. Azizan hendaklah meninggalkan cara pendekatan BN kepada rakyat sebelum ini dan "mengarahkan" Ust. Azizan untuk mendekati rakyat secara terus dengan cara mendengar, memahami masalah rakyat dan melibatkan rakyat dengan projek-projek pembangunan di Kedah.

Anwar cuba mengajar Ust. Azizan di Kedah? Apakah Anwar tidak tahu bahawa Ust. Azizan mempunyai "cara yang tersendiri" untuk menguruskan Kedah? Apakah Anwar tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Azizan Razak yang agak "kurang" mengendahkan wakil PKR dalam pengurusan pentadbiran negeri? Apakah Anwar kurang senang dengan Azizan di Kedah berbanding MB-MB yang menguruskan pentadbiran negeri lain di bawah Pakatan Rakyat? Apakah Anwar cuba "mengajar" Ust. Azizan mentadbir negeri dan mengikut cara pentadbiran PKR di Selangor?

Anwar nampaknya sudah lupa diri. Anwar sepatutnya sedar bahawa tiada satu pun projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan Razak. Kalau ada pun, projek tersebut adalah projek kesinambungan projek-projek BN yang tidak sempat dilaksanakan seperti projek Penapisan Minyak di Yan dan projek pembasmian masalah sampah di Alor Setar. Selain itu, PAS hanyalah meneruskan projek-projek sedia ada di Kedah seperti projek balak dan sebagainya. Hakikatnya, tiada projek pembangunan dilaksanakan dibawah pentadbiran negeri Kedah. Jadi, bagaimana pula mahu melibatkan rakyat dengan projek pembangunan jika tiada projek dilaksanakan?

Siapa Anwar untuk "mengajar" Azizan Razak mentadbir? Seorang yang digelar "SESUMPAH" oleh rakan baiknya yang selama ini membela dan memberikan "fund" ini mahu "mengajar" Azizan Razak? Mana projek & pelaburan RM2 billion yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang ketika berkempen PRU12? Setelah Pulau Pinang berjaya di"jajah" oleh "Pembohong Rakyat", RM2 billion itu hilang entah ke mana? Dan kini Anwar mahu mengajar Azizan Razak pula?

Anwar memang suka mengajar MB-MB mentadbir negeri Pakatan Rakyat. Di Selangor, Anwar berjaya menjadi Penasihat Ekonomi, walaupun dia hampir menggadaikan ekonomi Malaysia kepada barat melalui IMF. Di Pulau Pinang, Anwar gagal membawa pelaburan lumayan yang dijanjikan dan Kg. Buah Pala "lenyap" dilenyek jentera berat hasil "buah tangan" Pakatan Rakyat". Di"tipu" dan di"perbodoh-bodoh"kan pula Pakatan Rakyat Perak sehingga hilang kuasa dan meroyan sehingga sanggup bersidang dibawah pokok. Di Kelantan, erdogannya begitu licik "membenam" Nik Aziz dan PAS sehingga porak peranda pentadbiran PAS Kelantan. Dan kini, Anwar cuba pula "mengajar" Azizan Razak di Kedah?

Anwar tidak akan berhenti mengacau semua negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat ini selagi mereka tidak mengikut kehendaknya. Bagaikan Yahudi yang tidak akan redha selagi umat Islam tidak mengikut telunjuk mereka, maka begitulah cara Anwar yang begitu "sinonim" dengan Yahudi. Baginya, dia adalah ketua Pakatan Rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat sendiri adalah satu Pakatan Politik Haram yang belum didaftarkan. Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak wujud dan Anwar hanyalah Ketua Pembangkang di Parlimen. Ianya tidaklah berstatus sebagaimana Barisan Nasional. Cuma, baru-baru ini sahaja baru nak didaftarkan, itupun selepas di"malu"kan dengan status "Pakatan Haram". Lagak Anwar ini bagaikan "syok sendiri" menobatkan dirinya sebagai Ketua yang memberikan arahan kepada "anak buah"nya.

Saya berpendapat, Azizan Razak secara peribadinya pasti "terasa" dengan tindakan Anwar cuba "mengajar"nya ini. Sebelum ini Azizan Razak pernah "menempelak" Mursyidul Am PAS yang cuba mengajarnya menguruskan balak di Kedah. Takkan Azizan "tidak berani" "tempelak" Anwar pula? Mungkin didepan media dan rakyat, Azizan boleh senyum. Namun dalam hatinya siapa yang tahu? Melalui sumber dalaman, Azizan sendiri selalu merungut di"belakang" tentang karenah Anwar ini. Dikhabarkan juga, Azizan sendiri kurang senang dengan Anwar, DAP dan PKR. Tak tahulah kenapa. Mungkin kerana Azizan sedar siapa mereka itu. Namun apakan daya, Azizan terpaksa "menurut" kehendak PAS yang "suka menghulurkan leher" kepada Anwar dan DAP untuk di"korban"kan!

1 comment:

NORWAN78 said...

Salam bro,
Biasa la bro...si anWAR Aljuburi mmg kaki sibuk, kaki komen, kaki pengacau, kaki buntot dan segala kaki2 serah kat dia. Patutnya bagi sup kaki kat dia...baru dia tau, yang dok sibuk sgt pasai pa...hang tu sapa, jaga la diri hang tu yg tak lama lagi nak masuk hotel sg buloh. Jaga la anak bini hang tu, tak payah la nak sibuk pasal org...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!