
Sedang Husam begitu sebok dengan sikap "meminta-minta"nya pada Kerajaan Pusat Barisan Nasional, sedang Husam begitu sebok sedang "marah-marah" kerana tidak dapat duit dan hanya mendapat duit "ehsan" dari Kerajaan Pusat Barisan Nasional, dan sedang Husam ter"guling-guling" kekecewaan macam "budak kecil tak dapat duit raya", Hasan Ali dan Hadi Awang sedang bergelut dengan "plot-plot konspirasi" pihak tertentu yang "sengaja" mahu menjatuhkan mereka. Bukan Hasan Ali dan Hadi Awang sahaja, malah beberapa pemimpin yang dikatakan berada di dalam kem "kepimpinan ulama PAS" juga turut terancam seperti Nasharudin, Harun Taib, Taib Azzamuddin dan Mustapha Ali.
Menurut beberapa sumber risikan, dikhabarkan bahawa Hasan Ali sedang "runsing" mengenangkan nasib dirinya yang kelihatan tidak menentu sejak ditabalkan menjadi Exco Kerajaan Selangor. Apa saja yang dibuatnya, apa saja yang disuarakannya serba tidak kena. Sudahlah teruk dikerjakan Dr. Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang DUN Selangor, Hasan Ali juga berdepan dengan "rakan-rakan" seperjuangannya yang lebih vokal menentang pendirian dan perjuangan PASnya. Ronnie "The Don" selamba mengherdik Hasan Ali. Hasan juga diugut untuk dikenakan tindakan disiplin oleh rakan-rakannya yang sememangnya menolak Islam dan muamalahnya secara total. Hasan Ali "bisu" sebentar.
Terkini, dikhabarkan bahawa Hasan Ali bakal di"buang" dari barisan Exco Selangor. Dikhabarkan bahawa satu komplot "konspirasi" telah diatur untuk menarik kerusi Exco milik Hasan Ali dan ini akan menyebabkan Hasan Ali akan terus duduk di atas "lantai" DUN Selangor. Dikhabarkan juga bahawa mereka "cemburu" melihat Hasan begitu mesra dengan saudara seagamanya yang berparti UMNO. Sumber risikan "belakang pintu" PR dikhabarkan mendakwa Hasan Ali sering menggunakan "pintu belakang" untuk bertemu "seseorang". Entah benar, entah tidak. Bukan boleh percaya sangat sumber risikan PR ini. Bukankah ketuanya sering menipu rakyat dengan propaganda "16 September" dan "we have the numbers"?! Apa Hasan Ali nak buat? Mahu ikut jejak langkah ADUN Pelabuhan Klang? Pilihlah yang terbaik. Tak serik kena "tibai" ke?
Hadi Awang pula dikhabarkan sedang bergelut dengan serangan-serangan "tangan ghaib bermata lebam"! Apatah lagi serangan "indirect" melalui "proksi" dalaman partinya sendiri. Sejak Muktamar yang lepas, teruk sekali Hadi di"bantai" oleh "proksi" Awnar dari "Kelantan". "Proksi dari Kelantan" itu pun bukan calang-calang orangnya, terkenal dengan fatwa "Allah juga bersifat Samseng". Siapa yang melawan, tak cium bau syurgalah jawapannya! Hadi juga sinis di"kutuk" hebat apabila diibaratkan sebagai "agen UMNO".
Diibaratkan sebagai "pertualang", mereka-mereka yang membawa suara Presiden PAS itu teruk dimaki hamun! Tentu Hadi dan mereka-mereka yang menyokongnya telah berbuat "dosa" kepada perjuangan "Tok Guru PAS" itu. Apa "dosa" mereka? Dosa mereka ialah "mencadangkan supaya PAS dan UMNO bergabung berkongsi kuasa di dalam Kerajaan Gabungan demi penyatuan umat Islam dan Melayu di Malaysia". Besar sungguh "dosa" Hadi dan rakan-rakannya. Eh? Berdosakah menyatukan umat Islam dan Melayu? Mazhab mana yang dikiblatkan?
Hairannya, kumpulan yang dikatakan "erdogan" di dalam PAS sedikit pun tidak memikirkan tentang kemelut dalaman PAS. Tiada pun Husam gundah gulana dengan "musibah" atau "bala" yang sedang melanda PAS dan kepimpinannya. Apa yang difikirkan Husam ialah duit, duit, dan duit. Tidak pula dengar dia cuba membela Presiden PAS atau memujuk "Tok Guru PAS" supaya tidak terlalu "gedebe" pada kem Hadi Awang. Tiada pula Khalid Samad cuba meredakan kerisauan Hasan Ali di Selangor, melainkan turut sama "membedil" dan "menembak" saudara seagama separtinya itu. Malang sungguh. Hadi Awang dan Hasan Ali bagaikan di"konspirasi"kan oleh pakar "konspirasi". Siapa "pakar konspirasi" itu? Apa strategi dan plot-plot seterusnya? Siapakah yang selalu menuduh orang lain berkonspirasi terhadapnya? Dan siapakah yang pakar jadi "batu api" dan handal memecah belahkan bangsa dan agamanya? Tanya Anwar Ibrahim. Dia tentu tahu!
1 comments:
1KELANTAN, ISLAM DIPINGGIRKAN PAS, TOK GURU NAJIS DIGEDEBEKAN....
Post a Comment
Post a Comment