Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, August 15, 2009

Baca dan renungkan....


Perkauman Di Malaysia.

Akhir-akhir ini, soal perkauman semakin galak diperbincangkan di mana-mana. Penulis sendiri menerima beberapa email dengan artikel-artikel provokasi (dengan niat atau tidak) dari beberapa pihak yang bercakap bagi pihak kaum Cina (baca: DAP). Dari email-email tersebut, penulis membuat konklusi bahawa mereka yang terdorong untuk bercakap bagi pihak kaum Cina ini terdiri dari dua kumpulan masyarakat:

1. Kaum Cina sendiri,
2. Kaum Melayu dari golongan pertengahan-atas seperti doktor, pensyarah, professor atau peguam.

Penulis langsung tidak mempertikaikan tindakan kumpulan pertama untuk membela bangsa mereka walaupun dalam usaha mereka itu, mereka mengenepikan terus tolak ansur, tanggungjawab dan sensitiviti orang lain. Pendekata, mereka berhak membela bangsa mereka dengan apa cara sekalipun walaupun salah dari segi moral, etika dan kemanusiaan. Walaupun kita tidak suka, dan nilai-nilai kemanusiaan tidak dapat menerimanya, hanya undang-undang yang boleh menghalang mereka dari melampaui batas dalam kesungguhan mereka membela bangsa mereka.

Kerana sifat mereka yang beginilah maka mereka dapat berdiri teguh dan kuat tak kira langit mana sekalipun yang mereka junjung. Kerana sifat mereka ini jugalah maka tamadun mereka tidak pernah terpecah, peta negara mereka tidak berubah dan nama negara mereka juga tetap sama sejak lebih 2000 tahun dahulu; berbanding Rom, Andalusia dan tamadun silam lain yang hilang kegemilangannya atau hilang sepenuhnya. Sifat ini dinamakan ’perkauman’ yakni membela kaum sendiri dengan cara keterlaluan tanpa mengira benar atau salah perbuatan kaum sendiri itu.

Di Malaysia, Australia, Britain dan di mana saja kaum ini pergi, mereka tetap membawa bersama sifat ini. Kerana itu, sebaik sahaja mereka dapat menguasai satu-satu kawasan, mereka mula menolak kaum lain untuk duduk apatah lagi berdiri bersama-sama. Contohnya:

§ Dalam pekerjaan, apabila saja mereka menguasai kedudukan yang tinggi, maka tiada lagilah harapan untuk kaum lain di bawah mereka dinaikkan pangkat walaupun punya kelayakan dan dedikasi.

§ Dalam perniagaan, jangan mimpilah kaum lain untuk diberi peluang sama rata untuk menjadi pembekal mahupun terlibat bersama dalam perniagaan mereka.

§ Dalam bermasyarakat, sekali mereka dapat menguasai satu bangunan perniagaan, tiada lagilah hak kaum lain untuk sama-sama bersaing di dalamnya, dan jika mereka menguasai kawasan, maka akan lahirlah sebuah Pekan Cina secara rasminya.
Sekali lagi, kita tidak punya hak untuk mempersoalkan sifat perkauman mereka yang kuat. Dari satu segi, tidak ada salahnya membela kaum sendiri seperti mereka.
Tetapi, kita punya hak untuk mempersoalkan sifat kaum Melayu yang merasakan tidak perlu untuk membela kaum sendiri sepertimana kaum Cina. Kumpulan kedua yang disebut di atas adalah kumpulan yang mewakili bangsa Melayu dengan sifat seperti ini.

Kumpulan kedua ini merasakan mereka adalah dari golongan intelektual dan atasan maka secara logiknya mereka lebih mengetahui tentang segala-galanya. Mungkin benar mereka lebih mengetahui, tetapi lebih kepada hanya mengetahui perkara berkenaan dengan subjek pekerjaan yang mereka lakukan.

Tiada siapa yang lebih mengetahui tentang kehidupan sebenar sebagai salah seorang anggota masyarakat majmuk Malaysia selagi mereka tidak sama-sama bergaul, bekerja, berniaga, belajar dan bersaing dalam dunia yang sebenar dan merasai jatuh bangun dalam kehidupan. Mereka tidak tahu perit peniaga Melayu di KLCC atau Subang Parade atau sakit hati para kerani, eksekutif dan jurutera di syarikat swasta di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Taman-taman perindustrian di serata Malaysia yang didiskriminasi oleh kaum minoriti di bumi sendiri. Namun, kumpulan kedua ini memilih untuk tidak percaya dan meragui pula ’kekejaman’ kaum itu terhadap bangsa mereka sendiri.

Ini tidak menghairankan kerana pekerjaan professional seperti doktor, pensyarah, peguam dan lain-lain tidak begitu perlu bersaing dan dalam kebanyakan kes mereka adalah bos mereka sendiri. Rakan-rakan dan kenalan mereka juga terhad dari kumpulan yang sama.

Dalam kejahilan, mereka menyangka mereka lebih memahami kehidupan majoriti masyarakat di Malaysia hanya kerana mereka seorang intelektual dan kerana mereka punya kawan, jiran, saudara mara, atau isteri/suami, berbangsa cina yang baik. Apa yang mereka tidak tahu ialah jika ditakdirkan jiran atau kawan cina mereka yang baik itu menjadi ketua mereka, mereka tidak akan punya harapan untuk melangkah lebih jauh di dalam syarikat walaupun merekalah satu-satunya orang yang layak dalam pekerjaan tersebut, selagi ada bangsa cina lain di syarikat itu. Mereka tidak mungkin akan tahu hal ini kerana tidak mungkin sama sekali golongan professional seperti mereka, akan suatu hari nanti perlu bekerja di bawah jiran atau kawan cina tersebut atau mana-mana cina pun.

Lebih malang ialah, mereka tidak menyedari bahawa di belakang mereka, rakan-rakan dan jiran-jiran cina yang mereka bela, memandang sinis terhadap mereka kerana tidak punya sifat ingin membela kaum sendiri. Ini terbukti dalam beberapa kandungan debat dengan kaum cina yang mengetawakan Melayu sebagai tidak pandai menjaga kaum sendiri.

Kata mereka, ”bukan salah mereka jika mereka kuat kerana Melayu tidak pandai jaga kaum sendiri” dan penulis tidak boleh tidak, selain bersetuju saja dengan mereka setelah melihat bagaimana Melayu dari golongan professional boleh menjadi begitu naif bila berhadapan dengan masalah bangsa sendiri. Golongan professional ini tidak menyedari bahawa orang cina melihat kenaifan mereka itu sebagai bodoh dan mudah diperalatkan, tetapi mereka sendiri menyangka mereka dilihat sebagai seorang Melayu yang terbuka dan terkehadapan dari melayu-melayu yang lain. Konon melayu lain semuanya ketinggalan dan bodoh belaka.

Dalam hujah membela kaum lain di Malaysia, kumpulan 1 dan 2 tadi menyatakan tonggak ketidak-puasan hati mereka adalah keistimewaan yang diperuntukkan kepada kaum bumiputera. Bagi mereka, mereka berhak dilayan samarata dalam semua perkara kerana mereka juga rakyat Malaysia. Ada juga yang mendesak agar mereka juga dipanggil bumiputera??

Mereka memberi contoh Presiden Obama yang diterima sebagai Presiden Amerika walaupun beliau berkulit hitam dan bagaimana orang kulit hitam di Amerika dilayan ’samarata’ oleh undang-undang di sana yang tidak memperuntukkan hak keistimewaan kulit putih.
Perundangan dan perlembagaan negara boleh dipinda kerana ianya bertulis, tetapi bagaimana pula dengan undang-undang tidak bertulis di pejabat-pejabat dan syarikat-syarikat swasta? Bagaimana kita boleh memastikan yang mereka tidak mendiskriminasi kaum lain dalam mentadbir sedangkan dunia telah menyaksikan betapa perkaumannya mereka?

Orang-orang kulit hitam di Amerika benar-benar menerima Amerika dan diri mereka seadanya, iaitu negara asal orang kulit putih serta bahasanya adalah Inggeris. Orang kulit hitam Amerika juga menghormati serta menghayati sejarah dan perlembagaan negara dengan senang hati. Ini amat berlainan dengan sebahagian bangsa cina di Malaysia yang langsung tidak menghormati atau mengakui sejarah negara ini.

Justeru, kita ingin bertanya, bagaimana kita boleh menerima kaum degil yang ingin mempunyai sekolah sendiri, ingin menggunakan bahasa sendiri dan masih berkiblatkan sejarah negara nenek moyang mereka, sebagai warganegara setaraf? Bagaimana kita boleh menerima secara total kaum yang walaupun hanya berkuasa di beberapa negeri, telah menunjukkan sikap tidak hormat langsung pada Sultan dan Agong serta mengambil sikap seolah-olah Sultan dan Agong itu hanya untuk Melayu, bukan mereka?

Ada juga yang enggan malah megah pula apabila tidak tahu budaya, adat-adat atau etika di dalam majlis yang dihadiri pembesar Melayu. Lebih dari itu, ada di pihak mereka tak henti-henti cuba mencabar agama rasmi negara dan undang-undang berkenaan dengan Islam. Sehingga ada di antara mereka mempersoalkan kenapa Malaysia membuatkan penjualan makanan tidak halal terlalu sukar??

Konon semua ini kerana mereka tertindas dek DEB.

Soalan cepumas untuk mereka ialah: Apakah mereka akan menerima konsep satu sekolah untuk semua, menghayati sejarah, menghormati perlembagaan Malaysia, menerima konsep muhibbah dan menghentikan diskriminasi terhadap Melayu jika DEB dimansuhkan secara total?

Sekali lagi, kita tidak perlu menyalahkan mereka. Penulis tidak pernah menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri. Yang salah di sini bukan mereka, tetapi kita.
Di kala kaum cina bermati-matian mempertahankan budaya dan bahasa mereka, kaum melayu kumpulan kedua tadi pula bermati-matian ingin menggadai budaya dan bahasa sendiri. Apa tidaknya apabila tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menjawab email dari seorang doktor Melayu yang bersimpati dengan kaum Cina dan meminta penulis melihat soal perkauman ini dari kacamata kaum cina, tetapi penulis terpaksa menterjemah semula di sini kerana email kepadanya perlu ditulis dalam bahasa Inggeris semata-mata untuk memastikan doktor tersebut benar-benar faham. Ini kerana dia seorang yang tidak dapat berbahasa Melayu dengan baik. Ironi sekali apabila dikala dia langsung tidak menghargai budaya dan bahasanya, dia amat ingin memastikan bangsa cina dapat terus mempraktikkan budaya dan bahasa mereka. Teka, siapa yang sedang ketawa terhadapnya? Pastinya, bukan orang Melayu.

Kesimpulannya, haruskah Malaysia menerima mereka dari kumpulan 1, malah mungkin dari kumpulan 2 ini juga sebagai warganegara dan dilayan samarata dengan bumiputera?

Hakikatnya, dalam ketidak-samarataan, mereka masih mengatasi malah berupaya menindas majoriti Melayu dari peringkat sederhana bawah. Dalam mereka mengatakan bahawa mereka tertindas, mereka juga mendabik dada bahawa merekalah yang pembayar cukai tinggi untuk menjana Malaysia dan mengakui menguasai ekonomi Malaysia. Apakah ini suara orang yang tertindas? Atau apakah ini suara orang yang ingin menekan dan menindas orang lain yang dilihat sebagai lemah daripada mereka dari segi ekonomi? Bagaimana orang yang berkuasa boleh tertindas?

Akhir sekali, jika doktor tersebut meminta penulis melihat masalah ini dari kacamata kaum cina, penulis pula ingin memintanya melihat masalah ini dari kacamata kaum melayu:

Sila bayangkan, jika Malaysia ini milik kaum cina dan kaum lain datang dan ingin meminta kerakyatan. Apakah mereka akan berikan? Dan kemudiannya, kaum lain itu berjaya pula menguasai ekonomi berbanding kaum Cina. Apakah kaum Cina akan memperkenalkan dasar seperti DEB untuk membela nasib mereka ATAU apakah kaum cina kemungkinan besar akan melakukan pembersihan etnik sahaja terhadap kaum lain itu tanpa banyak soal? Sesiapa yang hidup di zaman komunis pasti lebih tahu jawapannya. Dan apa yang terjadi di Perak bila kaum Cina berkuasa, sudah cukup untuk memberi gambaran tindakan kaum itu jika berada di tempat Melayu.

Untuk sebahagian kaum cina yang begitu chauvinis, jika benar anda lebih tinggi tarafnya dari orang melayu, tunjukkanlah sikap tamadun, toleran, beretika dan berterima kasih walaupun bukan dengan kaum sendiri dan walaupun agama dan nenek moyang anda tidak pernah mengajarnya kepada anda. Jika perlembagaan Malaysia dan segala-galanya tentang Malaysia begitu buruk di mata anda, cubalah nasib di negara lain di mana anda boleh menubuhkan sekolah sendiri, berbahasa sendiri, menguasai ekonominya dan menghina pembesar negaranya sesuka hati. Sahutlah cabaran ini tanpa dolak dalih....untuk sekali, jawablah dengan jujur, beretika dan matang.

Untuk kaum melayu dari kumpulan kedua pula, pandai dalam sesuatu bidang tidak menjadikan anda orang yang bijaksana. Kenaifan tiada kena mengena dengan tiada kelayakan akademik, ia terjadi bila anda kurang pengalaman, kurang bergaul dan tidak peka. Sesungguhnya masih banyak yang perlu anda pelajari.

NOTA: Artikel ini ditulis bukan untuk menyakitkan hati rakan-rakan dan saudara mara penulis dari kaum cina. Ia satu pandangan dan perbincangan jujur dan ikhlas dalam usaha mengupas masalah perkauman yang makin meruncing di Malaysia. Penulis secara peribadi mengagumi sikap sayangkan bangsa yang ada pada kaum cina. Tulisan adalah dengan niat baik untuk mencari titik persetujuan di antara dua kaum.

Nukilan : Nihaz.
Sumber : myKMU.net

1 comment:

Anonymous said...

syabas saudara...pandangan anda amat bernas dan sgt baik..TAHNIAH..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!