Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, July 16, 2009

Azizan Bawa Pelaburan RM35.7 Billion ke Kedah?


Semalam 15hb. Julai, Ustaz Azizan Razak telah menghadiri satu majlis sebagai saksi termetranya satu perjanjian sebuah projek mega di Kedah. Pihak pelabur dan Merapoh Resources Corporation telah menandatangani satu perjanjian projek hub penapisan minyak terbesar di Malaysia. Merapoh Oil Refinery yang akan dibina di daerah Yan itu bakal menyaksikan pelaburan berjumlah RM35.7 billion! Hebat sekali projek ini. Yang pentingnya, perjanjian projek ini di"saksi"kan oleh Ustaz Azizan sebagai MB Kedah. Dikhabarkan bahawa projek ini akan menjana ekonomi Kedah, meningkatkan taraf hidup rakyat selain menawarkan ruang perkerjaan kepada anak-anak Kedah.

Segak sungguh Azizan ber"kot" ber"songkok" ketika majlis itu. Tentu rakyat Kedah berasa bangga dengan Azizan Razak. Apa tidaknya, Azizan menjadi "saksi" kepada projek & pelaburan RM35.7 billion. Mungkin Azizan jugalah yang bertanggungjawab membawa pelaburan semewah itu ke Kedah. Begitu juga dengan laporan akhbar dan media internet pro PAS, seakan-akan Azizanlah individu yang berjaya mencari pelaburan berbillion ringgit ke Kedah. Jadi "hero" lagi Azizan nampaknya dimata mereka...

Sedar tidak sedar, itulah permainan "politaik" media internet dan akhbar Pakatan Rakyat. Kononnya, rakyat Kedah akan mudah tertipu dengan berita-berita seperti ini. Memanglah tidak disebut disitu bahawa Azizan bukanlah insan yang menarik pelaburan berbillion ini di Kedah. Namun, tajuk-tajuk berita itu bagaikan merekalah "champion" sebenar! Padahal, setiap kali BN nak buat projek, merekalah yang pertamanya yang akan membangkang! Elok ke tidak projek itu untuk rakyat, belakang cerita. Bangkang tetap bangkang! Apa yang dibangkang pun "depa" tak paham!

Azizan sebelum ini banyak dikritik kerana didakwa gagal menarik pelaburan ke Kedah. Berikutan kemelesetan ekonomi global dan kurangnya pelaburan di Kedah, banyak kilang-kilang ditutup. Begitu juga dengan pekerja yang diberhentikan dan kurangnya peluang pekerjaan di Kedah semakin ketara. Namun, setelah projek sebegini yang asalnya dicetus dan dimulakan oleh kerajaan BN sebelum ini terlaksana, maka ekonomi Kedah semakin pulih. Peluang perkerjaan juga meningkat mendadak. Dan rakyat akan "membuka mata", memuji Kerajaan PAS Kedah yang "berjasa". Padahal, "lembu punya susu, sapi dapat nama"!

Tak mengapa lahhhh! Sudah dasar rasmi Pakatan Roit begitu. Sebetulnya, hanya SATU (1) sahaja projek yang bagus, yang telah berjaya diusahakan oleh Kerajaan PAS Kedah iaitu projek "BABI" yang bakal mengambil tempat di Kg. Sg. Tok Pawang. Itu pun jika tiada bantahan dari golongan India yang tinggal disitu. Projek pertama yang bakal dijayakan PAS ialah projek "BABI"? Hehhehhe...itulah! Bila orang kata Pakatan Rakyat suka "binatang haram" tu, "hangpa" nak marah! Dah terbukti begitu. Nak kata macam mana lagi?

Sedarlah rakyat Kedah. Kerajaan PAS sehingga sekarang belum menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun sedah lebih setahun memerintah Kedah. Hatta manifesto PRU12 juga telah di"jamban"kan oleh Exco-Exco dan MB Kedah itu. Kerajaan PAS Kedah ini hanya meneruskan "kesinambungan" kemakmuran dan pembangunan yang telah direncanakan oleh kepimpinan BN yang terdahulu. Harap-harap "depa" tak "claim"lah bahawa mereka yang membawa "pelaburan berbillion" ke Kedah selepas ini!
Gambar: ehsan blog "pro PAS".

11 comments:

MFA said...

dulu sapa duk bangkang?org sglimau jugak!!la ni eksyen sgt macam depa yg bawak masuk projek.
tp biasalah,pemimpin pas hanya tumpang populariti hasil kerja keras bn yg lalu.

MFA said...

pakatan riot, pakatan rampage, pakatan rompak rakyat, parti kencin rakyat,perosak rakyat,parti angkara syaitan

DukeOfUMNO said...

Hehehhe....memang dah sifat semulajadi depa lagu tu...nak ubah pun dah payah dahhh...tapi kalau depa jadi join buat kerajaan perpaduan..insyaAllah depa akan tahu apa sebenarnya yg molek...insyaAllah...

princess jiji said...

depakan suka menumpang glamor orang lain..sebab tu jugak PAS geng dengan DAP dan PKR sebab depa tak cukup glamour dan hebat untuk perintah Malaysia..nak jadi alternatif kat UMNO kononya..gebang bolehlah!

akubloggerjugak said...

pasai glamer tu mmg setiap org politik perlu glamer.

Anonymous said...

Saya pernah berkidmat dalam industri O & G pad tahun 90 hingga 2000.Pada pengalaman saya dan di sokong olih pengetahuan yang kerdil dan sadikit saje,ini projek ada "fatal Flaw".
Pada masa kidmat saya, tiap tahun timbul lah projek saperti ini setahun sekali.
Semua tak menjadi,abis duit sponsor dlll.
Ta pa bagi orang syiok saje gambor.
Selamat maju jaya.
changkatlobak
arjuna waspada.

Anonymous said...

Agak inilah yang dikatakan politik Malaysia kelas rendah. Balaci UMNO percaya UMNO sajalah yang betul, benar dan layak memimpin. Salah UMNO akan diterjemahkan salah pembangkang.

PAS, DAP dan PKR pula sebaliknya, depa memang dua dua serupa.

Politik bodoh yang teramat sangat.
BN/UMNO, DAP, PAS dan PKR adalah kumpulan politik yang metaliti rendah. Anak anak muda kajilah dengan teliti, jangan dengar kedua duanya.

Kalau perlu mengundi pun, undi yang bukan bodoh sombong macam kedua dua gerombolan diatas.

DukeOfUMNO said...

Hahahahha...mentaliti politik yang amat rendah? Bagaimana pula diri tuan yang menuduh sedemikian? Apakah tuan sendiri "berani" utk mendedahkan siapa tuan yang hanya berselindung diatas nama "Anonymus"? Mengapa tuan tidak mempunyai pendapat bernas selain dari mengutuk dan tidak memberi tanggapan membina?

Tuanlah contoh kepada pemberi komen yang ber"mentaliti" rendah kerana hanya "pandai mengutuk, tapi tidak mampu memberikan cadangan membina kepada parti2 politik di Malaysia". Sedar tak sedar, UMNO lah yg selama ini bertungkus lumus memerdekakan Malaysia dan berkhidmat sehingga tuan mampu belajar, cari makan, dan hidup aman damai di Malaysia. Allah telah memberikan "kuasa" kepada UMNO utk menjamin pembangunan dan kemakmuran Malaysia dan sebab itulah saya yakin bahawa antara "hikmah" UMNO kekal sebagai kerajaan adalah kerana Allah Maha Mengetahui bahawa UMNO lebih mampu dari mana2 parti politik di Malaysia..harap tuan jelas! Kalau tak jelas jugak, lantak lah tuan dgn pemikiran tuan yang ternyata "bermentaliti rendah"! hehehhe...

sungguhka said...

Ya la..... Hampir 2 tahun PAS memerintah Kedah, tak nampak lagi apa yg majunya Kedah ni. Makin teruk ada laaaaa.

Banyak dah layawatan exco buat di luar negara dan ada 2...3... MOU dah ditandatangani tapi hasilnya entah kemana. Ada banyak projek aku dengar antaranya:

1.Ternak lumut..... hancur.
2.Ternak ikan patin di Tasik Pedu..... Pelabut lari..... hancur.
3.Kilang ikan keli..... minta rakyat Kedah bela ikan keli..... hasilnya..... hancur.
4.Ternakan ayam dlm aircond..... projek lembu tolak mentah2..... hancur.
5.Program Kedah Belanda..... hancur.
6.Program tanaman padi 3 kali setahun..... hancur.
7.Projek Universiti Insaniah hadapi sedikit masalah tanah..... mungkin hancur.

Setakad ni aku rasa hanya satu saja projek akan terlaksana adalah Pusat Penternakan Dan Penyembelehan Babi terbesar di Kedah.

Entahlah aku tak tau apa nak jadi dgn exco yg ada. Boleh dikatakan setiap bulan keluar negara, selalunya balik kosong. Depa yg syok. Rakyat nganga.

Mesyuarat EXCO 2 minggu berturut2 buat di Kuala Lumpur. 7/7/09 Rabu buat perjanjian dgn DAP masuk PR kembali. 14/7/09 MOU dgn Merapoh pasai projek hub minyak. Awat tak boleh buat di Kedah ka semua ni atau malu nak bawa pelabur tengok Kedah.....?

Kalau aku nak kira perbelanjaan mesyuarat EXCO di Kuala Lumpur tu apa faedah aku dapat, bak kata pepatah Nabil....."Lu pikir la sendiri.....".

Anonymous said...

SEMUA ORANG AKAN MASUK NERAKA KALAU JAHAT. TAK KIRA PARTI APA PUN. YANG PENTING IALAH IKHLAS DALAM SETIAP PEKERJAAN. KALAU HIDUP DOK NAMPAK DUIT SEMATA-MATA. MESTI DAH SIGN UP DALAM PERSATUAN SYAITAN."MARILAH BERAMAI-RAMAI KE NERAKA"...kata syaitan yang memang setan.

Anonymous said...

"Allah telah memberikan "kuasa" kepada UMNO utk menjamin pembangunan dan kemakmuran Malaysia dan sebab itulah saya yakin bahawa antara "hikmah" UMNO kekal sebagai kerajaan adalah kerana Allah Maha Mengetahui bahawa UMNO lebih mampu dari mana2 parti politik di Malaysia"

sekarang ni baru aku tau pemikiran dukeofumno ni..dia igt selama ni UMNO menang pasal UMNO ni direstui ALLAH rupanya..ooo..klu mcm tu rejim israel yg berkuasa kat palestine tu diberi kuasa oleh ALLAH juga lah ye..seperti kuasa2 besar yg menindas golongan islam tu kot..

firaun yg mengaku tuhan pun ALLAH bagi kuasa beribu2 tahun...firaun pun berkata cuma dia je yg mampu memerintah mesir dan memajukan mesir(sekali dgr mcm hujah geng2 UMNO pun ada)

tapi xpela, itu bukan point sebenar aku, yg aku heran mcmna parti yg berasaskan bangsa ni, yg mempermain2kan Islam ni, yg xmau ikut hukum Islam ni, yg pemimpin2 depa yg kebanyakannya dayus(mmbiarkan isteri melakukan maksiat, xtutup aurat) ni, yg sekat duit rakyat ni, yg gelapkan duit rakyat ni, yg membeli undi ni, yg kata sunnah nabi ketinggalan zaman ni berasa ALLAH 'merestui' perjuangan mereka...OMG!!!!

aku rasa nak gelak yg amat pulak...agaknya depa kalah 5 negeri pasal ALLAH dan xredha UMNO ni memerintah..UMNO xpenah menang kat kelantan pasal ALLAH tau PAS je layak perintah kelantan..UMNO asyik kalah akhir2 ni bermakna ALLAH dah rasa UMNO xmmpu lagi nak berkhidmat...

byk cantik hujah dukeofumno ni..maybe sesuai utk budak sekolah rendah kot..ada pulak ALLAH bg kuasa pasal UMNO lebih mmpu dari parti lain..hahahahaha..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!