Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, June 29, 2009

Sketsa Anwar & Nik Aziz di Manek Urai.


Anwar dilaporkan mendakwa bahawa BN telah menggunakan taktik kotor dengan "merosakkan" nama Nik Aziz dengan pelbagai tohmahan dan kutukan. Dewa PKR itu juga terus terang menegaskan bahawa dia tetap "berada dibelakang Nik Aziz". Anwar mendakwa BN begitu buruk sekali menggunakan kempen memburuk-burukkan Nik Aziz di Manek Urai. Begitu sayangkah Anwar kepada Nik Aziz yang pernah dikutuknya habis-habisan suatu masa dahulu? Atau Anwar sudah menerima "seruan" dari Koperal Sinki untuk "bertobat"?

Nik Aziz baru-baru ini telah memburuk-burukkan UMNO. Kononnya bagi Nik Aziz, UMNO ini tidak ubah seperti Komunis! Malah menurut "fatwa" mursyidul am PAS itu, UMNO ini sesat bagaikan "kerajaan langit" Ayah Pin! Nik Aziz berkata bahawa "kiasan" itu amat sesuai untuk UMNO. Begitulah akhlak Islam yang dipertontonkan Nik Aziz sebagai wakil parti yang lebih "Islam" berbanding UMNO.

Nampaknya, Anwar sepatutnya menujukan kata-katanya kepada Nik Aziz! Siapa yang mengata siapa sekarang? Siapa yang memburukkan siapa sekarang? Siapa yang memainkan politik kotor sekarang? Saya akui bahawa ajaran Islam sebenar menegah umatnya untuk memperburukkan seseorang, apatah lagi saudara seagamanya sendiri. Sebagai "Dewa Poojaan" Pakatan Ronggeng, Anwar harus menegur dahulu mursyidul amn PAS itu sebelum menegur orang lain. Anwar juga harus memberitahu Nik Aziz bahawa Nik Aziz juga tidak terlepas dari melakukan keputusan yang salah dan tidak terlepas dari dosa dan pahala. Apatah lagi memburuk-burukkan seseorang itu. Anwar harus betulkan Nik Aziz, bak kata pepatah "bagaikan ketam (Anwar) mengajar anaknya (Nik Aziz) berjalan".

Nik Aziz. Pantaskah seorang individu yang kononnya dilabel sebagai "ulama tersohor Islam" itu berkelakuan sedemikian? Saya lebih melabelkan Nik Aziz sebagai "ulama tersohor PAS" berbanding "ulama tersohor Islam". Nik Aziz bukanlah ulama. Bagi saya, Nik Aziz hanyalah seorang yang memiliki ilmu agama tetapi lebih men"dewa"kan politik lebih dari Islam. Bagaimana seorang ulama Islam memiliki akhlak yang sebegitu mudah memburuk-burukkan seluruh UMNO yang merupakan saudara seIslamnya? Tahukan Nik Aziz tentang perjuangan UMNO yang sebenar sehingga menuduh UMNO sebagai "Komunis"? Rasanya Nik Aziz belum pernah meneliti perjuangan UMNO dan menghayati kandungan perlembagaan UMNO. Sekurang-kurangnya UMNO tidak mempunyai sifat seperti PKR dan DAP yang di"peluk"nya itu!

Saya hairan. Kenapa Nik Aziz begitu membenci UMNO? Nik Aziz bukan lagi "tidak suka" pada UMNO, malah membenci UMNO. UMNO dianggap sebagai musuh utamanya, melebihi syaitan laknatullah sehingga sanggup berkawan dengan syaitan demi menghapuskan UMNO! Apakah Islam menganjurkan sifat "benci membenci" sesama Islam? Itukah sifat seorang ulama' Islam? Malu Islam dibuatnya! Nik Aziz tanpa ragu, berkias mengatakan bahawa UMNO adalah setaraf dengan ajaran sesat Ayah Pin. Tidakkah Nik Aziz tahu bahawa Ayah Pin menyokong kepimpinan Hj. Hadi yang memberikan kebebasan kepada "kerajaan"nya untuk menyembah "teko"? Tahukah Nik Aziz bahawa "musuh" Ayah Pin sebenarnya ialah kerajaan BN yang meruntuhkan teko-tekonya itu setelah merampas Terengganu dari Hj. Hadi?

Dituduhnya pula UMNO ini "sesat"? Sesatkah UMNO yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia ini? Walaupun dibangkang habis-habisan oleh "syaitan" sahabat baik Nik Aziz di parlimen, kerajaan BN inilah yang mengiystiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. UMNO inilah yang menubuhkan Kementerian yang khas ditugaskan untuk menjaga dan menguruskan hal ehwal agama Islam di Malaysia. UMNO yang dituduh "sesat" inilah yang menubuhkan pelbagai jabatan yang memakmurkan muamalah Islam di seluruh negara. UMNO yang diburuk-burukkan Nik Aziz inilah yang menubuhkan jabatan agama Islam di seluruh negeri dan melantik mufti-mufti yang bertauliah seluruh negara. "Buta"kah Nik Aziz sehingga mendakwa sedemikian terhadap UMNO. Kalau Nik Aziz hendak menjadi "buta", butalah dia seorang diri. Jangan diheret sekali umat Islam di Malaysia ini menjadi "buta" bersamanya!

Hakikatnya, UMNO tidaklah seburuk yang didakwa Nik Aziz! Nik Aziz sendiri sebenarnya akur dengan hakikat ini. Namun, di atas nama "politik", Nik Aziz telah membelakangkan hakikat ini. Demi "kuasa" politik, Nik Aziz sanggup menelan kepahitan kebenaran ini dan menabur dakwaan buruk kepada saudara seIslamnya. "Fitnah pun fitnah lahhhh...asalkan PAS menang!". Apakah itu akhlak yang dibanggakan dari seorang ulama' PAS? Tidak dinafikan ada akhlak mahmudah yang dimiliki Nik Aziz. Namun, jika beginilah rupa bentuk dan bau isi hati perut Nik Aziz, maka dia tidak layak bergelar "ulama Islam". Apakah ini yang digambarkan Rasulullah S.A.W sebagai tanda-tanda akhir zaman apabila munculnya ulama-ulama suuu'? Astaghfirullahil 'Azim..."Nik Aziz harus bertobat!"

Wallahua'alam.

7 comments:

tanjungkasau said...

Salam ziarah, kenapa la kita tak boleh hidup aman dan damai

blogger kedah said...

duke - jadi ke program 4/7/09?

blogger kedah.

DukeOfUMNO said...

Program? bukan program laaaa...Majlis...hehhehe...

Jadi laaaa...tapi hang tak email dan tak confirm through email pun...macamana nak habaq "lokasi" sebenaq? lokasi akan diberitahu melalui sms jer..hehhehe..

DukeOfUMNO said...

blogger kedah...

Saya dah masukkan nama tuan ke dalam list...saya akan sms detail majlis pada tuan sebelum 3hb Julai ni...harap maklum.

p/s: saya tak publish komen yang mengandungi no. tel tuan di ruangan komen ni...TQ.

poyosede said...

Koi tak tau nak gelar apa lagi Nik Aziz ni. Nik Aziz suka menghukum UMNO.Apa die rasa die tuhan.Dah melampau orang tue ni...

Anonymous said...

Nik Aziz tu gian nak duk Putrajaya tuuuhh...hangpa tolong2 la anjurkan lawatan pi melawat Putrajaya kat Nik Aziz..naik bas ekspress boleh..naik keretapi pun boleh..


duke : kalau bukan bloggers tegar pun nak mai boleh ka?

DukeOfUMNO said...

buleh aihhhh...nak mai kena la register cepat...kerusi dah nak abih dah ni...hehheh...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!