Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, June 21, 2009

Menatap Potret Nik Aziz Pun Dapat Pahala?


"Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz." - Harakah (Wan Rahim, Penasihat Jentera Operasi PRK Manek Urai PAS).

Benarkah seakan-akan mendapat pahala apabila menatap gambar Nik Aziz? Alangkah besarnya karamah yang ada pada manusia ini. Nik Aziz hanyalah hamba Allah, namun benarkah dakwaan imam masjid di Manek Urai tersebut? Bagaimana pula seorang imam masjid boleh berkata demikian?

Nampaknya, begitu taksub sekali penyokong PAS terhadap Nik Aziz. Besar sekali Nik Aziz dipandangan pengikutnya sehinggakan boleh diberi pahala jika menatap potret Nik Aziz. Setahu saya, Ayatollah Khominie di Iran yang banyak pengikut itu pun tidak diberikan "takzim" sebegini. Gambar pemimpin agung revolusi Iran itu tidaklah mendapat pahala jika ditatap. Nampaknya Nik Aziz lebih hebat dari Khominie.

Malangnya kenyataan ini dikeluarkan dari mulut seorang imam masjid. Individu sebeginikah yang dilantik menjadi imam masjid oleh kerajaan PAS. Tidak terpesongkah aqidah seorang Islam yang mendengar kata-katanya sebegitu? Itukah imam masjid yang diharap memberi ilmu agama, tapi kini memberikan ilmu politik sesat PAS kepada umat Islam di qariahnya? Malang sungguh anak qariah masjid yang berimamkan seorang individu seperti imam tersebut.

Wan Rahim pula bagaikan bangga teramat sangat sehingga "terkejut" dengan dakwaan imam pasjid tersebut. Sepatutnya Wan Rahim patut menegur imam masjid tersebut. Dan seeloknya dipecat sahaja imam tersebut dari terus mengeluarkan "fatwa" karut! Begitulah PAS, matlamat mereka nampaknya menghalalkan cara mereka berkempen, walaupun bertentangan dengan Islam.

Sedih, tapi benar. Itulah yang berlaku di Manek Urai. Tiada lagi rasional dihati mereka. Taksub dan agungnya Nik Aziz tidak dapat dipisahkan lagi dari hati mereka. Malah otak mereka pun tidak dapat berfungsi untuk memikirkan kebenaran dan kebatilan. Benarlah bagai dikata, apabila hati sudah berkenan, ada akal pun tidak berguna! Berkawan dengan syaitan pun dihalalkan. Dan kini, melihat potret Nik Aziz pun dipercayai memperoleh pahala! Astaghfirullahil'azim.

Wallahualam...

6 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam bro,
dah dasar sesat...yang lebih malang menyesatkan...

pakcik said...

imam yang tiada iman

sesat lagi menyesatkan.

nanti dia kata, tengok langit boleh nampak tuhan.

masyaallah.

Ekeng A/L Etong said...

Aku tak berani nak komen perkara ni pasai mungkin ada dalil atau nas yang aku tak jumpa atau tak dan diajar oleh Tuk Guru aku dulu... Sayang sungguh pasai aku tak dan habis belajar agama kat dia, Tok Guru aku tu dah mati. Innalillah......

Lagi pun yang akan dapat pahala bila tenguk gambar Tuk Guru Datuk Haji Niz Abdul Aziz Nik Mat ni pun bukan semua orang. Hanya orang PAS saja.

Betullah kot!

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

PAS dah hampir kpd Kerajaan Langit.Tak lama lagi bahlol2 dalam Pas akan anggap nik ajih tu mcm Tuhan kot.

shonzu said...

Patut la pernah terlihat gambar di belakang van atau kereta orang yang taksub dengan DEWA N.Ajis ni. Mulanya aku sangkakan gambar Colonel Harland Sanders (pengasas KFC tu...), bila diperhatikan betul2 baru la sedar rupanya gambar DEWA Tok Guru Pas. Begitu taksub sekali mereka dengan N.Ajis ni.

Rasanya kalau solat pun ada gambar N.Ajis pada sejadah juga kut.Iya la, memandang gambar poster DEWA N.Ajis boleh dapat pahala, inikan pula masa solat, boleh dapat berkali ganda pahala tu. Subhanallah.....

Jeffry said...

SALAM PERJUANGAN BRO
INILAH BUAH TANGAN DARI NIK AJIS KPD ANAK2 SETAN BWHAN BELIAU

Bila Kak Su Bersuara... Heh!