Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, June 22, 2009

Kerjasama UMNO Kedah & Bloggers Pro-UMNO Utara.

Apakah akan menjadi kenyataan? Ini adalah di antara isu yang akan diperbincangkan pada pertemuan Bloggers Utara pada 4hb Julai 2009 ini. Saya telah dihubungi oleh pihak UMNO Kedah untuk berbincang sama ada boleh diadakan kerjasama di antara UMNO Kedah dan Bloggers Utara. Namun, saya tidak dapat memberikan kata putus memandangkan saya hanyalah sebahagian dari anggota Bloggers Utara.

Mungkinkah kerjasama ini akan terjalin? Bagaimana rupa kerjasama tersebut? Apakah Bloggers Utara akan "terikat" dengan "perjanjian bersyarat" dengan UMNO Kedah? Apakah Bloggers Utara dilihat mampu membantu memperkasakan UMNO Kedah? Apakah UMNO Kedah sanggup "tahan telinga" bila dikritik hebat oleh Bloggers Utara? Itulah di antara persoalan-persoalan yang bakal dibincangkan oleh para Bloggers Utara.

Dari itu, saya menjemput kepada semua bloggers di wilayah utara untuk melibatkan diri di dalam Perjumpaan Bloggers Utara Kali Ke-2 yang bakal diadakan pada 4hb Julai ini nanti. Di minta kerjasama kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan diri di bloggersutaraunion@yahoo.com atau meninggalkan email Dato'/Datin/tuan/puan/cik pada ruangan komen di blog saya. Janganlah risau, saya tidak akan mendedahkan identiti saudara/saudari sekelian. Tujuannya hanyalah untuk "confirmation" kehadiran, megelak dari perkara-perkara yang tidak diingini dan budget"makan-makan" yang akan disediakan. Harap saudara/saudari faham tentang kesulitan ini. Sila confirm kehadiran tuan/puan secepat mungkin memandangkan tempat adalah terhad kepada 50 individu yang pertama sahaja.

Sekian, terima kasih.

17 comments:

malaysia.suarademokrasi said...

salam,...
saya bukan blogger dr utara tapi berminat utk join.
Blog saya berkisar umum,...(walaupun saya berasal dr utara :)
apa2,...e-mail saya di
malaysiasuarademokrasi@gmail.com
>>> minta tuan follow blog saya :)

che_wan said...

Salam bro Duke.

Komen awal dari aku..,Kalau depa dah sudi.., tak salah kita membantu sedaya upaya.

Lagipun, jika untuk kepentingan Alif,Ba,Ta..., tak salah rasanya malah dituntut menjayakan dengan seadanya.

InsyaAllah aku akan menghadirkan diri nanti. Kita jumpa disana.

Salam Perjuangan.

tempursakti said...

salam bro,
cam biasa la aku...biarpun jiwa UMNO aku totok,tapi jika terdapat bau ada penyelewengan dan salahlaku pemimpin...aku tibai...sebab aku sokong UMNO dan bukannya sokong pemimpin...pada aku pemimpin yang dipilih adalah untuk membesarkan dan memertabatkan UMNO,bukannya UMNO yang membesarkan serta memperkayakan pemimpin...pemimpin datang dan pergi...UMNO jua yang patut kita sokong....
perjumpaan 4 julai...InsyaAllah...tempursakti akan bersama bloggers utara...

http://pemudatamanperuda.blogspot.com said...

saya berminat untuk bersama-sama dalam himpunan bloggers wilayah utara. apa2 maklumat sila beritahu saya melalui e-mel pemuda.tamanperuda@gmail.com

Ekeng A/L Etong said...

Alahai terima kasih banyak-banyak la cek DukeOfUMNO oi pasai teringat nak jemput aku. Sapalah aku ni haa? Kecik kemetot, perut boroi, telinga pun capang. Tak dak sapa kenal pun. Hang ni pakai nama orang puteh macam UMNO jugak. Tak berasa nak tukar bagi nampak Melayu sikit ka? Jangan marah.... melawak saja no!
Memang aku teringin sangat-sangat nak tenguk apa merega Gathering tu pasai tak pernah pi. Yang selalu orang dok jemput aku pi tahlil, pi kenduri, pi jamuan. Tu saja.
Teringin sangat aku nak jumpa hang dan blogers yang hebat-hebat di utara. Macam DukeOfUMNO, Depa Kata, Parpukari, Hussain Lempoyang, Ramli DAP dan ramaiiiii lagi.
Tapi apa boleh buat no... ada kerja lain. Aku dah bagitau melalui email kat hang minggu lepas. Minta maoh no. Jangan serik, lain panggil buat apa-apa tolong hot hot kat aku sama. Insya Allah kalau tak dak kerja, aku pi.

wanbaki said...

tq duke, bg info...
wanbaki@gmail.com

CCZ said...

saya nak sertai gak. tq sanggul melayu.e-mailkan pada nurdini2823@gmail.com

CCZ said...

hai, dah tiga kali bg komen kata saya nak join sama nih.letak nama saya ye.sanggulmelayu. e-mailkan jugak pada nurhananzulaikha@yahoo.com

Junah said...

Salam Bro,

Saya pun berminat, tp berada di sabah untuk tempoh yg tidak diketahui, terpaksa tolak, all the best.

Junah means shield.

blogger kedah said...

duke of umno,

siapa dari umno kedah yang jemput ni? su perhubungan negeri ke su penerangan ke ? atau nasir dari umno alor staq ? atau dato' bakri.
sebab nya kalau orang yang jemput tu tak ada power, buat penat pi saja.

tq.

DukeOfUMNO said...

Salam blogger kedah...

Timbalan Ketua Perhubungan Negeri ja yg cakap lagu tu...tapi tu la...dia pun kena tunggu Dato' Shafi'e punya decision...tapi dia dah bagi kata awal..lagu tu la bunyinya...

BLOGGER KEDAH said...

duke,
saya nak join.

blogger kedah.
tq
wassalam

DukeOfUMNO said...

Salam Blogger Kedah...

TQ kerana turut menyokong Gathering ni...kalau nak join, sila emailkan nama/nick & contact no. tuan ke bloggersutaraunion@yahoo.com atau tinggalkan email anda disini dan saya akan hubunhi anda kemudian...TQ.

MFA said...

hitmankdh@gmail.com

Anonymous said...

aku pun ada dengar juga akan jemputan ini kononya khusus untuk mereka yang menyokong UMNO....*(tapi sayang penulis blogger ini .... berani tapi kecut...sebab tempat dan lokasi tak berani kasi tahu....macam nak umpan je....maklum je lah sekarang ni UMNO tengah merundum ke arah zaman kejatuhan tapi kami tak sokong tapi kami akan merayap di SP INN sebab kat situlah lokasinya...betul tak? bukan nak ganggu kebetulan hari tu kami *yang tak suka UMNO* ada game kat situ jadi jangan sampai terdengar pula hiruk pikuk rayuan pihak UMNO takut nanti u all malu....mak ayah pernah pesan kalau nak makan tengok dulu makanannya dan kalau nak berkawan pula kenal dulu kawannya begitulah juga dengan perjumpaan dan perhimpunan ni kalau dah nak lingkup buat apa kita pi....tepuk dada tanya selera....UMNO oh UMNO...

JST said...

Saya juga nak ikut serta program tu.. sila emailkan saya manitsripradit@yahoo.com

Saya adalah setiausaha PSK, sila lawat website kami http://www.pekemas.org.my

Dari Siam Pendang

http://nurimanja.blogspot.com/ said...

Aku hairan budak booh pun dapat nili, depa uk gah orang siong mereka, berapa DUN dah hilang?
ceramah pun tepaksa kumpul orang luar,depa dukperasaantuhan sayang dekat depa. kita tenguk siapa yang merudum!!

Tuhan paling meluat dan murka orang yang buat salah bangga pula dngan kesalahannya.

Geletek Pagi (bernaung di blog citrarasa)

Bila Kak Su Bersuara... Heh!