Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, May 17, 2009

Benarkah Pemimpin UMNO "Buta" I.T?


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru-baru ni aku ada terbaca satu nukilan kawan-kawan blog kita pada entry yang bertajuk "Pemimpin Tertinggi UMNO Buta I.T" dan "Bila Menteri Penerangan Melenting". Entry itu telah "menarik perhatian pihak Menteri Penerangan kita yang baru untuk menyatakan perasaan "tersinggung"nya.

Tapi, betul ke "pemimpin tertinggi UMNO buta I.T"? Rasanya kurang tepat untuk kita "menghukum" mereka sebegitu. Tahukah kita bahawa mereka itu "celik" I.T atau "buta" I.T? Kita bukan tahupun tahap pengetahuan depa tentang I.T. Rasanya kawan kita tu hanya membuat satu "assumption" diatas penglihatan luaran atau secara "kulit" sahaja. Dia melihat bahawa pemimpin pembangkang lebih komited kepada budaya I.T secara ber"blog", ber"portal" dan sebagainya. Dia lebih melihat "rating" tumbuhnya website-website dan blog-blog pembangkang di internet berbanding pihak UMNO dan pro BN. Hakikat itu sememangnya akan mendorong kepadanya untuk membuat satu andaian "mudah" sebegitu.

Namun harus diingat, sesungguhnya pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO sudah lama berblog, ber"website", ber"portal" dan sebagainya! Dah ramai pula pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah punya blog sendiri dan ada pula yang mempunyai "rangkaian" website yang banyak untuk memberi informasi kepada rakyat tentang perkara sebenar. Sudah banyak website dan blog pro UMNO dan kerajaan yang muncul bak cendawan untuk menangkis dakyah fitnah pembangkang. Sudah banyak pemimpin UMNO yang mencebur diri dalam I.T, malah ada yang sanggup "melabur" demi UMNO tanpa mengenakan sebarang syarat walaupun untuk kepentingan peribadi politiknya sendiri! Itulah hakikatnya.

Cuma...tak semua orang tahu tentang penglibatan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO ini di arena I.T tanahair. Mereka bijak mengatur langkah dalam membayangi bidang "kewartawanan" tidak rasmi ini. Mereka rahsiakan penglibatan mereka atas sebab-sebab tertentu. Dan kita tak perlulah mempersoalkan atau mempertikaikan sebab musabab mereka merahsiakan perkara ini. Dan kadangkala, kita tak tahupun bahawa website atau blog yang kita layari itu milik Timbalan Perdana Menteri kita! Siapa tahu? Saya pun tak tahu...tapi saya tahu dan yakin perkara ini memang wujud. Secara dasarnya, tak adillah jika kita "judge the book by it's cover".

Ada beberapa rakan saya yang pernah memberitahu bahawa mereka banyak dihubungi oleh pihak pemimpin-pemimpin UMNO untuk "mengajar" mereka berblog. Ada yang amar berminat untuk mengendalikan blog mereka sendiri. Ada yang mengutuskan email kepada rakan-rakan lain untuk menyampaikan maklumat menangkis dakwaan dan fitnah terhadap mereka. Malah ada Ketua Bahagian UMNO yang subscribe streamyx dan celcom brodband semata-mata untuk ber'blog". Mungkin ini semua kurang berlaku di sabah, di tempat sahabat blog kita itu. Tapi tak mengapalah...sudah menjadi lumrah manusia yang kadangkala melakukan kesilapan dan kesalahan, termasuklah saya sendiri...tak gitu bro?

Rasanya, ramai di antara kita tidak lokek untuk membantu pemimpin pemimpin UMNO untul berblog dan menceburkan diri di dalam bidang I.T. Dan rasanya, kita perlu membantu UMNO di dalam hal ini "sekiranya" benar bagai yang di dakwa oleh sahabat kita. InsyaAllah, kita akan membantu sedaya yang boleh untuk UMNO dan survival agenda Islam, Melayu dan Tanahair yang tercinta!

Wallahua'alam.

sumber : click tang ni

1 comment:

Buta IT said...

Jika benar mereka buta it,
boleh singgah di website saya belajar tentang IT,

Bila Kak Su Bersuara... Heh!