KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Monday, April 13, 2009

Saf Kabinet Baru, KPI & Bekas TPM.

Agak lama tak update blog...sorry...agak busy kebelakangan ni...tugas dan rutin membatasi segala...

Saf Kabinet Baru dah di umumkan...dan Dato' Seri Najib dah umum bahawa kabinet kali ni diawasi oleh KPI...aku setuju betul dengan adanya sistem lagu ni...ada standard piawaian. Pak-Pak Menteri ni kena kawal sikit...takut lupa daratan dan tak buat kerja...ada yg tak buat kerja dan buang masa sana sini...malah sebelum-sebelum ni yang dok salah guna kuasa..rasuah sana sini...mujoq la DS Najib buat penilaian KPI ni...kalau ada menteri yang baloq liat, "tibai ngan rotan"...

Dulu...ada sekoq menteri ni...dari menteri, dia jadi timbalan PM...mamat ni memang tak guna...dalam pemilihan UMNO, dia gulingkan seorang arwah Tun yang banyak berbudi kepada UMNO, BN dan rakyat hanya dengan menggunakan "RM" juta-juta! Dialah "bapak" kepada segala "rasuah politik". Sebelum dia mulakan budaya "rasuah politik" ni, tak wujud pun budaya ni dalam UMNO...dialah "bapak perosak UMNO". Siapa yang tak ingat tentang kejadian dia di Sabah. Tanya Tun Datu' Mustapha. Tanya Tan Sri Sanusi Joned. Tanya veteran UMNO Sabah. Dia standby satu beg "RM" untuk cantas arwah Tun, penyandang Timbalan Persiden UMNO time tu...

Mujoq la mamat tu dah kena buang dari UMNO...mujoq la "kesumbangan" mamat tu dah dibongkar oleh PDRM, SB dan sistem perundangan kita. Walaupun mamat tu terlepas dari hukuman mahkamah atas sebab teknikal, dari segi bukti-bukti dan hujah-hujah pendakwaan, mamat tu memang "bersalah". Tak pa lah...terlepas mahkamah di dunia, mahkamah di akhirat masih menanti dia....

Dan sekarang mamat tu dah tubuh parti baru...parti tu pun ditubuhkan oleh bini dia...masa tu dia dok merempat dalam jail disebabkan oleh "kesumbangan" dia sendiri! Sekarang ni dai dah jadi Ketua Besaq! De facto kata orang...Dan aku hairan...kenapa orang macam dia ni masih "laku" di kalangan rakyat walaupun dia ni penipu besaq dan dah banyak kali dah dia kantoi menipu! Tapi rakyat masih percaya kat dia? Malah PAS dan DAP pun tertipu ngan dia? Aku tak tau tang mana depa letak akai yang Allah bagi tu...kat kepala lutut kot?

Takkan depa tak tau mamat tu rapat ngan Wolfowitz, Soros, Rice, Albright dan ramai lagi yahudi-yahudi did seluruh dunia? Takkan depa tak tau mamat ni menyokong "perjanjian damai" antara Palestine dan Isreal yang dianjurkan oleh US, yang mana declaration itu ditentang habis-habisan oleh Fatah, Hamas, Iran, Iraq, Syiria dan banyak lagi negara Islam kerana berat sebelah serta menguntungkan Yahudi? Tak paham aku...atas dasar apa depa puak-puak yahudi ni "redha" benar dengan mamat ni...mamat ni pulak siap bangga dengan pengiktirafan kuasa-kuasa yahudi ni..."bukan semua orang dapat penghormatan tu...depa jeles la tu..." itu jawapan dia? Tak tahukah dia bahawa yahudi itu tidak akan sekali-kali "redha" dengan seseorang itu sehinggalah seseorang itu menurut kehendak hati dan tujuan kehendak depa?

Hairan aku...

6 comments:

BHM said...

Salam ziarah...

http://aspirasi-baru.blogspot.com

ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

rahman,ahchong,muniandy said...

Antara isi kandungan ucapan Anwar,untuk memancing undi orang bukan Melayu, di Bukit Selambau. Anwar berkata, kalau PR memerintah:



1. Lebih ramai orang bukan Melayu akan diambil bekerja dalam kerajaan, bukan macam BN sekarang.



2. Orang bukan Melayu akan di lantik menjadi Naib Cancelor IPTA.



3. Orang bukan Melayu akan dilantik menjadi YDP Majlis Daerah atau Bandaran



4. Setesyen PETRONAS akan diberikan juga kepada bukan Bumiputra



5. DEB akan dihapuskan.



6. Peruntukan rumah ibadat akan diberikan secara adil, kalau masjid 1 juta, kuil juga 1 juta, gereja juga 1 juta (katanya dah diamalkan di Selangor).

DatoWanAzmi said...

saya mengalu-alukan semua pihak terutama golongan belia, untuk memajukan bidang ekonomi...

saya sanggup membantu dgn cara tunjuk ajar dlm bidang pertanian, pelancongan, ICT , dan lain lain lagi...

sila berhubung dgn saya melalui email saya

wanazmi@wanazmisik.com

atau web
www.wanazmisik.com

terima kasih

Sang Tuba said...

Salam hormat...

Bercakap pasal KPI semua menteri yg baru dilantik menimbulkan lagi byk persoalan.

1. Apakah KPI mereka yg ditetapkan?
2. Kenapa tak disiarkan utk bacaan umum?
3. Adakah penilaian dibuat mencerminkan prestasi sebenar mereka?
4. Adakah penilaian dibuat without fear and favour?

Rasanya biar rakyat turut sama menilai prestasi mereka samada mencapai tahap yg ditetapkan dlm KPI atau tidak.

Yang pasti laporan penilain semuanya too good to be true.

Pissttt, pissttt! Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: sendiri set KPI, sendiri nilai sama ngan syok sendiri

DukeOfUMNO said...

Sang tuba...

Sendiri set KPI? Hehheh...memang la senang la hang gebang lagu tu....tapi kalau Najib sendiri memain dgn KPI ni dan dok muhong diri sendiri, nescaya dia akan jadi the last PM from BN...aku tak rasa dia bodoh seperti yg hang sangka...kalau tidak, dia tak la jadi PM dgn "memendekkan" usia pemerintahan Pak Lah...hehheh...

Tak semua yg kita rasa tu betoi...dan tak semua telahan hang tu pun betoi...just a precaution...tapi, kalau hang betoi la nak bagi jadi elok...hang kean la lebih matang dalam memberi pandangan/komen...Najib dan prepare awai lagi tentang KPI ni...even sebelum dia jadi PM pun, dia dah plan dah...Thinktank dia walaupun tak sehebat Tun, tapi mampu memberikan feedback yg bagus and base on reality...tak macam Pak Lah dulu yg budak2nya hanya memberikan "good news" sahaja padanya...tu yg PRU12 hancoq tu...

By the way, Najib tak kata pun nak gugurkan mana2 menteri yg "gagal" capai KPInya...dia kata depa akan syura dulu utk membaik pulih kegagalan tu...tapi aku rasa, kalau teruk sangat, tak mustahil Najib akan mintak menteri yg "gagal" tu resign...sebab aku tak rasa Najib sanggup jadi the last PM representing BN...betoi dak?

Hehhehhe...bukan apa...nak perbetoikan benda tak elok yg hang pikiaq tu...

Paranoid ka? hehehhe...

Anonymous said...

ICT?? kalau setakat di Kedah, ICT untuk penduduk luar bandar sedang dijalankan oleh sebuah Universiti.. Kajian telah dilakukan step by step maka, impian kedah untuk menyaksikan penggunaan ICT di kalangan rakyat meningkat mungkin tercapai..

Sebelum ini, NCER telah menyelidik kalau tak silap saya, hanya 3% dari penduduk KEDAH yg mahir komputer.. huhu..