KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Monday, April 27, 2009

Perhimpunan Bloggers Utara : Last Call...!!!

Last call...last call...untuk makluman semua...

Dengan ini, suka cita dimaklumkan bahawa...

Satu pertemuan dikalangan bloggers di wilayah utara, merangkumi Perlis, Kedah, Penang, dan Perak utara
akan diadakan pada...

...2hb Mei 2009...pukul 8.30 malam...di Kelab Cinta Sayang Coffee House, Sg. Petani, Kedah...


Anda boleh pakai sebarang
pakaian yang anda suka
...tak kiralah sama ada bersinglet atau berkain pelikat...asalkan menutup aurat....


Anda boleh bawa seberapa ramai kawan, sedara mara atau adik beradik anda asalkan mereka adalah blogger dari utara...

Anda boleh bawa seberapa banyak duit yang anda ada memandangkan ianya adalah makan sendiri tanggung sendiri punya agenda...tak buleh claim...pasai tak dak budget atau sponsorship...depa kata "zaman ekonomi menjunam"...Tapi hangpa doa2 la kalau ada "hamba Allah" yang sudi sponsor majlis kita ni...insyaAllah...semoga sapa yg menghulurkan sumbangan akan dikurniakan rezeki yang berkat dan rahmat dari Allah S.W.T...alhamdulillah...

Kehadiran anda semua amatlah dialu-alukan untuk memeriahkan majlis yang julung-julung kali diadakan dan akan bakal menggegar dunia cyber wilayah utara...

Semua bloggers dijemput hadir tanpa mengira latar belakang blog anda atau tema blog anda, tak kiralah sama ada pertanian, ICT, politik (jangan nak bergaduh pulak!) dan sebagainya...

Kehadiran anda amatlah dihargai oleh pihak penganjur...dan sokonglah gabungan blogger-blogger dari wilayah utara ini...

Hidup Blogger!!!

10 comments:

Aizad said...

...2hb Mei 2007...pukul 8.30 malam...di Kelab Cinta Sayang Coffee House, Sg. Petani, Kedah...

BRO... silap tahun kot..
2007 ka 2009...

DukeOfUMNO said...

Erkkkk...sorry..sorry...2009..bukan 2007...hehehhe...kalut sikit masa dok buat posting ni..hehehhe...sorry...

Anonymous said...

che det ada? dia kan org utagha.. kalau bloggers bukan utara tak boleh pi ke?

DukeOfUMNO said...

Che Det tak ikut serta...dia busy..hehehe...tapi kalau dia buleh join nanti...elok jugak...

Pasai blogger luaq dari utara pun buleh mai...takdak masalah punya...sila2kan la..hehheh..

Anonymous said...

InsyaAllah kalau rajin, ikut turut serta.. tengoklah macam mana..

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Bro,

Maaf tak hadir pada 2 Mei 2009, di Kampong ada kenduri kahwin...persiapan secara gotong-royong, kena la pi tolong yang mana patut.

anaklangkawi said...

sory x dapat datang.. turun KL kasi helo2..
jumpa kat kL.

red rooster said...

Salam bro,
terima kasih di atas komen tuan dlm blog saya. mmg hasrat nak join perhimpunan bloggers utara (almaklum kita org peghelih)... tapi sbb cari makan kat kl dan cuti baru ni pun tak dpt nak balik, tinjau2 dari jauh sj lah no.... anyway, teruskan perjuangan dan harap dpt link blog saya dlm blog tuan. t/kasih.

Ahmad Ikmal said...

Tuan, terimakasih atas jemputan dan minta maaf kerana tidak dapat hadir. Harap maklum kalau ada perjumpaan lain. Nak jumpa dan berkenalan dengan rakan rakan lain.

pak malau said...

DukeOFUMNO.Macamana nk confirm! boleh DukeOFUMNO hubungi saya..Pakmalau