Saturday, December 20, 2008

Sembang Politik Wang


Perihal politik wang masih lagi hangat diperkatakan. Istilah politik wang, wang politik, rasuah politik, vitamin, gula-gula, dan sebagainya merupakan satu istilah yang sedang bermain dibibir mereka-mereka yang telah memenangi pemilihan UMNO sama ada diperingkat cawangan mahupun bahagian baru-baru ini. Dari peringkat UMNO bahagian, ke peringkat wanita UMNO bahagian, ke peringkat Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mahupun sayap bongsu, Puteri UMNO bahagian, tidak terkecuali masih "soksek-soksek" tentang perkara ini. Ada yang mencebik, ada yang tersenyum, ada yang marah menyinga dan ada yang ketawa berdekah-dekah. Yang pasti, imej UMNO telah tercemar dengan isu panas ini. Saya memantau cakap-cakap mengenai politik rasuah ini dari segenap masyarakat, terutamanya ahli-ahli UMNO, mahupun pihak pembangkang. Mereka mempunyai hujah, pendapat dan pendirian tersendiri mengenai perkara ini.


Ada yang mengatakan bahawa politik wang ini adalah perkara perlu bagi setiap pemilihan jawatan parti. Mereka berpendapat bahawa politik wang adalah sebagai saguhati, duit minyak, tanda terima kasih dan "balas budi" untuk tangan mereka yang mengangkat sokongan bagi calon-calon tertentu. Ada pula yang berpendapat bahawa, calon-calon mestilah meng"hulur"kan "sesuatu", jika tidak...calon tersebut akan dianggap kedekut, pelokek, tangkai jering atau taik hidung masin! Ada juga yang berpendapat bahawa calon-calon mestilah kaya raya, jika mereka miskin...jangan harap nak dapat jawatan walaupun sekadar pengerusi tetap bahagian!


Ada yang mengatakan bahawa politik wang ini adalah satu pengkhianatan, satu dosa, salah sama sekali dari sudut agama Islam, salah di sisi undang-undang negara, satu perbuatan yang tidak berakhlak dan tidak bermoral, satu perbuatan yang tidak amanah. Malah ada yang mengecam perbuatan ini sekeras-kerasnya. Mereka yang boleh dibeli dengan wang, yang menggadaikan maruah diri, menjual perjuangan UMNO dan mempertaruhkan hala tuju politik UMNO adalah jijik dipandangan masyarakat adalah sama sekali tidak layak untuk menerajui kepimpinan UMNO hatta diperingkat UMNO Cawangan sekalipun, apatah lagi diperingkat UMNO Pusat. Golongan ini begitu vokal mendesak dan menolak rasuah politik. Mereka mementingkan agenda perjuangan Islam, anak bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Mereka tidak rela UMNO digadaikan sebegitu murah. Mereka sayang UMNO!


Hakikatnya, siapakah yang benar dan siapakah yang salah? Mari kita rujuk dahulu kepada Islam yang menjadi asas rujukan pegangan kita. Islam melarang keras amalan rasuah mahupun perkara yang syubhah kepada rasuah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Ar-rasyi wal murtasyi fin nar..." yang membawa maksud bahawa "mereka yang memberi rasuah dan menerima rasuah akan masuk ke dalam neraka...". Ini bermakna, Islam menolak sama sekali amalan rasuah dikalangan hambanya. Dari segi undang-undang negara kita, rasuah adalah menjadi satu kesalahan, jika tidak...tak kan wujudnya BPR...kan? Malah amalam rasuah juga tidak diterima masyarakat mana pun di dalam dunia ini. Pernahkah anda mendengar sesiapa yang menyokong rasuah secara terang-terangan? Tentu sekali tidak. Hatta perasuah sendiri pun sering melaung-laungkan bahawa "kita mestilah menolak rasuah..!!!" (nak termuntah saya mendengarnya!).


Saya amat kesal kerana perkara ini sedang menular kepada segelintir (bukan semua) pemimpin UMNO yang baru nak menapak di dalam politik. Saya terdengar "sembang-sembang kedohok" yang mengatakan bahawa Puteri UMNO bahagian pun sudah pandai "menabur"! Malah ada seorang naib ketua puteri bahagian di utara ini yang terang-terang mengaku kepada ketuanya bahawa tujuannya menjadi naib ketua puteri adalah untuk mengumpul kekayaan dan wang ringgit supaya dia boleh menjadi ketua puteri bahagian pada penggal yang akan datang. Mengucap panjang ketua puteri tersebut dengan pengakuan berani dari naibnya itu. Padahal si Ketua Puteri itu siang malam bekerja melobi berkempen tanpa mengamalkan politik wang pun. Lagi pun , si ketua puteri itu bukan dari golongan berada pun....dia pun cukup-cukup makan je! Tapi nasib baik lah si ketua puteri itu tidak cepat melatah. Dia hanya tersenyum dan mengucapkan "good luck" kepada naibnya. Begitu lah salah satu cerita dari sayap bongsu UMNO, puteri yang baru belajar bertatih...


Kesimpulannya, saya ingin menegaskan...jauhilah politik rasuah. Ianya salah dari sudut Islam, undang-undang dan tidak bermoral. Janganlah UMNO di cemari oleh budaya tidak sihat ini. Jika anda pernah berbuat demikian, maka ingatlah...Allah akan memperhitung setiap sen yang kamu dapat pada hari kiamat di padang mahsyar kelak. Janganlah pemimpin-pemimpin UMNO kita dimalukan lagi dengan isu ini. Hanya kerana segelintir sahaja yang pemimpin yang korup, maka semua pemimpin yang tidak bersalah diheret sama. Sesungguhnya, UMNO masih lagi kaya dengan pemimpin-pemimpin yang ikhlas dan tidak mengamalkan politik wang atau rasuah. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!


p/s: InsyaAllah, yang mana yang salah akan kita perbaiki bersama-sama...asalkan ikhlas! Marilah kita bersama-sama menolak rasuah politik dan bersihkan nama UMNO. Semoga UMNO kembali gagah untuk Islam, anak bangsa Melayu dan Tanah Melayu...apabila UMNO kukuh, maka segenap lapiasan rakyat kaum dan agama akan sama-sama menikmati kemakmuran Malaysia! InsyaAllah....

Saturday, December 13, 2008

TOYOTA CAMRY 2.4 pilihan PAKATAN RAKYAT! Hebat bergaya!



Pergghhhh..!!! Best la depa dapat kereta baru...TOYOTA CAMRY 2.4 pulak tuuuu! Setakat Perdana V6 tu apa barang....MB-MB, Exco-Exco Pakatan Rakyat mana buleh naik Perdana V6? Takdak standard! Lekehhhh..!!! "Maintainance tinggi" itu alasan yang depa bagi...alaaaa...alasan slapstik dan plastik!...hehhehe....padahal dok kembang hidung bawak Toyota Camry besaq gedabak tu...lebih ranggi dan elegant...!


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan Perak dah tukaq kereta baru...lebih hebat dan lebih bergaya....maintainacne pun katanya "murah bangatttt.."!!! Best la depa...dapat keta besaq, hebat, elegant, low maintainance, low petrol (bukan free ke? tak pun buleh claim...). Buleh la depa bawak pi meronda sana sini tengok projek "mega ternakan" depa...hehhehhe...


p/s: Err...Kerajaan Negeri Kedah bila pulak nak tukaq kereta? "Alaaa...kawan-kawan kita buleh bela, takkan kita tak buleh kotttt? Kawan-kawan kita buleh tukaq kereta, takkan kita tak buleh tukaq kot? Maklum la...kita kan kerajaan kebajikan...yang penting kita best!!!"


Wallahua'alam...

Thursday, December 11, 2008

Tragedi Orang Kaya Yang Antarabangsa!


Aku terbaca dan tengok dalam berita/youtube pasai pelbagai kritikan, marah, geram dan komplain pada kerajaan, pihak berkuasa tempatan, NGO-NGO dan sebagainya. Kepala aku terus jadi panasss....cheissss....dasar orang kaya tak kenang budi!

Dari itu...Aku sarankan supaya…

1. Pihak berkuasa tempatan, mana2 NGO atau sukarelawan kat situ agar meninggalkan tempat kejadian….

2. Biaq pi penduduk yg kaya raya & tak reti bersyukur tu pi kedai Ah Keong Hardware beli cangkul, parang dan backhoe (jika perlu) utk settlekan tanah runtuh tu…gali sendiri, jaga keselamatan diri dan barang sendiri…

3. Segala kerugian/kehilangan tak payah la kerajaan nak amik tau sangat…depa tu berguni duit dalam bank…barang kemaih pun banyak…suruh depa pi gadai utk survive sendiri…takkan depa punya business pun kena tanah runtuh kottt? pi la duduk kot opis depa tu sattt….depa kan kaya raya & boss sana boss sini…

4. Belajaq susah…dulu makan sedap2…la ni hangpa pi la kutip pucuk paku tepi rumah hangpa yg runtuh tu….pucuk paku pun sedap jugakkkk….tak caya? sila tanya Pak Usop Kapak kat Pedu nuuuu….

p/s: depa ni memang tak reti bersyukur punnn….dah kaya lupa daratan…depa lupa Allah buleh amik semua tu dalam sekelip mata jaaa…hatta nyawa depa sekali punnnn….paham? Kalau la aku ada kat sana…sure aku pi tampal apa yang aku tulis ni kat tiang letrik kat area tanah runtuh tu…bagi depa sedaq sikit!

UMNO & SURVIVAL POLITIK NEGARA.


Telah banyak blog-blog yang saya telah kunjungi. Sama ada dari jenis blogger.com, wordpress.com, mahupun facebook. Begitu juga portal-portal politik seperti myKMU.net, kmutara.net, kmujohor.net, tranungkite.com, isuhot.com dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua blog dan portal ini pernah membahaskan survival UMNO yang kelihatan goyah. Ada yang meramalkan UMNO akan pupus dan bakal dimuziumkan di Johor. Ada yang meramalkan UMNO akan terkubur dalam lipatan sejarah jika kepimpinan sedia ada tidak ditukar ganti. Malah ada yang mendoakan agar UMNO terus mati ditelan gelombang Pakatan Rakyat. Ada juga yang teguh mempertahankan UMNO. Ada juga yang teguh mempertahankan tokoh-tokoh UMNO pilihan mereka. Tapi pelik, ada segelintir penyokong UMNO yang bermati-matian mengutuk UMNO! Pelik, tapi benar...


Apakah pendapat anda tentang parti UMNO yang telah menerajui Tanah Melayu ini sejak lebih 50 tahun dahulu? Apakah kemajuan yang telah dicapai? Apakah kemajuan dari segi sosio-ekonomi yang telah berjaya diperjuangkan? Apakah agama Islam tidak mencapai kemajuan sejak zaman Merdeka? Apakah perkembangan agama Islam pada 1950an berbanding di zaman millenium ini? Siapakah bakal menerajui UMNO dan siapakah penyelamat UMNO? Apakah tokoh-tokoh veteran UMNO perlu diamkan diri walaupun kelihatan UMNO sudah lemah dan perlu diperkuatkan melalui pengalaman mereka? Apakah Pemuda UMNO kelihatan tidak bermaya berbanding di zaman Dato' Harun? Itulah di antara persoalan-persoalan yang dibahaskan. Disulami dengan hujah bersemangat, tidak kurang pula dihiasi dengan pujian dan caci cerca sesetengah pihak. Masing-masing cuba menegakkan pendapat masing-masing dan tidak kurang juga ada yang cuba menegakkan jarum yang basah!


Dari perbahasan itu, kita akan dapat mengenali siapakah pejuang UMNO sebenar. Kita akan dapat mengzahirkan siapakah musang berbulu ayam. Kita dapat menelanjangi Pakatan Rakyat yang jelas menipu rakyat yang menggunakan perancangan strategi ala-ala US dan yahudi. Kita dapat membezakan antara pejuang sebenar atau pejuang membuncitkan perut sendiri. Kita akan diperlihatkan yang tersirat disebalik jendela hati jati diri. Ada yang terlajak kata, ada yang termangu kata, ada yang petah bicara dan ada yang sekadar memenuhi ruang kosong yang ada. Yang pastinya, ini semua memberi impak yang agak kuat kepada senario politik negara dimana pendapat-pendapat ini tidak kira betul atau salah akan digunapakai oleh rakyat yang membaca. Rakyat yang berilmu dan merujuk fakta mungkin akan faham dan mangambil tahu, namun rakyat yang sekadar mengangguk dan malas berfikir mungkin akan tersalah anggap dan memperjuangkan perkara yang salah.


Bagi saya, UMNO tidak akan berkubur selagi diizinkan Allah S.W.T. Perjuangan UMNO harus kembali seperti di zaman awal penubuhannya, sebagaimana yang telah dimulakan dahulu oleh Dato' Onn Jaafar di mana PAS dan PKR masih belum wujud. Satu perjuangan asal yang dipersetujui oleh semua bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Satu perjuangan yang tiada kepentingan diri sendiri. Tiada politik yang men"dewa"kan seseorang atau taksub kepada individu-individu tertentu. Satu perjuangan yang menyedari hakikat tentang pentingnya erti perjuangan demi Islam, anak bangsa dan tanah air. Menghormati antara satu sama lain, mengangkat kebenaran dan menolak kebatilan. Mungkin ada yang mencemuh dan tidak bersetuju, namun itulah hakikat yang sebenar jika anda semua sayangkan Islam, anak bangsa dan tanah air. Perit untuk ditelan, namun bersama-samalah kita bersatu agar kita kukuh dipersada kepimpinan politik tanah air dan gagah di mata rakyat.


p/s: Semoga anda menyedari tentang "sesuatu" yang "istimewa" tentang entry ini...




Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Qurban.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Qurban" kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia dan pelosok dunia, tanpa mengira fahaman ideologi politik anda. Sambutlah ibadah qurban pada Hari Raya Aidil Adha ini dengan penuh keberkatan dan zuhud kepada Allah S.W.T. Perkasalah Islam, anak bangsa Melayu dan bumi Tanah Melayu ini. Semoga Allah memberkati kalian sekeluarga. Wallahua'alam.