Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    53 minutes ago

Wednesday, November 26, 2008

Dewan Pemuda PAS: "Brainwash" budak-budak???


Pada 27 November sehingga 29 November ini akan diadakan satu program "Akademi" anjuran Dewan Pemuda PAS Padang Serai. Ianya bertujuan untuk melatih anak-anak untuk mewarisi perjuangan ibubapa mereka khususnya dalam perjuangan PAS. Program ini dikaitkan dengan firman Allah di dalam surah An-Nisa', ayat 9. Akademi ini dijalankan untuk golongan anak-anak remaja berumur di antara 15 sehingga 21 tahun. "Pengeras"nya RM40 seorang.


"Fokus kita jelas, kita membantu untuk melahirkan generasi yang berpegang teguh pada Islam dan mereka juga akan meneruskan kesinambungan perjuangan PAS. Kami hanya menyediakan wadah atas rasa tanggung jawab bersama. Jadi kita minta semua penyokong, ahli dan terutamanya pimpinan PAS dari kedua-dua kawasan untuk hantar anak mereka. Bagi kami 'pinjam' anak-anak ini untuk tiga hari sahaja," Begitulah petikan kata-kata wakil Dewan Pemuda PAS.


Nampaknya terbukti kini dakwaan bahawa PAS telah mem"brainwash" minda otak anak-anak remaja mereka untuk ditarbiyahkan mengikut fahaman PAS. Mereka tanpa segan silu memanipulasi minda anak-anak remaja mereka dengan doktrin PAS. Mereka tanpa rasa bersalah mempengaruhi sedaya upaya pegangan anak-anak mereka yang belum benar-benar matang dalam membuat keputusan sendiri. Mereka mula mendorong minda anak-anak mereka supaya meminati parti politik PAS sedangkan anak-anak mereka sepatutnya sebok mencari ilmu di sekolah.


Begitulah PAS! Penulis terbayang tentang kebebasan berfikir anak-anak penyokong PAS ini. Penulis berharap PAS tidak mengekspolitasi anak-anak mereka dengan fahaman politik. Anak-anak itu masih mentah dan baru hendak bertatih tentang kehidupan, tapi sudah dimomokkan oleh dakyah PAS yang lebih mementingkan kuasa politik yang ada pada mereka. Wallahuaa'lam.


p/s: Harap ada dikalangan pemimpin PAS yang akan menegur kegiatan "extreme" Dewan Pemuda PAS ini...




Tuesday, November 25, 2008

Pulau Pinang: Sabotaj Di Atas Sabotaj???


Penulis rasa terpanggil dengan konstroversi di Pulau Pinang tentang perlaksanaan papan tanda jalan pelbagai bahasa, dibawah saranan "Khalifah" Ketua Menteri Lim Guan Eng. Katanya, ada pihak-pihak tertentu yang meng"sabotaj" perlaksanaan tersebut di Pulau Pinang. Katanya 2 papan tanda tersebut telah disimbah dengan cat merah. Jika benarlah begitu, maka benarlah usaha kerajaan negeri itu telah disabotaj sebagaimana yang didakwa. Papan tandanya di sabotaj!

Namun persoalannya, siapa yang sabotaj siapa? Bagi pendapat penulis, pen"sabotaj" yang sebenar ialah Khalifah Lim Guan Eng. Beliau telah meng"sabotaj" bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dan meng"sabotaj" nama-nama jalan di Pulau Pinang. Itulah sebenarnya yang telah berlaku. Jika beliau tidak meng"sabotaj" papan tanda dan bahasa Melayu tersebut, maka tentu beliau tidak akan disabotaj oleh mana-mana pihak. Maka jadilah kes ini sebagai sabotaj di atas sabotaj!

Sebenarnya, papan-papan tanda dalam pelbagai bahasa ini tidak banyak manfaatnya. Di antara manfaat papan-papan tanda tersebut adalah kepada para kontraktor pembuat papan tanda, pembekal "sticker" pantulan cahaya, pembekal besi dan mereka-mereka yang terlibat membuat papan-papan tanda tersebut, termasuklah pihak yang keluarkan tender untuk pembuatan dan pemasangan papan tanda tersebut. Mereka-mereka ini past "masyuuukkkkk..!!!".

Sesungguhnya, nama-nama jalan yang tersohor di dunia ini pun tak perlu dipelbagaikan bahasa pada papan tandanya. Nama-nama jalan yang terkenal di dunia seperti Wall Street yang terkenal kerana aktiviti kewangan, tidak memerlukan namanya terpampang dengan pelbagai bahasa di papan tandanya. Tidak percaya? Sila berjalan di kaki lima Wall Street. Begitu juga dengan nama-nama jalan di Pulau Pinang. Tak perlu letakkan pelbagai bahasa di papan tandanya, hanya pastikan akitiviti dijalan atau sekitar kawasan tersebut penuh dengan aktiviti "glamour" seantero dunia, maka pasti akan jadi terkenal. Para pelancong pasti akan teringat nama Batu Feringghi, Tanjung Bungah, Jalan Gurney dan sebagainya. Dan tidak terujakah anda bila nama-nama jalan di Malaysia ini terkenal di seluruh dunia tanpa dicemari oleh bahasa-bahasa lain? Nampaknya, Khalifah Guan Eng kena fikirkan kembali tentang perkara ini.

Malah di Parlimen juga telah berkali-kali dibangkang oleh para MPs, tak kira dari BN atau Bebas. Mereka-mereka yang mempunyai jati diri kemelayuan dan tahu hak-hak di dalam artikel 153 perlembagaan negara mesti membantah perlaksaan ini. Yang tidak membantah hanyalah mereka yang tidak tahu apa itu artikel 153, tidak menghormati hak-hak "tuan rumah" dan mereka-mereka yang "buta hati" akibat gila kuasa! Secara rasionalnya, perkara ini tak perlu ditimbulkan dan menjadi konstroversi pun. Namun, apakan daya, Ketua Menteri Pulau Pinang sengaja meng"sabotaj" keistimewaan bahasa Melayu dan keaslian nama-nama jalan di Pulau Pinang. Maka, inilah hasilnya....sabotaj di atas sabotaj!

p/s: Lepas ni maka berduyun-duyunlah komen masuk kat sini kutuk entry ni...maklum la...depakan percayakan Khalifah depa ni...teringat aku kata-kata seorang pemimpin teratas PAS..."jangan percaya sangat dengan Khalifah Guan Eng ni...tak ingat ke dulu Lee Kuan Yew jamin akan bagi keistimewaan pada Melayu dan Islam masa dia mintak Singapore keluar dari Malaysia dulu...siap merayu-rayu kat Tunku siap pandau sebut ayat Quran pulak tu......sekarang apa dah jadi???" Lebih kurang begitu la ayatnya....wallahua'alam...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!