Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 15, 2008

Ust Azizan pun "flip-flop" jugak???

Hari ini baru terbongkar ke"flip-flop"an Ust Azizan dan Exco-exco kerajaan PAS negeri Kedah???! Hari ini TV3 sudah melaporkan bahawa kerajaan PAS Kedah sudah menarik balik kuota perumahan 50% untuk bumiputera di Kedah. Sekejap bagi, sekejap tarik balik! Now you see it, now you don't! Tak tetap pendirian dan mudah digertak.

Sebenar, ada pro dan kontra tentang kuota perumahan 50% untuk bumiputera ini dilaksanakan. Dan salah satu kelemahannya, kerajaan PAS Kedah akan kehilangan sokongan dari kaum bukan bumiputera di Kedah. Sebenarnya, kaum bukan bumiputera ini adalah salah satu faktor kemenangan politik PAS pada PRU12 yang lalu. Dan oleh kerana TAKUT akan kehilangan kuasa dan jawatan MB serta Exco yang baru di nikmati, maka "depa" pun tarik balik la kuota tu. Nak jaga hati, kononnya! Lemahnya kerajaan PAS di Kedah! Sebelum buat tak pikiaq dulu...dah buat baru tahu kesan buruknya...

Nampak sangat kerajaan pimpinan Ust Azizan ni penakut. Takut apabila digertak! ADUN DAP baru gertak sikit nak keluaq pakatan, depa dah gelabah. Lim Kit Siang gertak sikit, depa dah kecut! Kontraktor bantah sikit, depa dah tunduk! Habis tu macam mana nak perintah Kedah ni? Baru tak sampai setahun, dah buat menyerah kalah kat desakan-desakan cam tu. Kata nak bela rakyat. Kata dulu nak jaga kebajikan rakyat! Sekarang mana perginya "kebajikan" tu? "Kebajikan" untuk kepentingan "periuk nasi", kuasa dan politik depa kot?

Sekarang rakyat dah nampak siapa sebenarnya PAS di Kedah. Rata-rata orang PAS sendiri dah mula sedar akan kelemahan PAS di Kedah. Itu belum masuk golongan "atas pagar"dan bukan bumiputera lagi tu. Ramai yang dah menyesal dah...! Another puppet was found in Kedah. Mula-mula kata "jangan sebok kacau hal Kedah", lepas tu tarik balik kuota tu? Hehehhehhe...hari ni cakap lain, esok cakap lain. Tak dak pendirian ke? Itu baru hal kuota je, belum hal lain lagi tu! Kalau hal-hal lain yang lebih besar, saya tak tau la apa yang akan berlaku...huru hara jadinya Kedah ni nanti...

Itu la...UMNO ajak form kerajaan campuran PAS Kedah tak mau. Sombong. Nak jugak join dengan DAP dan PKR. Sekarang baru tau apa yang dah jadi. PAS juga yang dapat malu. Dah la depa tu terang-terang tak mau Islam. Ini tidak...mau lagi dok pi "hemoi" dengan depa. Yang orang sama-sama Islam ajak bersatu ni depa tolak! Lagu tu ke Islam PAS? Islam PAS ajaq lagu tu? Sekurang-kurangnya, UMNO saudara seIslam PAS. Sekurang-kurangnya, UMNO ada pengalaman mentadbir kerajaan dan UMNO boleh membantu PAS. Kalau mana yang UMNO kurang PAS boleh lengkapkan. Tapi tu la...PAS tetap dengan sikap bodoh sombongnya. Harap PAS Kedah boleh fikirkan untuk berbincang dengan UMNO Kedah semula! Together we are strong! Hidup Islam! Hidup anak bangsa Melayu! Hidup Kedah! Hidup Malaysia!

Thursday, November 13, 2008

Scandal Jawatan Di Kulim Hi-Tech

Baru-baru ini jugak, saya ada bertemu seorang KCS dari Kulim. Saya ada bertanya tentang "bekas bank officer" yang menjadi "vice president" di Kulim Hi-Tech (GLC Kerajaan Negeri Kedah). Rupa-rupanya, "bekas bank officer" tu anak Pendang! Hehehehe....

Terus saya "korek" lagi. Memang benar beliau adalah bekas pegawai biasa di sebuah bank. Hong Leong Bank kalau tak salah saya. Namun, beliau telah mengambil anisiatif untuk sambung belajar dan berjaya memiliki ijazah sarjana muda dan master. Baguslah! Dan saya tidak tahu dari universiti mana atau jurusan apakah beliau graduate. Namun, saya yakin dengan fakta tersebut.

Di sebalik itu, apakah ijazah sarjana muda dan sarjana itu adalah tiket untuk menjadi "vice president" di sebuah GLC state yang terkenal dengan sektor perindustrian dan perkilangan di Kulim itu? Mungkin beliau dilantik sebagai "vice president" untuk Finance Division. Namun, apakah beliau tahu selok belok kewangan perindustrian? Dan mengikut kata "orang dalam" Kulim Hi-Tech, beliau sering melenting tanpa sebab dan tak tahu buat kerja! Malah, ada dikalangan pengurus di Kulim Hi-Tech yang menempelak beliau secara berdepan, dilaporkan berkata "kalau hang mai interview kat aku, aku tak ambik hang aihhh...hang tak layak!" Begitu sekali keadaannya. Namun, apakan daya, anak Pendang ini telah diamanahkan sebagai "vice president" di Kulim Hi-Tech oleh kerajaan PAS negeri Kedah! Semoga beliau tahu mentadbir Kulim Hi-Tech. Semoga tiada penyelewengan di Kulim Hi-Tech (dengar kata dah mula seleweng projek dahhh..). Semoga beliau dapat membuktikan bahawa cakap-cakap orang ini adalah tidak benar...wallahua'alam...

Ikhlas untuk UMNO Pendang!

Baru-baru ni, saya telah pulang ke Pendang atas jemputan bapa saudara untuk mesyuarat kenduri keluarganya. Kebetulannya, pada hari tersebut telah dijalankan persidangan UMNO Bahagian Pendang. 8 November 2008...

Tok Man Bedoi kalah lagi ditangan Rozai. Rozai memenangi kerusi Ketua UMNO Bahagian Pendang dengan majoriti 30 undi. Manakala kerusi Timbalan Ketua Bahagian disandang oleh Din Tahir. Rata-rata ahli agak merasa terkejut dengan keputusan ini. Ini adalah kerana Tok Man telah mendahului pencalonan dengan majoriti yang agak besar melebihi angka 100 undian, manakala Rozai hanya menerima 93 undian. Ini bermakna, ada yang tidak kena dengan undian perwakilan pada persidangan Bahagian tersebut. Di mana yang tak kenanya, hanya Allah, Rozai Tok Man dan perwakilan sahaja yang tahu. Saya tidak mahu menimbulkan spekulasi tentang itu kerana saya tidak mahu dituduh sebagai tukang fitnah...

Berikutan kekalahan Tok Man itu, maka ramailah penyokongnya yang tidak berpuas hati, termasuklah kenalan-kenalan saya di Pendang sama ada yang tua atau muda. Masing-masing tertanya-tanya faktor kekalahan Tok Man. Dan ramai juga yang tertanya-tanya apakah yang istimewanya Rozai berbanding Tok Man? Hakikatnya, Rozai sudah menang dan tak payah la kita mempertikaikan lagi pemilihan peringkat Bahagian tersebut. Saya menerimanya sebagai qadha dan qadar Allah. Tentu ada hikmahNya di sebalik kemenangan Rozai dan kekalahan Tok Man.

Kepada Rozai, saya mengucapkan sekalung tahniah. Sebagai ahli UMNOakar umbi yang hanya berjuang di laman blog dan portal politik, saya perlu menyokong kepada pemilihan ketua dan mengiktiraf Dato' Rozai sebagai Ketua Bahagian saya. Hiduplah UMNO di Pendang!

Kepada Tok Man, usahlah berduka atau malu dengan kekalahan pemilihan ini. Kekalahan ini bukan bererti Dato' di tolak akar umbi. Kami UMNO Pendang masih memerlukan Dato'. Kami mangiktiraf segala jasa dan pengorbanan Tok Man di Pendang. Siapa yang tidak kenal Tok Man dan segala jasa pengorbanannya di Pendang. Tak kira UMNO atau PAS, kami semua kenal budi baik Tok Man. Harap Tok Man kembali aktif di Pendang sebagaimana dulu. Hiduplah UMNO di Pendang!

Kepada warga UMNO Pendang, terima kasih atas penglibatan semua di dalam pemilihan UMNO Bahagian Pendang kali ini. Saya amat berharap agar semua anggota UMNO untuk melakukan perubahan dan pembaharuan di dalam UMNO Pendang. Ketika UMNO ini dilihat "goyah" dan "lemah", saya menyarankan agar kita bersatu hati di dalam mengukuhkan UMNO. Buanglah tabiat "tikam belakang", "vitamin subsidi", kutuk mengutuk sesama sendiri dan tabiat-tabiat buruk yang lain. Kita jadikan UMNO sebagai sebuah parti rakyat yang ikhlas berjuang demi Islam, anak bangsa dan tanah Melayu. "Jadikan UMNO sebagaimana di awal penubuhannya sebagai syarat menawan Kedah kembali!" kata Tun Dr. Mahathir kepada saya tempohari. Saya merayu agar UMNO Pendang kembali gagah di Kedah. Kepada tokoh-tokoh seperti Dato' Rozai, Dato' Othman Abdul, YB Sue, Din Tahir, Dato' Fatimah, Chu Bedah, Chu Nab, Akrom, Cikgu Ramli, Wan Adas, Amal, Bana, Dek Wa dan lain-lain, buanglah yang keruh, kembalikan kejernihan UMNO di Pendang. UMNO Pendang dan UMNO Kedah bergantung kepada kalian sekarang. Buktikanlah kepada semua warga UMNO Pendang dan Kedah ini tidak silap memilih kalian sebagai aktivis politik UMNO yang tepat! Kita kukuhkan UMNO di Pendang. Hidup suburlah UMNO di Pendang!

p/s: Kalau tak bersatu jugak, aku ingat nak keluaq dari UMNO Pendang, nak masuk kat Bahagian lain yang lebih baik dan aman...hehhehheh....rugi satu ahli woooo...!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!