Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 8, 2008

Siapakah bakal Datuk Bandar Kota Setar yang baru?

Ketika mana Dato' Mukhti di akhir perkhidmatannya, beliau telah memohon untuk dilanjutkan perkhidmatannya melalui kontrak 6 bulan untuk menyelesaikan beberapa perkara tertunggak. Berdasarkan rekod perkhidmatan cemerlangnya ketika berkhidmat sebagai di dalam KCS, Dato' Mukhti agak yakin dengan permohonannya kepada pucuk pimpinan pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kedah dan exco-exconya. Namun apakan daya, walaupun beliau adalah seorang pegawai yang tidak langsung melibatkan diri dalam arena politik, walaupun beliau cemerlang dalam tugasan sebelum-sebelum ini, beliau telah mendapat khabar dukacita dari "boss" barunya. Beliau tetap ditamatkan perkhidmatannya!


Tak mengapalah. Mungkin itu takdir Allah baginya. Cukuplah setakat itu beliau berbakti diri kepada rakyat Kedah selama ini. Segala jasanya kita kenang. Terima kasih Dato' Mukhti. Masih teringat kata-katanya ketika mula memegang jawatan Datuk Bandar Kota Setar, beliau berazam untuk menyelesaikan masalah sampah yang sudah sekian lama menghantui warga Kota Setar. "Berilah aku setahun untuk selesaikan masalah sampah di Aloq Staq ni.." begitulah kata-katanya ketika itu. Walaupun masih gagal dalam memenuhi sasarannya, hakikatnya beliau telah berusaha sedaya mungkin. Syabas Dato' Mukhti kerana berani mencuba dan tidak menyerah kalah!


Kini, siapakah bakal penggantinya? Dengar khabarnya, kerusi yang bakal ditinggalkan Pak Mukhti akan berkemungkinan besar diisi oleh Dato' Bisyaruddin. Beliau lebih dikenali sebagai "Pak Basyir" oleh kenalan rapat. Pak Basyir kini adalah Timbalan SUK (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN. Memandu Nissan Serena dan tinggal di sekitar Jalan Sultanah (Jalan Day). Beliau boleh dikategorikan agak mewah, namun mewahnya beliau mungkin disebabkan harta warisan dan bukannya hasil dari "rasuah". Harap jangan disalah sangka akan kekayaannya. Usahlah kita berburuk sangka.


Namun yang tidak sedapnya, beliau dikaitkan dengan penglibatannya dengan semangat politik beliau sekeluarga. Walaupun beliau kelihatan tidak menyertai mana-mana parti politik, namun rata-rata tahu akan pendirian keluarga dan dirinya. Dia pro PAS!!! Demikian juga keluarganya sememangnya diketahui sebagai pro PAS. Ada yang menyindir kata, mengatakan bahawa "sekarang ni Pak Basyir syok...dia dah join PAS...". Demikian juga anaknya yang baru pulang dari UK. Anaknya siap berkempen untuk PAS ketika PRU12 yang lalu. Malah giat menghantar sms kepada rakan-rakannya agar mengundi dan memilih PAS! Begitulah kuatnya semangat PAS di dalam diri keluarga mereka. Salah seorang anaknya juga pernah menyampaikan khutbah di Masjid Sultanah. Entah atas kapasiti apa anaknya diberi peluang sedemikian oleh imam besar Masjid Sultanah yang agak terkenal di Kedah itu. Mungkin bapa saudaranya ialah Tok Imam Besar di masjid itu? Namun ianya bukan tiket untuk berkhutbah sesuka hati! Adakah ini boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh JAIK?


Hakikatnya, mentang-mentanglah Pak Basyer sekeluarga mendokong identiti pro PAS, maka dia diura-urakan dipilih mendiami kerusi panas di MBAS sebagai Dato' Bandar. Tak mengapalah. Asalkan dia boleh bekerjasama dengan baik dengan pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah. Harapannya, semoga dia berjaya di MBAS. Cuma pesanku, janganlah dok babitkan diri dan keluarga dalam politik (terutamanya anak lelakinya yang pulang dari UK tu...). Sebagai pegawai kerajaan, "bersih"kanlah latar belakang diri dan keluarga dari politik. Jagalah nama baik pegawai kerajaan dan penjawat awam bertaraf JUSA. Jangan pula jadi huru hara seperti di Kulim Hi-Tech sudah laaaa.....wallahua'alam.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!