
Pada 27 November sehingga 29 November ini akan diadakan satu program "Akademi" anjuran Dewan Pemuda PAS Padang Serai. Ianya bertujuan untuk melatih anak-anak untuk mewarisi perjuangan ibubapa mereka khususnya dalam perjuangan PAS. Program ini dikaitkan dengan firman Allah di dalam surah An-Nisa', ayat 9. Akademi ini dijalankan untuk golongan anak-anak remaja berumur di antara 15 sehingga 21 tahun. "Pengeras"nya RM40 seorang.
"Fokus kita jelas, kita membantu untuk melahirkan generasi yang berpegang teguh pada Islam dan mereka juga akan meneruskan kesinambungan perjuangan PAS. Kami hanya menyediakan wadah atas rasa tanggung jawab bersama. Jadi kita minta semua penyokong, ahli dan terutamanya pimpinan PAS dari kedua-dua kawasan untuk hantar anak mereka. Bagi kami 'pinjam' anak-anak ini untuk tiga hari sahaja," Begitulah petikan kata-kata wakil Dewan Pemuda PAS.
Nampaknya terbukti kini dakwaan bahawa PAS telah mem"brainwash" minda otak anak-anak remaja mereka untuk ditarbiyahkan mengikut fahaman PAS. Mereka tanpa segan silu memanipulasi minda anak-anak remaja mereka dengan doktrin PAS. Mereka tanpa rasa bersalah mempengaruhi sedaya upaya pegangan anak-anak mereka yang belum benar-benar matang dalam membuat keputusan sendiri. Mereka mula mendorong minda anak-anak mereka supaya meminati parti politik PAS sedangkan anak-anak mereka sepatutnya sebok mencari ilmu di sekolah.
Begitulah PAS! Penulis terbayang tentang kebebasan berfikir anak-anak penyokong PAS ini. Penulis berharap PAS tidak mengekspolitasi anak-anak mereka dengan fahaman politik. Anak-anak itu masih mentah dan baru hendak bertatih tentang kehidupan, tapi sudah dimomokkan oleh dakyah PAS yang lebih mementingkan kuasa politik yang ada pada mereka. Wallahuaa'lam.
p/s: Harap ada dikalangan pemimpin PAS yang akan menegur kegiatan "extreme" Dewan Pemuda PAS ini...
